Anda di halaman 1dari 2

Menyambung Ayat

Sambungkan ayat-ayat tunggal yang berikut supaya menjadi ayat majmuk tanpa
mengubah maksud ayatnya.
1. Pelajar itu mendapat tempat pertama. Pelajar itu ialah Farah.
2. Penduduk di tepi sungai itu menyedari sesuatu. Nasib mereka terancam.
3. Dia hendak melakukan perkara itu. Perkara itu sangat sukar.
4. Paul melompat keriangan. Paul menjuaraai pertandingan bahas itu.
5. Kamu menaiki bas itu. Sudah pasti kamu dapat sampai ke sekolah lebih awal.
6. Pasukan catur sekolah itu menang. Mereka rajin berlatih.
7. Saya sampai tadi. Tiada seorang pun yang tiba.
8. Guru telah menjelaskan. Tugasan it perlu disiapkan pada bulan depan
9. Rosnah masuk ke dalam bilik darjah. Dia ditegur oleh gurunya. Dia kelewatan.
10. Kamus ini berguna kepada pelajar. Kamus ini berguna kepada guru. Kamus ini berguna
untuk membuat rujukan.
11. Dia cantik. Dia menawan. Dia sombong.
12. Ahmad datang juga walaupun hujan lebat. Ahmad diberitahu bahawa ayahnya kurang
sihat.
Gabungkan ayat-ayat dalam petikan di bawah menjadi tiga ayat majmuk tanpa mengubah maksud
dan struktur asalnya.

1. Kafeina terdapat dalam kandungan kopi. Kafeina terdapat dalam teh. Kafeina terdapat
alam sesetengah ubat-ubatan. Kafeina memberikan kesan terhadap sistem metabolisme
badan. Kafeina seterusnya merangsang sistem saraf pusat. Kesanya kafeina dapat
meningkatkan tenaga. Kesannya kafeina dapat meningkatkan daya tumpuan seseorang.
2. Bangunan syarikat itu berwarna merah. Bangunan syarikat itu terletak di tengah-tengah
bandar. Bangunan itu mempunyai ketinggian sebanyak 30 tingkat. Pemilik syarikat itu
usahawan terkenal negara. Usahawan itu telah lama meninggal dunia. Usahawan itu
meninggal dunia sakit jantung. Pekerja syarikat itu banyak. Pekerjanya terdiri daripada orang
tempatan. Syarikat itu mengambil sebahagian kecil orang asing.
Gabungkan ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan
kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.
3. Pada setiap petang, Hakimi akan berbasikal di taman berhampiran dengan rumahnya.
Hakimi akan berbasikal dari pukul 5.00 petang hingga pukul 6.30 petang. Aktiviti berbasikal
banyak memberikan kebaikan kepada kita. Aktiviti berbasikal dapat menyihatkan
badan..Aktiviti berbasikal dapat mencerdaskan fikiran. Selain itu, aktiviti berbasikal juga
dapat mengurangkan tekanan yang kita hadapi. Banyak orang beriadah di taman ini. Ada
yang berjoging. Ada juga yang bersantai bersama-sama keluarga. Ada yang bermain layanglayang. Ada yang bermain bola keranjang di gelanggang yang disediakan di taman tersebut.
4. Manusia meneroka alam sekitar. Alam sekitar itu diteroka untuk tujuan pembangunan.
Alam sekitar itu diteroka untuk tujuan pembinaan kilang. Penerokaan hutan menyebabkan
flora kehilangan habitat semula jadinya. Fauna diancam kepupusan. Keselamatan manusia
turut terancam akibat tanah runtuh. Kejadian tanah runtuh menyebabkan kehilangan nyawa.
Mangsa kejadian tanah runtuh tidak mempunyai tempat tinggal. Kehilangan anggota
keluarga meninggalkan kesan emosi kepada keluarga mereka.

Jawapan
1. Pelajar yang mendapat tempat pertama ialah Farah.
2. Penduduk di tepi sungai itu menyedari bahawa nasib mereka terancam
3. Da hendak melakukan perkara itu walaupun perkara itu sangat sukar.
1. Jika kamu menaiki bas itu, sudah passti kamu dapat sampai ke sekolah
lebih awal.
2. Pasukan catur sekolah itu menang kerana merreka rajin berlatih.
3. Semasa saya sampai tadi, tiada seorang pun yang tiba.
1. Sebaik-baik sahaja Rosnah masuk ke dalam bilik darjah, dia ditegur oleh
gurunya kerana kelewatan.
2. Kamus ini berguna bukan sahaja kepada pelajar, tetapi juga kepada guru
untuk membuat rujukan.
3. Dia cantik dan menawan, tetapi dia sombong
1. Kafeina terdapat dalam kandungan kopi, teh dan sesetengah ubat-ubatan.
2. Kafeina kesan terhadap sistem metabolsme badan seterusnya merangsang
sistem saraf pusat.
3. Kesannya, kafeina dapat meningkatkan tenaga dan daya tumpuan
seseorang.
1. Bangunan syarikat itu berwarna merah dan terletak di tengah-tengah
bandar serta mempunyai ketinggian sebanyak 30 tingkat.
2. Pemilik syarikat itu usahawan terkenal negara tetapi telah meninggal
dunia kerana sakit jantung.
3. Pekerja syarikat itu banyak yang terdiri daripada orang tempatan dan
syarikat mengambil sebahagian kecil orang asing.
1. Pada setiap petang, Hakimi akan berbasikal di taman berhampiran dengan
rumahnya dari pukul 5.00 petang hingga pukul 6.30 petang.
2. Aktiviti berbasikal banyak memberikan kebaikan kepaa kita seperti dapat
menyihatkan badan, mencerdaskan fikiran dan mengurangkan tekanan yang
kita hadapai
3. Banyak orang beriadah di taman ini seperti berjoging, bersantai bersamasama keluarga, bermain layang-layang, dan bermain bola keranjang di
gelanggang yang disediakan di taman tersebut.

Anda mungkin juga menyukai