Anda di halaman 1dari 6

Bismillah.

Yang Berbahagia .......


Penyelia Pejabat Pelajaran Daerah .......
Yang Berusaha ..............
Guru Besar......
Yang Berbahagia .................................
Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah .............................
Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan
Sekolah ....................
Guru-guru dan para pekerja yang diraikan serta rakan-rakan
yang dikasihi sekalian.
Assalammualaikumdan salam sejahtera, salam ceria,...di
pagi yang mulia.
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari
Pekerja Peringkat Sekolah .........
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah
kurnia dan keizinan Nya dapat sama-sama kita berkumpul di
dataran yang mulia ini untuk meraikan Sambutan Hari Guru
dan Hari Pekerja bagi Tahun 2013 dengan tema : ......
Awal Bismillah pembuka bicara
Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua,
Doa tulus pinta dilafazkan.

Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan


doa yang akan dilafazkan oleh Ustaz........ Dijemput dengan
hormatnya.
(bacaan doa)
Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan
doa itu tadi. Semoga yang baik kita mulai, yang baik jua kita
didatangi, Insya-Allah.

____________________________________________________________
__
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan
rangkaian tiga buah lagu,Lagu Negaraku, Lagu Negeri.... dan
Lagu Sekolah........ Sidang dataran dipersilakan berdiri.
(rakaman nyanyian)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Sidang dewan dipersilakan duduk.
Hadirian yang dihormati sekalian,
Seterusnya Bacaan Perutusan...
Dipersilakan ........... GPK Hal Ehwal Murid untuk membacakan
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dipersilakan...
(ucapan perutusan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


.Seterusnya dipersilakan..........................., GPK1 untuk
membacakan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia.
Dipersilakan.
(ucapan perutusan)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Sidang hadirin sekalian,
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Pelajar,
untuk itu dipersilakan ........................selaku Ketua Pengawas
untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan...
(ucapan)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
Sidang dataran sekalian,
Seterusnya majlis mempersilakan ........................, Yang Di
Pertua PIBG Sekolah ....................... untuk menyampaikan
ucapan beliau. Dipersilakan...
(ucapan)
Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi.
Hadirin sekalian,
Seterusnya dipersilakan ......., Penyelia Pejabat Pelajaran
Daerah .... untuk tampil menyampaikan ucapan beliau. Majlis
mempersilakan dengan segala hormatnya....
(ucapan)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.


Sebagai acara penerus bicara, majlis
mempersilakan ...................untuk menyampaikan ucapan
beliau. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.
(ucapan)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas
ucapan .................itu tadi.

Sidang dataran yang dimuliakan,


Paluan gendang pembuka majlis,
Moden tradisional bersatu senada;
Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
Barisan guru tersenyum bangga.

Untuk itu, dijemput semua guru ..........tampil ke atas


pentas bagi acara melafazkan ikrar diketuai oleh ........., GPK1.
Dipersilakan....

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.


Sidang dataran sekalian,
Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah samasama kita saksikan persembahan nyanyian oleh barisan guruguru kita...

Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan


nyanyian Lagu Tema Hari Guru oleh barisan pentadbir dan
guru-guru. Dipersilakan....
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan
itu tadi.
Sidang hadirin sekalian,
Seterusnya majlis penyampaian hadiah dari PIBG
.. kepada guru-guru.
Untuk itu bagi menyempurnakannya, majlis
mempersilakan..........menjemput dan
mengiringi ............................, Yang Di Pertua PIBG untuk
menyampaikan hadiah kepada barisan guru-guru.
Dipersilakan.....
(penyampaian hadiah)
Sidang dataran sekalian ;
Maju Bangsa Kerana Bahasa,
Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;
Ingatan Diberi Tidak Seberapa,
Penghargaan Tanda Pernah Bersua.

Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan ........ untuk menyampaikan cenderahati
sebagai tanda terima kasih kepada Yang
Berbahagia .............,dipersilakan....... dan seterusnya kepada
Yang Berbahagia......................,dipersilakan........Majlis
merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dewan yang dimuliakan,


Andai berkayuh dah sampai ke seberang
Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini
sebagai penutup bicara,
Sisir pelepah meraut lidi,
Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.
Dagang singgah membeli kajang,
Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.
Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu
datangnya daripada Allah SWT jua dan sama-samalah kita
mensyukurinya dan segala kekurangan dan kepincanganmajlis
ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua
yang kami pinta.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum


warrahmatullah hiwabarakatuh dan terima kasih.SELAMAT
HARI GURU

Anda mungkin juga menyukai