Anda di halaman 1dari 14

ALAM SEKITAR

Punca-punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran.


1. Pencemaran udara
Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara hasil dari pembangunan industri .

Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk yang akan mengancam kualiti alam
sekitar.Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh kenderaan
menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon.
Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu sendiri. Setiap manusia
menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar. Perokok yang mengembuskan asap ke udara, pembakaran sisa
buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara.
2. Pencemaran air
Antara punca-punca pencemaran air ialah:
Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.
Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga
merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.
Penerokaan juga menyebabkan pencemaran air. Ini adalah kerana, penerokaan yang dijalankan sudah pasti
menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi
mendakan. Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku.
Gambar Photo : Pembuangan sampah di sungai

Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat, manakala kilang kadang kala
membuang bahan beracun ke dalam sungai. Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain.
Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak
sungai. Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.
Gambar Photo menunjukkan pembuangan sampah di sungai berhampiran kawasan pembangunan industri

Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan
manusia terhadap alam sekitar. Pengusaha kilang umpamanya, berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan
mudah, membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.
Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama. Sekiranya fenomena ini
berterusan, tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .
3. Pencemaran laut
Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:
Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung
laut, kerang-kerang dan hidupan liar yang lain.
Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang. Industri memproses serbuk pencuci pakaian
memberikan kesan terhadap sistem air di laut. Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien,bahan
radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut.
Gambar photo menunjukkan asid dan bahan organik mencemari sekitar pantai.

4. Pencemaran bunyi
Antara punca-punca pencemaran ini ialah:
Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. Industri-industri juga merupakan
penyumbang ke arah pencemaran bunyi.
Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera, kenderaan dan sebagainya.
Kuari juga merupakan salah satu pencemaran bunyi. Bunyi pemecahan batu, enjin gerudi dan pemunggahan
batu ke lori merupakan punca pencemaran ini.

Gambar photo menunjukkan kerja-kerja pembinaan yang memberi impak pencemaran bunyi.

5. Pencemaran tanah
Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:
Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang.
Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.
Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah.
Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia.Jika hampir kesemua tempat telah dicemari,
manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi
untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam.
Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut
menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia.
Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan
kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak
banjir di kawasan tanah rendah.
Gambar photo menunjukkan pembuangan sampah tidak teratur mencemari tanah.

Gambar photo menunjukkan pembakaran terbuka bukan sahaja mencemari udara tetapi merosakkan semula jadi tanah
di kawasan berkenaan.

Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara
berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah, berlaku
perubahan iklim, kesan kepada rumah hijau dan banjir.
Gambar photo menunjukkan hasil kayu balak yang ditebang.

Langkah-langkah Penyelesaian

Terdapat pelbagai jenis penyelesaian yang boleh kita dapati bagi mengelakkan masalah pencemaran ini terutamanya
yang diakibatkan oleh sikap manusia itu sendiri. seharusnya, sikap manusia itu perlu diubah dan diberi kesedaran.
barulah pencemaran akan kurang berlaku. Antara langkah-langkah yang boleh kita ambil adalah seperti berikut:a) Program Kempen Kitar Semula
Program kempen kitar semula bahan-bahan buangan adalah satu program yang dirancangkan khas bertujuan untuk
mengurangkan bahan buangan. Mana-mana bahan yang boleh diguna semula akan diasingkan dan dihantar ke tempat
tertentu untuk diproses semula. Mulakanlah langkah tersebut hari ini juga dengan mengumpul bahan-bahan seperti
kertas, kotak, bekas-bekas kaca, plastik dan aluminium.
Antara bahan-bahan yang boleh dikitar semula adalah seperti:1) Kertas
2) Botol Plastik
3) Kaca
4) Logam
5) dan lain-lain yang seumpama dengannya.
b) Elakkan atau kurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan kita seharian.
1)Apabila anda membeli barang-barang keperluan di pasaraya atau kedai runcit, bawalah beg
anda sendiri. Jika perlu, pilihlah beg kertas bagi menggantikan beg plastik.
2)Jangan buang beg plastik yang terdapat di rumah anda jika masih elok. Simpan beg ini
kerana ia boleh digunakan semula.
3)Jangan buang bahan-bahan plastik kerana ada sesetengah bahan plastik yang boleh
dikitarkan semula. Alat-alat permainan plastik lama yang masih boleh digunakan boleh
didermakan kepada rumah-rumah kebajikan.
Bumi secara semulajadinya menerima beban pencemaran daripada fenomena alam semulajad. Walaubagaimanapun,
Bumi mempunyai 'kaedah semulajadi' bagi menangani pencemaran semulajadi ini.
Apabila manusia mula menjalankan aktiviti perindustrian mahupun aktiviti harian, pencemaran alam sekitar semakin
berleluasa dan Bumi tidak mampu lagi 'memikul' beban pencemaran tersebut.
Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara
langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam
sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menimbulkan sesuatu keadaan
berbahaya.
Ia juga mungkin berbahaya kepada kesihatan, kebajikan awam atau organisma-organisma lain seperti tumbuhtumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam:
Pencemaran udara
Pencemaran air
Pencemaran laut
Pencemaran tanah
Pencemaran bunyi
Konsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan
terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.

Isu Semasa alam sekitar


Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi.Sumber-sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis
flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di
dunia. Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan buruk kepada masyarakat dan dunia pada masa kini. Ini tidak
dapat dinafikan lagi kerana terdapat banyak kes-kes yang terlibat termasuklah penipisan ozon,kejadian hujan
asid,kesan terhadap rumah hijau dan banyak lagi. Kes sebegini tidak seharusnya dipandang remeh oleh semua
golongan masyarakat bermula dari individu itu sendiri sehinggalah ke tahap dunia.
Pencemaran ini haruslah ditangani segera kerana jika tidak,ia akan memberi kesan masa panjang.Jika kita dapat lihat
sekarang ini,banyak kes-kes pencemaran yang di laporkan akibat daripada aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.
Pada masa kini ,terdapat banyak kes pencemaran yang berlaku tak kurangnya di Malaysia.Jika ingin dilihat dari
sudut pencemaran udara,sekarang ini banyak kes yang terjadi akibat daripada pembakaran hutan secara berleluasa.
sebagai contoh,Indonesia adalah salah satu negara penyumbang kepada kes pencemaran udara yang terbesar di rantau
ini.

Isu pertama yang ingin kami ketengahkan ialah kes pencemaran udara yang terjadi akibat daripada pembakaran
sampah secara terbuka yang terjadi di kawasan Klebang,Melaka. Dengan wawasan ingin menjadikan Melaka sebagai
negeri maju 2010, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk melupuskan pusat pelupusan sampah yang terdapat di
negeri itu. Walaubagaimanapun,langkah yang ingin di ambil oleh pihak kerajaan negeri di anggap sebagai langkah
yang kurang bijak kerana jika perkara ini terjadi, ia akan memberi kesan kepada penduduk yang tinggal berhampiran
dengan kawasa tersebut. Jika kita sedar, benda yang terbuang ini mengandungi bahan yang berbahaya jika tidak di
uruskan dengan baik. Maka, semua pihak seharusnya memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan hasrat
kerajaan negeri untuk menjadikan Melaka sebagai negeri yang bersih.

Isu kedua ialah tentang kerakusan pihak yang terlibat dalam kecurian pasir di Taman Paya Indah Wetlands
di Dengkil,Selangor. Kawasan ini adalah tempat perlindungan untuk badak air dan juga buaya. Malah, tempat ini juga
di ishtiharkan sebagai tempat persinggahan burung-burung yang berhijrah dari semua tempat. Seandainya tempat ini di
perlakukan seperti ini,maka ekosistem di kawasan ini akan musnah dan bertambah pupuslah keindahan alam yang
terdapat di kawasan Wetlands. Punca berlakunya masalah ini adalah kerana permintaan yang tinggi kepada pasir yang
terdapat di kawasa itu.Pasir yang terdapat di situ ialah jenis pasir silika yang mana amat di perlukan di negara jiran
kita,Singapura. Singapura memerlukan pasir jenis ini untuk membuat cip-cip mikro.
Kesan kepada kes ini, habitat-habitat haiwan yang berlindung di kawasan itu mula tergugat.
Pihak kerajaan haruslah mengambil berat tentang hal ini,jika tidak ia akan menyebabkan haiwan-haiwan ini pupus dari
muka bumi ini.

Isu yang ketiga ialah kes penggodolan tanah yang berlaku di Cameron Highland.Satu ketika dahulu,Cameron
Highlands sangat terkenal dengan suasana sejuk di kalangan pelancong, sama ada dari dalam mahupun dari luar
negara. Cameron Highlands juga adalah tempat yang paling sesuai untuk mendapatkan sayur-sayur dan buah-buahan
segar.Menurut kajian yang di buat oleh Jabatan Geologi Cameron Highlands,pada tahun 1993,didapati hampir 77.5%
kawasan itu masih dipenuhi oleh hutan,tetapi menjelang tahun 2002,hutan di kawasan itu hanya tinggal 54.2% hutan
saja. Ini menunjukkan bahawa Cameron Highlands mula menghadapi masalah.
Perkara sebegini terjadi di sebabkan oleh kerakusan pihak pengusaha hotel dan petani yang ingin melipatkan
gandakan pulangan mereka tanpa mengambil kira kesan kepada ekosistem yang terdapat di situ.Kejadian
menggondolkan tanah untuk tujuan pertanian akan mengakibatkan tanah runtuh dan juga banjir lumpur. Sekiranya
perkara sebegini berlaku, ia akan memberi impak yang besar kepada penduduk tempatan malah mungkin
mengakibatkan kerugian kepada pengusaha hotel kerana pelancong mungkin tidak akan datang kerana khuatir akan
tahap keselamatan di situ. Sekiranya anda pergi ke Cameron Highlands sekarang ini,anda akan dapat melihat batasbatas tanaman di bina hingga ke puncak bukit dengan kecerunan 25 darjah celcius.
Kesan kepada kes ini, suhu Cameron Highlands mungkin akan meningkat dan itu akan menyebabkan kadar peratusan
sektor pelancongan akan menurun. Selain itu, tanah runtuh dan banjir lumpur pasti akan berlaku kerana taburan hujan
di Cameron Highlands adalah sekitar 3000 mm setahun. Tanaman seperti periuk kera,paku gajah dan pokok-pokok
eksotik yang lain turut akan terjejas daripada aktiviti yang tidak sihat ini.
Seharusnya pihak berkuasa mengambil langkah yang bijak dalam menengani masalah ini untukk memastikan tempat
ini masih seperti dahulu tanpa ade sebarang penjejasan. Pihak pengusaha hotel dan juga tanaman haruslah memainkan
peranan penting kerana jika mereka mementingkan wang ringgit daripada kerosakan ekosistem,maka ini akan
memberi kesan yang teruk kepada semua pihak.Malah.mereka akan turut di persalahkan di atas semuakejadian yang
terjadi.
BENTUK-BENTUK PENCEMARAN
Hampir semua negara di dunia, dalam usaha untuk mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup
penduduknya, kegiatan ekonomi mereka dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan
bahawa manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi
dan projek pembangunan. Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru
semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran. Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat
kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi. Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif
pembangunan ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha
pengurusan dan pemeliharaan alam.

Rajah 1-Pembuangan sampah mengakibatkan pencemaran

Pencemaran boleh didefinisikan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke
alam persekitaran lalu menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Takrifan pencemaran yang
lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah
sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras
radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan juga sisa
buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau
mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain seperti
tumbuhan dan haiwan.
Pencemaran boleh di bahagikan kepada dua jenis:1) Pencemaran Oleh Alam Semulajadi
2) Pencemaran Oleh Sikap Manusia
Pencemaran yang diakibatkan oleh alam semulajadi adalah seperti berikut:a) Ribut taufan
Taufan atau siklon tropika merupakan ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di
dalamnya memeluwap. Dinamakan siklon tropika kerana ia serupa siklon dan terjadi di tropika, putarannya melawan
jam di hemisfera utara dan mengikut arah jam di hemisfera selatan.

Rajah 2- Angin yang kuat sehingga boleh menumbangkan pokok.


b) Gempa Bumi
Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di
permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam
bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas. Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter.
Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi
juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara
gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya. Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan
gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari
perkataan Greek seismos, untuk menggoncang).

Rajah 3- Gempa yang berlaku sehingga berlakunya tanah runtuh.

c) Letusan Gunung Berapi


Gunung berapi adalah bukaan, atau rekahan, pada permukaan atau kerak Bumi, yang membenarkan gas, abu, dan batu
cair yang panas bebas jauh di dalam bawah permukaan bumi. Aktiviti gunung berapi membabitkan extrusion of
rock yang cenderung membentuk gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung melalui tempoh masa.
Gunung berapi biasanya terdapat di mana plak tetonik berpisah atau bertembung.Gunung berapi biasanya tidak terhasil
di mana dua plak tetonik bergesel sesama sendiri. Gunung berapi juga boleh terbentuk di kawasan di mana terdapat
renggangan pada kerak Bumi dan di mana kerak Bumi menjadi nipis.
Akhir sekali, gunung berapi boleh dihasilkan melalui pluma mantel (mantle plumes), yang dikenali sebagai titik panas;
titik panas ini boleh berlaku jauh dari sempadan plak. Amat menarik, gunung berapi titik panas juga didapati di tempat
lain di sistem suria, terutamanya pada bulan dan planet berbatu.

Rajah 4- Pertumpahan larva di kawasan jalan


raya.
d) Banjir
Banjir berlaku apabila sesuatu kawasan, selalunya kawasan rendah, ditenggelami dengan air. Banjir yang buruk
biasanya akan berlaku apabila air sungai melimpah tebing sungai berkenaan. Banjir berlaku apabila tanah dan tumbuhtumbuhan tidak dapat menyerap kesemua air. Air itu kemudian mengalir di atas tanah berkenaan. Air ini tidak dapat
ditampung oleh aliran sungai atau kolam semulajadi atau disimpan dalam tempat takungan air buatan manusia. Banjir
adalah bencana alam yang kerap dialami di seluruh dunia. Oleh itu, ia adalah sukar atau mustahil untuk mendapatkan
polisi insurans bagi melindungi barangan serta harta yang rosak akibat banjir.

Rajah 5- Banjir yang besar menenggelamkan sebuah


kereta.

Pencemaran yang diakibatkan oleh manusia pula adalah seperti berikut:a) Pencemaran Udara
Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan
manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap
dan gas (Karbon Monoksida, Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon, Sulfur Oksida, bau-bauan) ataupun apa-apa
campuran bahan-bahan ini.

Rajah 6- Pencemaran udara hasil dari pembangunan industri

Rajah 7- Pencemaran udara berlaku akibat dari pembuangan gas karbon dioksida pada kenderaan
b) Pencemaran Air
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan
akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan
fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh
berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas
kerana didapati di seluruh dunia.

Rajah 8- Pencemaran air di kawasan pesekitaran


rumah.

c) Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan bunyi hasilan mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu
aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan.

Rajah 9- Pesawat Boeing 747-400 berlalu agak dekat dengan kawasan perumahan sebelum
mendarat.

KESAN DAN AKIBAT PENCEMARAN TERHADAP PEMULIHARAAN ALAM


KESAN PENCEMARAN
Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek
pembangunan sesebuah negara tidak dapat membuang sikap manusia yang sering mengabaikan masalah-masalah alam
sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.
Kesan- kesan negatif akibat proses pembangunan secara terburu-buru yang semakin mendesak dan ini mengakibatkan
kesan pencemaran.

KESAN PENCEMARAN UDARA


Kesan terhadap Kesihatan Manusia
Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama
yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar
yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea.
Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan
begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida (NO2) boleh menyebabkan edema dan pendarahan
pulmonari, bahan cemar gas ozon (O3) boleh menimbulkan kerengsaan4. Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan
lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.
Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan
Pencemaran udara juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan
mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan
pertumbuhan5. Alfalfa, barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan
dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan
dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi
sebahagian daripada penduduk dibumi juga terganggu.
Kesan Terhadap Haiwan
Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Sebagai contoh, di Poza Rica,
Mexico, sekumpulan burung kenari, ayam, itik, lembu, khinzir angsa dan anjing telah mati akibat terdedah kepada
sulfur dioksida (SO2) yang dilepaskan ke udara oleh sebuah loji penapisan pada tahun 1950. Kematian haiwan itu
disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahanbahan toksid yang
terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa
maut kepada lembu dan kuda yang berlaku di Jerman. Haiwan-haiwan ini yang meragut kawasan rumput sekitar 5
kilometer dari sebuah kawasan kilang plumbum dan zink telah mengalami keracunan akibat daripada habuk plumbum
yang dilepaskan oleh kilang tersebut.
KESAN PENCEMARAN AIR
Kesan Terhadap Kesihatan Manusia
Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di dunia pada masa
kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen
dalam air, tersebut mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia juga akan
mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan daripada hidupan air. Manusia juga boleh mendapat
penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampahsarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah
kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.
Sistem Air Bawah Tanah Tercemar
Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi, apabila berlaku hujan
lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah jika sisa ini
mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai. Masalah
kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sisem bawah tanah yang akan menyebabkan sistem air bawah
tanah tercemar. Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri.

Kemusnahan Hidupan Akuatik


Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan menyebabkan pencemaran logam berat, racun
makhluk perosak, pencemran organik serta peningkatan keledak dalam air. Ia merupakan pencemaran utama yang
memusnahkan kehidupan akuatik. Laluan utama pencemaran dari darat ke lautan adalah melalui sungai. Sungai-sungai
yang tercemar seperti Sungai Juru, Sungai Pinang, Sungai Sepang, Sungai Jejawi, Sungai Kelang, Sungai Perai,
Sungai Buloh dan beberapa sungai mengalirkan berbagai jenis racun, keledak bahan kumbahan dan najis haiwan ke
dalam lautan. Spesies yang sensitif akan lama kelamaan lenyap, samada disebabkan oleh kematian individu atau
kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang tahan lasak, pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh
menyebabkan risiko yang tinggi kepada haiwan-haiwan yang terletak di penghujung rantaian makanan, termasuk
manusia.
KESAN PENCEMARAN TANAH
Kerosakan Tanah dan Kualitinya
Pencemaran tanah juga merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan
pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuhtumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke
dalam tanah, perlombingan yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan
rosak. Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah. Kemajuan dari
segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya,
landasan keretapi dan lapangan terbang.
Hakisan Tanah
Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sangat sering
berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam
keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang
sedang diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh
menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan
pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersamasama dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman
secara meluas hanya satu jenis tanaman.
Penyebaran Kuman-Kuman Penyakit
Selain itu, sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus,
lipas dan lalat dan haiwan perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke
tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , manusia mudah keracunan makanan dan
seterusnya diserang penyakit yang serius.
KESAN PENCEMARAN BUNYI
Menggangu Persekitaran
Kesan-kesan pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu persekitaran dengan keadaan
bunyi yang bising dan melampau. Pencemaran bunyi menyebabkan keadaan persikitaran sangat bising dan menjadikan
kehidupan manusia serta hidupan lain terganggu. Haiwan juga akan merasa takut dan berasa terpaksa berhijrah ke
habitat baru yang lebih senyap. Ini akan menyebaban gangguan ekosistem dan member masalah kepada manusia juga.
Masalah Pendengaran Manusia
Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik.
Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan
pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan
berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan
menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan
Kesan-kesan di luar telinga pula adalah seperti kesan fisiologi iaitu meningkatkan tekanan darah, meningkatkan

pergerakan otot, meningkatkan pergerakan gastrik dan pembesaran pupil. Seterusnya kesan psikomatik seperti sakit
kepala, pening, loya, muntah, pergerakan mata tak dapat dikawal, gangguan percakapan, dan juga memberi kesan
kepada tingkahlaku.

Anda mungkin juga menyukai