Anda di halaman 1dari 9

FAKULTI KEMANUSIAAN, SENI, DAN WARISAN

AJ 21203 SEJARAH MALAYSIA


1900-1957
DESENTRALISASI DISIFATKAN SEBAGAI PROSES
PENGAGIHAN KUASA PENTADBIRAN, PERUNDANGAN DAN
KEWANGAN SECARA BERANSUR-ANSUR DARIPADA
KERAJAAN PUSAT (PERSEKUTUAN) KEPADA KERAJAANKERAJAAN NEGERI MELAYU BERSEKUTU. BINCANGKAN.

Nama Pensyarah: En. Eko Prayitno Joko

Tutorial: Rabu (10.00 a.m. 11.00 a.m.)

No Matrik
Nama
BA
Mohd Syafiq bin Rosley
13110234
BA
Woon Zhan Wen
14110700
BA
Noor Khairunisah binti Jasirin
14110400
1.0
DEFINISI

Program
HA12 Hubungan
Industri
HA18 Geografi
HA18 Geografi

Definisi desentralisasi:

Desentralisasi adalah satu bentuk pemberian kuasa yang lebih terhadap


kerajaan negeri yang bersekutu oleh kerajaan pusat atau juga dikenali

sebagai pembahagian kuasa.


L.A Mills mendefinisikan desentralisasi sebagai pemulangan kuasa ke atas
pentadbiran, perundangan dan juga kewangan secara berperingkatperingkat yang dilakukan oleh kerajaan pusat kepada negeri. Dalam
keadaan yang sama, kerajaan pusat juga tetap mengamalkan dasar yang
cukup

dengan

tujuan

untuk

memperbaiki

keselarasan

dalam

soal

pentadbiran dan kestabilan kewangan dalam Negara tersebut.


Mills juga turut menyatakan bahawa Desentralisasi ini terbahagi kepada
tiga iaitu yang pertama yakni permulaan yang berkembang dari awal
pembentukan persekutuan. Kedua pula ialah selepas Perang Dunia
Pertama sehingga 1930, manakala yang ketiga berlaku sekitar tahun 1930

sehingga perang dunia ke-2.


Pendedahan yang dibuat oleh Harold F. Alderter (1964) terdapat dua
prinsip

umum

dalam

membezakan

bagaimana

kerajaan

pusat

memperuntukkan kekuasaannya ke bawah. Pertama, dalam bentuk


deconcentration yang semata-mata menyusun unit pentadbiran atau field
stations, baik itu perseorangan ataupun ada dalam heirarki, berasingan
atau bergabung, dengan perintah mengenai apa yang seharusnya mereka

lakukan atau bagaimana melakukannya.


Kedua, dalam bentuk decentralization

dimana

unit-unit

tempatan

ditetapkan dengan kekuasaan tertentu atas bidang tugas-tugas tertentu.


Mereka dapat menjalankan penilaian, inisiatif dan pemerintahan sendiri.
2.0

DESENTRALISASI PERINGKAT PERTAMA (1896-1920)

Penubuhan Persekutuan Negeri-negeri Melayu / Negeri-negeri Melayu


Bersekutu.
o Menjelang tahun 1895, Frank Swetenham telah mendapatkan

persetujuan

daripada

sultan

menubuhkan

persekutuan

yang

Negeri-negeri
membawa

Melayu

kepada

untuk

Perjanjian

Persekutuan 1896.
Perjanjian Persekutuan 1896 telah berjaya melahirkan Persekutuan
Negeri-negeri Melayu atau Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang
dianggotai oleh

empat buah negeri (Perak, Selangor, Negeri

Sembilan,

dan

Pahang)

serta

menjadikan

Frank

Swertenham

sebagai Residen Jeneral yang pertama.


Dengan adanya Residen Jeneral ini, maka kuasa-kuasa Residen

telah dikurangkan.
Selain mengehadkan kuasa Residen, kuasa Majlis Mesyuarat Negeri

turut dihadkan.
Jadi, dapat dilihat bahawa penubuhan Persekutuan Negeri-negeri
Melayu merupakan titik awal bagi perpindahan kuasa daripada

Residen dan Sultan kepada Residen Jeneral.


Penubuhan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan
o John Anderson selaku Persurujaya Tinggi telah menubuhkan sebuah
Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan secara rasminya pada 11
o

Desember 1909.
Ditubuhkan untuk mengawasi kewangan dan undang-undang di
peringkat

pusat

sekaligus

membawa

kepada

usaha

untuk

mengambil alih semula kuasa Majlis Mesyuarat Negeri dalam


o

menentukan hal ehwal negeri masing-masing.


Badan ini terdiri daripada Persuruhjaya Tinggi, ketua setiausaha,

sultan-sultan, pembesar negeri dan Residen.


Pembentukan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan dipersetujui
oleh para sultan kerana memperlihatkan usaha British untuk

membaik pulih kelemahan pentadbiran yang sedia ada.


Namun yang berlaku ialah, sultan hanya berfungsi dalam upacara

rasmi yang melibatkan adat istiadat Melayu.


Oleh itu, situasi yang terjadi sebenarnya bukan pengagihan kuasa
sebaliknya pemindahan kuasa daripada Residen Jeneral kepada
Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.

3.0

DESENTRALISASI PERINGKAT KEDUA 1920 1930


Terdapat beberapa sebab yang membawa kepada desentralisasi peringkat

kedua kerana setelah desentralisasi peringkat pertama berjalan terus untuk


beberapa tahun namun keadaan semakin bertambah buruk.

Pada masa ini kedudukan sultan-sultan dianggap tidak penting dan


mereka kehilangan segala kedaulatan. Oleh itu, sultan-sultan tidak berasa
puas hati. Faktor yang utama desentaralisasi peringkat kedua ialah
kekecewaan sultan-sultan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang
mempunyai kuasa terhad berbanding Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu. Peranan sultan-sultan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

diketepikan oleh para pegawai British kerana terikat dengan arahan

Residen Jeneral di Kuala Lumpur.


Selain itu, faktor yang seterusnya ialah kemelesatan ekonomi yang
berlaku selepas Perang Dunia Pertama telah membawa kepada kritikan

terhadap pentadbiran Persekutuan sebagai beban perbelanjaan.


Di samping itu, Sultan Idris telah membantah terhadap kegagalan
pelaksanaan pengagihan kuasa dan lawatan beliau ke England pada
tahun 1924 ialah membawa persoalan pengembalian kuasa kepada
Kerajaan British di London dimana beliau mendesak agar kerajaan British
mematuhi

syarat-syarat

asal

yang

terkandung

dalam

Perjanjian

Persekutuan.
Oleh itu, Sir Lawrence Guillemard iaitu Gabenor Negeri-Negeri Selat dan
Pesuruhjaya

Tinggi

di

Tanah

Melayu

telah

melaksanakan

dasar

pengembalian kuasa namun telah berlaku percanggahan pendapat

dengan Ketua Setiausaha Kerajaan Persekutuan iaitu Sir George Maxwell.


Mengikut Sir Lawrence Guillemard beliau ingin membuat pengagihan
kuasa pentadbiran Persekutuan kepada kerajaan Negeri manakala George
Maxwell tidak bersetuju kerana bagi beliau, pengagihan kuasa dapat
dilakukan tanpa mengurangkan atau menghapuskan jawatan Ketua
Setiausaha Persekutuan. Oleh yang demikian jelas di sini bahawa keduadua individu tersebut bersetuju dengan pengagihan kuasa namun kaedah
perlaksanaan yang berbeza.
3.1

Langkah-langkah Sir George Maxwell:

Tahun

1923,

Maxwell

menubuhkan

sebuah

Jawatankuasa

Pengagihan Kuasa Pusat.

Cara pengagihan dicadangkan oleh Jawatankuasa:


o

Kuasa

Residen

ke

atas

jabatan-jabatan

Persekutuan

ditambah.
o

Kuasa kawalan ke atas beberapa jabatan seperti Jabatan


Perhutanan, Jabatan Pertanian dan sebagainya dipindahkan
kepada kerajaan-kerajaan negeri.

3.2

Langkah-langkah Sir Lawrence Guillemard

Tahun

1925,

Guillemard

mencadangkan

beberapa

langkah

pengagihan:
o

Penyerahan secara berperingkat-peringkat kuasa Ketua


Setiausaha kepada Pesuruhjaya Tinggi dan seterusnya

jawatan

Ketua

Setiausaha

dihapuskan.

Menurut

pandangan Guillemard, bidang kuasa Ketua Setiausaha


terlalu besar sehingga sukar dikawal oleh Pesuruhjaya
Tinggi dan faktor itu jugalah menyebabkan bidang kuasa
kerajaan negeri hilang.
o

Sebahagian daripada kuasa Ketua Setiausaha dipindahkan


kepada kerajaan negeri (Residen & Majlis Mesyuarat
Negeri).

Semua jabatan kecuali perkhidmatan keretapi, kastam


dan eksais dan pos dan telegraf diserahkan kepada
tanggungjawab kerajaan negeri.

Cabaran:
o

Tentangan daripada golongan peladang, pelombong dan


peniaga Cina dan Eropah. Mereka bimbang pemindahan
kuasa itu akan menjejaskan keberkesanan pentadbiaran
dan

akan

menyebabkan

kepentingan

Negeri-Negeri

Melayu bersekutu akan diletakkan di bawah kawalan


Pejabat Tanah Jajahan.
o

1925, seorang wakil bangsa Cina dalam MMP (Majlis


Mesyuarat Persekutuan), Choo Kia Peng menyuarakan
kebimbangannya berhubung dengan dasar desentralisasi
kerana susunan dalam perkhidmatan awam yang sebelum
ini dipenuhi oleh orang Cina akan diganti dengan orangorang Melayu.

Tentangan daripada Persatuan British Malaya di London


kerana mereka berpendapat kerajaan-kerajaan negeri
Melayu masih belum mampu untuk menguruskan halehwal pentadbiran yang penting dengan memuaskan.

Kesan:
o

Tentangan golongan pengusaha Eropah dan Cina Berjaya


memaksa
saranannya

Guillemard
yang

menarik

boleh

balik

sesetengah

menjejaskan

kepentingan

golongan tersebut.
o

Tahun 1926, kerajaan-kerajaan negeri diberi kuasa yang


lebih besar ke atas beberapa perbelanjaan perkhidmatan
negeri.

Tahun

1927,

Majlis

Mesyuarat

Persekutuan

disusun

semula, bilangan anggota Majlis ditambah menjadi dua


puluh empat orang dengan tiga belas orang anggota
rasmi dan sebelas anggota tidak rasmi.
o

Apabila rang undang-undang yang digubal oleh MMP tidak


akan menjadi undang-undang selagi tidak mendapat
tandatangan Sultan-sultan.

Perubahan perlembagaan (24hb April 1927).

Tahun

1931,

tiada

sebarang

langkah

diambil

bagi

mempercepatkan proses pengagihan kuasa, sebaliknya


beransur-ansur kuasa-kuasa yang dipulangkan sebelum ini
kepada kerajaan negeri telah diambil balik oleh kerajaan
Persekutuan sehingga Sir Cecil Clementi mengambil alih
jawatan Pesuruhjaya Tinggi baru usaha-usaha lebih positif
diambil untuk menunaikan janji Inggeris mengagihkan
kuasa.
4.0

DESENTRALISASI PERINGKAT KETIGA 1930-AN


Faktor-faktor

berlakunya

desentralisasi

peringkat

ketiga

ialah

yang

pertama disebabkan oleh kemunculan sentimen orang Melayu terhadap


politik. Kesan daripada desakan oleh orang Melayu dan gerakan nasionalis
mengawal orang Melayu telah menimbulkan perasaan nasionalisme orang

Melayu yang menuntut agar mereka diberi peluang di dalam politik.


Faktor kedua adalah disebabkan oleh Rancangan Sir Cecil Clementi untuk
mewujudkan Pan Malayan Union. Pada tahun 1931, desentralisasi sekali
lagi menjadi perhatian apabila Sir Cecil Clementi mengambil alih pejabat
Pesuruhjaya Tinggi pada 1930. Beliau percaya bahawa kawalan yang
dilakukan oleh British di Tanah Melayu adalah disebabkan oleh perjanjian-

perjanjian yang dilakukan oleh British dengan Sultan sejak sekian lama.
Faktor yang terakhir adalah disebabkan oleh sultan melayu yang semakin
kehilangan kuasa. Perkara ini dibicarakan oleh Sir Samuel Wilson pada
tahun 1932 iaitu setiausaha bawahan tetap negeri-negeri Koloni apabila
dihantar ke Malaya untuk mengkaji tentang persoalan desentralisasi.
Beliau mengatakan dari sudut ekonomi tidak salah sekiranya mempunyai
satu kerajaan pusat untuk memegang tampuk pemerintahan untuk
mentadbir sebuah negeri yang besar. Dari sudut yang lain, sultan- sultan

semakin kehilangan kuasa memerintah. Secara seimbangnya, Sir Wilson

melihat bahawa desentralisasi perlu dilakukan.


Proses-proses desentralisasi peringkat ketiga ialah dimana penyelesaian
kepada kontroversi desentralisasi tidaklah diletakkan kepada faktor politik
semata-mata Hal ini juga dilihat kepada perkembangan ekonomi Tanah
Melayu ketika itu iaitu dari segi eksport Negeri Melayu Bersekutu yang
menjadi

teras kepada kawalan

mewujudkan

undang-undang

kerajaan

awam,

kolonial.

pentadbiran

Keperluan
yang

untuk

stabil

dan

pengurusan infrastruktur yang teratur diperlukan untuk meningkatkan lagi

perkembangan ekonomi.
Pihak British menghadapi tekanan yang hebat bagi melindungi pelaburan
ekonomi yang dibuat di Negeri Melayu bersekutu berbanding negeri
Melayu tidak Bersekutu yang tidak begitu penting kepada pihak British
Desentralisasi diteruskan lagi dengan Pejabat Tanah Jajahan pada tahun
1935 membuat percubaan dengan mengembalikan Majlis Negeri dalam

membuat bajet dan menyerahkan kuasa legatif tempatan.


Namun demikian, kuasa Majlis Persekutuan masih pula menjalankan kuasa
perundangan umum dan mengawal perbelanjaan. Di samping itu, mereka
juga

mengurangkan

memindahkan

kuasa

kawalan

Ketua

pejabat

Setiausaha

tersebut

ke

Persekutuan

kerajaan

dan

negeri

Isu

desentralisasi ini akhirnya sampai kepada pihak Kolonial di tanah jajahan.


Seterusnya, Mereka telah menghantar Sir S. Wilson untuk mengkaji situasi
yang muncul akibat kontroversi ini dan memberi cadangan untuk
membaiki dan menilai berkenaan dengan polisi ini Sir Wilson telah
mencadangkan

kepada

Pejabat

tanah

Jajahan

untuk

mewujudkan

persekutuan yang sebenar untuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Hal ini


mengambil masa yang agak panjang dengan polisi desentralisasi yang

perlu ditekankan.
Walau bagaimanapun, polisi desentralisasi yang dijalankan selepas tahun
1930 adalah lebih dipengaruhi oleh cadangan yang diutarakan oleh
Guillemard kepada Pejabat Tanah Jajahan pada tahun 1927 Dalam
melaksanakan desentralisasi ini, kerajaan kolonial telah menyediakan
peluang

pendidikan

dan

latihan

kepada

penduduk

Malaya.

Dalam

mencapai objektif ini, latihan dalam perkhidmatan kerajaan yang diberikan


kepada penduduk tempatan adalah taraf yang rendah seperti penubuhan
Perkhidmatan Kesihatan Selat 1932, Perkhidmatan Kerajaan di Negeri
Selat pada 1934 dan Perkhidmatan Perundangan Selat pada tahun 1937.

5.0

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya dapat dilihat bahawa rancangan desentralisasi

gagal dilaksanakan atau lebih dikenali sebagai pemusatan kuasa dan hanya
dapat dilaksanakan selepas perang dunia kedua iaitu dalam bentuk Malayan
Union.

British

berjaya

menonjolkan

peranan

mereka

sebagai

pelindung

masyarakat Melayu iaitu dengan membatalkan rancangan pemusatan kuasa


pada tahun 1932. Hal ini demikian kerana British ingin melindungi kepentingan
kaum peribumi daripada ancaman kapitalis Cina dalam aspek ekonomi.
Seterusnya, percubaan kerajaan Pusat memusatkan kuasa ekonomi dan politik di
Kuala Lumpur telah mewujudkan ketegangan politik dalam perhubungan
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Hal ini demikian kerana elit-elit
politik negeri bimbang bahawa hegemoni kuasa pusat melalui pemusatan kuasa
akan membawa kepada peminggiran kuasa dan autoriti mereka.

RUJUKAN
Abdul Latiff Abu Bakar. 1985.

Akhbar, Desentralisasi dan Persatuan Negeri.

Dalam Khoo Kay Kim (ed.). Sejarah Masyarakat Melayu Moden. Universiti
Malaya: Kuala Lumpur., hlm. 130-160.
Andaya dan Andaya, Barbara Watson dan Leonard. 1982. A History of Malaysia.
London:
Klyan

Macmillan Asian Histories Series.


Kumat

Ghosh.

1977.

Decentralization of Power,

Twentieth-Century

1920-1929.

Calcutta,

Malaysia,
India:

Politics

of

Progressive

Publishers 37A Cillege Street.


L.A .Millis. 1993. British Malaya 1824-1867. Kuala Lumpur: Oxford University
Press.
Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
N. J. Ryan. 1967. The Making Of Modern Malaysia: A History From Earliest Times
To 1966.

Kuala Lumpur: Oxford Universiti Press.

Radin Soenarno. Malay Nationalism, 1896-1941. Journal of Southeast Asian


History, Vol 1. No.

1, Nationalism in Malaya (Mar.,1960), hlm 1-28.

Cambrige University Press; Department

of

History,

National

University of Singapore.
Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
T.J. Moorhead. 1963. A History of Malaya, Political Development under British
Rule, Volume 2. Kuala Lumpur: Longman of Malaya Ltd.
Tun. Mohd. Salleh Abas. 1997. Prinsip Perlembagaan Dan Pemerintahan Di
Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Yeo Kim Wah. 1982. The Politics of Decentralisation. Malaysia: Institute of
Southeast Asian
Studies Oxford University Press.Selangor.
Zainal Abidin Adul Wahid, et. al. Malaysia Warisan Dan Perkembangan (Edisi
Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai