Anda di halaman 1dari 8

KRITERIA PEMARKAHAN KERJA KURSUS PISMP

PROGRAM: PISMP (AMB. JUN 2015)

SEMESTER: 1
TAHUN: 2016
KOD KURSUS/TAJUK KURSUS
SJHK 3033 PENSEJARAHAN MALAYSIA

MAJOR: BAHASA MELAYU

SKALA
Amat
cemerlang
90 100
(A+)

WAJARAN

KRITERIA

Penulisan
Esei
(60M)

Pembentangan
(10M)

Ulasan Kritis
(30M)

54-60

9-10

27-30

Penulisan Esei
Mempamerkan satu pemahaman yang jitu dan menyeluruh terhadap
soalan penulisan esei.
Pemahaman sangat mendalam tentang kandungan pensejarahan Malaysia
yang relevan dan terkini serta menepati format.
Menggunakan banyak hujah beserta contoh dan data untuk menyokong
justifikasi dan generalisasi.
Menghuraikan dengan jelas dan mempersembahkan idea dengan
cemerlang terhadap soalan esei.
Interpretasi yang menyeluruh dan pengolahan idea yang logikal dan
koheren.
Analisis dan laporan menunjukkan pemikiran yang reflektif dengan jelas.
Esei komprehensif dan menepati ciri penulisan ilmiah dan tiada
kesilapan bahasa dan ejaan.
Rujukan yang relevan dan menunjukkan bacaan yang sangat luas
daripada pelbagai sumber.
Hasil penulisan menjurus dan menepati gaya penulisan akademik.
Pembentangan
Menunjukkan pengetahuan yang sangat luas, menyeluruh dan terkini.
Liputan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci
Perbincangan yang amat yakin, amat jelas dan cukup berkesan
Mempunyai keupayaan menganalisis dan mensintesis beserta kesimpulan
yang menyeluruh
Hujah disokong dengan bukti yang kukuh dan tepat.

Penggunaan perbendaharaan kata yang pelbagai, luas dan bersesuaian


Struktur ayat yang betul dengan gaya bahasa yang menarik dan menepati
isi yang disampaikan

Ulasan Kritis
Analisis yang sangat tajam dan berfokus.
Berupaya menterjemah pengalaman, masalah serta cara mengatasinya
dengan kritis, jelas dan mendalam.
Hujah terhadap sentrik-Malaysia dan sentrik-Eropah disokong dengan
bukti yang kukuh dan tepat serta menunjukkan keupayaan
membincangkan pandangan dengan menyertakan bukti yang berkaitan
Perbincangan yang amat jelas dan kritikal, menunjukkan keupayaan
menganalisis dan menghubung kait berserta kesimpulan yang
menyeluruh terhadap pengalaman baharu yang diperoleh.
Mempamerkan kematangan yang tinggi dalam penghujahan impak
tugasan terhadap tugas sebagai Sejarah di sekolah.
Keupayaan menghubung kait dengan penuh yakin tentang perspektif
penulis kolonial dan penulis tempatan
.
Penulisan Esei
Cemerlan
g
75-89
(A, A-)

45-53.9

7.5 8.9

22.5-26.7

Mempamerkan satu pemahaman yang tepat dan baik terhadap soalan


penulisan esei
Pemahaman sangat mendalam tentang kandungan pensejarahan Malaysia
yang relevan dan terkini serta menepati format.
Menggunakan beberapa hujah beserta contoh dan data untuk menyokong
justifikasi dan generalisasi.
Menghuraikan dengan jelas dan mempersembahkan idea dengan baik
dan berkesan.
Interpretasi yang menyeluruh dan pengolahan idea yang jelas dan
logikal.
Analisis dan laporan menunjukkan pemikiran yang reflektif dan jelas.
Esei komprehensif dan menepati ciri penulisan ilmiah dan tiada
kesilapan bahasa dan ejaan.

Rujukan yang relevan dan menunjukkan bacaan yang luas daripada


pelbagai sumber.
Hasil penulisan menjurus dan menepati gaya penulisan akademik.

Pembentangan

Menunjukkan pengetahuan yang luas, menyeluruh dan terkini.


Perbincangan yang yakin, jelas dan berkesan
Wujud elemen perbincangan yang kritis pada keseluruhan bahagian
Ada keupayaan menganalisis dan mensintesis beserta kesimpulan yang
menyeluruh
Hujah disokong dengan bukti yang sesuai.
Penggunaan perbendaharaan kata yang bersesuaian
Sebahagian besar struktur ayat betul dan sesuai dengan isi yang
disampaikan

Ulasan Kritis

Analisis yang tajam dan berfokus.


Berupaya menterjemah pengalaman, masalah serta cara mengatasinya
dengan kritis, jelas dan mendalam.
Hujah terhadap sentrik-Malaysia dan sentrik-Eropah disokong dengan
bukti yang tepat serta menunjukkan keupayaan membincangkan
pandangan dengan menyertakan bukti yang berkaitan
Perbincangan yang jelas dan baik, menunjukkan keupayaan menganalisis
dan menghubung kait berserta kesimpulan yang menyeluruh terhadap
pengalaman baharu yang diperoleh.
Mempamerkan kematangan dalam penghujahan impak tugasan terhadap
tugas sebagai guru Sejarah di sekolah.
Keupayaan menghubung kait dengan begitu jelas tentang perspektif
penulis kolonial dan penulis tempatan

Kepujian
60-74
(B+, B,
B-)

36-44.9

6-7.4

18-22.4

Penulisan Esei

Mempamerkan satu pemahaman yang baik terhadap soalan tugasan.


Pemahaman agak mendalam tentang kandungan pensejarahan Malaysia
yang relevan dan terkini serta menepati format.
Perbincangan yang jelas dan berkesan
Menggunakan beberapa hujah beserta contoh dan data untuk menyokong
justifikasi dan generalisasi.
Menghuraikan dengan agak jelas dan mempersembahkan idea dengan
baik.
Beberapa Interpretasi yang jelas dan pengolahan idea yang agak jelas dan
logikal.
Analisis dan laporan menunjukkan pemikiran yang reflektif.
Esei menepati ciri penulisan ilmiah dan tiada kesilapan bahasa dan ejaan.
Rujukan yang relevan dan menunjukkan bacaan yang memuaskan.
Hasil penulisan menjurus dan menepati gaya penulisan akademik.

Pembentangan
Menunjukkan pengetahuan yang memuaskan
Perbincangan yang yakin dan jelas
Memenuhi kriteria sebahagian besar kandungan
Wujud elemen perbincangan yang kritis pada kebanyakan bahagian
Ada keupayaan menganalisis dan mensintesis beserta kesimpulan yang
menyeluruh
Hujah disokong dengan bukti yang sesuai.
Penggunaan perbendaharaan kata yang pelbagai bersesuaian
Sebahagian besar struktur ayat betul dan sesuai dengan isi yang
disampaikan

Ulasan Kritis

Lulus
50-59
(C+, C)

30-35.9

5-5.9

15-17.9

Ada usaha untuk menilai/berhujah/membincangkan isu-isu utama.


Berupaya menterjemah pengalaman, masalah serta cara mengatasinya
dengan kritis, jelas dan mendalam.
Memberikan hujahan yang masih baik terhadap tugasan esei dan aplikasi
yang telah dibincangkan.
Hujah terhadap sentrik-Malaysia dan sentrik-Eropah disokong dengan
bukti yang jelas serta menunjukkan keupayaan membincangkan
pandangan dengan menyertakan bukti yang berkaitan
Perbincangan yang baik, menunjukkan keupayaan menganalisis dan
menghubung kait berserta kesimpulan yang menyeluruh terhadap
pengalaman baharu yang diperoleh.
Masih mempamerkan kematangan dalam penghujahan impak tugasan
terhadap tugas sebagai guru Sejarah di sekolah.
Keupayaan menghubung kait dengan baik tentang perspektif penulis
kolonial dan penulis tempatan

Penulisan Esei

Mempamerkan satu pemahaman yang minima terhadap soalan tugasan.


Pemahaman minima tentang kandungan pensejarahan Malaysia yang
relevan dan terkini serta menepati format.
Menggunakan hanya sebilangan kecil hujah beserta contoh dan data
untuk menyokong justifikasi dan generalisasi.
Menghuraikan dengan agak jelas dan mempersembahkan idea dengan
baik.
Beberapa ketidaktepatan dan kekaburan dalam pengolahan idea.
Interpretasi idea yang lemah.

Analisis dan laporan kurang menunjukkan pemikiran yang reflektif.


Esei kurang menepati ciri penulisan ilmiah dan beberapa kesilapan
bahasa dan ejaan.
Hanya beberapa rujukan yang relevan.
Hasil penulisan kurang menepati gaya penulisan akademik.

Pembentangan

Menunjukkan pengetahuan berkaitan yang terhad


Perbincangan yang kurang yakin, kurang jelas dan kurang berkesan
Kandungan kurang lengkap
Wujud elemen perbincangan yang sederhana kritis pada beberapa
bahagian
Ada keupayaan menganalisis dan mensintesis beserta kesimpulan yang
menyeluruh
Hujah disokong dengan bukti yang terhad
Penggunaan perbendaharaan kata yang bersesuaian
Sebahagian besar struktur ayat masih betul dan sesuai dengan isi yang
disampaikan namun terdapat kesalahan pada beberapa bahagian.

Ulasan Kritis

Ada analisis tetapi kurang mendalam.


Memberikan hujahan yang kurang baik terhadap tugasan esei dan
aplikasi yang telah dibincangkan.
Hujah terhadap sentrik-Malaysia dan sentrik-Eropah masih disokong
dengan bukti serta menunjukkan keupayaan membincangkan pandangan
dengan menyertakan bukti yang berkaitan
Perbincangan yang kurang baik, kurang menunjukkan keupayaan
menganalisis dan menghubung kait berserta kurang membuat kesimpulan
yang menyeluruh terhadap pengalaman baharu yang diperoleh.
Kurang berkeupayaan menghubung kait perspektif penulis kolonial dan
penulis tempatan

Gagal
049
(C-,D+,
D,E & F)

0-29.9

0-4.9

0 14.9

Penulisan Esei

Mempamerkan satu pemahaman yang minima terhadap soalan tugasan.


Tidak menjurus kepada isu dalam soalan. Pemahaman lemah tentang
kandungan pensejarahan Malaysia yang relevan dan format terkini.
Hujah tidak disokong dengan contoh dan data.
Tidak menghuraikan dengan jelas dan tiada mempersembahkan idea
dengan baik.
Banyak hujah yang tidak relevan; jawapan yang kabur; pengolahan idea
yang kabur.
Interpretasi idea yang sangat lemah.
Analisis dan laporan tidak menunjukkan pemikiran yang reflektif.
Esei tidak menepati ciri penulisan ilmiah dan banyak kesilapan bahasa
dan ejaan.
Kurang atau hamper tiada rujukan.
Tidak menepati gaya penulisan akademik.

Pembentangan

Menunjukkan pengetahuan berkaitan yang sangat terhad


Kandungan tidak lengkap
Perbincangan sangat terhad dan tidak kritis
Tiada keupayaan menganalisis dan mensintesis beserta kesimpulan yang
menyeluruh
Jelas menunjukkan tiada pemahaman konsep
Keseluruhan ayat tidak lancar. Penggunaan perbendaharaan kata amat

terhad.
Hampir keseluruhan struktur ayat perlu dibetulkan.
Kesalahan ejaan yang sangat ketara

Ulasan Kritis

Tiada atau amat sedikit usaha untuk menganalisis /membincangkan


sesuatu.
Kurang berupaya menterjemah pengalaman, masalah serta cara
mengatasinya dengan kritis, jelas dan mendalam.
Hujah terhadap keperluan dan kepentingan penggunaan bahan sastera
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah
tidak disokong dengan bukti serta tidak menunjukkan keupayaan
membincangkan pandangan yang diberikan.
Perbincangan yang lemah, tidak menunjukkan keupayaan menganalisis
dan menghubung kait berserta tidak dapat membuat kesimpulan yang
menyeluruh terhadap pengalaman baharu yang diperoleh.
Tidak mempamerkan kematangan dalam penghujahan impak tugasan
terhadap tugas sebagai guru Sejarah di sekolah.
Tidak berkeupayaan menghubung kait perspektif penulis kolonial dan
penulis tempatan