Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah ya Tuhan kami,

Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik
dan amal yang diterima. Jadikanlah awal hari kami sebagai sebuah kebaikan,
pertengahan hari kami sebagai sebuah kemenangan, dan akhir hari kami sebagai
sebuah kejayaan.
Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud,
Kami merafakkan rasa syukur kehadrat-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
berada dan menghadiri Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-6 SK. Raub Indah pada
pagi ini. Jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang dirahmati dan
perpisahan selepas ini sebagai perpisahan yang diberkati.
Ya Allah Ya Adzim,
Kami memohon kepada-Mu semoga Engkau jadikan kejohanan ini sebagai satu
wadah untuk kami bersatu-padu, bekerjasama dan berjuang demi melahirkan
generasi yang cemerlang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta
berjaya di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbalalamin

Anda mungkin juga menyukai