Anda di halaman 1dari 6

PENERIMA PGB 1 RRD

LT M BAHARIN BIN ABD JALIL (410560).


(1)
Ringkasan Kejadian. Lt M Baharin bin Abd Jalil adalah Ketua Platun di
Kompeni A. Beliau telah ditugaskan mengendalikan tempat-tempat sekatan di
sekitar Kg. Goebilt dalam Ops Hentam. Pada 12 Mac 71, 2 orang pengganas
telah menemui penduduk kampung bagi mendapatkan bantuan makanan.
Orang-orang kampung yang sebaliknya telah menyampaikan maklumat tersebut
kepada Pasukan Keselamatan mengakibatkan seorang daripada pengganas
tersebut telah ditawan. Ekoran daripada itu Lt M Baharin memecahkan
platunnya kepada kumpulan-kumpulan kecil. Beliau serta kumpulannya telah
mengesan sekumpulan musuh yang berkekuatan lebih dari 10 orang. Satu
pertempuran sengit telah berlaku yang mana seramai 13 orang musuh telah
berjaya dibunuh.
(2)

Tempat.

(3)

Anugerah.

Kg. Gobil, Kuching, Sarawak.

Panglima Gagah Berani (PGB).

PW II LENGGU ANAK CHINA.


(1) Ringkasan Kejadian. Pada 20 Jan 71 lebih kurang jam 5 petang PW II Lenggu anak
China bersama-sama dengan ketua kumpulannya iaitu Lt M Anuar Basha Khan ketika
sedang di dalam perjalanan pulang dengan menaiki 2 buah perahu panjang daripada Nanga
Bangkit ke Markas Tektikal 1 Renjer di Nanga Engkuah telah diserang hendap oleh
segerombolan musuh di Tanjung Babi iaitu ke utara Sungai Ketibas. Di dalam serang
hendap tersebut, perahu panjang pertama yang dinaiki oleh Lt M Anuar Basha Khan telah
berjaya dimusnahkan oleh pihak musuh di mana Lt M Anuar Basha Khan sendiri mengalami
kecederaan parah di bahagian kepalanya. Mengetahui perahu pertama di hadapan yang
dinaiki oleh ketua kumpulannya telah diserang hendap oleh musuh dan ketuanya
mengalami kecederaan parah, PW II Lenggu terus mengetuai kumpulannya mara
kehadapan dan meyerbu ke arah kedudukan musuh yang dianggarkan berkekuatan
seramai 20 orang. Tanpa memikirkan rasa takut dan gentar PW II Lenggu terus
melepaskan tembakan yang bertubi-tubi ke arah musuh hinggakan beliau sendiri
mengalami kecederaan parah di bahagian perut kanan kesan dari tembakan senjata musuh.
Di dalam keadaan cedera parah itu, PW II Lenggu masih mampu menyerbu dan berjaya
membunuh musuh di mana akhirnya beliau sendiri terkorban di sisi mayat musuh yang telah
dibunuhnya.
Di dalam pertempuran tersebut, Pasukan Keselamatan telah berjaya
membunuh 4 orang musuh.

(2)

Tempat.

(3)

Anugerah.

Tanjung Babi, Sarawak.

Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP)

901742 SJN INDANG ANAK ENGKAS.

(1)
Ringkasan Kejadian. 901742 Sjn Indang anak Engkas telah ditugaskan
membuat rondaan untuk mencari dan memusnahkan musuh di kawasan Tanjung
Kunyit, Paradom, Daerah Binatang, Sibu, Sarawak. Pada pagi 20 Mei 72
semasa beliau dan kumpulannya sedang menjalankan misi mereka,
kumpulannya telah bertembung dengan sekumpulan 7 orang musuh. Dalam
pertempuran itu beliau dan kumpulannya telah berjaya membunuh 2 daripada
mereka manakala 5 lagi telah dapat melarikan diri. Pencapaian membunuh 2
musuh belum cukup memuaskan hatinya. Beliau mengambil keputusan untuk
terus menjejak kesan-kesan penguduran musuh. Setelah perancangan diatur
beliau dan kumpulannya terus mengikuti jejak-jejak musuh yang telah melarikan
diri. Usaha beliau dan kumpulannya tidak menghampakan. Beberapa jam
kemudian mereka berjaya menjumpai semula kumpulan tersebut yang sedang
bersiap untuk berpangkalan semula.
Tanpa membuang masa dan bagi
memeranjatkan musuh sebelum bersedia, beliau terus mengatur serangan.
Serangan yang dilakukan tudak semudah yang disangka. Mereka mendapat
tentangan hebat dari musuh namun ianya sedikitpun tidak mengubah pendirian
Sjn Indang dan kumpulannya. Dengan semangat dan kegigihan akhirnya
mereka berjaya membunuh kelima-lima musuh tersebut. Ini membuatkan
kesemua 7 orang musuh yang ditemui telah dapat dihapuskan.

(2)
Tempat.
Tanjung Kunyit, Paradom, Daerah Binatang(sekarang
Bintangor), Sibu, Sarawak.

(3)

Anugerah.

Panglima Gagah Berani (PGB).

901756 SJN JOSEPH MILENG ANAK KILONG.


(1) Ringkasan Kejadian. 901756 Sjn Joseph Mileng anak Kilong dari Kompeni A telah
ditugaskan untuk menunggu ulang bekal catuan di satu tempat yang telah ditetapkan di
kawasan Sg, Kudup, Sarikei, Sarawak. Pada 28 Oktober 71, beliau bersama beberapa
anggotanya berlepas untuk menunggu ulang bekal tersebut di tempat yang telah ditetapkan.
Sebagai kebiasaan apabila sampai di tempat yang dimaksudkan beliau sebagai ketua
terlebih dahulu mengesahkan kedudukannya. Setelah berpuas hati beliau mengarahkan
anggotanya untuk menunggu dan berteduh di sebuah pondok tinggal yang kebetulan
tersedia ada di situ. Sebaik sahaja mereka tiba di pondok tesebut, dengan tidak disangkasangka mereka telah disambut dengan letupan dari 6 butir bom jerangkapsamar. Pada
masa yang sama, mereka juga menerima hujanan dari tembakan senjata. Pertempuran
berlaku dan mengetahui yang mereka telah terperangkap dalam tembakan musuh, beliau
dengan bersemangat bersama dengan 2 anggotanya yang lain dengan perlindungan
tembakan dari rakan-rakan dan menggunakan bom-bom tangan telah menyerbu dan
menggempur ke arah kedudukan musuh. Walaupun kumpulan musuh ternyata lebih ramai
daripada kumpulannya, tetapi di atas semangat keberanian beliau dan 2 orang anggotanya
telah menyebabkan beberapa orang musuh mengambil keputusan berundur sambil
mengheret rakan-rakan mereka yang cedera. Melihat musuh cuba berundur, Sjn Mileng
dan anggota-anggotanya terus mara walaupun masih dihujani peluru dan letupan-letupan
dari bom-bom tangan musuh. Dari peristiwa tersebut beliau menembak mati 3 orang
musuh.

(2)

Tempat.

Sg. Kudup, Sarikei, Sarawak.

(3)

Anugerah.

Panglima Gagah Berani (PGB).

901289 KPL DAJAI ANAK ANGGIE.

(1)
Ringkasan Kejadian. 901289 Kpl Dajai anak Anggie adalah bersama
kumpulan yang diketuai oleh 901756 Sjn Joseph Mileng anak Kilong menunggu
ulang bekal di kawasan Sg. Kedup, Sarikei, Sarawak semasa kejadian ini
berlaku. Pada 28 Ogos 71, ketika Kpl Dajai dan rakan-rakannya cuba berteduh
di satu pondok yang telah ditinggalkan, tiba-tiba beberapa letupan telah berlaku.
Kejadian ini disusuli dengan hujanan peluru dari tembakan musuh. Pertempuran
berlaku. Mengetahui bahawa mereka telah diperangkap dalam satu serangan
musuh, beliau dengan beraninya telah meluru ke arah musuh. Beliau terus
melepaskan tembakan demi tembakan dan menggunakan sepenuh tenaganya
melontar bom-bom tangan ke arah musuh. Dengan dibantu seorang lagi
rakannya beliau terus mengikut jejak ketuanya, Sjn Mileng, meluru dan
menyerbu ke arah musuh. Kegigihan dan keberanian yang ditunjukkan oleh
beliau dan rakan-rakannya telah menyebabkan musuh berundur.
Dalam
pertempuran tersebut, beliau telah dapat membunuh 3 orang musuh.

(2)

Tempat.

Sg. Kudup, Sarikei, Sarawak.


5

(3)

Anugerah.

Panglima Gagah Berani (PGB).

901055 RJR UNGGEK ANAK ANTIN.


(1)
Ringkasan Kejadian. 901055 Rjr Unggek anak Antin adalah bersama
kumpulan yang diketuai oleh 901756 Sjn Joseph Mileng anak Kilong menunggu
ulang bekal di kawasan Sg. Kedup, Sarikei, Sarawak semasa kejadian ini
berlaku. Pada 28 Ogos 71, ketika Kpl Dajai dan rakan-rakannya cuba berteduh
di satu pondok yang telah ditinggalkan, tiba-tiba beberapa letupan telah berlaku.
Kejadian ini disusuli dengan hujanan peluru dari tembakan musuh. Pertempuran
berlaku. Beliau turut membalas tembakan. Dengan penuh kecekalan sebagai
perajurit beliau dengan beraninya telah meluru ke arah musuh dan membunuh
seorang daripada musuh yang cuba melepaskan tembakan ke arah rakanrakannya. Kegigihan dan keberanian yang ditunjukkan oleh beliau dan rakanrakannya telah menyebabkan musuh berundur.
(2)

Tempat.

(3)

Anugerah.

Sg. Kudup, Sarikei, Sarawak.


Panglima Gagah Berani (PGB).

Anda mungkin juga menyukai