Anda di halaman 1dari 104

Minda

Minda jika diselidiki dengan lebih mendalam, ia bukannya otak. Minda sebenarnya
ialah sebahagian daripada akal. Akal inilah anugerah Allah kepada makhluk yang
bernama manusia. Setiap binatang hanya memiliki otak tetapi ia tidak memiliki akal
atau dikenali sebagai minda. Minda merupakan satu bentuk tenaga yang terbentuk
daripada fikiran, perasaan, mimpi dan lain-lain lagi. Minda terdiri daripada tiga iaitu
minda sedar (conscious mind) minda separa sedar (sub conscious mind) dan minda tak
terbatas (super conscious mind). Saya hanya akan memberikan penerangan tentang
minda sedar dan minda separa sedar sahaja. InsyaAllah, dilain keluaran, saya akan
memberikan imformasi tentang minda super pula.
Minda sedar
Minda sedar bertugas dengan mengawal 5 pancaindera yang berhubung dengan
dunia yang nyata iaitu lihat, bau, rasa dan sentuh. Minda sedar berfungsi pada alam
fizikal semata-mata dimana, pancaindera banyak memainkan peranan. Pada peringkat ini,
minda kita terbatas pada ruang dan waktu. Batasan atau limitasi ini disebabkan minda
sedar hanya berhubung dengan alam nyata atau alam fizikal. Minda sedar boleh berfikir
dan mengeluarkan pendapat. Di sinilah terletaknya kebebasan untuk memilih. Minda
sedar mampu mengawal apa yang anda fikirkan. Daripada pemikiran , terhasillah buah
fikiran (though). Buah fikiran inilah yang akan memberikan arahan kepada minda separa
sedar.
Minda separa sedar.
Minda separa sedar bertugas mengawal segala aktiviti organ dan tisu badan secara
semulajadi tanpa kita sedari atau merasainya. Aktivitinya melibatkan perasaan, emosi dan
sebagainya. Minda separa sedar menjalankan tugasnya dengan aktiviti denyutan jantung,
mengatur sirkulasi darah, mengatur pencernaan, asimilasi dan perkumuhan. Minda separa
sedar juga bertugas dengan tanggung jawabnya yang telah dilatih, dengan sedar atau
tidak sedar contohnya, memandu kereta, memakai pakaian bersukan dan sebagainya.
Dengan lain perkataan, segala tugas yang anda lakukan secara berulang-ulang contohnya,
memakai baju, tanpa perlu anda berfikir dengan teliti dan sedar bagaimanakah caranya
hendak memakai baju atau bernafas tanpa perlu anda ingati untuk bernafas. Minda separa
sedar juga boleh mencetuskan idea-idea yang baru serta hebat. Selain daripada itu, minda
separa sedar juga dapat bertugas untuk menyembuhkan serta menghalang penyakit.
Walaupun anda sedang tidur, minda separa sedar akan mengawal aktiviti organ dan tisu
badan serta tahap mimpi.
Minda separa sedar juga berkeupayaan serta bertugas untuk merekodkan setiap
pengalaman anda seumur hidup. Ramai para saintis percaya bahawa setiap kejadian yang
terperinci akan tersimpan dan direkodkan dalam minda separa sedar. Seperti kamera,
minda separa sedar akan merakamkan setiap peristiwa yang berlaku. Minda separa sedar

adalah seperti program komputer. Ia melibatkan semua aktiviti kehidupan, emosi, tabiat,
hubungan dengan orang lain, kewangan, kesihatan dan berat badan. Minda separa sedar
juga adalah sumber cita-cita, aspirasi dan dorongan perikemanusiaan. Fikiran,
kepercayaan, pendapat dan dogma yang telah dipahatkan pada minda separa sedar, akan
dialami oleh kita. Dengan lain perkataan, apa yang dituliskan serta difikirkan dengan
penuh perasaan, akan dialami di luar. Ini kerana, minda separa sedar tidak akan
memperdebatkan apa sahaja saranan yang telah dimasukkan. Ia akan menerima
keputusan dan kesimpulan secara mutlak.
Minda manusia memiliki dua komponen yang fungsinya terpisah antara satu sama
lain. Minda sedar dianggarkan hanya 10% daripada minda dan selebihnya iaitu 90%
merupakan minda separa sedar. Minda separa sedar sangat penting kerana ianya
bertanggung jawab untuk merekodkan setiap peristiwa dan setiap pengalaman. Ini
dipanggil kebiasaan dan membolehkan kita melaksanakan tindakan secara tabiat harian
(tanpa perlu memikirkan).
Kehebatan minda separa sedar
Adakah anda pernah terbaca buku cerita atau menonton filem tentang Aladdin
dengan lampu ajaib? (Aladdin and his enchanted lamp). Ianya mengisahkan seorang
budak yang bernama Aladdin yang tinggal di sebuah negeri bernama Baghdad. Aladdin
memiliki lampu ajaib yang akan mengeluarkan sejenis Jin yang besar. Jin tersebut dapat
menunaikan setiap kehendak seperti kekayaan, kemashyuran, kuasa, kecantikkan dan
lain-lain lagi. Sudah pastinya, jika anda berusia kanak-kanak, anda akan berfantasi untuk
memiliki lampu ajaib tersebut. Ini sememangnya anda berkehendakkan Jin tersebut
menunaikan setiap kehendak anda. Sebenarnya, lampu ajaib itu ada pada diri anda. Ia
adalah minda separa sedar. Ia diibaratkan seperti sejenis Jin yang akan menunaikan setiap
kehendak manusia tanpa membantah. Setiap kehendak sama ada baik atau buruk, pasti
akan ditunaikannya. Saya akan memberikan beberapa rahsia untuk menggunakan minda
separa sedar anda pada bab-bab yang lain nanti.
Minda separa sedar memiliki keupayaan untuk menghadapi setiap ragam serta
kesusahan dan kepayahan manusia di dunia ini. Minda separa sedar bertugas tanpa perlu
anda menyedarinya disamping itu, menjalankan tanggung jawabnya 24 setiap hari. Ia
membina dan menanggung tubuh badan anda, pengetahuan, pengalaman, emosi,
kebiasaan dan lain-lain lagi. Ia memiliki kuasa dan kesan peristiwa yang berlaku dalam
kehidupan manusia. Minda separa sedar dapat bersatu dengan kecerdasan tidak terbatas
dan kebijaksanaan tidak terbatas yang dipanggil, hukum hidup. Apa jua yang dikesan
pada minda separa sedar, ia akan menggerakkan alam bagi menjelmakan hal tersebut. Ini
tidak bermakna manusia itu berkuasa, sebenarnya Allah yang maha berkuasa. Segalagalanya adalah anugerahNya.
Cara minda separa sedar bertindak.

Minda separa sedar (sub conscious mind) bertindak selepas ia menerima arahan
daripada minda sedar (conscious mind) melalui emosi, perasaan dan gambaran. Minda
separa sedar, dapat berkomunikasi dengan minda sedar melalui gambaran dan perasaan.
Melalui isyarat idea-motor, minda sedar dan minda separa sedar dapat berkomunikasi
secara gambaran atau imaginasi yang menimbulkan perasaan. Dengan lain perkataan,
minda sedar bertugas dengan memberikan arahan kepada minda separa sedar. Minda
separa sedar sentiasa patuh pada setiap arahan minda sedar. Jika arahan yang diterima itu
positif, maka positiflah tugas yang akan dilakukan oleh minda separa sedar. Jika arahan
negatif, maka negatiflah tugas yang akan dilakukan oleh minda separa sedar. Adalah tidak
ketara jika saya katakan bahawa minda separa sedar ibarat seperti robot . Minda separa
sedar tidak berupaya untuk membuat pilihan dan keputusan. Minda separa sedar juga
tidak dapat membezakan antara realiti dan fantasi. Minda separa sedar akan menjadikan
setiap buah fikiran, serta arahan minda sedar sebagai tabiat dan perasaan.
Minda separa sedar dalam kehidupan.
Kita perlu sedar bahawa lebih 90% aktiviti mental dan kehidupan adalah minda
separa sedar. Ia pembentuk tubuh badan dan memelihara semua tenaga vitalnya.
Menjalankan aktiviti 24 jam seharian. Minda separa sedar berhubungan dengan
kehidupan tidak terbatas , kebijaksanaan tak terbatas dan gerak hati (daya intuisi) yang
selalu berperanan dalam kehidupan manusia. Cita-cita, ilham dan daya melihat yang
tersurat dan tersirat bagi sumber kehidupan yang lebih agung dan mulia bersumber
daripada minda separa sedar. Seniman, pemuzik, penyair, penulis, ahli pidato
mendengarkan daya bawah sedarnya dan memperolehi semangat serta ilham. Contohnya,
penulis yang bernama Robert Louis Stevenson, sewaktu menghadapi masaalah
kewangan, beliau selalu memberikan tugas kepada minda separa sedarnya untuk
mencipta idea-idea penulisannya sebelum tidur. Hasilnya, banyak penulisannya berkualiti
dan beliau dapat menyelesaikan masaalah kewangannya.
Cara jasad bertindak.
Jasad merupakan alat untuk menzahirkan apa yang difikirkan . Ia akan bertindak
mengikut arahan minda. Tindakan jasad akan menentukan hasil. Walau bagaimanapun,
selagi apa yang difikirkan oleh minda sedar, jasad tidak akan membuat sebarang
tindakan. Jasad hanya akan bertindak apabila minda sedar memberikan arahan kepada
minda separa sedar setelah minda sedar tahu dan mahu. Minda separa sedar akan
menimbulkan perasaan serta tabiat. Dari situ, barulah jasad akan bertindak.

Minda sedar
berfikir setelah ia
tahu dan mahu.
Memberikan arahan
kepada minda separa
sedar.

Minda separa sedar


1) menurut arahan minda
sedar.
2) Timbulnya perasaan.
3) Lama-kelamaan,
menjadi tabiat.

Jasad.
Bertindak setelah timbul
hasrat daripada minda
separa sedar.

Aktiviti gelombang otak.


Otak merupakan organ elektrokimia. Hasilan spekulasi kajian mendapati, otak
boleh menjanakan sehingga 10 watt kuasa elektrik. Gelombang otak terbahagi kepada 4
peringkat yang berlainan sama ada dari segi fungsi serta kegiatan otak tersebut.
a) Peringkat Beta ()
Kegiatan otaknya ialah 14 hingga 30 pusingan sesaat. Peringkat ini melibatkan
minda sedar (conscious mind). Manusia yang berada pada peringkat ini ialah sewaktu
mereka sedang menyelesaikan sesuatu masaalah yang mencabar atau sedang berfikir
dengan penuh konsentrasi., berbincang, menganalisis , peperiksaan dan mengulangkaji
pelajaran. Otak pada waktu itu penuh dengan konsentrasi dalam berfikir. Saintis yang
terkenal, Sir Francis Crick serta saintis-saintis yang lain percaya bahawa frekuensi Beta
ini merupakan kunci kepada tindakan kesedaran pancaindera. Namun begitu, apabila otak
berada dalam keadaan peringkat Beta, otak biasanya kurang dapat menyelesaikan
masaalah secara kreatif. Murid-murid yang menjawab soalan peperiksaan, banyak
melakukan kesalahan secara tidak disengajakan. Dengan itu, otak perlu berada pada tahap
alpha untuk penyelesaian masaalah. Peringkat Beta juga melibatkan keadaan kita sewaktu
dalam perasaan yang sangat tertekan, bingung, marah dan kecewa. Pada peringkat ini,
pertimbangan akal adalah amat minima. Syaitan akan menjalankan peranannya dalam
membisikkan perkataan dalam hati manusia. Sebab itulah, dalam agama, disarankan
berada dalam keadaan ketenangan. Kegiatan keagamaan akan membawa anda berada
dalam ketenangan iaitu ke tahap Alpha. Para waliyullah serta para Nabi, mereka dapat
sampai ke tahap peringkat gelombang Theta.
b) Peringkat alpha ()
Kegiatan otaknya ialah 8 hingga 12 pusingan sesaat. Pada saat ini, anda berada
dalam keadaan ketenangan, santai, rileks, angan-angan serta melakukan sesuatu kerja
yang tidak memerlukan konsentrasi seperti mandi, memandu kereta dan mencukur
janggut. Ramai karyawan seni menggunakan peringkat ini untuk mencari idea-idea .Pada
peringkat alpha, minda yang banyak bertugas ialah minda separa sedar. Elbert Einstein,
banyak mendapat idea-idea penyelesaian formula kreatifnya sewaktu beliau mencukur
janggut. Saya sendiri, mengalami produktiviti otak sewaktu saya memandu kereta. Pada

waktu itu, banyaklah idea-idea kreatif yang muncul. Sebab itulah ramai ahli koporat,
karyawan serta ahli politik akan menjalankan aktiviti melancong, bermain golf atau
memancing. Suasana tersebut dapat memberikan ketenangan pada gelombang otak dan
idea-idea yang kreatif akan muncul. Jose Silva, pengasas Silva Method telah
memperkenalkan teknik pemikiran pada tahapan alpha. Kaedah pembersihan mental cara
Silva juga, menekankan kepentingan tahapan alpha.( akan diterangkan dengan lebih
lanjut dalam bab teknik meditasi.). Dalam tahapan Beta, kita hanya boleh menggunakan 5
pancaindera sahaja iaitu pendengaran, sentuhan, penglihatan, bau dan rasa. Tapi, dalam
tahapan alpha pula, deria kita adalah enam deria tambahan ini dipanggil Extra Sensory
Perception deria bukan sahaja melibatkan pendengaran, sentuhan, penglihatan, bau dan
rasa, malahan satu lagi deria iaitu deria kejiwaan (intuisi/ gerak hati / sukma rasa).
c) Peringkat theta ()
Kegiatan otaknya ialah 4 hingga 7 pusingan sesaat. Pada saat ini, anda berada
dalam keadaan ketenangan yang tiada tolak bandingnya. Pada peringkat ini, setiap doa
akan diterima Allah. Orang-orang kerohanian merupakan manusia yang berupaya untuk
mencapai peringkat theta. Ahli sufi, mahaguru yoga, serta pengamal ilmu kebatinan
sentiasa berusaha untuk mencapai peringkat tersebut. Peringkat theta ini juga dapat
meningkatkan daya intuisi (gerak hati) seseorang. Ahli meditasi sentiasa berada dalam
ambang alpha dan theta. Dengan itu, dapatlah meningkatkan daya intuisi dan keaktifan
indera yang ke-enam (six senth). Sewaktu gelombang otak berada dalam keadaan theta,
otak dapat mengeluarkan keseimbangan sodium dan potassium yang bertanggung jawab
menjalankan tugas sebagai pengangkutan kimia melalui membran sel otak. Dengan itu,
otak menjadi segar dan bertenaga. Walaubagaimanapun, jarang sekali ada orang yang
dapat mencapai ke tahapan theta. Orang yang berada dalam tahapan theta ialah orang
yang tiada hijab antara dirinya dengan Tuhan. Kita sebagai orang awam, cukuplah hanya
sekadar mencapai tahapan peringkat alpha.
d) Peringkat Delta ()
Kegiatan otaknya ialah 1 hingga 3 pusingan sesaat. Ini merupakan peringkat yang
berlaku sewaktu aktiviti tidur dan dalam keadaan yang tidak sedar. Ramai ahli ilmu
kebatinan sewaktu melakukan pertapaan, jika tidak berhati-hati, mereka akan terlajak
daripada peringkat Theta kepada Delta iaitu tertidur sewaktu melakukan meditasi. Pada
peringkat ini, hormon kesembuhan dikeluarkan. Sebab itulah, setiap penyakit atau
kecederaan akan sembuh selepas proses tidur. Saranan yang positif juga dapat diberikan
kepada kanak-kanak sewaktu mereka berada pada tahap hipnogogik. Hipnogogik
merupakan gelombang otak berada dalam keadaan antara theta dengan delta (antara
terlena dengan jaga). Begitu juga seseorang yang gemar berfikir sewaktu hendak tidur,
walaupun dia terlena, minda separa sedar akan bertugas untuk menyelesaikan masaalah.
Pada peringkat Delta, jiwa kita akan dapat menerobosi pada alam yang tiada had
(infiniti).
Harta karun pada diri anda.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa diri mereka merupakan harta karun yang
sangat berharga. Apa sahaja yang kita mahu, kita boleh mendapatkannya dengan jayanya.
Namun begitu, tidak ramai yang menyedarinya. Mereka hidup dalam ketakutan dan
penderitaan. Jika ada peluang pun, mereka akan berkata Apa yang akan berlaku jika aku
gagal? Ramai orang akan tertawakan aku Sememangnya mereka ini tidak dapat pergi
dengan lebih jauh dalam kehidupan. Mereka akan terus berada pada kedudukan lama
yang tidak berubah walau sedikitpun. Hiduplah mereka dalam kegagalan. Kegagalan
untuk selama-lamanya. Namun begitu, Allah Maha Adil, harta karun pemberianNya
kepada kita iaitu minda memberi banyak manafaat untuk kejayaan pada masa hadapan.
Kuasa genius
Ramai yang menganggap bahawa genius itu adalah pemberian tuhan hanya
kepada golongan-golongan yang tertentu sahaja. Hakikat yang sebenarnya, kuasa genius
ini iaitu kuasa minda separa sedar, merupakan pemberian Allah kepada semua manusia
yang dilahirkan ke dunia ini. Kita semua berkeupayaan untuk mengeluarkan tenaga serta
kuasa ini asalkan mempercayai kebolehan diri sendiri. Lebih daripada 90% aktiviti
mental dilakukan oleh minda separa sedar. Sama ada anda sedar atau tidak, minda separa
sedar terus menjalankan tugasnya. Minda separa sedar juga merupakan pembina tubuh
badan, peningkat pengetahuan, perubah emosi dan sikap. Ia berkeupayaan untuk
mempengaruhi seluruh kehidupan anda. Menurut William James, bapa psikologi
Amerika, Kuasa untuk menggerakkan dunia ini adalah minda separa sedar Maksud
kata-katanya ialah, minda separa sedar pada diri manusia, banyak mempengaruhi
kehidupan manusia sama ada dalam kebaikan atau keburukan.
Mengawal sistem badan.
Satu daripada tugas besar minda separa sedar ialah, ia mengawal segala
autonomic tubuh badan manusia. Kita tidak akan sedar atau fikir bagaimana untuk
bernafas, kita juga tidak perlu berfikir bagaimana organ dalaman berfungsi, ianya adalah
tugas minda separa sedar. Jika anda sakit , kadang-kadang sakit itu disebabkan oleh cara
pemikiran yang tidak baik. Lama kelamaan, minda separa sedar akan menerima dengan
patuh, dan merealisasikan pemikiran negatif anda. Sewaktu anda tidur pula, minda separa
sedar juga mengawal organ dalaman dan tahap mimpi anda. Banyak contoh, para saintis
dan pereka cipta mendapat idea yang hebat berdasarkan daripada mimpi mereka.
Contohnya, Albert Einstien, mendapat idea penciptaan formulanya selepas beliau
bermimpi menunggang cahaya. Beliau banyak memberikan serta mencetuskan idea-idea
formula yang merubah dunia sains. Kuasa apakah yang beliau ada? Ya.kuasa minda
separa sedar.
Umpama kamera pengalaman.
Minda separa sedar juga adalah seperti kamera pengalaman.. Ia menjadi gudang
penyimpan setiap pengalaman. Saintis percaya, setiap pengalaman yang berlaku akan

direkodkan dalam minda separa sedar. Seperti kamera video, minda separa sedar akan
merekodkan setiap pengalaman yang dihadapi termasuklah setiap yang pernah anda baca,
pelajari dan fikir. Minda separa sedar juga adalah seperti komputer yang berkuasa tinggi.
Ia melibatkan setiap perkara dalam kehidupan anda seperti emosi, sikap, hubungan,
kewangan, kesihatan dan lain-lain lagi. Maka dengan itu, adalah lebih baik dan ketara
anda mengetahui rahsia dan cara-cara untuk anda mengawal minda separa sedar bagi
mencapai kehidupan yang terbaik. Percayailah akan kebolehan dan keupayaan minda
separa sedar anda. Saya percaya, anda akan menjadi insan yang baru dan berkualiti
selepas anda mengamalkan teknik-teknik serta rahsia minda separa sedar anda nanti.
Setiap rahsia ini, amat berguna untuk anda menjadi manusia yang hebat pada masa
hadapan.
Minda yang negatif.
Ramai yang tidak menyedari tentang peranan minda separa sedar dalam
kehidupan seharian. Akibatnya, banyaklah saranan-saranan negatif dan sampah pemikiran
telah ditanam dalam minda separa sedar. Minda separa sedar hanya menerima serta
menyetujui apa sahaja saranan serta kepercayaan minda sedar tanpa menapis sama ada
ianya baik atau buruk. Ingatlah, minda separa sedar anda akan merima apa sahaja
pemikiran sama ada baik atau jahat, benar atau salah kerana minda separa sedar
diibarakan seperti robot yang hanya mengikut cip. Cip yang kecil itu, telah
diprogramkan mengikut kehendak penciptanya. Begitu jugalah dengan minda separa
sedar. Pemikiran yang salah serta jahat akan diterima tanpa prejudis oleh minda separa
sedar.
Pakar psikologi juga telah banyak membuat kajian tentang hipnotis ( pukau).
Apabila seseorang itu telah dihipnotiskan, dia akan berada dalam keadaan trance
sewaktu itulah pakar psikologi akan memasukkan beberapa saranan yang sememangnya
akan diikuti oleh mereka. Contohnya, jika orang yang dihipnotis itu disarankan bahawa
dia seekor anjing, dia akan menyalak bagaikan seekor anjing. Begitu juga jika disarankan
dia berwatak P Ramlee, dia akan menyanyi atau berlagak umpama P Ramlee. Dengan itu,
terbuktilah bahawa minda separa sedar menerima setiap saranan yang diberikan sama ada
baik atau buruk sekalipun.
Minda sedar menyedari mengikut perkara-perkara yang objektif. Ia mengikut 5
deria dalam tubuh kita. Anda boleh mendapatkan pengetahuan melalui 5 deria tersebut.
Contohnya, anda pernah melawat Pulau Langkawi. Pulau itu sangat cantik dan memiliki
kelebihan kelebihan yang tersendiri. Dengan itu, minda sedar anda akan mencerap
pengalaman tersebut. Minda sedar anda adalah minda objektif.
Minda separa sedar pula adalah minda subjektif. Walaupun minda separa sedar
menyedari keadaan alam sekeliling, namun begitu, bukanlah melalui 5 deria. Minda
separa sedar melihat dan mengerti melalui intuisi (gerak ilham) atau dengan lebih tepat
lagi melaui deria yang keenam (six sense). Minda separa sedar dapat melihat tanpa
melaui organ-organ tubuh badan. Ia berkeupayaan melihat apa yang berlaku di tempat

lain (clairvoyance). Minda separa sedar juga berupaya untuk mengeluarkan tubuh astral
dan mengembara ke serata dunia. Ia juga boleh melakukan pelbagai perkara yang ajaib
seperti tenaga telekinesis, mengembara alam ghaib, mengembara melaui mimpi serta
lain-lain lagi. Minda separa sedar tidak dapat ditandingi oleh komputer kerana melihat
atau merasai melalui intuisi. Seandainya komputer dicipta untuk menjalankan tugas
minda separa sedar, nescaya akan berlakulah ketidakseimbangan cuaca dunia yang
diakibatkan oleh kekuatan tenaga yang diperlukan. Allah menjadikan manusia dengan
sebaik-baik kejadian. Semakin banyak manusia mengkaji kehebatan minda separa sedar,
semakin banyaklah kelebihan-kelebihan yang akan mereka dapat.
Minda dan tubuh badan.
Dalam penemuan Sains pada masa dahulu, minda merupakan salah satu daripada
perhubungan sel. Kini, ahli kajian Sains baru menemui minda merupakan komunikasi
antara otak dan seluruh sel badan. Bayangkan tubuh anda ini umpama komputer yang
menyimpan seluruh maklumat. Minda anda pula diibaratkan manusia yang mengoperasi
komputer. Kadangkala, komputer anda diserang oleh virus. Dengan itu, kita perlulah
membuang segala maklumat lama yang tidak diperlukan. Dengan itu, komputer akan
berfungsi bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh anda. Begitu juga dengan
tubuh anda, ianya akan bertindak atau ada tahap kesihatan yang baik bergantung kepada
maklumat yang dihantar oleh minda. Tubuh anda juga memiliki kebijaksanaannya (The
intelligence of body) Ianya di selaraskan oleh minda sedar dan minda separa sedar.
Membina segala segi seperti pernafasan, jalan, cakap, emosi mood, kesihatan dan lainlain.
Sel dalam tubuh badan anda bertugas bersama dengan minda separa sedar. Bila anda
takut, anda tidak perlu sebut minda, aku sedang takut, jadi bertugaslah untuk aku lari.
Anda akan lari sendiri tanpa disedari. Minda separa sedar bertugas tanpa anda sedari.
Kita boleh mempelajari untuk mengawal tubuh dengan cara mengawal minda separa
sedar untuk kesihatan dan kebahagiaan. Ini sebab, reseptor sel yang dijumpai pada otak
anda ada juga pada seluruh tubuh anda. Contoh yang paling senang, jika anda fikirkan
tentang buah mempelam masam, dengan tidak semena-menanya, mulut anda berair. Ini
berlaku kerana minda anda dengan sel tubuh telah berkerjasama memberikan maklumat
dan diyakini bahawa mempelam itu masam. Minda dan tubuh perlu bekerjasama tetapi
bukannya dalam tekanan dan paksaan. Ia perlu dalam keadaan tenang dan anda berada
dalam getaran alpha.
Jadilah bos kepada minda .
Apabila kita sudah mengetahui akan fungsi-fungsi minda separa sedar, maka,
jadikanlah diri anda bos kepada minda. Penentuan cara berfikir serta corak tindakan
adalah daripada minda anda sendiri. Anda boleh membuang corak pemikiran lama
(pemikiran yang negatif), corak imaginasi yang lama (imaginasi yang negatif) serta corak
tubuh badan anda bekerja misalnya, sewaktu anda sakit atau ditimpa kemalangan. Anda
adalah bos minda anda sendiri. Ramai yang tidak menyedari akan kehebatan minda

separa sedar, akibatnya, mereka masih di tahap lama. Namun begitu, ramai yang
menyedari akan potensi minda separa sedar dan mereka mendapatkan kelebihan dengan
menggunakan keajaiban minda separa sedar.
Minda bertanggung jawab terhadap segala-galanya. Ia merupakan pencipta setiap
perkara di dunia ini. Sebagai contoh, apabila seseorang itu berperasaan rendah diri, ia
adalah disebabkan oleh pengaruh pemikiran lamanya. Pengaruh pemikiran lamanya pula
disebabkan oleh pelaziman kehidupannya di masa silam. Mungkin seseorang itu selalu
dihina atau pengalaman kehidupan sewaktu kecilnya sentiasa melihat suasana yang
negatif dan ini mengakibatkannya merasa rendah diri. Maka dengan itu, minda perlu
diprogramkan agar perasaan rendah diri itu dapat diatasi.
Minda yang selalu disarankan dengan iklan-iklan yang berbentuk iklan menjolok
mata juga boleh memberikan minda separa sedar menyetujuinya tanpa berfikir. Akibat
daripada iklan iklan yang tidak bertanggungjawab ini, wujudlah gejala-gejala negatif
seperti rogol, bunuh, liwat dan lain-lain lagi. Hal ini lebih ketara apabila anda biasa
menonton video lucah serta melayari laman web lucah atau membaca bahan bacaan yang
berunsurkan seks. Apabila sahaja minda separa sedar merekodkan serta menyetujuinya,
berlakulah gejala-gejala yang negatif dan tidak bermoral. Anda adalah bos terhadap
pemikiran minda anda sendiri. Anda bertanggungjawab untuk merubah atau membiarkan
pemikiran lama menguasai minda anda. Terdapat pelbagai cara untuk mengubah program
negatif minda separa sedar (akan diterangkan dengan lebih mendalam pada bab-bab yang
akan datang). Minda separa sedar tidak akan membantah setiap apa yang dinyatakan oleh
minda sedar anda. Dengan itu, minda sedar diibaratkan seperti pintu gerbang, fungsinya
ialah untuk melindungi minda separa sedar dari kesan kesan negatif. Jadi, awasilah
setiap apa yang anda fikirkan, katakana dan percaya. Minda separa sedar anda tidak jahat,
alam ini juga tidak jahat tetapi yang silapnya ialah diri anda sendiri. Ini bertepatan seperti
kata-kata Estee Lauder Apa saja yang anda beri, akan datang semula kepada anda.
Allah telah mengurniakan kelebihan kepada minda untuk berimaginasi.
Imaginasi tersebut sama ada imaginasi yang positif atau imaginasi yang negatif. Berhatihatilah dengan imaginasi anda. Imaginasi yang baik akan membuahkan hasil yang baik
manakala imaginasi yang buruk akan membuahkan hasil yang buruk. Imaginasi yang
buruk adalah seks yang tidak terkawal, kekurangan diri, ketakutan yang tidak pernah
wujud, penyakit serta seribu satu imaginasi yang saya tidak dapat tuliskan pada buku ini.
Cukuplah sekadar saya katakan bahawa anda juga bertanggungjawab terhadap apa yang
anda imaginasikan (gambarkan). Menurut George Bernard Shaw, Seorang insan yang
punya minda dan sedar mengenainya, bila-bila masa saja dapat kalahkan sepuluh
insan yang tidak mempunyai minda dan tidak sedar mengenainya. Kuasa imaginasi

dapat anda gunakan dengan sebaiknya, malahan, imaginasi tiada hadnya. Setiap apa yang
anda lihat di dunia ini berdasarkan daripada imaginasi orang lain. Contohnya, lampu
filamen (mentol) dicipta daripada imaginasi Thomas Eva Edison. Seperti kata-kata Elbert
Einstein (saintis) Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan Maksud daripada
kata-kata beliau ialah, imaginasi amat penting kerana, melalui imaginasi, setelah
dibuktikan ke alam nyata, ia akan menjadi pengetahuan. Walau bagaimanapun, kita
memerlukan pengetahuan terlebih dahulu sebelum berimaginasi. Kita sendiri merupakan
makhluk ciptaan Allah yang berdasarkan imaginasi Allah S.W.T (imaginasi yang tidak
9

serupa dengan imaginasi makhluknya. Jangan samakan Allah dengan makhluk, nanti
syirik). Imaginasi Allah tidak memerlukan otak, jasad, atom,serta unsur-unsur. Allah
Maha Mencipta.

Rahsia meningkatkan keupayaan minda.


Terdapat beberapa cara serta rahsia meningkatkan keupayaan minda separa sedar.
Cara-cara tersebut melibatkan teknik hipnotis (pukau diri ), pernyataan diri (affirmation),
meditasi, penggambaran (visualization) dan imaginasi. Saya juga akan mengemukakan
teknik-teknik yang dipelopori oleh pelbagai bangsa contohnya Melayu, China, India ,
Jepun dan Eropah. Sememangnya, teknik-teknik ini amat berkesan untuk meningkatkan
keupayaan minda separa sedar. Sekaligus ianya dapat menyelesaikan pelbagai
permasaalah hidupan manusia.
1)

Teknik pukau (hipnotis).


Teknik ini banyak digunakan dengan jayanya untuk mengubati, menghalang serta
menyembuhkan penyakit , membentuk peribadi agung, meningkatkan kecekapan dan
lain-lain lagi. Ramai golongan professional dan ahli-ahli perniagaan menggunakan teknik
ini. Saintis J.B.S Haldane begitu memberikan perhatian terhadap teknik ini. Bagi beliau,
teknik ini dapat merubah dunia. Ingin saya tegaskan di sini, teknik ini bukanlah bermakna
dapat mengubah kesilapan-kesilapan silam anda. Teknik ini hanya dapat memberikan
anda cara atau berfikir pada cara yang lebih baik serta mencari jalan penyelesaian untuk
menyelesaikan masaalah anda. Teknik ini juga dapat mengubah sikap kita terhadap
beberapa peristiwa yang telahpun berlaku.
Di Barat, teknik ini telah semakin popular bahkan telah diperbaharui dengan
menjadikannya lebih saintifik. Permulaan teknik pukau ini, anda perlulah berlatih untuk
melepaskan diri anda daripada kesedaran anda pada alam sekeliling. Dengan kata lain,
anda perlu berada dalam ketenangan. Tumpukan sepenuh perhatian anda pada diri anda.
Lupakan bunyi-bunyian alam sekeliling yang mungkin boleh mengganggu konsentrasi
anda. Lakukan latihan ini sambil duduk (kebebasan untuk anda cara duduk yang anda
minati) dan sambil berbaring. Jika anda ingin melakukan latihan sambil duduk, lekatkan
kertas yang telah dilukis tiga lingkaran. Tumpukan pada setiap lingkaran. Pastikan setiap
lingkaran ini berlainan warna. Perhatikanlah sehingga anda berada dalam keadaan trance
(ketenagan pada tahap tinggi).
Anda boleh memasang tape yang telah direkodkan suara anda sendiri. Contohnya,
seandainya anda ingin meningkatkan daya ingatan, rekodkan perkataan anda bahawa
anda semakin hari, semakin dapat mengingati setiap bahan bacaan. Anda boleh mencipta
perkataan-perkataan tersebut mengikut kreativiti anda sendiri. Sewaktu anda berada
dalam keadaan trance (ketenangan pada tahap tinggi), minda separa sedar anda telah
mencapai tahapan untuk menerima setiap saranan.

10

Jika anda melakukan teknik ini sambil berbaring secara terlentang, ikatkan sesuatu
yang berwarna terang contohnya, manik atau kristal dan gantungkanya. Jarak nya harus
tidak lebih daripada satu kaki . Renungkan manik tersebut. Renung manik itu bergerak
apabila anda mengerakkan benangnya. Ikutlah gerakan benang tersebut. Sarankan aku
rasa semakin rehat. Kakiku rehat, tanganku rehat, tubuhku rehat dan mataku rehat.
Teruskan dengan berkata aku semakin mengantuk, mataku semakin mengantuk, aku
semakin mengantuk, mengantuk, mengantuk, sebutkan perkataan ini secara malas dan
perlahan-lahan. Apabila anda benar-benar berada dalam keadaan trance, bolehlah anda
memasukkan saranan-saranan yang hendak anda masukkan. Minda separa sedar bersedia
untuk menerima setiap saranan yang anda berikan. Anda juga boleh gunakan kaedah ini
untuk menghipnotis orang lain. Anda boleh lah memberikan saranan kepada mereka.
Berikut contoh cara-cara memberikan saranan. Suruh rakan anda duduk, suruhlah dia
tumpukan pada kristal atau manik yang anda ikatkan pada benang yang telah diayunkan.
Berikan pernyataan Anda semakin lama, semakin berada dalam keadaan berehat. Kaki
anda berehat, tubuh anda berehat, tangan anda berehat, mata anda berehat. Anda semakin
mengantuk, mengantuk, mengantuk. Fikiran anda semakin tenang, tenang, tenang.
Apabila rakan anda terpejamkan mata dan berada dalam keadaan trance, bolehlah anda
berikan saranan. Katakanlah anda hendak ubahkan rakan anda daripada penakut menjadi
berani, buatlah kenyataan bahawa dia seorang yang berani dan bersemangat seperti
pendekar. Tidak takut terhadap apa sahaja rintangan dan cabaran serta berkeupayaan
menyelesaikan masaalah secara kreatif.
InsyaAllah, lama-kelamaan, rakan anda akan berubah untuk menjadi berani
seperti yang disarankan. Pastikan anda tidak berada dalam keadaan tidur. Apabila anda
benar-benar berehat, anda akan tertidur. Namun begitu, berikan pernyataan kepada minda
separa sedar anda bahawa anda akan berada dalam keadaan trance. Masa yang paling
sesuai untuk teknik pukau ini ialah sewaktu anda hendak tidur dan bangun tidur. Pastikan
saranan-saranan anda hanya berkisarkan penyingkiran sikap negatif, kesihatan dan
perasaan yang gembira dan berani. Bilik anda perlulah dalam keadaan tenang tanpa
diganggu oleh suara-suara yang boleh mengganggu konsentrasi anda.
Teknik ini amat sesuai untuk mengubah sikap, mengubati penyakit serta
mengubah pemikiran yang negatif. Untuk mengubati penyakit, anda hanya perlu ubahkan
pernyataan iaitu berkisarkan kesihatan. Contohnya, sel-sel tubuh anda semakin lancar.
Organ-organ tubuh anda semakin sihat dan dapat berfungsi dengan baik. Penyakitpenyakit anda terus tersingkir dari diri anda. Anda semakin sihat dan bertenaga
Sebenarnya, anda boleh mencipta pernyataan anda sendiri. Tidak ada prosedur
yang terikat. Anda boleh kreatif dalam mencipta pernyataan serta saranan. Sedarilah
bahawa teknik pukau diri ini merupakan sebahagian daripada potensi diri yang
terpendam. Sesiapa sahaja boleh meningkatkan potensi diri mereka tanpa membazirkan
tenaga yang sedia ada. Di negara-nagara Eropah contohnya, Amerika dan Britain banyak
menggunakan teknik ini dalam ketenteraan yang bertujuan untuk mengurangkan
kesakitan sewaktu merekam mengalami kecederaan dan mengelakkan daripada
kebocoran rahsia kerajaan.

11

Iklan-iklan serta cerita filem-filem merupakan salah satu contoh pukau secara
tidak sedar. Walaupun anda tidak berada dalam keadaan trance, anda sebenarnya telah
merehatkan aktiviti fizikal dan minda. Waktu itu, minda separa sedar anda bersedia
menerima apa sahaja saranan yang dipaparkan di kaca televisyen anda atau panggung
wayang. Sebab itulah pada zaman ini, banyak berlakunya kejadian jenayah serta
keganasan. Ini disebabkan semenjak dari kecil, mereka telah dipukau dengan filem yang
memaparkan adengan ganas dan seks.
Teknik ini juga dapat membuang tabiat buruk orang lain. Katakanlah rakan
anda, hendak membuang tabiat buruknya, lakukanlah beberapa perkara yang boleh
membuatkan rakan anda berada dalam keadaan trance(sila rujuk teknik yang
menggunakan manik dan kristal), ucapkan kata-kata secara teratur dan perlahan. Setelah
itu, beri arahan kepada rakan anda. Anda tidak suka main judi lagi! Anda benci kepada
judi! Bercerai anda dengan judi, ibaratkan bercerai anda dengan susu ibu. Sebenarnya,
setiap arahan yang hendak diberikan, bergantung kepada masaalah yang dihadapi oleh
rakan anda. Contohnya, rakan anda ingin membuang kegemarannya merokok, membuang
perangai pemarah, membuang perasaan takut dan lain-lain lagi.
Cadangan-cadangan yang anda berikan akan berkesan sewaktu rakan anda sedar
daripada pukau. Berikut merupakan cara-cara untuk membangunkan rakan anda.
Hembuskan pada kepala dan muka rakan. Jika tidak berkesan, sapukan kepala dan muka
rakan anda dan untuk lebih berkesan, tepukkan tangan anda sambil memberikan arahan
secara tegas bangun! Rakan anda akan terjaga daripada pukau.
Berikut adalah cara-cara untuk memukau kanak-kanak sewaktu dia tidur.
Katakanlah anda mempunyai anak yang nakal serta pemalas. Anda hendak membuang
tabiat negatifnya dengan cara memukaunya sewaktu dia tidur. Katakanlah pada ubunubunnya (di kepala) anakku! Apabila kau jaga dari tidur, kau akan berubah menjadi
budak yang rajin, baik dan tidak melawan cakap ayah dan ibu. Kau akan bertambah rajin
dari hari ke hari. Kau menjadi budak yang luar biasa baik dan luar biasa hebat! Buatlah
amalan ini setiap malam. Bagi yang beragama Islam, bacalah Bismillah dan Al-fatihah
terlebih dahulu dan hembuskan pada ubun-ubunnya. Ubun-ubunnya diibaratkan seperti
tape yang boleh merekodkan setiap kata-kata yang anda rangsangkan.
2)

Teknik pernyataan diri (affirmation)

Rata-rata rakyat Malaysia yang membesar daripada zaman kanak-kanak hingga dewasa,
minda separa sedar mereka banyak menyerap perkataan yang negatif iaitu perkataan
Jangan atau apa yang tidak boleh kita lakukan lebih daripada 140000 kali. Jika bernasib
baik, mereka hanya mendengar 60000 kali perkataan negatif tersebut. Amat kurang anakanak kita disarankan pernyataan positif yang dapat meningkatkan perkembangan diri
serta pernyataan boleh yang membina dan menjana pemikiran mereka.
Pemprograman negatif ini datangnya daripada ibubapa, keluarga, rakanrakan
dan media massa. Penyelidik tingkah laku manusia mendapati, 77% kelakuan
adalah bertentangan dengan diri kita dan pemikiran negatif. Pemprograman ini tahun

12

demi tahun telah menebal dan menjadi darah daging diri kita. Daripada itu, maka proses
pengulangan yang berkali kali telah diterima oleh minda separa sedar tanpa bantahan.
Saya ada satu cerita yang ingin dikongsi dengan anda. Dua puluh tahun
dahulu, Asnawi merupakan pelajar yang amat lemah dan lembab. Dia selalu menjadi
cemohan rakan sekelasnya disebabkan oleh dirinya yang amat lembab. Pada satu hari,
Asnawi telah terdengar pujian guru kelasnya cikgu Ramli Asnawi, awak seorang budak
yang pintar. Otak awak bijak dan bergeliga. InsyAllah, awak akan menjejaki kaki ke
Universiti. Kini, Asnawi merupakan pensyarah di sebuah Universiti yang terkemuka.
Peristiwa dua puluh tahun yang lalu telah diterima oleh minda separa sedar Asnawi
bahawa dia seorang yang pandai. Walaupun pernyataan positif itu hanya sekali dalam
seumur hidupnya, minda separa sedarnya telah menyetujuinya dan setiap hari,
tindakannya juga menuju ke arah kejayaan.
Pernyataan diri (affirmation) tidak sama dengan pukau diri (hipnotis). Ini
kerana, pernyataan diri tidak memerlukan anda berada dalam keadaan trance. Anda boleh
membina pernyataan diri bila-bila masa sahaja. Minda separa sedar merupakan mesin
yang tidak pernah tidur dan akan menjadi seperti apa yang anda nyatakan dalam diri anda
secara tidak sedar. Cuba kita perhatikan setiap kali kita berbual dengan rakan-rakan,
apakah perkataan positif yang banyak kita keluarkan? Sememangnya, banyak perkataan
yang diucapkan adalah negatif. Lebih-lebih lagi, kegemaran manusia ialah mengumpat
keburukan orang lain.
Berikut beberapa perkataan negatif yang banyak diucapkan oleh orang lain.
saya tidak boleh melakukannya saya tidak mampu saya lemah saya nyanyuk dan
pelupa bodohnya saya saya tidak cantik saya akan gagal hidup saya malang dan
lain-lain lagi. Cuba anda ucapkan perkataan ini berkali-kali, apakah perasaan yang akan
timbul pada diri anda? Ya, anda akan menjadi lemah, tidak berkeyakinan dan rendah diri.
Cuba anda tukarkan pernyataan saya boleh melakukan saya gagah ingatan saya
hebat pandainya saya cantiknya saya saya akan berjaya hidup saya bertuah dan
lain-lain lagi pernyataan diri positif. Wow! Akan timbullah satu keyakinan diri dan
berjiwa besar.
Pemikiran kita, kepercayaan dan emosi dapat mencipta reality. Ini adalah
kerana, kita hidup dalam dunia yang tiada had (infiniti), kita boleh mencipta sebarang
kemungkinan secara infiniti. Kehidupan kita amat bergantung kepada pemikiran,
kepercayaan dan emosi. Jika anda hendak menukarkan sebahagian daripada kehidupan,
anda harus mengecamkan pemikiran, kepercayaan dan emosi. Tukarkan pemikiran,
kepercayaan dan emosi yang anda ingini. Teknik pernyataan diri merupakan salah satu
daripada teknik yang efektif dapat digunakan.
Pernyataan diri ini merupakan kenyataan yang anda ciptakan tentang apa yang
anda hendak jadi dan apa yang ingin anda buatkan dalam kehidupan. Dengan
mengucapkan pernyataan berkali-kali, anda dapat mengubah program minda separa sedar
dan menciptakan kehidupan yang lebih baik untuk diri anda. Anda boleh menggunakan
pernyataan yang positif bagi menggantikan yang negatif tentang diri anda.Teknik

13

pernyataan diri ini sangat senang diamalkan. Ia boleh diamalkan pada bila-bila masa
sahaja termasuklah sewaktu meditasi (sila rujuk teknik meditasi). Bahkan, sewaktu anda
melakukan latihan sukan, memasak serta lain-lain aktiviti, anda dapat melakukan teknik
pernyataan diri . Pernyataan diri pula dapat dilakukan melalui 3 cara iaitu, menulis
tentang diri, bercakap tentang diri dan pita rakaman. Cara-cara ini amat berkesan untuk
mengubah dan membuat perhubungan dengan minda separa sedar.
Bagi teknik pernyataan diri melalui cara menulis tentang diri sendiri, anda boleh
menulisnya pada kertas kad manila atau apa sahaja kertas yang dapat dituliskan.
Lekatkan kertas tersebut di tempat yang anda senang untuk melihatnya. Contohnya, pada
cermin, dinding, bilik air atau di mana-mana sahaja. Teknik ini sangat baik untuk seorang
pelajar. Contohnya, apabila pelajar tersebut menuliskan pernyataan diri positif pada
kertas yang besar. Katakanlah pernyataan itu melibatkan proses ingatan contohnya otak
aku semakin hebat. Aku boleh mengingati setiap bahan yang aku baca. Mata pelajaran
matematik yang cikgu Amran ajarkan itu sangat mudah. Aku boleh menyelesaikannya.
Jika pelajar tersebut membacanya setiap hari, maka, minda separa sedarnya dalam fungsi
cybernatiknya akan menerima bahawa otaknya bijak serta mudah mengingati setiap
pelajaran yang diajar guru. Bukan kertas besar sahaja boleh ditulis pernyataan diri,
bahkan, kertas manila yang dipotong kecil juga boleh dituliskan. Anda boleh menulis apa
sahaja pernyataan positif pada kertas manila tersebut dan masukkannya ke dalam saku
anda. Bacalah selalu pernyataan tersebut walau di mana anda berada.
Bukan setakat anda menulis tentang pernyataan positif diri pada kertas, bahkan,
anda boleh lekatkan gambar anda sekali. Lebih memberikan kesan, jika anda ambilkan
gambar seseorang yang berjaya dan gantikan wajahnya dengan wajah anda. Contohnya,
seorang ahli usahawan jualan langsung, pada permulaan beliau menceburi jualan
langsung, beliau telah menjadikan individu yang telah berjaya iaitu jutawan jualan
langsung sebagai idolanya. Beliau telah melekatkan gambar jutawan tersebut dengan
mengubah wajah jutawan itu dengan wajahnya. Hasilannya, tidak sampai tiga tahun, kini
beliau telah menjadi jutawan jualan langsung. Minda separa sedarnya telah menerima
pernyataan bahawa baliau sudahpun menjadi jutawan dan tubuh badannya akan bertindak
menuju ke arah tujuannya yang jelas iaitu menjadi jutawan.
Teknik pernyataan diri yang kedua ialah dengan cara bicara tentang diri anda.
Berbicaralah dengan nada yang dapat didengari oleh telinga anda. Seluruh pancaindera
anda akan bertugas dan minda separa sedar anda akan teransang. Golongan juara ahli
sukan kerap kali menggunakan teknik tersebut. Sebelum sebarang perlawanan atau
perlumbaan bermula, mereka akan membuat bicara diri. Contohnya, lagenda peninju
Muhammad Ali, beliau sentiasa berbicara pada dirinya kau yang terunggul. Sewaktu
beliau ditumbuk dan terjatuh, beliau akan berbicara Ali! Sekali lagi. Sebab itulah
minda separa sedarnya sentiasa bersedia untuk mengalahkan lawannya dalam
gelanggang. Sebenarnya, terlalu banyak bicara diri yang dapat anda ciptakan. Ianya
bergantung kepada keperluan diri anda.

14

Bagi teknik pernyataan diri yang ketiga pula, ia adalah lanjutan daripada cara
bicara diri. Cuma, ia menggunakan kaset untuk dirakamkan. Berikut merupakan satu
cerita yang telah dituliskan oleh Dr Shad Helmstetter Phd melalui bukunya yang bertajuk,
Apa yang perlu anda katakan melalui berbicara dengan diri sendiri dalam buku
tersebut, diceritakan tentang seorang wanita yang menghadapi masaalah rumah tangga.
Permasaalahan ini semakin membesar hinggakan boleh menyebabkan berlakunya
perceraian. Wanita tersebut telah merakamkan bicara dirinya dalam kaset. Pita itu
mengandungi pernyataannya tentang memperbaiki perhubungan peribadi, penetapan
matlamat dan tanggung jawab diri sendiri. Beliau telah memasang pita tersebut setiap
hari dengan kuat. Suaminya, sewaktu menonton televisyen, pada mulanya tidak
memperdulikan pernyataan daripada pita rakaman. Selepas dua minggu, suaminya
membawanya keluar makan malam. Ketika menjamu selera, mereka berbincang tentang
pita tersebut. Suaminya tidak berminat terhadap pita rakaman tersebut. Pada minggu yang
ketiga, suaminya memintanya memainkan semula pita rakaman itu. Perhubungan mereka
suami isteri semakin menunjukkan hasil yang positif. Akhirnya, wanita tersebut dapat
menyelamatkan hubungan perkahwainannya. Sama ada suaminya percaya atau tidak,
minda separa sedarnya tidak mempedulikannya. Lama kelamaan, minda separa sedarnya
mengikut seperti pernyataan yang dihasilkan dalam pita rakamannya.
Di sini, saya kemukakan beberapa teknik lagi yang melibatkan pernyataan diri.
Pertama sekali, anda perlu berdiri. Berdiri, boleh membangkitkan perhatian seluruh
kesedaran anda. Buatlah penegasan dengan cara menekankan jati telunjuk degan jari
hantu di tengah-tengah dada anda. Jari telunjuk merupakan alat sentuh yang paling
sensitive pada tubuh kita. Ia merupakan pintu kepada minda separa sedar. Manakala jari
hantu pula, berfungsi untuk menambahkan tenaga kepada jari telunjuk. Apabila kita
menekankan kedua-dua jari pada dada kita, minda separa sedar kita segera tahu bahawa
kita sedang bercakap pada diri kita. Seluruh pemikiran dipusatkan serta penumpuan
sepenuh hati. Buatlah pernyataan diri tanpa tersekat-sekat dan nyatakan dengan tegas.
Binalah perkataan anda sendiri. Buatlah pernyataan diri ini setiap hari sebelum anda
keluar dari rumah, sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur.
Lakukanlah latihan ini berkali-kali dan berulang-ulang. Menurut ahli pemikiran
India, apabila anda menyatakan sesuatu 10000 kali, ia akan menjadi mentera. Ia
merupakan pemikiran yang kerap dan membentuk masa depan. Dalam agama Islam,
penganut agama Islam disarankan untuk mengubah diri melalui tadbir (ikhtiar) dan
barulah Allah jadikan takdir. Namun begitu, tadbir dan takdir berada dalam lingkungan
kuasa Allah S.W.T.
Sewaktu anda bangun pagi, renunglah diri anda pada cermin. Buatlah
pernyataan diri yang positif contohnya, Wow! Aku hebat. Tarik nafas yang panjang,
kemudian cubalah anda memberikan satu senyuman yang menarik. Senyuman itu,
memberikan makna anda sudah pun terjadi seperti apa yang anda nyatakan. Seterusnya,
sewaktu anda berada dalam kelompok masyarakat, berikan senyuman sambil
mengucapkan pernyataan yang positif pada mereka contohnya, anda katakanlah kepada
rakan sepejabat anda Awak hebat hari ini. Jutawan W. Clement dari Chicago selalu

15

melatih kaki tangan dari syarikatnya iaitu Aeon Corporation untuk membuat pernyataan
diri setiap pagi Saya berasa hebat, saya berasa sihat, saya berasa gembira. Beratus-ratus
jurujualnya menjadi jurujual yang hebat dan terunggul.
Anda juga boleh membuatkan pernyataan diri sewaktu anda mandi. Tiada sesiapa
yang tahu kecuali Allah dan minda separa sedar anda. Peluklah diri anda sambil
memberikan pujian pada akal, tubuh badan dan emosi anda (binalah pernyataan diri anda
sendiri). Selepas mandi, anda akan berasa segar dan hebat. Perasaan itu sukar
digambarkan betapa hebatnya anda. Sewaktu memandu kenderaan juga, binalah
pernyataan diri anda yang positif. Contohnya, Aku pemandu berhemah dan penyabar.
Minda separa sedar anda akan bertugas untuk memastikan anda menjadi seperti yang
anda nyatakan. Ingatlah! Jangan bina pernyataan yang negatif! Ia tidak baik untuk diri
anda serta orang lain.
Berikut, saya berikan satu lagi teknik affirmation pernyataan diri. Teknik ini juga
dinamakan sebagai teknik pengiklanan diri. Sebelum itu, saya ingin memberikan
rasionalnya keberkesanan teknik ini. Cuba anda lihat iklan minuman coke yang telah
dipopularkan oleh syarikat Coca Cola. Sekiranya, syarikat Coca Cola menghentikan
pengiklanan coke, anda akan mendapati syarikat itu akan mengalami kemerosotan
penjualannya. Sebab itulah ,setiap hari, syarikat Coca Cola perlu mendedahkan kepada
semua rakyat tentang kehebatan dan kebaikan minuman coke. Begitu juga dengan diri
kita sendiri. Mengapa tidak kita mengiklankan setiap hari kehebatan dan kelebihan diri
kita sendiri? Iklankan diri anda kepada diri anda sendiri setiap hari tentang kehebatan
serta pandangan diri yang tinggi terhadap diri anda sendiri. Saya berikan satu contoh
seorang pengamal iklan diri ini yang bernama, Tom Staley. Tom Staley menjual dirinya
sendiri setiap hari tiga kali. Ia dinamakan, iklan 60 saat Tom Staley. Inilah yang
dinyatakan oleh Tom terhadap dirinya setiap hari, tiga kali sehari:
Tom Staley, menemui Tom Staley. Seorang lelaki yang penting. Betul-betul penting. Tom,
anda adalah seorang yang berpemikiran besar, betul-betul berpemikiran besar. Besarkan
pemikiran anda mengenai semua perkara. Anda memiliki banyak kelebihan untuk
melakukan kerja dengan lebih baik, jadi lakukan kerja yang terbaik. Tom, anda adalah
seorang yang percaya pada kebahagiaan, kemajuan dan kejayaan.
Jadi: cakap mengenai kebahagiaan sahaja,
Cakap mengenai kemajuan sahaja,
Cakap mengenai kejayaan sahaja,
Anda memiliki banyak dorongan, Tom, benar-benar banyak dorongan. Oleh itu, gunakan
dorongan-dorongan tersebut. Tiada apa-apa yang boleh menghalang Tom tiada apa-apa.
(kecuali Tuhan). Tom, anda seorang yang bersemangat. Biarkan semangat itu membantu
anda. Anda seorang yang hebat Tom, anda betul-betul berasa hebat. Teruskan
berkeadaan begitu. Tom Staley, anda adalah seorang pemuda yang hebat semalam, dan
akan menjadi seorang yang lebih hebat hari ini. Sekarang, laksanakannya Tom. Maju ke
hadapan.
Sebenarnya, anda boleh menciptakan pernyataan anda sendiri. Bergantung kepada
kreativiti anda sendiri. Namun begitu, kenalilah kelebihan-kelebihan anda serta kualitikualiti yang ada pada diri anda. Tuliskan ke dalam kertas. Amalkan membacanya secara

16

kuat sekurang-kurangnya sekali setiap hari. Lebih baik lagi jika anda berdepan pada
cermin. Ulangi iklan anda secara rutin setiap hari. Bacalah juga iklan anda sewaktu anda
kecewa, memulakan sesuatu tugas dan sebelum tidur. Percayalah, iklan diri ini dapat
menolong anda untuk menjadi hebat dan menjana minda separa sedar anda untuk
menjadikan anda seperti yang dinyatakan.
Ini merupakan satu lagi teknik pernyataan diri (affirmation). Teknik ini
dinamakan sebagai teknik menukar pernyataan. Katakanlah anda hendak mencapai suatu
matlamat. Malangnya, disebalik anda hendak mencapai matlamat, anda perlu melalui
halangan serta masaalah. Tukarkan halangan serta masaalah itu menjadi cabaran.
Sewaktu anda menghadapi apa-apa masaalah, segeralah anda membuat pernyataan diri
dengan menukarkan masaalah itu menjadi cabaran. Apabila minda separa sedar melihat ia
adalah cabaran, maka minda separa sedar akan menempuhi cabaran tersebut dengan
gigih. Pernyataan ini boleh dibuat di mana-mana sahaja. Apa sahaja jenis masaalah itu
tidak akan mempengaruhi minda separa sedar anda tetapi, apa yang kita katakana pada
diri kita tentang masaalah itu, akan mempengaruhi minda separa sedar anda. Berikut saya
berikan beberapa pernyataan diri untuk menyelesaikan masaalah:
1) Saya hebat dalam menyelesaikan masaalah.
2) Masalah itu adalah cabaran yang perlu saya hadapi dengan gembira.
3) Tanpa masaalah saya tidak akan berjaya dan berkembang.
4) Setiap masaalah itu, mempunyai kuncinya yang tersendiri, oleh itu, saya boleh
memahami masaalah itu dan segera menyelesaikannya.
5) Saya tidak lari daripada masaalah, saya mahu menghadapinya. Di sebalik
masaalah, ada ujian Allah kepada makhlukNya.
6) Saya ingin hidup secara penyelesai masaalah. Saya tidak ingin bebas daripada
sebarang masaalah.
Imaginasikan anda sedang berenang bersama-sama rakan anda di kolam renang.
Anda melihat mereka berenang berulang alik lebih 50 kali pusingan yang anda belum
pernah lakukan. Anda tentunya ingin menunjukkan serta membuktikan bahawa anda
mampu melakukan seperti mereka malahan, melebihi mereka. Andapun mulai berenang,
sambil memulakan dengan berkata dalam hati anda berulang-ulang kali Aku boleh
lakukan! Aku boleh lakukan! Itulah pernyataan diri positif. Pernyataan diri ini hanya
dapat bermutu tinggi apabila anda menyatakan dengan penuh semangat dan perasaan.
Rasakan seolah-olah, anda sudahpun menjadi seperti yang anda nyatakan itu. Pernyataan
diri sebenarnya bertindak dalam dua arah sama ada membina atau merosakkan. Kuasanya
adalah neutral. Menggunakan potensi pernyataan diri ini, akan memberikan hasilan baik
atau buruk. Oleh itu, andalah yang akan memilih sama ada anda hendak mengarahkan
pernyataan diri anda ke arah kebaikan, kekayaan, kecantikan, kesihatan, kebahagiaan
,kesabaran dan positif atau kejahatan, kemiskinan, keburukan, kesakitan, kesedihan,
kemarahan dan negatif. Pilihan di tangan anda. Allah tidak akan mengubah nasib
seseorang itu, sehingga ia berusaha untuk mengubah nasibnya sendiri.
Walaupun anda membuat pernyataan diri dengan menggunakan pernyataan
positif, namun begitu, jika pemikiran anda masih negatif, maka, pernyataan ini adalah
sia-sia sahaja. Ianya akan meneutralkan pernyataan positif yang anda bina dan ciptakan.

17

Perkataan positif yang anda bina akan menyebabkan minda separa sedar anda bersetuju
dan patuh, serta mengarahkan pemikiran serta tubuh badan anda ke arah yang positif.
Membuat pernyataan diri setiap hari akan mengubah pemikiran dan tindakan anda pada
masa hadapan. Katakanlah anda sentiasa membuat pernyataan diri contohnya, Aku
lemah!, Aku bodoh!, Aku takut!, Aku malas! maka, minda separa sedar anda akan
bersetuju dan akan mencari penyebab kepada diri anda untuk merealisasikan pernyataan
negatif tersebut yang anda telah ciptakan. Binalah pernyataan diri yang baik dan positif,
hasilnya, luarbiasa.
Sewaktu anda membina pernyataan diri, janganlah anda berada dalam keadaan
tekanan sama ada dalam keadaan fizikal dan mental. Anda perlu berada dalam keadaan
ketenangan. Ketenangan hanya boleh anda capai apabila anda berada dalam keadaan
gelombang otak peringkat Alpha ( ) iaitu peringkat ketenangan. Buat pernyataan diri
anda sewaktu anda mencukur janggut, berenang, bersukan, menonton televisyen,
memandu kereta, berehat, berhibur serta suasana yang boleh membawa ketenangan.
Pernyataan diri dalam keadaan fikiran anda tidak tenteram iaitu sewaktu gelombang otak
anda bergetar pada tahap Beta ( ) hanyalah sia-sia sahaja. Tahapan Beta ialah tahapan
sewaktu fikiran anda berada dalam keadaan tekanan, emosi tidak stabil, marah, celaru
dan berfikir sewaktu mencari sesuattu jawapan dengan penuh konsentrasi. Fikiran yang
tidak tenang, hanya akan memberikan hasilan yang kosong atau kegagalan. Pernahkah
anda ingat lagenda peninju Muhammad Ali, beliau sentiasa membuat pernyataan diri
positif sewaktu dalam ketenangan , penuh perasaan dan keyakinan. Sehinggakan beliau
dapat membuktikan dengan mengalahkan lawannya pada pusingan ke enam, hasil
daripada pernyataan dirinya sewaktu ditemubual oleh pemberita. Lawan beliau pula,
secara psikologi, telah terpengaruh dengan pernyataan beliau dan fikiran lawannya dalam
keadaan celaru, takut dan tidak berkeyakinan. Akhirnya, lawannya tewas pada pusingan
yang keenam. Hebatnya, pernyataan diri. Hasilannya tidak diduga. Berikut saya
kemukakan beberapa contoh pernyataan diri:
1) Setiap hari, saya sihat dan bahagia.
2) Kejayaan sentiasa ingin mendampingi saya.
3) Tubuh saya kuat dan sihat.
4) Saya ada banyak tenaga.
5) Saya dapat A dalam semua mata pelajaran.
6) Minda saya tenang.
7) Saya dapat mengawal pemikiran.
8) Diri saya diselubungi perasaan cinta.
9) Saya ada kerja yang baik untuk dilaksanakan.
10) Saya tinggal di rumah yang cantik dan impian setiap manusia.
11) Hubungan saya dengan suami/isteri saya sangat baik.
12) Saya sentiasa sukses dengan apa sahaja yang saya lakukan.
Jika saya peruntukkan masa untuk berikan contoh pernyataan diri positif ini, sampai
beratus jilid buku ini tidak akan habis. Cuma, andalah yang harus ciptakan perkataan dan
pernyataan diri anda yang positif dan kejayaan. Anda diibaratkan sebagai seorang yang
memiliki senapang, jadi, anda hanya perlu menembak pada sasaran yang anda kehendaki.
Fahamilah perkara yang tersirat ini.

18

3) Teknik meditasi.
Teknik ini sangat popular dikalangan bangsa China, India, Melayu dan kini, bangsa
Eropah juga telah begitu berminat untuk mengkaji dan mengamalkan teknik ini yang
memiliki pelbagai kelebihannya yang tersendiri. Meditasi merupakan satu daya
pemusatan minda, pemikiran dan batin untuk tujuan kesempurnaan hidup manusia baik
rohaniah mahupun jasmaniah. Meditasi juga merupakan salah satu cara untuk
mengembangkan batin menuju ke taraf kesempurnaan yang selanjutnya menjadi dasar
kebijaksanaan. Meditasi banyak dilakukan dengan pelbagai alasannya yang tersendiri.
Jadi, meditasi memiliki kelebihannya yang tidak dapat dinyatakan dengan perkataan.
Meditasi melibatkan penggunaan potensi otak kanan secara optimum. Kita jarang sekali
menggunakan potensi otak kanan secara maksima. Kekuatan otak kiri adalah setaraf
komputer yang tercanggih dan terhebat di dunia manakala kekuatan otak kanan pula,
tenaganya, potensinya dan kehebatannya tidak dapat ditiru dan dimiliki oleh komputer.
Tenaga yang diperlukan untuk mencapai setaraf tenaga otak kanan, dapat mengganggu
kestabilan suhu dunia. Hebatnya potensi otak kanan ciptaan Allah. Oleh itu,
pergunakanlah kehebatan otak anugerah Allah ini dengan sebaik-baiknya.
Salah anggap tentang meditasi.
Ramai yang masih belum mengerti tentang meditasi. Mereka menganggap meditasi
adalah sikap mengelamun yang hanya membuang masa yang produktif. Meditasi juga
dianggap seseorang itu menjadi pemimpi tanpa melakukan apa-apapun. Bahkan, meditasi
dikaitkan dengan kesesatan beragama. Meditasi bukan kesesatan bahkan agama juga
menggalakkan umatnya bertafakur, jadi, tafakur itu merupakan meditasi. Meditasi
dilakukan dalam keadaan sedar. Ianya dapat mengubahkan minda separa sedar dan
seterusnya mengubah minda sedar dan jasad daripada corak hidup yang negatif
contohnya emosi negatif, semangat lemah, takut dan cemas tidak menentu, badan yang
tidak sihat dan ketidakseimbangan organ-organ badan.
Bermeditasi akan mengubah jiwa kita yang akan melihat masaalah itu walau sebesar
gunung menjadi kecil sahaja dan dapat diselesaikan dengan senang serta kreatif. Melalui
meditasi, ianya akan mengubah sikap kita menjadi pemaaf, hidup lebih aman, percaya
diri yang tinggi serta menajamkan daya intuisi (gerak hati). Organ-organ tubuh juga akan
menjadi lebih seimbang dan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit melalui meditasi.
Meditasi juga adalah sebagai pencegah penyakit. Jadi, minda separa sedar dapat
diarahkan untuk melakukan sesuatu tugas sewaktu meditasi.
Ukuran gelombang otak melalui meditasi.
Walaupun meditasi dipelopori di Asia, namun begitu, Barat, banyak menjalankan
kajian tentang meditasi dan memiliki alatannya yang dinamakan sebagai EEG (Electro
Encephalo Graphy) untuk mengukur kegiatan gelombang otak manusia. Saya telah
terangkan tentang ukuran gelombang otak mengikut tahapan iaitu alpha, beta, deltha dan
theta dalam bab yang lalu. Meditasi akan memberikan diri kita berada dalam keadaan

19

santai. Ini memberikan laluan kepada otak kanan untuk bertugas secara maksima. Otak
kanan tidak ada bantahan, ragu-ragu mahupun analisis. Tugas itu dijalankan oleh otak
kiri. Gelombang pada waktu itu adalah dalam keadaan alpha 8 hingga 12 Hz. Namun
begitu, ukuran yang sebenarnya tentang meditasi, masih menjadi misteri. Tiada ukuran
yang dapat dibuat secara tepat. Kuasa manusia ada batasannya melainkan kuasa Allah.
Latihan kuasa konsentrasi
Sewaktu kita kecil, dapatkah kita fikirkan bagaimana gelas kanta yang kecil itu
difokuskan pada kertas dan rumput kering dan terbakar apabila panas matahari terkumpul
pada titik tumpu kanta. Apabila kita jauhkan kanta itu, rumput atau kertas tidak akan
terbakar kerana tiada titik tumpu. Ini merupakan satu pengajaran tentang konsentrasi dan
daya tumpuan yang tinggi, apabila dilakukan dengan bersungguh-sungguh, maka akan
memberikan hasilan yang baik. Konsentrasi memberikan banyak kebaikan kepada kita.
Jika kita berkonsentrasi dalam pekerjaan, maka, pekerjaan akan menjadi semakin
berkualiti. Jika berkonsentrasi dalam pelajaran, maka pelajaran akan menjadi lebih
senang, menarik dan kefahaman yang mendalam. Konsentrasi juga dapat menolong kita
meningkatkan kualiti diri dan sebarang kerja menjadi mudah.
Melalui konsentrasi juga dapat anda menghantarkan tenaga kesembuhan dan
pengubatan (healing) kepada pesakit. Ia amat memerlukan konsentrasi yang tinggi dan
visualisasi yang kreatif. Imaginasi amat diperlukan dalam proses tersebut. Konsentrasi
amat penting untuk melakukan meditasi. Tanpa konsentrasi, akan sia-sialah lakuan
meditasi yang anda jalankan serta lakukan. Anda serta sesiapa sahaja memiliki masa yang
mencukupi untuk latihan konsentrasi. Katakanlah anda seorang pelajar yang sedang
membaca buku. Anda mendengar perbualan orang lain, walaupun anda sedang membaca.
Keesokan harinya, anda akan dapati, bacaan anda tidak dapat diingati. Jika ingat
sekalipun, hanyalah sedikit dan tidak berkualiti. Namun begitu, jika anda membaca
dengan penuh konsentrasi, ingatan anda akan menjadi kukuh.
Konsentrasi yang tinggi akan memberikan anda beberapa kebaikan iaitu, dapat
mengawal pemikiran, minda yang tenang, daya keyakinan yang tinggi. Dapat
memberikan daya tumpuan pada minda, ingatan dapat ditingkatkan, dapat berfikir sesuatu
yang ingin anda fikirkan, meningkatkan kegembiraan, meningkatkan kuasa psikik dan
semakin kreatif serta banyak lagi kelebihan-kelebihannya.
Berikut, ialah contoh latihan untuk meningkatkan konsentrasi :
1) Buatlah 7 lingkaran berwarna (tujuh warna yang berbeza) pada kertas. Jarakkan
kedudukan anda daripada lingkaran 70cm. Tumpukan perhatian pada satu warna
contohnya, anda hendak tumpu pada warna merah, abaikan warna lain dan
tumpukan hanya warna merah. Begitulah seterusnya, jika warna lain yang ingin
anda tumpukan.
2) Nyalakan sebatang lilin dalam bilik kosong. Duduk pada kerusi sambil merenung
pada lilin tersebut dalam jarak 70cm selama 10 minit. Renunglah tanpa
mengerlipkan mata seberapa lama yang anda mampu. Walaubagaimanapun,
janganlah memaksa diri.

20

3) Renung pada pusingan kipas. Tumpukan pada titik tengah kipas yang sedang
memusing. Arahkan kipas itu berhenti (hanya sekadar untuk latihan konsentrasi).
Buatlah latihan itu seberapa lama yang anda mampu.
4) Sewaktu fajar menyinsing, renunglah sinaran matahari. Pastikan anda tidak
mengerlipkan mata seberapa lama yang anda mampu.
Apa itu meditasi?
Meditasi merupakan proses yang membawa kepada kesedaran, ketenangan,
kejelasan dan kebahagiaan. Gambarajah 1 menunjukkan bahawa tahapan minda kita,
jika dalam keadaan biasa, reaksi yang berlaku pada diri kita, adalah daripada
pengaruh kehidupan harian. Dengan kata lain, kehidupan mempengaruhi diri kita dan
bukannya kita mempengaruhi kehidupan. Minda yang sentiasa tidak tenteram, akan
berada dalam tahapan gelombang Beta. Setiap tindakan yang anda lakukan adalah
tidak bijaksana, teratur dan jarang sekali beroleh kejayaan. Suasana luar contohnya,
keluarga, hobi, wang, makanan, pekerjaan dan rakan sentiasa mempengaruhi dalam
tindak tanduk seharian. Jarang sekali individu itu menggunakan potensi minda separa
sedarnya yang tanpa had itu dengan semaksima mungkin. Minda separa sedar boleh
dibangkitkan potensinya melalui meditasi. Gambarajah 1 ini, menunjukkan minda
biasa yang tidak melakukan meditasi yang sentiasa keliru serta celaru dengan
masaalah luar contohnya kewangan, makanan, keluarga, hobi dan kawan-kawan.

Gambarajah 2 menunjukkan minda konsentrasi. Pada waktu itu, minda cuba dikawal
dengan konsentrasi. Terdapatnya penyimpangan-penyimpangan pemikiran. Sewaktu
minda cuba difokuskan, adanya gangguan-gangguan. Contohnya, katakanlah minda
bermeditasi dan memfokuskan pada cinta. Gangguan yang muncul mungkin, terbayang
bahawa anda hendak jemput kekasih menonton wayang. Wayang pula cerita cinta. Selain
dari itu, mungkin ada gangguan anda terbayang perkara lain yang tiada kaitan dengan
focus meditasi. Kembalilah ke matlamat asal iaitu meditasi yang berfokuskan cinta.

21

Dalam ilustrasi 3 ini, menunjukkan minda meditasi. Minda itu benar-benar berada
dalam tumpuan sewaktu meditasi. Ia bukan lagi minda normal dan minda konsentrasi.
Saya berikan satu contoh, sewaktu anda menuang minyak ke dalam botol, sudah tentu
minyak itu akan menyimpang dan ada yang tertumpah. Lama kelamaan, minyak itu akan
masuk ke dalam botol secara sepenuhnya tanpa mengalami tumpahan. Minyak yang
tertumpah keluar itu diibaratkan penyimpangan pemikiran. Ianya berlaku sewaktu anda
berada dalam minda normal. Kemudian, minyak itu akan kurang tumpahan diibaratkan
minda konsentrasi. Minyak yang masuk ke dalam botol dengan sepenuhnya, diibaratkan
minda meditasi.Objektif meditasinya semakin mendalam, mendalam dan mendalam.

Gambarajah 4 menunjukkan minda tafakur. Bila sahaja minda difokuskan pada


cinta, akhirnya, subjektif cinta melahirkan cinta keluarga, cinta negara, cinta harta dan
lain-lain lagi kategori cinta. Segala cinta yang ada dalam alam semesta akan terkait
dengan diri anda seperti perasaan cinta, kepekaan cinta dan pemikiran cinta. Menurut
Albert Einstien, segala yang ada pada alam semesta berhubungan antara satu sama lain.

22

Anda boleh bina apa sahaja objektif sama ada cinta, kekayaan, kesihatan, mengubah
sikap dan lain-lain lagi melalui meditasi. Hakikat pengertian meditasi amat luas. Lebihlebih lagi jika ianya berkaitan dengan agama. Cukuplah sekadar saya nyatakan bahawa
meditasi merupakan satu cara untuk meningkatkan keupayaan minda separa sedar (sub
conscious mind).
Cara duduk untuk meditasi.
Terdapat banyak cara yang boleh anda amalkan tetapi, cara bersila adalah
merupakan cara yang paling popular dalam meditasi. Pakaian hendaklah yang sesuai dan
tidak terlalu ketat. Mata dipejamkan tapi, mata anda walau pejam, anda renunglah antara
batang hidung anda. Anda dapat melakukan meditasi dengan lebih konsentrasi (kusyuk).
Temukan jari ibu dengan jari telunjuk. Tujuan jari ibu ditemukan dengan jari telunjuk
memiliki rahsia iaitu, apabila ditemukan jari telunjuk dengan jari ibu, seluruh tubuh, otot
dan pemikiran anda dengan sendirinya akan terfokus kepada meditasi. Dengan itu,
cepatlah anda berkonsentrasi untuk meditasi. Aliran darah anda juga dapat mengalir
dengan lancar apabila anda bernafas dengan terarah sambil menemukan jari ibu dengan
jari telunjuk. Selain daripada itu, silalah perhatikan jari anda selepas ditemukan antara
jari ibu dengan jari telunjuk, terbentuklah seolah-olah khalimah Allah (sila rujuk kepada
ahli agama serta ahli sufi). Tegakkan badan anda dan jangan terbongkok-bongkok.
Kendurkan seluruh otot anda. Rehatkan seluruh otot, sendi dan tubuh anda. Tidak payah
untuk merehatkannya, anda hanya sekadar menyatakan pada diri anda bahawa anda
sedang merehatkan otot, sendi dan tubuh anda (sila rujuk teknik affirmation atau dikenali
dengan pernyataan diri). Binalah pernyataan diri bahawa anda sedang merehatkan seluruh
otot, sendi, tubuh dan minda anda. Dengan itu dapatlah anda bermeditasi dengan hasilan
yang lebih baik lagi. Contoh cara duduk yang betul sewaktu melakukan meditasi dapat
anda lihat pada gambarajah di bawah ini.

23

24

Teknik meditasi
Umumnya, terdapat banyak cara untuk meditasi. Cara-cara itu melibatkan agama
dan kepercayaan masing-masing. Saya hanya berikan kepada anda 9 cara meditasi. Anda
bolehlah mengamalkan mana-mana cara yang paling sesuai dengan anda. Namun begitu,
terlebih dahulu, beritahulah kepada ahli keluarga anda agar meditasi anda tidak terganggu
atau dipandang serong (mungkin disangka ajaran ilmu sesat). Tempat untuk meditasi juga
haruslah khusus dan selesa. Seelok-eloknya dalam bilik anda sendiri. Waktu untuk
meditasi andalah pada waktu pagi (seelok-eloknya selepas subuh) dan waktu malam sama
ada larut malam (sebelum tidur) atau waktu antara pukul 2 hingga 4 pagi. Walau
bagaimanapun ,ada juga keadaan anda boleh mencapai tahapan alpha melalui meditasi
singkat. Ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
a.)Teknik pernafasan terarah.
Teknik latihan ini merupakan teknik yang paling asas untuk anda memulakan
meditasi. Teknik ini amat popular kerana ianya paling senang dan asas. Walau
bagaimanapun, jika dilakukan dengan baik, ianya dapat membuahkan hasil yang amat
lumayan sekali. Cuma, buat permulaannya, anda perlulah membina keyakinan yang
tinggi bahawa anda boleh mendapatkan hasil dan kejayaan dalam meningkatkan
keupayaan minda separa sedar anda dengan melakukan aktiviti meditasi. Teknik meditasi
ini ialah:
1) Duduk dengan tenang (seperti yang anda lihat dalam gambarajah) rehatkan minda
dan seluruh serta segenap tubuh anda. Rasailah nikmatnya kerehatan. Lupakan
segala urusan keduniaan anda. Pastikan kepala anda kosong dan tidak banyak
berfikir. Kosongkan fikiran anda. Tumpukan kepada tujuan dan kemahuan anda
untuk mendapatkan kuasa minda atau dikenali dengan Tenaga Dalam.
2) Pejamkan mata anda. Sedut nafas anda melalui hidung sebanyak 4 bilangan
saat.Bayangkan anda telah menyedut tenaga ghaib yang berwarna putih. Tahan
pernafasan anda 2 saat. Sewaktu menahan, pastikan tenaga anda tertumpu di
bawah pusat anda (pusat cakra tenaga). Bayangkan tenaga yang anda sedut itu,
bergerak daripada bawah pusat menyebar ke seluruh tubuh anda.
3) Keluarkan nafas anda melalui hidung juga sebanyak 4 saat dengan tenang.
Bayangkan anda telah mengeluarkan semua tenaga , unsur negatif dan penyakit
yang bersarang pada tubuh anda. Selanjutnya, tahan nafas anda 2 saat. Dengan itu,
anda telah melakukan kaedah pernafasan terarah pada set pertama.
4) Ulangi menyedut nafas, menahan dan membuang nafas sehingga berapa set yang
anda mampu. Lakukanlah latihan ini 15 hingga 20 minit.
5) Pada hari hari yang selanjutnya, tingkatkan menjadi 6 saat menyedut nafas, 3
saat menahan nafas, 6 saat membuang nafas dan 3 saat menahan lakukanlah
proses ini berulang ulang. Apabila anda sudah mahir, lakukanlah latihan ini
dengan tingkat menjadi menyedut nafas 8 saat menahan 4 saat, membuang nafas
8 saat dan menahan 4 saat. Tingkatkan juga masa hingga menjadi 30 minit, 45

25

minit, satu jam atau 2 jam. Buatlah latihan ini setiap hari semakin anda kerap
melakukan latihan, semakin anda maju setapak dalam latihan meditasi.

b)Teknik Air terjun.


Pada saat anda mandi pagi, bayangkan anda berada di taman yang yang luas dan
cantik beserta dengan bunyi air terjun. Berikut ialah cara melakukan teknik air terjun
(water fall meditation):
1) Anda boleh berdiri atau duduk dengan tegak. Biarkan air mencurah dari kepala ke
seluruh tubuh anda. Bayangkan (visualisasi) anda sedang mandi air terjun yang
jernih dan segar.
2) Bayangkan sekeliling anda terdapatnya bunga-bunga yang harum mewangi.
Hadirkanlah bauan tersebut.
3) Pejamkan mata sekurang-kurangnya, 10 hingga 15 minit. Perhebatkan lagi
bayangan anda. Apabila anda membuka mata, anda akan merasai satu kesegaran
yang hebat. Diri anda amat ceria untuk meneruskan kehidupan seharian.
c)Teknik meditasi pendek (short meditatiton).
Anda juga dapat memanfaatkan waktu-waktu terluang anda di perjalanan untuk
melakukan meditasi pendek. Meditasi ini bleh anda lakukan sewaktu menunggu bas,
teksi, menaiki bas, teksi, keretapi dan lain-lain. Berikut cara melakukan meditasi
pendek:
1) Duduk dengan tegak. Tegakkan pinggang anda. Letakakan kedua tangan di atas
paha dengan santai.
2) Pejamkan mata. Singkirkan pemikiran anda dari pada orang-orang di sekitar anda.
Bayangkan anda berada di alam bebas sehingga fikiran , suara serta suasana
orang-orang di sekeliling anda tidak dapat mempengaruhi anda. Pertahankan
kondisi ini selama 5 hingga 10 minit.
3) Lakukan pernafasan berirama atau terarah (sila rujuk teknik meditasi pernafasan
terarah). Rasailah kenikmatan bermeditasi. Jika suasana sekeliling berasa panas,
bayangkan anda berada di tempat yang teduh dan sejuk. Rasailah kedamaian dan
nyaman.
Jangan lakukan meditasi ini sewaktu keadaan sekeliling yang huru hara serta kelam
kabut. Meditasi yang dilakukan akan tidak membuahkan sebarang hasilan.

d) Teknik Silva.

26

Teknik ini juga amat terkenal. Ianya diperkenalkan oleh Jose Silva. Ramai
dikalangan orang barat yang sudah mempelopori teknik Silva yang unik ini. Berikut
teknik meditasi cara Silva:
1) Duduk dengan selesa di atas kerusi dan tutup mata anda. Apa juga cara duduk
yang selesa adalah cara yang baik. Tarik nafas panjang dan hembuskannya sambil
merehatkan badan.
2) Bayangkan suasana tempat yang aman dan selesa yang anda ketahui.
3) Buatkanlah kiraan menurun dari kiraan 50 hingga kiraan 1.
4) Bayangkanlah sebuah tempat yang selesa dan anda ketahui.
5) Bina bicara pada diri anda Setiap hari, dalam semua cara, aku pasti menjadi
lebih baik
6) Ingatkan pada diri anda apabila anda membuka mata, anda akan berada dalam
suasana serta tahap kesihatan, emosi dan kehidupan yang amat baik.
Lakukanlah latihan meditasi ini sekerap dan selama yang anda mampu. Apabila anda
berjaya mencapai tahapan alpha ( ), sudah pasti segala persoalan hidup dapat anda
selesaikan dengan baik. Contohnya, Napolean Hill, seorang penyelidik dan penulis
telah membuat satu kajian pada tahun 1925. Beliau menulis, bahawa ada otak
manusia yang meningkat lebih tinggi daripada titik perhentian biasa dan ini telah
membawa mereka mencapai kemasyuran dan kekayaan. Itulah tahapan alpha ( )
yang dicapai oleh individu yang berjaya.

e) Teknik mata ketiga.


Duduk dengan selesa. Rehatkan minda, tubuh dan emosi anda. Fokuskan
sepenuh perhatian pada pernafasan anda. Lakukan latihan pernafasan terarah (sila
rujuk teknik pernafasan terarah). Tutup kedua-dua mata anda. Berikan perhatian pada
titik tengah antara kedua-dua kening anda. Bayangkan cahaya putih yang bersinar
muncul dan berada antara kedua-dua kening anda. Biarkan cahaya itu semakin
bersinar sehingga menyilaukan. Lakukanlah latihan ini sekurang-kurangnya 15 minit.
Kemudian, barulah anda membuka mata. Anda akan merasakan satu ketenangan yang
amat hebat.
f) Teknik kesedaran kosmik.
Pejamkan mata anda, serta tenangkan fikiran anda. Lakukanlah pernafasan
terarah (sila rujuk teknik pernafasan terarah. Bayangkan bahawa anda berada di ruang
angkasa. Lihatlah setiap gerakan bintang, galaksi, matahari, planet dan bulan. Anda
adalah sebahagian daripada gerakan hidup berbilion-bilion bintang di alam semesta.
Lihatlah secara bayangan di minda anda gerakan bumi mengelilingi matahari.
Bahkan, lihatlah bulan mengelilingi bumi yang subur menghijau. Terokailah alam
semesta dengan tenang dan rasailah kebesaran Allah mencipta alam semesta. Lihatlah
gerakan planet-planet yang lain mengelilingi matahari. Komet yang mengeluarkan

27

cahaya yang terang sedang terbang di angkasa raya. Rasailah tenaga yang muncul
pada alam kosmik ini. Setiap gerakan, setiap galaksi, setiap planet memiliki
tenaganya yang tersendiri. Apabila anda selesai sahaja melakukan meditasi ini, anda
akan berasa bahawa anda adalah sebahagian daripada alam ciptaan Allah S.W.T.
g) Meditasi keseimbangan cakra.
Sebelum saya menjelaskan dengan lebih lanjut tentang rahsia meditasi
keseimbangan cakra, terlebih dahulu, saya ingin memberikan anda mengenali apa itu
cakra. Cakra sebenarnya adalah dalam bahasa India. Cakra bermaksud, pusat
pengaliran tenaga yang dapat menjalankan keseimbangan tenaga dalam tubuh
manusia. Meditasi ini, merupakan meditasi pada tingkat yang paling tinggi. Jika anda
melakukan meditasi ini, bukan sahaja anda sihat pada tubuh fizikal, malahan, anda
juga sihat secara mental dan rohani. Anda jarang sekali akan dihinggapi penyakit
sama ada penyakit fizikal mahupun yang berupa spiritual contohnya sihir.
Kita memiliki 72000 meridian. Meditasi cakra juga dikenali dengan nama
Cakra Healing. Ianya dapat dimanafaatkan untuk bio energi (tenaga hidup) yang
terdapat dalam tubuh kita. Bioenergi ini merupakan tenaga vital yang menpunyai sifat
dasar mirip dengan tenaga lain seperti panas atau energi listrik. Jika darah mengalir
melalui pembuluh darah, bioenergi pula mengalir melalui meridian. Meridian ini
berpangkal pada titik-titik tertentu pada tubuh, membentuk pusat-pusat energi. Pusat
energi (tenaga) inilah yang dikenali sebagai cakra. Tubuh kita mempunyai 7 cakra.

1) Cakra Dasar (Muladhara).

28

Cakra ini terletak di dasar punggung. Ia merupakan tunjang seluruh tenaga


kerana ia adalah sulbi. Cakra dasar ini mengendalikan , memberikan energi dan
memperkuat seluruh tubuh fizik yang kelihatan, system susunan otot dan saraf, kualiti
darah dan organ-organ dalaman. Orang yang cakra dasarnya sangat aktif cenderung,
bermotivasi, sihat dan kuat. Manakala orang yang cakra dasarnya sangat lemah,
cenderung rapuh dan lemah tubuhnya. Cakra dasar diibaratkan sebagai akar pohon,
jika akarnya tidak kuat, pohon itu lemah manakala jika akarnya kuat, pohon itu kuat.
Energi dari bumi, masuk ke tubuh kita melalui cakara dasar. Ia dilambangkan dengan
warna merah berkilauan. Elemen cakra ini ialah tanah. Orang yang mengalami
masaalah pada cakra ini akan melakukan seks bebas dan gemar melihat gambar
ghairah.
2) Cakra Seks (Svadistana).
Cakra ini berhubungan dengan aspek seksual. Terletak pada organ seksual
dan cakra ini berwarna oren. Tugasnya mengendali dan memberikan energi organorgan pinggul, organ reproduksi dan saluran benih. Jika cakra ini tidak berfungsi,
kita akan menghadapi masaalah seksual. Cakra ajna, cakra tengkorokan dan cakra
dasar berkait rapat dengan cakra seks untuk tenaga seksual. Penyakit yang biasa
dihinggapi oleh masayarakat ialah impotensi, infeksi saluran benih dan
pembesaran prostat. Apabila cakra seks bersih, maka fikirannya juga akan bersih.
Elemen cakra ini ialah air. Orang yang bermasaalah pada cakra ini akan menglami
masaalah fikiran yang kacau dan makan tidak teratur.
3 ) Cakra Solar pleksus. (Manipura).
Letaknya kosong pertemuan antara hati dan tulang rusuk. Ianya dilambangkan
berwarna kuning. Ia merupakan pusat emosi seperti berani, marah ,benci, aktif dan
sakit hati. Cakra ini mengendalikan energi pada hati, pancreas, lambung, usus
besar dan usus kecil. Ianya juga bertanggung jawab terhadap system penernaan,
pengolahan dan pembuangan sisa makanan. Jika cakra ini kuat ianya akan
memberikan kita waspada, bertenaga, keyakinan, ketenangan, berfikiran positif
bersemangat dan bercita-cita tinggi. Anda pasti akan yakin dengan cita-cita yang
anda inginkan. Erlemen cakra ini ialah api. Orang yang mengalami masaalah pada
cakra ini, akan menghadapi masaalah keluarga, fanatik dan kurang menyanyangi
keluarga.
4.) Cakra jantung (Anahata).
Cakra ini terletak ditengah-tengah dan depan dada. Ia mengendalikan dan
memberikan energi kepada jantung, kelenjar timus dan system peredaran darah.
Lazimnya, cakra ini divisualisasikan berwarna hijau muda. Ianya terdapat pusat
emosi halus yang terdiri daripada kehalusan, kedamaian, kegembiraan keramahan,
kepekaan cinta, kepedulian terhadap orang lain, keikhlasan dan nurani. Inilah
level pertama daripada 3 dimensi. Degan kata lain, cakra inilah penghubung
dengan dimensi yang lain. Ia mengendalikan energi pada jantung, kelenjar timus
dan paru-paru. Elemen cakra ini ialah angin. Orang yang kurang cakra ini,

29

mengalami masaalah perasaan tidak tenteram, kerasukan, tidak mempunyai


kepercayaan dan kurang rasa cinta.
5) Cakra tenggorokan (visuddha).
Cakra ini terletak pada tengah-tengah leher. Cakra ini mengendalikan dan
memberikan energi kepada leher, kelenjar tiroid, kelenjar paratiroid dan pada
system limpatik. Pada batas yang tertentu, cakra ini mempengaruhi cakra seks.
Orang yang memiliki cakra tenggorokan yang kuat akan memiliki kebolehan
untuk berkomunikasi dengan baik. Bahkan perkataannya lancar dan berkuasa
serta didengari oleh orang lain. Artis dan ahli politik amat memerlukan cakra
tenggorokan yang sihat. Warna auranya ialah biru. Cakra tenggorokan juga
memberikan kelebihan seseorang itu melahirkan idea-idea yang hebat (berhubung
rapat dengan cakra ajna.). Elemen cakra ini ialah bunyi. Orang kurang cakra ini
akan mengalami masaalah tidak bermoral, percakapan kasar, fanatik dan
merokok.
6)

Cakra ajna.
Cakra ini terletak di antara kedua-dua alis mata. Cakra ini juga dikenali dengan
nama, mata ketiga. (sila rujuk teknik meditasi mata ketiga). Ia mengendalikan dan
memberikan energi pada kelenjar di bawah otak, kelenjar endokrin dan pada tingkat
tertentu membahagikan gizi kepada otak. Dengan latihan menyeimbangkan cakra, ianya
akan memberikan kita mendapat kebolehan clairvoyance (kebolehan melihat sesuatu
berlaku di tempat lain. ), intuisi (gerak hati), insight spiritual (celik akal kerohanian) dan
kuasa imaginasi yang tinggi. Cakra ini berwarna violet (ungu kebiruan). Elemen cakra ini
ialah cahaya. Ia merupakan pusat persepsi atau jendela dunia. Orang yang lemah cakra ini
akan mengalami masaalah terlalu banyak berfikir, menyakiti diri sendiri, kebiasaan
negatif dan menyakiti orang lain.
7) Cakra Mahkota (sahasrara)
Cakra ini terletak di bahagian ubun-ubun. Posisinya adalah paling tinggi diantara pusat
energi (tenaga) yang sedia ada. Ini merupakan cakra yang paling utama dalam ketujuhtujuh cakra. Elemen cakra ini ialah pemikiran dan kerohanian. Ia bertanggungjawab
untuk mengedalikan dan memberikan energi pada kelenjar pineal, system saraf, otak dan
keseimbangan kiri dan kanan. Cakra ini juga merupakan pusat kemampuan budi atau
kesedaran kosmik yang tinggi. Cakra ini juga salah satu titik utama prana akan
masuk.Warnanya ialah putih dan ada yang berpendapat ia berwarna violet (ungu
kebiruan). Kalau anda pernah perhatikan, orang-orang tua pada zaman dahulu sentiasa
berkomunikasi dengan anak mereka untuk mengubah sikap serta perangai anak. Cakra
mahkota merupakan seolah-olah seperti peti penyimpan pesanan. Orang-orang tua pada
zaman dahulu selalu atau kerapkali memberikan saranan dengan berbicara di cakra
mahkota anak mereka contohnya, Atan! Esok pagi, Atan akan menjadi seorang murid
serta anak yang taat pada pesanan mak, ayah dan guru. Atan tidak akan menangis lagi
setiap kali bangun pagi. Atan juga tidak akan malas, jemu dan megantuk di dalam kelas.
Atan seorang anak dan murid yang baik. Pada keesokan harinya, serta hari-hari yang
berikutnya, sikap dan perangai Atan berubah sedikit demi sedikit. Walaupun orang-orang

30

tua zaman dahulu tidak tahu tentang kuasa minda namun cara yang mereka lakukan itu,
adalah benar dan berkesan. Itulah teknik saranan sewaktu anak mereka berada dalam
hipnogogik (antara lena dan jaga).Terdapatnya warna-warna aura yang berbeza pada
cakra kita. Aura adalah umpama tenaga magnetic yang terdapat pada tubuh manusia
,haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Asas tenaga ini datangnya daripada tenaga matahari.
Cuba anda perhatikan bumi kita. Di sekeliling bumi , terdapatnya lapisan-lapisan ozon.
Jika tebal lapisan ozon, maka, bumi itu tidak akan dicemari oleh pancaran matahari
melebihi had. Bumi kita sihat. Begitu juga dengan aura manusia. Orang normal dan sehat
mempunyai aura dengan jarak kira-kira 10 hingga 13 cm dari tubuhnya. Aura boleh
ditingkatkan dengan cara latihan meditasi (sila rujuk teknik-teknik meditasi).. Orang yang
lemah cakra ini amat kurang percaya pada Tuhan.

Teknik meditasi pada cakra.


Mengapakah keseimbangan cakra-cakra ini amat penting?. Ianya begitu penting
kerana, bertanggungjawab pada system dan jaringan tubuh badan kita. Makin bersih
cakra, makin sihat dan baik aliran energi dalam badan. Cakra berfungsi sebagai pintu
keluar masuknya energi eterik dari berbagai lapisan tubuh. Cakra yang sihat, akan
memberikan kesihatan organ dan kejiwaan.
Kita akan mulakan untuk belajar bagaimana secara sedar membuka cakra-cakra
dalam tubuh. Berikut teknik untuk mengaktifkan cakra:
a) Lakukanlah pernafasan terarah. Tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan
dalam. Tarik nafas hingga memenuhi paru-paru tanpa memaksa diri. Hembuskan
nafas melalui mulut. Sewaktu mengeluarkan nafas, bayangkan bahawa seluruh
ketegangan dihembuskan keluar dari tubuh sehingga seluruh tubuh menjadi
santai dan tenang. Lakukanlah langkah ini 7 kali. Setelah itu, jangan fikirkan
apapun tentang pernafasan anda.
b) Cakra utama, pertama iaitu cakra dasar (muladhara) terletak di hujung tulang
ekor (tonggeng). Cakra ini adalah pusat vitalitas, keinginan untuk hidup dan
tubuh fizik. Bayangkanlah cahaya merah menyala memasuki cakra dasar ini
memenuhi seluruh tubuh di sekitarnya, turun ke paha memenuhi kedua paha,
memasuki dan memenuhi lutut, turun ke kaki sampai ke jari-jari kaki dan
memenuhi seluruh kaki. Sambil turun, cahaya merah tersebut membawa seluruh
energi negatif yang ada pada bahagian tubuh dan membuangnya melalui tapak
kaki. Tariklah lebih banyak cahaya merah sehingga seluruh jalur tadi menjadi
terang dan mendorong seluruh energi negatif keluar melaui tapak kaki.
c) Jangan lakukan apapun selama 5 saat.
d) Kemudian, beralih pula pada cakra yang kedua iaitu cakra seks (svadistana). Ia
juga dikenali dengan nama pusat tubuh emosi dimana, semua perasaan diproses.
Bayangkanlah cahaya berwarna oren masuk ke cakra seks yang terletak pada alat
kelamin. Cahaya masuk terus menerus memenuhi seluruh alat kelamin. Cahaya
bergerak ke arah atas, ke paru-paru dan jantung. Bayangkanlah seluruh bahagian

31

e)
f)

g)
h)

i)
j)

k)
l)

m)
n)

o)

tubuh yang dipenuhi cahaya itu, berwarna oren. Cahaya tersebut keluar dari
cakra jantung dengan membawa energi dan perasaan negatif yang ada.
Jangan melakukan apapun selama 5 saat.
Cakra yang ketiga iaitu cakra solar pleksus (manipura). Cakra ini diasosiasikan
dengan tubuh mental mengkontrol seluruh fikiran ,pendapat dan penilaian
terletak pada pusat. Bayangkan cahaya berwarna kuning memasuki pusat,
memenuhi seluruh organ-organ di perut. Cahaya tersebut bergerak hiongga ke
jantung dan dibuang bersama energi kotor dan emosi negatif dari bahagian perut.
Jangan lakukan apapun selama 5 saat.
Seterusnya, cakra jantung (Anahata) dikenali sebagai pusat tubuh intuisi. Cakra
ini adalah pusat dari cinta kasih, kasih sayang dan seluruh perasaan positif yang
halus. Untuk cakra ini, dapat digunakan warna hijau muda atau merah muda.
Hijau muda untuk pengobatan, manakala merah muda untuk kasih sayang.
Cahaya hijau muda dan merah muda dapat digunakan secara bergantian pada
latihan yang berbeza.Untuk permulaan, gunakan bayangan cahaya hijau muda
terlebih dahulu. Bayangkan cahaya berwarna hijau muda yang menyembuhkan
memasuki cakra jantung (Anahata). Cahaya penyembuhan itu memenuhi seluruh
rongga dada dan memasuki paru-paru mahupun jantung. Cahaya itu masuk terus
menerus memenuhi bahu, tangan, sampai ke jari jemari. Cahaya itu turun ke
bawah memenuhi seluruhtubuh sampai ke jari kaki dan ke atas ke leher dan
kepala memenuhi seluruh rongga kepala dan otak. Pastikan cahaya itu memasuki
seluruh bahagian kepala, seperti gusi atas, gusi bawah, gigi, sisi kiri dan kanan
kepala dan sebagainya sambil mendorong seluruh energi negatif keluar dari poripori tubuh. Jika untuk kasih saying, gantikan pula dengan cahaya merah muda
pula.
Janganlah melakukan apapun selama 5 saat.
Sekarang, proses pembersihan cakra tenggorokan iaitu di leher (visudhha).
Lokasi cakra ini ialah pada peti suara. Cahaya yang digunakan ialah warna biru
laut. Cahaya memasuki dan memenuhi tenggorokan, turun ke dada dan
memenuhi dada dan jantung.
Janganlah melakukan apapun selama 5 saat.
Cakra berikutnya ialah cakra alis mata (Ajna). Cakra ini merupakan mata ketiga.
Bayangkan cahaya berwarna unggu kebiruan memasuki cakra mata ketiga dan
terus ke dalam kepala. Cahaya itu memenuhi kepala dan otak menerangi fikiran
dan roh. Cahaya itu turun ke tenggorokan dan memenuhi dada sambil membawa
energi spiritual ke cakra jantung.
Janganlah melakukan apapun selama 5 saat.
Berikut, melibatkan cakra mahkota (Sahasrara). Bayabgkan cahaya putih yang
terang benderang turun ke dalam kepala melalui cakra mahkota. Cahaya ini
memenuhi otak, fikiran dan roh dengan energi spiritual dari Allah. Cahaya ini
juga turun memenuhi tenggorokan sampai ke dada memenuhi dada dan cakra
jantung dengan energi spiritual yang tidak terbatas.
Ulangi langkah a hingga n sekurang-kurangnya 7 kali.

h) meditasi latihan perisai pelindung.

32

Ini merupakan latihan menghadirkan perisai pelindung untuk melindungi tubuh


anda dan menyelubungi tubuh anda bila-bila masa sahaja. Tekniknya:
1) Duduk dengan tenang dan pejamkan mata anda. Lakukan pernafasan terarah iaitu
pernafasan berirama (sila rujuk teknik pernafasan terarah). Bayangkan munculnya
perisai pelindung yang terang benderang.
2) Rasailah kehadiran perisai pelindung yang berkuasa dan bercahaya putih yang
melindungi tubuh badan anda. Bayangkan cahaya itu samar dan rasanya seperti
kain yang halus dan panas-panas suam.
3) Rasailah keselamatan dan keselesaan dengan kehadiran perisai tersebut.
Bayangkanlah perisai itu sangat kebal daripada sernagan penyakit, sihir dan
khianat orang lain.
4) Perisai itu kini merupakan perisai peribadi anda dan dapat digunakan pada bilabila masa sahaja. Jika anda merasai tidak selesa, selamat dan ketakutan,
hadirkanlah perisai itu pada bila-bila masa sahaja.
i) Meditasi Grounding.
Grounding bermaksud, terhubung antara langit dengan bumi. Ianya bermanfaat
untuk membersihkan cakra seluruh tubuh badan dan jaluran utama (sushumna),
memberikan lebih banyak energi (tenaga) bahkan InsyaAllah, banyak rezekinya. (Energi
bumi yang berkait rapat dengan material). Teknik latihannya:
1) Bayangkanlah cahaya putih (atau cahaya kuning emas) yang terang benderang
dari langit, turun memasuki cakra mahkota (sahasrara). Cahaya itu
menghangatkan cakra mahkota dan membuatkan cakra mahkota membuka lebar
seperti bunga teratai dan bercahaya terang benderang.
2) Cahaya itu, menembusi cakra mahkota dibahagian tengahnya. Cahaya mulai
memasuki kepalanya.
3) Semakin banyak cahaya memasuki kepala, memenuhi kepala, dan mulai
mendorong cakra mata ketiga (ajna) membuka lebar seperti bunga teratai.
4) Cahaya memenuhi kepala dan turun memenuhi tenggorokan (visuddha) serta
mendorong cakra tenggorokan membuka lebar seperti bunga teratai.
5) Cahaya memenuhi kepala dan tenggorokan turun ke rongga dada, memenuhi
seluruh rongga dada, dan mendorong cakra jantung (Anahata) mekar
mengembang seperti bunga teratai.
6) Cahaya turun pula ke perut dan memenuhi ruang perut dan mendorong cakra
pusar (solar pleksus/ Manipura) mekar mengembang seperti bunga teratai.
7) Cahaya turun pula ke anggota seks dan cahaya itu mendorong cakra seks
(Svadistana) mengembang mekar seperti bunga teratai.
8) Seterusnya cahaya turun lagi ke dasar, dan menyebabkan cakra dasar (Muladhara)
mengembang seperti bunga teratai. Cahaya itu terus turun memasuki dasar bumi,
menembusi tujuh lapisan bumi.Bumi pula membalas cahaya berwarna hijau naik dari
bumi ke tubuh badan. Perintahkanlah minda separa sedar anda untuk menjaga serta
mengimaginasikan tubuh anda menerima cahaya dari langit dan menerima cahaya
dari bumi secara terus menerus. Lakukanlah latihan ini setiap hari selama sebulan

33

sekurang-kurangnya sejam. Selepas itu, secara rutin, tubuh anda berhubungan dengan
cahaya-cahaya tersebut. Kemudian , bila cukup sahaja sebulan, lakukanlah latihan
sekadar 30 hingga 40 minit sehari. Peringatan, jika anda lakukan latihan sambil duduk
di tanah, pastikan cakra dasar anda merupakan penghubung dengan bumi. Jika
melakukan latihan sambil duduk di kerusi, pastikan kaki anda sebagai penghubung
dengan bumi.
Imaginasi dalam meditasi dan pengawalan minda.
Imaginasi amat penting sewaktu anda meditasi atau pengawalan minda. Ketahuilah,
bahawa apa yang kita gambarkan atau bayangkan (imaginasi) akan terzahir ke alam
nyata. Sebelum dunia fana ini terzahir, gambaran telahpun ada dalam ilmu Allah . Namun
begitu, gamabaran Allah tidak sama dengan gamabaran manusia yang bermula dengan
dengan tidak tahu kepada tahu. Allah sedia Tahu (Ilmu) dan tidak bermula dengan tidak
tahu kepada tahu. Berbalik kepada, imaginasi, perlulah kita berhati-hati dengan imaginasi
yang berada di lubuk minda. Imaginasi diibaratkan semaian dan pengzahiran ke alam
nyata merupakan penuaian.
Jika gambaran negatif yang digambarkan, maka negatiflah terzahir dan terhasil.
Begitulah sebaliknya, jika gambaran positif yang digambarkan, maka positiflah
hasilannya. Minda separa sedar tidak pernah membantah walaupun apa sahaja gambaran
(imaginasi) yang digambarkan. Perlulah bersifat optimis dan positif. Anda perlulah yakin
dan percaya pada tahap yang tinggi bahawa gambaran anda akan berhasil. Di sini, saya
ceritakan satu cerita yang benar-benar berlaku kepada seorang yang bernama Dennis
Heggins. Pada suatau malam, beliau telah dikejutkan dengan bunyi ketukan dicermin
tingkap. Rupa-rupanya, abangnya telah membaling batu untuk mengejutkannya dari tidur.
Heggins diberitahu abangnya bahawa ayah mereka yang sudah berusia 62 tahun diserang
sakit jantung dan dirawat di hospital dalam keadaan tenat. Heggins bergegas ke hospital
bersama abangnya. Setibanya di hospital, beliau mendapati ayahnya telah dipasang
dengan banyaknya tiub-tiub dan wayar. Heggins memegang tangan ayahnya, sambil
bernafas pada tahapan alpha (pernafasan terarah). Heggins mengimaginasikan ayahnya
beransur sembuh, menjadi lebih kuat, tiada lagi tiub-tiub dan wayar-wayar pada
tubuhnya, pulang ke rumah dan meneruskan perniagaannya. Amat luarbiasa, ayahnya
dapat sembuh dengan baik tidak berapa lama kemudian. Jelaslah Heggins telah
mengimaginasikan secara pasti dengan hasrat dan targetnya ayahnya pasti ( bukan akan)
sembuh.
Penggunaan kuasa imaginasi minda ini perlulah adanya kepercayaan yang mendalam.
Menurut Dr Wyne Dyer, penulis buku Real Magic, dalam bukunya berkata, tidak ramai
daripada kita dilatih untuk memanfaatkan kuasa minda. Kita disogok dengan logic,
rasional dan percaya sesuautu setelah anda melihatnya (lihat dulu baru percaya dan
bukannya percaya dulu baru lihat). Kuasa imaginasi adalah kejaiban yang berada di luar
logikal.Malahan, secara sedar atau tidak sedar, ramai yang telah memanfaatkan kuasa ini
kerana ia merupakan hukum alam. Secara sedar atau tidak sedar, mereka pasti
menggunakan kuasa ini sama ada dalam perkara yang positif mahupun negatif.

34

Pastikan anda tidak membina imaginasi yang negatif dan sebaliknya hanya membina
imaginasi yang positif sahaja. Contohnya, katakanlah anda hendak naik pangkat dan takut
dibuang kerja. Janganlah menumpukan imaginasi ketakutan dibuang kerja tapi, tumpulah
imaginasi kepada kenaikan pangkat anda. Bayangkanlah selalu apakah impian anda.
Dalam pada itu, rasailah seolah-olah ianya sudahpun berlaku dan ucapkanlah kesyukuran
kepada Allah . Minda kita yang mengarahkan tubuh badan dan bukannya tubuh badan
yang mengarahkan minda. Namun begitu, pastikanlah matlamat anda jelas dan
mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk mencapainya. Minda separa sedar anda
akan bertugas untuk memastikan kejayaan mencapainya.
Kisah ini ialah tentang Mejar James Nesmeth, yang amat gemar bermain golf.
Pukulan nya yang paling hebat adalah antara 90 hingga 95. Selama tujuh tahun beliau
telah dipenjarakan sewaktu perang Vietnam Utara. Bilik kurungan itu, tingginya
anggarannya ialah 4 kaki dan panjangnya hanya 5 kaki ramai tawanan perang menjadi
gila atau mati apabila dikurung dalam bilik tersebut. Tapi, beliau telah memanfaatkan
sewaktu dipenjara dengan berimaginasi sedang bermain golf setiap hari. Dalam
imaginasinya, beliau membayangkan suasana padang golf yang cantik dan nyaman serta
merasai tiupan angin dan bau padang rumput yang segar. Dia merasakan genggaman
kayu golf dan menghayunnya. Bola golf itu, dapat melantun ke sasarannya. Selepas
dibebaskan ,beliau dapat meningkatkan prestasinya dengan pukulan 74. Inilah
kehebatannya kuasa imaginasi minda. Itulah peranan minda separa sedar.
Mengapa melakukan meditasi?
Pertanyaan ini mempunyai jawapan yang beragam jenis. Saya berikan tiga jawapan
utama iaitu meditasi dapat:
a) Mengatasi stress (tekanan fikiran).
b) Ketenangan batin dan fikiran.
c) Mendekatkan diri kepada Tuhan (Allah).
Setiap orang ada alasan yang konkrit untuk apa mereka bermeditasi. Namun begitu,
perkara yang penting sekali ialah, hasilan meditasi dapat anda rasai bila anda
melakukannya. Orang lain tidak tahu apa yang anda akan rasa. Ini bergantung kepada
bagaiman anda melakukan meditasi. Hasilannya akan dapat dirasai secara bertahap.
Hubungan fikiran, kesihatan dan meditasi.
Manusia tidak boleh terlepas dari jiwa dan tubuh. Di dalan jiwa, terhimpun berbagai
macam kekuatan seperti fikiran, perasaan, kemahuan dan semangat. Kita akan berada
dalam kondisi sihat jiwa dan raga jika kita mampu menjaga keseimbangan seluruh
potensi yang ada pada diri kita. Fikiran tidak mungkin terpisah daripada diri kita. Jika
fikiran medapat tekanan yang melampaui batas ketahanan, kita menjadi stress (tekanan
perasaan) dan ianya akan menyebabkan anda mendapat pelbagai jenis penyakit yang
sukar disembuhkan.
Meditasi dan kesihatan otak.

35

Satu perkara yang boleh dibincangkan tentang kebaikan meditasi ialah kemampuan otak
kita. Apakah hubungannya antara meditasi dengan otak? Menurut pakar pengkaji otak,
manusia normal hanya menggunakan tidak lebih daripada 2% keupayaan otak.
Bagaimana pula dengan 98% keupayaan otak manusia? Jika manusia dapat menggunakan
100% kuasa otaknya, tidak dapat dibayangkan betapa hebatnya kuasa yang bakal
dilakukan dan memiliki kekuatan yang amat dahsyat. Dengan mempraktikkan teknikteknik meditasi tertentu, anda dapat meningkatkan kemampuan penggunaan otak. Anda
juga mampu menggunakan otak kiri dan otak kanan secara seimbang. Setiap orang,
berbeza keupayaan otak kiri dan otak kanan. Dengan kata lain, ada yang gunakan lebih
otak kanan. Ada yang gunakan lebih otak kiri. Tapi, kalau boleh, seimbangkan
penggunaan otak anda antara otak kiri dan otak kanan. Otak kiri dan otak kanan boleh
berkomunikasi.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Stanford University California, apabila
seseorang membiasakan dirinya malakukan satu minit meditasi secara konsisten, hal ini
akan memberikan jaminan kecerdasan otaknya pada hari tua nanti. Anda dapat
mengelakkan penyakit kelupaan, nyanyuk dan angin ahmar.

4)Teknik-teknik barat dalam pengawalan minda separa sedar.


a) Teknik Charles Baudoin.
Charles Baudoin adalah merupakan professor di Rousseau Institut Peranchis. Beliau
merupakan seorang psikoterapi yang cekap dan director penelitian dari New nancy school
of Healing yang telah mencipta cara terbaik untuk memberi kesan kepada minda separa
sedar melalui cara memasuki keadaan tidur. Katakanlah anda menghadapi masaalah
hutang yang bertimbun-timbun. Sebelum melelapkan mata pada waktu malam, bacalah
kalimat ini berkali-kali Selesai dengan memuaskan menurut kehendak Allah Idea serta
kalimat tidak perlulah panjang dan berjela-jela. Cukuplah kalimat itu dilafazkan secara
pendek yang mudah diingati. Kecerdasan tak terbatas yang bekerja melalui hukum bawah
sedarnya akan mendatangkan persesuaian serasi menurut prinsip peserasian. Ulangi
proses ini setiap malam selama 10 malam berturut-turut. Rasailah kedamaian dan
ketenangan lalu tidurlah dengan lenanya. Keesokkan paginya, bangunlah dengan
peresaan enak, nyaman dan damai bahawa masaalah anda sudah selesai.
b) Teknik terima kasih
Dalam agama Islam menekankan kepada permintaan kepada Allah serta
mengucapkan kesyukuran yang tinggi. Hati yang berterima kasih ini selalu dekat dengan
tenaga kreatif alam semesta, menyebabkan banyak anugerah mengalir kepadanya kerana
hukum timbal balik berdasarkan hukum kosmis dari aksi dan reaksi. Saya ingin berkongsi
dengan anda satu cerita tentang Pak Cipto yang selalu berkata Hutang bertumpuk, aku
tidak ada pekerjaan serta mempunyai anak lima dan tidak berduit. Apakah akalku?
Secara teratur, tiap-tiap malam selama tiga minggu, beliau ulangi kata-kata, Syukur pada

36

Allah atas kekayaan ini, dengan tenang dan damai sehingga perasaan syukur dan terima
kasih pada Tuhan meresapi seluruh sanubarinya. Perasaan kekurangan dan kemiskinan
serta kehinaan, hilang dengan perlahan-lahan. Ucapan syukurnya dilakukan sekerap
mungkin. Walaupun, belum lagi menjadi kenyataan, namun, beliau tetap yakin dan
mengucapkan kesyukuran dengan yakin dan kepercayaan yang tinggi. Akhirnya, Pak
Cipto berjaya meraih pendapatan yang lumayan dengan dinaikkan pangkat oleh
majikannya. Secara mudahnya, saya berikan satu contoh. Umpama seorang ayah yang
berjanji kepada anaknya bahawa dia hendak belikan anaknya sebuah motor yang cantik
jika anaknya berjaya mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Sudah pasti
anaknya mengucapkan terima kasih kepada ayahnya, walaupun motor itu belum lagi
dibelinya. Begitulah juga dengan teknik ini, ucapkanlah kesyukuran dengan yakin dan
gembira walaupun belum lagi terjemah ke alam nyata.
c) Teknik tidur.
Lakukanlah teknik ini sewaktu anda hendak melelapkan mata. Waktu itu, anda
berada dalam keadaan hipnogogik (antara lena dan jaga). Sewaktu itu, gelombang otak
anda adalah antara Alpha() dan Delta (). Minda anda amat berkualiti dan efektif waktu
itu. Katakanlah,anda menghadapi masaalah yang merumitkan, sewaktu hendak tidur,
katakan Dengan kuasa Allah, semua masaalahku selesai dengan baik sekali. Pada
waktu anda terjaga dari tidur, ulangi lagi perkataan yang anda ucapkan semalam berkalikali. Rasailah kepuasan dan ketenangan yang tidak terhingga. Minda separa sedar anda
sebenarnya umpama robot dan tidak berperasaan. Maka, setiap perkara yang anda
nyatakan, pasti akan diterimanya seratus peratus.
d) Teknik argumentasi (alasan).
Teknik ini banyak digunakan oleh para doktor yang merawat pesakitnya. Doktor
memberikan keyakinan kepada pesakitnya bahawa penyakit yang mereka hadapi itu,
lebih disebabkan oleh pola fikiran yang negatif bahawa mereka akan celaka bila penyakit
itu menyerangnya. Doktor akan menegaskan kepada pesakitnya bahawa penyembuhan
akan berlaku jika kepercayaan diubah iaitu pesakit boleh sembuh daripada penyakitnya.
Minda separa sedarnya akan percaya bahawa dia pasti akan sembuh daripada
penyakitnya. Organ-organnya akan bertugas dengan baik, urat sarafnya akan menjalankan
tugas dengan cekap untuk kesembuhan secara efektif. Pesakit akan percaya, kesembuhan
akan berlaku jika kepercayaan berubah. Dr Quimby dari Maine antara tahun 1849 hingga
1869 banyak menggunakan teknik ini.
e) Teknik penetapan.
Daya ini sebenarnya, ada pada diri kita semua. Bila kita sedari kekuasaan untuk
menggerakkan dunia itu, bergerak semata-mata untuk kepentingan kita , keyakinan kita
akan bertumbuh. Pada suatu hari, seorang perempuan muda dan cantik menghadapi
masaalah selalu diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali melalui panggilan telefon setiap
hari. Setiap hari, perempuan itu membuat penegasan, Dengan kuasa Allah, aku
menyerah kepadaNya. Allah akan melepaskan aku daripada masaalah ini. Aku bebas
daripada masaalah ini.Akhirnya, perempuan itu terselamat. Lelaki yang selalu

37

mengganggunya itu, hilang pergi entah ke mana. Apabila kita memutuskan sesuatu,
maka akan tercapai maksud kita dan akan ada jalan-jalannya.
f) Teknik bioskop mental.
Teknik ini lebih menitikberatkan kepada gambaran yang diciptakan dalam minda.
Pepatah Cina berkata Sebuah gambar berharga lebih dari seribu kata. Minda separa
sedar amat sensitif kepada gambaran yang dibina. Menggambarkan serta bertindak
seakan-akan diri kita sudah jadi, maka, akan terjadi. Teknik ini pernah digunakan oleh
seorang pemuda bernama Ahmad sewaktu dia cuba menjual barangan syarikat yang
dinaunginya. Pada waktu malam, sebelum tidur, dia telah melakukan meditasi (rujuk
teknik meditasi) di kerusi malasnya. Selepas itu, dia menggambarkan dalam mentalnya
dengan terang dan yakin, bahawa ramai orang yang mahu dan berminat untuk membeli
barangan yang dijualnya. Dia juga merasakan dan dapat menghadirkan bau wang yang
diterimanya daripada pelanggannya. Selepas itu, dia akan terus tidur dengan rasa puas
seolah-olah, dia sudah berjaya menjual barangannya. Keesokan harinya, amat
mengejutkan apabila, berlakunya perkra seperti yang digambarkannya. Kecerdasan Tak
Terbatas akan menjalankan tugasnya untuk merealisasikan apa sahaja yang anda
gambarkan. Ingat! Allah Maha berkuasa. Dia menjadikan kita dengan kelebihan yang
hebat iaitu keupayaan dan kebolehan berimaginasi.
Teknik ini juga berkesan untuk menggambarkan kesembuhan terhadap sesuatu
penyakit yang dijangkiti. Pernah terjadi satu perkara yang ajaib, seorang pemuda telah
dihinggapi penyakit barah otak. Dari pemeriksaan doktor, pemuda ini sudah tidak
mempunyai peluang lagi untuk sembuh. Apatah lagi, dia hanya berpeluang untuk hidup
cuma tiga bulan sahaja lagi. Namun begitu, pemuda ini tidak berputus asa. Tiap-tiap
malam, dia bermeditasi (rujuk teknik meditasi) dan menggambarkan sel-sel barahnya
kian hilang dan dia semakin sembuh dari hari ke hari. Minda manusia diberi kehebatan
untuk kesembuhan secara semula jadi. Pada suatu hari, sudah barang tentu, apabila
doctor memeriksa penyakitnya, dilihatnya sel-sel barah pemuda itu sudah tiada. Dengan
lain perkataan, pemuda itu sudah sembuh dari penyakitnya. Begitulah hebatnya kuasa
minda yang dianugerahi Allah.
g) Teknik menulis
Teknik menulis ini pernah digunakan oleh bekas Presiden USA James A. Garfield.
Sewaktu beliau berumur 10 tahun, beliau terlihat seorang lelaki yang berpakaian mewah
sedang menunggang kereta kuda. Beliau bertanya kepada ibunya, siapakah lelaki itu.
Ibunya memberitahu, lelaki itu adalah ahli kongres. Beliau terus berazam apabila dewasa
nanti, beliau hendak menjadi ahli kongres seperti lelaki yang dilihatnya. Keesokan
harinya, beliau terus menulis hajatnya Saya akan menjadi seorang ahli kongres Setiap
hari dilihatnya tulisan tersebut. Minda separa sedarnya menerima maklumat tentang
matlamat dan cita-citanya. Seterusnya, minda separa sedarnya menjalankan tugasnya
untuk merealisasikan cita-citanya. Beliau menggunakan kemahuannya yang bersunguhsungguh (will power) untuk menjadi ahli kongres.
Pada hari minggu, beliau akan bekerja memotong kayu bagi mengumpul duit untuk
membeli buku buku dan belajar bagaimana menjadi ahli kongres. Bila berumur 16
tahun, beliau bekerja sebagai budak penjaga kedai untuk membantu ibunya dan

38

menyambung pelajarannya menjadi ahli kongres. Ketika berumur 18 tahun, beliau


mendapat kontrak untuk menyapu lantai di Akademi Kolej William dan mendapat punca
pendapatan lain dengan mengajar di sekolah dan pada hari minggu mengambil upah
memotong kayu. Ketika berumur 20 tahun, beliau berjaya menerima ijazah undangundang dengan kepujian daripada Kolej William. Seterusnya, 6 tahun kemudian, beliau
menjadi senator di wilayahnya dan sewaktu berumur 33 tahun, dia menjadi ahli kongres.
Kejayaannya itu, berpunca daripada apa yang difikirkannya. Minda sedarnya
menghantarkan maklumat kepada minda separa sedar dengan cara melihat tulisan citacitanya. Menulis impian anda pada sekeping kertas akan membawa pemikiran separa
sedarnya ( subconscious mind ) bertugas bagi mencapai impian anda. Berikut ialah cara
yang teratur untuk teknik ini:
a) Tentukan matlamat anda. Jika anda hendak berjaya dalam bidang perniagaan,
tentukan matlamat secara jelas. Pastikan matlamat itu, logik dan mampu anda
capai. Misalnya, anda hendak mendapat keuntungan perniagaan RM 5000
sebulan. Jelaskan pada diri anda bahawa jumlah itu pasti tercapai.
b) Kejutkan 12 billion sel-sel otak dengan menulis matlamat anda. Ini akan
membangkitkan minda separa sedar anda (subconscious mind) bertugas dan
menjayakan matlamat anda. Minda separa sedar akan bertindak dengan
mencarikan anda peluang-peluang bagaimana mendapatkan keunungan RM5000
sebulan secara ghaib (luar jangkauan pemikiran biasa).
c) Setiap hari, lihatlah impian yang telah anda catatkan. Dengan melihat impian
yang telah anda catatkan, ianya melibatkan saraf optik yang 17 kali lebih besar
daripada saraf-saraf yang lain. Saraf itu juga melibatkan saraf-saraf yang lain
terus ke otak anda.
d) Buatkanlah penggambaran setiap hari selepas anda melihat impian yang telah
anda tuliskan. Penggambaran juga boleh dibuat pada waktu malam selepas anda
bermeditasi dan bertafakur.
e) Binalah cadangan spontan pada diri anda. Buatlah pernyataan positif pada diri
anda bahawa anda bleh mencapainya. Gambarkan seolah-olah anda sudahpun
mencapai impian yang anda bina. Ucapkanah kesyukuran yang tidak berbelah
bahagi pada Tuhan. Pastikan anda melakukan dengan penuh perasaan dan emosi.
Minda separa sedar hanya bertindak jika anda beremosi dan berperasaan.
f) Cubalah sentiasa berfikir tentang bagaimana cara mendapatkan RM5000 setiap
bulan. Minda separa sedar anda akan mencetuskan idea yang tidak anda duga dan
fikirkan sebelum ini. Apabila minda separa sedar anda telah mencetuskan apa-apa
idea, catatkan idea itu serta lakukanlah kerja berdasarkan idea itu.
Anda juga boleh menggunakan teknik-teknik ini untuk berbagai kegunaan dan kehendak
anda. Minda separa sedar anda sedia menerima apa sahaja arahan daripada minda sedar
anda tanpa membantah. Yakinlah bahawa, usaha anda boleh memperolehi hasil yang
baik.
5) Teknik latihan tenaga dalam.
Apa itu tenaga dalam?

39

Tenaga dalam merupakan aliran tenaga yang luarbiasa terdapat dalam tubuh
manusia. Semua manusia di muka bumi ini memiliki tenaga dalam. Hanya kita yang
belum sedar akan wujudnya tenaga dalam dalam diri kita ini. Tenaga dalam ini mengeram
dan tersembunyi dalam tubuh kita serta belum dibangkitkan lagi. Ia merupakan aliran
listrik yang terdapat dalam tubuh manusia. Tenaga dalam berbeza dengan tenaga luar.
Tenaga luar adalah tenaga biasa yang dihasilkan dari pembakaran karbohidrat. Tenaga
luar juga disebut sebagai tenaga fizik. Tenaga fizik hanya melibatkan kekuatan fizikal
semata-mata. Pada prinsipnya, setiap orang sejak lahir memiliki tenaga luar yang
ditumbuhkan oleh makanan dan minuman. Tenaga fizikal ini, tidak sama antara satu sama
lain. Ada yang lemah dan ada yang kuat. Faktor gizi pemakanan dan latihan sukan serta
bekerja banyak menggerak-gerakkan otot tubuh secara teratur setiap hari, maka, tenaga
fizikalnya akan meningkat. Sebaliknya, pemakanan yang tidak baik serta tidak
melakukan apa-apa laihan sukan serta bekerja tidak kuat, tubuh fizikalnya akan lemah.
Berbeza dengan tenaga dalam. Ia adalah kekuatan yang begitu abstrak dan muncul
dari alam minda separa sedar. Ia melibatkan tenaga pada alam metafizik Daya kekuatan
tenaga dalam lebih besar daripada tenaga fizikal. Tenaga dalam juga tidak terikat oleh
ruang dan waktu. Ianya dapat berfungsi secara jarak jauh. Namun begitu, tenaga dalam
bukanlah tenaga kebatinan. Ilmu kebatinan dapat diaktifkan dengan cara berpuasa, mutih
(berbuka nasi dan air putih), zikir, doa, jampi dan mentera. Ilmu tenaga kebatinan
ditingkatkan dengan kehadiran khodam (malaikat) secara ghaib. Sebab itulah kita dapat
lihat, mereka yang memiliki ilmu kebatinan, boleh kebal, meresap serta melakukan
perkara-perkara yang aneh-aneh. Berbeza dengan ilmu tenaga dalam. Tenaga ini
dibekalkan Allah kepada kita sejak kecil lagi. Sebagai manusia, kita merupakan makhluk
yang paling mulia di sisi Allah. Kita dijadikan khalifah muka bumi. Berbanding dengan
binatang, manusia memiliki otak dan akal, manakala, binatang hanya memiliki otak. Akal
itulah dipanggil sebagai minda yang terdiri daripada minda sedar dan minda separa
sedar. Minda separa sedar inilah yang kita dapat janakan satu kekuatan tenaga dalaman.
Bukti-bukti tenaga dalam berada pada minda separa sedar:
a) Anda pernah dikejar binatang garang? Jika selama ini, anda tidak pernah
melompat pagar, secara tiba-tiba apabila anjing garang mengejar anda, anda boleh
lompat melepasi pagar yang tinggi.
b) Anda tidak pandai memanjat pokok kelapa. Tapi, secara tiba-tiba, anda boleh
memanjatnya apabila seorang gadis cantik memujuk anda mendapatkannya air
kelapa muda.
c) Di USA, seorang ibu sewaktu dalam perjalanan bersiar-siar dengan anaknya,
secara tiba-tiba, kereta mereka terbabas. Anaknya tersepit bawah kereta. Si ibu
berjaya mengangkat kereta tersebut untuk menyelamatkan nyawa anaknya.
d) Di Jepun, seorang ibu yang berpakaian kimono dan berkasut kayu berjaya
menyelamatkan anaknya dengan larian 100 meternya sewaktu anaknya terjun dari
tingkap rumah flatnya. Bila sahaja uji kaji dibuat ke atas pelari 100 meter, mereka
gagal mengatasi kelajuan si ibu tersebut.
e) Stephen Nord yang berasal dari London, berjaya membengkokkan besi, garpu dan
sudu dengan kuasa telekinesis iaitu tenaga dalamannya sewaktu berumur 10
tahun. Kebolehannya dibuat kajian oleh Prof. John Hasted di Kolej Universiti
London. Pendek kata, tidak perlu saya uraikan lagi cerita-cerita tentang peristiwa

40

yang melibatkan tenaga dalam ini. Banyak perkara-perkara yang aneh-aneh dapat
dilakukan oleh tenaga dalam.
Tenaga dalam yang sememangnya tersimpan rapi di bawah sedar (minda separa
sedar) di dalam tubuh manusia, boleh tiba-tiba sahaja muncul apabila si pemiliknya
berada dalam keadaan cemas, bahaya, terdesak, ketakutan atau terpaksa. Namun begitu,
tenaga dalam ini dapat dilatih secara terancang dan teratur. Pernafasan menjadi dasar
utama dalam penghasilan tenaga dalam. Kita hanya perlu melakukan olah latihan
pernafasan untuk mengaktifkan tenaga listrik-listrik dalam tubuh badan. Sel-sel tubuh
manusia yang jumlahnya melebihi satu trillion mempunyai muatan listrik sebesar 90 mV
Untuk menghasilkan tegangan 220V diperlukan 2500 sel sahaja. Cubalah bayangkan
manusia memiliki lebih satu trillion sel. Tentu anda pernah dengar cerita seorang
pengamal tenaga dalam dapat menghidupkan mentol dengan hanya memegang mentol
tersebut. Tenaga dalam ini ada pada setiap orang. Cuma mereka sahaja yang belum sedar
dan tidak mengolahkan tenaga ini untuk dikeluarkan.
Tenaga dalam merupakan juga getaran gelombang elektromagnetik. Ianya dapat
dipancarkan atau ditembakkan. Pancarannya dapat dirasai sebagai suhu panas atau
dingin. Tenaga ini juga dapat digumpaklan seperti awan atau direntangkan mengelilingi
sesuatu benda hidup atau mati. Gelombang tenaga dalam dapat dipancarkan secara jarak
jauh. Gelombang getaran pancarannya dapat dipanjangkan atau dipendekkan. Frekuensi
gelombangnnya dapat diubah-ubah, bergantung kepada niat. Bagaimanakah caranya
menigkatkan tenaga dalam? Tidak lain dan tidak bukan melalui latihan , meditasi dan doa
yang kusyuk (penuh konsentrasi). Tenaga ini melibatkan minda separa sedar (sub
conscious mind) dan minda kesedaran tinggi (super conscious mind). Hampir semua
perguruan tenaga dalam memberikan pelajaran melibatkan pernafasan. Penafasan beerti
memasukkan udara/oksigen danmenghembus zat karbon dioksida /asam arang. Di dalam
latihan tenaga dalam, pernafasan tidak hanya digunakan untuk menghimpun bio energi
semata-mata melainkan digunakan juga unuk melontar, menarik, mengumpal, membina
pagar dan penyembuhan. Dengan latihan pernafasan, meditasi dan zikir, bersama-sama
dengan gerak tubuh, visualisasi (penggambaran) dan konsentrasi (kusyuk), maka akan
terbukalah saluran saluran tenaga dalam yang dapat digunakan untuk mengeluarkan
tenaga listrik/ dalam yang didorngi oleh keyakinan dan kepercayaan.
Syarat-syarat latihan tenaga dalam.
a) Sebelum anda melakukan latihan, mulakanlah dengan menghening cipta untuk
berdoa kepada Allah. Jika yang bukan beragama Islam, anda bolehlah menghening
cipta mengikut agama masing-masing. Mohonlah karuniaNya. Mohonlah kekuatan
dariNya. Lakukanlah dengan penjiwaan yang mendalam. Pejamkan mata, kerana
ianya dapat memberikan anda berada dalam gelombang alpha () dan anda dapat
merasai akan kebesaranNya.
b) Lakukanlah latihan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan waktu malam. Latihan
pagi hari yang terbaik ialah sewaktu sebelum terbitnya matahari. Malam hari pula
sewaktu lewat malam. Saat yang demikianlah yang akan memberikan hasilan yang
bermutu dan berkualiti.

41

c) Lakukanlah latihan pada bilik yang bersuhu kering dan memiliki peredaran udara
yang baik. Hindari daripada gangguan luar.
d) Jangan melakukan latihan dalam keadaan perut yang terlalu kenyang. Sekurangkurangnya, anda perlu beri masa 2 jam selepas makan. Jika anda melakukan latihan
sewaktu terlalu kenyang, dikhuatiri akan meyebabkan kemudaratan pada tubuh
badan anda.
e) Tambahkan jadual latihan anda secara bertahap. Lakukanlah latihan dalam keadaan
tenang dan seronok. Sapukan peluh anda hanya dengan tangan dan jangan disapu
dengan kain.
f) Jangan segera mandi selepas latihan. Pastikan, sejam selepas latihan, anda bolehlah
mandi. Mandi dengan air suam daripada air yang dingin.
g) Pada waktu melakukan latihan, dilarang kentut, menggerakkan anggota badan,
menggerakkan mulut, menghirup dan menghembus nafas sebelum waktunya. Jika hal
ini diabaikan, pernafasan anda akan bocor dan latihan anda hanya sia-sia.
h) Latihan perlu dimulakan dengan pernafasan agar mental dan fizikal anda dapat
menerima tekanan/beban kerja secara mendadak.
i) Jangan riak dan takbur, bersihkanlah hati anda daripada kekotoran jiwa.
j) Latihlah diri bersabar dan kurangkan amarah yang berlebihan. Kurangi juga rasa
sedih, susah, cemas dan ketakutan. Setiap cabaran yang anda tempoh, pastikan dalam
keadaan yang tenang dan bertawakal kepada Allah. Jiwa anda tidak harus lemah.
Apatah lagi dengan latihan tenaga dalam yang memerlukan kepercayaan yang tinggi
dan keyakinan yang hebat.
Faktor-faktor utama yang mempengaruhi terbentuknya tenaga dalam:
a) Sugesti
Sugesti bermaksud daya saranan atau dorongan yang dapat menggerakkan hati
seseorang. Melalui dorogan diri anda, akan lahirlah keyakinan yang tinggi. Ini
sangat penting untuk kejayaan dalam apa jua perkara yang anda cuba lakukan.
Jauhkan perasaan was-was dan tidak yakin pada kemampuan diri anda. Ini boleh
menyebabkan anda sukar hendak menguasai tenaga dalam dengan sempurna.
Sarankan diri anda setiap kali dengan yakin bahawa anda mampu memiliki tenaga
dalam yang hebat.
b) Konsentrasi.
Setiap pekerjaan yang melibatkan otak dan minda memerlukan daya konsentrasi
yang tinggi. Dengan berkonsentrasi, akan menimbulkan tenaga yang hebat dengan
lebih cepat dan berkualiti. Dengan berkonsentrasi, anda akan merasai arus listrik
menglir dalam tubuh. Arahkan pemusatan pemikiran pada satu titik tujuan.
Hilangkan fikiran fikiran luar yang mengganggu. Fikiran yang bersimpang siur,
sangat sukar untuk anda melakukan latihan tenaga dalam. Degan menghindari diri
daripada gangguan orang lain, akan dapat menigkatkan tahap konsentrasi yang
tinggi. Setiap pekerjaan yang anda lakukan, memerlukan konsentrasi.
c) Semadi.
Semadi ialah diam dengan posisi duduk tegak (bersila) degan pernafasan halus dan
teratur serta pemusatan pemikiran ke satu arah tujuan (konsentrasi). Diri anda akan

42

wujud kewaspadaan, pada alam sekeliling. Boleh mempelajari dan memecahkan


sesuatu masaalah walaupun masaalah itu amat besar. Semadi sangat penting juga
untuk memulihkan tenaga selepas melakukan latihan serta pengubatan yang
menggunakan tenaga dalam. Tubuh anda dapat menghimpun energi sebanyak yang
mungkin. Pada satu peringkat, anda akan mati rasa. Anda sudah tidak merasai
kewujudan tubuh kasar. Itulah semadi peringkat yang tinggi. Pada yang belum biasa
lagi latihan ini, pasti akan terasa kaku, lenguh dan tidak enak.
Bersabarlah dalam melakukan latihan. Lama kelamaan, anda akan merasai satu
ketenangan yang tidak dapat anda ucapkan dengan kata-kata. Semadi merupakan
kaedah untuk mencapai tahapan gelombang alpha dan berhubungan dengan minda
separa sedar.
d) Pernafasan
Manusia sememangnya tidak dapat hidup tanpa bernafas. Namun begitu, manusia
hanya bernafas secara biasa, sedangkan, dalam membangkitkan tenaga dalam
memerlukan pernafasan khusus. Pernafasan khusus ialah penyedutan nafas dengan
menarik prana yang tersebar bersama udara bebas disekeliling kita. Prana inilah
yang akan menghasilkan tenaga listrik di dalam tubuh dan membangkitkan kekuatan
minda separa sedar. Energi listrik ini tidak sama dengan udara biasa. Energi listrik
ini dapat menyalakan mentol. Prana dapat dihimpun dengan banyak dalam tubuh
melalui kekuatan konsentrasi, sugesti dan pernafasan khusus.
e) Jurus
Setiap perguruan tenaga dalam mempraktikkan jurus-jurus untuk membangkitkan
tenaga dalam (listrik). Terdapat berbagai jurus yang dapat kita saksikan dan ianya
bergantung kepada perguruan yang diceburi. Saya sekadar memberikan anda jurus
senaman yang lebih senang dan praktikal. Jurus yang saya berikan ini adalah jurus
senaman asas tapi, hasilnya berkualiti. Tanpa jurus, tenaga dalam yang dimiliki akan
menyusut dan lama-kelamaan akan hilang. Tidak salah jika anda gabungkan jurus ini
dengan latihan jurus tenaga dalam lain. Asalkan tujuan nya sama iaitu meningkatkan
dan membangkitkan tenaga dalam.
f) Kemahuan.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Anda perlu ada kemahuan yang keras
untuk amalan tenaga dalam. Kemahuan yang tinggi dan keras juga boleh
meningkatkan getaran listrik. Apabila anda mengamalkan latihan tenaga dalam
bersama dengan kemahuan yang keras, sudah barang tentu, penghayatan anda juga
akan meningkat. Ingatlah kepada tujuan anda berlatih selalu. Segala tindakan dan
perkara yang kita lakukan asal mulanya bertunjangkan kepada kemahuan yang
keras dan tinggi. Segala perbuatan yang tidak disertai dengan kemahuan beerti satu
tekanan. Sudah pasti, latihan yang dilakukan tidak berkualiti. Selepas, latihan, anda
akan merasai hasilan daripada kemahuan yang keras iaitu berupa getaran listrik
seperti arus eletrik dalam tubuh anda.
g) Keyakinan.

43

Setiap perlatihan amat perlu kepada daya kenyakinan yang tinggi. Walaupun
pembangkitan tenaga dalam ini tidak dapat dibuktikan melalui penglihatan,
hendaklah diyakini bahawa dunia ini dilingkungi oleh banyak perkara yang ghaib.
Buatkanlah pernyataan diri (affirmation) setiap hari. Pernyataan diri yang anda
ucapkan hendaklah mengikut pernyataan anda sendiri. Contohnya, Dengan kuasa
Allah, Tenaga dalam yang bersemanyam dalam tubuhku ini terus bangkit! Bangkit!
Bangkit! Apabila anda yakin terhadap latihan yang anda buat, sudah pasti tenaga
dalam dapat dibangkitkan dengan sempurna.
h) Doa.
Dalam pembangkitan tenaga dalam, doa merupakan elemen yang paling penting.
Kita sedar, bahawa semua kekuatan dalam itu adalah dari Allah. Selalulah berdoa
sama ada dalam solat atau luar solat agar diberikan tenaga dalam. Hampir semua
perguruan tenaga dalam apa saja apabila hendak memulai latihan, dimulai dengan
berdoa. Ada perguruan tenaga dalam menggunakan doa yang khusus untuk
menbangkitkan tenaga dalam.
Latihan pemanasan.
Hampir semua jenis tenaga dalam dan seni memepertahankan diri, mengamalkan latihan
pemanasan sebelum memulakan latihan jurus. Pemanasan ini melibatkan pemanasan
ringan dan berat. Pemanasan akan dapat memberikan kekuatan kepada otot-otot untuk
melakukan latihan jurus. Berikut latihan pemanasan:
a) Berlari anak serta lari setempat selama 5 minit.

b)
Berdiri dengan tegak, angkat tangan tinggi, sedut nafas dalam-dalam dengan
kiraan 8 saat. Bayangkan anda telah menyedut tenaga prana dari alam semesta.
Kumpulkan nafas itu pada cakra solar pleksus (atas 2 cm daripada pusat) dengan kiraan 4
saat dan turunkan tangan hingga hujung jari kaki sambil menghembus nafas melalui
hidung dengan kiraan 8 saat. Ulangi latihan ini 15 kali.

44

c) Seterusnya, senaman berikutnya, berdiri dengan tegak, sedut nafas melalui hidung
dengan kiraan 8 saat, bayangkan anda menyedut tenaga prana yang ada
disekeliling anda. Tahan nafas anda di solar pleksus (antara pusat) selama 4 saat.
Sewaktu menahan nafas, bayangkan tenaga prana bergerak ke seluruh tubuh dan
menghasilkan aliran listrik. Duduk sambil berlutut disusuli dengan mengeluarkan
nafas melalui hidung 8 saat. Bayangkan anda membuang tenaga kotor, negatif dan
kelemahan. Lakukanlah latihan ini sekurang-kurangnya 15 kali.

45

Berdiri dan
duduk

d) Dengan posisi duduk disamping kaki lurus dan rapat, angkat kedua tangan dengan
lurus sambil menyedut nafas melalui hidung 8 saat. Bayangkan anda menyedut
tenaga prana yang terdapat di alam semesta. Tahan nafas di solar pleksus 4 saat.
Bayangkan terbangkitlah tenaga listrik ke seluruh tubuh. Keluarkan nafas sambil
membongkokkan tubuh hingga mencium lutut dan kedua-dua tangan menyentuh
jari kaki 8 saat. Bayangkan anda membuang tenaga negatif dan penyakit-penyakit
dalam tubuh.

Duduk

Bongkok

46

e) Berikut ialah latihan pemansan dan pernafasan dengan cara tidur terlentang.
Sewaktu tidur, kosongkan fikiran sambil menyedut nafas 8 saat, kemudian, tahan
nafas 8 saat sambil membayangkan tenaga terkumpul di solar pleksus dan tenaga
itu bergerak ke seluruh tubuh anda. Bangun sambil membongkokkan tubuh,
tumpukan pada kekuatan otot perut sambil membuang nafas 8 saat. Lakukanlah
kaedah latihan ini beberapa kali yang anda mampu.

Terlentang

Bangun tubi

f) Kaedah senaman tenaga dalam yang berikutnya, anda meniarap sambil tangan
memaut leher. Sedut nafas 8 saat bayangkan tenaga alam telah masuk ke tubuh
anda dan seterusnya, tahan nafas 8 saat. Bayangkan dan rasailah tenaga terkumpul
di solar pleksus dan bergerak ke seluruh tubuh anda. Angkatlah dada anda sambil
membuang nafas 8 saat. Bayangkan anda telah membuang segala tenaga dan
penyakit negatif. Lakukanlah latihan ini selama mana yang anda mampu. Sudah
pasti, anda akan berpeluh dengan banyaknya kerana senaman ini melibatkan
pernafasan tenaga dalam Namun begitu, tubuh anda sudah memiliki tenaga yang
hebat.

47

Angkat kepala

g) Kaedah latihan yang selanjutnya ialah latihan sambil tidur terlentang, kaki lurus
dengan tangan di sisi tubuh, sedut nafas 8 saat , menahan nafas 4 saat dan
menghembus nafas 8 saat. Sewaktu menyedut nafas, tariklah kedua-dua belah
kaki lurus. Tahan nafas 4 saat dan kumpulakan udara pada solar pleksus dan
turunkan kaki dalam kiraan 8 saat sambil menghembus nafas. Lakukanlah latihan
I berulang ulang kali. Setakat yang anda mampu.

Angkat kaki

h) Senaman berikutnya adalah senaman tendangan lurus. Sewaktu anda mengangkat


kaki, tarik nafas sambil menghimpun nafas anda di bawah pusat iaitu di solar pleksus,
kencangkannya dan sewaktu menendang, hembuskan nafas melalui hidung.
Lakukakan latihan ini berkali-kali hingga anda berpeluh dengan banyaknya.

48

h) Setelah anda melakukan latihan senaman tenaga dalam, untuk memberikan tenaga
ekstra serta pengaliran tenaga lebih baik, lakukan meditasi sambil tidur terlentang.
Bernafaslah 8 detik menarik nafas, 4 detik menahan nafas dan 8 detik lagi
membuang nafas. Bernafas melalui hidung. Sewaktu menarik nafas, bayangkan
anda menarik semua tenaga alam. Sewaktu menahan nafas, tahanlah di solar
pleksus sambil membayangkan tenaga menjalar di segenap tubuh anda. Sewaktu
membuang nafas, bayangkan anda membuang tenaga negatif.Lakukanlah latihan
ini selama 15 minit.

6 jurus asas.
Saya hanya memberikan anda contoh enam jurus asas pembentukkan dan
penghimpunan tenaga dalam. Mulakan dengan jurus satu, jurus ini adalah jurus
benteng atau pagar diri. Ini jurus mencegah serangan musuh dan sihir musuh. Berdiri
dengan kaki terbuka. Kaki kiri ke depan dan kaki kanan ke belakang. Ayunkan tangan
sambil menarik nafas dan himpun di solar pleksus. Tahan nafas, kaki kanan pula ke
depan dan kaki kiri ke belakang sambil hembus nafas melalui hidung juga.
Lakukanlah latihan ini berulang-ulang kali.

49

Jurus 2 berikutnya, untuk menarik lawan yang cuba lari. Ia juga boleh digunakan
untuk menarik benda-benda ghaib dari jarak jauh. Anda hanya perlu lakukan jurus ini
dan berkonsentrasi. Bersedia degan gerakan kuda-kuda. Kaki kiri ke depan dan kaki
kanan ke belakang. Tapak tangan kanan menghadap ke atas, bengkokkan tangan kiri.
Tangan kiri dibengkokkan dan tarik tangan kanan ke tangan kiri. Kaki kanan ke
depan sambil sedut nafas melalui hidung sambil menarik tagan ke lambung kiri.
Tahan nafas seberapa lama. Ulangi proses ini Cuma tukar posisi. Lakukanlah latihan
ini berulang-ulang kali. Ingat, gerakan ini hanya menyedut nafas.

50

Jurus 3
Jurus ke tiga pula ialah jurus penyerangan. Jurus ini adalah jurus memepertahankan
diri disamping membalas serangan musuh. Berdiri tegak, sambil meghisap udara
dengan 8 hitungan melalui hidung. Tahan nafas 4 hitungan pada solar pleksus dan
lakukan gerakan degan menggeserkan kaki kanan mendekati kaki kiri terus ke depan
sambil kedua-dua tangan memukul ke depan. Sewaktu memukul ke depan, hembus
nafas melalui hidung. Kemudian, tarik semula nafas dengan 8 hitungan, tahan di solar
pleksus 4 hitungan dan geserkan pula kaki kiri ke kaki kanan terus ke depan sambil
buang nafas melalui hidung 8 hitungan. Lakukanlah latihan ini berulang-ulang kali
sehingga 8 kali (set). Perhatian: Pernafasan anda boleh ditingkatkan dari 8, 4, 8
kepada 12, 6, 12 atau 14, 7, 14 hinggalah kepada 20 hitungan tarik nafas, 10 hitungan
tahan di solar pleksus dan 20 hitungan buang nafas.

51

Jurus 4.
Jurus empat ini pula, merupakan jurus pertahanan daripada serangan lawan sama ada
fizik dan non fizik. Berdiri tegak, mata memandang lurus ke depan dengan tajam.
Kedua tangan berada di sisi tubuh dan kedua kaki agak terbuka. Tarik nafas 8
hitungan dan tahan di bawah pusar 4 hitungan. Lakukan gerakan dengan tarik kaki
kiri ke belakang dengan tangan kanan ke atas dalam bentuk tangkisan sambil buang
nafas 8 hitungan. Tarik semula nafas 8 hitungan dan tahan 4 hitungan sambil tarik

52

kaki kanan ke belakang, tangan kanan diturunkan dan tangan kiri pula buat tangkisan
sambil membuang nafas 8 hitungan. Lakukan latihan ini sehingga 8 kali.

Jurus 5.
Berdiri dengan tegak, kedua belah tangan berada di sisi tubuh, kaki agak terbuka,
pandangan mata terus ke depan. Tarik nafas 8 detik sambil menggeserkan kaki kanan ke
depan sambil menahan nafas di bawah pusar 4 detik buatlah pukulan sabit melalui tangan
kanan sambil menghembus nafas 8 detik. Geserkan pula kaki kiri sambil menarik nafas 8
detik dan tahan 4 detik serta sabitkan tangan kiri sambil membuang nafas 8 detik.
Lakukan proses ini sama ada 8, 12 atau 15 kali.
53

54

Jurus ke 6.
Berdiri dengan tegak sambil mata memandang tajam ke depan. Tarik nafas 8 detik sambil
bergerak dengan cara membuka tangan. Langkahkan kaki kanan tahan nafas 4 detik dan
memukul cara telapak tangan sambil membuang nafas melalui mulut. Lakukan proses ini
dengan menukar posisi tangan dan kaki kiri pula. Seterusnya bertukar tukar posisi antara
kaki kanan dan kiri. Lakukanlah latihan ini 8, 12 arau 15 kali.

55

Cukuplah saya sekadar memberikan anda hanya 6 jurus asas tenaga dalam. Banyak
perguruan menampilkan berbagai jurus dan pada pendapat saya, semuanya sama hebat
belaka. Jika anda hendak tahu lebih lanjut jurus-jurus tenaga dalam, bolehlah anda
bertemu sendiri dengan saya atau mana-mana perguruan contohnya Cakra Alam atau
Panca Nusantara dan lain-lain lagi.
6) Rahsia melihat aura.
Apakah itu aura?
Jika pada bumi terdapatnya lapisan ozon untuk melindungi bumi daripada sinaran ultra
ungu secara berlebihan, maka pada tubuh manusia pula terdapatnya satu medan aliran
elektrik dan merupakan medan tenaga. Aura memberikan kesan bergantung kepada
kesihatan, emosi, aktiviti mental dan perwatakan kita. Setiap hidupan seperti fizikal,
atom, electron, elemen malahan pemikiran dan kesedaran kita semuanya ada getaran
vibration Getaran aura ada pada setiap benda hidup mahupun bukan hidup. Aura
manusia, binatang dan pokok akan berubah mengikut keadaan. Manakala aura benda mati
seperti air, batu dan kristal adalah tetap. Menurut ajaran kuno, ada beberapa jenis aura:
1) Tubuh fizikal.
Tubuh fizikal merupakan aura utama. Ianya dihasilkan melalui 7 cakra utama yang ada
dalam tubuh manusia.
2) Tubuh eteris atau bioplasmik digunakan untuk memberikan tenaga kepada
tubuh fizikal.
Aura tubuh eteris juga dinamakan sebagai sarung tenaga hidup. Sewaktu anda sedang
tidur, aura ini semakin bersinar. Selepas tidur, tenaga ini akan tersimpan untuk kegunaan
kehidupan harian.
3) Tubuh emosi atau tubuh astral dan auranya disebut, aura emosi dan aura
astral.
4) Tubuh mental pula ialah kenderaan bagi fikiran dan auranya dipanggil aura
mental.
Aura pada tubuh badan manusia berperanan menerangkan tentang kekuatan gelombang
eletrik yang dipancarkan oleh pusat tenaga tubuh yang dipanggil cakra. Lingkaran cahaya
iaitu pada aura mengandungi medan tenaga magnet, bio energi dan lain-lain lagi. Warna
merupakan satu ukuran tenaga bagi sesuatu gelombang. Jika organ-organ tertentu
bemasaalah, kaedah memancarkan tenaga kepada organ dapat dilakukan. Aura ada
pelbagai warna.dan ianya bergantung kepada fizikal, emosi dan kerohanian. Semua
hidupan adalah diperbuat daripada tenaga yang terkandung yang membentuk badan
fizikal. Semua benda adalah bentuk tenaga dan auranya yang tersendiri. Dari wang
kepada perasaan, adakah semua itu bukan tenaga ? Tiada keajaiban langsung dalam soal
melihat aura. Semua orang boleh melihatnya. Ramai bijak pandai pada zaman dahulu
berkata, kamu ada mata, tapi kamu tidak dapat melihat. Kata-kata itu jika dikaji dengan
mendalam, ianya berkisarkan kepada kebolehan melihat aura.
Apakah kelebihan melihat aura?
Inilah soalan yang banyak bermain dibenak pemikiran anda iaitu apakah kegunaannya
jika dapat melihat aura. Dengan dapat melihat aura, anda akan dapat membaca sikap dan

56

cara pemikiran seseorang sebelum dia mengeluarkan dalam bentuk perkataan dan
perbuatan. Mereka juga tidak boleh menipu anda kerana anda dapat melighat aura
ketidakjujuran mereka. Sesiapapun tidak boleh memalsukan aura mereka sendiri. Aura
terbentuk daripada spiritual diri mereka sendiri. Jika anda terlihat akan aura yang terang
dan berseri-seri, sahlah beliau seorang yang jujur dan baik. Berhati-hatilah dengan aura
yang amat gelap, ini menandakan seseorang itu tidak tenang jiwanya. Dapat melihat aura
juga akan dapat mengenalpasti masaalah kesihatan tubuh dan spiritual diri anda dan
orang lain.
Kaedah melihat aura cara 1.
Untuk melihat Aura sebenarnya tidaklah begitu sukar. Berikut ini bagaimana caranya
anda mampu melihat cahaya itu Mintalah rakan anda berdiri dengan jarak lebih kurang
50 cm di hadapan satu dinding atau latarbelakang yang berwarna putih. Untuk melihat
Aura sebenarnya tidaklah begitu sukar. Berikut ini bagaimana caranya anda mampu
melihat cahaya itu Mintalah rakan anda berdiri dengan jarak lebih kurang 50 cm di
hadapan satu dinding atau latarbelakang yang berwarna putih. Mintalah rakan anda
bertenang dan bernafas dalam dalam. Supaya dapat melihat aura dengan baik ,
sekurang-kurang nya anda harus mengambil jarak kira-kira tiga metar dan cahaya tidak
boleh terlalu terang atau ter fokus langsung ke rakan anda.Cahaya alam merupakan
cahaya yang paling baik.Cara terbaik melihat aura melihat di sekitar kawasan kepala dan
bahu. anda akan melihat selubung putih kabur atau perak abu-abu mengelilingi tubuh itu .
Kelihatanya hampir- hampir seperti ada lampu yang menerangi di sebalik rakan anda,
yang diarah kan keatas. Kemudian mungkin sekali cahaya itu akan hilang. Ini merupakan
fenomena biasa yang akan berlaku apabila seseorang yang kali pertama melihat selubung
ini tadi akan muncul kembali. Anda harus berlatih mata anda untuk tidak kembali ke
fokus biasa. Inilah bahagian yang paling sulit untuk di pelajari.
Kaedah melihat aura cara 2.
Dengan mata kita dapat melihat akan tenaga getaran frikuensi magnetic. Getaran tenaga
aura itu antara 0.3 kepada 0.7 mikrometer. Walaubagaimanapun, ianya hanya dengan
menggunakan sejenis alat bernama spektophotometer. Namun begitu, kita boleh melihat
aura dengan mata kasar. Untuk kaedah ini, anda memerlukan tiga perkara yang penting
iaitu:
a) Tingkatkan sensitiviti mata anda.
b) Menambahkan visual perasaan yang diproses dalam otak. Ini melibatkan
penggunaan otak kanan dan otan kiri.
c) Latihan meningkatkan ukuran kebolehan melihat.

Latihan konsentrasi aura 1.

57

Latihan ini ialah bertujuan untuk menggiatkan dan mengaktifkan kedua-dua hemisfera
otak iaitu otak kiri dan otak kanan. Letakkan seperti gambarrajah di bawah ini 1 meter
berdekatan dengan anda. Perhatikan garisan berwarna putih daripada kedua-dua bulatan
itu. Dengan latihan ini, kedua belahan otak iaitu otak kiri dan otak kanan akan teraktif.

Lakukan latihan ini selama 30 minit.


Latihan melihat aura. Suruh rakan anda berdiri pada dinding yang berwarna putih dan
bersih. Lihatlah pada sebelah tengah kepalanya. Inilah terletaknya cakra alis atau dikenali
dengan nama, mata yang ketiga. Lihatlah selama lebih kurang, 30 minit. Selepas itu, anda
akan dapati, ada aura yang terbentuk berdekatan dengan kepala rakan anda. Aura itu
semakin jelas dari semasa ke semasa. Pejamkan mata anda. Anda akan hanya dapat
melihat dalam visual anda warna aura. Anda hanya ada masa 3 saat gambaran sensitif
yang dihantar ke sel otak anda. Kemudian, gambaran itu akan hilang.
Kaedah melihat aura cara 2.
a) Untuk melihat aura,anda perlulah relaks , berkonsentrasi dan fokuskan mata anda
pada satu arah yang khas. Anda perlulah berada di kawasan yang sederhana terang
dan bukannya di kawasan yang terlalu terang dan kurang terang. Letakkan buku
yang berwarna biru atau merah di atas meja dan pastikan ianya tidak berapa jauh
daripada anda. Aura untuk buku yang berwarna biru dan merah amat senang
untuk dilihat. Biru ada aura kuning dan merah ada aura hijau.
b) Pejamkan mata anda, bernafas dalam-dalam dan relaks. Bila fikiran anda tenang
dan jernih, lihatlah buku tersebut. Pastikan jangan tegangkan pemikiran anda.
Hanya fokuskan secara tenang. Lama kelamaan, anda akan dapat melihat aura
kuning dan hijau terbentuk daripada buku tersebut. Jangan ubah focus anda nanti,
aura itu akan hilang.
c) Tukarkan pula latihan anda dengan buku yang berwarna lain pula. Anda juga
boleh menggunakan kertas yang berwarna. Tuliskan apakah warna aura yang
bakal terhasil.
d) Gunakanlah pasu bunga dan bunga-bungaan dan lihatlah hasilan aura yang akan
dihasilkan oleh pasu dan bungaan tersebut. Anda akan melihat aura mengelilingi
bunga tersebut. Inilah tenaga hidup yang dapat kita semua lihat.
e) Untuk langkah yang berikutnya, gunakanlah binatang hidup seperti burung,
kucing, arnab dan lain-lain lagi.
f) Gunakanlah cara ini untuk melihat aura orang lain dan aura diri sendiri. Mulamula anda akan melihat aura eterik seperti asap pudar pada atas kulit tubuh rakan
anda. Lama kelamaan, anda akan lihat pula cahaya samar dan akhirnya sedikit
demi sedikit warna aura terbentuk.
g) Kecepatan melihat aura amat bergantung kepada perasaan rakan anda. Apakah
yang dia rasakan? Jika gembira, aura akan lebih mudah terbentuk berbanding
dengan rasa sedih dan marah. Bila rakan anda berdiri di luar rumah, pastikan anda
jadikan awan sebagai latar belakang untuk melihat aura mereka.

58

Aura berbeza-beza warna apabila emosi anda berbeza-beza. Begitu juga dengan
kerohanian dan kebersihan hati, sudah barang tentu, auranya berlainan.
Kaedah melihat aura cara 3.
Dapatkan sebuah buku yang berwarna biru dan dilindungi dengan kertas yang berwarna
kuning muda. Pastikan dinding berwarna putih. Letakkan di atas meja berjarak 2 meter
daripada anda. Tumpukan kepada kertas kuning muda dan bukannya buku yang berwarna
biru. Buku itu hanyalah perkakasan sahaja. Dari situ, anda akan dapat perhatikan aura
yang terbentuk daripada kertas kuning tersebut.

Kaedah melihat aura cara 4


Cara ini sama seperti cara yang ke 4, Cuma, anda hanya perlukan gunakan berbagai jenis
buku dan berbagai warna. Lihatlah aura yang terhasil daripada setiap buah buku itu.
Catatkan setiap maklumat yang anda dapat. Campurkan buku-buku tersebut dan lihatlah
aura yang dihasilkan apabila buku itu bercampur gaul.
Kaedah melihat aura cara 5
Tukarkan pula kali ini dengan pokok dalam pasu dan bunga-bungaan. Kaji dan pelajari
akan aura yang terbentuk daripada pokok dan bunga tersebut. Perhatikan dengan teliti,
anda akan dapat melihat aura pokok dan bunga itu sangat terang. Tukarkanlah jenis
pokok dan bunga dan perhatikanlah dengan teliti akan aura yang terhasil. Catatkan setiap
aura yang terbentuk.
Kaedah melihat aura cara 6.
Kaedah ini, anda tidak perlukan dinding putih lagi. Anda boleh berjalan ke sebatang
pokok dan periksalah aura yang terbentuk. Pastikan matahari tidak terlalu terang
hinggakan menghalang penglihatan anda. Buatlah latihan ini pada waktu pagi dan petang.
Anda akan dapat melihat warna samar pada sekeliling pokok tersebut. Saiz aura pokok
dapat anda lihat dalam saiz yang besar. Itupun jika saiz pokok juga besar. Pada sebelah
atas pokok, anda akan terlihat seperti pancuran air. Semua aura pokok adalah sama pada
sebelah atasnya.
Kaedah melihat aura cara 7.
Kali ini, gantikan pokok dengan binatang peliharaan anda contohnya kucing. Perhatikan
dengan teliti akan aura yang telah terpancar daripada binatang tersebut. Sudah barang
tentu, aura binatang tidak sekuat aura pokok dan aura manusia. Tuliskan setiap hasilan
anda.
Kaedah melihat aura cara 8.

59

Kaedah ini menggunakan manusia untuk melatih mata anda melihat aura. Subjek anda
boleh pakai apa sahaja warna baju kecuali warna biru. Pastikan meraka tidak tutup
kepala. Degan menggunakan kaedah seperti kaedah anda merenung buku, renunglah
bahagian bahu atas mereka. Lihat dengan teliti akan warna aura yang terbentuk. Latihan
ini dapat melatihkan mata dan alis kening anda bekerjasama antara satu sama lain. Jangan
lihat hanya pada bahagian leher. Lihatlah ukur lilit seluruh tubuh mereka. Apabila anda
dapat melihat sedikir aura, berbualah dengan mereka dan lihat adakah aura itu akan
berubah warna. Tuliskan setiap keputusan yang akan anda dapati.
Seterusnya, kali ini, latih melihat manusia tanpa memakai baju. Lakukanlah latihan
sesama muhrim. Jangan buat maksiat dalam melakukan latihan. Pertama sekali, anda
akan lihat cahaya samar yang nipis berdekatan dengan kulitnya. Teruskan focus dan aura
akan terbentuk dan terluhatlah aura eterik. Muncullah warna aura yang sempit dan kecil.
Lama kelamaan, aura itu semakin membesar. Itupun bergantung kepada kesabaran anda.
Emosi yang yang baik, akan membesarkan lagi aura seseorang. Oleh itu, sewaktu anda
melakukan latihan, suruhlah subjek anda mendengar muzik.
Aura dan makna warna.
Warna yang utama aura ada tujuh jenis iaitu warna indigo (biru tua atau biru nila), biru,
hijau, kuning, oren dan merah. Indigo bermaksud, seseorang itu memiliki daya spiritual
yang tinggi dan baik. Mereka terdiri daripada orang yang baik budi pekerti dan hati yang
ikhlas. Warna biru bermaksud, seseorang itu memiliki daya mental yang tinggi, bijaksana
dan berfikiran logic. Ia juga memberikan makna memiliki daya intuisi (gerak hati) yang
tinggi dan bila melakukan sesuatu akan dianalisis terlebih dahulu. Warna hijau
bermaksud, keseimbangan diri dan harmoni, berkebolehan dan berkemahiran serta boleh
menyesuaikan diri. Jika warna hijau gelap bermaksud, cemburu, kecurangan dan
penipu.Warna kuning pula bermakna cinta ,kasih saying, belas kasihan dan simpati. Jika
warna kuning gelap bermakna kecurigaan dan syak wasangka. Manakala warna oren
bermaksud, tenaga dan kesihatan. Warna oren gelap bermaksud, pemikiran dan kebolehan
fikir yang rendah. Warna merah pula bermaksud, fizikal yang cergas dan cita-cita hidup
yang tinggi serta daya seksual yang tinggi. Merah gelap bermaksud, kekejaman, terburu
nafsu, nafsu buas dan cenderung melakukan zina. Berikut warna yang lain seperti warna
scarlet (merah menyala-nyala) bermaksud kemahuan yang kuat, kurang cinta atau kurang
marah dan kebendaan. Warna pink ros bermaksud cinta dan kasih. Warna coklat muda
(brown) bermaksud, ketamakan dan pentingkan diri sendiri. Manakala warna emas pula
bermaksud, diri yang hebat dan tinggi, kualiti yang baik dan harmoni dan warna putih
perak bermaksud kecekapan pelbagai perkara, tenaga yang tinggi dan mantap pemikiran.
Warna hitam muda bermaksud, kemuraman, tenaga rendah dan ketakutan dan warna
hitam adalah kecelakaan, keinginan menganaiyai orang lain dan kejahatan.
6) Psikoterapi dengan tenaga prana.
Selain daripada kelebihan kuasa minda separa sedar membangkitkan melihat aura,
minda juga boleh berfungsi untuk psikoterapi tenaga prana. Apakah itu tenaga prana?
Tenaga prana ialah energi vital atau daya hidup yang memelihara kehidupan Prana

60

(bahasa Sanskrit) bermaksud tenaga chi (bahasa Cina) atau ki (bahasa Jepun) atau
Pneuma (bahasa Yunani) atau mana (bahasa Polynesia) atau ruah (bahasa Ibrani). Sumber
prana berlimpah ruah di seluruh dunia ini. Sumber-sumber prana ialah:
a) Matahari.
Prana matahari adalah prana yang berasal daripada sinar matahari. Prana ini boleh
diperolehi dengan menyerap cahaya atau berjemur pada matahari. Namun begitu, terlalu
lama berjemur pula boleh mendatangkan kemudaratan kerana berbahaya kepada tubuh.
b) Udara.
Prana yang terkandung dalam udara disebut prana udara. Prana udara diserap paru-paru
sewaktu bernafas.
c) Bumi.
Prana yang ada disekeliling kita dipanggil prana bumi. Prana ini boleh dihisap melalui
tapak kaki. Berjalan tanpa kasut atau selipar boleh menyebabkan kaki anda menyerap
banyak prana bumi.
d) Prana pokok.
Pokok juga boleh memancarkan tenaga prana. Orang-orang yang berpenyakit lebih-lebih
lagi lelah, sangat baik duduk berdekatan pokok.

e) Prana makanan.
Prana ini banyak berasal dari buah-buahan dan sayur-sayuran.
f) Prana air.
Air menyerap prana dari matahari, udara dan tanah. Air akan mengalir seperti sungai
kecil, sungai besar dan muara.
Penghasilan medan radiasi psikis.

61

Anda boleh menghasilkan sebuah medan medan energi (tenaga) apabila anda
memikirkan sesuatu. Pancaran tenaga ini terbentuk daripada bahan-bahan hasilan mental
dan emosional. Contohnya, seseorang yang marah pada orang lain, ia akan memancarkan
tenaga kemarahan dan orang-orang disekelilingnya akan terpengaruh. Jika, anda sedang
berbahagia, orang-orang disekeliling anda juga akan terpengaruh daripada medan tenaga
kebahagiaan. Berikut medan tenaga yang akan anda hadapi setiap hari:
a) medan fikiran lemah.
Ibu bapa yang biasa mengkritik anak-anaknya, banyak menghasilkan medan tenaga
yang melemahkan. Kata-kata yang negatif yang diterima berkali-kali, akan diterima ke
dalam aura dan sebahagian pusat cakra (pusat tenaga), boleh menghasilkan pemikiran
yang negatif pada si penerima.
b) medan fikiran agresif.
Para penjaja atau peniaga biasanya menghasilkan medan fikiran agresif untuk
mempengaruhi orang lain. Ramai yang tidak dapat mengelakkan daripada terkena medan
tenaga tersebut yang mengakibatkan terpengaruh dengan tenaga tersebut. Sebab itulah
anda terpengaruh dengan barangan yang tidak anda perlukan.
c) medan fikiran sombong.
Orang yang berfikiran sombong tidak perlu mengeluarkan kata-kata. Mereka sekadar
menunjukkan tingkah laku yang sombong sudah boleh mempengaruhi pemikiran orang
yang lemah dan akhirnya orang itu rasa begitu rendah diri.
d) medan fikiran rasialis.
Medan fikiran rasialis ialah tenaga fikiran perkauman yang biasanya banyak dihadapi
oleh masyarakat yang berbilang kaum. Mereka begitu membenci kaum lain dan
menyebabkan berlakunya ketidakadilan dan tindas menindas antara kaum.
e) medan fikiran bengis.
Apabila berlakunya perkelahian dan perselisihan faham, berlakulah medan tenaga
bengis dan biasanya seorang yang pembengis senang dihinggapi penyakit.
f) medan radiasi psikik.
Selain menjadi sasaran serangan dari kesatuan fikiran negatif, anda juga terpengaruh
oleh medan radiasi psikik dan emosi yang tidak sihat serta kotor. Contohnya, di pejabatpejabat terdapatnya energi tekanan perasaan (stress). Kadang-kadang anda terpaksa
berhadapan dengan masyarakat yang hidupnya terburu-buru dalam menjalankan
pekerjaan mereka. Pendek kata, anda tidak dapat mengelakkan medan radiasi ini. Jadi
apakah caranya untuk anda menghadapinya? Jawabnya, gunakanlah pertahanan aura anda
daripada serangan psikik.
Teknik-teknik menghadapi serangan medan radiasi psikis.
Terdapat beberapa teknik yang boleh anda gunakan untuk menghadapi serangan secara
psikis ini. Teknik-teknik tersebut ialah:
a) Menutup aura.
Aura manusia adalah factor utama yang terlibat dalam pertahanan diri secara psikis.
Seseorang yang auranya lemah, sangat mudah dipengaruhi oleh pemikiran psikis atau
serangan sihir. Oleh itu, anda bolehlah menggunakan teknik penutupan aura untuk
mempertahankan diri anda daripada serangan psikis dan sihir. Sewaktu anda sedangan
duduk, silanglah kaki anda. Penyilangan kaki boleh memberikan anda menutup aura
secara psikis. Kalau anda melihat adat orang India, apabila mereka dimarahi oleh ibu

62

bapa, mereka akan menyilangkan tangan. Sebab itulah mereka tidak melawan kedua ibu
bapa kerana, medan psikis ibu bapa tidak dapat menembusi auranya. Perhatikan orang
yang gemar tidur silang kakinya. Mereka ini sangat payah terkena sihir atau pukau.

b) Berdoa.
Berdoa merupakan salah satu cara yang dapat digunakan untuk mengelakkan
masaalah serangan medan radiasi psikis. Serangan ini kadangkalanya berlaku apabila
seseorang memarahi anda. Dia telah mengirim getaran yang tidak baik pada anda.
Untuk memulihkan hubungan dengan nya, anda perlukan berdoa. Berikut cara-cara
teknik berdoa:
1. Pusatkan perhatian pada cakra jantung dan cakra mahkota anda.
2. Angkat kedua tangan anda dengan posisi berdoa. Bayangkan dihadapan
anda orang yang telah membenci dan memarahi anda.
3. Dengan lembut, sebutkan nama orang tersebut 3 kali. Bayangkan dia
berhadapan dengan anda.
4. Pancarkan cinta dan kasih sambil memusatkan perhatian pada cakra
jantung dan cakra mahkota anda. Katakanlah, damai ! damai ! damai!
5. Berdoalah kepada Allah untuk melembutkan hatinya. Anda akan rasa
damai bila menggunakan teknik ini dan aura pertahanan anda tidak dapat
ditembusi.
63

c) Meditasi
Melalui meditasi, aura anda boleh diperkuatkan. Pada umumnya, semua jenis
meditasi sangat baik untuk memperkuatkan aura. Saya memeprkenalkan satu lagi
teknik meditasi yang sangat baik untuk memperkuatkan aura iaitu meditasi cahaya
putih. Tekniknya:
1) lakukan pernafasan terarah secara berirama. (rujuk teknik
pernafasan meditasi).
2) Ciptakan danvisualisasikan seluruh tubuh anda ada cahaya biru
muda yang melingkungi semuanya. Cahaya itu meluas sekitar 9
inci seluruh anggota anda dan 16 inci di atas kepala dan di bawah
tempat kaki memijak.
3) Bayangkan sebuah cahaya berbentuk bola yang terang berada di
atas sedikit daripada kepala anda. Cahaya itu berwarna putih.

64

4) Konsentrasikan cahaya itu terang benderang dan berkilauan


(anda tidak perlu lihat ke atas, cukup hanya sekadar
membayangkannya sahaja).
5) Seterusnya, bola cahaya terang itu mengirimkan cahaya putih
berkilauan ke bawah. Walaupun cahaya putih daripada bola itu,
melingkari turun ke bawah hingga memenuhi tubuh anda, namun
cahaya biru yang dipenuhi pada tubuh anda tetap tidak terjejas
dan lapisan biru itu berada luar daripada lapisan cahaya putih.
6) Lakukanlah latihan ini sekerap yang mungkin. Aura anda akan
menjadi tebal dan kuat .
Perisai aura yang kuat.
Pada diri kita, terdapatnya beberapa jenis perisai aura iaitu, perisai aura eteris, perisai
aura astral, perisai aura mental dan perisai aura spiritual. Saya berikan satu persatu
bagaimana membina perisai aura.
1) Perisai aura eteris.
Perisai aura eteris sangat diperlukan jika anda tinggal di kawasan kota yang banyak
stress. Anda dapat menagkal serangan aura secara psikis (tidak sengaja oleh orang
lain. Ia dapat digunakan untuk kejernihan hati dan fikiran tenang. Tekniknya;
a) Pejamkan mata anda. Perhatikan cakra dasar anda. Hubungkan lidah ke
langit-langit anda.
b) Lakukan pernafasan prana dalam-dalam. Tarik nafas perlahan-lahan
melalui hidung 8 hitungan, tahan 4 hitungan dan buang nafas 8 hitungan.
Lakukan berkali-kali sambil membuat perisai eteris.
c) Gambarkan dan visualisasikan dalam fikiran sebuah boleh lampu
berwarna oren muda berbentuk bulat telur. Bayangkan diri anda menjadi
kecil dan masuk ke dalam lampu bulat telur itu. Bayangkan anda berada di
dalamnya.
d) Lihatlah secara batin bahawa anda terlindung secara menyeluruh yakinkan
aura eteris itu sangat tebal dan tidak dapat ditembusi.
e) Tegaskan dalam hati Dengan kuasa Allah, saya terlindung dari segala
bentuk serangan psikis. Saya berlindung dari gangguan dan bahaya.
Perisai ini tetap ada 12 jam lamanya. Tiada sesuatupun yang dapat
menembusinya. Terjadilah..
Pastikan anda membayangkan aura ini dapat ditembusi dari dalam bukannya dari luar.
Jika anda marah, tenaga fikiran dan aura kemarahan anda dapat dikeluarkan dengan
segera. Jika anda membayangkan perisai ini kuat luar dan dalam, apabila marah, tenaga
negatif anda tidak dapat dibebaskan dan terkurung dari luar. Jika seseorang yang
memgalirkan pemikiran negatif kepada anda, perisai ini akan dapat melindungi dan
membalikkan kembali tenaga negatif ini kepada tuannya berkali-kali ganda. Pusatkan
pada cakra jantung dan cakra mahkota anda, alirkan cahaya cahaya keemasan kemerahan

65

muda disekeliling aura eteris dengan niat mengubah fikiran negatif menjadi damai dan
tenang.
2) Perisai astral atau emosi.
Perisai astral dapat meningkatkan keaktifan perisai aura eteris. Berikut cara-cara
membuat perisai aura astral:
a) Pusatkan fikiran pada cakra jantung. Lakukan pernafasan prana.
Bayangkan cahaya warna merah muda disekeliling anda. Bayangkan bola
bulat berwarna merah muda dan anda menjadi kecil. Bayangkan anda
memasuki ke dalam bola tersebut.
b) Lihatlah secara batin dengan tenang bahawa anda terlindung keseluruhan
dan tidak dapat dipecahkan aura tersebut.
c) Tegaskan dalam hati Dengan kuasa Allah, saya terlindung dari segala
bentuk serangan emosional dan perisai ini bertahan selama 12 jam
jadilah.

66

3) Perisai mental.
Perisai mental sangat diperlukan untuk anda menjernihkan fikiran. Ia boleh
melindungi daripada pengaruh fikiran kelompok yang sangat luar biasa.
Bentuk fikiran ini dinamakan sebagai egregor. Egregor berwujud sebagai
budaya, agama, ilmiah, medik dan lain-lain. Ramai yang tidak dapat berfikir
dengan baik terhadap sesuatu masaalah ini kerana adanya egregor. Dalam
politik, banyaklah pembentukan pemikiran egregor. Berikut latihan perisai
mental:
a) Pusatkan perhatian anda pada cakra ajna (antara kedua alis mata atau dahi)
b) Lakukanlah pernafasan prana (rujuk pernafasan prana) .

67

c) Bayangkan cahaya kuning di sekeliling anda. Bayangkan bola lampu


berwarna kuning. Bayangkan diri anda menjadi kecil dan anda masuk ke
dalam bola lampu berwarna kuning itu.
d) Lihatlah dengan mata batin bahawa anda terlindung dan aura ini tidak
dapat ditembusi. Bayangkan perisai ini berubah kepada kuning metalik.
e) Tegaskan dalam hati Dengan kuasa Allah, saya terlindung dari segala
bentuk serangan pengaruh dan dominasi mental, terjadilah
f) Pastikan perisai ini dapat ditembusi dari dalam. Jika mental anda terpancar
pemikiran negatif, ianya akan terkeluar dengan sendiri dan fikiran menjadi
jernih semula.

68

4) Perisai spiritual.
Perisai spiritual ini digalakkan digunakan
menggunakannya. Berikut teknik perisai spiritual:

jarang-jarang.

Jangan

kerap

a) Pusatkan perhatian kepada cakra mahkota anda (ubun-ubun).


b) Lakukanlah pernafasan prana.
c) Bayangkanlah cahaya putih cemerlang atau lembayung/ungu listrik disekeliling
anda. Bayangkanlah bola lampu berwarna putih atau ungu listrik dan anda
menjadi kecil serta anda berada dalam bola tersebut.
d) Bayanglan perisai itu sangat cemerlang dan hebat.
e) Tegaskan dalam hati, Dengan kuasa Allah, saya terlindung daripada semua
kejahatan dan bahaya. Terjadilah. Perisai ini bertahan 12 jam dan dapat tembus
dari dalam. Terjadilah.

69

Penyembuhan dengan menggunakan tenaga prana.


Minda separa sedar juga dapat memberikan fungsi untuk penyembuhan
menggunakan tenaga prana atau aura. Saya hanya berikan anda cara serta teknik
penyembuhan secara asas. Perkara yang paling utama sekali dalam penyembuhan
tenaga prana ialah, anda perlu melakukan latihan kepekaaan tangan. Berikut cara
melakukan kepekaan tangan:
a) Letakkan tangan anda berhadapan jarak tiga inci. Bersikaplah santai dan tenang.
Konsentrasikan pada perasaan pusat telapak tangan anda dan perhatikan seluruh
tangan selama lima minit. Melalui pemusatan , ianya dapat melatihkan tangan
anda peka terhadap energi yang halus.
b) Tarik nafas secara berirama 8 saat melalui hidung, menahan 4 saat dan membuang
nafas 8 saat melalui hidung. Sewaktu menahan nafas, himpunkan tenaga di cakra
pusar (tiga inci bawah pusat). Sewaktu membuang nafas, bayangkan energi
(tenaga) menelusuri keluar melalui telapak tangan. Lakukanlah proses ini
berulang-ulang.
c) Jangan lekas berputus asa jika anda gagal merasai kepekaan tenaga halus itu.
Buatlah lagi latihan berkali-kali hingga anda berjaya.

70

Penelusuran.
Penelusuran ini diibaratkan anda mencari tempat yang bermasaalah. Jika seseorang itu
bermasaalah, auranya akan menipis. Bila anda menelusuri seluruh tubuhnya, anda akan
dapat merasai auranya yang menipis. Disitulah masaalah yang dialami oleh pesakit.
Berikut cara-cara menelusur:
a) Telusur si sakit dari kepala ke kaki, depan ke belakang dan kanan ke kiri. Jika
anda merasai auranya sama, maka bermakna, dia tidak mengalami masaalah
kesihatan. Jika ada kawasan, auranya menipis atau menebal, bermakna, dirinya
mengalami masalah kesihatan.
b) Apabila anda dapat merasai ada kawasan yang nipis atau tebal, dari situ, buatlah
penyenbuhan dengan segera. Kawasan itu perlu disembuhkan melalui tenaga
prana.
c) Lakukanlah dengan berhati-hati dan sabar. Jangan melakukan sewaktu anda
berfikiran celaru.

Menarik prana.
Sebelum anda memberikan rawatan, berlatihlah selalu untuk menarik prana alam.
Berikut teknik latihan menarik prana:
a) Berkonsentrasilah pada bahagian telapak tangan. Tarik dan hembus nafas secara
berirama (rujuk teknik pernafasan ).
b) Bayangkan cahaya putih memasuki ke dalam tangan anda Lakukanlah selama
lebih sepuluh minit. Anda akan merasai sedikit panas, perih dan getaran. Ini beerti
tangan anda sudah peka terhadap tenaga prana.
c) Projeksikan tenaga prana. Iaitu dengan mengeluarkan tenaga prana itu dari kedua
telapak tangan. Bayangkan cahaya putih keluar daripada telapak tangan. Lakukan
proses ini dengan cara pernafasan terarah dan berirama (rujuk teknik pernafasan).

71

d) Anda akan merasakan sedikit panas dan ada udara yang keluar daripada keduadua telapak tangan.

Teknik-teknik pemberian dan penyembuhan.


Terdapat beberapa cara serta teknik pemberian dan penyembuhan dengan energi
prana. Sebelum itu, kita lihat terlebih dahulu posisi pemebrian energi.
a) Posisi Egyptian (berdiri).
Daripada gambarajah, perhatikan kedudukan tangan. Jika tangan kanan menerima
tenaga, tangan kiri melepaskan tenaga. Jika tangan kiri menerima tenaga, tangan
kanan melepaskan tenaga. Sewaktu menerima tenaga, bernafaslah secara berirama.
Bayangkan anda menarik tenaga berwarna putih dari alam. Sewaktu membuang
tenaga, bayangkan tangan anda yang satu lagi mengeluarkan tenaga berwarna putih
dan masuk ke dalam tubuh si pesakit.

72

b) Posisi duduk.
Posisi sahaja yang berlainan tapi, cara tetap sama seperti posisi berdiri (Egyptian).
Namun begitu, sebaiknya, tarik tenaga melalui tangan kiri dan lepaskan tenaga tangan
kanan. Sewaktu membebaskan tenaga, bernafaslah melalui hidung, mulut. Menarik
nafas melalui hidung dan membuang melalui mulut berkali-kali. Rasakanlah tenaga
itu.

73

c) Posisi menggapai langit.


Posisi ini juga begitu baik untuk anda lakukan dengan memberikan tenaga prana
kepada pesakit. Tidak perlu saya terangkan dengan lebih panjang lebar kerana,
tekniknya sama dengan posisi yang lain. Begitu juga dengan teknik pernafasan iaitu
hidung, mulut.

Cara-cara mengubati dengan menggunakan tenaga prana.


Sukalah saya memberikan teknik dan cara-cara penyembuhan menggunakan tenaga
prana. Namun begitu, teknik yang dikemukakan ini hanyalah teknik secara asas. Anda
boleh menghubungi saya untuk mempelajari teknik ini dengan lebih mendalam.
Berikut teknik penyembuhan prana:
1. Lakukan pernafasan prana (rujuk pada bab yang lepas)
2. Letakkan tangan anda pada kawasan yang dideritai sakit. Konsentrasikan pada
pusat tapak tangan anda.
3. Arahkan tenaga prana masuk melalui tangan kiri dan keluar melalui tangan
kanan. Salurkan tenaga itu pada kawasan yang dideritai sakit.
4. Hentikan pemberian tenaga prana apabila dengan gerak hati (intuisi) anda
merasai cukup tenaga yang telah disalurkan.

74

7) Telekinesis.
Minda separa sedar juga memiliki kelebihan untuk menghasilkan tenaga
telekinesis. Setiap orang berupaya untuk menghasilkan tenaga telekinesis.
Asalkan mereka sanggup berlatih sama ada perlatihan minda dan fizikal. Ianya
terhasil daripada pengarahan minda dan terbitlah tenaga atom halus pada fizikal.
Kuasa telekinesis tidak melibatkan kuasa ajaib dari Jin atau Khodam. Ianya dating
dari tenaga diri anda sendiri. Dengan kuasa telekinesis, anda berupaya
memerintahkan benda-benda fizikal bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang
lain. Benda-benda itu dapat bergerak, terapung, pecah, bengkok dan lain-lain lagi.
Teori tentang telekinesis.
Kita semua tidak sedar bahawa manusia memiliki tenaga psikik. Tenaga itu tidak
dapat dilihat oleh mata kasar. Manusia memiliki otak, namun begitu, mereka
jarang sekali mengetahui untuk menerokai kawasan otak secara optimum. Kita
tidak tahu menggunakan keseluruhan otak. Ada yang menggunakan otak untuk
kesenian, ada yang gunakannya untuk matematik, menari, menyanyi, muzik,
logic, sukan , penulisan (contohnya saya), dan lain-lain lagi. Mereka hanya
gunakan bahagian otak yang tertentu sahaja dan bukannya keseluruhan.
Seperti pengiraan matematik, anda boleh memahirkannya dengan menggunakan latihan
yang berulang-ulang. Begitu juga dengan telekinesis, anda dapat melatihkannya dan
meningkatkan keupayaannnya. Anda perlu percayakan pada kebolehan minda separa
sedar anda. Nescaya kebolehan itu akan menjelma. Ingatlah, percayakan dahulu akan
75

kebolehan anda. Minda sedar anda akan menghantar maklumat kepada minda separa
sedar tentang kebolehan anda dan lama-kelamaan, minda separa sedar mempercayai dan
mengarahkan seluruh tubuh anda untuk merealisasikan kepercayaannya. Telekinesis ialah
menggerakkan sesuatu objek dengan menggunakan tenaga minda secara saintifik. Ianya
bukan mustahil dan ia benar-benar boleh dilakukan dan berkeupayaan. Seorang pakar
fizik, Dr Kaku memberikan satu pendapat, bayangkan anda hanya ketinggian 2 inci dan
cuba untuk berjalan mendekati serbuk kertas dan anda akan merasai satu daya tarikan dan
serbuk itu melekat pada tubuh anda. Jadi, tenaga magnet yang sedia ada dalam tubuh
anda telah menarik serbuk kertas tersebut. Tenaga memiliki potensi yang amat
menakjubkan.
Satu gram jirim zarah dapat mengangkat objek seberat satu juta ton sejarak 6 batu
dari air ke daratan. Tenaga itu terkumpul. Perhatikan juga matahari yang telah
menukarkan kepada tenaga 4 juta ton zarah setiap saat. Mari pula kita perhatikan
anatomi otak yang melahirkan tenaga telekinesis.
Dynamic Dimensional Space (DDS) atau dalam bahasa melayu, kuasa gerakan
ruang dimensi amat berlainan dengan kuasa aura (sila rujuk bab yang lalu). Aura
mengandungi tenaga astral, tenaga eterik, mental dan kerohanian. Berbeza dengan DDS
yang kuasanya datang daripada saraf dan membina EM ( tenaga Elektro Magnet). Kuasa
ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar (tenaga ghaib). Namun begitu, ianya bukan tenaga
Jin atau Malaikat. Ianya tenaga DDS kepunyaan diri anda sendiri. Seorang pakar
telekinesis yang bernama Uri Gellar, berkeupayaan membengkokkan sudu besi dan
menggerakkan objek kasar. Cortex merupakan salah satu bahagian yang mempunyai
fungsinya yang tersendiri.
Cortex juga dapat menggabungkan semua input melalui pancaindera. Cortex juga
mempuyai fungsi motor yang dapat memberikan tindak balas setiap aktiviti seperti berlari
atau melompat. Begitu juga menghasilkan tenaga telekinesis, cortex dapat menghantar
mesej tenaga keseluruh saraf mengikut arahan pemikiran anda.

Cara-cara menghasilkan kuasa telekinesis.


Telekinesis merupakan menggerakkan sesuatu menggunakan kuasa minda anda. Anda
perlulah berfikiran jernih, releks, fositif dan yakin. Konsentrasikan pada sesuatu objek.
Ingat, fikirkan pada sesuatu objek yang anda hendak gerakkan atau bengkokkan. Lakukan
satu eksperimen dengan cuba menggerakkan kertas halus. Cubalah anda bayangkan
gumpalan tenaga telekinesis keluar dari tangan anda dan menggerakkan kertas halus
tersebut. Jangan bimbang jika pada percubaan atau latihan pertama, ianya tidak
memberikan hasil yang baik. Cuma yang perlu anda fikirkan ialah bahawa tenaga ini
wujud dan ada pada diri anda dan sedang berkembang dengan pesatnya dari semasa, ke
semasa. Gunakan kuasa pembayang (visualisasi) kuasa magnetic keluar melalui jari
tangan dan menolak objek yang hendak anda tolakkan contohnya, kertas.
Kuasa telekinesis adalah benar (real).

76

Kuasa ini adalah benar dan bukannya fantasi. Untuk meningkatkan kuasa telekinesis,
anda perlulah bermeditasi terlebih dahulu. Labih kurang 20 minit, selepas selesai
meditasi barulah anda boleh mulakan latihan telekinesis. Tumpukan dan fokuskan
sepenuh perhatian anda pada cahaya lilin. Dekatkan jari anda dan bayangkan tenaga
magnetic menggerakkan dan menolak serta menarik api lilin tersebut. Lakukanlah latihan
ini dengan sekerap yang anda mampu. Jangan anda tinggalkan visualisasi ) tentang
tenaga magnetic yang boleh menggerakkan dan membengkokkan objek. Anda juga boleh
melakukan latihan dengan menggunakan belon. Cubalah anda gerakkan belon dengan
menggunaskan tenaga telekinesis. Pendek kata, cubalah latihan dengan benda yang kecil
terlebih dahulu.
Teknik latihan visual.1
Rasakan diri anda memiliki tenaga telekinesis tahapan tinggi. Letakkan batu berdekatan
dengan diri anda. Fokuskan dan renungkan batu itu. Tutupkan mata anda dan
visualisasikan batu tersebut. Rasakan batu itu juga memiliki tenaga seperti diri anda.
Fokuskan pada minda anda menggerakkan batu itu dengan menggunakan kuasa minda.
Rasakan dan yakinkan batu itu bergerak. Cubalah fokuskan batu itu bergerak ke kanan,
kiri, depan dan belakang. Selepas itu, bukalah mata anda. Cubalah lakukan latihan ini
dengan menggunakan gelas atau cawan pula.
Teknik latihan visual 2
Rasakan diri anda memiliki tenaga telekinesis tahapan tinggi. Letakkan cawan atau gelas
berdekatan dengan diri anda. Fokuskan dan renungkan cawan itu. Tutupkan mata anda
dan visualisasikan cawan tersebut. Rasakan cawan itu juga memiliki tenaga seperti diri
anda. Fokuskan pada minda anda menggerakkan cawan itu dengan menggunakan kuasa
minda. Rasakan dan yakinkan cawan itu bergerak. Cubalah fokuskan cawanitu bergerak
ke kanan, kiri, depan dan belakang. Selepas itu, bukalah mata anda. Cubalah lakukan
latihan ini dengan menggunakan objek yang lebih besar iaitu kerusi pula.
Teknik latihan visual 3.
Rasakan diri anda memiliki tenaga telekinesis tahapan tinggi. Letakkan kerusi berdekatan
dengan diri anda. Fokuskan dan renungkan kerusi itu. Tutupkan mata anda dan
visualisasikan kerusi tersebut. Rasakan kerusi itu juga memiliki tenaga seperti diri anda.
Fokuskan pada minda anda menggerakkan kerusi itu dengan menggunakan kuasa minda.
Rasakan dan yakinkan kerusi itu bergerak. Cubalah fokuskan kerusi itu bergerak ke
kanan, kiri, depan dan belakang. Selepas itu, bukalah mata anda. Cubalah lakukan latihan
ini dengan menggunakan objek yang lebih besar iaitu tubuh anda sendiri pula.
Teknik latihan visual 4.
Rasakan diri anda memiliki tenaga telekinesis tahapan tinggi. Bayangkan diri anda
berdekatan dengan diri anda. Fokuskan dan renungkan diri anda itu. Tutupkan mata anda
dan visualisasikan diri anda. Rasakan diri anda juga memiliki tenaga seperti diri anda.
Fokuskan pada minda anda menggerakkan diri anda dengan menggunakan kuasa minda.
Rasakan dan yakinkan diri anda bergerak. Cubalah fokuskan diri anda bergerak ke kanan,
kiri, depan dan belakang. Selepas itu, bukalah mata anda. Cubalah lakukan latihan ini
dengan berulang-ulang kali.

77

Latihan mental.
Untuk melatihkan mental anda supaya mantap dalam melakukan telekinesis, anda
perlulah memiliki believe atau percaya bahawa anda boleh menggerakkan benda dengan
menggunakan minda anda. Ramai orang yang berjaya menggerakkan benda atau
membengkokkan sudu atau besi, asalnya mereka memiliki positive attitude atau
pemikiran positif. Percayalah anda BOLEH! Fokuskan hanya kepada titik tujuan anda.
Jangan berfikiran bercabang sewaktu melakukan telekinesis. Fokus hanya pada satu
tujuan. Sebaiknya, buatlah latihan meditasi (sila rujuk bab yang lepas). Lakukan
pemikiran yang still atau dipanggil pemikiran yang tenang dan senyap sunyi. Dengan
kata lain, fokuskan pada satu tujuan dengan daya fokus yang tinggi. Orang-orang mistik,
boleh mengheningkan pemikiran mereka. Belajarlah untuk let go iaitu membebaskan
segala gangguan pemikiran. Gangguan pemikiran akan meyebabkan kegagalan anda
dalam melakukan telekinesis. Ingatlah akan hukum pergabungan iaitu hukum yang
menerangkan jika anda memikirkan sesuatu akan menerbitkan pemikiran khusus.20 minit
anda pusatkan kepada pemikiran khusus, ianya akan menghasilkan tenaga yang sama
dengan alunan yang terbebas dari pemikiran. Tidak kira ianya positif atau negatif.
Latihan awal sebelum telekinesis.
a) Ambil daun terup. Balingkan daun terup itu ke udara, sewaktu daun terup itu
hendak jatuh, berilah perintah daun itu terbuka atau tertutup. Lakukan berkali-kali
latihan ini. Anda akan dapat melihat hasilan latihan ini amat luar biasa. Tiba pada
satu saat, daun terup ini akan mengikut apa yang anda perintahkan sama ada
tertutup atau terbuka.
b) Fokuskan pada lilin. 10 hingga 15 mint, perhatikan lilin itu. Perintahkan api
bergerak ke kanan, ke kiri, ke depan dan ke belakang. Lakukan latihan ini sambil
membuka telapak tangan anda dan perintahkan tenaga telekinesis keluar dari
tangan anda dan menggerakkan api tersebut. Lama-kelamaan, api itu akan
bergerak mengikut konsentrasi dan perintah minda anda. Ingatlah latihan ini perlu
dilakukan dalam keadaan releks. Jangan rasa tertekan.
c) Anda boleh menukar objek yang lain secara bertahap. Jangan terus benda besar.
Catatkan setiap kemajuan yang anda dapati.
Bodohkan minda separa sedar anda.
Trik yang pertama, saya selalu gunakan dalam menjalankan latihan telekinesis ialah,
saya membodohkan minda separa sedar saya. Walaupun minda separa sedar memiliki
kebolehan dan keupayaan yang amat hebat dan dahsyat, namun begitu, minda separa
sedar juga bodoh. Minda separa sedar mudah ditipu. Saya selalu menyakinkan minda
saya bahawa saya mampu melakukan telekinesis. Walaupun pada hakikatnya, saya tidak
mampu menggerakkan walaupun sehelai kertas. Saya katakan pada diri Ah! Aku boleh
menggerakkan kertas itu dengan kuasa telekinesis Saya juga katakan pada diri
Hei.lihat, kertas itu mula bergerak. Hebat betul kuasa telekinesisku Padahal, kertas
itu tak bergerak langsung. Tapi apa akan minda separa sedar saya kata Apa? Saya boleh
gerakkan kertas itu? Oh! OK dan akhirnya, akibat daripada kepercayaan minda separa

78

sedar, saya boleh menggerakkan juga akhirnya kertas itu walaupun memakan masa yang
lama sekalipun.
Satu lagi cara yang saya gunakan ialah, saya membayangkan dan melihat dengan
imaginasi saya, ada kuasa dan tenaga yang keluar dari celah jari dan tangan saya dan
menolak kertas tersebut. Walaupun saya tak nampakpun tenaga itu, tapi, dengan cara
berimaginasi, tubuh badan saya merasai tenaga itu flow keluar dan menolak kertas
tersebut.
Latihan telekinesis kompas.
Kompas merupakan salah satu alatan yang amat senang untuk anda sediakan. Jarum
kompas amat senang digerakkan jika untuk latihan asas telekinesis. Letakkan kompas
berdekatan dengan anda. Dekatkan sebelah tangan atau dua belah tangan 2 inci
berdekatan dengan kompas. Pejamkan mata anda. Anda memerlukan rakan anda untuk
melihat hasilan latihan ini. Kemudian, relekskan diri anda jangan berfikir terlalu
terperinci untuk menggunakan kuasa telekinesis anda. Biarkan neural otak anda bertugas
untuk mengalirkan tenaga dan kuasa telekinesis tersebut. Hanya yang perlu anda fikirkan
ialah matlamat anda untuk menggerakkan jarum kompas melalui tenaga telekinesis anda.
Rasailah tenaga anda menglir daripada tangan anda. Janganlah gunakan kompas yang
mahal. Cukuplah kompas murah yang dijual di pasar minggu. Lakukanlah latihan ini
berkali-kali. Catatkan kemajuan yang anda alami.

Cara melakukan telekinesis.


Telekinesis ialah menggerakkan sesuatu benda, memecahkan sesuatu benda dan
membengkokkan sesuatu benda. Konsentrasikan kepada perkara yang hendak anda
lakukan. Jangan fikirkan perkara atau benda lain. Lakukan selalu pemikiran ini. Jika anda
hendak menggerakkan , mengapungkan dan memecahkan sesuatu benda, konsentrasikan
benda itu terjadi seperti yang anda fikirkan. Jika anda hendak membengkokkan sudu atau
besi, gosokkan tangan anda pada sudu atau besi, konsentrasikan atom benda itu menjadi
tidak padat dan besi itu menjadi lembek dan terbengkok. Jangan fikirkan anda
membengkokkan tapi fikirkan anda membiarkan sudu atau besi itu membengkok.
Lakukan telekinesis ini selama 30 minit setiap hari. Sabar dan percaya.
Apa yang dapat anda lakukan melalui kuasa telekinesis.
Anda dapat lakukan banyak perkara iaitu:
a) Menggerakkan benda seperti buku, kerusi dan lain-lain.
b) Membengkokkan benda contohnya, sudu dan pensil.
c) Menghasilkan psi ball atau dengan nama, bola tenaga. Tenaga itu berbentuk bola
dan boleh dibaling kepada orang lain. Anda boleh lihat contoh tenaga ini melalui
siri kartun Dragon ball.
d) Tutup dan buka pintu, lampu dan tingkap.
e) Menggerakkan objek kepada seseorang atau menolak musuh dengan kuasa
telekinesis.

79

f) Membengkokkan pisau, peluru dan segala bentuk ancaman. Ini hanya dapat
dilakukan apabila anda mencapai kuasa telekinesis peringkat tinggi.
Apa yang perlu anda jauhi.
1) Sebelum anda melakukan aktiviti telekinesis, saya berikan anda satu tips
yang perlu anda jauhi. Pastikan anda bukannya berada dalam situasi stress
(tertekan). Pemikiran anda perlulah positif. Ini kerana ianya boleh
menghasilkan jaringan saraf yang positif. Jangan terlalu tertekan dan
enjoylah sewaktu anda melakukan telekinesis. Jangan marah dan rasa
bersalah pada diri anda just relax. Rasailah keseronokan melakukan
telekinesis. Bila gagal sewaktu anda melakukan telekinesis, contohnya,
membengkokkan sudu, janganlah kata, Aku telah gagal katalah Sudu
itu belum bengkok lagi dan pasti akan dapat dibengkokkan.
2) Berfikirlah bahawa melakukan telekinesis ini tidak akan membahayakan
diri anda. Ini akan dapat memelihara keyakinan anda dalam melakukan
latihan.
3) Jangan terlalu obsess jika anda gagal. Relakskan diri anda dan lakukanlah
latihan tanpa jemu-jemu.
4) Jangan fikirkan secara saintifik bagaimana tenaga telekinesis ini terjadi.
Cuma, anda perlu yakin sahaja dan terus lakukan latihannya dengan rajin.
5) Jangan lupa melakukan meditasi terlebih dahulu. Meditasi sangat baik
untuk membentuk konsentrasi dan ketenangan sebelum melakukan
telekinesis.
6) Jangan hukum minda separa sedar anda dengan mengatakan Ahaku
sudah gagal. Anda telah berikan feeling kepada minda separa sedar
anda bahawa dia sudah gagal.
7) Rasakan dan yakin 200% bahawa twnaga ini adalah sebahagian daripada
diri anda. Perasaan ini akan semakin kuat dan hebat jika anda rajin
berlatih.
8) Menggerakkan benda melalui tenaga telekinesis ini tidak perlukan berfikir
Macamana aku dan benda ini boleh bergerak? hanya anda lakukan dan
yakin saja. Serahkan tugas itu kepada minda separa sedar anda.
Siapa yang boleh lakukan telekinesis?
Anda, saya, dan sesiapa sahaja. Semua orang selagi bernama dan bergelar MANUSIA,
pasti BOLEH melakukan telekinesis.
Kaedah telekinesis.
Kaedah 1.
Fokuskan pada satu objek Rasakan anda berkeupayaan menggerakkan, memecahkan
,mengapungkan sesuatu benda. Lakukan perkara ini 5 hingga 10 minit.
Kaedah 2.

80

Kemudian, visualisasikan dengan terang dan jelas dalam pemikiran anda. Dengan cara
ini, anda dapat lihat apa yang hendak anda hasilkan dengan terang dalam minda. Anda
boleh juga membayangkan satu tenaga yang boleh menggerakkan pintu, tingkap, pen,
pinggan dan lain-lain. Yakinlah dengan seyakin-yakinnya bahwa tenaga telekinesis anda
sedang berkembang dengan pesatnya dan semakin membara. Lakukanlah latihan secara
bertahap. Mulakan dengan lilin, cebisan kertas, pensil, kain, kerusi , sudu dan akhirnya
kereta. Mana tahu, melalui kuasa telekinesis, anda boleh meremukkan kereta.
Kaedah 3.
Berikut satu lagi kaedah untuk telekinesis. Pertama sekali, bermeditasilah sekurangkurangnya, 30 hingga 40 minit. Isikan air dalam mangkuk dan masukkan berus gigi ke
dalamnya. Imaginasilah satu tenaga berbentuk bola halus keluar daripada tangan anda
dan menolak berus gig tersebut. Rasailah tenaga anda semakin berkembang. Jangan
sentuh berus gig tersebut. Apabila anda dapati ianya bergerak, lakukanlah telekinesis
sehingga berus itu bergerak mengikut arah yang anda mahukan.
Kaedah 4.
Kali ini, dengan cara yang sama, anda cubalah telekinesis pintu sehingga tertutup.
Rasailah tenaga anda semakin membara dan berkembang dengan hebatnya. Buatlah
selalu sehingga pintu atau tingkap dapat ditutup hanya menggunakan telekinesis.
Kaedah 5.
Ini pula kaedah menggerakkan benda kecil hanya menggunakan minda. Bayangkan ada
terowong besar . Bayangkan benda yang hendak anda gerakkan itu berada dalam
terowong dan banda yang tidak berkenaan berada di luar terowong. Gunakanlah mata dan
minda anda menggerakkan bbenda kecil itu. Rasailah satu tenaga hebat keluar dari minda
anda dan menggerakkan benda tersebut. Jika berbunyi berdesing, itulah tandanya anda
sedang menuju ke arah kejayaan.
Kaedah 6.
Lakukanlah meditasi. Kosongkan fikiran daripada ingatan lain. Tumpukan sepenuh
perhatian pada sebatang lilin. Imaginasikan lilin itu mencair, imaginasikan lilin itu
bergerak ke kanan ke kiri ke depan dan ke belakang, imaginasikan lilin itu menari-nari.
Hingga satu saat, lilin itu akan jadi seperti yang anda imaginasikan.
Kaedah 7.
Kaedah yang terakhir ini pula adalah kaedah yang anda gunakan cincin yang tergantung.
Lakukanlah meditasi. Tenangksn fikiran dan fokuskan pada cincin yang tergantung pada
benang atau tali. Imaginasikan tenaga telekinesis keluar dari otak anda dan
menggerakkan ayunan tali atau benang yang diikat pada cincin.
Untuk mendapatkan kejayaan melakukan telekinesis memerlukan latihan yang banyak
dan kesabaran. Percayalah kuasa telekinesis ada pada diri kita semua tidak kira bangsa
atau agama.
Latihan menghasilkan bebola psi.

81

1) Depakan tangan anda. Bayangkan terbentuknya tenaga bebola psi seperti dalam
siri kartun Dragon ball. Rasailah tenaga itu semakin membesarkan dan tenaganya
semakin kuat dan keras.
2) Pejamkan mata, depakan tangan dan rasailah tenaga bebola psi ini. Lontarkan di
mana-mana. Lakukan latihan ini berkali-kali jangan jemu.
Cara menghasilkan kuasa perisai.
Setelah anda boleh melakukan telekinesis, terdapatnya satu lagi kuasa daripada hasilan
telekinesis untuk anda menghasilkan perisai diri. Kuasa perisai ini sangat penting untuk
perisai daripada serangan musuh sama ada musuh nyata atau musuh ghaib (sihir). Berikut
latihan yang perlu dilakukan:
a) Latihan visual.
Berdiri di tengah-tengah ruang bilik. Kemudian, bayangkan diri anda memiliki tenaga.
Bayangkan pula, satu tenaga seperti buih yang besar melindungi diri anda. Bayangkan
pula, tenaga itu, membentuk seperti tubuh anda dan melindungi diri anda. Bayangkan diri
anda ditembak oleh senjata dan bayangkan tenaga ini melindungi anda. Lakukan latihan
ini berkali-kali. Ingatlah, ianya bergantung kepada visualisasi anda (membayangkan).
b) Latihan perisai berbentuk dinding.
Duduk dengan relaks dan bernafas secara teratur. Bayangkan diri anda bertenaga.
Bayangkan dinding terbentuk. Dinding itu berdekatan dengan anda lebih kurang 6 inci.
Dengan menggunakan tangan kanan, tolakkan tenaga anda pada dinding tersebut.
Penuhilah dinding itu dengan tenaga anda. Dengan menggunakan tangan kiri, letakkan
tangan kiri anda ke bumi, bayangkan anda menarik tenaga dari bawah bumi dan tolakkan
tenaga itu ke dinding. Lakukan berkali-kali dan kemudian, buka mata anda. Gunakan
perisai ini sebelum anda tidur. Nescaya musuh secara zahir dan batin tidak dapat
menembusi tenaga tersebut dan anda terlindung daripada apa-apa sahaja serangan.
8) Out of body experience (OBE)/ Pengembaraan jiwa.
Pengembaraan jiwa ini juga dikenali dengan perjalanan astral. Sebenarnya, kita
semua berupaya melakukan perjalanan astral ini. Ianya bukanlah sihir dan tahyul. Anda
boleh lakukan perjalanan ini dengan kuasa minda separa sedar anda. Perjalanan ini sangat
cepat dan selamat. Perjalanan astral ini banyak gunanya antaranya:
a) Melihat dan melawat rakan dan keluarga dari jarak jauh.
b) Melancong ke negara-negara yang belum pernah anda pergi serta kunjungi.
c) Melawat ke planet-planet lain.
d) Melawat dimensi lain.
e) Bercakap dengan makhluk halus.
f) Meningkatkan keimanan kepada Allah.
Latihan asas sebelum melakukan perjalanan astral.

82

Sebelum anda melakukan perjalanan astral, jaganlah lupa melakukan 4 perkara yang
utama. Tanpa 4 perkara ini, perjalanan astral anda akan gagal. Perkara itu ialah:
1) Relakskan tubuh anda 100% dalam keadaan jaga.
2) Konsentrasi (tumpukan) 100% terhadap apa yang anda akan lakukan.
3) Pastikan tubuh anda ada tenaga yang mencukupi.
4) Berikan tekanan, kepada tubuh astral untuk keluar.
Dengan latihan yang betul dan bersistem, anda dapat merelakskan tubuh, konsentrasi,
meningkatkan tenaga, merangsangkan cakra anda dan anda dapat masuk ke keadaan
tahapan trance (kekusyukan).
Berikut latihan untuk melapangkan fikiran anda.
Duduk dengan tenang dan selesa. Rasakan keselesaan pada kaki. Diikuti dengan paha,
punggung, perut, dada, leher dan kepala. Ulangi rasa keselesaan ini beberapa kali
sehingga anda rasa amat dan benar-benar selesa. Jika anda dapat merehatkan pada tahap
yang tinggi, anda dengan senang dapat berada pada tahapan trance. Lakukan tafakur
dengan melupakan segala masaalah, melapangkan fikiran dan mengosongkan fikiran.
Lakukanlah meditasi pernafasan terarah (sila rujuk bab meditasi). Bernafas dengan
tenang. Cuba lakukan latihan ini berkali-kali dengan masa yang lama. Berikut latihan
konsentrasi:
a) Duduk dengan tenang, ambilkan lilin dan letakkan berdekatan dengan anda. Lihat
dengan penuh konsentrasi. Kemudian, pejamkan mata anda dan bayangkan
seberapa lama yang boleh akan lilin yang anda lihat itu tadi. Lakukanlah latihan
ini berkali-kali tanpa jemu. Ianya boleh meningkatkan daya konsentrasi anda.
b) Buatkan tujuh lingkaran yang berlainan warna. Kalau boleh buat tujuh lingkaran
warna pelangi. Fokuskan satu warna dan lupakan warna lain contohnya, anda
fokuskan warna merah. Pandang warna merah seberapa lama yang anda mampu.
Kemudian fokuskan warna-warna yang lain.
Tahapan trance.
Apabila anda kerap kali dan lama melakukan meditasi dengan pernafasan yang terarah,
anda akan merasai tubuh anda seolah-olah berat. Itu merupakan siptom biasa. Ini
disebabkan oleh penukaran tahapan gelombang otak anda daripada gelombang Beta ()
kepada gelombang Alpha (). Dengan itu, anda menuju ke tahap trance (kekusyukan
yang tinggi). Saya kemukakan satu latihan untuk mencapai trance pada tahap yang tinggi:
Lakukan pernafasan yang terarah. Pejamkan mata. Bayangkan anda memanjat tangga.
Rasailah tangga tersebut. Jangan berimagiasi macam manakah bentuk tangga itu. Cukup
sekadar anda merasai anda memanjat tangga tersebut. Lakukanlah latihan ini berkali-kali.
Gelombang otak anda akan berubah daripada Beta kepada Alpha iaitu gelombang
ketenangan. Kalau anda tidak gemarkan menaiki tangga, anda boleh bayangkan anda
menaiki lif. Rasailah lif bergerak dan bayangkan lif berhenti pada setiap level. Teruskan
pergerakan lif tersebut. Lakukanlah latihan ini dengan lama. Gelombang otak anda akan
menuju kepada tahapan Alpha dan anda boleh menuju kepada trance.
Apa itu perasaan trance
Perasaan trance itu ialah anda rasakan bilik atau kawasan yang anda duduk itu semakin
besar. Anda merasai satu bunyi dengungan pada seluruh tubuh anda. Anda merasai satu
kelainan. Alam sekeliling anda telah berubah dan anda dapat merasainya. Aliran tenaga
anda akan kuat pada bawah solar pleksus.

83

Trance yang mendalam.


Untuk anda mencapai tahap trance yang mendalam, anda perlulah meneruskan latihan ini
dengan lebih mendalam lagi. Lakukanlah pernafasan terarah dan berikan masa yang lebih
untuk anda mencapai trance yang lebih mendalam.
Apakah symptom-simptom anda mencapai trance yang mendalam?
Ada 4 simptom yang menunjukkan anda mencapai trance yang mendalam. Simptom itu
ialah:
a) Rasa sejuk yang amat sangat dan anda tidak selesa dengan rasa ini.
b) Anda rasa satu keanehan. Segala pergerakan rasa amat perlahan.
c) Tubuh anda sudah tidak bergabung dengan diri anda. Anda seolah-olah merasai
tubuh astral hendak keluar dari tubuh kasar.
d) Tubuh anda seolah-olah lumpuh dan tidak boleh bergerak.
Kaedah melakukan perjalanan astral:
a) Kaedah 1.
Duduk di atas kerusi yang jauh dari bising. Relaks dan rasailah ketenangan. Rasailah
kenyamanan. Pastikan anda tidak tertidur. Buatlah pernafasan terarah secara perlahan.
Imaginasikan adanya bola yang bercahaya berada 3 hingga 5 kaki atas kepala anda.
Rasailah adanya bola itu atas kepala anda. Bayangkan dan rasailah tubuh astral anda
keluar dari tubuh kasar. Rasailah tubuh kasar anda cuba keluar melalui cakra kepala anda
mendekati bola cahaya tersebut. Buat beberapa kali sambiol pejamkan mata. Jangan
melakukan latihan ini secara kasar tapi, lakukanlah secara lembut dan perlahan-lahan.
Lama-kelamaan, anda akan dapati, tubuh astral anda benar-benar keluar dari tubuh kasar
anda. Namun begitu, untuk permulaan, cukup sekadar keluar dan masuk semula ke dalam
tubuh.
b) Kaedah 2
Lakukanlah pernafasan terarah secara meditasi. Fokuskan penumpuan anda kepada
tempat yang hendak anda pergi. Pastikan anda berada di dalam bilik yang sunyi dan
selamat daripada sebarang gangguan. Tutup mata anda lakukanlah zikir contohnya, Allah,
Allah, Allah bayangkanlah ada satu pintu kecil dan anda melayang keluar daripada pintu
tersebut. Lakukanlah latihan ini berkali-kali. Anda akan dapati lama kelamaan, tubuh
fizikal anda sedang meditasi manakala, tubuh astral anda berada dalam luar rumah. Jika
anda hendak kembali ke tubuh fizikal, cukup anda sekadar berniat untuk pulang ke tubuh
fizikal.
c) Kaedah 3
Rasailah kerehatan tubuh anda. Kosongkan fikiran daripada sebarang gangguan. Buatlah
kiraan menurun daripada 50 kepada 49, 48, 47 hingga 0. Ulangi semula kiranaan
menurun. Pastikan anda sampai sempadan antara tidur dan jaga (hipnogogik). Kosongkan
fikiran anda. Pastikan anda berada dalam keadaan anda sudah tidak merasai tubuh badan
tapi hanya minda anda sahaja. Masukkanlah diri anda dalan tahap getaran tubuh. Pastikan
tiada jam atau cincin pada jari anda. Pastikan bilik anda gelap. Rasailah daripada kepala
hingga ke kaki anda adanya getaran-getaran yang amat halus. Keluarkanlah badan astral
anda perlahan-lahan dengan cara merasai tubuh anda terapung-apung keluar dan
mendekati bumbung rumah. Masukkan kembali tubuh astral ke dalam tubuh kasar dan

84

lakukanlah berkali-kali. Saat dan ketika nanti, anda akan terkejut bila anda merasai
terapung-apung dan anda dapat lihat tubuh kasar anda.
d) Kaedah 4.
Carilah tempat yang sunyi dan tiada gangguan. Duduklah dengan tenang dan selesa.
Lakukanlah meditasi untuk ketenangan. Niatkan dalam hati bahawa anda hendak
mengembara dengan mengeluarkan tubuh astral anda. Pilihlah satu tempat yang
berdekatan dengan bilik anda. Pergi ke sana, lihatlah benda-benda yang ada di situ,
masukkan ke dalam gambaran pemikiran anda. Kembali ke tempat anda bermeditasi dan
cuba bayangkan tempat dan susunan benda yang anda lihat tadi. Tarik nafas dengan cara
meditasi sambil membayangkan anda keluar kan tubuh astral dan pergi ke tempat
tersebut. Lakukanlah latihan ini berkali-kali. Anda akan terkejut apabila tiba-tiba anda
telahpun mengeluarkan tubuh astral anda. Jangan bimbang tentang kejayaan atau gagal.
Minda separa sedar anda sudahpun menegaskan anda mampu melakukan perjalanan
astral.
e) Kaedah 5
Ini juga satu kaedah yang hebat tapi perlukan kerajinan untuk anda membuat latihan.
Bayangkan ada tali terikat pada syiling rumah anda. Berikanlah getaran pada tubuh dan
tubuh astral anda bersedia untuk memanjat tali ke atas syiling rumah anda. Bayangkan
anda secara mental anda memanjat tali itu. Rasailah anda memanjatnya. Pastikan anda
tidak visual bentuk tali itu. Cukup sekadar anda yakin tali itu ada. Cakra ajna dan cakra
jantung anda akan teraktif dengan sendirinya. Gerakkan tangan anda memanjat tali secara
mental itu hingga anda berada atas bumbung rumah. Aktifkan ketujuh-tujuh cakra anda.
Panjatlah secara mental tali. Rasailah ketebalan tali dan rasailah semakin tinggi anda
naik. Taruskan memanjat dan anda akan berada dalam keadaan trance. Anda akan merasai
seluruh cakra anda telah diaktifkan. Teruskan memanjat. Anda akan merasai seluruh
tubuh anda bergetar dan anda rasa seolah-olah lumpuh. Teruskan memanjat dan akhirnya
anda akan merasai tubuh astral anda telah keluar dari tubuh kasar.
f) Kaedah 6.
Minda separa sedar boleh bertugas dengan aktif jika anda tahu cara untuk memberikan
tugasnya. Lakukanlah affirmation dan sugesti diri dengan mengatakan kepada diri anda
Aku hendak melakukan perjalanan astral dan mengeluarkan tubuh astral. Lakukan
sugesti ini sebelum anda tidur dan sewaktu anda bangun dari tidur. Dengan cara ini, anda
telahpun memberikan kepercayaan kepada minda separa sedar anda untuk melakukan
tugasnya. Selain daripada itu, gunakanlah permainan imaginasi. Jika anda menggunakan
affirmation , sugesti dan berimaginasi bahawa diri anda dapat mengeluarkan tubuh astral,
saya pasti, hasilannya amat memberangsangkan. Berimaginasilah anda keluar dari tubuh
kasar dan mengembara ke serata tempat termasuklah ke planet lain. Minda separa sedar
tidak tahu nak membezakan antara baik dan buruk. Ianya sentiasa bersetuju dan bertugas
untuk menjadikan impian itu kenyataan. Relakskan seluruh tubuh anda. Rasailah releks
dan santai daripada kepala, muka, leher, bahu, dada, perut, tangan, paha, kaki dan tapak
kaki. Rasailah kerehatan yang tinggi. Lakukanlah pernafasan terarah 6 saat tarik nafas
melalui hidung, 3 saat tahan nafas, 6 saat buang nafas juga melalui hidung seterusnya
tahan semula 3 saat dan lakukanlah proses ini berulang-ulang. Kosongkan fikiran anda.

85

Buangkan fikiran anda daripada memikirkan apa-apa. Imaginasikan tubuh astral anda
melayang-layang di tiup angin dan dapat bergerak ke mana-mana. Lakukanlah pernafasan
ini hingga anda berada dalam keadaan hipnogogik (antara lena dan jaga) waktu itu,
pastikan anda tidak terlena terus. Visualisasikan (bayangkan) adanya sebuah kiub yang
kecil berada lebih kurang 6 kaki atas muka anda. Bayangkan betul-betul kiub itu berada
atas muka anda sejauh 6 kaki daripada anda dan kiub itu terapung-apung. Bayangkan
kiub itu melayang-layang dan bergerak-gerak ke sana dan ke mari. Teruskan bayangkan
kiub itu melayang-layang ke kiri, ke kanan, ke depan dan ke belakang. Bayangkan pula
tubuh astral anda pula melayang-layang keluar daripada tubuh kasar untuk menuju ke
arah kiub itu. Rasailah seolah-olah kiub itu ada kuasa magnet yang menarik anda
melayang mendekatinya. Bila anda berdekatan kiub itu, rasailah seolah-olah kiub itu
menghisap anda untuk anda melekat dengannya. Lakukanlah latihan ini selalu dan
sehingga satu masa, minda separa sedar akan merealitikan latihan untuk keluar daripada
tubuh kasar.
Apakah kegunaan perjalanan astral?
Banyak kegunaanya, contohnya, anda hendak melihat keluarga anda yang jauh di
kampung, cukup sekadar anda niat dalam hati tubuh astral anda melayang-layang ke
kampung. Di situ, anda dapat melihat kampung anda dan keadaan keluarga anda. Bahkan,
anda boleh bergerak dari satu bilik ke satu bilik. Selain daripada itu, jika ada seseorang
yang kerasukan, anda boleh berniat melakukan perjalanan astral untuk berkomunikasi
dengan makhluk halus. Cubalah pujuk makhluk itu secara baik jika ianya tidak mahu
dengar kata, bacalah ayat-ayat pengusir syaitan. Anda juga boleh melawat Mekah,
Amerika serta melancong ke mana-mana sahaja. Bahkan anda mampu mengembara ke
planet-planet lain. Dengan kata lain, minda separa sedar berupaya untuk mengembara ke
planet lain. Anda boleh menembus dimensi alam bunian, Jin Islam dan makhluk planet
lain (jika ada). Bila anda hendak ke tubuh kasar semula, cukup anda meniatkan dalam
hati.

9) Invisibility (meresap).
Ini merupakan satu lagi kelebihan yang dapat dilakukan oleh minda separa sedar. Ianya
dipanggil invisibility. Kuasa ini melibatkan kuasa untuk menghilangkan diri. Kuasa ini
wujud. Ianya tanpa perlu jampi-jampi atau hizib-hizib yang diamalkan oleh para ahli ilmu
kebatinan. Anda hanya perlu ialah melakukan latihan-latihan untuk mengalirkan kuasa
ini. Latihan peringkat pertama:
Isikan tubuh anda dengan tenaga. Ini dilakukan melalui pembayangan (visualisasi).
Letakkan batu berdekatan dengan anda. Pejamkan mata dan bayangkan batu tersebut
dalam minda anda. Visualisasikan tenaga anda bergaul dan bercampur dengan batu
tersebut. Bayangkan dalam minda anda batu itu hilang. Tahan seberapa ketika.
Bayangkan batu itu ada semula. Lakukan latihan ini beberapa kali.
Latihan peringkat kedua:
Rehatkan seluruh tubuh anda. Isikan tubuh anda dengan tenaga secara visualisasi.
Pejamkan mata, bayangkan tubuh anda berada berdekatan dengan diri anda.
Visualisasikan tenaga anda bercampur dan bergaul dengan tubuh yang telah anda

86

visualkan itu. Bayangkan tubuh visual anda hilang. Tahan seberapa lama dan kemudian,
bayangkan tubuh anda kelihatan semula. Lakukan latihan ini berulang-ulang kali. Apabila
anda hendak hentikan latihan, bukalah semula mata anda.
Latihan peringkat ketiga:
Rehatkan tubuh anda. Isikan tubuh anda dengan tenaga secara visualisasi. Letakkan batu
berdekatan dengan diri anda. Kali ini, anda tidak perlu pejamkan mata anda. Batu itu
tidak perlu anda bayangkan. Visualisasikan tenaga anda bercampur dan bergaul dengan
batu tersebut. Fokuskan dalam minda anda batu itu hilang. Tahan seberapa lama, dan
fokuskan batu itu ada semula. Lakukanlah latihan ini berkali-kali sehingga anda berjaya.
Ya, kita sekarang sedang melakukan latihan menghilangkan diri atau benda. Ianya
umpama awan melindungi cahaya matahari. Begitu juga dalam latihan ini, kita
menggunakan awan. Tapi awan itu datangnya daripada aura anda sendiri. Anda hanya
perlukan ialah membayangkan warna aura diri anda yang berbentuk awan. Warna aura
yang paling sesuai untuk anda meresap atau menghilangkan diri ialah warna hitam atau
indigo. Hadirkanlah aura yang berwarna hitam atau indigo, rasailah aura tersebut.
Visualisasikan aura anda berubah warna daripada warna biasa kepada warna hitam atau
indigo. Bayangkan aura hitam atau indigo anda berbentuk awan dan melindungi diri anda
setinggi 12 kaki. Bayangkan aura ini amat tebal. Bayangkan dan rasailah aura tebal itu
melindungi diri anda daripada penglihatan orang lain. Perisai aura ini banyak
kegunaannya. Anda dapat menghalang kemaraan tembakan peluru. Selain daripada itu,
segala tenaga alatan eletronik dan komputer tidak dapat berfungsi jika anda
menggunakan aura ini. Contohnya, jika ada musuh melepaskan tembakan kepada anda,
perisai anda akan dapat menghentikan peluru itu sebelum mengenai diri anda. Ini kerana
photonik awan yang anda bentukkan itu ditimbulkan berdasarkan kepada pemikiran dan
kehendak diri anda. Jika anda hendak melindungi rumah atau kenderaan anda melalui
aura inipun anda mampu lakukan. Perlu anda ingat, aura awan ini umpama rakan karib
anda, berikan perasaan cinta dan kasih antara anda dengannya. Aura nada boleh bertukar
warna asal dan anda boleh kelihatan semula. Gunakanlah visualisasi anda. Jangan
salahgunakan kuasa aura ini. Diri anda akan binasa dengan sendirinya. Kuasa kebaikan
mengatasi segala-galanya. Lakukanlah latihan ini dengan tekun dan berkali-kali.

10) Magnetisme
Minda separa sedar juga berkeupayaan untuk membentuk tenaga dan kuasa
magnetisme pada diri anda. Magnetisme ialah daya getar dan daya tarik yang memiliki
kuasa dan tenaga magnet. Cuba anda perhatikan, bumi memiliki daya tarik dengan
planet-planet yang lain. Manusia semenjak dilahirkan sudah memiliki tenaga magnet dan
begitu juga dengan haiwan. Ilmu meningkatkan magnetisme dapat membina keunggulan
peribadi dan orang lain akan hormat, suka dan patuh kepada anda. Kalau tubuh kita
kekurangan daya magnet, sudah barang tentu, apabila anda ke hutan, tiba-tiba terlihat
seekor harimau, nescaya anda tidak berupaya hendak berlari dan memanjat pokok. Kalau
panjat pokok pun, pasti akan terjatuh. Ini disebabkan oleh tenaga magnetisme yang ada

87

pada harimau itu sangat tinggi. Sebagai contohnya, cuba anda lihat seekor kucing
sewaktu memburu tikus. Ada ketikanya, tikus itu akan terjatuh apabila merenung tajam
ke arah mata kucing. Inilah yang dikatakan sebagai kuasa magnetisme.
Jika kita memiliki daya magnet yang tinggi, ianya dapat menjadi penghubung
dengan orang lain melalui perhubungan batin yang kuat. Kuasa magnetisme yang dimiliki
oleh manusia ini mempunyai perhubungan dengan jiwa dan fikiran. Berikut latihan asas
untuk menarik tenaga magnetisme:
Waktu lepas solat subuh, duduk seperti meditasi secara bersila. Tarik nafas secara
perlahan-lahan melalui hidung. Bayangkan anda sedang menarik tenaga magnet dari
pelbagai arah dan anda menarik berjuta-juta tenaga magnet. Tahan nafas seberapa lama
yang anda mampu. Bayangkan tenaga itu menjalar ke seluruh urat saraf dan tubuh anda.
Seterusnya, buangkan nafas melalui hidung dan bayangkan anda membuang berjuta-juta
tenaga jahat, penyakit dan negatif. Lakukanlah latihan ini berkali-kali sberapa lama yang
anda mampu.
Orang yang merenung wajah orang yang memiliki kuasa magnetisme, akan merasa
tertarik dengan kewibawaannya. Daya kewibawaan ini akan mengundang rasa tertarik
yang tinggi. Anda akan jadi seperti besi berani (magnet) yang boleh menarik serbukserbuk halus besi yang lain. Seorang ketua pegawai yang memiliki kuasa magnetisme
tinggi dapat menundukkan pekerja bawahan walau hanya dilihat wajahnya sahaja.
Berikutnya teknik pertengahan untuk membangunkan kuasa magnetisme diri anda:
Lakukanlah pernafasan terarah. Duduk bersila. Tegakkan badan anda. Bernafaslah
melalui hidung. Tarik nafas 8 detik, tahan nafas 4 detik dan buang nafas juga melalui
hidung 8 detik. Seterusnya, tahan semula nafas 4 detik dan berulang-ulang proses ini
berlaku. Visualisasikan bahawa diri anda memiliki cahaya yang terang benderang dan
meyinari sesiapa sahaja yang melihat wajah anda. Buatlah ucapan mentera Dengan
keizinan dan kekuasaan Allah, semua makhluk yang melihat diriku ini, akan tunduk dan
tewas terhadap pesona diriku. Buatlah latihan ini berkali-kali seberapa lama yang anda
mampu. Yakinlah bahawa latihan ini akan memberikan kesan yang baik. Bayangkan
sesiapa sahaja yang melihat wajah anda, pasti akan tunduk pada anda. Bayangkan juga
mereka mendengar akan kata-kata anda.
Ini merupakan teknik peringkat tinggi untuk menigkatkan pesona diri anda:
Katakanlah anda hendak orang lain merasai kuasa magnetisme diri anda seperti binatang
melihat harimau. Dengan kata lain, anda memiliki pesona harimau. Cara latihannya,
adalah sama dengan latihan teknik pertengahan Cuma anda hanya perlu tukarkan
visualisasi. Visualisasilah wajah seekor harimau dan rasailah anda memiliki kewibawaan
dan pesona seperti seekor harimau. Lakukanlah latihan ini berkali-kali seberapa lama
yang anda mampu. Lama kelamaan, diri anda memiliki pesona harimau dan setiap yang
memandang wajah anda akan tunduk.
Magnetisme ini banyak gunanya iaitu sebagai pelaris perniagaan, menundukkan
orang lain, pengasih, membuatkan setiap orang terpesona dengan wajah anda dan lainlain lagi kegunaannya. Cuma, yang pentingnya, janganlah anda menyalahgunakan tenaga
magnetisme ini.
11) Membuat air hikmat dan penyembuh.
Air hikmat bukanlah bermaksud air yang memiliki apa-apa kehebatan. Air hanyalah
salah satu daripada makhluk Allah. Ia dapat dimanafaatkan untuk pelbagai kegunaan.

88

Salah satu daripadanya ialah menyembuh sesuatu penyakit dengan menggunakan air.
Untuk pengetahuan anda semua, air juga mempunyai perasaan dan emosinya yang
tersendiri. Dalam buku The Legend of Water, ahli sains Jepun telah membekukan air
kemudian ,mengambil gambarnya dalam kamera yang khas. Hablur air yang berbentuk
heksagon adalah lebih terang dan berkilau daripada permata. Struktur natural dan
elegannya lebih cantik daripada barang kemas yang lain. Apabila anda bermain alatan
muzik yang tenang atau membaca al Quran, kita akan dapati, berbagai jenis hablur yang
cantik akan terbentuk. Sebaliknya, jika mencaci air atau berlakunya bencana alam seperti
gempa bumi, akan dapatilah hablur air itu imejnya berbentuk dahsyat. Dengan itu,
dapatlah dibuat kesimpulan, semua air memiliki pemikiran dan emosi. Minda separa
sedar anda dapat berhubung dengan air dan membentuk air hikmat. Air adalah asal
kejadian atau penciptaan semua unsur yang hidup di alam ini. Semua benda hidupan jika
dikaji dengan mendalam dalam sudut sains berlaku daripada unsur air. Fakta Al-Quran
tentang peratusan air dan tanah bumi adalah sejajar dengan fakta saintifik. Al-Quran
tercatat 32 kali tentang lautan (air) dan 13 kali tentang daratan. Peratusan air dapat dikira
iaitu 32/45 X 100 = 71.111% sejajar dengan peratusan air dalam tubuh kita. Air
mempunyai gelombang mengikut niat kita. Ia dapat merakam mesej gelombang
electromagnet dalam bentuk cahaya ke dalam tubuh melalui niat.Berikut cara pertama
yang saya berikan untuk anda membuat air hikmat:
a) Katakanlah anda hendak mengubati orang yang lemah semangat, sakit dan tubuh
lemah. Ambilkan air satu gelas, pekupkan tangan kanan anda pada gelas itu, dan
lakukanlah pernafasan terarah. bayangkan tenaga dari tubuh anda mengalir
melalui tangan dan masuk ke dalam air. Sebutkan nama orang itu dan nama
ibunya serta penyakit yang hendak disembuhkan dan ucaplah mentera yang anda
mahukan pesakit itu sembuh. Contoh mentera, Dengan kuasa Allah, penyakit Ali
bin
Siti
sembuh
dengan
sepenuhnya,
jadikanlah!
Jadikanlah!
Jadikanlah!.Lakukanlah berkali-kali sehingga anda yakin air itu sudah diisi
hikmatnya. Berilah orang itu minum air tersebut.
b) Seterusnya, berikut ialah cara membuat air asmara. Katakanlah anda hendak
mengirim getaran asmara kepada seseorang yang anda cintai, pekupkan tangan
tangan anda pada gelas, lakukanlah pernafasan terarah, bayangkan tenaga keluar
daripada tangan anda dan masuk ke dalam air sambil anda membaca mentera
Dengan kuasa Allah, si________(sebutkan nama si dia beserta nama ibunya)
jatuh cinta, rindu dan saying kepadaku. Ucapkanlah berkali-kali. Kalau boleh 44
kali. Kemudian, berikanlah kepada orang yang anda cintai.
c) Kaedah yang berikut pula ialah kaedah menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.
Saya tidak akan menerangkan dengan panjang dan lebar tentang cara-cara
membuat air yang didoakan. Di lain buku nanti, saya akan terangkan cara-cara
membuat air yang di doakan atau dikenali dengan nama, air jampi. Cukuplah saya
sekadar katakan, jika anda hendak mendoakan pada air, bacalah doa sekurangkurangnya 3, 7 , 21 dan 44 kali. Hembuskan pada air. Wap air hembusan anda
membawa mesej ayat suci atau doa yang anda bacakan. Berikan kepada pesakit
minum. Saya tidak dapat terangkan apakah ayat yang boleh anda gunakan. Silalah
rujuk di buku yang lain yang menerangkan ayat suci doa dan mentera yang
khusus untuk mendoakan pada air. Ingatlah struktur air itu akan terbentuk dengan

89

cantiknya berbentuk heksagon dan air itu membawa mesej yang terbentuk oleh
minda separa sedar anda.
d) Air juga boleh digunakan untuk mengirim getaran tenaga doa mengubah sikap
seseorang. Duduk dengan selesa. Lakukanlah pernafasan meditasi terarah.
Pekupkan tangan anda pada gelas minuman. Bayangkan pada tangan anda,
terpancar tenaga kebatinan dan masuk ke dalam air. Bayangkan wajah seseorang.
Bacalah mentera Dengan kuasa Allah, kau akan berubah perangai, berubah
pemikiran dan berubah kehendak. Jadilah dirimu seorang yang penyayang dan
kau tidak panas baran lagi. Jadilah. Bacalah mentera ini sekurang-kurangnya
44 kali. Berikan seseorang itu minum. Anda juga boleh menghembus pada air
selepas membara mentera dan berikan air itu kepada seseorang untuk diminum.
12) Mengirimkan telepathi.
Telepati berasal daripada perkataan dari bahasa Yunani. Dalam bahasa Malaysia,
telepati bermaksud mengirim fikiran jarak jauh. Persoalannya, adakah fikiran itu boleh
dikirim? Saya hendak membawa anda berfikir tentang dunia fana ini. Setiap hidupan di
dunia ini memiliki getarannya yang tersendiri. Dengan kata lain, tenaga. Fikiran juga
adalah tenaga yang menerbitkan kuasa getaran. Ianya boleh dihantar selaju cahaya dan
tepat mengenai sasarannya. Kalau anda lihat satelit yang mengirimkan gambar ke
televisyen, memerlukan arial. Maka begitu juga dengan fikiran anda juga boleh
mengirimkan berita atau mesej dan sampai kepada fikiran orang lain. Mesej itu terbina
daripada fikiran yang menerbitkan getaran dan masuk ke fikiran orang lain. Telepathi
dapat mengirimkan fikirannya atau kehendaknya kepada seseorang tanpa gangguan
walaupun jarak adalah jauh beribu-ribu batu sekalipun. Getaran eletrik fikiran dalam
kemampuan tertentu dapat meluncur dari fikiran seseorang untuk mempengaruhi orang
lain tanpa perhubungan wayar dan sebagainya dalam masa yang singkat. Jika sekarang
kita mengirimkan getaran fikiran pada jarak 5000 KM maka sekarang juga akan sampai
dalam masa beberapa saat. Kelajuan cahaya bergerak lebih kurang 300,000 kilometer
dalam masa sesaat. Kecepatan fikiran adalah jauh lebih lagi daripada kelajuan cahaya.
Pernahkah anda termimpikan sesuatu yang buruk berlaku kepada ahli keluarga anda dan
tiba-tiba beberapa hari kemudian ianya benar-benar berlaku? Itulah yang dikatakan
sebagai hubungan batin atau dikenali dengan telepathi.
Setiap fikiran ada daya getaran yang boleh melalui ruang angkasa. Di ruang angkasa,
terdapatnya berjuta-juta getaran fikiran manusia yang dilepaskan pada setiap saat. Fikiran
bawah sedar (sub conscious mind) adalah bahagian yang dapat diperintahkan dan
ditakluki. Jika daya konsentrasi dan visualisasi kita kuat serta dapat mengalahkan fikiran
bawah sedar seseorang, kita berupaya untuk menghantar mesej kepadanya dan dituruti.
Telepati memerlukan visualisasi (pembayangan) yang tinggi jika objek itu berada
berjauhan dengan anda. Manakala, telepati tidak memerlukan visualisasi jika objek
berada berdekatan dengan anda. Anda boleh menghantar telepati kepada manusia, Jin,
binatang, pokok dan batu. Makhluk seperti manusia, Jin, binatang , pokok dan batu
memiliki getaran tenaganya yang tersendiri dan dengan kata lain, ia adalah benda hidup
dan bukannya benda mati. Praktik telepati secara asasnya, cubalah anda hentarkan kepada
orang yang berada berdekatan dengan anda terlebih dahulu. Berikut cara menghantar
telepati:

90

a) Cubalah anda lakukan pernafasan terarah iaitu pernafasan meditasi tanpa


memejamkan mata. Lihat dengan tajam ke arah seseorang. Perintahkan dia
melihat atau memandang anda berkali-kali sampai berjaya.
b) Lakukan juga pernafasan terarah, renung kepada rakan anda pada alis matanya
dan hantarkan fikiran anda kepadanya. Contohnya, Mat, aku perintahkan kau
belanja aku makan.
c) Lakukan juga pernafasan terarah, renunglah seekor kambing atau apa sahaja
binatang. Perintahkan kambing itu berpaling kepada anda. Lakukanlah selalu.
Sampai satu tahap, fikiran anda sudah boleh menghantar ion tenaga yang dapat
diterima dan difahami oleh makhluk lain. Kambing itu akan berpaling kepada
anda.
Tiga cara latihan itu adalah cara serta teknik untuk anda menghantar telepathi apabila
objek yang hendak anda hantarkan itu tidak berjauhan dari anda. Berikut adalah latihan
yang dapat anda lakukan jika objek itu berjauhan dari anda.
a) Mempengaruhi rakan yang anda telah kenal dan berjauhan dari anda. Katakanlah
anda hendak meminjam wang daripadanya. Anda perlu lakukan telepathi ini dari
jarak jauh dan pada waktu malam. Waktu malam amat sesuai kerana getaran
otaknya adalah hampir-hampir kepada tahapan alpha. Lakukanlah meditasi
pernafasan terarah. Pejamkan mata. Pastikan walaupun mata anda pejam tapi anda
melihat di tengah-tengah hidung. Jagan fikirkan perkara lain. Hadirkan wajahnya
secara visuailisasi (pembayangan) seolah-olah dia duduk dekat dengan anda.
Katakanlah melalui fikiran. Samad, aku hendak pinjam wang daripada kau
sebanyak RM200. Kau kasihanilah aku. Keesokan harinya, berjumpalah dengan
rakan anda. Dengan tidak semena-mena dia mengeluarkan wang dan menghulur
kepada anda. Mungkin dia akan kata bahawa dia telah bermimpi atau mendengar
suara aneh yang anda hendak meminjam wang daripadanya.
b) Mempengaruhi orang yang anda tidak kenali. Apabila anda hendak mendapatkan
simpati serta pengaruh daripada orang yang tidak anda kenali lakukanlah telepathi
ini pada waktu malam. Duduklah atas lantai ataupun tidur. Tumpukan seluruh
perhatian anda. Lakukanlah pernafasan meditasi terarah sambil memjamkan mata
anda. Visualisasikan (pembayangan) wajah dia. Lakukanlah saranan mental.
Mulai hari ini, kamu hendaklah menurut segala perintah aku Keesokan harinya,
apabila anda bertemu dengannya, sudah pasti dia akan mendengar dan menurut
segala kata-kata anda.
c) Telepathi untuk pengasih secara jarak dekat dapat juga anda lakukan. Misalnya,
anda menyintai seorang gadis/ lelaki, anda bolehlah melakukan secara jarak dekat
atau jauh. Saya berikan teknik jarak dekat. Renung pada titik antara dua matanya.
Lakukan pernafasan terarah. Pusatkan sepenuh fikiran dan perhatian anda
kepadanya dan perintahlah dengan kekuatan minda anda berulang-ulang kali.
Wahai kekasihku, mulai hari ini, kau cinta dan rindu kepadaku. Bila terlihat
wajahku, hatimu akan berdebar-debar dan kau amat menyintaiku sepenuh hati.
Bila sampai waktunya, kekasih anda akan rasa semacam bila terlihat sahaja wajah
anda. Dari situ, mucullah cinta yang mendalam dalam macam lautan Hindi.
d) Telepathi juga dapat dilakukan sebagai pengasih jarak jauh. Konsentrasikan
fikiran anda kepada kekasih anda. Visualisasikan wajahnya. Bayangkan dirinya
dengan sepenuhnya. Jika anda lupa wajahnya, lihat pada gambar kemudian

91

bayangkan wajahnya. Ucapkan mentera ini. Mulai hari ini, hatimu lembut dan
sangat menyintai diriku. Engkau rindu dan cinta padaku. Kau amat ingin
berjumpa denganku.marilah..marilah.marilah. Yakinlah bahawa, ucapan
anda telah menghasilkan tenaga yang hebat dan masuk ke fikirannya. Lakukanlah
sekurang-kurangnya 50 kali bacaan mentera anda. Tidak mustahil, keesokan
harinya, apabila dia terpandang sahaja wajah anda, dia akan jatuh cintai macam
filem Hindi Kuch Kuch Ho Ta Hai.
e) Berikut cara melakukan telepathi yang memasukkan lakonan pada minda anda.
Katakanlah, anda sudah lama tidak berjumpa dengan rakan anda. Pada waktu
malam, lakukanlah meditasi dan pernafasan terarah. Visualisasikan rakan anda
hadir ke rumah anda, mengetuk pintu dan bersalam-salaman dengan anda. Inilah
yang dikatakan sebagai lakonan mental. Pastikan anda jangan mengatakan dalam
mental anda bahawa rakan anda AKAN datang bertemu dengan anda. Pastikan
minda anda mengatakan rakan anda PASTI datang bertemu dengan anda.
Latihan telepati global.
Lakukan latihan bersama rakan anda yang telahpun sama-sama berlatih dengan anda.
Buatlah perjanjian misalnya, pukul 3 petang anda cuba kosentrasi dan menghantar mesej
telepathi kepada rakan anda. Kemudian, pukul 6 petang, rakan anda pula menghantar
mesej kepada anda. Mulakan dengan anda menghantar gambaran warna kepada rakan
anda. Kemudian bila ada peningkatan, hantarkan pula gambaran contohnya, wajah anda
kepadanya. Seterusnya hantarkan perkataan.
Telepathi melihat.
13) Reiki.
Minda separa sedar juga berupaya melakukan reiki. Apa itu reiki? Reiki adalah system
tenaga penyembuh semula jadi. Jadi, apakah pula tenaga penyembuh semula jadi
(healing)? Perkataan reiki ada maknanya. Rei bermakna spiritual manakala kei bermakna
tenaga alam. Sebenarnya, tenaga ini ada di sekeliling kita dari pelbagai arah dan masa.
Setiap manusia memiliki getarannya yang tersendiri. Tenaga reiki ada berbagai bagai
jenis dan tingkat. Anda perlukan ijazahan daripada guru untuk mendapatkan kuasa reiki
ini. Ijazahan ini dinamakan sebagai attunement. Saya berikan anda hanya reiki tingkat
asas. Untuk anda mendapatkan tingkatan pertengahan dan tingkatan tinggi, bolehlah anda
bertemu sendiri dengan saya ataupun carilah guru yang berupaya untuk mengijazahkan
(attunement) kepada anda.
Apakah yang dapat dilakukan oleh Reiki?
Reiki boleh mengurangkan penderitaan sama ada fizikal, mental dan rohani
(spiritual). Tenaga reiki tidak melibatkan tenaga Jin atau Malaikat. Ianya tenaga yang
sedia ada di alam ini. Perubatan reiki dapat juga membebaskan tenaga yang tidak baik,
meningkatkan ketenangan fikiran dan menyeimbangkan tujuh cakra anda. Pengubatan
reiki boleh menjadi pintu untuk spiritual anda. Bahkan, reiki ini dapat membebaskan

92

tenaga getaran menerusi aura dan fizikal anda. Tenaga reiki sangat-sangat berbeza dengan
tenaga prana. Ini kerana, untuk mendaparkan tenaga reiki, anda perlu melakukan
pergerakan symbol mengikut kegunaan anda. Berikut saya berikan anda 5 latihan untuk
mengeluarkan tenaga harmoni sebelum anda menjalani latihan reiki .
Latihan 1
Duduklah pada kerusi yang selesa. Tutuplah telefon anda. Jangan gunakan muzik, lilin
dan apa-apa sahaja benda lain. Hanya perlu anda pastikan diri anda dalam kedamaian
fikiran. Bayangkan seseorang yang amat anda marah dan benci. Cuba ingat-ingatkan
siapakah yang anda marah dan benci. Minta maaflah secara visualisasi kepada dia. Tidak
kira sama ada anda bersalah atau tidak. Pokoknya, mintalah maaf kepadanya. Bayangkan
anda meminta maaf kepadanya. Bebaskan dan halaukan segala dendam dan kemarahan
anda. Jangan biarkan tenaga yang negatif ini bersarang dalam diri anda. Apabila anda
bertemu dengannya, anda sudah tidak ada kemarahan dan tidak mustahil orang itu juga
tidak marah kepada anda. Anda hanya inginkan kedamaian, persahabatan dan
ketenangan. Beralih pula kepada orang lain apabila anda selesai dengan cara yang
pertama ini. Pastikan anda mencari orang yang pernah dan sedang anda marah. Lakukan
proses ini dari seorang ke seorang. Lama kelamaan, tiada lagi orang yang anda marahi.
Jangan buat latihan ini dengan membayangkan orang yang telah mati. Anda hanya
membazirkan masa dan tenaga. Anda akan pelajari satu pelajaran pertama iaitu,
Kesabaran dan pemaaf merupakan kunci untuk meningkatkan spiritual anda.
Latihan 2.
Latihan yang kedua pula, serupa dengan latihan yang pertama, bezanya, anda bukan lagi
membayangkan orang yang pernah anda benci atau marah. Anda hanya perlu bayangkan
orang yang pernah anda cemburui. Cemburu ada banyak jenis dan tidak kira apa saja
jenis cemburu, buangkan jauh-jauh. Rasakan bahawa anda begitu kagum dengan
kejayaan, kecantikan dan keharmonian seseorang dan anda tidak cemburu. Ini dapat
menerbitkan tenaga positif atau tenaga kebaikan.
Latihan 3
Pada latihan yang ke tiga, cara latihan adalah sama dengan latihan satu dan latihan dua.
Bezanya, anda membayangkan kesilapan yang pernah anda lakukan. Bayangkan anda
meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah anda lakukan kesalahan. Niatkan dalam
hati, anda tidak mahu mengulangi lagi kesalahan yang pernah anda lakukan. Anda ingin
menjadi seorang yang jujur dan amanah.
Latihan 4
Untuk latihan yang ke empat ini, anda bayangkan pula anda berjalan dan bergerak
kemana-mana adalah membawa kejayaan, kebaikan, keharmonian dan kedamaian. Anda
bayangkan apabila anda berjalan pada pokok yang mati, tiba-tiba pokok itu hidup dengan
subur. Bayangkan apabila anda melalui pada sungai yang mati dan kotor, tiba-tiba sungai
itu menjadi bersih dan mengalir dengan tenang. Lakukanlah Visualisasi ini berkali-kali.
Rasakan anda membawa hati, perasaan dan jiwa yang merdeka dan tenang. Dalam ilmu
Tasauf, ada mengajarkan sikap yang baik yang dinamakan sebagai mahmudah dan
membuang sikap yang terkeji iaitu mazmumah. Saya nasihatkan anda mendalami akan

93

ilmu tasauf untuk membersihkan hati. Bila hati sudah bersih, wujudlah tenaga positif atau
dikenali dengan tenaga yang baik.
Latihan 5.
Berikut latihan yang kelima. Latihan ini adalah latihan meditasi ringkas dan harmoni.
Duduk dengan tenang, relaks dan bernafas secara teratur. Lakukanlah pernafasan terarah
contohnya, 6 saat menarik nafas, 3 saat tahan dan 6 saat lepaskan , 3 saat tahan dan
proses ini berterusan berkali-kali. Visualisasikan orang yang pernah anda benci, cemburu
dan marah. Hantarkan kepada mereka rasa kasih anda. Katakan kepada mereka anda
memaafkan segala kesalahan mereka tidak kira sebesar manapun. Visualisasikan anda
menjelaskan kepada mereka bahawa anda sayang dan memaafkan mereka. Bayangkan
mereka juga berperasaan yang serupa dengan anda. Lakukanlah latihan ini berkali-kali.
Apabila anda terjumpa dengan mereka, anda akan bersikap baik, penyayang dan jujur
dengan spontan.

Mencuci aura cara 1.


Warna aura anda memberikan pelbagai gambaran tentang diri anda. Jika anda berhadapan
dengan seseorang yang auranya amat lemah dan dia berpenyakit, anda akan merasai
dengan tidak sengaja. Anda juga adakalanya berada bersama-sama dengan orang yang
menuntut ilmu yang tidak baik contohnya, sihir. Pasti auranya tidak baik dan dirosakkan
oleh makhluk halus peliharaannya. Dengan itu, anda perlu mencuci aura anda.
Lakukanlah pernafasan terarah sambil duduk di kerusi atau bersila. Sewaktu anda
melakukan pernafasan terarah, imaginasikan cahaya warna putih menghampiri anda dan
membersihkan segala aura anda. Rasailah segala perasaan negatif, aura negatif mahupun
penyakit keluar dari tubuh anda. Rasailah aura anda menjadi bersih dan sihat.
Mencuci aura cara 2
Teruskan dengan latihan cara satu, Cuma, tambahkan dengan anda berimaginasikan
cahaya aura warna putih keluar dari ubun-ubun, kepala, muka, dada, perut, tangan, kaki,
tapak kaki dan kuku anda. Rasailah keselesaan dan kesegaran tubuh anda bila cahaya ini
keluar. Kemudian bayangkan aura cahaya berwarna putih keluar dari seluruh tubuh anda.
Membina perlindungan aura berbentuk telur.
Pertama sekali, lakukanlah pernafasan terarah. Imaginasikan cahaya warna putih
berbentuk telur yang besar berdekatan dengan anda. Aura telur itu ada pintu. Bukakanlah
pintu itu. Masuk ke dalam aura telur dan duduk dengan selesa. Bayangkan kulit telur dari
luar itu semakin tebal dan tidak boleh ditembusi. Bayangkan dan rasailah aura telur
berwarna putih ini amat tebal melindungi anda. Aura ini amat baik untuk melindungi
anda daripada sebarang serangan psikik dan makhluk halus.
Reiki peringkat asas (chu ko rei).

94

Untuk menghasilkan tenaga reiki peringkat asas, lukiskan symbol reiki secara visualisasi
sambil melukis depan anda tanpa ada papan atau pen. Lukis dengan jari. Bayangkan
tulisan itu muncul. Inilah contoh symbol Chu Ku Rei.

Simbol ini boleh menghasilkan tenaga Reiki mengalir dari alam semesta. Fungsi symbol
ini ialah untuk aktifkan tenaga reiki, meningkatkan focus dan menumpukan tenaga.
Simbol Chu Ku Rei ini diibaratkan sebagai penghubung antara kita dengan tenaga.
Tenaga ini boleh digunakan untuk melegakan daripada kecederaan, mencuci aura,
mebersihkan sekeliling rumah dengan tenaga baik dan banyak lagi. Lukiskan pada
sekeliling anda dan gunakanlah tenaga ini. Sememangnya, tenaga reiki tidak dapat dilihat
dan anda perlu yakin bahawa tenaga ini ada. Anda juga boleh melikiskan symbol ini
untuk memberikan perlindungan daripada tenaga negatif contohnya, makhluk halus.
Anda juga boleh membayangkan tenaga symbol ini di atas kepala anda sewaktu
bermeditasi. Ini untuk menghubungkan anda dengan tenaga Reiki. Janganlah kaji kenapa
perlu lukis symbol ini. Ini kerana, sudah ramai yang gunakan symbol ini. Bahkan, banyak
lagi symbol-simbol lain yang sudah barang tentu peringkat yang lebih tinggi. Cukuplah
saya tunjukkan symbol Chu Ku Rei. Jika anda hendak tahu lebih tinggi, silalah dapatkan
(ijazah) attunement daripada saya.
Penyembuhan menggunakan tenaga berbentuk bola dan symbol .
1) Depakan tangan anda, dekatkan antara tangan kanan dengan tangan kiri sekurangkurangnya tiga inci. Rasailah aura yang mengalir dari telapak tangan anda. Buatkan
tepukan tapi, tepukan itu tidak kena antara tangan kanan dan kiri. Rasailah aura anda.
Buatlah gambaran sambil merasai adanya bola tenaga yang terang. Bila anda dapat
membuat gambaran secara jelas dan merasai tenaga berbentuk bola berwarna putih,
gerakkan tenaga bola itu pada tempat sakit diri anda atau orang lain. Jika sakit di kaki,
masukkan tenaga bola itu ke kaki, jika sakit di perut, masukkan tenaga bole itu ke perut
begitulah seterusnya. Bola hasilan gambaran anda itu boleh bergerak ke mana sahaja
yang anda gambarkan. Untuk lebih keberkesanan, lukiskan symbol Chu Ku Rei pada

95

udara dan bayangkan symbol itu masuk ke dalam tempat yang sakit. Tidak kira apa saja
jenis sakit, pokoknya, gunakanlah bola cahaya dan symbol Chu Ku Rei.
Namun begitu, untuk mendapat hasilannya, selalulah berlatih. Gunakanlah imaginasi,
visualisasi, percaya, yakin dan deria rasa.
2) Buatlah tenaga bentuk bola dan symbol CKR (Chu Ku Rei) cuba letakkan bola tenaga
itu di suatu tempat lain. Rasailah bola itu. Mungkin anda akan rasa panas, mungkin sejuk
atau mungkin kasar atau halus. Cuba anda kenakan bola itu kepada haiwan contohnya
kucing. Jika kucing lari, itu tandanya anda sudah berjaya. Sekarang, pejamkan mata, bina
bola tenaga bersama symbol CKR, masukkan bola dan symbol pada cakra jantung anda.
Apakah yang akan anda rasakan? Jika anda rasai satu bentuk tenaga yang amat halus,
itulah tandanya latihan anda berjaya. Seterusnya masukkan pada kulit anda dan rasailah
tenaga itu.
3) Seterusnya, gunakanlah symbol CKR dan bola cahaya putih masuk ke dalam tempat
yang sakit atau masuk ke dalam dada orang yang marah. Teanaga bola dan symbol CKR
akan bertindak dengan sendirinya memberika kesembuhan dan mengeluarkan emosi dan
tenaga negatif. Jika ada sesiapa yang kerasukan, tenaga bola dan symbol CKR boleh
digunakan bersama bacaan ayat penghalau syaitan.
4) Simbol CKR juga boleh digunakan untuk pertahanan daripada segala jenis tenaga yang
negatif. Cara latihannya, ialah lakukanlah meditasi pernafasan terarah. Bayangkan
symbol CKR berwarna emas. Bayangkan symbol itu banyak dan mengawal diri anda.
Namun begitu, Ingatlah symbol CKR hanyalah symbol untuk mengeluarkan tenaga Reiki
healing dan ianya anugerah Allah janganlah anda silap dalam berniat. Pastikan akhidah
anda terjaga. Hakikat yang berkuasa ialah Allah S. W. T. Simbol CKR juga boleh
digunakan untuk mencuci seluruh rumah daripada sebarang unsure tenaga negatif.
Bayangkan symbol ini dan bayangkan ianya banyak memenuhi rumah anda dan mencuci
segala tenaga negatif yang tidak baik.

96

Selain daripada symbol CKR, terdapat banyak lagi symbol tenaga Reiki yang hebat-hebat
dan boleh digunakan. Namun begitu, cukuplah saya berikan contoh tenaga bola dan
symbol CKR yang asas. Carilah guru yang bertauliah atau datang berjumpa saya untuk
belajar dengan lebih mendalam hingga ke peringkat Master. Reiki lain daripada tenaga
prana atau tenaga telekinesis. Namun begitu, tenaga ini wujud dan anda boleh
mempelajarinya. Saya hanya berikan anda pelajaran yang asas. Itupun sudah cukup hebat
jika diamalkan.
14) Clairsentiance
Clairsentiance adalah kebolehan menyentuh seseorang atau benda dan merasai akan
tenaganya. Tenaga mungkin berat atau ringan, panas atau sejuk, baik atau jahat, licin atau
kasar dan sedih atau gembira. Kebolehan mengecam tenaga positif dan tenaga negatif ini,
akan dapat menyelesaikan pelbagai masaalah. Pakar kaunseling amat berguna jika
menggunakan clairsentience untuk merasai dan mengecam segala maklumat dah
pemikiran daripada medan tenaga. Maklumat tenaga ini dapat diperlihatkan dan
didedahkan melalui warna, cahaya, kegelapan serta emosi. Kadangkalanya, anda boleh
merasai tenaga daripada masa dahulu, masa kini dan masa hadapan. Untuk menggunakan
kuasa ini, anda perlulah memahami perasaan dalaman, kesan dan rasa.
15) Lucid dreaming (mimpi boleh ditafsir)
Secara saintifik, setiap orang di dunia ini bermimpi. Jika anda tidak bermimpi, anda
bukanlah manusia normal.Mimpi menunjukkan kesihatan akal anda atau dikenali dengan
kesihatan minda anda. Dalam lucid dream ini, kita akan melihat kuasa yang tersembunyi
dalam makna mimpi dan bagaimana ianya memberikan kita kefahaman mendalam
tentang perkara yang baik dalam kehidupan harian. Anda akan mempelajari bagaimana
caranya untuk mengawal dan melihat rahsia dalam mimpi anda.
Ramai yang merasakan kebanyakan mimpi mereka itu tidak mengikut kehendak hati
dan sangat membosankan lebih-lebih lagi, mereka tidak berminat untuk menganalisis
mimpi mereka. Jika anda rasakan begini, anda akan kehilangan peluang untuk melihat
makna dalam setiap mimpi anda. Ibaratkan anda berada dalam galeri lukisan yang dilukis
terlalu simbolik dan anda tidak mengerti apa-apa makna disebaliknya. Dengan itu,
mempelajari makna mimpi itulah diibaratkan anda mempelajari makna lukisan simbolik.
Jadi, saya soal anda, apakah itu mimpi? Jawapannya ada dalam pelbagai aspek seperti
fizikal, emosi, mental dan spiritual.
Dari aspek fizikal, kita boleh mengkaji akan mimpi itu dengan menggunakan alatan
electroencephalogram (EEG). Alatan ini sudahpun dicipta pada tahun 1930-an dahulu.
Ianya dapat mengkaji getaran elektrik otak. Daripada getaran ini, dapatlah diambil
jawapannya bahawa getaran terbahagi kepada lima tahap. Lima tahapan itu ialah Beta
( ), Alpha ( ), Theta ( ) dan Deltha ( ) dan Gamma ( ). Saya rasa, saya boleh

97

terangkan semula akan makna tahapan ini. Tahapan alpha ialah tahapan anda berada
dalam ketenangan yang tinggi. Pada tahapan ini, gelombang otak anda adalah
perlahaniaitu lebih kurang 9 hingga 14 pusingan sesaat. Ini dapat anda miliki sewaktu
anda melakukan aktiviti yang seronok dan tenang seperti memancing, memandu,
mendengar muzik, meditasi asas dan lain-lain lagi. Elbert Einstein banyak mendapatkan
idea-idea dalam teorinya sewaktu mencukur janggut. Gelombang ini juga boleh anda
dapati apabila anda sedang dalam peringkat permulaan meditasi. Theta pula, ialah
gelombang lebih tenang daripada alpha manakala amplitudnya tinggi. Gelombangnya
lebih rendah daripada gelombang alpha, contohnya, meditasi peringkat tinggi
gelombangnya lebih kurang 5 hingga 8 pusingan sesaat. . Manakala gelombang Deltha
pula ialah sewaktu anda sedang tidur yang nyenyak. Gelombangnya 1.5 hingga 4
pusingan sesaat. Cuma, gelombang Gamma sahaja yang hingga kini masih lagi dikaji dan
sukar difahami. Walau bagaimanapun, jumpaan sains mendapati, gelombang ini
frekuensinya lebih tinggi daripada gelombang Beta. Gelombang ini melebihi 30 hz.
Gelombang ini terjadi sewaktu anda dalam keadaan tekanan dan kemarahan.
Berikut hubungan antara gelombang dengan aktiviti semasa:
Frequencies (Hz)
Levels of Mind
30 keatas

Tekanan yang tinggi.

29, 28, 27, 26 & 25

Tekanan sederhana.

24, 23, 22, 21 & 20

Normal

19, 18, 17, 16, 15 & 14

Rehat yang sederhana

13, 12 & 11

Trance (khayal) yang ringan (suasana rehat.

10, 9 & 8

Trance sederhana (rehat sedarhana)

7, 6 & 5

Trance mendalam (rehat yang tinggi iaitu


hampir tidur)

4, 3 & 2

tidur

Tidak sedarkan diri

0.5

koma

Mati.

Para pengkaji telah pun menemui dua tahapan dalam tidur iaitu Rapid Eye Movement
REM (Pergerakan mata) dan Non Rapid Eye Movement NREM (tanpa pergerakan
mata). Dalam tahapan REM, anda akan melihat mata seseorang bergerak dalam lekuk
mata. Ini pembuktian anda sedang bermimpi. Dalam tahapan NREM pula, anda tidak
bermimpi. Sekarang mari kita kaji pula dalam aspek mental.
Dalam aspek mental pula, kita akan dapat lihat, dalam kehidupan yang serba moden
ini banyak tekanan mental. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menutup atau
menghentikan tugas otak sewaktu tidur. Sewaktu anda tidur, fizikal anda sedang berehat

98

dan mental anda pula bertugas dengan kreatif. Minda separa sedar anda telah dikejutkan
oleh mimpi yang anda alami dan ianya berguna untuk penyelesaian pelbagai masaalah.
Contohnya, Elbert Eistein mendapat idea teori pergerakan cahaya sewaktu beliau
bermimpi menunggang cahaya. Apabila anda bangun dari tidur dan anda kepenatan, ini
bermakna anda telahpun mendapat keterangan penyelesaian atau maklumat untuk
kehidupan harian. Cuma anda tidak tahu cara untuk meresapkan maklumat dalam
unconscious (tidak sedar ), melalui (sub conscious) separa sedar kepada pemikiran sedar
(conscious).
Dalam aspek emosi pula, berkait rapat dengan pemikiran mental. Kadangkala,
apabila anda sedar dari mimpi sedih, dengan tidak semena-mena, anda menangis.
Sewaktu kecil, anda pernah bermimpi ada hantu kejar anda dan apabila terjaga, anda
amat rasa ketakutan. Ada juga ketikanya, anda tidak sedar kenapa anda rasa amat takut
selepas terjaga dari mimpi. Ini kerana, anda tidak dapat mengingati akan mimpi anda
semalaman.
Dalam aspek spiritual pula, apakah hubungannya dengan mimpi anda? Dalam sejarah
Mesir, zaman Nabi Yusof, baginda pernah mentafsir mimpi Raja Mesir yang mempunyai
makna bahawa Mesir akan mengalami kemelesetan ekonomi dalam masa tujuh tahun.
Begitu juga, Nabi Yusof pernah bermimpi bulan dan bintang tunduk kepadanya. Ini juga
mempunyai makna yang mendalam dalam soal kerohanian (spiritual). Jadi, walaupun
ada kalanya dikatakan bahawa mimpi itu adalah permainan tidur, ada juga mimpi
membawa makna-makna yang tertantu dan boleh ditafsirkan.
Mengingati mimpi.
Anda perlulah mengingati mimpi yang anda alami. Ini untuk menganalisis rahsia
disebalik mimpi yang anda alami. Walaupun anda dapat mengingati mimpi sekalipun,
anda dinasihatkan menulis dalam diari. Ini kerana, setiap ingatan anda tidak semestinya
kuat dan sepenuhnya. Menulis dalam diari setiap mimpi anda dapat menglakkan anda
daripada melupai mimpi anda.
Ada beberapa sebab mengapa anda sukar mengingati mimpi anda. Sebab yang uatama
ialah anda tidak memfkuskan untuk mengingati mimpi atau otak anda malas hendak
mengingat atau mimpi anda tidak begitu menarik untuk diingati. Apabila anda cuba
menyingkap rahsia mimpi, anda telah menjalinkan dengan minda separa sedar dan super
kesedaran (superconsciousness). Jangan dilupakan untuk bermeditasi kerana meditasi
dapat meningkatkan perhubungan anda dengan minda separa sedar.
Membuat diari mimpi.
Tujuan anda membuat dairi mimpi ialah untuk menyelidik akan mimpi anda sendiri.
Belilah dairi dari kedai yang berhampiran. Tidak perlulah dairi itu mahal dan terlalu
besar. Cukup sekadar sederhana dan boleh anda gunakan untuk menulis penyelidikan
mimpi yang bakal anda alami. Selepas anda bangun dari mimpi, tentulah adakalanya,

99

tulisan tangan anda sangat tidak cantik dan kelam kabut. Untuk itu, sediakan kertas yang
kosong dan letakkan pada bantal anda. Selepas menulis mimpi yang anda alami,
pindahkan tulisan anda itu ke dalam dairi.
Anda harus jujur pada diri sendiri menulis setiap mimpi anda tidak kira sama ada
mimpi itu menyeronokkan atau menakutkan. Ini adalah untuk memberikan keputusan
analisis anda tentang mimpi yang akan anda alami. Pastikan juga anda memasukkan
tarikh dan jam. Misalnya, anda terjaga dari mimpi pukul 3 pagi. Tuliskan tarikh dan
pukul 3 pagi. Jika anda terjaga dari mimpi, teruslah menulis isi mimpi anda. Janganlah
anda terus membasuh mulut dan menggosok gigi. Ini akan menyebabkan anda lupa akan
isi kandungan mimpi anda. Sewaktu anda merekodkan mimpi anda, pertama sekali,
pastikan anda mengingati dengan terperinci mimpi anda dan dapatkan perkara pokok
dalam mimpi itu. Tuliskan juga apakah perasaan anda terhadap mimpi tersebut.
Spasifikkan (terperincikan) setiap emosi anda. Jika anda rasa takut, marah atau sedih,
tuliskan saja. Jangan cuba ubah mimpi itu jadi indah. Ikhlas dalam menulis mimpi anda.
Untuk mencari makna mimpi anda itu, pertama sekali, janganlah anda menganalisis
terlalu lama. Dapatkan tindakan yang memberikan ingatan mimpi anda. Adakah ianya
sesuai dengan segala aspek kehidupan anda? Tuliskan juga kemunculan sesiapa sahaja
dalam mimpi anda dan apakah perasaan anda tentang kehadiran seseorang itu dalam
mimpi anda. Tuliskan juga apa yang anda makan sebelum tidur. Untuk yang beragama
Islam, ambillah air sembahyang sebelum tidur dan bacalah doa tidur. Ingatlah agak sukar
anda hendak menganalisis mimpi jika anda meminum arak, dadah dan lain-lain lagi
dalam kategori penyalah gunaan dadah.
Jika anda masih lagi gagal untuk mengingati mimpi yang dialami, anda bolehlah
sekadar menuliskan apa yang anda rasakan pada pagi itu. Jika anda bersugguh-sungguh
untuk menulis mimpi harian , minda separa sedar akan bertugas dan akhirnya, anda dapat
mengingati mimpi anda. Gunakanlah affirmation (pernyataan diri) sebelum anda tidur.
Buangkan affirmation yang negatif dan ambil semuanya yang positif. Ini untuk
membersihkan pemikiran dan perasaan negatif sebelum anda tidur. Contoh affirmation
Aku boleh mengingati mimpiku setiap kali, Ingatan aku sangat baik dan Aku boleh
mentafsir mimpiku. Minda separa sedar anda akan bersetuju dan memastikan anda dapat
mengingati dan memahami tafsiran mimpi anda.
Melakukan perkara sebelum tidur.
Terlentangkan diri anda dengan perlahan. Rehatkanlah otak anda. Rasakanlah
nyaman dan keselesaan. Awasilah pernafasan anda. Bernafaslah secara teratur dan
lembut.Tidak perlulah anda membilang atau mengkontrol nafas anda. Cuma anda perlu
bernafas dengan bebas dan tenang. Fokuskan kepada kaki kanan anda. Katakan bahawa
kaki anda itu berat dan rasailah otot kaki kanan anda berehat. Katakanlah dengan
perkataan kaki kanan anda sedang berehat. Lakukanlah perkara yang sama untuk kaki
kiri. Seterusnya menjalar dari kaki ke paha kanan, paha kiri, perut, dada, tangan kanan,
tangan kiri, bahu kanan, bahu kiri, leher, mulut, hidung, kening dan kepala. Lakukanlah
secara bertahap dan rasailah otot tubuh anda sedang berehat tanpa adanya tekanan sama

100

ada fizikal mahupun mental. Bila semua tubuh anda secara terperinci berehat, katakanlah
tubuh anda sekarang amat berat dan berehat. Dengan cara ini, tubuh anda akan berasa
amat tenang.
Seterusnya, nyatakan kepada diri anda bahawa anda pasti akan mengingati semua
mimpi yang akan anda alami. Selepas itu, bolehlah anda tidur mengiring sesuka hati
anda. Asalkan lena anda amat nyenyak. Minda separa sedar anda akan bertugas untuk
mengingati semua mimpi anda.
Memahami mimpi.
Seperti yang telah saya jelaskan dulu, catatkanlah setiap mimpi yang anda alami.
Tidak kiralah sama ada mimpi itu nampak lucu, karut, takut, sedih, gembira atau
simbolik. Tuliskanlah saja tanpa prejudis. Cubalah anda mentafsirkan setiap mimpi yang
telah anda alami itu. Jika ada orang lain dalam mimpi anda, lihatkanlah adakah ianya
bersangkutan dengan anda atau tidak. Mungkin ianya hanya emosi atau ganjaran atau
memperlihatkan sesuatu. Adakalanya, anda amat sukar untuk memahami mimpi anda.
Minda separa sedar anda memberikan anda kod dan anda sukar untuk memahami kod
itu. Melalui mekanisme mimpi, minda separa sedar anda cuba memberitahu kepada kita
apa yang sedang dan akan berlaku. Jadi, tafsirlah setiap maklumat yang cuba diberitahu
oleh minda separa sedar anda.

Firasat mimpi mengikut kitab lama.


Ini saya berikan tafsiran firasat mimpi hasil karangan ulamak muktabar zaman dahulu.
Sudah barang tentu hasilan tulisan ini berdasarkan kepada kebolehan tingkat kerohanian
yang tinggi. Namun begitu, yakinlah setiap kejadian itu adalah di bawah kekuasaan Allah
jua. Saya berikan 26 tafsiran mimpi:
1) Bila bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W atau melihatnya,
tafsirannya, jika anda bukan Islam, anda akan masuk agama Islam. Jika
anda orang Islam, anda sudah terjamin masuk syurga. Jika anda pedagang
atau petani, nescaya dagangan atau pertanian anda akan beruntung.
2) Bila mimpi bertemu atau melihat sahabat Nabi, Abu Bakar, Umar, Usman
dan Ali, anda akan jadi pembesar, ahli agama, senang beramal dan adanya
pemerintah yang adil.
3) Bila bermimpi melihat pendita, ulama, hukama dan fuqaha banyak yang
meninggal dunia, tandanya akan berlakulah kerosakan agama.
4) Bila bermimpi orang lelaki lebih banyak daripada perempuan dan bergaul
tandanya banyak orang akan berbuat kebaikan.
5) Bila bermimpi anak kecil berkumpul dengan orang dewasa tetapi anak
kecil lebih banyak lagi, tandanya anda akan mendapat anugerah Allah.
6) Bila bermimpi banyak kubur, anda akan mendapat kesusahan.
7) Bila bermimpi badannya nampak indah, anda akan dikasihani.

101

8) Bila bermimpi anda bernikah dan bernikah lagi, tandanya, anda akan
mendapat pekerjaan atau rezeki.
9) Bila bermimpi badan anda terpenjara dan tidak boleh keluar, tandanya
anda akan turun pangkat.
10) Bila bermimpi badan anda diikat atau dirantai, maknanya, peribadi anda
tidak baik.
11) Bila bermimpi gigi anda sebelah atas gugur, tandanya, akan ada kematian
keluarga.
12) Bila bermimpi diri anda digantung, tandanya, anda akan dimaafkan.
13) Bila bermimpi diri anda dipalu atau dipukul orang, tandanya anda akan
mendapat rezeki.
14) Bila bermimpi kedua-dua tangan anda diikat, tandanya anda akan
kehilangan harta.
15) Bila bermimpi melihat harimau, tandanya anda akan melihat pembesar.
16) Bila mimpi berak tandanya anda akan kehilangan.
17) Bila bermimpi pergi belayar atau naik kenderaan, tandanya anda akan
mendapat untung yang banyak.
18) Bila bermimpi badan anda sakit, tandanya budi pekerti anda tidak baik
atau sukar mencari pekerjaan.
19) Bila bermimpi diberi orang kayu bakar, tandanya anda akan mendapat
rezeki.
20) Bila bermimpi dalam rumah anda banyak kayu bakar, tandanya anda akan
mendapat beruntung yang besar.
21) Bila bermimpi menjimak ibu, saudara, jiran atau orang yang haram
dinikah, tandanya anda akan mendapat beruntung dan rezeki.
22) Bila bermimpi memegang pena atau pencuri tandanya akan mendapat
ilmu.
23) Bila bermimpi matanya bercahaya atau badannya bercahaya tandanya
akan mendapat kebaikan.
24) Bila bermimpi mata buta tandanya akan ditimpa kesusahan.
25) Bila mimpi bandannya berdarah tandanya akan terpisah dengan ibunya
atau sakit.
26) Bila bermimpi dapat ilmu atau bertemu dengan ulamatandanya akan naik
pangkat.
Mimpi untuk penyelesaian masaalah.
Mimpi boleh digunakan untuk mencari penyelesaian atau mencari jawapan atau mencari
idea-idea yang tersembunyi. Albert Einstein mendapat ilham tentang teori kelajuan
cahaya setelah beliau bermimpi menunggang cahaya. Ilham melalui mimpi ini, akan
menjadi kenyataan jika anda cuba mencari logiknya. Apabila tidur, anda akan mengalami
denyutan gelombang otak di tahap Delta (). Waktu itu, minda sedar anda sudah berhenti
bertugas dan ianya akan diganti oleh minda separa sedar. Kadar denyutan gelombang
ialah 1 hingga 3 HZ sesaat. Sebelum tidur, tuliskan dalam kertas, apakah mimpi yang
hendak anda alami? Contohnya, anda hendak bermimpi mencari penyelesaian masaalah

102

tentang percintaan. Lakukanlah meditasi pernafasan terarah selama 30 minit sebelum


tidur. Kemudian terus tidur. Apabila anda terjaga dari mimpi, tuliskanlah apa sahaja
mimpi yang anda alami dan kaitkan dengan masaalah anda. Minda separa sedar anda
sentiasa bersedia untuk bertugas.
Berikut saya ceritakan cara seorang ilmuan memecahkan problemnya melalui mimpi.
Namanya Profesor Agassiz seorang ilmuan terkemuka dari Amerika. Yang telah menemui
teknik minda separa sedar yang tidak kenal lelah ini. Pada satu hari, beliau menemui
fosil seekor ikan yang rosak. Beliau mengingati bahawa ingin bermimpi tentang fosil
tersebut. Bila terbangun dari mimpi ,beliau gagal mengingati bentuk lengkap fosil itu.
Beliau pergi ke Jardin Des Plantes dengan harapan bila terlihat fosil, beliau dapat ingat
mimpinya. Namun gagal mengingatinya. Malam berikutnya, beliau menyediakan kertas
dan pensil dan bila terjaga dari mimpi, dalam gelap, beliau melukis fosil tersebut. Beliau
akhirnya berjaya mengklasifikasikan ikan tersebut.
Kisah yang kedua ini saya kemukakan tentang cerita seorang doctor dari Canada bernama
Doktor Frederick Banting. Beliau bertungkus lumus menjalankan eksperimen mencari
penawar penyakit diabetes (kencing manis). Apabila kepenatan, beliau tidak lagi
memerah otak untuk menyelesaikan masaalahnya. Namun begitu, minda separa sedarnya
sentiasa bertugas dan beliau mendapat dan menemui cara membuat insulin untuk
mengubati diabetes melalui mimpi.
Melalui dua cerita ini, saya rasa sudah cukup untuk anda fahami bahawa mimpi juga
merupakan salah satu ruang untuk minda separa sedar anda menunjukkan keajaibannya
yang tersendiri.
Kehebatan minda separa sedar tiada had.
Minda separa sedar sebenarnya unlimited atau tiada had. Namun begitu, anda perlu sedar
dan sentiasalah mengkaji, menganalisis dan menaakul tentang potensi minda separa
sedar. Kalau nak diterangkan melalui buku ini tentang kehebatan dan kegunaan minda
separa sedar, saya rasa berjilid-jilid pun tak akan habis. Cukup sekadar anda mengetahui
asas kegunaanya dan itupun sudah mampu meningkatkan potensi minda separa sedar
anda melebihi orang lain. Anda harus ingat, minda diibaratkan seperti pisau. Jika anda
gunakan untuk perkara baik, maka baiklah hasilnya. Jika anda gunakan untuk perkara
jahat, maka jahatlah hasilnya. Saya memberikan anda asas untuk mengaktifkan minda
separa sedar anda. Andalah bertanggung jawab untuk meningkatkan lagi akan keupayaan
minda separa sedar anda. Inilah pembuka jalan menjadikan anda insane luar biasa dan
insane yang hebat di muka bumi ini. Jangan lekas merasa jemu dengan latihannya. Rajinrajinlah berusaha. Semoga buku ini dapat membuka sempadan diri anda yang dahulunya
tertutup. Anda akan menemui ledakan KEHEBATAN MINDA SEPARA SEDAR

103

104