Anda di halaman 1dari 6

KHAIRUL AMRAN BIN ABU BAKAR

SRU2
NPQEL AMBILAN 1/2016
CABARAN KERJA SEPASUKAN
Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja
dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara
berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri
daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling
bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta
mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia
melaksanakan tugasan secara bersama. Antara ciri2 sebuah pasukan adalah:
CIRI-CIRI

PASUKAN KERJA

Ketua

Ketua sebagai fasilitator dan pebimbing pasukan

Membuat
keputusan

Persetujuan seluruh pasukan setelah maklumat diterima dan


dinilai

Matlamat

Matlamat ditentukan oleh pasukan

Penentuan kerja

Pasukan merangcang penugasan kerja secara bersama

Komunikasi

Komunikasi dua hala yang lebih terbuka dan telus

Kerjasama

Anggota berkongsi kepakaran dalam menjadi pelengkap


antara satu sama lain

Hasil kerja

Hasil kerja berpasukan

Penilaian

Prestasi di nilai secara kolektif

Melalui kerja berpasukan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa


meningkatkan sumber kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha,
pengatahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja
yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian. Lapan nilai-nilai
utama yang menjasi pra syarat kepada perlaksanaan kerja secara berpasukan iaitu:
1.
2.
3.
4.

Matlamat sama
Tanggungjawab bersama
Saling percaya mempercayai
Berkongsi idea

5.
6.
7.
8.

Saling bantu membantu


Bertolak ansur
Musyawarah
Kerjasama

Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja


dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara
berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri
daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling
bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta
mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia
melaksanakan tugasan secara bersama. Kerja berpasukan yang paling berkesan
adalah apabila semua individu melibatkan diri dan memberi sumbangan secara
harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.
Namun begitu seringkali timbul pelbagai halangan dalam membentuk satu
pasukan yang mantap dalam organisasi bagi menjayakan misi dan visi sekolah. Ini
berpunca daripada beberapa faktor yang menjadi penghalang kepada pembentukan
satu pasukan kerja yang mantap di sekolah. Warga sekoah yang tidak memahami
dan menghayati visi dan misi organisasi akan mewujudkan ketidak fahaman
mengenai matlamat organisasi dan boleh menyebabkan pelbagai masalah yang
akan merencatkan pembangunan kerja sepasukan yang mantap. Pandangan ahli
organisasi yang berbeza dengan pandangan kepimpinan organisasi jelas akan
membantutkan usaha membentuk pasukan kerja yang kuat. Ahli-ahli dalam
organisasi berpegang kepada matlamat yang pelbagai adalah antara faktor yang
dikenalpasti menjadi halangan.
Gaya kepemimpinan pemimpin sekolah lebih bercorak mutlak atau kuku besi
akan menimbulkan situasi yang tidak menyenangkan apabila wujud persaingan
kepemimpinan dalam kalangan mereka. Begitu juga sekiranya wujud gaya
kepemimpinan mengikut suka hati dan tidak mengamalkan demokrasi dalam
kepimpinan. Pasukan yang terbentuk juga akan menghadapi masalah seandainya
ada dalam kalangan ahli pasukannya tidak ada disiplin yang mantap dan tinggi.
Permasalahan disiplin ahli organisasi akan menjejaskan organisasi itu sendiri.
Mereka yang kurang disiplin tentunya tidak bersungguh-sungguh menjalankan
tugas. Kerja yang diberi selalu ditangguhkan dan suka dilengah-lengahkan. Hal yang
sebegini akan menjejaskan tumpuan ahli-ahli lain yang lebih komited berbanding
dengan diri mereka. Maka keadaan yang berterusan akan menyebabkan timbulnya
perasaan tidak puas hati dan akhirnya pasukan tersebut berkemungkinan akan
berpecah.
Kekeringan idea yang bernas bagi ahli organisasi untuk melaksanakan
sesuatu amanah yang diberikan menyebabkan pemikiran mereka menjadi tepu
kerana orang yang sama sentiasa berada dalam pasukan yang sama. Bagi
mengelakkan hal ini berlaku sesorang pemimpin memerlukan dua perkara utama
iaitu pertama ialah kepemimpinan sekolah perlu memberi satu suntikan idea baharu

pada pasukan yang terbentuk. Seiring dengan kekurangan idea, mereka juga akan
menghadapi masalah dari segi kemahiran yang kurang dalam satu-satu bidang kerja
yang diberi. Kekurangan kemahiran ini dalam kalangan mereka menyebabkan mutu
penghasilan kerja agak kurang daripada yang diharapkan. Ini akan menyebabkan
pengurangan keberkesanan atau kualiti pasukan tersebut.
Model Tuckman mengsyorkan beberapa peringkat kerjasama sepasukan seperti
berikut:
1.
2.
3.
4.
5.

Pembentukan/Forming
Mencambah/Storming
Norma/Norming
Menjalankan/Performing
Penamatan/Adjourning & Transformig

1. Pembentukan/Forming
Pembentukan pasukan dibentuk dan tugas-tugas diagihkan. Ahli pasukan
menunjukkan lebih kepada pelakuan perseorangan. Walaupun ada
persefahaman antara ahli, tetapi ahli pasukan tidak mengenali satu sama lain
bagi mempercayai. Masa banyak dihabiskan untuk merancang, mengumpul
data dan menjalinkan hubungan antara satu sama lain.
2. Mencambah/Storming
Pasukan yang dibentuk akan mencuba menangani tugasan pekerjaan dengan
mencadangkan idea-idea yang bernas, tetapi percanggahan idea tetap
berlaku dan jika fasa ini tidak diuruskan dengan baik, berkemungkinan ia
akan melumpuhkan kerja berpasukan. Namun sekiranya pasukan terlebih
fokus untuk mendapatkan persetujuan semua, pasukan mungkin akan
memilih jalan atau cara terbaik untuk menyelesaikan masalah atau pekerjaan.
Ini akan menimbulkan masalah di kemudian hari. Amatlah penting jika pada
fasa ini, pasukan tersebut mempunyai seorang pemimpin yang boleh
menjalankan pekerjaan dengan baik dan teguh.
3. Norma/Norming
Bagi fasa ini setiap ahli pasukan bergerak ke arah bekerja secara harmoni
dengan ahli-ahli bersetuju terhadap nilai dan peraturan pasukan beroperasi.
Dalam situasi yang terbaik, pasukan boleh bertindak agar ahli-ahli pasukan
mengambil lebih tanggungjawab. Risiko yang mungkin berlaku ialah pasukan
berkemungkinan akan menjadi selesa dan sentiasa berkeadaan rehat serta
mereka kehilangan daya kreativiti dan daya usaha yang akan membawa
mereka ke tahap zon selesa.

4. Menjalankan/Performing

Pasukan dikenali sebagai pasukan yang berjaya menjalankan tugas jika


mereka ada keupayaan bekerja sendiri, bermotivasi, berilmu dan berdaya
boleh. Keputusan dibuat secara kolaboratif dan sikap bertoleransi diamalkan
kerana wujud sikap saling hormat menghormati dalam komunikasi antara ahli
pasukan.
5. Penamatan/Adjourning & Transformig
Fasa ini merupakan fasa terakhir yang ditambah oleh Tuckman bagi meliputi
penamatan projek dan pembubaran kerja berpasukan. Pasukan boleh
kembali ke mana-mana fasa dalam model ini sekiranya mereka mengalami
perubahan seperti melihat semula matlamat projek atau perubahan ahli
pasukan. Dalam pasukan yang berjaya, apabila seseorang ahli pasukan
meninggalkan pasukan dan ahli baru masuk, pasukan biasanya akan ke
Pembentukan/Forming.
Beberapa langkah yang perlu ada bagi mengharmonikan hubungan ahli-ahli
dalam pasukan. Seorang Guru Besar mesti memiliki dan berperanan meliputi
pelbagai aspek bagi memastikan pasukannya bergerak ke arah mencapai
matlamat yang ditetapkan. Apabila seseorang pemimpin melaksanakan
peranannya
secara
kreatif
dan
inovatif,
maka
beliau
dapat
mengorganisasikan pasukannya dengan baik dan mantap. Antara peranan
yang mesti dimiliki oleh seseorang pemimpin pasukan adalah seperti berikut:
a. Perancang
Guru Besar yang mantap mesti bijak merancang dan membuat
penyusun perancangan yang terancang. Perancangan yang dibina
mesti diteliti dan mempunyai fokus yang jelas. Bagi merancang kerja,
Guru Besar mesti mendapatkan idea-idea daripada semua ahli supaya
kualiti kerja dapat ditingkatkan lagi. Beliau juga perlu bertindak dengan
berkesan bagi menggerakkan ahli-ahli yang lain supaya bekerja secara
aktif dari aspek menjana idea, tenaga dan sebagainya. Dalam
perancangan, banyak perkara yang mesti difikirkan, diurus dan ditadbir
dengan dimensi dan perspektif yang baharu oleh ketua dan
pasukannya.
b. Pelaksana
Guru Besar sepatutnya tidak menggunakan kuasa yang dimiliki untuk
memaksa ahli-ahli pasukannya melaksanakan kehendak beliau yang
bersifat peribadi. Sebagai pelaksana, Guru Besar mesti berusaha
menjalankan ataupun memenuhi kehendak ahli-ahlinya. Mereka juga
perlu melaksanakan program yang ditetapkan bersama. Dalam aspek
ini, pengetua perlu mengambil kira susunan tugas ahli kumpulan
mengikut keperluan dan kepakaran masing-masing selaras dengan

matlamat organisasi. Bagi meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja,


faktor-faktor seperti minat, kepakaran dan kemahiran setiap ahli
kumpulan perlu diambil kira dalam menstrukturkan tugasan. Melalui
cara ini, pasukan kerja itu akan memperoleh kejayaan.
6)

Mengawasi Hubungan Antara Ahli Kumpulan


Dalam pasukan kerja di sekolah, terdapat pelbagai ragam dan perbezaan
sifat atau tingkah laku antara setiap ahli. Perbezaan ini akan mewujudkan
pelbagai pendapat dan menimbulkan konflik sehingga mencetuskan suasana
tegang dalam pasukan kerja itu. Tugas Guru besar sebagai pemimpin perlu
menjaga ahlinya supaya tidak berlaku perselisihan dan berusaha
membangunkan hubungan yang harmoni serta semangat bekerjasama antara
setiap satu sama lain.

7)

Pemberi Ganjaran, Pujian Ataupun Hukuman


Guru Besar perlu dan berupaya untuk menggembirakan hati ahli-ahlinya yang
kuat bekerja serta memberi banyak sumbangan kepada kumpulannya melalui
ganjaran. Guru Besar boleh memberikan ganjaran berbentuk pujian apabila
ahli kumpulannya melaksanakan tugas dengan jayanya. Apabila Guru Besar
menunjukkan sikap menghargai sumbangan para ahlinya, secara tidak
langsung beliau mendapat kerjasama yang padu daripada orang
bawahannya.

8)

Pengantara
Bagi membuat penyelesaian perselisihan atau menerima aduan daripada
anggota kumpulannya, Guru Besar mesti bertindak tegas, tidak pilih kasih
ataupun hanya mementingkan satu pihak sahaja. Guru Besar perlu bertindak
sebagai pengantara mampu membantu menyelesaikan konflik yang dihadapi
oleh ahli pasukannya. Perselisihan yang berlaku dalam pasukan kerja yang
tidak dapat diselesaikan memerlukan bantuan daripada pihak ketiga untuk
mengatasinya. Konflik yang timbul boleh menjejaskan semangat kerjasama
setiap ahli dan merugikan pasukan. Apabila konflik tidak diselesaikan dengan
cara yang bijak, pembentukan kerja berpasukan akan menjadi sia-sia.
Peranan Guru Besar yang bertindak sebagai orang tengah dalam menjaga
keharmonian pasukan kerja, seterusnya dapat menyumbang kepada
kecemerlangan pasukan itu.

9)

Bertindak Sebagai Ayah Atau Ibu


Tindakan Guru Besar terhadap ahli kumpulannya perlu menggambarkan
seolah-olah tindakan ayah ataupun ibu terhadap anggota keluarganya. Begitu
juga perumpamaan yang diberikan kepada Guru Besar dalam pasukan kerja.
Guru Besar mesti menganggap bahawa orang bawahannya seperti ahli
keluarga yang perlu diberi perhatian sepenuhnya. Guru Besar perlu

mengambil berat hal ehwal ahli pasukannya seperti kebajikan, penyediaan


kemudahan dan sebagainya. Hubungan sesama ahli juga mesti
dititikberatkan. Pemimpin kerja berpasukan perlu berusaha mewujudkan
hubungan bersikap kekeluargaan yang mesra antara satu sama lain. Hal ini
penting bagi tujuan menjamin sifat kerukunan pasukan itu sepanjang masa.
Peranan Guru Besar sebagai seorang pemimpin dalam kehidupan seseorang
guru semestinya diserlahkan melalui peranan role model atau mentor. Guru
Besar boleh bertindak dalam pelbagai cara agar warga sekolah dapat melabel
mereka sebagai tempat rujukan yang boleh dicontohi atau dijadikan idola. Hal
ini secara tidak langsung menjadikan mereka sebagai mentor yang boleh
diteladani oleh seluruh warga sekolah. Pengetua juga perlu
mentranformasikan kepimpinan melalui kerja berpasukan terlebih dahulu
dalam membentuk wawasan dan matlamat yang jelas. Wawasan ini perlulah
mempunyai gambaran yang realistik dan mampu menaikkan semangat serta
komitmen setiap warga sekolah.

Anda mungkin juga menyukai