Anda di halaman 1dari 7

RAMADAN: KEHADIRAN MU DINANTI

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Sempena kedatangan Ramadan Al-Mubarak yang bakal menjelma, saya
ingin mengajak saudara sekelian untuk kita menjadikan bulan Ramadan
sebagai bulan takwa dengan cara kita mengukuhkan sifat takwa yang ada
dalam diri kita disamping melaksanakan ibadah puasa dengan cara yang
terbaik serta melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan
segala laranganNya dengan penuh kesungguhan dan Istiqamah. Semoga
kita tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang beroleh kejayaan di
dunia dan di akhirat.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 183:

Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,
supaya kamu bertaqwa.
Sesungguhnya Allah subhaanahu wataala menyatakan bahawa dengan
melaksanakan ibadah puasa dengan kesungguhan, kita akan memperolehi
darjat ketakwaaan di sisi Allah subhaanahu wataala. Menjadi suatu yang
lumrah kepada insan, saban tahun apabila hadirnya Ramadan, kita
1

diperingatkan secara berulang-ulang kalimah Laallakum Tattaqun


(supaya kamu bertakwa). Namun, yang menjadi persolaannya, sudahkah
kita mencapai ke tahap takwa itu setiap kali datang dan berakhirnya
Ramadan?
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah subhaanahu wataala
atas segala nikmat yang dianugerahkan kepada kita semua khususnya
nikmat Islam dan kehidupan. Maka dengan nikmat tersebut dapt kita
meneruskan usaha dan tenaga kita menyediakn bekalan-bekalan yang
sepatutnya untuk dibawa ke alam Akhirat. Ingatlah, sesungguhnya segala
nikmat kurniaan Allah ini merupakan amanah Allah yang akan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Di antara nikmat terbesar yang dianugerahkan oleh Allah kepada hambahambaNya ialah nikmat ketika berada di bulan Ramadan. Inilah bulan yang
Allah akan membuka seluas-luasnya pintu rahamat, keampunana,
pembebasan dari azab neraka dan hidayah, istimewa untuk hambahambaNya yang ingin melakukan perubahan dalm kehidupan hidup dan
bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 185:


(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan


yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian
manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk
dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah

Di dalam bulan Ramadan juga Allah menjanjikan pahala yang berlipat kali
ganda kepada hambanya yang tekun melaksanakan kebaikan. Ini
2

berdasarkan sebuah Hadis daripada Salman r.a katanya, Nabi SAW


bersabda yang bermaksud:
Barangsiapa mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan
Ramadan dengan sesuatu dari perkara kebajikan samalah seperti dia
mengerjakan suatu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang
lain. Dan barang siapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan
Allah pada bulan Ramadan, samalah seperti dia menunaikan tujuh puluh
perkara yang diwajibkan Allah pada bulan-bulan yang lain.

Bahkan Allah SWT juga menjanjikan pengampunan terhadap segala dosa


yang pernah dilakukan oleh hambaNya berdasarkan kepada sebuah Hadis
dairpada Abu Hurairah r.a , Nabi SAW telah bersabda:
Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadan
penuh keimanan dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya
diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Sebagai hamba Allah yang beriman, wajib bagi setiap dari kita menjadikan
bulan Ramadan sebagai medan untuk kita mengislahkan dan
memuhasabahkan diri supaya menjadi seorang hamba Allah yang benarbenar beriman dan muslim yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Sejarah
kegemilangan Islam yang lalu menunjukkan, melalui madrasah Ramadan
yang disediakan oleh Allah subhaanahu wataala, telah melahirkan para
sahabat Nabi dan juga muslim yang bertakwa, berakhlak mulia, memiliki
iman yang kental dan berhati luhur.
Melalui ibadah puasa yang dilakukan dengan kesungguhan dihiasi pula
dengan amalan-amalan ibadah yang lain seperti menyantuni golongan
fakir, miskin dan anak-anak yatim dengan amalan bersedekah,
memperbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir, bertarawih, berqiamullail
dan lain-lain, sebenarnya ia merupakan ubatan yang paling mujarab untuk
3

membersihkan jiwa kita daripada kuman-kuman Mazmumah disamping


mendorong kita kepada kehidupan yang bahagia dan diredhai Allah
subhaanahu wataala.
Dari Abd. Rahman bin Auf telah berkata, bahawa Nabi SAW telah
bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah telah memfardhukan puasa Ramadan dan
sunat bagi kamu menghidupkan malamnya, maka sesiapa yang berpuasa
dan melakukan ibadah Qiam (ibadah malam) disertakan dengan keimanan
dan kerna menuntut keredhaan Allah, nescaya keluar dosa-dosanya (yakni
ibadah-ibadah tersebut membersihkan dirinya daripada dosa-dosanya
sehingga menjadi) seperti pada hari dia dilahirkan oleh ibunya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Demi memastikan ibadah puasa Ramadhan tahun ini benar-benar memberi
reformasi yang besar dalam diri kita. Persediaan dan persiapan yang
cukup rapi mesti kita lakukan demi mencapai hasrat tersebut. Antaranya
ialah:
1. Kita hendaklah mempunyai ilmu dan kefahaman yang mendalam
terhadap ibadat puasa yang akan kita lakukan. Ini boleh dilakukan
dengan kita menghadiri kuliah-kuliah ilmu di Masjid dan Surau.
Penyertaan kita di dalam majlis ilmu akan meningkatkan
pengetahuan
kita
berkaitan
perkara-perkara
yang
boleh
membatalkan puasa dan menghilangkan pahala puasa. Sekiranya
seseorang itu berpuasa dalam keadaan mengetahui dan memahami
batas-batasnya maka ibadah pusanya akan lebih bermakna dan
memperolehi ganjaran pahala. Rasulullah SAW telah bersabda yang
bermaksud:
Barang siapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan
sedang ia mengetahui batas-batas larangannya dan berusaha
dengan bersungguh-sungguh menjaga diri daripada melakukan

sesuatu yang merosakkan puasanya, (maka dengan itu akan


dimapunkan dosa yang lalu).
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ada di kalangan masyarakat kita yang cukup menjaga diri daripada


melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dengan
mengelakkan diri daripad makan dan minum namun, dalam masa yang
sama mereka masih melakukan maksiat kepada Allah subhaanahu
wataala. Sebagai contoh, terdapat sesetengah individu yang rajin
berpuasa teteapi tidak menunaikan solat, berjudi dan mendedahkan aurat.
Akibatnya ibadah puasanya menjadi sia-sia, hanya sekadar berlapar dan
dahga sahaj, tetapi tiada pahal yang diperolehi kerana masih lagi
melakukan larangan Allah subhaanahu wataala. Ingatlah amaran Nabi
SAW melalui sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a katanya, nabi SAW
telah bersabda:
Berapa ramai orang yang berpuasa, sedang puasanya tidak diterima
Allah melainkan hanya lapar dan dahaga semata-mata.
(Ad-Darami)
2. Persediaan yang rapi mestilah kita lakukan sebelum kedatangan
bulan Ramadan itu sendiri. Ini dapat kita lihat apabila Nabi sallAllahu
alayhi wasallam
melakukan persediaan yang terbaik dengan
melakukan ibadah puasa sunat Isnin dan Khamis secar tetap bahkan
baginda akn lebih kerap berpuasa sunat apabila datng sahaj bulan
Syaban. Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan
Muslim, Saidatina Aishah r.a pernah menyatakan dengan
maksudnya:
Aku tidak pernah melihat Rasulullah sallAllahu alayhi
wasallam
menyempurnakan puasa sebulan melainkan bulan
Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih
banyak dari bulan Syaban.

3. Menghidupkan rasa rindu, cinta dan seronok dengan kehadiran


Ramadan yang semakin hampir dengan memperbanyakkan doa dan
pengharapan terhadap Allah subhaanahu wataala. Nabi sallAllahu
alayhi wasallam apabila masuk sahaja bulan Rejab, maka para
sahabat kerap mendengar Nabi berdoa dengan penuh pengharapan
semoga bertemu Ramadan. Ini berdasarkan kepada hadis riwayat AtTibrani, dari Anans bin Malek r.a berkata, Nabi Muhammad SAW
biasanya berdoa semasa melihat anak bulan Rejab dan Syaban
secar khusus seperti berikut:
Ya Allah, Ya Tuhan kami, limpahkanlah berkat kepada kami
pada bulan Rejab dan Syaban dan sempurnakanlah kami (dengan
selamat) ke bulan Ramadan.
Marilah kita memastikan Ramadan tahun ini adalah yang terbaik
berbanding Ramadan yang lalu dengan kita melakukan perkara yang
dinyatakan tadi. Jadikanlah Ramadan sebagai bulan pesta ibadah dengan
kita melakukan persiapan yang terbaik untuk merebut ganjaran-ganjaran
yang amat banyak yang Allah janjikan sepanjang bulan berkat ini.
Janganlah jadikan Ramadan sebagai pesta judi, hanya sibuk memilih
minuman dan juadah berbuka puasa sepanjang sebulan berpuasa.

Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa


sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,
supaya kamu bertaqwa. (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari
yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam
musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak
(hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang
yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar
fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa yang dengan
sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka
itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu
lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 183 - 184)

Anda mungkin juga menyukai