Anda di halaman 1dari 4

SEJARAH SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

ILMU PERSILATAN
Seni silat atau pencak diri ini telah berkembang di nusantara dan telah diamalkan
berkurun lama dahulu. Namun begitu usia dan salasiah ilmu persilatan ini tidak dapat
dihuraikan secara teperinci kerana tiada usaha pihak berwajip dilakukan secara
mendalam. Ada pihak yang mengagarkan seni silat ini telah berusia dalam lingkungan 700
tahun dan telah berkembang dengan pesat di Brunei,Filifina,Indonesia,Malaysia dan
Thailand. Pada permulaannya seni bela diri ini telah berkembang kerana perhijrahan dan
penjajahan. Namun kini ilmu persilatan telah berkembang pesat ke seluruh dunia
khususnya melalui pertandingan sukan seni bela diri yang dianjurkan dan usaha
menjadikan seni bela diri kepulauan melayu ini sebagai daya tarikan pelancong.
PERTUBUHAN

SILAT

KEBANGSAAN

(PESAKA)

juga

telah

ditubuhkan

dalam

usaha

permodenan dan pemeliharaan ilmu persilatan untuk terus kekal. Dari segi peralatan
fizikal

pula,sejata

yang

digunakan

adalah

seperti

keris,badik

kerambit,parang,pedang,lading,tumbuk lada,tongkat,tebung dan sundang.


JENIS-JENIS ILMU SILAT:
1. SILAT GAYUNG PUSAKA
2. SILAT CEKAR HARIMAU
3. SILAT CEKAK
4. SILAT JAWA
5. SILAT KERINCI
6. SILAT KERIS LOK SEMBILAN
7. SILAT HANG TUAH
8. SILAT CEKAK USTAT HANAFI
9. SILAT MAT KILAU

KARATE DO
Pada umumnya karate do lebih digambarkan serangan menggunakan kaki dan tangan dan
tangan secara menyeluruh. Konsep yang diamalkan adalah merujuk kepada fahaman
umum iaitu serangan lurus dan mendatar. Asas karate adalah sama namun terdapat
perbagai jenis dan aliran karate. Di antara aliran utama karate adalah seperti
shotokan,shito-ryu,sholin

ryu,goju

ryu,

dan

sebagainya.

Pergerakan

dalam

seni

mempertahankan diri ini memperlihatkan pergerakan yang seimbang ying dan yang.Asas
latihan karate terbahagi kepada tiga peringkat iaitu kihon. Ia adalah latihan seni asas
karate seperti menumbuk,menendang,menangkis dan mengelak. Peringkat kedua ialah

katta,iaitu latihan jurus atau bunga karate.Yang terakhir adalah kumite iaitu latihan bela
diri dan pergerakan seni tempur.

KUNG FU
Sejarah kung fu yang paling terkenal dipercayai berasal dari Bodhidarma yang dikenali
dengan nama Da Mo atau Ta Mo. Beliau merupakan pangeran Buddha dari India yang
pergi meninggalkan kemewahan di China dan mengunjungi para bikshu di atas sebuah
biara.Setiba di sana dia mendapati bahawa sami-sami disana sering sakit dan tidak sihat.
Oleh itu dia mencipta jurus-jurus yang tergabung dan dikenali dengan nama Delapan
Belas Tangan Buddha. dan disusun dalam kitab sekitar 4 jilid. Dalam jilid tersebut lebih
menitikberatkan kepada latihan kesihatan dan kesegaran pertimbangan bela diri kerana
memang

dicipta

untuk

menyihatkan

para

sami

di

biara.

Dalam prkembangan yang mengiringi kung fu,kung fu berubah fungsi dengan lebih
menitikberatkan pada gerakan pergerakan seperti Tai Chi yang kononnya baik bagi orang
lanjut usia dan wanita kerana gerakannya yang lembut. Oleh itu kung fu moden lebih
tangkas dan lincah naman fungsinya sebagai bela diri semakin berkurang. Kecepatan
adalah bahagian penting dalam latihan kung fu.Latihan ini melibatkan kecekapan
kaki,kecekapan tangan dan posisi tubuh. Kadangkala latihan kung fu mungkin melibatkan
penggunaan senjata. Kombinasi penggunaan senjata untuk segala bentuk kemungkinan
yang bakal belaku lebih lengkap dengan penggunaan senjata.
.

SILAMBAM
Tidak ramai masyarakat yang menyedari seni bela diri silambam ini. Silambam merupakan
seni mempertahankan diri masyarakat India dan menjadi tradisi bagi mereka. Silambam
merupakan seni bela diri Dravidian iaitu tradisi berasaskan petempuran tongkat. Gaya ini
dipercayai berasal dari Bukit Kurinji 5000 tahun yang lampau di mana penduduk
menggunakan tongkat buluh untuk mempertahankan diri mereka dari serangan haiwan
buas. Panjang tongkat biasanya sekitar 1.68 meter(lima setengah kaki) manakala saiz
tongkat berkait dengan pengguna silambam. Kayu sepanjang tiga kaki yang dikenali
sebagai SENDIKUCHI boleh dibawa secara tersembunyi. Pengamal silambam tidak
bersenjata menggunakan beberapa pola pergerakan berasaskan pergerakan haiwan
terutamanya bentuk ular dan helang. Silambam ,Kuthu varisa ,teknik kosong secara
harafiah bererti urutan tumbukan,maduyu(tanduk rusa)dan shela atau cheela. Selepas
seni ini itersebar ke dunia melayu"SILAMBAM" merujuk kepada seni bersenjatakan kayu
dan tongkat. Beberapa seni bela melayu seperti silat juga dipercayai telah menyarap
masuk ke dalam silambam.

TAEKWANDO
Taekwando telah dibawa ke Malaysia oleh generai Choi Hong Yi dengan mandat yang
diberi oleh Persatuan Taekwando Korea(KTA) . Pada tahun 1963 persatuan Taekwando
Selangor telah diasaakan. Pada tahun 1966 pengorganisasian semula telah dibuat olah
oleh KTA yang telah menggabungkan perbagai Taekwando(KWANS) menyebabkan
semangat kemalaysiaan di Malaysia timbul.general choi yang memperkenalkan seni ini di
Malaysia tidak bersetuju dengan hekraki persatuan Taekwando di Korea.Maka pada 1972
Persatuan Taekwando Malaysia secara rasminya telah ditubuhkan. Dalam mencapai era
kemajuan

persatuan,timbul

perbagai

masalah

dan

rintangan.Tetapi

pecinta

seni

Taekwando telah mencari jalan untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi
masalah yang timbul ini. Dalam masa yang pendek ini MTA telah dipekembangkan di
seluruh Malaysia. Kini ia telah disertai semenanjung Malaysia timur,polis,angkatan tentera
dan

pelbagai

agensi

lain.

JUDO
Untuk seni beladiri yang seterusnya pula kita akan melihat seni pertahanan diri yang
berasal dari Jepun iaitu seni bela diri JUDO. Judo dalah seni mempertahankan diri yang
berasal dari Jepun dan dimajukan dari seni bela diri JUJUTSU dan diasaskan oleh DR
JIGORO KANO pada tahun 1982. Sukan ini juga menjadi model kepada seni tempurmoden
jepun. Pengamal seni bela diri jepun ini menggunakan kekuatan badan untuk menjatuhkan
dan menewaskan musuh.Antara contoh Judo yng terkenal adalah Judo Kosei Inoue. Bagi
pengamal Judo ini mereka akan menggunakan teknik Uchi mata untukmenewaskan
musuh.

MUAY THAI
Muay Thai atau turut dikenali sebagai Tinju Siam adalah sejenis seni bela diri yang unik
dan dipercayai telah wujud sejak lebih 1600 tahun dahulu dalam masyarakat Thailand
apabila raja siam Nasesuan yang ditangkap raja Burma lalu menawarkan perbebasan
bersyarat iaitu menentang jaguh-jaguh tinju Burma. Pertarungan untuk pembebasan ini
berlangsung dengan kejayaan beliau menewaskan 12 jaguh burma yang mencabarnya.
Kejayaan ini menobatkan beliau sebagai jaguh negara sehinggalah sukan ini dijadikan
aktiviti sukan lasak masa lapang di dalam masyarakatnya.

Kekuatan muay thai ini menonjolkan seni bela diri yang menggunakan sepenuhnya
kekuatan tangan,siku ,kaki,dan lutut,untuk menjatuhkan dan melumpuhkan lawan. Sama
ada dalam konteks tradisi atau ciri-ciri luarannya,sukan ini berbeza jika dibandingkan
dengan seni bela diri yang lain yang kelihatan seiras dengannya seperti Kick Boxing yang
terkenal di barat. Pertarungan berlaku dalam jarak yang dekat ataupun jarak yang
terlangkau oleh kaki dan tangan.

Dalam seni bela diri ini kadang-kadang peninju akan menerpa dan bergerak kehadapan
dengan pantas untuk membuat pukulan dan tendangan. Dalam jarak paling dekat ketika
dua peninju berpaut dan merangkul bahagian atas badan lawan peninju masih membuat
pukulan yang kuat dengan mengunakan lutut,tumbukan dan rangkulan itu sendiri yang
boleh merebahkan lawan. Peninju akan berusaha mengawal lawan dengan mengunakan
setiap ruang yang terdedah dengan pantas. Kelebihannya tetap kepada kekuatan pukulan
dan kesempatan bertindak dalam kepantasan yang ada ketika membelasah lawan.

Sukan seni bela diri Muay Thai ini telah hidup dengan begitu subur dan meluas dalam
masyarakat thailand sehingga ke hari ini. Ianya bukan sahaja terkenal di Thailand malah
telah merebak ke seluruh dunia sebagai seni mempertahankan diri yang mempunyai
kekuatan dan keistimewaan yang tersendiri. Malah ia juga dianggap raja dalam sukan
pertarungan secara berdepan dan raja sukan pertarungan gelanggang.
ADAT RAM MUAI
1. Bertujuan supaya sentiasa menghormati guru dan merendah diri
2. Satu displin menghormati seni pertarungan
3. Sebagai adat masuk gelanggang
4. Melurut tali gelanggang dengan iringan musik tertentu
5. Mendidik supaya tunduk kepada tuhan mengikut ajaran masing-masing

Anda mungkin juga menyukai