Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS GURU BESAR SJKC UNTUK PERTANDINGAN

SYARAHAN DAN UJIAN BERTULIS BAHASA MALAYSIA SJKC PERINGKAT


DAERAH HULU SELANGOR 2016
Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada para hadirin.
Yang Dihormati Saudari Pengacara Majlis.
Yang Berbahagia Tuan Zainal Abidin Bin Mohd Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu
Selangor.
Yang Berusaha Ahli-Ahli Majlis Guru Besar SJKC Hulu Selangor, Pengerusi PIBG Dan
Lembaga Pengelola Sekolah, guru-guru dan murid-murid yang saya kasihi sekalian.
Terlebih dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin sekalian yang
berjaya menghadirkan diri serta melibatkan diri dalam Pertandingan Syarahan Dan Ujian
Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Peringkat Daerah Hulu Selangor 2016 pada tahun ini.
Tuan-tuan, puan-puan dan hadirin sekalian,
Buat pertama kalinya sekolah saya terlibat dalam menganjurkan Pertandingan Syarahan
Dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Peringkat Daerah Hulu Selangor pada hari ini. Selaku
Pengerusi MGB, saya berasa amat bertuah kerana telah diberi mandat untuk menjayakan
program ini.
Tujuan pertandingan ini adalah untuk menggalakkan murid-murid SJK(C) menguasai
serta mempertingkatkan taraf Bahasa Malaysia. Hal ini disebabkan kita tidak mahu murid-murid
dalam kalangan sekolah SJKC ketinggalan dalam Bahasa Malaysia. Di samping itu, kita juga
mahu menggalakkan murid-murid di SJKC bertutur dalam Bahasa Malaysia. Hal ini dapat
melatih murid-murid ini menggunakan Bahasa Malaysia setanding dengan murid-murid di
Sekolah Kebangsaan.
Tuan-tuan, puan-puan dan para hadirin sekalian,
Selain itu, murid-murid yang ingin meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
penggunaan Bahasa Malaysia pasti teruja apabila dapat menyertai pertandingan seperti ini. Hal
ini sekaligus dapat menanam semangat cintai Bahasa Malaysia dalam kalangan murid-murid.
Akhir kata, saya berharap agar pertandingan seumpama ini diteruskan dan usaha seperti
ini digiatkan tanpa jemu. Semoga majlis pada hari ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Saya
juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa pelaksana pertandingan
syarahan dan ujian bertulis kerana bertungkus lumus membuat persediaan untuk menjayakan
program ini.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai