Anda di halaman 1dari 19

TUGASAN

SEMESTER JANUARI 2016


KOD KURSUS

ETP 441

NAMA KURSUS

TEACHING PRACTICUM

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

ROSNAH BINTI RAMLI

NO. MATRIK

E30209120608

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUAN RUSLINDA BINTI SHARI

PUSAT
PEMBELAJARAN

IPOH, PERAK

1.0

Pengenalan
Kreativiti

ialah

suatu

bentuk

proses

pemikiran

yang

mendorong mengeneralisasi idea baru. Ia melibatkan kombinasi


antara idea baru dan idea lama yang diproses semula, membuat
pemilihan dan menukar ganti menjadi suatu yang baru. Sementara
itu, inovasi pula merupakan suatu idea, amalan atau objek yang
dianggap baru dan yang lebih baik. Inovasi dihasilkan oleh manusia
kreatif yang dapat membina trend baru dan menggunakan peluang
maksimum walaupun dalam ekosistem yang banyak persaingan.
kreativiti dan inovasi boleh diterap secara langsung melalui aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara terancang.
Elemen ini boleh diajar oleh guru melalui pendekatan pengajaran
yang berpusat kepada murid atau student centre. Pengajaran
berpusat kepada murid maksudnya pengajaran dan pembelajaran
yang dilakukan secara dua hala iaitu guru mengajar dan murid
belajar. Guru dikehendaki sentiasa mencabar keupayaan berfikir
muridnya dengan menggunakan pelbagai teknik mengajar dan alat
bantu pengajaran yang menarik minat murid.
Inovasi

dan

mempelbagaikan

kreativiti

aktiviti

boleh

pembelajaran

dilaksanakan
seperti

dengan

kuiz,

forum,

syarahan, bahas, membuat projek, kerja berkumpulan dan tugasan


luar bilik darjah adalah sangat digalakkan. Aktiviti tersebut akan
menggalakkan

murid

berfikir,

berbincang,

membuat

rujukan,

menyediakan nota dan menghasilkan tugasan tersebut. Ini akan


menggalakkan

percambahan

idea

dan

dapatan

baru

yang

melibatkan unsur-unsur kreativiti dan inovasi di kalangan murid.

2.0

Rasional
Dalam organisasi sekolah, kreativiti dilihat sebagai satu kuasa
atau force yang penting bagi mencorakkan perkembangan kreativiti
dalam pengurusan sekolah (Abdul Rahim Abdul Rashid. 2002).

Pengurusan organisasi

sekolah perlu

kreatif

sekolah

pembelajaran

yang

organisasi

bagi menjadikan
dinamis

untuk

mengembangkan pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran


teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia. Cabaran
sekolah dan pendidikan dalam era perubahan k-ekonomi revolusi
pengetahuan

dan

mengadaptasikan

informasi
pelbagai

maklumat

perubahan

memerlukan

yang

berlaku

sekolah
(Harman,

1998). Wawasan dan misi sekolah perlu bersifat kreatif bagi


menjadikan sekolah organisasi pembelajaran yang berkesan dan
progresif

(Wall,

1999).

Pengurusan

perubahan

memerlukan

organisasi sekolah memantapkan lagi wawasan organisasi yang


mampu membawa dan menjadikan sekolah pusat kecemerlangan
ilmu

pengetahuan,

penyebaran

idea

baru

dan

menyuburkan

pemikiran kreatif untuk perubahan sosial, teknologi dan membentuk


masyarakat

berpengetahuan

(Fransman,

1999).Keperluan

melaksanakan inovasi sedikit sebanyak dapat membantu guru


dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran yang dapat menarik
minat pelajar untuk belajar topik yang diajar dan memastikan
mereka

memahami isi pengajaran lalu objektif pembelajaran

tercapai. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah


memberi peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada
Kementerian Pelajaran bagi melaksanakan aktiviti latihan guru yang
berfokus kepada kemahiran berfikir aras tinggi atau high order
thinking skills. Penerapan atau aplikasi inovasi ini amat bergantung
kepada keberkesanan system pendidikan bagi melahirkan modal
insan yang kreatif dan inovatif. Ini kerana aplikasi inovasi yang baik
dalam kurikulum pendidikan mampu melahirkan pelajar yang
berdaya saing diperingkat antarabangsa (Shuhada, 2010).
Bagi merealisasikan hasrat negara, Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah merangka transformasi terhadap bidang
pendidikan seperti isi kandungan kurikulum, penyusunan, pedagogi
dan pendekatan di dalam bilik darjah yang membolehkan potensi
inovasi

dan

kreativiti

pelajar

dapat

dipupuk

dengan

efektif.

Transformasi ini penting kerana kurikulum merupakan perubahan


penting

bagi

keberkesanan

sekolah

dan

laluan

kepada

kecemerlangan pendidikan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010).


Transformasi kurikulum dapat membuka laluan kepada pelajar untuk
menerokai dan membuat penemuan kaedah pembelajaran yang
baru melalui eksperimen, reka cipta dan penyelidikan. Ini termasuk
perbincangan rakan sebaya, simulasi, lawatan lapangan dan aktiviti
menyelesaikan masalah yang membolehkan aplikasi sumber di
dalam dan diluar bilik darjah. Pelaksanaan kurikulum baru ini pula
bergantung

kepada

keupayaan

guru

memperbaiki

dan

mengaplikasikan elemen inovasi dan kreativiti dalam amalan


pengajaran di dalam bilik darjah.

3.0

Pernyataan Masalah
Peranan pengurusan sekolah tidak kurang pentingnya dalam
merealisasikan elemen kreativiti dan inovasi dalam kalangan
warganya. Dengan perkataan lain pengurusan sekolah juga mesti
kreatif dan inovatif agar menjadi organisasi pembelajaran yang
bermaklumat, menggalakkan pengembangan pengetahuan baru,
berbudaya saintifik, penggunaan teknologi serta ICT secara meluas
dan penggunaan tenaga sumber secara maksimum. pelbagai
persekitaran

pembelajaran

diwujudkan

bertujuan

untuk

menyediakan persekitaran pembelajaran yang memenuhi kehendak


pelajar.
Akses kepada pelbagai perkhidmatan dalam talian menjadi
mudah dengan adanya sambungan internet jalur lebar tanpa wayar
seperti 1BestariNet di sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2012), dan boleh dijalankan dengan peranti digital seperti tablet
atau telefon bimbit. Pembelajaran dalam talian boleh dijalankan di
mana-mana pada bila-bila masa dalam persekitaran pembelajaran
maya (Park, 2011). Murid tidak terhad kepada ruang bilik darjah
atau komputer desktop, tetapi mempunyai akses kepada maklumat

di internet. Repositori pengetahuan di internet termasuk laman web,


blog,

video,

imej

dan

juga

pembentangan.

Memandangkan

perkembangan teknologi yang semakin meluas dalam bidang


pendidikan

seperti

penggunaan

e-pembelajaran,

pelbagai

persekitaran pembelajaran telah diperkenalkan, contohnya Virtual


Learning

Environments

(VLE).

Kementerian

Pendidikan

Malaysia(KPM) telah mengambil langkah bagi memperkasakan


generasi masa depan menerusi internet berkelajuan tinggi dengan
melaksanakan
pembelajaran

projek
ini

1BestariNet.

bertujuan

Inovasi

menyediakan

dalam

persekitran

pendidikan

berteras

internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia dengan


harapan dapat mengubah platform pendidikan di Malaysia serta
merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar
bandar.
Namun

begitu,

kita

tidak

boleh

menafikan

bahawa

kemampuan sesetengah sekolah dalam kelengkapan ICT dan akses


internet

adalah

terbatas.

Terdapat

juga

sekolah

yang

tidak

mempunyai computer walaupun mempunyai makmal komputer.


Sekolah juga dibekalkan dengan jaringan internet YES berkapasiti
1GB,

namun

berdasarkan

maklumbalas

guru,

sekiranya

ia

digunakan untuk satu kelas yang mempunyai sekurang-kurangnya


30 orang pelajar, maka akses internet menjadi lemah dan lebih
separuh pelajar tidak akan dapat mengakses internet sama sekali.
Lalu apa jalan penyelesaiannya? Kita perlu mencari jalan untuk
melaksanakan inovasi dengan menggunakan kelebihan yang kita
ada. Dalam erti kata lain, apa yang kita ada. Terdapat sekolah yang
menggunakan duit PIBG dengan membeli alatan LCD untuk
membantu guru melaksanakan pembelajaran bercirikan ICT didalam
kelas tanpa perlu pergi ke makmal komputer. Terdapat juga guru
yang membelanjakan duit sendiri membeli alatan LCD sendiri yang
rata-ratanya

dalam

lingkungan

RM1000

ke

atas.

Guru

yang

menggunakan ICT dalam pembelajaran mempunyai akses tanpa had


kepada bahan bantu mengajar yang interaktif dari internet bagi

pelbagai subjek. Keberkesanan sekolah akan terserlah jika mereka


dapat menggunakan teknologi dan ICT dalam pengurusan dan
dalam bilik darjah. Sebenarnya teknologi tidak dilihat sebagai alat
semata-mata tetapi boleh menjadikan sistem pengurusan lebih
efisien dan berkesan. Penggunaan ICT secara meluas dapat
membina imej baru dalam pengurusan organisasi yang berprestasi
tinggi. Ia akan menjadikan sekolah lebih berdaya saing dan menjadi
lebih produktif.
4.0

Objektif
Caserani dan Greatwood (1995) menggariskan beberapa
objektif penting bagi mencetuskan kreativiti dan inovasi dalam
organisasi sekolah dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:1. Mewujudkan persekitaran untuk perkembangan kreativiti
2. Menggalakkan perkembangan idea dan pendapat
3. Pengaliran dan kebebasan maklumat untuk mendorong kreativiti
4. Membina suasana dan iklim organisasi tempat kerja yang

menggalakkan kreativiti
5. Membentuk struktur kreatif penyelesaian masalah
6. Perkembangan pemikiran kepada tindakan
Oleh

yang

demikian,

inovasi

membolehkan

guru

dapat

menyesuaikan teknik pengajaran dengan pelajar generasi masa kini


yang mempunyai pelbagai tahap pemikiran. Mungkin bagi murid
bagi

kelas

hadapan,

inovasi

tidak

diperlukan

kerana

tahap

intelektual mereka adalah tinggi, namun ia boleh digunakan untuk


menjadikan pembelajaran lebih menarik. Manakala bagi pelajar di
kelas sederhana dan belakang, inovasi perlu digunakan bagi
menerapkan elemen interaktif dan kefahaman dalam pengajaran
dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan dalam rancangan
pengajaran

tercapai.

distimulasikan

pada

Malah
mereka

kemahiran
untuk

berfikir

berfikir

diluar

juga
kotak

dapat
dan

menggunakan apa
pelbagai

perkara

yang dipelajari untuk


bukan

sahaja

diaplikasikan dalam

peperiksaan

malah

dalam

kehidupan.

5.0

Pelaksanaan Inovasi
Dalam melaksanakan inovasi, guru memainkan peranan
penting bagi menerapkan

elemen tertentu dalam pengajaran

mereka. Sebagai penyampai ilmu guru perlulah memiliki kemahiran


tinggi bagi melakukan transformasi dalam menjana minda murid
agar menjadi lebih dinamik. Mempunyai kemahiran sedemikian
akan menjadikan guru berada di tahap teratas dan akan disanjung
oleh

muridnya.

Kualiti

guru

sedemikian

akan

membolehkan

muridnya menguasai berbagai kemahiran lain seperti berfikir aras


tinggi, penyelesaian masalah, berkomunikasi dan berkolaborasi
dengan baik.
Pelaksanaan inovasi terbahagi kepada 3 bentuk pembelajaran
kaedah baru. Pertama ialah pembelajaran menggunakan lagu.
Kedua ialah pembelajaran menggunakan kartun. Ketiga ialah
pembelajaran menggunakan video. Pembelajaran menggunakan
lagu khusus kepada topik tatabahasa. Pembelajaran menggunakan
kartun khusus kepada topik peribahasa dan komsas. Pembelajaran
menggunakan video pula khusus kepada ulasan dan karangan.

5.1

Pembelajaran Menggunakan Lagu


Inovasi yang pertama ialah menggunakan lagu. Inovasi
ini khusus bagi topik melibatkan tatabahasa. Tatabahasa
dapat ditakrifkan sebagai peraturan, kaedah dan sistem
sesuatu bahasa. Kajian tatabahasa dapat diertikan sebagai
bidang yang menganalisis dan menghuraikan pembentukan
ayat serta turut mencakup bidang penelitian pembentukan

kata. Contohnya pembelajaran topik kata adjektif. Murid akan


didendangkan dengan lagu Pagi Yang Gelap dari kumpulan
HUJAN. Antara kata adjektif yang boleh didapati ialah seperti
gelap, terang, rindui, tarik. Begitu juga lagu Terlalu Rindu
dari Eleena Haris, kata adjektif yang diperolehi ialah kaburi,
jujur, buntu dan banyak lagi.
.Kesalahan bahasa dan perkataan juga boleh didapati
dalam lagu-lagu terkini, dan murid pada masa kini sebenarnya
cekap dalam mengenalpasti elemen tatabahasa dalam lagu
khususnya lagu yang biasa didengar dan diminati. Contohnya
penggunaan perkataan blah dalam lagu Boleh Blah oleh
Nana Sheme. Selain itu, murid juga boleh diajar topik
mengenalpasti kesalahan umum tatabahasa menggunakan
lagu.
Berikut merupakan antara kesalahan umum tatabahasa
yang terdapat pada lirik-lirik lagu masa kini.
Contoh 1
Coba - Nyanyian: Faizal Tahir Ciptaan: Audi Mok
Korus:
Siapa sebenarnya aku pada mu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku pada mu
Bil. Ayat Kesalahan
1. ...sebenarnya aku pada mu...
2. aku pada mu .
Sebab kesalahan ialah kata sendi nama "pada" tidak
sesuai

digunakan

kerana

pada"

digunakan

untuk

menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Ia perlu


digantikan dengan kata sendi nama
mendukung

makna

sebenar

kepada" bagi

kata

Pembetulan .sebenarnya ialah aku kepada mu .


Contoh 2
Sampai Syurga
Nyanyian: Faizal Tahir
Ciptaan: Audi Mok
Rangkap Kedua:
Ku membenarkan jiwa ku tuk mencintai mu
Ku persembahkan hidup ku tuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah ku merasai begitu
Korus Kedua:
Aku lemah tanpa kamu
Ku ingin mu dampingiku
Aku fahami aku bukan terbaik tuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cinta mu
Hanya kamu
Lagu Perangkai (Bridge):
Dan,
Segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja
Ku mahu dirimu
Bahagia tuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu
Cinta darimu
Agar ku sempurna
Bil. Ayat Kesalahan
1. .ku merasai begitu
2. Sampai syurga ku cinta mu
3. cinta darimu

tersebut.

Sebab kesalahan pertama ialah penggunaan imbuhan


apitan meN-i dimana imbuhan apitan yang tepat
untuk

menyampaikan

maksud

ayat

tersebut

ialah

imbuhan apitan meN--kan yang membawa maksud


kausatif atau menyebabkan sesuatu terjadi. Kesalahan
kedua ialah perkataan cinta seharusnya mempunyai
imbuhan akhiran kan bagi mendukung makna sebenar
ayat tersebut. Kesalahan ketiga pula ialah kesalahan
penggunaan kata sendi nama dari. Kata sendi nama dari
digunakan untuk menyatakan arah, tempat dan waktu.
Dari perlu digantikan dengan kata sendi nama daripada
supaya

menepati

maksud

sebenar

ayat

tersebut.

Pembetulan kesalahan pertama ialah ku merasakan


begitu, kedua ialah Sampai syurga ku cintakan
mu, dan ketiga ialah .cinta daripada mu.
Guru juga boleh melihat elemen gaya bahasa seperti
singkatan,

simpulan

bahasa,

metafora,

hiperbola

dan

sebagainya yang banyak digunakan dalam lagu masa kini dan


masa lalu. Contohnya lagu Terbang Burung Terbang oleh
Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam liriknya iaitu penyakit
angau. Dalam lagu Pokok oleh Meet Uncle Hussain bersama
Hazama, terdapat penggunaan elemen gaya bahasa seperti
metafora iaitu tersentuh hati bagai luruh. Dalam lagu Jinbara
bertajuk

Kasihnya

Laila,

terdapat

elemen

gaya

bahasa

hiperbola seperti terbelah dunia tetap bersama. Murid juga


akan lebih meminati topik pembelajaran sekiranya lagu terkini
dimainkan dan dinyanyikan bersama di dalam kelas, namun
kawalan guru adalah penting bagi memastikan objektif
pembelajaran tercapai.

5.2

Pembelajaran Menggunakan Kartun

Contohnya gambar di atas boleh dijadikan isi dalam


ulasan atau karangan bagi tajuk hubungan kekeluargaan.
Kartun dapat memberikan gambaran visual yang cukup
banyak kepada murid yang mana ia dapat mewujudkan
pelbagai

bentuk

imaginasi

bagi

murid

yang

boleh

diterjemahkan ke dalam isi mereka semasa menjawab soalan.


Namun begitu guru perlu memberikan panduan tentang
definisi gambar kartun yang ditunjukkan dan seterusnya
mencungkil pengetahuan sedia ada murid untuk membentuk
isi dari idea mereka sendiri.

Elemen nilai murni dan kesedaran sivik juga boleh


diselitkan melalui gambar yang ditunjukkan. Ini kerana
gambaran

visual

yang

terdapat

dalam

kartun

boleh

menggambarkan pelbagai ekspresi muka, perasaan dan dialog


yang lucu tetapi mempunyai elemen nasihat. Guru juga perlu
bijak

mengolah

bahan

yang

ditunjukkan

supaya

murid

memahami isi yang disampaikan oleh gambar tersebut. Pada


masa kini, terdapat beberapa syarikat penerbit buku yang
mengeluarkan buku komsas dan novel dalam bentuk novel
grafik seperti MBP dimana murid dapat membaca novel atau
cerpen yang diajar dalam bentuk sama seperti komik. Ini
dapat menarik minat murid yang sesuai mereka yang sukakan
komik dan membantu mereka memahami jalan cerita dengan
mendalam dan mudah diingati khususnya novel yang panjang
jalan ceritanya.

5.3

Pembelajaran Menggunakan Video

Video yang terdapat dalam internet khususnya youtube


begitu

banyak

sekali

yang

boleh

digunakan

dalam

pembelajaran kita. Bagi subjek Bahasa Melayu, video boleh


digunakan

khusus

bagi

topik

yang

melibatkan

komsas,

peribahasa, ulasan dan karangan. Contohnya dalam Antologi


Baik Budi Indah Bahasa, terdapat cerpen bertajuk Banjir Di
Mata

Emak

dimana

cerpen

ini

melibatkan

elemen

tanggungjawab terhadap ibu bapa. Guru boleh menayangkan


video berikut mengenai pengorbanan ibu yang menjalankan
tanggungjawab

kepada

anak,

tayangan

visual

ini

akan

memberikan pelbagai idea kepada murid bagi mengolah isi


bagi karangan atau ulasan atau soalan KBAT dalam komsas.
Murid juga mampu berfikir pada tahap yang tinggi dimana
mereka boleh memberi sumbangan atas apa yang dipelajari di
dalam kelas kepada ibubapa dan masyarakat diluar sekolah
nanti.

Contoh lain seperti iklan perubahan iklim di bawah :

Iklan ini menunjukkan beberapa perbuatan manusia yang


menyebabkan berlakunya perubahan iklim dan apakah yang perlu
dilakukan untuk memperbaikinya. Murid boleh menulis ulasan atau
karangan yang lengkap dengan hanya melihat video berdurasi 1
minit ini. Murid boleh menulis beberapa isi berkaitan faktor-faktor
berlakunya perubahan iklim seperti penggunaan kenderaan yang
tinggi dan kilang yang beroperasi dengan pelepasan asap yang
tidak terkawal, penggunaan elektrik tanpa had, penebangan pokok
atau hutan yang tidak terkawal dan pembakaran terbuka. Murid
kemudian boleh menulis isi berkaitan kesan perubahan iklim
terhadap bumi seperti bencana alam iaitu kemarau dan banjir yang
juga menyebabkan kerosakan tanaman dan terjejasnya pendapatan
dan bekalan makanan kepada manusia. Akhirnya dengan babak
murid boleh menulis langkah-langkah mengatasi perubahan iklim
iaitu menanam lebih banyak pokok, menggunakan teknologi seperti
solar dan angin untuk menjimatkan elektrik dan tidak melepaskan
pencemaran berbahaya sepertimana elektrik. Selain itu pelajar
boleh menulis tentang cara hidup yang perlu diubah seperti lebih
banyak berjalan berbanding menggunakan kenderaan.
Ini menunjukkan tayangan video adalah sangat efektif dan
interaktif.

Namun

guru

perlu

membimbing

murid

dalam

mengembangkan idea menggunakan ayat topik, ayat huraian serta


contoh bagi memastikan karangan mereka lengkap dan minimal
kesalahan bahasa.

6.0

Refleksi Keseluruhan (Refleksi Selepas Pelaksanaan Inovasi)


Murid dilihat lebih berminat terhadap subjek Bahasa Melayu
keranan bahan inovasi yang digunakan guru berjaya menarik
perhatian mereka apatah lagi lagu dan video serta kartun amat
dekat dengan gaya hidup mereka. Bahan yang digunakan berjaya
membantu murid khususnya mereka dari kelas belakang untuk lebih
berani menyatakan idea dan menulis lebih banyak jawapan yang

sesuai dan berkualiti khususnya dalam karangan dan ulasan kerana


mereka sangat lemah di bahagian tersebut. Melalui inovasi ini guru
berjaya memaksimakan 60 minit yang diberikan bersama murid
untuk pembelajaran Bahasa Melayu dengan berkualiti. Murid juga
dilihat lebih mengingati isi pengajaran untuk tempoh yang lebih
lama kerana bahan yang digunakan adalah berbentuk gambar,
visual dan lagu yang boleh diingati imej yang dilihat atau lirik yang
didengarnya.
Namun begitu, terdapat beberapa kekangan yang dialami
guru dalam melaksanakan inovasi ini semasa pengajaran mereka.
Pertama ialah penyediaan bahan. Bukan semua topik yang diajar
mempunyai bahan yang sesuai di dalam internet untuk digunakan
dalam pembelajaran. Guru juga sebenarnya perlu mencipta bahan
mengajar sendiri dan ini memerlukan kreativiti agar bahan tersebut
mencapai objektifnya semasa digunakan lalu mencapai objektif
pembelajaran.

Kedua

ialah

kekangan

masa.

Rata-rata

guru

mempunyai 160 minit atau 6 masa bersama murid setiap hari. Ini
bersamaan dengan 2 masa bagi 1 kelas, 6 masa bagi 3 kelas.
Mengambilkira faktor masa yang terhad di sekolah, guru perlu
mencuri masa menyiapkan bahan inovasi di rumah, sudah tentu
pada malam hari, masa yang sepatutnya digunakan untuk berehat
bersama keluarga. Sebelum masuk ke kelas, guru juga perlu
mempersiapkan alatan lcd dan laptop untuk pengajaran dan ini
mengambil masa sekurang-kurangnya 5 minit atau lebih. Guru juga
perlu

memperuntukkan

penggunaan

bahan

selama

sekurang-

kurangnya setengah jam dan memberi laluan pada masa selebihnya


untuk aktiviti latihan. Oleh itu, guru perlu benar-benar efisian dalam
membahagikan masa yang diperuntukkan bagi sesebuah kelas.
Inovasi tidak hanya tertumpu pada aktiviti di dalam kelas
semata-mata. Pengetua dan Guru Besar bersama pengurusan
tertinggi di sekolah juga bertanggungjawab bagi mencetuskan
budaya kreativiti dan inovasi sama ada di kalangan guru atau murid.

Sekolah mestilah menjadi institusi yang menggalakkan tercetusnya


pendapat dan idea baru. Bagi mewujudkan suasana tersebut
sekolah perlu mengurangkan kerenah birokrasi dalam pengurusan
dan memberi ruang kebebasan berkarya kepada warganya. Pihak
pengurusan juga perlu menjadikan iklim sekolah yang sentiasa
ceria, bersih, kemas dan bermaklumat. Sikap terbuka, mesra dan
berperanan sebagai penyelesai masalah akan menjadikan guru dan
murid merasa gembira dan selamat semasa mengikuti aktiviti
pembelajaran. Kepimpinan sekolah hendaklah terdiri
mereka

yang

pembelajaran.

berkebolehan
Selain

dalam

mendapat

menguruskan

latihan,

daripada
organisasi

berpengalaman

dan

pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan mereka perlu


mempunyai dorongan dan komitmen yang kuat bagi membawa
perubahan kepada sekolah.
Perlu ada visi dan misi, strategi dan perancangan yang baik.
Bagi memastikan kejayaan perancangan tersebut mereka perlu
mendapat sokongan dan kerjasama yang padu daripada seluruh
warga sekolah termasuk ibu bapa. Mempunyai ciri budaya sekolah
yang

menggalakkan

kreativiti

dan

inovasi

akan

mendorong

semangat belajar yang tinggi di kalangan murid, mempunyai daya


usaha sendiri dan sentiasa berusaha mengembangkan potensi ke
arah yang lebih baik.

7.0

Penutup
Sesungguhnya murid yang kreatif dan inovatif akan menjadi
seorang yang sentiasa berfikir, ingin mencipta, bercita-cita besar,
berani dan yakin kepada diri sendiri. Inilah ciri-ciri murid yang perlu
kita lahirkan untuk menjadi warganegara bagi menghadapi cabaran
masa depan terutama dalam memasuki era 2020.

Kreativiti dan

inovasi yang dibentuk atau dibina perlulah bersesuaian dengan


keperluan dan kehendak masyarakat, individu dan juga negara.
Ianya juga hendaklah bebas daripada sebarang kebimbangan dan
ketakutan yang merupakan pra syarat untuk mengembangkan
potensi pelajar yang seharusnya mempunyai daya kreativiti dan
inovasi yang aktif dan berdaya maju. Individu yang bersifat kreatif
dan inovatif perlu diganjari dengan sepatutnya supaya bakat yang
ada tidak dipersiakan begitu sahaja.
Bagi guru yang kreatif dan inovatif pula, mereka harus
sentiasa mengkaji dan menyelidik apa yang berfungsi dan tidak
berfungsi dalam profesion mereka. Mereka perlu menanya beberapa
persoalan dengan diri mereka. Di antara persoalan-persoalan
tersebut ialah: Bagaimana perasaan beliau dengan kualiti dan kuantiti atau
aktiviti dalam perkembangan organisasi pembelajaran?
Bagaimana beliau membina dan mengukuhkan faktor yang telah
memberi sumbangan kepada kejayaan lepas?
Bagaimana beliau mengalih atau mengelakkan penghalang yang
mengganggu aktiviti?
Bagaimana beliau menetapkan matlamat untuk dan mengukur
kesesuaian perkembangan aktiviti dalam pembelajaran baru?
Bahagian mana yang paling perlu beliau pertingkatkan
perkembangan proses hasil pembelajaran baru?
Jadi jelas menunjukkan ciri-ciri kreatif dan inovatif bukan
sahaja wujud pada seseorang individu sahaja tetapi ia berkait rapat
dengan penyumbang atau faktor-faktor lain seperti kepimpinan,
pemikiran dan budaya sesuatu organisasi itu untuk menentukan
kejayaan, pembangunan dan perkembangan sesebuah organisasi
khasnya organisasi pendidikan.

8.0

Rujukan

1. Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Kreativiti, Inovasi Dalam


Pendidikan, (10/ 12/ 2012)
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121210/re_01/
Kreativiti-inovasi-dalam-pendidikan#ixzz47Ghc6xXd
2.
http://www.lyricsmode.com/lyrics/f/faizal_tahir/sampai_syurga_lyrics.
html
3. http://www.lyricsmode.com/lyrics/f/faizal_tahir/cuba_lyrics.html
4. Sifoo Sidee (8/5/2009). Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan,
http://www.mudahbelajar.com/?p=154
5. Noor Natasha Nadia Binti Jaafar

(2011) Penerapan Elemen

Inovasi Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus Ikhtisas Pendidikan,
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia