Anda di halaman 1dari 3

Kerepek Gunting / Kuih Gunting

1 cawan tepung gandum


4 tangkai cili kering dikisar jadi serbuk
1 sudu besar udang kering dikisar jadi serbuk
1/2 sudu kecil jintan manis dikisar jadi serbuk
1/2 sudu kecil jintan putih dikisar jadi serbuk
secubit garam
1 sudu besar minyak masak
110-120ml air (campurkan sikit2)- kite kurangkan cikit
sedikit daun kari untuk gorengan (optional)
minyak untuk menggoreng secukupnya
Cara-cara
- Blend bahan2 untuk dijadikan serbuk.
- Tuang bahan kisar kedalam tepung
- Masukkan garam dan minyak dan gaulkan
- Masukkan air sedikit demi sedikit.sampai adunan kenyal (Adunan akan jadi
macam tepung nak buat kulit karipap)
- Akak buat bola2 kecil untuk mudah mencanai. Kemudian canai nipis2&
panjang.
- Taburkan tepung agar permukaan agar tidak berminyak dan mudah melekat.
- Potong nipis menggunakan pisau atau boleh juga di gunting.
- Ulang proses mencanai dan memotong sampai selesai.
- Pastikan tabur tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat.
- Goreng dalam minyak yang banyak dengan sedikit daun kari (tambah aroma).
Bila dah garing angkat dan sejatkan.
- Siap untuk dimakan

Biskut Mazola
Bahan-Bahan:
1 cawan minyak mazola
1 cawan tepung gandum (diayak )
cawan tepung jagung
cawan gula halus
1 cawan kacang tumbuk
1 sudu teh essen vanilla
(untuk mendapatkan hasil kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng
tanpa minyak dan dibuang kulitnya serta ditumbuk / dikisar.
Bahan Untuk hiasan
Kuning telur untuk hiasan
Kacang tumbuk kasar secukupnya
Cara-Cara:

1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali minyak. Kemudian gaulkan hingga


sebati
2. Masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga
menjadi doh. ( masukkan minyak sedikit demi sedikit )
3. Ambil doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil.
4. Letakkan doh tadi di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis adunan.
5. Sapu bahagian atas dengan kuning telur.
6. Taburkan kacang tumbuk kasar pada permukaan atasnya.
7. Kemudian bakar selama 20 minit pada suhu 180C.
8. Setelah masak angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum simpan di dalam
bekas kedap udara.
Kek Gula Hangus
Bahan- bahan
1
1
1
1
2
4
2

cawan gula
cawan air panas
cawan tepung gandum
cawan susu pekat manis
camca teh soda bikarbonat
biji telor
camca besar mentega

Cara Membuat:
1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan
kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2).
Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis
dan kacau sebati.
3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke
dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata.
Tuang adunan dalam loyang 7x7 dan perap adunan selama 3 4 jam.
4. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 180 C dan bakar selama 45
minit ke 1 jam. (*saya bakar pada suhu 160 C selama 50 minit shj).
Bahan2
250 gm Buttercup/ Margerin Dbake
1 Cawan gula halus
1 cawan tepung biskut (biskut merrie @ cream cream cracker-blend kering)
1 tin susu kecil pekat manis (kalau yg tinggi sket tu ambil tin)
6 biji telur gred A ( if telur biasa 7 atau 8 biji)
1 tutup esen vanilla
Pewarna hijau dan kuning
5 peket asam manis.
Cara2

1) Pukul telur hingga kembang-dalam satu bekas.


2) Pukul butter dan gula hingga kembang,kemudian masukkan esen vanilla.dalam satu bekas lain.
3) Kemudian barulah campurkan telur yang telah dipukul kembang dengan
butter dan gula yang telah dipukul asing tadi dalam satu bekas.
4)Masukkan tepung biskut, kemudian susu dan kacau hingga sebati.
5) Asingkan kepada 2 bahagian-satu kuning dan satu hijau.
6) Kukus kek selapis demi selapis

Bahan-bahan ( 50-60 biji ) 4 cawan Cornflakes cawan madu cawan mentega


Papercup secukupnya Sprinkles sebagai hiasan Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)
Cara-cara 1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga
mentega cair. 2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam
mangkuk. 3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk
berisi Cornflakes tadi. 4. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan
madu. 5. Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak
hirisan ceri jika suka. Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan
suhu yang bersesuaian

Fondant marshmallow..
Marshmallow
Gula icing
Air 3 / 4 sudu
Satukan air n marshmallow.cairkan dalam oven
Keluarkan.gaul dgn gula icing smpai jd doh..
siap

Anda mungkin juga menyukai