Anda di halaman 1dari 3

3.

1
Peranan Disiplin Geografi Sebagai Ilmu Bantu Dalam Disiplin
Arkeologi
3.1.1 Penggunaan Geographical Information System (GIS)
Geographical Information System (GIS) atau leibh dikenali segbagai sains
maklumat geografi atau kajian maklumat georuang ialah sistem yang
direka untuk menangkap, menyimpan, mengolah, menganalisis mengurus,
dan mempersembahkan kesemua jenis data rujukan geografi. Dalam
istilah yang paling mudah, SMG ialah gabungan antara teknologi
kartografi, analisis statistik, dan pangkalan data1. Gis merupakan alat
teknologi yang paling berkuasa diaplikasikan ke atas arkeologi semenjak
pengenalan pentarikhan radio karbon-14 pada tahun 1950an lagi 2. Gis
secara elektif telah berevolusi hampir 15 tahun yang lepas dengan cara
seperti iaitu disiplin geografi, pengurusan sumber tanah, ekologi dan
arkeologi didalam menangani dan menginterpretasi set-set data berujukan
ruangan. Sistem seperti ini menawarkan satu cara memanipulasi yang
kompleks, pemerhatian-pemerhatian multivariate secara relatifnya
fleksibel
dan
persekitaran
computer
interaktif.
Ahli
arkeologi
menggunakan teknologi GIS yang telah berkembang semenjak
kemunculan pertama ia iaitu di dalam tahun 1980 an dimana mereka mula
menggunakan dalam konteks analisis ruangan wilayah 3. Akan tetapi,
penggunaan yang paling meluas dalam arkeologi bagi teknologi GIS
adalah memodelkan jangkaan lokasi tapak arkeologi.
3.1.2Sistem Keletakan Global (GPS)
Sistem Keletakan global atau Sistem Penentududukan Sejagat merujuk
kepada sistem yang menentukan kedudukan seseorang melalui rujukan
silang dengan satelit yang mengelilingi Bumi. Ia merupakan satu-satunya
sistem pandu arah satelit yang berfungsi hari ini. Sekumpulan antara 24
dan 32 satelit memancarkan isyarat masa jitu menggunakan radio kepada
penerima GPS, yang membolehkan kedudukannya (longitud, latitud dan
altitud) dikenal pasti dalam apa jua cuaca, siang dan malam di manamana di Bumi. Bagi ilmu arkeologi, sistem Keletakan Global (GPS)
merupakan teknologi yang berkembang pesat yang menawarkan
arkeologis cara untuk mendapatkan maklumat mengenai kedudukan yang
tepat dengan cepat dan murah. Ia boleh digunakan sama ada seperti alat
penentuan kedudukan atau alat untuk kerjalapangan, akan ia
diperkenalkan kepada arkeologis sebagai teknik untuk tinjauan kerja di
lokasi tapak kajian4. GPS dengan sendirinya menyebabkan revolusi di
dalam cara arkeologis untuk mengumpul data lapangan. Akan tetapi,
maklumat ruangan (spatial) juga boleh dimuat turun kepada GIS yang
1 Kenneth E. Foote, Margaret Lynch, Geographic Information Systems as an
Integrating Technology: Context, Concepts, and Definitions, Department of
geography, University of Colorado, 1995. Hlm 1.
2Wescott, Brandon, Practical Application of GIS for Archaeologists: A Predictive
Modelling Kit, London: Taylor and Francis, 2000. Hlm 27.
3Verhagen, et.al, Archaeology And Geographical Information Systems: A
European Perspective, United States, Taylor & Fancis Inc, 1995. Hlm 187.

menjadikan ia alat yang sangat baik untuk menangkap data ruangan. GPS
juga dikenali sebagai Satelit Keletakan Global atau Global Positioning
Satellites dan merupakan teknologi baru yang digunakan untuk keletakan
masa nyata yang menyediakan aspek temporal untuk dikombinasikan
dengan raster atau vektor GIS, penderiaan jauh, analisis statistik dan
analisis data awal yang boleh merujuk kepada istilah sebagai pengurusan
maklumat bersepadu (integrated information management).
3.1.3Penggunaan Foto Udara
Fotografi udara merujuk kepada mengambil gambar di tanah dari
kedudukan tinggi. Istilah ini biasanya merujuk kepada gambar di mana
kamera tidak disokong oleh struktur yang berada di tanah. Kamera
mungkin dipegang tangan atau dilekatkan, dan gambar perlu diambil oleh
juru kamera, triggereddicetus dari jauh atau secara automatik. Pelantar
bagi fotografi udara termasuk kapal terbang, helikopter, belon udara
panas, blimp dan dirigible, roket, layang-layang, galah, payung terjun,
galah pada kenderaan. Fotografi udara tidak sepatutnya dikelirukan
dengan fotografi udara ke udara, bilamana kapal terbang merupakan
pelantar foto dan juga subjek gambar.
Foto udara dalam kajian arkeologi Survei dan tinjauan udara adalah
satu seni yang berkembang baik di Eropah. Permulaan penggunaan
penderiaan jauh iaitu foto udara konvensional dalam kajian arkeologi
bermula pada awal abad ke-20 dan berpusat di Britain 5. Ini kerana
terdapat kira-kira beribu-ribu tapak arkeologi, jalan yang wujud dan
mempunyai ciri-ciri budaya lain boleh ditemui dengan menggunakan
aplikasi tersebut.
Analisis foto udara dalam arkeologi telah bermula dengan jayanya
di Eropah Barat sejak akhir perang dunia pertama dan awal perang dunia
kedua6. Pada tahun 1906, foto udara yang digunakan ialah berdasarkan
belon udara yang mengambil gambar Stonehenge Ia telah dipelopori oleh
pegawai kelengkapan arkeologi UK pertama iaitu O.G.S. Crawford yang
membuat tinjauan di tapak tersebut, lihat contoh Wessex, perintis dari
udara.
3.1.4Penggunaan Imej Satelit
Teknologi penderiaan jauh bermula sekitar tahun 1946 dan 1950.
Imej satelit telah digunakan secara meluas dalam pelbagai kajian,
antaranya alam sekitar, pengurusan sumber, pertanian dan perancangan
bandar. Kesesuaian imej satelit yang diperoleh daripada satelit banyak
4 British Archaeological Jobs Resource,
http://www.bajr.org/Documents/AShortGuidetoGPS . Diakses pada 28 April 2016.
5 Giardino, M. Haley, Airborne Remote Sensing And Geospatial Analysis,
Alabama: The University Of Alabama Press, 2006. Hlm 47.
6 Madry, Crumley, An application of remote sensing and GIS in regional
archaeological settlement pattern analysis: the Arroux River valley, Burgundy,
France, 1990. Hlm 364.

bergantung kepada skala leraian ruangan, masa dan kekerapan imej


diambil. Proses mendapatkan data ini dilaksanakan dengan meletakkan
kamera atau pengimbas di atas kapal terbang atau satelit yang berada
dalam jarak yang tertentu di permukaan bumi.
Kamera atau pengimbas ini merekod kadar balikan spectrum tenaga
elektromagnetik yang dipancarkan oleh matahari dan mengenai objek di
permukaan bumi. Variasi permukaan objek jenis bahan bagi sesuatu objek
dan kekasaran permukaan objek serta keadaan cuaca akan menentukar
kadar balikan spectrum. Perbezaan kadar balikan ini membolehkan
perbezaan objek permukaan bumi dikenal pasti dengan lebih mudah
sekaligus memudahkan lagi kegiatan ekskavasi yang dilakukan oleh para
arkeologis.
3.1.5 Peta Topografi
Berasal dari bahasa yunani, topos yang berarti tempat dan graphi
yang berarti menggambar. Peta topografi memetakan tempat-tempat
dipermukaan bumi yang berketinggian sama dari permukaan laut menjadi
bentuk garis-garis kontur, dengan satu garis kontur mewakili satu
ketinggian. Walaupun peta topografi memetakan setiap interval pada satu
ketinggian tertentu, namun
ia juga disertakan dengan berbagai
keterangan yang akan membantu untuk mengetahui secara lebih lanjut
mengenai daerah permukaan bumi. Keterangan-keterangan itu disebut
sebagai legenda peta. Data dari peta topografi yang diambil untuk
membuat peta arkeologi hanya mempunyai satu atau dua unsur saja,
yang tergantung dari skala dan tujuan pembuatan peta arkeologi itu. Data
tersebut digunakan sebagai latar belakang penempatan dan orientasi
secara geografis.
4.0

KESIMPULAN
Kesimpulannya, disiplin ilmu geografi dalam bidang arkeologi telah
menyebabkan bidang arkeologi sudah semakin maju semenjak
penggunaan sains dan teknologi yang meresap serta memudahkan kerjakerja arkeologi yang terdiri daripada survei lapangan dan survei makmal.
Ini adalah kerana tidak semua data atau rekod arkeologi boleh dianalisis
dengan begitu sahaja untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Disiplindisiplin ilmu geografi telah membantu memduahkan lagi kerja-kerja
arkeologis dalam dunia arkeologi.

Anda mungkin juga menyukai