Anda di halaman 1dari 34

970816-13-5432

SENARAI KANDUNGAN
Bil
.
1
2
3
4
5
6

Butiran
Abstrak
Penghargaan
1.0 Pengenalan
2.0 Objektif kajian
3.0 Lokasi kajian
4.0 Metodologi kajian

Muka surat
ii
iii
1-2
3
4-9
10-12

4.1 Temu bual


4.2 Soal selidik
4.3 Rujukan
7

5.0 Dapatan kajian dan Perbincangan


5.1 Demografi responden
5.2 Mengkaji sumber pendapatan
5.3 Mengkaji corak perbelanjaan

8
9
10

Rumusan / Kesimpulan
Rujukan
Lampiran

ABSTRAK

13-23

970816-13-5432

PENGHARGAAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah hirrabbilalamin, Saya
merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya, dapat saya
menyelesaikan tugasan kerja kursus Pengajian Am pada tahun ini dengan penuh jayanya.
Saya menjulang penuh penghargaan kepada Cikgu Sutinah binti Maseri, guru Pengajian
Am, di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya. Beliau juga banyak
membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang banyak membantu saya secara
langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan kerja kursus ini berjalan.
Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang melakukan kerja kursus ini. Tidak lupa
juga kepada rakan sekelas tanpa mengira bangsa dan agama kerana sudi membantu saya
bagi melengkapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Akhir sekali, ucapan terima kasih
kepada responden-responden yang telah sudi meluangkan masa bagi menemu bual dan
menjawab beberapa soalan berkenaan dengan tajuk ini.

iii

1.0 PENGENALAN
Pergertian pendapatan ialah wang pengajian seseorang yang merupakan ganjaran
perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau
institusi. Selain itu, pendapatan juga bermaksud upah yang tetap atau bayaran yang tetap
untuk pekerjaan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, pendapatan bermaksud jumlah
wang yang diperoleh dalam jangka waktu tertentu sebagai hasil daripada mata pencarian
atau kerja yang dilakukan. Di samping itu, pendapatan juga membawa makna upah kerja
yang dibayar setiap bulan kepada pekerja. Sebagai contoh, gaji tahunan, tunggakkan gaji,
elaun seperti kenderaan, makan, mesyuarat dan termasuk bonus atau sesuatu yang boleh
dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan pengajian.
Manakala, pengertian tentang perbelanjaan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga
ialah perihal berbelanja. Selain itu, pendapatan juga bermaksud pengurangan manfaat
ekonomi atau potensi perkhidmatan semasa tempoh pelaporan dalam bentuk aliran keluar
atau penggunaan aset atau penglibatan liabiliti yang mengakibatkan pengurangan dalam
aset bersih atau ekuiti. Di samping itu, perbelanjaan merupakan pengeluaran wang yang
dikeluarkan oleh pengguna dalam berbelanja membeli barang-barang seperti keperluan
rumah, keperluan sekolah anak-anak dan sebagainya.
Jururawat merupakan seseorang yang bertugas sebagai penjagaan professional.
Jururawat bertanggungjawab bagi keselamatan dan menyembuhkan mereka yang sakit
teruk, penjagaan kesihatan bagi mereka yang sihat, dan menangani kecemasan dalam
semua keadaan yang membahayakan nyawa dalam semua bidang penjagaan kesihatan.
Jururawat bukan sahaja menjalankan tanggungjawab sebagai penjagaan professional,
mereka juga bertanggungjawab memastikan kesihatan pesakit dan sentiasa mengikuti
perkembangan pesakit dari semasa ke semasa. Selain itu, jururawat juga pihak yang
penting dalam memastikan kelancaran serta keberkesanan perkhidmatan yang disediakan
oleh pihak hospital terhadap pesakit. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, jururawat
merupakan orang yang lazimnya
perempuan kerjanya merawat orang sakit di hospital.
1
Rasional pengkaji membuat kajian kerana terdapat jururawat di Hospital
Simunjan yang membuat perbelanjaan dalam pelbagai bentuk. Sebagai contoh, jururawat

berbelanja untuk membeli keperluan asas, membayar perbelanjaan sekolah anak-anak,


membeli barangan kehendak. Selain itu, jururawat juga membuat perbelanjaan untuk
membeli rumah, membayar hutang peribadi sebagainya. Di samping itu, jururawat di
Hospital Simunjan melakukan pelbagai aktiviti untuk menambah pendapatan mereka
dengan berniaga secara atas talian, bertani secara kecil-kecilan dan membuka kedai runcit
secara kecil-kecilan. Selain itu, jururawat juga menambah pendapatan mereka dengan
bekerja lebih masa dan mengambil upah menjahit.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian adalah untuk :
1) Mengenal pasti sumber pendapatan jururawat di Hospital Simunjan.
2) Mengkaji corak perbelanjaan dalam para jururawat di Hospital Simunjan.

3.0 LOKASI KAJIAN

Sarawak merupakan salah satu daripada dua negeri yang membentuk Malaysia
Timur. Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia.
Sarawak juga berada dalam kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa yang
panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan Sarawak adalah sumber dan aset yang paling
penting.
Selain itu, Sarawak mempunyai 12 bahagian keseluruhannya iaitu Kuching, Sri
Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah, Betong
dan Serian. Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen dan dibahagikan kepada dua
ke empat kawasan.
Sarawak dipisahkan sejauh 600Km dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina
Selatan di sebelah barat dan bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut,
kesultanan Brunei di utara dan Kalimantan, Indonesia di sebelah timur.

Peta 1: Peta Negeri Sarawak


Sumber: Laman Web

Peta 2: Peta Kota Samarahan


Sumber: Laman web

Bahagian Samarahan merupakan salah satu dari sebelas bahagian di Sarawak. Ibu
daerahnya ialah Kota Samarahan. Bahagian Samarahan juga mempunyai luas 4,967.4 km
persegi. Jumlah penduduk pula adalah seramai 204,900 mengikut banci tahun 2000.
Bahagian Samarahan mempunyai empat daerah pentadbiran iaitu Kota Samarahan,
Asajaya, Serian dan Simunjan.5

Peta 3: Peta daerah Simunjan


Sumber: Laman web
Simunjan adalah salah satu daripada daerah kecil di negeri Sarawak. Terletak di
antara Serian dan Sri Aman dan bersempadan dengan Sebuyau dan Samarahan.
Kebanyakan yang mendiami daerah Simunjan adalah dari kaum Iban, Melayu dan Cina.

Foto 1: Hospital Simunjan


Sumber: Kajian Lapangan 2016

Lokasi kajian terletak di Hospital Simunjan, Sarawak. Daerah Simunjan


merupakan salah sebuah daerah yang terletak di bawah pentadbiran Bahagian Samarahan.
Daerah Simunjan mempunyai keluasan lebih kurang 2,077 km persegi. Daerah ini
terletak kira-kira 176 km dari Bandar Kuching berdasarkan jalan darat manakala 103 km
melalui jalan air. Melalui jalan yang baharu, Simunjan juga dihubungkan dengan jalan
yang melalui Kampung Gedong yang berhampiran dengan Daerah Serian.
7

Foto 2: Hospital Simunjan


Sumber: Kajian Lapangan 2016

4.0 METODOLOGI KAJIAN


Semasa menjalankan kajian, saya telah mengunakan tiga kaedah untuk mendapatkan
maklumat, iaitu :
4.1 Temu bual
Pengkaji telah mendapatkan 3 orang informen untuk ditemu bual secara formal. Informen
yang ditemu bual merupakan jururawat yang bekerja di Hospital Simunjan, Sarawak.
Sebanyak 8 soalan yang sama telah diajukan kepada informen tersebut untuk mengetahui
dengan lebih mendalam tentang sumber pendapatan dan corak perbelanjaan. Soalan yang
disediakan kepada responden adalah mengikut skop kajian iaitu mengkaji sumber
pendapatan dan corak perbelanjaan jururawat di Hospital Simunjan. Antara soalan
tersebut ialah:
1) Apakah yang akan anda lakukan untuk menambah pendapatan anda?
2) Untuk apakah anda membelanjakan wang gaji anda?
3) Pernahkah anda berbelanja melebihi pendapatan?
4) Jika ya, bagaimanakah anda mengatasi masalah tersebut?
5) Adakah gaji yang diterima cukup untuk menampung perbelanjaan?
6) Bagaimanakah anda membahagikan pendapatan untuk berbelanja secara rata?
7) Apakah yang anda lakukan sekiranya pendapatan yang diterima tidak cukup?
8) Apakah kepentingan mempunyai wang simpanan?
Semua maklumat daripada informen akan dicatatkan di dalam borang temu bual.
Kemudian, maklumat tersebut akan digunakan untuk menambah hasil dapatan kajian.
9

4.2 Soal selidik


Pengkaji juga menggunakan kaedah soal selidik untuk mengkaji sumber pendapatan dan
corak perbelanjaan. Di dalam borang soal selidik terdapat dua bahagian iaitu Bahagian A
iaitu Data Demografi Responden. Sebanyak 20 item telah pengkaji kemukakan dalam
borang soal selidik dalam Bahagian B iaitu mengkaji sumber pendapatan dan corak
perbelanjaan jururawat di Hospital Simunjan, Sarawak. Borang soal selidik diedarkan di
kawasan kajian iaitu Hospital Simunjan, Sarawak adalah untuk mendapatkan respon
daripada jururawat tersebut terhadap kajian yang dikaji. Seramai 30 responden telah
diedarkan dengan borang soal selidik yang telah disediakan. Responden yang dipilih
adalah responden yang berumur lingkungan 20 tahun sehingga 50 tahun ke atas dengan
berlainan jantina.
Sebelum responden mengisi borang soal selidik tersebut, responden tersebut akan diberi
penerangan sedikit terhadap borang yang akan mereka isi. Responden akan mengisi
ruangan yang disediakan dalam borang tersebut. Borang soal selidik yang digunakan
mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A merupakan
data demografi responden yang disoal selidik yang merangkumi jantina, pendapatan
sebulan, jawatan dan umur. Bahagian B pula ialah mengkaji sumber pendapatan dan
corak perbelanjaan jururawat di Hopital Simunjan, Sarawak yang mengunakan jadual
skala likert. Skala likert yang digunakan ialah 1 (sangat tidak setuju), 2 (tidak setuju), 3
(tidak pasti), 4 (setuju) dan 5 (sangat setuju).
Selepas responden selesai mengisi borang soal selidik tersebut, borang yang diedarkan
akan dikutip semula. Borang soal selidik tersebut akan dikumpulkan dan disimpan untuk
digunakan dalam membuat kajian tentang pendapatan dan perbelanjaan jururawat di
Hospital Simunjan, Sarawak. Hasil data dan maklumat yang dianalisis ditafsir dalam unit
peratus dan min dan juga dipersembahkan dalam bentuk jadual.

10

4.3 Rujukan
Selain kaedah temu bual, pengkaji juga mengunakan kaedah rujukan untuk mendapatkan
maklumat. Rujukan yang digunakan untuk mendapatkan maklumat kajian ialah rujukan
melayari internet. Pengkaji telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat
tambahan yang berkaitan dengan pendapatan dan perbelanjaan jururawat di Hospital
Simunjan, Sarawak. Kebanyakan sumber internet yang diperoleh sangat berguna dan
banyak. Maklumat yang diperoleh juga sangat jelas dan mudah untuk difahami.
Maklumat tersebut menerangkan pendapatan dan perbelanjaan jururawat secara ringkas
tetapi padat dengan maklumat yang ingin pengkaji kaji. Laman web seperti Google dan
Blogger telah saya gunakan untuk memperoleh maklumat tentang pendapatan dan
perbelanjaan. Laman web tersebut membenarkan pengkaji untuk menggunakan maklumat
yang sedia ada. Oleh hal yang demikian, pengkaji telah mengambil beberapa maklumat
yang berkaitan untuk digunakan dalam melaksanakan kajian.
Selain rujukan internet, pengkaji juga menggunakan buku ilmiah untuk memperkukuhkan
lagi maklumat yang diperoleh. Pengkaji telah mendapatkan buku ilmiah tersebut di
Perpustakaan Awam Daerah Simunjan dan beberapa laman sesawang yang memuat naik
beberapa buku ilmiah untuk digunakan atas talian.
Maklumat yang diperoleh akan dikumpul dan diproses. Selepas itu, maklumat yang telah
dikaji akan dimasukkan ke dalam hasil dapatan kajian. Maklumat yang diperoleh sangat
banyak dan berguna dalam mengkaji sumber pendapatan dan corak perbelanjaan
jururawat.

11

5.0 DAPATAN KAJIAN / PERBINCANGAN


5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, demografi didefinisikan sebagai kajian tentang ciriciri perkembangan penduduk dari segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran atau kematian.
Jadual 1: Umur responden
Umur
20 tahun - 29 tahun
30 tahun - 39 tahun
40 tahun - 49 tahun
50 tahun - 59 tahun
Jumlah

Bilangan
14
11
3
2
30

Peratus (%)
46.67
36.67
10.00
6.67
100

Sumber : Kajian Lapangan 2016


Jadual 1 menunjukkan bilangan responden yang berumur 20 tahun - 29 tahun
seramai 14 orang (46.67%) dan responden yang berumur 30 tahun - 39 tahun seramai 11
orang (36.67%). Manakala bilangan responden yang berumur 40 tahun - 49 tahun pula
seramai 3 orang (10.00%). Bilangan responden yang berumur 50 tahun - 59 tahun ke atas
ialah seramai 2 orang (6.67%).

Jadual 2: Jantina responden


12

Bil
1
2

Jantina
Lelaki
Perempuan
Jumlah

Bil. responden
0
30
30

Peratus (%)
0
100
100

Sumber: Kajian lapangan 2016


Jadual 2 menunjukkan jantina responden yang disoal selidik. 30 orang responden
tersebut terdiri daripada 30 orang (100%) responden perempuan dan jadual menunjukkan
tiada responden lelaki,

Jadual 3: Jawatan jururawat di Hospital Simunjan


Bil.
1
2
3
4

Jawatan
Jururawat Gred U19
Jururawat Gred U29
Jururawat Gred U32
Jururawat Gred U36
Jumlah

Bilangan
14
10
5
1
30

Peratus (%)
46.67
33.33
16.67
3.33
100

Sumber: Kajian lapangan 2016


Jadual 3 menunjukkan bilangan jururawat yang memegang beberapa jawatan di
Hospital Simunjan, Sarawak. Seramai 14 orang (46.67%) responden yang memegang
jawatan Jururawat Gred U19, 10 orang (33.33%) responden memegang jawatan
Jururawat Gred U29 serta 5 orang (16.67%) responden yang memegang jawatan
Jururawat Gred U32 manakala seorang (3.33%) sahaja responden yang memegang
jawatan Jururawat Gred U36.

Jadual 4: Pendapatan sebulan jururawat


Bil.
1
2
3

Pendapatan sebulan jururawat


RM 900 - RM 2000 keatas
RM 3000 - RM 4000
keatas
13
RM 5000 - RM 6000 keatas
Jumlah

Bilangan
12
13
5
30

Peratus
40
43.33
16.67
100

Sumber: Kajian Lapangan 2016


Jadual 4 menunjukkan pendapatan sebulan yang diperoleh oleh jururawat di
Hospital Simunjan, Sarawak. Terdapat 12 orang (40%) responden menerima pendapatan
berjumlah RM 900 - RM 2000 keatas di Hospital Simunjan. Manakala, 13 orang
(43.33%) responden di Hospital Simunjan menerima pendapatan berjumlah RM 3000 RM 4000 keatas sebulan dan 5 orang (16.67%) responden menerima pendapatan
berjumlah RM 5000 - RM 6000 keatas sebulan.

5.2 MENGKAJI SUMBER PENDAPATAN JURURAWAT DI HOSPITAL


SIMUNJAN, SARAWAK
Jadual 5: Mengkaji sumber pendapatan jururawat di Hospital Simunjan, Sarawak
Skala Likert
(2) Tidak
setuju

(3) Tidak pasti

(4) Setuju

(5)Sangat setuju

(1)Sangat tidak
setuju
No. Soalan

1) Memperoleh gaji yang dibayar


sebagai jururawat.

2) Menerima elaun bekerja lebih masa.

Bil.
org

Bil.
org

Bil.
org

Bi
l.
or
g

Bil.
org

0.00

0.00

3.33

19

63.33

10

33.33

3.33

3.33

26.67

13

43.33

23.33

14
1

3) Mendapat sumbangan kewangan


daripada anak-anak.

17

56.67

20.00

13.33

6.67

3.33

4) Berniaga kecil-kecilan seperti


membuka kedai runcit.

20

66.67

13.33

6.67

10.00

3.33

5) Menjual kuih-muih.

18

60.00

16.67

6.67

13.33

3.33

6) Bekerja sampingan seperti


mengambil upah menjahit.

18

60.00

10.00

6.67

23.33

0.00

7) Berniaga secara atas talian.

15

50.00

13.33

20.00

16.67

0.00

8) Bertani secara kecil-kecilan.

17

56.67

23.33

10.00

16.67

3.33

9) Menerima bantuan kerajaan seperti


BR1M.

22

73.33

6.67

0.00

10.00

10.00

10) Memperoleh dividen dan bonus


hasil daripada simpanan dalam amanah
saham nasional.

16.67

3.33

13.33

16.67

16.67

Sumber: Kajian Lapangan 2016


A) Memperoleh gaji yang dibayar sebagai jururawat
Seramai 10 orang (33.33%) responden sangat bersetuju dengan pernyataan yang
mengatakan bahawa sumber pendapatan yang mereka peroleh bergantung sepenuhnya
dengan gaji bekerja sebagai jururawat. Seramai 19 orang responden hanya bersetuju
dengan memperoleh gaji yang dibayar sebagai jururawat iaitu memperoleh peratusan
sebanyak 63.33%. Manakala seorang (3.33%) responden tidak pasti dengan pendapatan
yang diperolehnya sebagai jururawat. Hal ini menunjukkan hampir kesemua responden
memberi respon yang positif terhadap sumber pendapatan mereka diperoleh daripada gaji
yang dibayar sebagai jururawat.

B) Menerima elaun bekerja lebih masa.


Bilangan responden yang sangat setuju terhadap pernyataan ini ialah seramai 7 orang
(23.33%) responden sahaja. Namun begitu, seramai 13 (43.33%) orang responden setuju
dengan pernyataan ini. Selain itu, seramai 8 (26.67%) orang responden tidak pasti dengan
15

pernyataan ini dan cuma seorang (3.33%) sahaja memilih tidak setuju dan seorang juga
yang memilih sangat tidak setuju dengan peratusan 3.33%.

C) Mendapat sumbangan kewangan daripada anak-anak.


Seramai 17 orang responden memilih sangat tidak setuju bagi pernyataan ini dengan
peratusan sebanyak 56.67% mengatasi bilangan responden yang memilih sangat setuju
hanya seorang (3.33%). Selain itu, 2 orang (6.67%) responden memilih setuju bagi
pernyataan ini dan 4 orang (13.33%) responden tidak pasti dengan pernyataan ini.
Bilangan responden yang memilih tidak setuju ialah 6 orang responden iaitu 20%.
D) Berniaga kecil-kecilan seperti membuka kedai runcit
Bilangan responden yang sangat tidak setuju dengan pernyataan ini ialah 20 orang
(66.67%) responden yang merupakan bilangan terbanyak untuk pernyataan ini dan diikuti
dengan seramai 4 orang responden memilih tidak setuju dengan peratusan 13.33%.
Manakala, 2 orang (6.67%) responden memilih tidak pasti di ikuti dengan 3 orang
responden memilih setuju untuk pernyataan ini dengan peratusan 10%. Responden yang
memilih sangat setuju pula hanya seorang (3.33%) dengan pernyataan berniaga kecilkecilan seperti membuka kedai runcit.
E) Menjual kuih-muih.
Seramai 18 orang (60%) responden yang memilih sangat tidak setuju terhadap pernyataan
ini dan 5 orang responden memilih tidak setuju dengan peratusan 16.67%. Manakala,
seramai 2 orang (6.67%) responden tidak pasti dengan pernyataan ini. Selain itu, seramai
4 orang yang bersetuju dengan peratusan 10% dan hanya seorang (3.33%) responden
memilih sangat setuju.
F) Bekerja sampingan seperti mengambil upah menjahit.
60% daripada 30 orang responden iaitu18 orang responden memilih sangat tidak setuju
terhadap pernyataan ini dan diikuti pula seramai 3 orang (10%) responden yang memilih
tidak setuju. Namun begitu, seramai 2 orang (6.67%) responden yang memilih tidak pasti
dan 7 orang responden dengan peratusan 23.33% bersetuju.
G) Berniaga secara atas talian
Bilangan responden yang memilih setuju untuk pernyataan ini ialah 5 orang responden
dengan peratusan 16.67%. Bilangan responden yang memilih tidak pasti ialah 6 orang
responden dengan peratusan 16
20%. Namun begitu, 4 orang (13.33%) responden tidak
bersetuju dengan pernyataan ini dan 15 orang (50%) responden yang sangat tidak setuju
terhadap pernyataan ini.

H) Bertani secara kecil-kecilan


Seramai 17 orang (56.67%) responden telah memilih sangat tidak setuju untuk
pernyataan ini. Manakala, 7 orang responden tidak bersetuju dengan pernyataan ini
dengan memperoleh peratusan sebanyak 23.33% berbanding bilangan responden yang
bersetuju iaitu 5 orang (16.67%) responden dan hanya seorang (3.33%) yang memilih
sangat setuju. Namun begitu, terdapat juga 3 orang (10%) responden yang memilih tidak
pasti bagi pernyataan ini.
I) Menerima bantuan kerajaan seperti BR1M.
Pernyataan ini telah dipersetujui oleh 3 orang (10%) responden dan 3 orang (10%)
responden juga sangat bersetuju dengan pernyataan ini. Namun begitu, seramai 22 orang
(73.33%) responden sangat tidak bersetuju terhadap pernyataan ini dan hanya 2 orang
(6.67%) memilih tidak setuju untuk pernyataan ini.
J) Memperoleh dividen dan bonus hasil daripada simpanan dalam amanah saham
nasional.
Seramai 5 orang (16.67%) responden telah memilih sangat setuju terhadap pernyataan
yang menyatakan memperoleh dividen dan bonus hasil daripada simpanan dalam amanah
saham nasional merupakan sumber pendapatan mereka dan seramai 5 orang (16.67%)
juga responden yang memilih setuju terhadap pernyataan ini. Selain itu, ada juga
responden yang tidak pasti dengan pernyataan ini iaitu seramai 4 orang dengan peratusan
13.33%. Namun begitu, 5 orang (16.67%) responden memilih sangat tidak setuju dan
seorang (3.33%) responden telah memilih tidak setuju untuk pernyataan ini.

Secara kesimpulannya, sumber pendapatan jururawat di Hospital Simunjan ialah


diperoleh daripada gaji yang dibayar sebagai jururawat. Hal ini disebabkan oleh peratus
yang diperoleh merupakan peratus yang tertinggi berbanding pernyataan yang lain.
Perkara ini dikukuhkan lagi dengan hasil daripada analisis data yang diperoleh daripada
borang soal selidik iaitu menggunakan jadual skala likert. Kajian dan penilaian yang
dibuat jelas membuktikan bahawa gaji yang dibayar sebagai jururawat merupakan
sumber pendapatan jururawat17 di Hospital Simunjan. Hal ini secara tidak langsung
menjadi dapatan utama bagi objektif pertama untuk kajian ini.

5.3 MENGKAJI CORAK PERBELANJAAN JURURAWAT DI HOSPITAL


SIMUNJAN, SARAWAK
Jadual 6: Mengkaji corak perbelanjaan jururawat di Hospital Simunjan, Sarawak
Skala Likert
(1)Sangat tidak
setuju

(2) Tidak setuju

(3) Tidak
pasti

(4) Setuju

(5) Sangat setuju

Bil.
org

Bil.
org

Bil.
org

Bil.
org

Bil.
org

1) Membeli makanan dan


minuman.

0.00

0.00

0.00

10

33.33

20

66.67

2) Membayar perbelanjaan
sekolah anak-anak.

10.00

0.00

3.33

20.00

20

66.67

3) Sumbangan kepada ibu bapa.

3.33

0.00

0.00

23.33

22

73.33

3.33

0.00

3.33

10

33.33

18

60.00

5) Membayar hutang peribadi


bank.

3.33

3.33

0.00

10

33.33

18

60.00

6) Membayar utiliti seperti bil


elektrik dan bil air.

0.00

3.33

6.67

30.00

18

60.00

10.00

3.33

3.33

10

33.33

15

50.00

10.00

0.00

0.00

23.33

20

66.67

10.00

0.00

3.33

30.00

17

56.67

0.00

3.33

6.67

16.67

17

56.67

No. Soalan

4) Membayar ansuran kereta.

7) Membayar rumah sewa.

8) Membayar zakat dan cukai


pendapatan.
9) Membeli rumah.

10) Potongan gaji untuk tabung


haji.

18

Sumber: Kajian Lapangan 2016

A) Membeli makanan dan minuman.


Seramai 20 orang (66.67%) responden sangat bersetuju dengan pernyataan yang
mengatakan bahawa pendapatan yang mereka peroleh adalah untuk membeli makanan
dan minuman. Manakala, seramai 10 orang (33.33%) responden hanya bersetuju dengan
pernyataan ini. Hal ini menunjukkan kesemua responden memberi respon yang positif
terhadap sumber pendapatan yang mereka perolehi adalah untuk membeli makanan dan
minuman.

B) Membayar perbelanjaan sekolah anak-anak.


Bilangan responden yang sangat setuju terhadap pernyataan ini ialah seramai 20 orang
(66.67%) responden dan 6 orang (20%) responden bersetuju dengan pernyataan ini.
Namun begitu , seramai 3 (10%) orang responden sangat tidak bersetuju dan hanya
seorang (3.33%) responden yang tidak pasti dengan pernyataan ini.

C) Sumbangan kepada ibu bapa.


Seramai 22 orang responden memilih sangat setuju bahawa pendapatan yang diperoleh
diberikan kepada ibu bapa sebagai sumbangan dengan peratusan sebanyak 73.33%
mengatasi bilangan responden yang memilih sangat tidak setuju hanya seorang (3.33%).
Manakala, seramai 7 orang (23.33%) responden memilih setuju untuk pernyataan ini.
19

D) Membayar ansuran kereta

Bilangan responden yang sangat tidak setuju dengan pernyataan ini cuma seorang
(3.33%) responden dan seorang (3.33%) responden tidak pasti dengan pernyataan ini.
Manakala, bilangan terbanyak untuk pernyataan ini ialah 18 orang (33.33%) responden
memilih sangat setuju dan diikuti dengan seramai 10 orang responden memilih setuju
dengan peratusan 60%.
E) Membayar hutang peribadi bank
Seramai 18 orang (60%) responden yang memilih sangat setuju terhadap pernyataan ini
dan 10 orang responden memilih setuju dengan peratusan 33.33%. Manakala, seorang
(3.33%) responden tidak setuju dengan pernyataan ini dan seorang (3.33%) juga
responden telah memilih sangat tidak setuju.

F) Membayar utiliti seperti bil elektrik dan bil air


60% daripada 30 orang responden iaitu 18 orang responden memilih sangat setuju
terhadap pernyataan ini dan diikuti pula seramai 9 orang (30%) responden yang memilih
setuju. Namun begitu, seramai 2 orang (6.67%) responden yang memilih tidak pasti dan
seorang responden dengan peratusan 3.33% tidak bersetuju.

G) Membayar rumah sewa


Bilangan responden yang memilih sangat setuju untuk pernyataan ini ialah 15 orang
responden dengan peratusan 50% dan seramai 10 orang (33.33%) responden yang
memilih setuju. Peratusan bagi responden yang memilih sangat tidak setuju ialah 10%
dengan bilangan responden seramai 3 orang. Namun begitu, terdapat seorang (3.33)
responden tidak bersetuju dengan pernyataan ini dan seorang (3.33%) responden tidak
pasti terhadap pernyataan ini.
20

H) Membayar zakat dan cukai pendapatan.

Seramai 20 orang (66.67%) responden telah memilih sangat setuju untuk pernyataan ini.
Manakala, 7 orang responden bersetuju dengan pernyataan ini dengan memperoleh
peratusan sebanyak 23.33% berbanding bilangan responden yang sangat tidak bersetuju
iaitu 3 orang (10%) responden.

I) Membeli rumah.
Pernyataan ini telah dipersetujui oleh 9 orang (30%) responden dan 17 orang (56.67%)
responden juga sangat bersetuju dengan pernyataan ini. Namun begitu, seramai 3 orang
(10%) responden sangat tidak bersetuju terhadap pernyataan ini dan hanya seorang
(3.33%) responden memilih tidak pasti untuk pernyataan ini.

J) Potongan gaji untuk tabung haji


Seramai 17 orang (56.67%) responden telah memilih sangat setuju terhadap pernyataan
yang menyatakan pendapatan yang mereka terima juga untuk potongan tabung haji dan
seramai 5 orang (16.67%) responden yang memilih setuju terhadap pernyataan ini.
Selain itu, ada juga responden yang tidak pasti dengan pernyataan ini iaitu seramai 2
orang dengan peratusan 6.67%. Namun begitu, 5 orang (16.67%) responden memilih
sangat tidak setuju dan seorang (3.33%) responden telah memilih tidak setuju untuk
pernyataan ini.

Secara kesimpulannya, corak perbelanjaan jururawat di Hospital Simunjan ialah


untuk diberikan kepada ibu bapa sebagai sumbangan. Hal ini disebabkan oleh peratus
yang diperoleh merupakan peratus yang tertinggi berbanding pernyataan yang lain.
Perkara ini dikukuhkan lagi dengan hasil daripada analisis data yang diperoleh daripada
21
borang soal selidik iaitu menggunakan
jadual skala likert. Kajian dan penilaian yang

dibuat jelas membuktikan bahawa jururawat di Hospital Simunjan memberi ibu bapa
mereka wang sebagai sumbangan dan ia merupakan corak perbelanjaan jururawat di

Hospital Simunjan. Hal ini secara tidak langsung menjadi dapatan utama bagi objektif
pertama untuk kajian ini.

6.0 RUMUSAN / KESIMPULAN


Kesimpulannya, sumber pendapatan jururawat di Hospital Simunjan ialah
diperoleh daripada gaji yang dibayar sebagai jururawat. Hal ini disebabkan oleh peratus
yang diperoleh merupakan peratus yang tertinggi berbanding pernyataan yang lain.
Perkara ini dikukuhkan lagi dengan hasil daripada analisis data yang diperoleh daripada
borang soal selidik iaitu menggunakan jadual skala likert. Kajian dan penilaian yang
dibuat jelas membuktikan bahawa gaji yang dibayar sebagai jururawat merupakan
sumber pendapatan jururawat di Hospital Simunjan. Hal ini secara tidak langsung
menjadi dapatan utama bagi objektif pertama untuk kajian ini.
Seterusnya, corak perbelanjaan jururawat di Hospital Simunjan ialah untuk
diberikan kepada ibu bapa sebagai sumbangan. Hal ini disebabkan oleh peratus yang
diperoleh merupakan peratus yang tertinggi berbanding pernyataan yang lain. Perkara ini
dikukuhkan lagi dengan hasil daripada analisis data yang diperoleh daripada borang soal
selidik iaitu menggunakan jadual skala likert. Kajian dan penilaian yang dibuat jelas
membuktikan bahawa jururawat di Hospital Simunjan memberi ibu bapa mereka wang
sebagai sumbangan dan ia merupakan corak perbelanjaan jururawat di Hospital
Simunjan. Hal ini secara tidak langsung menjadi dapatan utama bagi objektif pertama
untuk kajian ini.
Pengkaji telah menjalankan kajian ke atas 30 orang responden berdasarkan
jantina, umur, jawatan yang dipegang di hospital dan pendapatan sebulan jururawat. Data
22

mentah yang diperoleh daripada kajin ini dianalisa oleh pengkaji sendiri. Analisa kajian
dilakukan secara deskriptif dengan mengambil kira bilangan responden dan peratusan.

7.0 RUJUKAN
1. Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka
2. Google maps (peta Kota Samarahan dan Simunjan)
3. Peta negeri Sarawak, https://www.google.com/search?q=peta+negeri+sarawak
4. Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA),
http://www.spa.gov.my/deskripsi-tugas/ijazah/4309

23

8.0 LAMPIRAN
Borang Temubual Kerja Kursus Pengajian Am
Tajuk: Pendapatan dan Perbelanjaan jururawat di Hospital Simunjan, Sarawak.
Arahan: Maklumat Am dan Soalan-soalan Temubual ini dikemukan kepada responden
secara lisan dan dirakam menggunakan alat perakam suara.

MAKLUMAT AM

Nama Penyelidik
Nama responden
Tarikh temu bual
Tempat temu bual

:
:
:
:

NUR AFIDA IZZATI BT AHMAD SYED


NORASYIKIN BT CHEE
10 MAC 2016
HOSPITAL SIMUNJAN, SARAWAK

SOALAN TEMU BUAL

S1. Apakah yang akan anda lakukan untuk menambah pendapatan anda?
J1

: Saya menambah pendapatan saya dengan berjual secara online ataupun berjual
secara langsung.

24
S2. Untuk apakah anda membelanjakan
wang gaji anda?

J2 :

Untuk saya membayar bil elektrik dan air, membayar kereta, pinjaman bank,
perbelanjaan harian dan untuk anak berbelanja.

S3. Pernahkah anda berbelanja melebihi pendapatan?


J3

Ya, pernah.

S4: Jika ya, bagaimanakah anda mengatasi masalah tersebut?


J4

Saya cuba menabung dan merancang perbelanjaan.

S5: Adakah gaji yang diterima cukup untuk menampung perbelanjaan?


J5

Buat setakat ini lah, memang tidak cukup untuk menampung perbelanjaan.

S6: Bagaimanakah anda membahagikan pendapatan untuk berbelanja secara rata?


J6

Cuba menyenaraikan mengikut keperluan lah.

S7: Apakah yang anda lakukan sekiranya pendapatan yang diterima tidak cukup?
J7

Saya cuba untuk membuat jualan secara kecil-kecil.

S8: Apakah kepentingan mempunyai wang simpanan?


J8

Nya dapat menjamin masa depandan membantu dalam semua segi.

25

Borang Temubual Kerja Kursus Pengajian Am


Tajuk: Pendapatan dan Perbelanjaan jururawat di Hospital Simunjan, Sarawak.

Arahan: Maklumat Am dan Soalan-soalan Temubual ini dikemukan kepada responden


secara lisan dan dirakam menggunakan alat perakam suara.

MAKLUMAT AM

Nama Penyelidik
Nama responden
Tarikh temu bual
Tempat temu bual

:
:
:
:

NUR AFIDA IZZATI BT AHMAD SYED


DIANA ANAK STEWARD
10 MAC 2016
HOSPITAL SIMUNJAN, SARAWAK

SOALAN TEMU BUAL

S1. Apakah yang akan anda lakukan untuk menambah pendapatan anda?
J1

: Berniaga secara online. Berjual dak handbag, produk muka, makanan macammacam gik lah.

S2. Untuk apakah anda membelanjakan wang gaji anda?


J2 :

Untuk membayar ansuran kereta, bil utiliti, belanja anak dan belanja dapur.

S3. Pernahkah anda berbelanja melebihi pendapatan?


J3

Pernah, apabila kereta tiba-tiba rosak, travelling kerana ini tidak dijangka dan
tidak tersenarai dan bajet.

S4: Jika ya, bagaimanakah anda mengatasi masalah tersebut?


J4

Menggunakan wang simpanan untuk menampung perbelanjaan.


26

S5: Adakah gaji yang diterima cukup untuk menampung perbelanjaan?

J5

Tidak, gai hanya cukup-cukup makan sahaja.

S6: Bagaimanakah anda membahagikan pendapatan untuk berbelanja secara rata?


J6

Membuat bajet belanja, menyenaraikan apa yang perlu.

S7: Apakah yang anda lakukan sekiranya pendapatan yang diterima tidak cukup?
J7

Membuat kerja sampingan.

S8: Apakah kepentingan mempunyai wang simpanan?


J8

Boleh digunakan semasa kecemasan.

Borang Temubual Kerja Kursus Pengajian Am


Tajuk: Pendapatan dan Perbelanjaan jururawat di Hospital Simunjan, Sarawak.
Arahan: Maklumat Am dan Soalan-soalan Temubual ini dikemukan kepada responden
secara lisan dan dirakam menggunakan alat perakam suara.

MAKLUMAT AM

Nama Penyelidik
Nama responden
Tarikh temu bual
Tempat temu bual

:
27:
:
:

NUR AFIDA IZZATI BT AHMAD SYED

SOALAN TEMU BUAL

S1. Apakah yang akan anda lakukan untuk menambah pendapatan anda?
J1

S2. Untuk apakah anda membelanjakan wang gaji anda?


J2 :

S3. Pernahkah anda berbelanja melebihi pendapatan?


J3

S4: Jika ya, bagaimanakah anda mengatasi masalah tersebut?


J4

S5: Adakah gaji yang diterima cukup untuk menampung perbelanjaan?


J5

S6: Bagaimanakah anda membahagikan pendapatan untuk berbelanja secara rata?


J6

S7: Apakah yang anda lakukan sekiranya pendapatan yang diterima tidak cukup?
J7

28

S8: Apakah kepentingan mempunyai wang simpanan?

J8

BORANG SOAL SELIDIK KERJA KURSUS


PENGAJIAN AM
KOD MATA PELAJARAN 900/4
Makluman kepada responden :
Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan kerja kursus Pengajian Am 900/4. Soal
selidik ini bertujuan untuk mengkaji sumber pendapatan dan corak perbelanjaan para
jururawat di Hospital Simunjan, Sarawak. Segala maklumat yang diberikan akan
dirahsiakan dan ia hanya digunakan bagi kepentingan kajian sahaja.

BAHAGIAN A : DATA DEMOGRAFI RESPONDEN


Arahan: Tandakan ( ) pada ruangan yang disediakan.
1) Umur: 20 tahun - 29 tahun

30 tahun - 39 tahun

40 tahun - 49 tahun

50 tahun - 59 tahun

2) Jantina: Lelaki
3) Jawatan:

Jururawat Gred U19


Jururawat Gred U29
Jururawat Gred U32
29
Jururawat Gred U36

Perempuan
(
(
(
(

(
(

)
)

)
)
)
)

4) Pendapatan sebulan: RM900 - RM2000 ke atas


RM3000 - RM4000 ke atas

RM5000 - RM6000 ke atas

BAHAGIAN B
SKALA LIKERT
1
2
3
4
5

Sangat tidak setuju


Tidak setuju
Tidak pasti
Setuju
Sangat setuju

B1 MENGKAJI SUMBER PENDAPATANJURURAWAT.


Arahan: Tandakan ( ) pada ruangan jawapan yang dipilih berdasarkan skala
likert di atas.
BIL
.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

PERKARA
Memperoleh gaji yang dibayar sebagai jururawat.
Menerima elaun bekerja lebih masa.
Mendapat sumbangan kewangan daripada anak-anak.
Berniaga kecil-kecilan seperti membuka kedai runcit.
Menjual kuih-muih.
Bekerja sampingan seperti mengambil upah menjahit.
Berniaga secara atas talian.
Bertani secara kecil-kecilan.
Menerima bantuan kerajaan seperti BR1M.
Memperoleh dividen dan bonus hasil daripada simpanan dalam
amanah saham nasional.

30

B2 MENGKAJI CORAK PERBELANJAAN JURURAWAT.


Arahan: Tandakan ( ) pada ruangan jawapan yang dipilih berdasarkan skala
likert di atas.
BIL

PERKARA

.
1

Membeli makanan dan minuman.

2
3
4
5
6
7
8
9
10

.Membayar perbelanjaan sekolah anak-anak.


Sumbangan kepada ibu bapa.
Membayar ansuran kereta.
Membayar hutang peribadi bank.
Membayar utiliti seperti bil elektrik dan bil air.
Membayar rumah sewa.
Membayar zakat dan cukai pendapatan.
Membeli rumah.
Potongan gaji untuk tabung haji.

SOAL SELIDIK TAMAT. TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA.

31

Anda mungkin juga menyukai