Anda di halaman 1dari 3

[Type here]

Budaya Samseng di Kalangan Murid


Pemidato: Nur Alya Fatihah Binti Aziz (SK Lanai)
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,
barisan para hakim yang menegakkan paksi keadilan pastinya, penjaga detik
yang patuh pada waktu, seterusnya guru-guu dan rakan-rakan yang
dihormati sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan
sebuah pidato yang bertajuk Budaya Samseng di Kalangan Murid.
Menurut kamus dewan edisi ke-3, perkataan samseng diinterpretasikan
sebagai penjahat, contohnya seperti, merompak, mencuri, dan menyamun.
Budaya ini amat membimbangkan kerana semakin menular di kalangan
murid. Hasil kajian yang dibuat membuktikan bahawa masalah ini semakin
sukar diatasi sekiranya langkah-langkah pencegahan dilakukan secara
sambil lewa. Antara perlakuan samseng yang berlaku di kalangan murid
ialah merosakkan harta benda guru, harta benda sekolah, harta benda
awam, mendera dan memeras ugut murid lain selhlain dari meminta wang
perlindungan. Mereka juga terlibat dengan penjualzzzzzzzzzzzzzzzz

an

ubatan di sekolah serta kumpulan kongsi gelap.


Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Pelbagai

penyebab dan pengaruh yang memyumbang kepada

permasalahan ini. Antaranya ialah pengaruh persekitaran, proses kemajuan,


pengaruh media cetak, dan kecanggihan media eletronik masa kini.
Walaupun penyebab ini bukan penyumbang utama budaya samseng ini,
tetapi ia bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Ada juga suara-suara sumbang yang menyalahkan pihak sekolah dan
guru-guru dalam perkara ini, tetapi tahukah hadirin sekalian bahawa
bahagian pendidikanlah yang menjadi tunjang utama kepada pencegahan
wujudnya masalah ini malah ia perlukan kerjasama dari semua pihak.

[Type here]

Masyarakat sekeliling, ibu bapa serta rakan sebaya haruslah memainkan


peranan masing-masing dengan duduk semeja, berbincang dan merancang
untuk menangani masalah ini. Hubungan ini biarlah ibarat kata pepatah
melayu seperti aaur dengan tebing dan bulat air kerana pembentung, bukat
kata kerana muafakat.
Terdapat segelintir ibu bapa yang tidak mengetahui bahawa anak-anak
mereka terlibat dengan budaya samseng. Mereka tidak menyedari bahawa
anak-anak mereka terlibat dengan gejala negatif kerana kurang pengawasan
dan kasih sayang lantaran sibuk dengan tugas seharian atau mereka lebih
mementingkan aspek material semata-mata. Impaknya, mereka akan
menyertai aktiviti rakan sebaya bagi menghilangkan rasa bosan dan
meluahkan tekanan perasaan mereka. Jika rakan yang dipilih dapat
membantu menyelesaikan masalah. Alhamdulillah, tetapi bagaimana jika
sebaliknya?
Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amatlah penting bagi
menangani situasi ini. Kita mestilah mengamalkan sikap ambil berat Antara
satu sama lain jika terlihat perlakuan-perlakuan samseng murid samaada di
luar atau di dalam kawasan sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia hanya menyediakan dasar untuk
melahirkan murid-murid,tetapi ibu bapa,guru dan masyarakatlah yang harus
memainkan peranan utama untuk melahirkan generasi yang mempunyai jati
diri

serta

menjadi

insan

yang

seimbang

dan

harmonis

dari

segi

intelek,rohani,emosi dan jasmani sebagai peneraju Negara pada masa


depan.
Hadirin hadirat sekalian,
Ayuh marilah kita sama-sama memikirkan apa yang telah saya
sampaikan tadi dan renung-renungkanlah. Akhir kalam, yang baik itu
datangnya dari Allah, yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.

[Type here]

Sekian, Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai