Anda di halaman 1dari 5

Tema 2: Pemerintahan dan Pentadbiran

Soalan: Huraikan peralihan sistem pemerintahan beraja mutlak kepada


raja berperlembagaan di England.

Pemerintahan beraja mutlak di England bermula sejak penghujung abad ke-15. Sistem
ini diasaskan oleh oleh Raja Henry VII iaitu pemerintah Dinasti Tudor. Sistem pemerintahan
raja mutlak berpegang kepada prinsip dan kepercayaan bahawa raja dilantik oleh Tuhan.
Raja berkuasa dalam segala hal mengatasi undang-undang.
Selepas Perang Bunga Ros berakhir, majoriti masyarakat England bersetuju sistem
pemerintahan raja berkuasa mutlak sebagai penyelesai keadaan huru-hara. Pemerintahan raja
berkuasa mutlak yang diamalkan semasa Zaman Dinasti Tudor [1485 1603] mendapat
sokongan rakyat. Hal ini kerana raja-raja Tudor menghormati prinsip perbatasan pemerintah
yang terkandung dalam Magna Carta. Parlimen England ketika itu terdiri daripada House of
Lord dan House of Commons. House of Lord yang dianggotai oleh tuan tanah yg kaya,
bishop dan kerabat diraja lebih berkuasa berbanding House of Commons yang dianggotai
oleh golongan knight, orang kaya dan peguam.
Menjelang abad ke-17, berlaku perubahan dalam masyarakat England. Di luar Bandar,
muncul golongan gentry yang memiliki tanah dan kekayaan melebihi golongan bangsawan.
Di Bandar pula, muncul golongan bourjois iaitu saudagar yang kaya ber pendidikan dan
berpengetahuan dalam bidang ekonomi. Golongan gentry dan bourjois yang banyak
menganggotai House of Commons berani mempertikaikan House of Lord yang didominasi
oleh golongan aristokrat. Pada masa yang sama berlaku pergeseran mahzab gereja. Penganut
mahzab Protestan marah dengan tindakan gereja kebangsaan England iaitu Anglican yg
masih mengamalkan sifat gereja Katolik . Golongan puritan ini bermatlamat membersihkan
amalan gereja di England daripada pengaruh gereja Katolik Rom.
Kemangkatan Ratu Elizabeth I menandakan berakhirnya pemerintahan Dinasti Tudor
di England. Sepupu Ratu Elizabeth I iaitu Raja James I dari Scotland telah ditabalkan
menjadi raja England. Perlantikan ini menandakan bermulanya pemerintahan Dinasti Stuart.
Raja James I berpegang teguh kepada doktrin kuasa suci raja yang menganggap kedudukan
raja mengatasi segala undang-undang. Hal ini tidak disenangi oleh golongan gentry dan
bourjois yang ingin memisahkan gereja dari pemerintahan. Sikap pilih kasih dalam urusan
perdagangan dan tindakan raja membelakangkan parlimen dalam isu cukai menyebabkan
golongan saudagar marah.
Keadaan bertambah celaru bila Raja Charles I menggantikan ayahandanya sehingga
parlimen mengeluarkan Petition of Right. Petisyen ini bertujuan mengutuk raja yang bersikap
autokratik. Golongan puritan semakin marah bila Bishop Besar William Laud yang dilantik
oleh Raja Charles I melarang golongan puritan melakukan aktiviti keagamaan mereka. Pada
tahun 1645, berlaku perang dan tentera parlimen yang dipimpin Oliver Cromwell berjaya
mengalahkan tentera Raja Charles I. Oliver Cromwell juga menyingkirkan ahli parlimen yang
proraja. Beliau kemudian mengisytiharkan England sebagai negara republik dan dia sendiri
sebagai ketua.
Walaupun berjaya menubuhkan pemerintahan raja berperlembagaan, Oliver Cromwell
tetap menerima tentangan daripada golongan levelers dan golongan diggers menuntut setiap
rakyat England berhak mengundi dan persamaan hak dalam pemilikan harta. Oliver
Cromwell telah membubarkan parlimen dan membentuk kerajaan baru iaitu Protectorate dan
melantik dirinya sebagai Lord Protectorate. Walaupun memerintah mengikut perlembagaan,
tetapi beliau pemerintahan bercorak diktaktor ketenteraan.

Tema 2: Pemerintahan dan Pentadbiran


Soalan: Huraikan peralihan sistem pemerintahan beraja mutlak kepada
raja berperlembagaan di Perancis.

Perancis merupakan antara negara di Eropah yang mengamalkan sistem pemerintahan


beraja mutlak. Walau bagaimanapun, kepincangan dan ketidakstabilan politik serta
kebangkitan rakyat menyebabkan sistem ini dihapuskan dan digantik dengan sistem
pemerintahan raja berperlembagaan.
Di bawah sistem raja berkuasa mutlak yang diamalkan di Perancis, pemerintahan Perancis
terletak di tangan Raja, Majlis Diraja dan intendant. Kuasa raja mengatasi semua undangundang. Raja berkuasa memenjarakan individu yang ingkar atau menyakiti hati golongan
berpengaruh. Tindakan ini dipanggil lettre de cachet. Majlis Diraja dianggotai kerabat diraja
yg berpengaruh. Mereka berperanan membuat keputusan penting dalam semua bidang. Di
peringkat wilayah, intendant diamanahkan untuk menguruskan hal pentadbiran dan cukai
sekaligus mengurangkan kuasa politik golongan bangsawan.
Golongan paderi atasan dan golongan bangsawan turut diberi keistimewaan. Golongan
bourjois iaitu golongan kelas menengah seperti professional, guru, peguam dan pedagang
turut diberikan keistimewaan seperti pengecualian cukai. Walau bagaimanapun, golongan ini
tidak berpuas hati kerana tidak berpeluang naik pangkat dalam pegawai tentera dan
berkhidmat dalam pentadbiran. Golongan petani pula terbeban dengan pelbagai cukai seperti
cukai tanah, garam, harta dan cukai feudal.
Parlimen Perancis pula terbahagi kepada tiga estet iaitu estet pertama yang terdiri
daripada golongan paderi, estet kedua dianggotai oleh golongan bangsawan dan estet ketiga
pula terdiri daripada golongan borjouis dan petani. Estet pertama dan kedua diberi
keistimewaan manakala estet ketiga seolah-olah terpinggir. Estet ketiga tidak mempunyai hak
untuk membuat sebarang keputusan penting. Tuntutan estet ketiga untuk mendapatkan
persamaan hak tidak diendahkan oleh Raja Loui XVI. Estet ketiga akhirnya mengisytiharkan
diri sebagai Perhimpunan Kebangsaan atau Parlimen Negara. Tindakan estet ketiga ini
menandakan bermulanya Revolusi Perancis. Perjuangan Estet Ketiga mendapat sokongan
golongan miskin.
Perjuangan estet ketiga membuahkan hasil apabila mereka berjaya menawan bangunan
Bastille. Kemuncak perjuangan estet ketiga ialah apabila berlakunya peristiwa yang dipanggi
Hari Ogos: Peristiwa ini menandakan penghapusan sistem feudal. Ahli parlimen dan
golongan feudal menyerahkan hak feudal mereka manakala golongan paderi menyerahkan
hak gereja. Pada 26 Ogos 1789 , parlimen meluluskan Perisytiharan Hak-Hak Manusia dan
Warganegara. Pentadbiran Perancis dibahagikan kepada 83 kawasan [department] dan setiap
department ini dibahagi kepada daerah [cantons] dan commune. Kerajaan tempatan dipilih
oleh rakyat tempatan dan berkuasa di kawasan masing.
Menjelang tahun 1791 Majlis Perhimpunan Kebangsaan menyiapkan perlembagaan
baru. Dengan mengambil idea berdasarkan teori pengasingan kuasa Montesquieu, kerajaan
Perancis dibahagikan kepada badan legislative, badan eksekutif dan badan judisiari.
Bermulalah era pemerintahan raja berperlembagaan di Perancis. Walau bagaimanapun,
pemerintahan raja berperlembagaan berlangsung selama setahun sebelum bertukar kepada
republik. Akibat pergeseran antara golongan revolusi dengan golongan menyokong raja, Raja
Louis XVI dan isterinya Marie Antoinnette telah dihukum pancung dengan gilotin.
Perubahan sistem pemerintahan beraja mutlak kepada raja berperlembagaan
menyaksikan pergolakkan politik di Perancis. Kacau-bilau yang berlakunya di Perancis hanya
tamat bila Napoleon Bobaparte mengambil alih pemerintahan [1799].

Tema 1: Masyarakat
Soalan: Bandingkan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda dan di China. (20m)

Masyarakat agraria ialah masyarakat yang berasaskan pertanian, penternakan dan


pemungutan hasil hutan dan sungai. Kebiasaannya petempatan terbentuk di sekitar kawasan
yang subur, misalnya di lembah-lembah sungai, kawasan berbukit, Serta kawasan yang
mempunyai sistem saliran yang baik. Belanda telah mengalami ledakan ekonomi pada tahun
1585 selepas berjaya melepaskan cengkaman pemerintahan Raja Phillip II dari Sepanyol.
Rvolusi Pertanian yang berlaku telah menaikkan taraf hidup masyarakat Belanda di Eropah.
Revolusi teknik pembinaan kapal,telah menjadikan Belanda sebagai kuasa perdagangan di
Eropah yang membawa kepada perkembangan pelabuhan di Amsterdam. Belanda mencapai
zaman kegemilangan ekonomi pada abad ke-16 hingga ke-17. Manakala, negara China
merupakan negara ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Asia Timur. Keluasan negara China
ialah 9 595 960 kilometer persegi atau 3 599 975 batu persegi. Namun demikian, dua pertiga
daripada China merupakan kawasan pergunungan dan gurun di sebelah barat dan utara.
Kawasan tertinggi ialah dataran Tibet dengan ketinggian purata 4000 meter atau 13 000 kaki.
Manakala gurun di China terdapat di bahagian utara, iaitu Gurun Gobi dan di bahagian barat
laut, iaitu Gurun Taklamakan. Hampir keseluruhan China bergunung-ganang dan kawasan
yang sesuai untuk pertanian hanyalah 15 peratus sahaja keluasannya. Terdapat persamaan dan
juga perbezaan antara ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda dan China.
Persamaan antara masyarakat agraria Belanda dan China ialah kedua-duanya
menjalankan ekonomi pertanian. Kedua-dua negara ini juga menjalankan aktiviti mengekspot
hasil pertanian .mereka. Tumpuan utama masyarakat agraria Belanda ialah tanaman bijiirin
seperti gandum, barli, oat yang menjadi sumber utama pertanian.Belanda Tanaman lain pula
yang diusahakan ialah kobis, kekacang, jagung dan bunga-bungaan.Manakala tanaman utama
yang diusahakan oleh masyarakat agraria di China ialah padi sawah yang banyak ditanam di
kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning.Tanaman lain turut diusahakan seperti
tanaman kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan bijirin lain. Masyarakat China,yang
tinggal di tanah tinggi Utara China, mereka menanam padi huma sekoi dan kekacang
terutama di sekitar Sungai Heilongjiang.
Selain itu, kedua-dua negara tersebut juga menjalankan industri swasta seperti industri
tekstil. Contohnya di Belanda , pada kurun ke-17, industri tekstil di Leiden berjaya
dikembangkan terutamanya dalam pengeluaran kain-kain jenis woolen, says, fustians dan
camlets.Perkara ini telah mendorong pertambahan pengeluaran kain sehingga meningkat
sebanyak 130 ribu pada tahun 1660-an. Selain Leiden, Haarlem telah menjadi bandar
pengeluaran kain linen utama untuk dipasarkan ke Eropah. Manakala di China Soochow
muncul sebagai pusat industri tekstil dan perusahaan kain kapas, kain sutera, dan pakaian
diusahakan oleh petani di Kiangnan.
Perbezaan lain ialah masyarakat agraria di Belanda menjalankan ekonomi penternakan
dan perikanan,Manakala di China menjalankan ekonomi perusahaan pertukangan dan
penubuhan persatuan. Contohnya di Belanda, penternakan lembu susu diusahakan untuk
pengeluaran bahan ternusu. Belanda menjadi tempat utama pentemakan lembu. Lembulembu daging yang ditemak akan disembelih dan dieksport ke kawasan-kawasan di selatan.
Pengeksportan lembu-lernbu yang telah disembelih dan diproses berlaku antara tahun 1500
hingga 1660. Selain itu di Belanda juga, dianggarkan satu per lima daripadanya terlibat
dengan industri perikanan yang menguntungkan Belanda.

Manakala di China masyarakat agraria juga melakukan aktiviti perusahaan pertukangan


yang diusahakan secara perkongsian antara dua orang atau lebih dan kebanyakan mereka
mengetahui cara perkongsian modal bersama atau joint stock. Mereka turut berkongsi
tanggungjawab terhadap kemajuan perniagaan. Selain itu di China juga seluruh perusahaan di
China bergabung membentuk kesatuan. Antaranya ialah persatuanpenenun,kesatuan
peniagabank,kesatuan peniaga pakaian,dan
kesatuan peniaga emas.

Kesimpulannya,persamaan antara masyarakat agraria Belanda dan China ialah dari segi
ekonomi pertanian dan industri swasta. Manakala perkara yang membezakan masyarakat
agraria di Belanda dan China ialah dari segi pelaksanaan ekonomi penternakan lembu dan
perikanan di Belanda serta perusahaan pertukangan dan penubuhan persatuan perusahaan di
China.Ekonomi agraria Belanda lebih terbuka, sedangkan ekonomi agraria China lebih
tertutup. Kedua-dua masyarakat Belanda dan China memberi tumpuan kepada bidang
pertanian yang memberi pendapatan yang lumayan kepada mereka.
Tema 1: Masyarakat
Soalan: Masyarakat Agraria di Belanda pada abad ke 16-17.

Masyarakat Agraria bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber kehidupan


mereka. Masyarakat agraria mengutamakan aktiviti bercucuk tanam dan penternakan sebagai
sumber ekonomi mereka.Masyarakat agraria menetap di kawasan pertanian yang subur dan
sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian. Mereka tinggal di kawasan lembah sungai yang
mempunyai mendapan tanah lanar yang subur. Perubahan secara besar-besaran dalam
kegiatan agraria bermula di England pada abad ke-18. Perubahan-perubahan ini meletakkan
asas bagi kelahiran Revolusi Pertanian. Revoluis Pertanian seterusnya tersebar ke kawasankawasan di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat. Thomas Jefferson mempromosikan
pembentukan masyarakat agraria di Amerika Syarikat pada peringkat awal penubuhan negara
tersebut.[1]
Masyarakat Agraria di Belanda pada abad ke-16 dan 17.
Kajian menunjukkan Belanda mengalami perkembangan pesat dalam bidang pertanian pada
abad ke-16 dan ke-17. Catatan pengembara dari England, Perancis, Jerman, Itali dan Sweden
yang melawat Belanda pada abad ke-16 dan ke 17 membuktikan kenyataan tersebut.
Masyarakat Belanda menggunakan kaedah dan teknik pertanian yang lebih maju berbanding
dengan negara-negara Eropah yang lain.
Selain dari itu mereka juga memperkenalkan pelbagai jenis tanaman seperti biji kol,
semanggi dan hop ke negara Eropah. Belanda juga membekalkan hasil pertanian dan produk
tenusu ke negara-negara lain sejak abad ke-16 dan ke 17 lagi. Perkembangan pesat dalam
aktiviti pertanian dan penternakan menyebabkan muncul masyarakat agraria di Belanda.
Ciri-ciri Masyarakat Agraria
Kegiatan ekonomi utama masyarakat agraria di Belanda berasaskan pertanian, penternakan
dan tanaman horikultur.
1.Pertanian
Menjelang abad ke-17, berlaku pertambahan penduduk yang pesat terutama di kawasan
bandar Belanda. Peningkatan penduduk menyebabkan aktiviti pertanian dapat dijalankan

secara ekstensif. Kegaitan pertanian melbatkan penanaman sayur-sayuran, bijirin dan


tanaman dagangan.
Menanam sayur-sayuran
Antara sayur-sayuran yang ditanam ialah bebawang, bijirin, biji cole, ketumbar, lobak dan
teasel. Menurut K.H.D.Halley masyarakat Belanda merupakan masyarakat yang paling
banyak makan sayur-sayuran di Eropah.
Tanaman bijirin
Tanaman bijirin yang diusahakan oleh masyarakat agraria ialah barli, gandum dan kekacang.
Barli ditanam secara meluas oleh petani wilayah Zeeland. Menjelang abad ke-17 gandum
menjadi tanaman penting di Belanda.Akhir abad ke-16 sebanyak 1150 kilogram hingga 1900
kilogram gandum dihasilkan bagi setipa hektar.