Anda di halaman 1dari 2

Sila rujuk contoh laman sesawang berikut dan secara berpasangan bincangkan

kepentingan membaca dan teknik membaca. Huraikan bagamanakah anda dapat


merealisasikannya dalam kelas dan seterusnya dapat menggalakkan minat
membaca dan menulis dalam kalangan murid di sekolah anda ke peringkat
penulisan buku, novel dan sebagainya.
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2012/05/peringkat-peringkat-kemahiranmembaca.html

| Amirul Afiqs |

Membaca merupakan sesuatu aktiviti yang amat penting dan perlu


dititikberatkan dalam setiap lapisan umur. Hal ini kerana membaca adalah sumber
utama bagi setiap orang mengumpul dan menerokai ilmu pengetahuan. Kepentingan
membaca juga sudah digariskan dalam Islam sendiri dengan adanya perintah Allah
SWT menerusi surah pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW iaitu
surah Al-Alaq. Hal ini menguatkan lagi kenyataan bahawa setiap manusia perlu
mencari ilmu dengan membaca.
Secara amnya, kepentingan membaca ialah sebagai wadah utama bagi
mendapatkan ilmu pengetahuan. Untuk menjadi insan yang berjaya, kita hendaklah
berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan antaranya adalah dengan membaca.
Oleh itu, budaya membaca ini perlu diterapkan dalam diri setiap anggota masyarakat
bermula dari peringkat bawah lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Golongan yang dimaksudkan ialah pelajar sekolah rendah dan
seumpamanya. Namun, terdapat halangan yang timbul disebabkan rasa kurang
minat terhadap amalan membaca.
Langkah yang boleh dilaksanakan dalam usaha menggalakkan minat membaca
dan menulis dalam kalangan murid di sekolah ialah antaranya dengan mengadakan
pertandingan membaca atau menulis karangan pada peringkat ini. Dengan adanya
aktiviti seperti ini, murid akan berasa lebih bersemangat untuk berusaha melakukan
yang terbaik. Hal ini mampu meningkatkan kemahiran mereka dalam kedua-dua
aktiviti ini malah dapat mencungkil bakat mereka dalam mana-mana bidang yang
berkaitan. Justeru itu, aktiviti sebegini dapat mewujudkan persaingan sihat antara
murid dalam memajukan diri mereka sendiri. Menang dan kalah bukannya perkara
utama, akan tetapi keinginan dan minat murid dalam kegiatan budaya membaca dan
menulis dapat dipupuk dan disemai.
Selain itu, langkah yang dapat diaplikasikan ialah dengan memanfaatkan
teknologi canggih yang wujud masa masa ini pada peringkat sekolah rendah lagi.
Pendedahan awal murid kepada sistem pembacaan dan penulisan menggunakan
teknologi ini dapat meningkatkan lagi keinginan mereka untuk menerokainya sekali
gus mampu menarik minat mereka kearah budaya membaca dan menulis. Hal ini
dibantu dengan adanya buku elektronik yang boleh dimuat naik secara percuma

daripada laman sesawang. Tambahan lagi, hal ini dapat membantu murid mencari
apa-apa maklumat dengan lebih pantas dan mudah tanpa perlu bersusah-payah dan
membazir masa. Melaluinya, murid akan berasa mudah dan tidak terbeban untuk
mencarinya malah teknik yang digunakan menjadikan suasana belajar lebih
menarik lantas dapat meningkatkan minat mereka dalam membaca dan menulis.
Di samping itu, mengaplikasikan konsep penceritaan dalam setiap bahan bacaan
dan penulisan supaya menjadikannya lebih menarik. Sebagai contoh, bahan bacaan
yang diberikan kepada murid ialah mengenai kisah para sahabat Nabi SAW, maka
guru boleh mengambil peluang dengan menceritakan situasi dan plot cerita yang
berkaitan dengan lebih mendalam melalui penceritaan bergambar yang menarik. Hal
ini dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran keseluruhan cerita serta
membantu murid untuk terus mengikuti cerita selanjutnya. Melalui kaedah ini, murid
akan tertarik dan berminat untuk membaca malahan dapat mengapresiasikan cerita
tersebut secara ringkas.
Kesimpulannya, murid pada peringkat rendah seperti ini perlu didedahkan
dengan konsep pembelajaran yang baru dan berkesan agar dapat melahirkan insan
yang mempraktikkan budaya membaca dan menulis. Hal ini mampu menyumbang
kepada tercapainya cita-cita agar mereka menjadi seorang yang berpengetahuan
luas dalam pelbagai bidang walaupun pada usia muda. Guru perlulah menggunakan
kaedah yang kreatif dalam melancarkan proses pembelajaran supaya kejayaan
dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai