Anda di halaman 1dari 2

SISTEM TENAGA

Manusia, sama ada semasa aktif atau berehat, sentiasa menukar tenaga dari
satu bentuk kepada bentuk yang lain. Umpamanya di dalam permainan
badminton, tenaga digunakan untuk mengekalkan aktiviti otot. Begitu juga di
dalam aktiviti berlari dan melompat dan pergerakan yang memerlukan
koordinasi dan imbangan dimana tenaga diperlukan berterusan.
Tenaga dibebaskan bila bahan kimia yang kaya dengan tenaga yang dipanggil
adenosine triphosphate (ATP) dipecahkan kepada yang lebih kecil yang dipanggil
adenosine diphosphate (ADP). Sel-sel di dalam badan tidak akan mengambil
nutriet yang terdapat di dalam makanan untuk mendapat bekalan tenaga
dengan serta-merta. Sebaliknya, ATP yang tersimpan di dalam sel-sel otot,
merupakan bahan bakar yang digunakan untuk mengeluarkan tenaga segera.
Walaupun ATP merupakan pembekal tenaga kepada semua sel, bekalannya
adalah terhad dan hendaklah dibina secara berterusan untuk memberi bekalan
yang berpanjangan. Terdapat tiga sistem asas di mana atp boleh dibekalkan ke
sel-sel otot untuk menghasilkan penguncupan dan pergerakan. Dua daripadanya
tidak memerlukan oksigen dan dipanggil sistem anaerobik. Sistem yang ketiga
memerlukan oksigen dan dipanggil sistem aerobik. Sistem anaerobik dipecahkan
kepada dua iaitu sistem atp-pc dan sistem asid laktik.

Sistem ATP-PC
ATP di dalam otot dan satu lagi bahan kimia yang kaya dengan tenaga yang
dipanggil phosphocreatine (PC) bersama-sama membekalkan tenaga yang cukup
untuk usaha maksima antara 5-10 saat. Hanya sebahagian kecil ATP disimpan di
dalam sel-sel otot dan ia perlu dibina semula untuk mengelakkan daripada
kehabisan. PC yang juga tersimpan di dalam sel-sel otot membantu membina
semula ATP.
Simpanan PC di dalam sel-sel hanya dapat bertahan beberapa saat sahaja di
dalam latihan yang berintensiti tinggi dan merupakan sumber utama bekalan
ATP semasa beberapa saat pertama larian pecutan. Dengan latihan yang rapi
keupayaan sistem ini boleh ditingkatkan.

Sistem Asid Laktik


Apabila simpanan PC di dalam sel-sel otot kehabisan, glikogen di dalam otot
yang terdiri daripada unit-unit glukosa yang dikumpul bersama dan merupakan
simpanan karbohidrat di dalam badan, melalui proses yang dipanggil glikosos
berpecah menjadi asid pyruvic dan menukar menjadi asid laktik dengan
ketiadaan oksigen. Pengumpulan asid laktik di dalam otot akan menganggu
peroses penguncupan dan melambatkan pergerakan dan akhirnya menyebabkan

kelesuan .Aktiviti yang berintensiti tinggi seperti larian 400m dan renang 100m
yang mengambil masa 45-60 saat akan membawa kepada kelesuan.

Sistem Aerobik
Sumber tenaga panjang melibatkan pengeluaran ATP daripada berbagai bahan
bakar dengan penggunaan oksigen. Sumber utama ialah karbohidrat dan lemak.
Pengeluaran ATP melalui sistem ini agak perlahan berbanding dengan sistem
yang lain dan memakan masa 2-3 minit kerana oksigen perlu disalurkan ke otot
melalui saluran darah. Dengan kehadiran oksigen asid pyruvic berpecah menjadi
karbon dioksida dan air dan membebaskan ATP yang banyak, lebih daripada
sistem yang lain.
Di dalam acara sukan yang memakan masa yang panjang seperti marathon
seseorang pelari mungkin terpaksa melambatkan larian ataupun berhenti kerana
kehabisan bahan bakar glikogen dan terpaksa menggunakan bahan bakar yang
lain seperti protin untuk menamatkan larian.

Sumbangan Sistem Tenaga Kepada Sukan


Sebenarnya sistem tenaga anaerobik dan aerobik menyumbang kepada
persembahan sukan cuma persoalannya ialah yang mana satu mendominasinya.
Umpamanya, di dalam sukan olahraga, acara larian pecut jarak dekat mendapat
sebahagian besar bekalan tenaga daripada sistem anaerobik iaitu, ATP-PC dan
Asid Laktik manakala acara larian jarak jauh yang memerlukan dayatahan
kardiovaskular mendapatkan sebahagian besar bekalan tenaga daripada sistem
aerobik. Maka sistem ATP-PC masih beroperasi semasa badan kita berehat dan
sistem aerobik beroperasi semasa larian pecut jarak dekat.
Di dalam permainan seperti bola sepak, ketiga-tiga sistem tenaga sentiasa
bertukar-ganti penguasaan mereka. Begitu juga semasa permainan badminton
rally pendek, ia mendapat bekalan tenaga daripada sistem ATP-PC dan Asid
Laktik manakala perlawanan yang berpanjangan mendapatkan bekalan tenaga
daripada sistem aerobik. Di dalam permainan bola sepak dan hoki, larian pecut
mengejar bola atau mengekori pemain lawan yang sedang menyerang mendapat
bekalan tenaga daripada sistem ATP-PC dan Asid Laktik.

Anda mungkin juga menyukai