Anda di halaman 1dari 148

Diterbitkan oleh:

Rumah GAPENA, JKR 734, Jalan Dewan Bahasa,


50460 Kuala Lumpur,
MALAYSIA
Persatuan Penterjemah Malaysia
171-A, Jalan Maharajalela, Kampung Attap,
50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan,
MALAYSIA
Abdullah Hassan & Zainal Abidin Borhan
Cetakan Pertama 2016
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian dan kandungan buku ini dalam apa-apa bentuk dengan apa-apa
cara sekalipun, sama ada secara elektronik, mekanikal, rakaman atau caracara lain tanpa mendapat izin bertulis daripada penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Abdullah Hassan, -1942


Kami Bantah DLP / Editor: Abdullah Hassan, Zainal Abidin Borhan.
ISBN 978-967-0685-94-6
1. Education--Malaysia. 2. Education change--Malaysia.
3. Education and state--Malaysia. 4. Education planning--Malaysia.
I. Abdullah Hassan, 1942-. II. Zainal Abidin Borhan, 1953-.
379.595

Kandungan

Warkah Rayuan kepada Perdana Menteri Malaysia

ix

1.

Rayuan Kepada Perdana Menteri Menolak DLP

2.

PPPPPM Membantah Pelaksanaan DLP


atau Program Dwibahasa

3.

Pendirian KGMMB Terhadap DLP dan HIP

21

4.

Sebab DLP Tidak Patut Dilaksanakan

30

Profesor Emeritus Dato Isahak Haron,


Felo Penyelidik Kanan,
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Dato Haji Abdul Raof b. Hussin


Presiden
Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia
Dato Haji Mohamad Sabri bin Haji Mohd Arsad,
Presiden
Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat
Prof. Emeritus Shaharir Mohd Zain
Pengerusi
Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)

Kami Bantah DLP

5.

Kedaulatan Bahasa Melayu

36

6.

Bahasa Melayu dalam Pendidikan Sains


dan Matematik

45

Peranan Bahasa dalam Pembinaan Insan


dan Pembangunan Negara

51

Program Dwibahasa Menggugat Pembangunan


Pendidikan Malaysia

57

Isu Dual Language Programme

66

Dato' Zainal Abidin Borhan


Ketua Eksekutif
Yayasan Karyawan Malaysia

Profesor Dato' Mohd Yusof Hj Othman


Felo Kanan, Institut Islam Hadhari, UKM

7.

Datuk Dr. Awang Sariyan


Ketua Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka

8.

Profesor Zaharani Ahmad


Timbalan Ketua Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka

9.

Prof. Emeritus Abdullah Hassan


Presiden
Persatuan Penterjemah Malaysia

10. Resolusi GAPENA Mengenai 'HIP' dan 'DLP'


Cadangan 'PADU' dan 'PEMANDU'

72

11. Pembentukan Negara Bangsa Perlu Menggunakan


Bahasa Melayu

75

12. Mengapa Kami Bantah Program DLP dan HIP

79

Profesor Dr. Datuk Wira Abdul Latiff Abu Bakar


Ketua I
GAPENA

Dr. Mohamad Saleeh Rahamad


Ketua I,
Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
Kamal Shukri Abdullah Sani,
Timbalan Presiden,
Persatuan Linguistik Malaysia

vi

Kandungan

13. ABIM Kecam Usaha Mengembalikan PPSMI Melalui


Pintu Belakang
93
Muhammad Faisal Abdul Aziz
Setiausaha Agung
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

14. Hentikan Program Dwibahasa DLP

96

15. Perpaduan Melalui Pemisahan:


Bahasa Melayu 2016

100

16. Bahasa Melayu Sekali Lagi Terumbang-Ambing

106

17. Makcik Melur, Anaknya dan DLP

118

Mohammad Fazril bin Mohd Saleh


Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

SN Muhammad Haji Salleh


SN Baha Zain

SN Dato' Anwar Ridhwan

18. Bahasa Melayu Pupus Jika Tiada Pengurusan Baik 121


Profesor Teo Kok Seong
Universiti Kebangsaan Malaysia
EXCO Majlis Profesor Negara

19. Melestarikan Bahasa Sebagai Identiti Bangsa

124

Senarai Kehadiran

129

Kehadiran Mesyuarat

131

Ramlee Wahab

vii

Warkah Rayuan kepada


Perdana Menteri Malaysia
YAB Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia,
Pejabat Perdana Menteri,
Aras 4, Blok Barat,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA
25 November 2015
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Yang Amat Berhormat Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia,
Kami mendoakan YAB Dato Seri sentiasa diberi oleh Allah swt
kesihatan dan kebijaksanaan dalam mentadbirkan negara, Amin.
Adapun kami, Prof. Emeritus Abdullah Hassan dan Dato Zainal
Abidin Borhan, mewakili rakan-rakan kami, dalam 34 persatuan
dengan ribuan ahli, yang menyumbang pemikiran dan cadangan
secara berpersatuan dan secara individu, ingin menyampaikan
cadangan, pendirian dan bantahan kami terhadap Dual Language
Programme (DLP) dan Highly Immersive Programme (HIP), bagi
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, seperti berikut:
1. Kami merayu kepada YAB Dato Seri supaya Program Dwi-Bahasa
(Dual-Language Programme) bagi mengajar Sains, Matematik,
Teknologi Reka Bentuk dan ICT dalam usaha meningkatkan
kemahiran murid dalam Bahasa Inggeris mulai 2016 itu dibatalkan.
Kami berpendapat, pendekatan ini tidak wajar kerana guru dan
pelajar tidak mahir dalam bahasa Inggeris bagi menjalankan aktiviti

Kami Bantah DLP

pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Juga langkah


ini akan mencacatkan prestasi pelajar dalam menguasai mata
pelajaran penting ini.
2. Kami juga merayu kepada YAB Dato Seri supaya mengenakan
satu moretorium secara serta merta selama 15 tahun, terhadap
isu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris melalui Sains,
Matematik, Teknologi Reka Bentuk dan ICT ini. Pendekatan
ini salah. Pertimbangan hendaklah dibuat bagi mencari kaedah
lain yang sesuai. Moretorium ini akan membolehkan pakar
dalam bidang ini mencari kaedah yang sesuai, dan tidak sekadar
mengharapkan usaha mengajar mata pelajaran ini dalam bahasa
Inggeris oleh guru yang tidak ada kompetensi mengajarkannya.
3. Kami mencadangkan bagi menampung kekurangan guru
berkompetensi mengajar bahasa Inggeris ini dilatih sebaik-baiknya.
Untuk itu sebuah institusi pendidikan guru bahasa Inggeris yang
menggunakan pendekatan immersive sepenuhnya digunakan.
Kami yakin ini dapat menampung keperluan kita, dan tidak perlu
mengimport penutur asli dari mana-mana negara bagi menjadi guru.
4. Tubuhkan sebuah universiti bahasa asing seperti yang dilakukan
oleh The Peoples Republic of China dan Korea. Mereka
masing-masing menubuhkan Beijing University for Foreign
Studies, dan Hankuk University for Foreign Studies. Ini dapat
menampung keperluan lain seperti calon bagi memegang jawatan
diplomat, pentadbiran dan juga eksekutif dalam korporat tempatan
dan antara bangsa.
5. Buat pengkategorian murid dan sekolah dengan teliti supaya kita
dapat mengajarkan bahasa Inggeris dengan lebih terancang. Murid
yang maju dapat diajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, dan
dapat maju ke tahap lebih tinggi seperti yang diperlukan. Murid
yang belum mempunyai sebarang kemahiran bolehlah bermula dari
awal dalam kelas bahasa Inggeris sebagai bahasa asing. Guru untuk
murid bahasa Inggeris sebagai bahasa asing tidak perlu mempunyai
kemahiran tinggi.

Warkah Rayuan kepada Perdana Menteri Malaysia

6. Istilah Bahasa Melayu tidak boleh digantikan dengan istilah


Bahasa Malaysia. Bahasa Melayu mempunyai himpunan maklumat
yang kaya dari segi sejarah, budaya dan sastera yang lebih 2000
tahun. Bahasa Malaysia yang bermula pada 1969, tidak ada
himpunan ilmu dan maklumat ini.
7. Sementara itu rancangan khusus untuk Bahasa Melayu akan juga
dijalankan bagi memartabatkan bahasa Melayu, seperti: menyebar
luaskan Bahasa Melayu Tinggi, memperbanyakkan buku ilmu dan
sastera dalam bahasa Melayu.
8. Usaha penterjemahan buku ilmu juga akan diberi perhatian
serius supaya bahasa Melayu akan mendapat pengisian sewajarnya
sebagai sebuah Bahasa Kebangsaan.
Sekianlah kami majukan permohonan dan cadangan kami untuk
pertimbangan YAB Dato Seri. Kami bersedia bekerjasama dalam
menjayakan rancangan penting begini untuk negara.
Yang benar
Profesor Emeritus Abdullah Hassan
Editor, Kami Bantah DLP
Dato Zainal Abidin Borhan
Pengerusi, Badan Bertindak Isu Pendidikan Kebangsaan

Salinan kepada
1.

YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi,


Timbalan Perdana Menteri Malaysia

2.

YB Dato Seri Mahdzir bin Khalid,


Menteri Pendidikan Malaysia

3.

YB Dato' Seri Idris Jusoh,


Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia

xi

Rayuan Kepada Perdana Menteri


Menolak DLP
Profesor Emeritus Dato Isahak Haron,
Felo Penyelidik Kanan,
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak,


Perdana Menteri Malaysia.
Yang Amat Berhormat,
Per: Program Dual-Language Program (DLP), Kementerian
Pendidikan.
Saya mendapat tahu, melalui pengumuman bajet 2016
yang YAB bentangkan di Parlimen baru-baru ini, bahawa
Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan Program
Dual-Language Program (DLP) di mana mata pelajaran
Matematik, Sains, Teknologi Reka Bentuk dan ICT akan diajar
dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4,
Tingkatan 1 di 300 buah sekolah sebagai sebuah projek rintis.
Tujuan program DLP ini, mengikut Laporan Pemandu yang
mengesyorkannya, adalah sebagai langkah bagi mengatasi
kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar.

Kami Bantah DLP

Program DLP ini nampaknya sama seperti program Pengajaran


dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) 2003 2011 dulu. Seperti kerajaan sendiri akui,
PPSMI adalah satu eksperimen yang terbukti gagal, bukan
saja bagi meningkatkan pembelajaran Sains dan Matematik
pelajar, bahkan juga gagal bagi meningkatkan pembelajaran
dan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar secara signifikan; ini
bersasarkan hasil ujian kami dan ujian-ujian BI di sekolah,
(kemudian LINUS), UPSR, SRP dsb.
Bekas YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pelajaran, waktu beliau mengumumkan pemansuhan PPSMI
(2009) dan balik menggunakan Bahasa Malaysia untuk Sains
dan Matematik secara beransur-ansur, menyatakan bahawa 3
juta pelajar kita telah menjadi mangsa dasar PPSMI. (Berita
Harian 9 Ogos, 2009).
Kajian-kajian kami tentang kesan PPSMI dalam dua fasa (data
2007 2010) juga menunjukkan kesan negatif dasar PPSMI ini
terhadap pembelajaran Matematik dan Sains pelajar Tahun 5 dan
Tingkatan 2. Purata lebih 75% pelajar sukar faham pengajaran
guru apabila guru mengajar Matematik dalam BI; dan hampir
80% sukar memahami Sains. Mereka juga sukar memahami buku
teks dan buku kerja dalam BI yang dibekalkan kepada mereka.
Akibatnya, prestasi pelajar dalam sains dan matematik lemah;
tinggi peratus gagal ujian-ujian Matematik dan Sains yang kami
berikan, dan ujian-ujian lain di sekolah, UPSR, PMR dan SPM.
Kemahiran Bahasa Inggeris pelajar juga tidak dapat ditingkatkan
secara signifikan melalui PPSMI.
Kesan buruk PPSMI juga ternyata, iaitu merosotnya prestasi
pelajar Malaysia dalam sains dan matematik dalam ujian-ujian
antarabangsa TIMMS 2007 dan 2011 dan ujian PISA 2012.
Pelajar Malaysia berada pada kedudukan satu per tiga di bawah
dalam kalangan 60 negara yang mengambil bahagian, berbanding
2

Rayuan Kepada Perdana Menteri Menolak DLP

dengan kedudukan 10 terbaik pelajar Malaysia dalam Ujian


TIMMS 1999 dan 2003, sebelum PPSMI.
Kesan yang parah adalah merosotnya bilangan dan peratus pelajar
yang memilih aliran Sains Tingkatan 4, menjadi hanya antara
26-28% (2012-13), berbanding dengan lebih 40% sebelum
PPSMI. Oleh sebab itu, PPSMI bukan dasar yang bijak untuk
memupuk pembelajaran dan minat Sains dan Teknologi dalam
kalangan pelajar kita, terutama pelajar Bumiputera. Ini strategi
yang buruk dalam pembangunan modal insan.

Kesimpulan dan cadangan


Menggunakan pengajaran Sains, Matematik, Teknologi Reka
Bentuk dan ICT dalam Bahasa Inggeris (DLP - ala PPSMI)
untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris pelajar adalah
pendekatan yang salah dan tidak berkesan seperti yang terbukti
dalam PPSMI. Kelemahan pembelajaran BI tidak boleh diatasi
melalui pengajaran S&M dan Teknologi dalam BI. Ia akan
melemahkan pembelajaran S&M dan Teknologi sebahagian
besar pelajar kita, dan tidak juga meningkatkan BI mereka.
Pendekatan yang yang munasabah adalah dengan menggubal
program dan pendekatan alternatif yang fleksibel bagi
meningkatkan keberkesanan pengajaran-dan-pembelajaran
Bahasa Inggeris di berbagai peringkat dan tujuan: dari prasekolah
hingga ke universiti. Sejak dulu lagi saya sentiasa menyokong
usaha, program, bengkel dan bahan baru untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran-dan-pembelajaran BI. Usaha ini perlu
berterusan secara lebih terancang dan besar, melibatkan pelbagai
pihak: Kementerian Pendidikan, PPD, sekolah, universiti dan
Institut Pendidikan Guru, dsb. Perlu ada R & D oleh pelbagai
pihak ini secara besar-besaran.
Saya sendiri, bersama rakan-rakan di Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya, sedang menjalankan kajian menggunakan
3

Kami Bantah DLP

pendekatan dan modul alternatif yang kami panggil English


in Context for Content (ECC) untuk meningkatkan PdP BI,
bermula di sekolah rendah. Kami percaya asas yang kukuh
di sekolah rendah, terutama di Sekolah Kebangsaan, akan
memudahkan dan mempercepatkan pembelajaran BI di
peringkat menengah dan seterusnya. Kami berpendapat salah
satu sebab murid SK lemah BI adalah kerana kaedah mengajar
TESL di SK kurang sesuai. Pendekatan communicative English
yang digunakan sejak lebih 20 tahun lalu nampaknya tidak
berkesan. Pendekatan phonics (yang diambil dari UK) untuk
murid Tahun 1 3 sekarang juga nampaknya kurang berkesan
untuk meningkatkan 2R, kerana ia tidak berdasarkan keperluan
dan konteks murid di sekolah rendah kita.
TESL di Sekolah Kebangsaan perlu pendekatan, kaedah dan
bahan pengajaran-pembelajaran yang functional, terutama
dengan keperluan dan konteks kebanyakan pelajar Melayu di
SK. Kami percaya ada banyak lagi alternatif untuk mengajar BI
(TESL) kepada pelajar kita. Ini perlu digalakkan dan diteruskan.
Buku teks dan bahan-bahan latihan BI perlu ditukar dan
bahan-bahan bacaan tambahan berbentuk print dan multimedia
perlu ditambah untuk memberi lebih banyak peluang murid
membuat pelbagai latihan membaca dan menulis (2R) dan
menggunakan Bahasa Inggeris di sekolah rendah.
Kelab Bahasa Inggeris boleh diadakan untuk pelbagai aktiviti
kokurikulum bagi pelajar menggunakan BI misalnya, menonton
CD, berlakon, bersoal-jawab, bermain pelbagai permainan
bahasa (language games, komputer, dsb). dalam masa tambahan.
Kesan paling buruk program DLP ini ialah ia akan memecahkan
sistem pendidikan kebangsaan, yang kerajaan cuba bangunkan
sebagai satu sistem pendidikan negara seperti dalam Pelan Induk
Pendidikan (2013-2025) yang berasaskan Bahasa Malaysia
sebagai bahasa pengantar semua mata pelajaran, di samping
4

Rayuan Kepada Perdana Menteri Menolak DLP

itu meningkatkan keberkesanan pengajaran-dan-pembelajaran


Bahasa Inggeris supaya pelajar menguasai BI secukupnya. Sistem
pendidikan kebangsaan dalam Pelan Induk ini akan memupuk
perpaduan generasi muda.
Saya bimbang DLP ini akan mengakibatkan seperti kata pepatah
Melayu, apa yang dikendong ciciran, apa yang dikejar tidak
dapat.
Rayuan saya
Saya merayu kepada YAB Dato Seri supaya Dual-Language
Program untuk mengajar Sains, Matematik, Teknologi Reka
Bentuk dan ICT dalam Bahasa Inggeris bagi meningkatkan
Kemahiran Bahasa Inggeris mulai 2016 itu dibatalkan.

2
PPPPPM Membantah Pelaksanaan
DLP atau Program Dwibahasa
Dato Haji Abdul Raof b. Hussin
Presiden
Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Pengenalan
Projek rintis DLP (Dual Language Programme) dan HIP (High
Immersive Programme) akan dilaksanakan mulai 2016. Persatuan
Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM),
membantah program dwibahasa ini sekeras-kerasnya. Ada
sepuluh rasionalnya.

Pertama
Bahawa pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) ini, tidaklah
terancang dengan rapi. Ia berasaskan kepada persepsi dan
prasangka melulu, dan tidak dirundingkan dengan golongan
pendidik, cendekiawan profesional, pejuang-pejuang bahasa,
tokoh-tokoh sasterawan Negara, NGO-NGO Melayu, Kesatuan
dan Persatuan Guru, Pengetua dan Guru Besar dan guru-guru,
pendidik-pendidik
yang
akan
dipertanggungjawabkan
melaksanakan program ini. Ia dimonopoli oleh barisan dan
ahli korporat yang tidak mempunyai latar belakang, roh dan
kredibiliti pendidikan yang antaranya tersedia punyai prasangka

PPPPPM Membantah Pelaksanaan DLP atau Program Dwibahasa

buruk terhadap kedaulatan dan keupayaan Bahasa Melayu. Ini


bercanggah dengan kehendak supaya Bahasa Melayu itu menjadi
Bahasa Kebangsaan, bahasa Ilmu, bahasa rasmi sebagai yang
termaktub dalam Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan.
Maka dengan ini PPPPPM membantah keras dan menolak
Program Dwibahasa (DLP) ini. Program ini, sama sahaja dengan
PPSMI yang dijalankan pada 2013 dan dimansuhkan pada 8
Julai 2009. PPSMI memangsakan tiga juta pelajar dan petaka
berganda ini tidak wajar diulang oleh kerajaan dan Kementerian
Pendidik Malaysia.
Walau bagaimanapun PPPPPM menyokong sepenuhnya
hasrat kerajaan dan KPM untuk meningkatkan dan
memperkukuhkan Bahasa Inggeris. PPPPPM tidak menafikan
akan peranan Bahasa Inggeris dan peri pentingnya Rakyat
Malaysia menguasainya. Perlu ditegaskan tuduhan bahawa kami
menentang kepentingan BI adalah tidak masuk akal.
PPPPPM juga ingin menegaskan bahawa usaha-usaha
untuk meningkatkan dan memperkukuhkan penguasaan Bahasa
Inggeris mesti dilaksanakan melalui pengajaran bahasa Inggeris,
dan tidak mengganggu mata pelajaran lain. Perbetulkan kaedah
pengajaran, pedagogi, lakukan rombakan kurikulum Bahasa
Inggeris, tingkatkan kepakaran guru Bahasa Inggeris, lengkapkan
infrastruktur pengajarannya, tambah masa pengajaran, dan
wujudkan persekitaran yang kondusif. Jangan diserahkan tugas
itu kepada guru bukan pakar bidang dan yang tidak menguasai
bahasa Inggeris.

Kedua
PPPPPM juga membantah DLP kerana berasaskan kepada
dapatan kajian ilmiah oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional
(PEMBINA), pelaksanaan PPSMI amat negatif.
Iaitu, tahap kompetensi guru dalam pengajaran dan
pembelajaran sains dan matematik menggunakan bahasa Inggeris
7

Kami Bantah DLP

adalah rendah dan implikasinya dalam pembangunan modal


insan adalah negatif.
Kajian ini dibuat bermula 1 Jun dan berakhir 31 Disember
2008 oleh PEMBINA dengan usaha sama lapan buah universiti,
iaitu Universiti Putra Malaysia, Universiti Perguruan Sultan
Idris, Universiti Sains Malaysia, Universiti Utara Malaysia,
Universiti Teknologi Mara Malaysia, Universiti Teknologi Mara
Sarawak, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Teknologi
Malaysia, dengan dipengerusikan oleh Dato Haji Abdul Ghani
Othman, Mantan Menteri Besar Johor, diketuai oleh Dato Haji
Abdul Raof Hussin, Mantan Pengarah Eksekutif PEMBINA,
dan Ketua Penyelidik Prof. Dr. Mohd. Sahandri Gani Hamzah,
kini Timbalan Naib Canselor, Universiti Perguruan Sultan Idris
serta 53 orang kaki tangan akademik Universiti dan Pegawai
PEMBINA.

Kajian yang Dijalankan


Kajian dijalankan di Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah
(SM) di seluruh negara, meliputi bandar, pinggir bandar, Luar
Bandar, pulau dan pendalaman, termasuk SK Orang Asli.
Sampel kajian terdiri daripada 90 buah SR, iaitu 58 SK,
10 SK Felda, 5 SK Pulau, 3 SK ORANG ASLI, 2 SK Pendidikan
Khas, 7 SJKC dan 5 SJKT.
Bagi SM, sampel kajian terdiri daripada tujuh puluh 70
buah sekolah, meliputi 44 SMK, 5 SMK FELDA, 4 SMK Agama,
4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP), 5 MRSM, 4 SM Teknik dan
4 SMK Conforming.
Bagi SR, Kajian dibuat terhadap murid-murid Tahun
5 (kohort 2, 2004 PPSMI) bagi subjek Sains, Matematik dan
Bahasa Inggeris.
Bagi SM, kajian dibuat terhadap pelajar-pelajar Tingkat
4, bagi Subjek Sains dan Matematik (Aliran Sastera), Matematik
8

PPPPPM Membantah Pelaksanaan DLP atau Program Dwibahasa

Tambahan, Fizik 1, Fizik 2, Kimia 1 dan Kimia 2, (Aliran Sains


Tulin) dan Bahasa Inggeris.
Seramai 553 orang guru dipilih sebagai sampel kajian,
iaitu 186 guru SR dan 367 guru SM. Pengetua atau Penolong
Kanan 70 orang dan Guru Besar 90 orang. Jumlah kesemuanya
seramai 713 orang.
Jumlah murid sampel kajian, ialah 15, 089 orang yang
terdiri daripada 5404 kawasan bandar (35.8%), Luar Bandar
9388 (62.2%), sekolah pendalaman 109 (0.7%) dan SK Pulau
188 orang (1.3%).

Dapatan Kajian tentang Aspek Guru


Penguasaan Bahasa Inggeris guru-guru PPSMI amatlah kritikal
dan gagal menyampaikan Pengajaran dan Pembelajaran yang
berkesan. Didapati 74 guru SK (39.3%) dan 93 guru SM
(25.3%) gagal dalam Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris.
Terdapat 3 guru BI (1.6%) SK yang tidak berkelayakan
atau tidak mempunyai opsyen BI atau 9 orang (4.8%) opsyen
kedua dalam bidang Sains atau Matematik mengajar subjek
PPSMI.
Pada keseluruhannya, kompetensi guru-guru PPSMI
adalah pada tahap sederhana (min=5.79). Penggunaan bahasa
bercampur aduk dan menggila.
Dwibahasa Bahasa Melayu atau ibunda melebihi BI
Dwibahasa Bahasa Inggeris melebihi BM atau ibunda
Tidak dapat guru menggunakan BI sepenuhnya.
Kecekapan guru dalam mengendali dan menggunakan Teknologi
Komputer dan ICT juga pada tahap lemah.

Kami Bantah DLP

Dapatan Kajian tentang Aspek Murid


Daripada 12 mata pelajaran yang diuji, didapati bahawa
murid-murid di kawasan bandar mengatasi rakan-rakan mereka
di kawasan Luar Bandar dalam 10 mata pelajaran (kecuali mata
pelajaran Fizik 1 dan Kimia 1) dengan perbezaan markah purata
antara 3.30 hingga 19.73.
Perbandingan Prestasi Murid Tahun 5 Sekolah Rendah Mengikut Lokasi
Bandar-Luar Bandar)

Bil.

Mata Pelajaran

Bandar

Luar Bandar

Perbezaan Lebih
/ Kurang

Bahasa Inggeris

71.57

59.74

-11.83

Sains

67.92

56.31

-11.61

Matematik

52.41

49.11

-3.30

Perbandingan Prestasi Murid Tingkatan 4 Sekolah Menengah Mengikut Aliran


Sastera Dan Aliran Sains Mengikut Lokasi Bandar-Luar Bandar)

Bil

Mata Pelajaran

Bandar

Luar Bandar

Perbezaan
Lebih / Kurang

Bahasa Inggeris
(A. Sastera)

45.07

41.47

-3.67

Sains (A. Sastera)

36.23

33.48

-2.75

Matematik
(A. Sastera)

63.75

44.02

-1973

Bahasa Inggeris
(A. Sains)

48.38

38.01

-10.37

Fizik 1 (A. Sains)

42.47

43.20

+0.73

Fizik 2 (A. Sains)

51.62

46.09

-5.53

Kimia 1 (A. Sains)

46.41

44.61

-1.80

Kimia 2
(A. Sastera)

68.05

60.91

-7.14

Matematik
Tambahan
(A. Sains)

55.00

53.40

-1.60

10

PPPPPM Membantah Pelaksanaan DLP atau Program Dwibahasa

Status Pelaksanaan PPSMI dan Sumbangannya


Terhadap Peningkatan Bahasa Inggeris Murid-Murid
Sekolah Rendah: Didapati sumbangan dan korelasinya adalah
rendah bagi mata pelajaran Sains, iaitu ia hanya berjaya
MENYUMBANGKAN peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris
sebanyak 0.7 peratus sahaja. Sementara untuk Matematik, tiada
sumbangan terhadap peningkatan Bahasa Inggeris.
Sekolah Menengah Aliran Sastera: Bagi mata pelajaran
Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya rendah.
Di mana bagi Matematik hanya berjaya menyumbangkan
peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratus
dan 0.6 peratus bagi Sains.
Sekolah Menengah Aliran Sains: Hanya 2 mata pelajaran
sahaja yang menunjukkan ada korelasi dan sumbangan rendah,
iaitu Kimia 2 dan Matematik Tambahan. Di mana, jumlah
kedua-dua mata pelajaran ini hanya menyumbangkan sebanyak
0.9 peratus, iaitu 0.6 peratus bagi Kimia 2 dan 0.3 peratus bagi
Matematik Tambahan.
Oleh itu dapatan melalui analisis regresi berganda,
jelaslah bahawa sumbangan Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris hanya mampu
menyumbangkan pada tahap paling minimum, iaitu kurang
daripada 4 peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa
Inggeris secara keseluruhannya. Dari segi perkiraan cost-benefit
analysis dalam konteks pelaburan pendidikan jangka masa
panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan dan sebaliknya
membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi
akan datang. Dengan ini disarankan supaya diberhentikan
dasar PPSMI. Ianya juga harus diterokai pendekatan alternatif
pengajaran Bahasa Inggeris cara lain yang lebih konkrit dan
praktikal, iaitu dengan menggubal dan menambahbaikkan
kurikulum dan pedagogi mata pelajaran Bahasa Inggeris itu
sendiri.
11

Kami Bantah DLP

Perbandingan Skor Min Ujian dalam Bahasa Inggeris


dengan Ujian dalam Bahasa Melayu atau Dwibahasa
Secara perbandingan pencapaian murid dalam mata pelajaran
Sains dan Matematik (9 kali ujian) yang diuji dalam Bahasa
Inggeris dan diuji dalam Bahasa Melayu atau dwi bahasa
peringkat Sekolah Rendah, Sekolah Menengah Aliran Sastera
dan Sekolah Menengah Aliran Sains menunjukkan pencapaian
murid yang menjawab soalan dengan menggunakan medium
soalan dwibahasa lebih baik atau mengatasi pencapaian mereka
yang menggunakan medium Bahasa Inggeris dengan kelebihan
skor min antara 6.94 hingga 16.45. Justeru itu adalah jelas
bahawa penggunaan dwibahasa atau Bahasa Melayu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran serta ujian lebih digemari murid dan
mereka dapat membuktikan penguasaan yang lebih baik dalam
Bahasa Melayu. Dengan ini ditegaskan bahawa mata pelajaran
Sains dan Matematik amat bertepatan untuk dikendalikan dalam
Bahasa Melayu di peringkat SK dan menengah, dan bahasa
ibunda di SRJKC dan SRJKT.

Ketiga
PPPPPM membantah DLP ini kerana berasaskan kepada analisis
kajian oleh Jemaah Nazir KPM sendiri, yang menunjukkan
kegagalan PPSMI, iaitu, Analisis Pencapaian Murid Kohort 2
(2003-2009) SK dalam ujian peperiksaan Peringkat sekolah:
mata pelajaran Matematik mengikut gred purata mata pelajaran
(GPMP), bagi 56 SK, yang meliputi 1942 orang murid.
Kajian oleh Jemaah Nazir Persekutuan KPM dengan jelas
mendapati sesungguhnya pelaksanaan PPSMI menimbulkan
kesan buruk kepada murid-murid yang tergolong dalam kategori
sederhana dan lemah di dalam ketiga-tiga mata pelajaran, iaitu
Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. PPSMI telah dan akan
membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid
12

PPPPPM Membantah Pelaksanaan DLP atau Program Dwibahasa

untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat Sekolah


Rendah lagi.
Buktinya, analisis sampel terhadap keputusan peperiksaan
yang diambil oleh Jemaah Nazir Persekutuan ke atas 1942 murid
tahun 5 kohort 2 (2004) dari 56 buah SK seluruh negara,
menunjukkan bahawa pencapaian mereka semakin merosot,
malah ada yang dengan drastik merudum apabila mereka naik
ke tahun yang lebih tinggi, iaitu di Tahun 2 (2005), Tahun 3,
(2006), Tahun 4 (2007), Tahun 5 (2008) dan dijangka berterusan
di Tahun 6 (2009).

Keempat
Kajian Kesan PPSMI di Sekolah Rendah dan Menengah Fasa
2) DI yang diketuai oleh Profesor Emeritus Dato Isahak Haron
cuba mencari jawapan sejauh manakah tercapainya dua matlamat
utama Dasar PPSMI, yang diputuskan oleh Mesyuarat Khas
Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002, itu, bagi:
a. meningkatkan pembelajaran dan prestasi pelajaran
dalam Sains dan Matematik, yang diajar dalam Bahasa
Inggeris.
b. meningkatkan pembelajaran dan kemahiran pelajar
berbahasa Inggeris.
Oleh itu kajian oleh Prof Dato Dr. Isahak dan kumpulannya
cuba mencari jawapan kepada soalan seperti tersebut:
a. Sejauh manakah pembelajaran dan prestasi pelajar dalam
Sains dan Matematik bertambah lebih baik dengan
menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris dan
b. Sejauh manakah dasar ini turut meningkatkan
Penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

13

Kami Bantah DLP

Hasil kajian Fasa 1 didapati bahawa penggunaan BI untuk Sains


dan Matematik telah melemahkan lagi pembelajaran dan prestasi
pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut, kerana lebih
75% pelajar sukar memahami Sains dan Matematik dalam BI.
Hanya 10% hingga 15% sahaja guru mengguna BI sepenuhnya,
kerana rata-rata penguasaan BI guru juga rendah. Akibatnya
pembelajaran dan prestasi pelajar dalam Sains dan Matematik,
terutama di SK dan SMK merosot teruk. Penguasaan pelajar
dalam BI juga tidak meningkat secara signifikan. Sementara
kajian Fasa 2 untuk murid Tahun 5 dan Tingkatan 2 (Jan 2008,
Feb 2009, Ogos 2009, Februari 2010 dan Julai 2010) didapati :
a. Hanya 10-12% sahaja guru yang dapat menggunakan
Bahasa Inggeris.
b. Hanya 6.2% dan 9.1% murid Tahun 5 menyatakan
mereka senang belajar Matematik dan Sains dalam
Bahasa Inggeris.
c. Bagi pelajar Tingkatan 2, purata hanya 11.8%
menyatakan senang belajar Sains dan 15.4% belajar
Matematik dalam BI.
Kesimpulannya, mengikut Profesor Dato Dr. Isahak Haron,
kajian mereka merumuskan kedua-kuda matlamat asalnya,
iaitu untuk meningkatkan pengetahuan pelajar dalam Sains dan
Matematik tidak tercapai, bahkan mengakibatkan merosot teruk.
Matlamat kedua untuk Meningkatkan Bahasa Inggeris juga tidak
kesampaian. Bak kata pepatah, Yang dikendong berciciran, dan
yang dikejar tidak dapat.

Kelima
Berasaskan kepada Hasil Ujian Antara bangsa - TIMMS 2007
dan PISA 2012 prestasi murid Malaysia menjunam.
Didapati bahawa kesan negatif PPSMI dapat ditunjukkan
juga dalam hasil ujian antara bangsa TIMMS 2007 dan 2011, dan
14

PPPPPM Membantah Pelaksanaan DLP atau Program Dwibahasa

PISA 2012. Kedudukan Malaysia jatuh menjunam ke nombor


corot, iaitu kedudukan dalam kumpulan satu per tiga di bawah,
berbanding dengan prestasi dan kedudukan pelajar Malaysia di
Tangga 10 terbaik daripada 58 negara lain dalam ujian TIMMS
1999 dan 2003 sebelum Dasar PPSMI dilaksanakan (Prof Dato
Dr. Isahak Haron).

Keenam
Kajian tentang Keberkesanan PPSMI oleh Prof. Datin Dr.
Juriah Long (UKM) pada 2004. Juga mendapati pelaksanaan
PPSMI memberi kesan negatif kepada keputusan pelajar.
Berdasarkan kajian ke atas pelajar Tingkatan 2, di 242
Sekolah Menengah di seluruh negara, meliputi 7,236 pelajar,
701 guru Sains dan 707 guru Matematik didapati hasil dapatan
hampir sama trendnya dengan hasil kajian PEMBINA, Jemaah
Nazir Persekutuan (KPM) dan Universiti Pendidikan Sutan Idris
oleh Isahak Haron.
Kesimpulannya, hasil PPSMI mengakibatkan bilangan
pelajar yang berkualiti tinggi amat terhad. Mereka yang
berpencapaian rendah mendominasikan dalam arus perdana
pendidikan. Ini akan memberi kesan berpanjangan hingga
ke peringkat tertiari di mana bilangan pelajar aliran Sains,
Matematik dan Teknikal akan merosot, terutama pelajar Melayu
jika DASAR DWIBAHASA dilaksanakan.

Ketujuh
Pelaksanaan program dwi bahasa (DLP) itu tidak adil dan
mewujudkan jurang prestasi sains dan matematik UPSR antara
SK, SJKC DAN SJKT.
Dasar pelaksanaan DLP yang berbeza antara SK, SJKC dan
SJKT akan menyebabkan jurang prestasi Sains dan Matematik
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) murid-murid SK
15

Kami Bantah DLP

seluruhnya, terutama murid-murid Melayu bertambah jarak dan


kritikal. KPM tidak berani menyentuh SJKC dan SJKT kerana
akan ditentang oleh masyarakat Cina dan India yang cintakan
bahasa mereka, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil. SJKC dan
SJKT akan berterusan mengajar dalam bahasa ibunda. Jikalau
Dasar DLP ini dilaksanakan, pengalaman kegagalan PPSMI
akan berulang kepada murid-murid SK di mana prestasi Sains
dan Matematik murid-murid SK jauh lebih rendah dari SJKC.

Kelapan
Kementerian Pendidikan Malaysia sudah tersalah prioriti antara
lulus BI dengan gagal sains, matematik dan teknikal. Apakah
keutamaan KPM?
PPPPPM membantah DLP kerana KPM tersalah langkah,
tersasar prioriti utama, iaitu untuk mencapai Pelaksanaan Dasar
60% Aliran Sains dan Teknologi: 40% Aliran Sastera yang
dilaksanakan oleh KPM mulai 2001 dan akan tercapai pada 2010.
Mengikut data dan fakta pada 2001 jumlah peratus pelajar yang
mengambil aliran Sains dan Teknikal ialah 34.19% berbanding
dengan sasaran yang telah ditetapkan pada 2001, iaitu 37.0%
(kekurangan 2.81%). Malangnya, akibat Dasar PPSMI kini,
pada 2015 matlamat ini bukan sahaja gagal dicapai, malah
bertambah merundum kepada 28.0% sahaja. Andainya, DLP
diteruskan Malaysia akan hadapi krisis ketandusan siswazah
Sains dan Teknikal untuk menampung keperluan negara.

Kesembilan
Pelaksanaan DLP menggagalkan dan bertentangan dengan
dasar memartabatkan Bahasa Melayu. PPPPPM membantah
pelaksanaan DLP kerana ia akan menggagalkan matlamat
MBMMBI. Dasar MBMMBI adalah bagi melahirkan masyarakat
yang berupaya menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,
sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Pembangunan
16

PPPPPM Membantah Pelaksanaan DLP atau Program Dwibahasa

Pendidikan Malaysia 2013-2025. Matlamat ini akan dicapai


melalui strategi berikut:
Strategi 1: Mentransformasikan Kurikulum Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris
Strategi 2: Memantapkan Kompetensi Guru Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris
Strategi 3: Menempatkan Guru Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris Mengikut Opsyen.
Strategi 4: Menggunakan Khidmat Pakar, Perunding dan
Pembantu Guru.
Strategi 5: Memperluas Penggunaan Bahan dan Teknologi
Maklumat Dan Komunikasi (TMK) dalam PdP Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris.
Strategi 6: Memperluaskan Publisiti dan Kempen Pengukuhan
Bahasa.
Strategi 7: Meningkatkan Penyertaan Murid dalam Aktiviti
Bahasa di Luar Bilik Darjah.
Strategi 8: Melaksanakan Pentaksiran dan Pelaporan Keperihalan
Pencapaian Murid.
Malangnya, sehingga kini pelaksanaan MBMMBI gagal
mencapai matlamatnya setelah berjalan selama 10 tahun. Amat
mendukacitakan, tidak ada kemajuan yang signifikan terhadap
usaha untuk Martabatkan Bahasa Malaysia. Pelbagai inisiatif
dilakukan terhadap BI tetapi tidak ada sebarang inisiatif diberikan
kepada sekolah dan guru Bahasa Malaysia. Misalnya guru-guru
Bahasa Inggeris diberikan Kursus Pro-ELT, dan kepada mereka
yang beroleh (2, Cambridge Placement Test (CPT) akan dapat
ganjaran RM 5,000.00 dan c1 beroleh RM 3,000.00. Juga untuk
BI diberikan Peruntukan Khas kepada sekolah serta diimportkan
17

Kami Bantah DLP

Guru Penutur Jati dengan berjuta ringgit diperuntukkan. Malang


sekali kepada MBM, tidak ada sebarang Peruntukan Khas
diberikan kepada sekolah, melainkan Peruntukan Per Kapita
Subjek Bahasa Melayu sahaja.

Kesepuluh
Dasar DLP bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,
Perkara 152 (1), 152 (6) Akta Bahasa Kebangsaan 1963 / 1967.
Penyata Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran
1961 dan Akta Pendidikan 1996 (AKTA 550).
Pada hakikatnya DLP adalah bertentangan dengan
semangat Perlembagaan Persekutuan perkara 152(1) yang
memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
dan hendaklah digunakan sebagai bahasa rasmi dan perkara 152
(6) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan perkara ini.
Maksud rasmi, ertinya apa-apa jua maksud Kerajaan, sama ada
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah
apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.
Bertentangan dengan Akta Bahasa Kebangsaan
1963/1967: Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa Rasmi telah
diperuntukkan di bawah Seksyen 2, Akta Bahasa Kebangsaan
1963/67. Akta 32) seperti berikut:
Kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam Akta ini dan
tertakluk kepada perlindungan yang terkandung dalam Perkara
152(1) perlembagaan berhubung dengan mana-mana bahasa
lain dan bahasa mana-mana kaum lain dalam Malaysia, bahasa
kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi.
Bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996 Bahasa
Kebangsaan adalah Bahasa Pengantar Utama. Seksyen 17, Akta
Pendidikan 199 menetapkan Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa
Pengantar Utama seperti berikut:
18

PPPPPM Membantah Pelaksanaan DLP atau Program Dwibahasa

1. Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa


pengantar di semua institusi pendidikan dalam
Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis
kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau
mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan
oleh Menteri daripada subseksyen ini.
2. Jikalau bahasa pengantar utama di sesuatu institusi
pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan,
maka bahasa kebangsaan adalah diajarkan sebagai mata
pelajaran wajib di institusi pendidikan.
Peruntukan subseksyen 17(1) bermakna pengajaran dan
pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas hendaklah secara
utamanya dijalankan dalam Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa
Melayu, kecuali bagi Sekolah Jenis Kebangsaan.

High Immersive Programme (HIP)


PPPPPM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan
MENYOKONG DAN MENERIMA SEPENUHNYA
Program Imersif Tinggi BM dan BI (HIP) yang dicadang pakai
oleh Kementerian Pendidikan kerana Program ini bukanlah
merupakan suatu perkara baru. Kementerian Pendidikan telah
pun melaksanakan sebelum dan sejak SURAT PEKELILING
IKHTISAS Bil. 1/1999, KP (BS) 8591/Jilid XV/ (1) bertarikh 4
Januari 1999 dikeluarkan.
Melalui Pekeliling ini semua sekolah dikehendaki
menjalankan aktiviti sokongan Bahasa Inggeris bagi tujuan
menambahkan masa pendedahan pelajar kepada bahasa tersebut.
Oleh kerana peruntukan masa pengajaran Bahasa Inggeris
dalam jadual waktu adalah terhad dan tidak mungkin dapat
ditambah tanpa menjejaskan masa untuk mata pelajaran lain,
maka penambahan masa pendedahan ini dikehendaki dilakukan
19

Kami Bantah DLP

melalui aktiviti-aktiviti sokongan di luar bilik darjah, aktiviti


ko-kurikulum dan ko-akademik. KPM berharap, melalui aktiviti
ini bukan sahaja bertujuan untuk mempertingkatkan motivasi
pelajar tetapi juga mengubah sikap pelajar supaya pembelajaran
Bahasa Inggeris dapat dimaksimumkan dan berjaya meningkatkan
prestasi akademik, keupayaan menulis, membaca dan keyakinan
bertutur dengan lancar dalam Bahasa Inggeris.
Antara aktiviti yang perlu, dijalankan adalah, Story
Telling, Choral Speaking, Choral Reading, debate, English
Bulleting Board, A Word a Day, A Proverb a Week, persembahan
semasa perhimpunan, projek bacaan, lawatan, lakunan, Jazz,
Chants, Poetry Recital, Drama dan Sketsa, Daily News Recap.
Air Wares, Spelling Bee, Readathon, Dear (Drop Everything
and Read) Project, English Quiz, Language Games, Corridor of
Knowledge dan lain-lain.
Maka, PPPPP YAKIN dengan adanya Program Imersif
Tinggi BM dan BI (HIP) ini, penguasaan Bahasa Inggeris akan
terjamin meningkat. Lantaran tidak perlu lagi Kementerian
Pendidikan melaksanakan Program Dwibahasa Pengajaran
Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris.

20

Pendirian KGMMB Terhadap


DLP dan HIP
Dato Haji Mohamad Sabri bin Haji Mohd Arsad,
Presiden
Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat

Pengenalan
Bajet 2016 memperuntukkan RM135 juta kepada MBMMBI
dan sebanyak RM38.5 juta daripada jumlah bajet itu akan
digunakan untuk DLP dan HIP. DLP iaitu Program Dwi
Bahasa atau Dual Languange Programme dan HIP iaitu Program
Imersif Tinggi atau High Immersive Programme adalah program
yang akan dilaksanakan pada tahun 2016 oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Gelombang Kedua
PPPM 2013-2025. Program ini akan dilaksanakan di sekolah
secara berperingkat-peringkat. DLP pula merupakan program
pengukuhan bahasa Inggeris melalui Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan,
Matematik S (Pra-Universiti), Sains, Kimia, Fizik, Biologi,
Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk
& Teknologi (RBT). HIP pula adalah program peningkatan
Bahasa Inggeris yang akan dilaksanakan dalam komuniti sekolah
dengan tujuan meningkatkan keyakinan dan sikap positif pelajar
terhadap bahasa Inggeris.

Kami Bantah DLP

DLP akan dilaksanakan berasaskan beberapa kriteria


antaranya sumber sekolah yang mencukupi, guru yang
kompeten serta sokongan ibu bapa. Untuk tujuan rintis atau
permulaan, sekolah rendah hanya melibatkan Tahun 1 dan
Tahun 4, manakala sekolah menengah melibatkan Tingkatan 4.
Rintisan akan dijalankan di 300 buah sekolah di seluruh negara
mulai awal persekolahan 2016. Sekolah-sekolah tersebut akan
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam
pengajaran Sains dan Matematik.

Pendirian KGMMB
HIP merupakan program yang sesuai dilaksanakan kerana
program ini bersifat komuniti sekolah dan dilihat mampu
meningkatkan keyakinan dan sikap positif murid-murid terhadap
bahasa Inggeris. Namun, DLP dilihat oleh KGMMB sebagai
program yang sama seperti PPSMI, yang gagal menyelesaikan
masalah penguasaan bahasa Inggeris malah memberi kesan buruk
kepada sebilangan besar pelajar dan gagal ke arah perpaduan dan
pembentukan identiti nasional.
Konvensyen UMNO Johor 2006, membantah PPSMI
di sekolah-sekolah kerana dasar tersebut menyebabkan bangsa
Melayu hilang identiti dan jati diri. PPSMI juga sentiasa menjadi
isu utama dan ditentang dalam seminar anjuran pelbagai pihak
seperti DBP, Gapena, Persatuan Linguistik Malaysia, Persatuan
Perterjemah Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia, KGMMB
dan lain-lain persatuan.

DLP Melanggar Perkara 152 dalam Perlembagaan


DLP sebenarnya menafikan fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Pengantar, Bahasa Rasmi dan bahasa perpaduan yang termaktub
dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 152.
Kedudukan bahasa Melayu diperkukuhkan lagi melalui
Akta Bahasa Kebangsaan 1967 yang menetapkan bahasa itu
22

Pendirian KGMMB Terhadap DLP dan HIP

sebagai bahasa rasmi tunggal. Pindaan dalam Akta Perlembagaan


1971 pula menetapkan status bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan tidak boleh dipersoalkan. Mereka yang berbuat
demikian boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1984. Bahasa
rasmi ini juga tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis
Raja-Raja Melayu.
Bahasa Melayu adalah bahasa asal penduduk asal Malaysia.
Bertepatan dengan kedudukannya sebagai bahasa asal maka amat
wajar bahasa ini menjadi bahasa pertuturan dan komunikasi
pelbagai kaum di Malaysia. Bahasa Melayu mudah dipelajari
dan menjadi bahasa perpaduan. Bahasa ini pernah menjadi
bahasa ilmu dan lingua franca di Nusantara. Untuk menguasai
Tanah Melayu, pegawai British seperti Thomas Stanford Raffles
mempelajari bahasa Melayu. Para pedagang juga mempelajari
bahasa Melayu untuk tujuan perdagangan. Namun, apabila
penjajah menguasai Tanah Melayu mereka cuba mengubah
sistem yang ada termasuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai
bahasa utama.
Penjajahan menjadikan orang-orang Melayu serba-serbi
ketinggalan. Sistem pendidikan Inggeris tidak membantu
perkembangan dan kemajuan bangsa Melayu. Pendidikan
anak-anak Melayu hanya di peringkat rendah sahaja dan orang
Melayu gagal bekerja di sektor awam. Sektor tersebut berjaya
memberi kelebihan kepada bukan Melayu dan meminggirkan
Melayu. Perjuangan KPGMS, Pertubuhan Melayu serta
tokoh-tokoh sejati Melayu, membawa perubahan kepada
kedudukan bahasa Melayu. KPGMS adalah singkatan bagi
Kesatuan Persekutuan Guru Melayu Semenanjung. Kesatuan ini
ditubuhkan lebih awal sedikit daripada UMNO dalam tahun
yang sama iaitu 1946. Pada tahun 1954 namanya ditukar kepada
Kesatuan Persekutuan Guru Melayu Persekutuan Tanah Melayu
(KPGMPTM) dan mulai 1968 dikenali pula sebagai Kesatuan
Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB).
23

Kami Bantah DLP

Bahasa Melayu dimartabatkan dan bahasa Melayu


menjadi bahasa pengantar bukan sahaja di sekolah menengah
malah di universiti. Bilangan anak-anak Melayu yang menuntut
di universiti bertambah. Begitu juga anak-anak Melayu yang
berjaya menjawat jawatan di sektor awam juga bertambah.
Lanskap kemajuan dan penguasaan orang Melayu terutama
dalam sektor awam jelas kelihatan apabila dasar pendidikan
mesra Melayu yang berasaskan bahasa Melayu dilaksanakan. Ini
dibicarakan oleh Roslan Saadon, dalam tesis Doktor Falsafah
beliau bertajuk Perjuangan Guru-Guru Melayu Pulau Pinang
1920-1980: Manifestasi Pemikiran dan Kepimpinan Guruyang
diserahkan kepada Universiti Sains Malaysia, pada tahun 2015.
Jelas, bahasa Melayu memperkukuh kedudukan dan kemajuan
bangsa Melayu malah menjadi bahasa perpaduan untuk
masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk.
Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini terbukti
melalui penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
pada tahun 1970. Universiti tersebut berjaya menghasilkan
lebih 450 tesis Ph.D. dan lebih 2,000 tesis MA dan M.Sc
yang menggunakan bahasa Melayu. Hal ini menjawab bahawa
bahasa Melayu mampu menjadi bahasa pengantar bagi pelbagai
bidang ilmu di pusat pengajian tinggi. Rujuk Anwar Ridhwan,
Memasyarakatkan Persuratan Melayu, Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu, 28-30 Oktober 2011, Balai Budaya, Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 6; Hasilnya, ratusan ribu ahli ilmu,
birokrat, teknokrat, profesional dan tenaga pembangunan
negara dalam pelbagai bidang terhasil dari sistem pendidikan
yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Awang Sariyan juga mengakui bahawa penggunaan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengembangan ilmu menjadikan
proses pengilmuan masyarakat lebih berkesan. Bahasa Melayu
mengisi erti pendemokrasian pendidikan dengan memainkan
peranan sebagai alat menyampaikan pelbagai ilmu kepada
pelbagai kaum dan lapisan masyarakat melalui bahasa yang
satu. Ini sudah dibicarakan oleh Awang Sariyan, Pemartabatan
24

Pendirian KGMMB Terhadap DLP dan HIP

Bahasa Kebangsaan Dalam Pembinaan Negara Bangsa, Syarahan


Bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dan
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, 23 Februari
2010, hlm. 12-13.

DLP Bercanggah dengan 6 Aspirasi Murid PPPM


Dua daripada enam Aspirasi Murid dalam PPPM iaitu kemahiran
dwibahasa dan pembentukan identiti nasional akan tergugat
melalui pelaksanaan program ini. Sistem pendidikan negara
yang diperkukuhkan lagi dengan PPPM jelas membawa murid
mencapai 6 Aspirasi iaitu memperoleh pengetahuan, kemahiran
berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
membentuk etika dan kerohanian, dan membentuk identiti
nasional. Persoalan yang timbul ialah apabila program DLP
dilaksanakan, hanya melibatkan sekolah dan kelas terpilih. Usaha
meningkatkan bahasa Inggeris tidak berlaku secara menyeluruh
kepada semua murid yang berhak menikmatinya. Justeru, DLP
bukan program yang sesuai untuk memastikan kemahiran
dwibahasa diperoleh oleh semua murid, tetapi program lain
perlu difikirkan yang lebih sesuai dan bersifat menyeluruh.
Identiti nasional agak kurang jelas apabila sebilangan
besar masyarakat Malaysia masih menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa komunikasi. Mereka mengetepikan bahasa Melayu
dan kurang selesa apabila berkomunikasi dalam bahasa rasmi
tersebut, sedangkan bahasa Melayu merupakan satu daripada
identiti dan jati diri bangsa Malaysia. Mereka mengaku sebagai
orang Malaysia, bangga sebagai warganegara Malaysia tetapi
enggan dan terasa rendah diri dalam menuturkan bahasa Melayu.
Bahasa Melayu bukan sahaja bertindak sebagai alat perpaduan,
malah bahasa yang perlu dibanggakan oleh semua rakyat di
Malaysia. Amat memalukan apabila ditanya soalan berbahasa
Melayu, jawapannya diberi dalam bahasa Inggeris. Hal ini kerap
terpapar dalam televisyen terutama ketika seseorang diwawancara
atau diminta memberi komen atau pendapat. Apabila DLP ini
25

Kami Bantah DLP

dijalankan ia akan memberi ruang yang besar kepada golongan


yang tidak gemar menggunakan bahasa Melayu mengikuti
program tersebut dan terus kekal dengan persepsi rendah mereka
terhadap bahasa Melayu. Perkara ini akan memberi kesan negatif
kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu (MBM) dan
memperkukuh identiti nasional.

DLP Bukan Penyelesaian Kegagalan Penguasaan


Bahasa Inggeris
Isu utama kegagalan penguasaan bahasa Inggeris perlu dikenal
pasti terlebih dahulu sebelum memikirkan alternatif dalam
menyelesaikannya. Kajian menunjukkan bahawa pengajaran guru
yang berkesan menjadi penentu kepada pencapaian pendidikan.
Berdasar sistem sekolah terbaik di dunia, menambah baik kaedah
pengajaran dalam bilik darjah adalah cara terbaik meningkatkan
pencapaian pelajar (Sanders & Rivers, 1996). Mantan Menteri
Pelajaran YB Tan Seri Dato Hj. Muhyiddin bin Mohd Yassin
juga pernah menyatakan;
tenaga pengajar yang kreatif dan inovatif
tidak sekadar dapat meningkatkan kefahaman
pelajar tetapi mampu membina minat untuk
subjek yang diajar
KGMMB melihat isu utama ialah mata pelajaran bahasa
Inggeris itu sendiri, persepsi dan minat murid. Program yang
pelbagai akan menimbulkan kecelaruan, hilang fokus dan bakal
mengundang isu lain. DLP yang meletakkan penggunaan bahasa
Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains bakal mengundang
masalah penguasaan subjek tersebut sebagaimana yang berlaku
semasa pelaksanaan PPSMI dahulu. Justeru, tumpuan dan
fokus perlu diberi kepada subjek itu sendiri yang melibatkan
kompetensi guru, kaedah pengajaran guru dan komitmen guru.
Guru berprestasi tinggi menjadi penentu kepada pencapaian
sekolah seperti yang dinyatakan oleh Sanders & Rivers dan
26

Pendirian KGMMB Terhadap DLP dan HIP

mantan Menteri Pelajaran perlu dijadikan asas untuk membaiki


keadaan.
Isu kedua yang penting dan juga amat disedari oleh KPM
ialah sikap dan tanggapan pelajar terhadap bahasa Inggeris. Pelajar
kurang berkeyakinan, sentiasa bimbang dalam menggunakan
bahasa Inggeris dan tidak berminat untuk mempelajari subjek
tersebut. Tidak hairanlah jika Program Imersif Tinggi (HIP)
diperkenalkan oleh KPM. Program ini amat bersesuaian kerana
ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan sikap positif
pelajar di peringkat komuniti sekolah. Pelbagai program dalaman
yang bersesuaian dan menjurus kepada pencapaian objektif
memperkasa bahasa Inggeris (MBI) dapat dijalankan.
Dalam hal ini KGMMB ingin mencadangkan satu subjek
baharu Literature in Education tanpa peperiksaan diwujudkan
bertujuan menimbulkan keyakinan dan minat pelajar untuk
mempelajari bahasa Inggeris. Subjek ini mendedahkan para
pelajar dengan kemahiran berbahasa Inggeris melalui kegiatan
sastera, lakonan, nyanyian, muzik dan sebagainya. Masa bahasa
Inggeris tidak ditambah tetapi mengambil dua masa atau
lebih daripada masa sedia ada. Pelajar digalakkan berlakon,
bernyanyi dan bermain berdasarkan tema atau kemahiran
yang ingin diajar pada hari tersebut. Guru bertindak sebagai
fasilitator dan motivator untuk menggalakkan pelajar terlibat
menggunakan bahasa Inggeris tanpa mementingkan sistem
bahasa dan sebagainya. Apa yang dipentingkan para pelajar
bercakap dan cuba memperkaya perbendaharaan kata melalui
aktiviti yang dijalankan dalam subjek tersebut. Tugas guru bukan
memperbetul bahasa tetapi menggalakkan mereka bercakap
dan yakin diri apabila menggunakan bahasa Inggeris. Kajian
menunjukkan bahawa sesi pembelajaran yang penuh dengan
pelbagai aktiviti yang menarik melibatkan nyanyian dan lakonan
serta main peranan yang berpusatkan murid sepenuhnya mampu
meningkatkan objektif pembelajaran (Deen Jack, 2012).
27

Kami Bantah DLP

Di Mana Impak Pelbagai Program Bahasa Inggeris?


KPM telah melaksanakan pelbagai program bahasa Inggeris
dalam Gelombang 1 PPPM seperti Literasi BI di bawah Linus
2.0, Oral Proficiency for Secondary Schooll (OPS-English), Program
Peningkatan Penguasaan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah
(PPPBISM) dan Program Penutur Jati. Malah bagi memastikan
para guru bahasa Inggeris kompten, mereka dikehendaki
menduduki Peperiksaan CPT Test dan Kursus Pro-ELT. Malah
satu ketika dahulu guru-guru bahasa Inggeris diberikan elaun
tambahan sedangkan tugas mengajar bahasa Inggeris itu adalah
tugas mereka. Mereka dilatih dan digajikan untuk mengajar
subjek tersebut.
Pelbagai program dilaksanakan, namun masih belum
menunjukkan impak yang positif penguasaan bahasa Inggeris
dalam kalangan pelajar terutama luar bandar. Apapun program
atau dasar yang dijalankan, impaknya tetap sama malah
mengundang kecelaruan, kesibukan dan hilang tumpuan utama
guru untuk mengajar. Guru sibuk dengan pelbagai program yang
datang bagai cendawan tumbuh selepas hujan namun tugas dan
matlamat hakiki terabai. Program yang diwujudkan sepatutnya
meningkatkan kompeten dan motivasi guru serta menjadikan
guru lebih berkesan tetapi sebaliknya. Guru gagal menjadi agen
perubahan dan peningkatan pelajar dalam penguasaan bahasa
Inggeris. Justeru, KPM perlu melihat semula isu yang melibatkan
subjek itu sendiri seperti kaedah dan pendekatan, kandungan
subjek, kompeten guru, sumber PdP, persekitaran pelajar dan
sikap pelajar itu sendiri.

Kemampuan Pelaksanaan
Mewujudkan program mudah tetapi melaksanakan program
tidak semudah yang disangka. Apatah lagi program yang
akan dijalankan tidak melalui kajian dan perancangan yang
28

Pendirian KGMMB Terhadap DLP dan HIP

teliti. DLP melibatkan pelbagai sumber tambahan, guru yang


kompeten dan sokongan ibu bapa. Persoalan yang timbul
adakah sumber mencukupi dan guru cukup kompeten untuk
mengajar Matematik dan Sains menggunakan bahasa Inggeris.
Jangan sampai DLP memberi gangguan kepada sumber dan
bebanan guru sedia ada. DLP memungkinkan terbentuk kelas
dengan bilangan yang kecil iaitu seminima 15 orang. Hal ini
akan menjadikan sesetengah kelas menjadi besar dan ini pastinya
membebankan guru. Persoalan seterusnya ialah adakah para ibu
bapa benar-benar bersetuju dengan program yang dilaksanakan.
Adakah para ibu bapa juga menyedari kemampuan sekolah
berbanding aspirasi mereka untuk melaksanakan DLP.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, KPM tidak perlu melaksanakan DLP
kerana ia bercanggah dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550),
menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua
sistem pendidikan negara baik di peringkat sekolah mahupun
pengajian tinggi. Perancangan yang kurang rapi dan tiadanya
kajian lengkap akan menjadikan program yang dijalankan bakal
menemui kegagalan. PPSMI yang pernah dijalankan suatu ketika
dahulu menjadi bukti kegagalan pengajaran & pembelajaran
Matematik & Sains menggunakan bahasa Inggeris di samping
telah melibatkan kos yang amat besar. Bagi tujuan memperkukuh
bahasa Inggeris sepatutnya kaedah pengajaran perlu dikemas
kini dan diperkasa, bukannya dengan cara menjadikan Sains dan
Matematik sebagai mangsa korban. Bahasa ibunda amat penting
dan berkesan dalam mempelajari dan menguasai pelajaran Sains
dan Matematik (Resolusi UNESCO, 1951: 691). Sebaliknya,
KPM perlu memikirkan kaedah dan pendekatan yang sesuai
terhadap subjek itu sendiri dalam memantapkan penguasaan
bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di Malaysia terutama di
luar bandar.

29

4
Sebab DLP Tidak Patut
Dilaksanakan
Prof. Emeritus Shaharir Mohd Zain
Pengerusi
Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)

Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa


Inggeris di sekolah, atas nama PPSMI, sudah tidak menjadi dasar
Kementerian sejak 2011 akan tiada lagi di mana-mana Sekolah
Kebangsaan awam mulai 2021. Itulah maksud penghapusan
PPSMI secara pendaratan lembut yang diisytiharkan oleh
menteri Pelajaran pada tahun 2010 dahulu. Pelaksanaan DLP
mulai 2016 ini umpama kapal terbang yang sedang melakukan
pendaratan itu kini sudah dirampas di udara oleh segerombolan
pengganas dan pengkhianat bahasa dan diimplikasikan juga
sebagi pengganas dan pengkhianat bangsa, yang diketuai oleh
PEMANDU dan disekongkoli oleh beberapa orang tokoh
pejuang cita-bahasa Inggeris dan dipermudahkan perampasan
itu oleh MTEN.
DLP diusahakan konsep, matlamat dan strategi pelaksanaannya
oleh segerombolan swa-pendabik bijak bestari negara (seorang
pemimpin BBK yang terkenal dengan sikapnya yang cita-Inggeris,
seorang penyemu ilmuwan di persada dunia korporat dan yang
lainnya tokoh-tokoh korporat) dan tidak melibatkan pelbagai

Sebab DLP Tidak Patut Dilaksanakan

pihak pemegang tagan pendidikan. Pemegang tagan yang


dimaksudkan itu ialah seperti pembuat dasar pendidikan negara
di bawah Kementerian Pendidikan (yang tentunya melibatkan
bahagian penyelidikan Kementerian Pendidikan dan Pusat
Kurikulum), KSTI, DBP, ITBM, BBK (badan bukan kerajaan)
yang terpilih) seperti GAPENA, persatuan pendidik/pendidikan,
persatuan guru-guru sains dan matematik, persatuan-persatuan
ilmuwan sains dan matematik, tokoh-tokoh ilmuwan terpilih
dan sebagainya.
DLP dirasionalkan keperluan dan kepentingannya dari segi
ekonomi dan homoeconomicus sahaja sedangkan pendidikan,
terutamanya pendidikan sekolah dalam sains dan matematik
sekalipun (setengah sarjana mutakhir menegaskan lebih-lebih
lagi), sebahgaian besarnya perlu dilihat daripada aspek
pendidikan am seperti keinsanan dan aspek yang bukan dipacu
oleh homoeconomicus yang cukup bermasalah itu (mengikut
sarjana Barat sekalipun).
DLP dirasionalkan supaya Malaysia tidak ketinggalan dalam
penguasaan bahasa Inggeris demi tidak ketinggalan dalam daya
saing ekonomi dan perdagangan negara. Lalu diberi contoh
bagaimana Vietnam dan Jepun pun kononnya sudah mengubah
dasar bahasanya sehingga menjadikan bahasa Inggeris sebagai
bahasa perantaraan pendidikan sains dan matematik di Vietnam
dan bahasa rasmi syarikat Toyota. Ini data yang amat boleh
dipertikaikan bukan sahaja keesahannya, tetapi lebih-lebih-lagi
tafsiran terhadapnya. Pertamanya, dua buah negara ini memang
pun ketinggalan tahap kefasihan bahasa Inggeris berbanding
dengan Malaysia sehingga kini pun. Namun, kenapa kita sentiasa
kalah kepada Jepun dalam segala aspek, dan Vietnam pantas
lonjakan ekonominya dan pelajar Vietnam (yang dipaparkan
soalan dalam bahasanya dan menjawab dalam bahasanya)
sentiasa mengatasi jauh daripada lonjakan ekonomi Malaysia
(yang tinggi penghayatan bahasa Inggerisnya) dan prestasi pelajar
31

Kami Bantah DLP

Malaysia (yang disogok dengan soalan dlm bahasa Inggeris dan


terpaksa menjawab dalam bahasa Inggeris) dalam Olimpiad
subjek sains dan matematik sejak puluhan tahun dahulu hingga
kini. Begitu juga dengan prestasi pelajar Malaysia dalam PISA
dan TIMMS; terkebelakang daripada negara-negara yang tidak
menggunakan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikannya, dan
kefasihan pelajar Malaysia berbahasa Inggeris lebih baik daripada
pelajar-pelajar negara tersebut. Kedua, data PEMANDU
tentang Vietnam dan Jepun di atas itu tidak tepat, seleweng atau
disalah-tafsirkan olehnya sahaja.
DLP dirasionalkan sebagai ubat untuk mengatasi pengangguran
dengan memaparkan data-data yang ditafsirkan pengangguran di
semua peringkat di Malaysia ini adalah disebabkan tahap kefasihan
bahasa Inggeris calon berkenaan. Ini sengaja diada-adakan kerana
sebab utamanya ialah ekonomi kita sendiri. Adakah negara yang
berbahasa Inggeris sepenuhnya tiada kadar pengangguran yang
tinggi? Adakah negara yang bahasa Inggerisnya lebih rendah
daripada kita mempunyai kadar pengangguran yang lebih teruk
drp kita? Jawaban kepada kedua-dua soalan ini tidak memihak
kepada PEMANDU
DLP dirasionalkan kononnya tidak bertentangan dengan
dasar pendidikan negara dan dasar baharu yang menggantikan
PPSMI, iaitu MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia
Memperkukuh Bahasa Inggeris), dan tidak juga bertentangan
dengan perlembagaan negara fasal 152 (tentang status bahasa
Melayu). Alasan DLP tidak bertentangan dengan dasar pendidikan
negara ialah keputusan mahkamah terhadap kes saman anak
Menteri Besar Perak Lwn Kerajaan Malaysia pada 2009 dahulu
yang tidak menyebelahi dakwaan anak Menteri Besar itu. Namun
ini bukan keputusan mahkamah tertinggi, dan hingga kini pun
ramai ilmuwan dan peguam yang merasakan hujah mahkamah
itu tidak tepat. Satu daripada hujah hakim berkenan bahawa
PPSMI tidak menjadikan bahasa Melayu di sekolah sebagai
32

Sebab DLP Tidak Patut Dilaksanakan

bahasa rasmi dan bahasa dominan di sekolah memang boleh


disanggah. Anak Menteri Besar tidak membuat rayuan kerana
antara lainnya kerajaan sudah pun mengisytiharkan akan mulai
memansuhkan PPSMI pada 2011, dan beliau tidak menduga
perampasan udara seperti yang diperihalkan dalam (1) di atas
akan berlaku. Alasan kononnya DLP tidak bertentangan dengan
MBMMBI, malah program DLP dikatakan dalam Laporan
PEMANDU untuk MTEN dibuat di bawah MBMMBI adalah
benar-benar satu penipuan atau silap mata sahaja. Masakan
DLP tidak bertentangan dengan MBMMBI jika pendaratan
lembut itu pun pastinya tidak berlaku? Maknanya dengan DLP,
sekurang-kurangnya bahasa Melayu akan tersisih di 300 buah
sekolah pilihan Pemandu itu. MBMMBI menjanjikan bahasa
Inggeris tidak akan menjadi bahasa pengantar dalam sains dan
matematik di semua sekolah kebangsaan awam mulai 2021.
Dengan DLP, matlamat utama MBMMBI ini sudah pasti tidak
akan tercapai kerana sudah dipencong oleh DLP.
Usaha kerajaan menjadikan 300 buah sekolah pilihan Pemandu
sebagai program printis bagi penilaian DLP amat tidak menepati
kehendak konsep program rintis. Sekolah yang dipilih oleh
Pemandu itu pastinya bukan pilihan rambang sebaliknya hamper
pastinya dari kalangan sekolah yang kini masih melaksanakan
dasar PPSMI dalam penerbangan sekolah itu untuk mendarat
ke destinasi yang tiada lagi PPSMI pada 2021 nanti, tetapi
sudah dirampas udara untuk tidak mendarat langsung. Apakah
tujuannya kajian rintis DLP sebegini? Mana sekolah kawalannya
(dalam konteks kajian rintis yang diperlukan sekolah sedemikian
itu). Kita boleh menjangka kajian rintis di 300 buah sekolah
ini akan berjaya seperti yang dikehendaki oleh pembuat dasar
DLP itu, dan ini akan dijadikan bukti kehebatan DLP untuk
diperluaskan lagi ke sekolah lain lagi dan jika kebebalan ini
bertapak di kalangan kuasawan pendidikan negara maka DLP
akan menjadi dasar seluruh negara. Segala penyakit PPSMI
dahulu akan hidup subur lagi! Meranalah sebahagian besar
33

Kami Bantah DLP

pelajar dan guru-guru sekolah. Terjunlah negara dalam kancah


kelongkangan pendidikan sains dan matematik lagi sekali.
DLP di negara maju seperti di Amerika Syarikat dilakukan
dengan andaian pelajar sekolah itu belum lagi dapat memahami
penjelasan ilmu sains dan matematiknya dalam bahasa bukan
bahasa ibundanya. Di sinilah bahasa Sepanyol umpamanya
digunakan dalam pengajaran sains dan matematik sekolah di
California umpamanya. Pada masa yang sama, pelajar ini diajar
bahasa negaranya (bahasa Inggeris) dengan sebaik mungkin
hingga tidak lama pelajar itu sudah boleh menerima penjelasan
konsep dalam sains dan matematik sekolah itu dalam bahasa
negara, bahasa Inggeris. DLP yang seanalog dengan ini yang
sepatutnya dilakukan di Malaysia mengenangkan memang ada
sekitar 10 % pelajar sekolah (jika menggunakan statistik sekolah
yang masih menggunakan PPSMI) yang tidak dapat memahami
bahasa Melayu bahasa negara ini). Ini bermakna bahasa Melayu
dalam MBMMBI itu perlu dimartabatkan sehingga pelajar di
300 buah sekolah ini tidak perlu lagi diajar dalam bahasa Inggeris
selepas sekolah rendahnya. Malangnya DLP yang hendak
dilaksanakan mulai 2016 itu ialah memartabatkan bahasa
Inggeris dalam pendidikan sains dan matematik sama seperti
dalam PPSMI dahulu sahaja.
Pembuat dasar DLP tidak faham dan tidak mahu faham fakta
(kerana cita-Inggerisnya) bahawa tiadanya Negara Maju, kecuali
Singapura, yang meminggirkan bahasanya sendiri sehebat mereka
meminggirkan bahasanya sendiri. Mereka juga tidak faham
dan tidak juga mahu faham bahasa jiwa bangsa, terpinggir
bahasa menyingkirkan bangsa, dan bahasa penemu ilmu.
Mereka bermimpi dengan mula tidur tidak membaca bahawa
bangsanya boleh maju dengan menjunjung bukan bahasanya
tetapi menyingkirkan bahasanya lalu dicipta berbagai helah
untuk mewujudkan kembali PPSMI menerusi DLP.

34

Sebab DLP Tidak Patut Dilaksanakan

DLP akan mewujudkan satu lagi jurai penciptaan jurang


perbezaan sosioekonomi, impian dan pandangan hidup di
kalangan rakyat Malaysia akibat teranutnya nilai-nilai keinsanan
yang berbeza hasil daripada pendedahan bahasa yang berbeza
dalam pendidikannya. Andaian bahasa itu neutral (tidak
berperanan) terhadap pembinaan keinsanan seseorang yang besar
kemungkinan dianuti oleh gerombolan pembuat DLP itu hanya
kebebalannya sahaja. Yang lainnya tentunya berpendapat, jikalau
pun ada nilai dalam bahasa, nilai dalam bahasa Inggeris itu lebih
baik daripada yang ada dalam bahasa-bahasa lain, terutamanya
bahasa Melayu, kerana keterpesonaan tersasar dan ketaksuban
mereka kepada kebudayaan berbahasa Inggeris.

35

5
Kedaulatan Bahasa Melayu
Dato' Zainal Abidin Borhan
Ketua Eksekutif
Yayasan Karyawan Malaysia

Perlaksanaan Dual Language Programme (DLP) dan High


Immersive Programme (HIP) pada 1 Januari 2016 adalah satu
penghinaan kepada kedaulatan Bahasa Melayu dan kedaulatan
Wasiat Raja-Raja Melayu pada 1957 yang meletakkan Bahasa
Melayu sebagai bahasa negara. Perlaksanaan DLP dan HIP
menghina seluruh semangat yang terkandung dalam Perkara
152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Pendidikan
1996, khasnya Perkara 17 dan 18. PADU dan PEMANDU
telah secara sengaja dan halus mencipta satu situasi dan persepsi
kepada rakyat dan warganegara bahawa Bahasa Melayu tidak
semakin penting dan sepele di dalam sistem pendidikan masa
kini dan akan datang di negara ini. Kementerian Pendidikan
terperangkap dengan persepsi tersebut dan tanpa segan dan silu
mahu melaksanakannya mulai 2016, dengan tidak menyedari
tentang peri kedaulatan Bahasa Melayu dulu, kini dan selamanya.
Bahasa Melayu telah didaulatkan dan berdaulat semenjak
dua ribu tahun lalu apabila wujudnya pelbagai kerajaan Melayu
awal pada masa itu seperti Funan, Champa atau Kembayat

Kedaulatan Bahasa Melayu

Negara, Kutei Kertanegara dan sebagainya. Kedaulatan tersebut


berterusan sehingga ke zaman kerajaan atau kesultanan Pasai,
Perlak, Melaka, Inderagiri, Rokan, Tungkal, Johor dan Johor-Riau,
Patani, Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Brunei, Sambas,
Pontianak, Deli, Acheh, dan lain-lain. Kedaulatan Bahasa Melayu
berasal-usul, didaulatkan oleh raja-raja dan rakyat Melayu di
mana jua di Alam Melayu.
Para seniman rakyat seperti Tok Dalang, Tok Selampit,
Awang Batil, dan lain tukang cerita, pemantun, tukang syair,
turut mendaulatkan Bahasa Melayu. Pantun Melayu sebagai
contoh, merupakan bukti empirikal dari zaman lalu ke masa kini.
Para pemantun terus berpantun sehingga kini mencipta metafora
yang puitis lagi sarat makna malah berbahasa dengan aras tinggi.
Syair-syair seperti Syair Siti Zubaidah dan Syair Perang Makassar
serta lain-lain syair juga bukti empirikal kedaulatan Bahasa
Melayu pada masa itu hingga masa kini.
Lagi bukti emperikal dapat disaksikan melalui pelbagai
prasasti dan batu bersurat serta ribuan naskhah tulisan Jawi, Kawi
dan Rencong yang ditulis, dikarang dan disalin oleh para pujangga
Melayu, di bawah payungan dan penaungan raja-raja Melayu.
Terdapat ribuan bukti empirikal naskhah Melayu yang tersebar di
seluruh dunia. Di Perpustakaan Negara Malaysia sahaja terdapat
4,000 naskhah Melayu di dalam pelbagai bidang. Kedaulatan
Bahasa Melayu semakin mengukuh dan mantap apabila agama
Islam berkembang di Alam Melayu yang disebarkan oleh para
mubaligh atau pendakwah yang juga merupakan para pedagang
yang berniaga di Alam Melayu. Sebahagian besar kosa-kata Arab
terserap sebagai kosa-kata Melayu mengganti kosa-kata Sanskrit.
Bahasa Melayu didaulatkan sebagai lingua franca di Alam Melayu
oleh para pedagang yang datang dari seluruh penjuru alam,
baik dari Eropah, India, China dan Arab. Surat-surat dari para
pedagang asing kepada raja-raja di Alam Melayu ditulis dalam
Bahasa Melayu.
37

Kami Bantah DLP

Pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu, Bahasa


Melayu terus berdaulat di kalangan para agamawan bagi
memantapkan perkembangan agama Islam dalam kalangan
orang Melayu melalui sekolah-sekolah agama atau madrasah atau
pondok. Kitab-kitab agama dalam bahasa Arab diterjemahkan ke
Bahasa Melayu yang kemudian disebut kitab kuning atau kitab
Jawi bagi memudahkan pendidikan keagamaan tersebut. Bahasa
Melayu seperti bahasa-bahasa lain mempunyai hubungan yang
amat organik dengan kebudayaan, identiti dan jati diri serta agama
Islam. Bahasa berfungsi sebagai wahana terpenting pembinaan
sebuah masyarakat dan kebudayaan serta membolehkan setiap
anggota masyarakat memiliki kesedaran sosial dan kesedaran
kebangsaan dalam bernegara.
Kemunculan alat cetak dan penerbitan surat khabar dan
majalah sebagai wahana yang memberi ruang kepada penerbitan
cerpen dan sajak, juga penerbitan novel-novel, di samping
menerbitkan kembali karya agung dan karya klasik Melayu,
serta penerbitan buku Sejarah Alam Melayu karangan Cikgu
Abdul Hadi Hassan, mendedahkan anak-anak Melayu kepada
jati diri sosial dan kebangsaan mereka. Kesedaran ini meluas
dan merebak menjadi kesedaran kebangsaan atau semangat
kebangsaan Melayu. Kesedaran kebangsaan ini beriringan dengan
kemunculan para pejuang kebangsaan Melayu yang menulis di
dalam akhbar dan majalah bagi menyalurkan ide dan gagasan
kebangsaan mereka. Penulisan sejarah dan gagasan menentang
penjajah dan kemerdekaan dalam Bahasa Melayu memikat
seluruh rakyat Melayu bagi menyokong perjuangan para pejuang
kemerdekaan. Maka kemerdekaan yang tercapai adalah kerana
berkatnya kedaulatan Bahasa Melayu oleh rakyat Tanah Melayu.
Kedaulatan Bahasa Melayu berterusan melalui
penubuhan kolej atau maktab perguruan seperti Kolej Melayu
Melaka (1911-1922), Maktab Perguruan Perempuan Melayu
Melaka (1935 sehingga sekarang), Maktab Perguruan Sultan
38

Kedaulatan Bahasa Melayu

Idris (1922) dan Maktab Bahasa. Kesemuanya berperanan


melahirkan guru-guru Melayu bagi mengajar di sekolah-sekolah
baik rendah mahu pun menengah. Zainal Abidin Bin Ahmad
atau Zaba memainkan peranan penting mendaulatkan Bahasa
Melayu dengan menghasilkan buku-buku tatabahasa Melayu
yang terkenal iaitu Pelita Bahasa Melayu dan Ilmu Mengarang
Melayu pada tahun 1930-an. Para guru lulusan MPSI amat aktif
dalam pergerakan kebangsaan dengan bergerak melalui parti
politik. Seorang tokoh guru yang terkenal Cikgu Datuk Mohd
Nor Ahmad dari Pulau Pinang, pada tahun 1956 telah menyeru
teman-teman seperjuangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaya
supaya keluar dari UMNO lantaran lambatnya Perdana Menteri
Tengku Abdul Rahman menubuhkan sekolah Menengah Melayu.
Cikgu Mohd Nor juga selaku pimpinan KPGMS (Kesatuan
Pergerakan Guru-Guru Melayu Semenanjung) telah menyeru
semua ahlinya menderma dengan memotong satu peratus dari
gaji mereka kepada penubuhan Kursi Pengajian Melayu apabila
Jabatan Pengajian Melayu ditubuhkan pada 1953 di Universiti
Malaya Singapura. Pemegang pertama Kursi berkenaan ialah
Profesor Dr. Mohd Taib Osman pada 1979. Guru-guru sekolah
Melayu berani mengorbankan kedudukan dan jawatan demi
bagi mendaulatkan dan memartabatkan BM.
Kedaulatan Bahasa Melayu terus bersinar memancar
dengan Penyata Pelajaran Razak (1956), penubuhan Dewan
Bahasa dan Pustaka (1956), Penyata Pelajaran Rahman
Talib (1960), Sekolah Menengah Melayu (1956), Maktab
Perguruan Bahasa (1958), Akta Pelajaran 1960/1996, Akta
Bahasa Kebangsaan 1963/1967, Dasar Bahasa Kebangsaan
1970, Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971, dan Universiti
Kebangsaan Malaysia 1970. Namun apa yang lebih penting
adalah gerakan rakyat yang mendaulatkan Bahasa Melayu
melalui pelbagai persidangan dan kongres khasnya Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu. Perkara 152 Perlembagaan
39

Kami Bantah DLP

Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Perlembagaan


Persekutuan Malaysia telah mengkanunkan bahawa Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan. Bahasa Melayu
didaulatkan dengan perlembagaan dan perundangan. Bahasa
Melayu adalah sebahagian daripada tonggak kenegaraan, di
samping Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, agama
Islam agama Persekutuan, Perlembagaan dan Undang-undang
dan kewarganegaraan.
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia
mengkanunkan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan
dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang
diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen. Dengan
syarat bahawa, (a) tiada sesiapa boleh dilarang atau ditahan
daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada
maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-apa
bahasa lain; dan, (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh
menyentuh hak kerajaan Persekutuan atau hak kerajaan Negeri
bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian
bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan. Fasal (6) pula
menyatakan bahawa maksud rasmi ertinya apa-apa jua maksud
kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri,
dan apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.
Akta Pendidikan 1996 Perkara 17 menyatakan bahawa
Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar
utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan
di bawah seksyen 28. Manakala Perkara 18 menyatakan tentang
kurikulum kebangsaan hendaklah digunakan untuk semua
sekolah di dalam sistem pendidikan kebangsaan. Sekolah
kebangsaan ditakrif oleh Akta berkenaan sebagai sekolah yang
sepenuhnya berbahasa pengantar dalam bahasa kebangsaan,
manakala bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran wajib.

40

Kedaulatan Bahasa Melayu

Tindakan Kerajaan melaksanakan DLP dan HIP melalui


Kementerian Pendidikan Malaysia memperlekehkan kedaulatan
Bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan Malaysia Perkara 152 (6) khasnya takrifan rasmi.
Sekolah Kebangsaan mahu pun sekolah Menengah Kebangsaan
adalah institusi rasmi yang dipertanggungjawabkan kepada satu
lagi institusi rasmi iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya
amat pasti kerajaan dan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri
serta Birokrasi yang mendokong pihak yang memerintah
sekarang ini termasuk yang dahulu, merupakan institusi yang
rasmi seperti mana yang dimaktubkan oleh Perlembagaan
Persekutuan Malaysia.
Perkara 152 (2a) menyatakan tidak ada sesiapa yang boleh
dilarang dari belajar dan menggunakan bahasa lain dalam apa
jua maksud, melainkan yang rasmi. Saya berpendapat bahawa
pengajaran dan pembelajaran sistem pendidikan kebangsaan di
sekolah kebangsaan dan menengah kebangsaan adalah hal yang
rasmi. Saya berkeyakinan makna rasmi seperti yang termaktub
di dalam Perkara 152 (6) amat jelas, dan tidak bermaksud
dan berkonotasi rasmi-rasmian di dalam upacara-upacaraan
semata-mata. Begitu juga Perkara 152 (2b) yang menyatakan
berkenaan penggunaan bahasa kaum-kaum lain di negara ini.
Saya tidak pasti ada kaum atau suku atau puak di negara ini
yang secara fitrah dan semula jadi semenjak dilahirkan dari perut
ibunya bertutur bahasa Inggeris. Saya pasti orang Iban secara
fitrah bertutur bahasa/ dialek Iban, yang kemudiannya belajar
bahasa Inggeris.
Adalah tidak wajar kerajaan Persekutuan Malaysia melalui
Kementerian Pendidikan mendidik warganegaranya dari peringkat
sekolah rendah hingga menengah, tidak menghormati salah satu
komponen terpenting proses kenegaraan dan pembangunan
negara bangsa. Maka pada pendapat saya PADU dan PEMANDU
bertanggungjawab meneruskan kegagalan proses kenegaraan
41

Kami Bantah DLP

dan pembinaan negara bangsa. Semenjak Merdeka kita berjaya


membentuk sebuah negara, kita berjaya mendidik rakyat
menghafal lagu Negaraku, mengenal Jalur Gemilang, mengenal
Yang Di-Pertuan Agong, menghafal RUKUN NEGARA, tetapi
kita barangkali gagal mengikat rasa kesepaduan dan kesatuan
melalui Bahasa Melayu untuk pembinaan negara bangsa. Setelah
berjaya meletakkan rasa kesepaduan dan kesatuan melalui Sistem
Pendidikan Kebangsaan pada 1970, dimunculkan PPSMI pada
2002 bagi meruntuhkan Sistem yang sedang mantap, kemudian
diubah kepada MBMMBI bagi mengendurkan isu PPSMI.
Kini telah diperkenalkan pula DLP dan HIP untuk kedua
kalinya meruntuhkan Sistem Pendidikan Kebangsaan yang sedia
termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Apakah ini satu usaha
halus bagi meruntuhkan jiwa merdeka dan diganti dengan jiwa
hamba, atau satu usaha bagi meminggirkan teras kebangsaan
iaitu bangsa Melayu dan Bahasa Melayu.
Perlaksanaan DLP dan HIP juga menghina dan
membantutkan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Dalam tempuh penubuhan DBP pada 1956 dan UKM pada
1970 telah terbina dan terhimpun korpus sains dan teknologi di
dalam BM. Korpus ini amat penting dalam mewujudkan budaya
ilmu dan pandangan dunia berteraskan sains dan teknologi di
kalangan warganegara Malaysia khasnya orang Melayu dan
Bumiputera. Apakah PADU dan PEMANDU tidak menyedari
perkembangan ini atau sengaja mentulikan diri. Apakah pihak
Menteri Pendidikan tidak sedar akan perkembangan ini. Dengan
melaksanakan DLP, seperti juga PPSMI dahulu, ia meranapkan
korpus tersebut, budaya saintifik yang berasaskan kebijaksanaan
tempatan dimusnahkan oleh bangsa sendiri.
Saya berkeyakinan bahawa dengan terdidiknya semua anak
bangsa di dalam bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi
akan mempercepatkan penguasaan ilmu tersebut untuk mereka
membawa negara ini ke masa depan dengan lebih maju, lebih
42

Kedaulatan Bahasa Melayu

progresif, lebih kreatif dan lebih berdaya saing. Ilmu yang dapat
dicerap dan difahami dalam bahasa sendiri adalah lebih efektif
dan berkesan untuk proses pembudayaan ilmu dan pengilmuan
berbanding dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris. Bukti
empirikal cukup banyak di sekeliling kita, banyak negara maju
dan mencipta teknologi dan ilmu sains dalam bahasa mereka
sendiri, seperti Jepun, Korea, Russia, German, Perancis, Norway,
Finland, Italy, China, Turkey dan lain-lain. Apakah PADU dan
PEMANDU dan hatta kerajaan sendiri tidak menyedarinya?
Atau buat tidak faham, mungkin ada kepentingan lain. Maka
sedarlah, bahawa pembinaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
dan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua
peringkat pendidikan akan mempercepatkan peranan pendidikan
bagi mencerdaskan, memandaikan dan membijaksanakan semua
anak bangsa Malaysia. Melaksanakan DLP dan HIP secara terpilih
akan menjadikan pendidikan di negara ini sebagai pendidikan
yang elitis yang meluaskan jurang antara yang di bandar dengan
di luar bandar. Pendidikan yang elitis akan memperluaskan jarak
ketidaksamarataan dan ketidaksaksamaan.
PEMANDU telah mencadangkan kepada Kementerian
Pendidikan bahawa mata pelajaran Sains, Matematik, Rekabentuk
dan Teknologi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, sebagi
mata pelajaran wajib dalam bahasa Inggeris, manakala Fizik,
Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Sains Tambahan,
Grafik Komunikasi Teknikal, Asas Kelestarian, Rekabentuk,
Sains Komputer dan Sains Sukan juga dalam bahasa Inggeris,
walaupun ini adalah mata pelajaran elektif. Sekolah yang terlibat
telah ditetapkan walaupun melaksanakannya dengan sukarela
dengan sokongan ibu bapa. Manakala yang diajar dalam Bahasa
Melayu adalah Sejarah, Geografi, Pengajian Islam, Pendidikan
Moral, Muzik, Pendidikan Kesihatan, Sains Pertanian,
Kemahiran Hidup, Ekonomi, Perdagangan, Prinsip Perakaunan,
Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Pengajian Syariah Islam,
43

Kami Bantah DLP

dan Pandangan Dunia Islam boleh diajar dalam Bahasa Melayu.


Persoalan yang hendak ditimbulkan adalah, di mana kedudukan
dan status sekolah ini di dalam takrifan Akta Pendidikan 1996.
Apakah ia sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan atau sekolah
swasta. Seandainya sekolah DLP ini adalah sekolah kebangsaan,
maka ia bercanggah dengan Akta berkenaan dan menyalahi takrif
rasmi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Program DLP dan HIP yang dilaksanakan kepada 300
sekolah mulai 2016 ini adalah usaha bagi menghidupkan kembali
PPSMI. Peruntukan bagi melaksanakan program ini sudah
pun dicadangkan oleh Belanjawan 2016. Saya berkeyakinan
bahawa pada satu ketika yang terdekat program juga boleh
berubah menjadi dasar, yang bakal merombak sistem pendidikan
kebangsaan. Barangkali dunia akan mentertawakan kita kerana
pendekatan menatap program seperti ini dibuat secara sekejap
ada sekejap tiada, ibarat seperti biskut Oreo, flip-flop.
Pendekatan dan seluruh pentaakulan berasaskan
kepentingan ekonomi, menjadi pemain global bukan jaguh
kampung, dan sebagainya. Pentaakulan sedemikian menampakkan
permainan halus kepentingan kelompok kapitalis atau pemodal
dengan tidak memikirkan kepentingan warganegara terbanyak
yang berpendapatan rendah di bandar dan di luar bandar. PADU
dan PEMANDU memberi contoh HONDA mewajibkan bahasa
Inggeris kepada para pekerjanya, tetapi PADU dan PEMANDU
tidak pula menyebut bahawa Jepun maju dengan bahasa Jepun
bukannya bahasa Inggeris. Begitu juga PADU dan PEMANDU
memberi contoh bahawa Vietnam akan memperkenalkan
bahasa Inggeris, tetapi tidak pula menyatakan pelaburan di sana
meningkat kerana upah buruh murah. Menampakkan hujah
kepentingan ekonomi dan kapitalisme lebih diutamakan atas
nama pelan transformasi ekonomi. Barangkali mereka telah loya
dengan hujah pembentukan kenegaraan dan pembinaan negara
-bangsa.
44

6
Bahasa Melayu dalam Pendidikan
Sains dan Matematik
Profesor Dato' Mohd Yusof Hj Othman
Felo Kanan, Institut Islam Hadhari, UKM

Pendahuluan
Allah SWT juga berfirman dalam surah Ibrahim ayat 4 yang
bermaksud (Abdullah Basmeih 2010),
dan Kami tidak mengutuskan seorang Rasul,
melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya
ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada
mereka.
Mengajar sains dan matematik dalam bahasa asing merupakan
suatu musibah besar yang bukan sahaja menjejaskan pendidikan
sains dan matematik, malah akan merencat proses pembinaan
jati diri, nilai patriotik kepada negara dan proses pembangunan
negara dalam acuannya sendiri.

Bahasa Melayu dalam Pendidikan Sains dan Matematik


Pelajar sukar memahami fenomena tabii alam yang ingin
dipelajari dalam bahasa asing. Dalam masa yang sama sains yang

Kami Bantah DLP

pada asalnya mudah difahami menjadi sukar kerana karenah


memahami bahasa asing. Kaedah yang terbaik adalah dengan
guru menerangkan proses sains seperti makan, minum, daya,
tenaga, laju, lajak, kilas dan sebagainya dalam bahasa yang
difahami pelajar. Guru juga perlu berusaha memahamkan kepada
pelajar kenapa suatu objek jatuh apabila dilepaskan daripada
suatu ketinggian, pokok memerlukan air untuk membesar,
pokok memerlukan cahaya matahari untuk membesar, kabel
tembaga mengalirkan elektrik, plastik tidak mengalirkan haba
dan sebagainya. Kegagalan menjelaskan fenomena tabii alam ini
dengan baik menyebabkan pengetahuan sains dan matematik
terbantut.
Fenomena tabii alam yang ingin dijelaskan oleh seorang
guru boleh dalam skala makro seperti peredaran bumi, bulan,
matahari dan bintang-bintang yang lain; atau skala mikro atau
nano seperti zarah asas, misalnya elektron, proton, elektron
dan sebagainya; atau alam klasik seperti gerakan objek di alam
ini, perubahan dan peningkatan suhu dan sebagainya. Boleh
pula fenomena tersebut berbentuk hidupan seperti dalam sains
biologi, atau tindak balas unsur-unsur dalam alam seperti sains
kimia atau interaksi alam jasadi seperti dalam sains fizik.
Sekiranya guru menggunakan rujukan dalam bahasa
asing, dia perlu terjemahkan ke bahasa yang dapat difahami oleh
pelajarnya. Pelajar yang mampu berinteraksi dengan fenomena
biologi, kimia atau fizik yang dicerapi atau diterangkan oleh
gurunya akan mampu meningkatkan pengetahuan saintifik
mereka. Sekiranya guru menggunakan bahasa asing yang kaya
dengan maklumat saintifik, tetapi tidak difahami oleh pelajarnya,
pengajaran sains dan matematik tidak akan bermakna. Malah
pelajar mungkin tidak memahami apa-apa pun. Inilah yang
menyebabkan sebahagian pelajar merasakan pelajaran sains dan
matematik amat membosankan dan menjemukan. Pelajar kurang
minat untuk belajar sains bukan kerana pengetahuan sains sukar
46

Bahasa Melayu dalam Pendidikan Sains dan Matematik

dipelajari, tetapi kerana mereka gagal memahami fenomena


alam dalam bahasa asing yang diterangkan oleh guru mereka.
Akibatnya hasrat negara untuk meramaikan pelajar beraliran
sains terjejas.
Negara maju seperti Jepun, United Kingdom, Perancis,
Korea dan sebagainya menjadikan kegiatan terjemahan buku
sebagai aktiviti asas dan utama mereka. Setelah bahan yang ditulis
oleh sarjana tersohor diterjemahkan ke bahasa ibunda mereka,
sarjana mereka mengulas, mengkritik, menokok tambah, dan
membangunkan pemikiran baru ke atas pemikiran awal sarjana
asing tadi. Dengan cara begini, sarjana tempatan lebih kreatif dan
berinovasi untuk menghasilkan karya-karya sains dan teknologi
dalam acuan mereka sendiri. Kekangan menguasai bahasa asing
bukanlah kekangan mereka berkarya. Malah sarjana mereka
berkarya dalam bahasa yang mampu memberikan sumbangan
ilmu kepada umat mereka sendiri.
Hari ini negara mempunyai banyak institusi pendidikan
tinggi yang menawarkan kursus sains dan matematik. Negara
juga mempunyai ramai cendekiawan berbahasa Melayu sehingga
ke ijazah doktor falsafah dan bergelar profesor dalam bidang
sains dan matematik. Sebahagian mereka tersohor di peringkat
antarabangsa. Tetapi kenapa kita masih ketandusan korpus ilmu
sains dan matematik dalam bahasa Melayu? Sedangkan isu yang
berhubung dengan bahasa Melayu terabadi dalam Perlembagaan
Negara.
Persoalan seterusnya adalah bolehkah bahasa Inggeris
diajar melalui pengajaran sains dan matematik? Jawapannya tak
boleh....! Sebabnya pengajaran bahasa memerlukan sastera, nahu,
tata bahasa, budaya, dan nilai keinsanan. Semua ini tidak berlaku
sewaktu seseorang belajar sains dan matematik.
Pengajaran bahasa Melayu memerlukan pelajar didedahkan
dengan cerita-cerita rakyat seperti Hikayat Awang Sulung Merah
47

Kami Bantah DLP

Muda, Hikayat Malim Deman, nobel tempatan seperti Desa


Pingitan. Begitu juga dengan peribahasa, sajak, pantun, seloka,
syair dan sebagainya yang penuh dengan nilai budaya Melayu.
Mereka juga perlu tahu tentang sejarah Melayu secara sepintas
lalu. Perkara yang sama juga berlaku dalam pengajaran bahasa
asing. Semua perkara ini tidak ada dalam pengajaran sains
dan matematik yang memisahkan pengajarannya dengan nilai
budaya, sastera, citra bangsa dan sebagainya. Dengan demikian
sekiranya pengajaran sains dan matematik digunakan sebagai
wahana untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris
seseorang pelajar.... ia akan gagal!!!
Guru sains dan matematik pula adalah orang yang tidak
arif dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu. Mereka
hanya pengguna bahasa, bukan pembangun bahasa. Bahasa
yang mereka gunakan dalam menyampaikan pengetahuan
sains dan matematik adalah bersifat objektif, ringkas, tanpa
sastera, kadang-kadang berbentuk formula atau rumus (bahasa
matematik), graf dan jadual. Apakah mereka ini diharapkan
untuk membangunkan bahasa Inggeris pelajar? Apakah bukan
suatu kezaliman apabila kita meminta mereka yang tidak arif
tentang bahasa untuk mengajar bahasa, apatah bahasa asing!!!
Inilah bebanan yang tidak sewajarnya berlaku kepada guru sains
dan matematik. Ini tidak bererti guru sains dan matematik tidak
peka dengan nilai, budaya, sastera dan citra masyarakat. Tetapi
mereka bukan pakar dalam bidang bahasa!!!

Kesimpulan
Sains dan matematik mempunyai sejarahnya tersendiri di alam
Melayu. Begitu juga sejarah sains dan matematik peradaban
lain. Yang menjadikan bangsa Melayu itu unik dalam sejarah
dan peradaban mereka kerana, salah satunya, adalah nilai yang
terdapat dalam bahasa Melayu tersebut.

48

Bahasa Melayu dalam Pendidikan Sains dan Matematik

Sains dan matematik hanyalah wahana untuk


pembangunan sesebuah negara dan tamadun. Sains dan
matematik penting, tetapi tidak memberikan hala tuju tertentu
ke manakah pembangunan itu perlu dibangunkan. Apakah
pembangunan itu sekadar untuk meningkatkan taraf hidup
dan nilai ekonomi rakyat tempatan? Benarlah sekalilah analisis
Harry R. Lewis (2007) tentang Excellance without a soul
(Kecemerlangan tanpa roh), Does Liberal Education Have a
Future? (Apakah pendidikan liberal mempunyai masa depan),
How a Great University Forgot Education (Bagaimana universiti
tersohor mengabaikan pendidikan). Perkara yang sama telah
dinyatakan oleh Steve Mullar (Ulin, 1980) dengan menyebut
The failure to rally around a set of values means that universities
are turning out potentially highly skilled barbarians (Kegagalan
dalam membangunkan set nilai (kemanusiaan) bererti universiti
bertukar menjadi tempat untuk melahirkan para penyangak yang
mahir). Begitu juga dengan pandangan Fritjoh Capra (1982)
tentang pembangunan sains dan teknologi yang membawa
kepada kerosakan alam dan sistem sosial manusia; Buncker Roy
(1990) menyebut sistem pendidikan kini hanya melahirkan insan
yang uneducated literates (insan cerdik tetapi tidak arif ) dan
ramai lagi ahli pendidikan dan psikologi yang sealiran dengan
mereka.
Mengajar sains dan matematik dalam bahasa asing hanya
mengesahkan bahawa bahasa Melayu tidak mampu menjadi
bahasa ilmu, setidak-tidaknya bahasa Melayu tidak mampu
menjadi bahasa persuratan untuk sains dan matematik. Sekiranya
bahasa Melayu adalah bahasa yang boleh mengungkapkan apa
sahaja ilmu yang ada pada hari ini, sudah pastilah bahasa Melayu
mampu untuk mendidik warganya dalam membangunkan apa
saja ilmu termasuk sains dan teknologi. Kalau bahasa Melayu
tidak mampu menjadi bahasa ilmu, apa peranan negara,
khususnya Kementerian Pendidikan dan para ilmuwan negara
(ingat! bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara; Perkara
49

Kami Bantah DLP

3(1) Perlembagaan Persekutuan) dalam memastikan bahasa


Melayu menjadi bahasa ilmu dan bahasa persuratan dalam apa
sahaja bidang ilmu.
Usaha mestilah dilakukan oleh semua pihak dengan
sungguh-sungguh untuk memastikan bahasa Melayu
dimartabatkan, diberi nilai, diutamakan, dihormati, diangkat
darjat, disanjung, diagungkan dan dicemerlangkan. Ini perlu
dilakukan dengan membangunkan semua bidang ilmu dalam
bahasa tersebut, di samping galakan yang sungguh-sungguh
diberikan untuk menghasilkan karya besar dalam bahasa Melayu.
Mereka yang berkarya dalam bahasa tersebut perlu diberi
pengiktirafan sewajarnya.
Mengajar sains dan matematik dalam bahasa asing
(Inggeris).... mencacatkan pembelajaran.
Mengajar bahasa asing (Inggeris) melalui sains dan
matematik.... merosakkan bahasa.

50

7
Peranan Bahasa dalam Pembinaan
Insan dan Pembangunan Negara
Datuk Dr. Awang Sariyan
Ketua Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka

Pendahuluan
idak ada orang yang siuman yang tidak mengiktiraf peranan
T
bahasa dalam kehidupannya, namun tahap pengiktirafan
itu berbeda-beda menurut pemahaman dan kesedaran
masing-masing. Orang yang memahami bahasa sekadar sebagai
alat perhubungan mungkin tidak mengaitkan bahasa dengan
jati diri dan oleh itu beranggapan bahawa yang penting ialah
kemajuan yang diperoleh meskipun tidak berasaskan bahasanya
sendiri. Maka itu pernah dizahirkan kata-kata seperti Tidak
hilang semangat cinta saya kepada bangsa semata-mata kerana
saya menggunakan bahasa asing atau mencadangkan pengajaran
sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Untuk menolak
pandangan bahawa bahasa menjadi salah unsur kemajuan
bangsa, sebagaimana dalam ungkapan Maju bahasa majulah
bangsa, ada yang mengetengahkan slogan Maju bangsa
majulah bahasa. Kalangan yang mengaitkan bahasa dengan jati
diri bangsa berpegang pada peranan bahasa sebagaimana yang
terungkap dalam kata hikmat Bahasa jiwa bangsa, Bahasa

Kami Bantah DLP

tidak dijual beli, Bahasa menunjukkan bangsa dan beberapa


yang lain. Syarahan ini bertitik tolak daripada isu yang dasar,
iaitu yang berkaitan dengan hakikat bahasa dan hakikat diri
insan menurut kerangka falsafah dan kemudian pertaliannya
dalam proses pengasasan dan pengembangan tamadun serta
pembinaan negara.

Merancang Pemerkasaan Bahasa Melayu


Pastilah usaha merancang bahasa Melayu sebagai bahasa tamadun
bangsa dan negara untuk waktu mendatang memerlukan waktu
dan kaedah yang serapi-rapinya. Perlu ada sesi khas untuk sumbang
saran pelbagai pihak dan perlu ada pendokumentasian strategi
perancangan itu, sebagai pelan tindakan yang menerjemahkan
Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Namun, dalam syarahan ini saya sekadar mencatat beberapa
fikiran umum yang mudah-mudahan dapat membantu sedikit
banyaknya perancangan bahasa Melayu dalam tempoh setengah
abad mendatang.
Perancangan yang berkaitan dengan taraf dan peranan
bahasa Melayu
1. Peruntukan undang-undang tentang taraf dan peranan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi
dan bahasa ilmu perlu dipertegas dalam pelaksanaan dan
penguatkuasaannya. Kita telah mempunyai undang-undang
yang utuh dalam soal dasar bahasa, terutamanya dengan
pemaktubannya dalam Perlembagaan Persekutuan dan
beberapa akta, khususnya Akta Bahasa Kebangsaan,
Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yang penting diberi perhatian untuk memastikan
kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa tonggak
tamadun keseluruhannya ialah aspek pelaksanaan dan
pemantauannya. Mekanisme penguatkuasaan dan tindakan
52

Peranan Bahasa dalam Pembinaan Insan dan Pembangunan Negara

perlu dirancang dengan rapi agar sikap tidak menghormati


bahasa kebangsaan dipandang serius oleh semua pihak, sama
dengan seriusnya tindakan kepada orang yang melanggar
undang-undang negara yang lain. Amatlah ironis halnya
apabila penguatkuasaan undang-undang pembuangan
sampah yang tidak menentu dan kesalahan lalu lintas,
misalnya, diberi perhatian, tidak ada pula undang-undang
melanggar peruntukan Perlembagaan negara yang
berkaitan dengan dasar bahasa atau akta pendidikan yang
memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar
utama.
2. Taraf dan peranan bahasa Melayu perlu diperluas ranah
penggunaannya. Mana-mana pengecualian yang tidak
munasabah tidak harus wujud lagi dalam Akta Bahasa
Kebangsaan atau akta-akta lain, misalnya pengecualian
penggunaan bahasa Melayu dalam sistem kehakiman.
Demikian juga, kedudukan bahasa Melayu dalam
bidang ekonomi (termasuk perdagangan). Beberapa
undang-undang yang berkaitan dengan bidang perdagangan
yang selama ini menyekat penguatkuasaan penggunaan
bahasa Melayu disebabkan akta yang berkaitan telah luput
tarikh (sebilangannya diaktakan sebelum atau pada awal
kemerdekaan) hendaklah segera dipinda dan dimasukkan
unsur penguatkuasaan penggunaan bahasa Melayu ke dalam
akta pindaan itu.
3. Taraf dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar
pendidikan sebagaimana yang termaktub dalam Perkara
17(1) Akta Pendidikan 1996 hendaklah dikuatkuasakan
dalam sistem pendidikan negara. Langkah mengembalikan
pengajaran mata pelajaran sains dan matematik dan subjek
teknikal dalam bahasa Melayu sesudah PPSMI dimansuhkan
hendaklah disegerakan dan disusuli dengan pelaksanaan
bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama di
53

Kami Bantah DLP

peringkat tingkatan enam, matrikulasi dan pengajian tinggi.


Bahasa Melayu sebagai salah subjek wajib, termasuk di
IPTS sebagaimana yang ditetapkan dalam akta tersebut
hendaklah dilaksanakan. Malah Pelan Memartabatkan
Bahasa Kebangsaan di IPT yang dilancarkan oleh Menteri
Pengajian Tinggi pada tahun 2011 mestilah digerakkan
perancangan dan pelaksanaannya dengan serius dan ikhlas
oleh semua pemimpin IPT di negara ini.
4. Pengayaan khazanah ilmu dalam bahasa Melayu untuk
pelbagai lapisan khalayak perlu dijadikan agenda negara.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan dan Buku
Negara, Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)
yang menggemblengkan penerbit institusi pengajian
tinggi dan institusi penyelidikan dan badan-badan lain
digerakkan secara bersinergi agar untuk dapat benar-benar
memenuhi tanggungjawab sosial dalam penyediaan dan
penerbitan karya ilmu untuk kelompok dewasa, remaja dan
kanak-kanak, dalam bentuk cetakan mahupun elektronik.
Perlu ada dana yang khusus untuk menjayakan agenda
memperkaya khazanah ilmu dalam bahasa Melayu.
5. Perlu ditubuhkan jabatan atau unit audit bahasa yang
memantau penguatkuasaan dasar bahasa, terutama dalam
bidang pentadbiran. Sebagai langkah proaktif, Dewan
Bahasa dan Pustaka telah memulakan Program Audit
Bahasa Melayu di semua kementerian kerajaan pusat dan
kerajaan negeri dengan menilai dua aspek utama, iaitu
peratusan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa urusan
rasmi sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 152
Perlembagaan persekutuan dan aspek mutu bahasa yang
digunakan. Dalam fasa seterusnya, Program Audit Bahasa
Melayu digerakkan dalam sektor ekonomi dan perdagangan,
bermula dengan audit bahasa di syarikat berkaitan kerajaan
(GLC).
54

Peranan Bahasa dalam Pembinaan Insan dan Pembangunan Negara

6. Dewan Bahasa dan Pustaka yang diaktakan sebagai badan


perancangan bahasa dan sastera kebangsaan hendaklah
diberi wewenang sebagaimana yang seharusnya. Bidang
kuasa dan tujuan DBP ditubuhkan untuk memajukan dan
mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi dan bahasa ilmu tidak harus terganggu oleh
perubahan semasa yang bertentangan dengan Akta DBP
sendiri. Dewan Bahasa dan Pustaka perlu diberi wewenang
untuk memenuhi tujuan-tujuan badan itu ditubuhkan
sebagaimana yang terkandung dalam Akta Dewan Bahasa
dan Pustaka dengan tidak terlalu terikat oleh kehendak
semasa pihak tertentu yang bertentangan dengan peranan
DBP agar dapat memenuhi amanah menjayakan misi
memajukan dan mengembangkan bahasa dan persuratan
negara.
Perancangan yang berkaitan dengan pemupukan bahasa Melayu
tinggi
1. Sebagai bahasa tonggak tamadun, usaha bersepadu
melalui semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan
serta swasta perlu dirancang untuk membudayakan atau
memasyarakatkan bahasa Melayu tinggi. Langkah Kerajaan
mengadakan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni
merupakan langkah positif yang dapat dimanfaatkan untuk
turut membudayakan penggunaan bahasa yang baik dan
santun. Mudah-mudahan komponen bahasa Melayu
tinggi dapat diintegrasikan dalam pelaksanaan kempen
tersebut. Konsep bahasa sebagai warisan tidak tampak
atau warisan tidak ketara sebagaimana yang ditakrifkan
dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 perlu dikembangkan
dan direalisasikan dalam kehidupan masyarakat.
2. Media, baik media cetak mahupun media elektronik perlu
meningkatkan peranannya dalam pembudayaan bahasa
Melayu tinggi. Kita barangkali memang tidak dapat
55

Kami Bantah DLP

membendung fenomena bahasa rojak, slanga dan segala


bentuk bahasa yang mewakili realiti sosial yang ada. Namun,
dengan mengupayakan penyajian program-program yang
dapat memasyarakatkan bahasa Melayu tinggi, bahasa Melayu
dapat bertahan sebagai bahasa yang mewakili budaya tinggi.
Dengan demikian tidaklah menular fenomena sekerat ular
sekerat belut (seperti yang diistilahkan oleh Tan Sri Datuk
Seri Utama Dr. Rais Yatim) dalam penggunaan bahasa bagi
tujuan yang rasmi. Yang sungguh-sungguh kita bimbangi
ialah kegagalan masyarakat menempatkan ragam bahasa
yang betul pada konteks dan situasinya. Sebagaimana kita
tidak mengharapkan bahasa yang baku digunakan dalam
komunikasi sehari-hari tidak rasmi, maka tidak harus kita
terima penggunaan bahasa ragam kolokial dalam urusan
rasmi dan ilmiah.

56

8
Program Dwibahasa Menggugat
Pembangunan Pendidikan Malaysia
Profesor Zaharani Ahmad
Timbalan Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka

Pendahuluan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM)
telah menggariskan tiga objektif utama yang ingin dicapainya,
iaitu (i) memahami prestasi dan cabaran semasa, (ii) mewujudkan
visi dan aspirasi yang jelas, dan (iii) menggariskan transformasi
sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan
penting dalam Kementerian. Dalam upaya mencapai objektif
ini, dua aspirasi penting yang saling melengkapi yang berteraskan
keberhasilan menjadi panduan dan sasaran pencapaiannya, iaitu
aspirasi sistem dan aspirasi murid. Bagi aspirasi sistem, lima
keberhasilan yang ingin dicapai yang merangkumi keberhasilan
akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Manakala
bagi asipirasi murid pula melibatkan enam keberhasilan, iaitu
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,
kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, dan identiti
nasional.
Sebagai sebuah pelan tindakan yang berasaskan
transformasi, ada kalanya inisiatif atau program yang dilaksanakan
itu tidak disenangi oleh pihak yang berkepentingan, seperti guru,

Kami Bantah DLP

pentadbir sekolah, ibu bapa dan juga murid. Program terbaharu


yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) yang mencetuskan polimik dalam kalangan pihak yang
berkepentingan, khususnya ibu bapa, badan bukan kerajaan
(NGO) dan pejuang bahasa adalah Program Dwibahasa (PDB)
(Dual Language Program (DLP)) yang dirangka di bawah inisiatif
Memartabat Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris
(MBMMBI).
Kertas ini cuba meneliti dan menilai kesan pelaksanaan
PDB ke atas dua aspirasi penting dalam sistem pendidikan
negara seperti yang tertera dalam PPPM, iaitu aspirasi sistem
yang melibatkan keberhasilan ekses dan ekuiti, serta aspirasi
murid yang menjurus kepada keberhasilan pengetahuan,
kemahiran berfikir dan kemahiran dwibahasa. Setelah diteliti dan
dianalisis secara mendalam, PDB yang diperkenalkan dan bakal
dilaksanakan oleh KPM pada tahun 2016 didapati bertentangan
dan bercanggah dengan aspirasi sistem dan aspirasi murid, seperti
yang digariskan dalam PPPM. Oleh hal yang demikian, PDB ini
wajar dibantah dan ditolak pelaksanaannya.

Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan


Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
Abad ke-21 menyaksikan kedatangan era globalisasi. Melalui
globalisasi bahasa Inggeris diterima masuk oleh golongan elit di
negara ini sebagai bahasa pembangunan atau bahasa kemajuan
bangsa dan negara dalam semua bidang (Hassan 2007). Mereka
beranggapan perkembangan ilmu di pentas global perlu dikuasai
dengan cepat. Usaha penterjemahan ilmu ke dalam bahasa
Melayu dikatakan membuang masa, tenaga dan dana kerana ilmu
tersebut boleh diperolehi hanya dengan menggunakan hujung
jari anda. Sehubungan itu, golongan elit ini berpandangan
rakyat Malaysia perlu menguasai bahasa Inggeris dengan baik
sekiranya mereka ingin kekal bersaing dalam dunia ekonomi
58

Program Dwibahasa Menggugat Pembangunan Pendidikan Malaysia

di peringkat antarabangsa kerana bahasa tersebut adalah bahasa


ilmu dan lingua franca di peringkat global. Dengan kata lain,
selain daripada fasih dalam bahasa Melayu, para pelajar juga
perlu menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan memuaskan.
Namun, pencapaian sebelum ini menunjukkan penguasaan
bahasa Inggeris pelajar sangat lemah, walaupun bahasa Inggeris
sudah diajar sebagai satu mata pelajaran wajib sejak di peringkat
sekolah rendah lagi. Kegagalan ini telah mendorong pihak
kerajaan melaksanakan dasar PPSMI pada tahun 2003. Secara
sekilas pandang dasar PPSMI ini dikatakan tidak menggugat
bahasa Melayu kerana mata pelajaran yang terlibat hanya dua
sahaja iaitu, Matematik dan Sains. Namun, apabila peringkat
pengajian semakin meningkat ternyata jumlah mata pelajaran
yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris semakin bertambah,
dan akhirnya di peringkat pengajian tinggi keseluruhan kursus
yang dikendalikan itu disampaikan dalam bahasa Inggeris kecuali
kursus dalam Fakulti Sastera dan Pengajian Islam sahaja.
Setelah berjalan beberapa tahun, dasar PPSMI yang
bermatlamat untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris
pelajar didapati gagal mencapai objektifnya. Beberapa kajian
yang dilakukan oleh tokoh pendidikan dan tokoh bahasa
menunjukkan bahawa PPSMI tidak berjaya meningkatkan
penguasaan bahasa Inggeris para pelajar, malah kesan sampingan
yang dibawanya lebih membimbangkan kerana penguasaan
ilmu sains dan matematik pelajar turut menurun (Juriah et al.
2005, Ishak 2009, Nor Hashimah 2009). Dasar ini gagal kerana
kebanyakan guru sains dan matematik itu mempunyai tahap
penguasaan bahasa Inggeris yang rendah. Selain itu, murid
juga menghadapi kesukaran untuk memahami ilmu sains dan
matematik kerana penguasaan bahasa Inggeris mereka sangat
lemah (Juriah et al. 2005, Ishak 2009, Nor Hashimah 2009).
Kegagalan PPSMI dan kemudaratan pelaksanaannya telah
dihujah dan dibahas dengan mendalam oleh tokoh pendidikan,
59

Kami Bantah DLP

tokoh bahasa, ahli sains dan matematik serta budayawan negara


dalam buku yang membantah PPSMI yang bertajuk Mengapa
Kami Bantah Edisi Kedua (Abdullah 2009).

Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memantapkan


Bahasa Inggeris (MBMMBI)
Setelah menyedari dasar PPSMI itu gagal, maka pada tahun
2010 dasar ini ditamatkan dan diganti dengan satu dasar baru
yang dikenali sebagai MBMMBI. Dalam buku Dasar Pendidikan
Kebangsaan (2012) digariskan lima pernyataan penting tentang
dasar MBMMBI ini, iaitu (i) MBMMBI bermaksud mengangkat
martabat bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai
dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang
termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia, (ii)
tujuan utama Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) adalah
untuk mengembalikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan
utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa, (iii)
tujuan utama Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) adalah
supaya bahasa komunikasi antarabangsa ini dikuasai dengan
baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu
untuk bersaing di peringkat nasional dan global, (iv) matlamat
MBMMBI adalah untuk melahirkan murid yang fasih dan
yakin menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, dan (v)
penguasaan murid dalam kedua-dua bahasa tersebut diharapkan
berada pada tahap tinggi. Penguasaan bahasa ialah penguasaan
secara sistematik, iaitu penguasaan bahasa secara keseluruhan
bukannya setakat penguasaan lisan sahaja.

Program Dwibahasa: Penjenamaan Semula PPSMI


PDB ialah satu program di bawah inisiatif MBMMBI yang
menggalakkan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics)
60

Program Dwibahasa Menggugat Pembangunan Pendidikan Malaysia

dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Empat mata pelajaran yang


terlibat adalah matematik, sains, reka bentuk dan teknologi, dan
teknologi maklumat dan komunikasi. Program ini diusulkan
setelah dua sesi makmal diadakan oleh PEMANDU bersama
dengan beberapa pihak yang berkepentingan. Program ini
dikatakan sejajar dengan tahap Gelombang ke-2 PPPM (20162020) yang melaksanakan perubahan struktur sistem pendidikan
bagi meningkatkan profisiensi dengan cara menawarkan lebih
masa pendedahan bahasa Inggeris.
PDB ini merupakan suatu usaha penjenamaan semula
PPSMI, malah lebih teruk lagi kerana pelaksanaannya melibatkan
dua mata pelajaran tambahan, iaitu reka bentuk dan teknologi,
dan teknologi maklumat dan komunikasi. Namun, bagi pihak
PEMANDU, kedua-duanya adalah berbeza atas alasan bahawa
PPSMI itu merupakan satu dasar pendidikan (2003-2009) yang
wajib dipatuhi oleh semua sekolah awam, manakala DLP pula
adalah berbentuk program yang bersifat sukarela dan terbuka
kepada sekolah untuk membuat pilihan.

PDB Menghalang Keberhasilan Akses


Keberhasilan pertama dalam aspirasi sistem pendidikan negara
seperti yang digariskan dalam PPPM adalah keberhasilan akses,
iaitu kesediaan memberi hak kepada setiap murid mendapat
kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka
mencapai potensi masing-masing. Masalah kedudukan geografi,
tahap sosioekonomi, perbezaan gender tidak lagi menjadi
penghalang kepada murid untuk mendapat peluang pendidikan
yang sama. Kesemarataan jelas terserlah apabila semua murid
ini mengikuti kurikulum dan sukatan pelajaran yang sama bagi
semua mata pelajaran.
Namun, apabila PDB diperkenalkan, sudah pasti
hak kesemarataan ini tidak boleh dipertahankan lagi kerana

61

Kami Bantah DLP

pelaksanaan PDB itu sendiri bersifat selektif dan terbatas kepada


beberapa buah sekolah terpilih sahaja. Bagaimana kesamarataan
boleh diwujudkan, jika di peringkat dasar lagi sudah berlaku
perbezaan dan pengasingan yang mewujudkan dua jenis sekolah
kebangsaan yang berbeza. Walaupun sesetengah golongan
menghujahkan kurikulum yang digunakan adalah sama
dan cuma bahasa pengantarnya saja yang berbeza, namun
ketidaksamarataan tetap wujud kerana pelajar tidak mendapat
akses kepada peluang pendidikan yang sama. Misalnya, pada
tahun satu hingga tiga seseorang pelajar itu mempelajari STEM
dalam bahasa Inggeris, kemudian keluarganya berpindah ke
daerah lain dan kebetulan sekolah di situ mengendalikan mata
pelajaran STEM dalam bahasa Melayu. Ketidaksamarataan
mendapat akses pendidikan yang sama tentunya mendatangkan
masalah kepada pelajar. Pengajaran dan pembelajaran yang
berbeza bukan sahaja menyukarkan dan mengelirukan, malah
boleh membunuh semangat dan motivasi pelajar untuk
mendalami ilmu sains dan matematik itu sendiri.
Kesan yang lebih ironis dan tragis adalah jika sekiranya
ketidaksamarataan itu wujud dalam dua sekolah yang
berhubungan yang dilalui oleh kumpulan pelajar yang sama,
iaitu antara sekolah rendah yang awal dengan sekolah menengah
berikutnya. Misalnya, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi
memilih pengajaran STEM dalam bahasa Melayu, manakala
Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi memilih bahasa Inggeris.
Keadaan sebaliknya juga boleh berlaku, iaitu di peringkat rendah
pengajaran dan pembelajaran dibuat dalam bahasa Inggeris, tetapi
di peringkat menengah mata pelajaran yang sama dikendalikan
dalam bahasa Melayu. Apakah yang akan terjadi kepada
kumpulan pelajar ini? Apakah Kementerian tidak nampak perkara
ini? Satu cara penyelesaian yang mudah, akhirnya Kementerian
akan mengeluarkan arahan agar kedua-duanya memilih bahasa
Inggeris. Namun, kajian sebelum ini jelas menunjukkan bahawa

62

Program Dwibahasa Menggugat Pembangunan Pendidikan Malaysia

para pelajar tidak mampu untuk mengikuti pengajaran sains


dan matematik dalam bahasa Inggeris, dan kebanyakan pelajar
menyatakan mereka sukar memahami sains dan matematik yang
disampaikan dalam bahasa Inggeris berbanding dalam bahasa
Melayu (Juriah et al. 2005, Ishak 2009). Kegagalan keberhasilan
akses kemudiannya membawa kepada kegagalan keberhasilan
ekuiti.

PDB Melebarkan Keberhasilan Ekuiti


PDB memisahkan pelajar aliran sains itu kepada dua kelompok,
iaitu aliran sains berpengantar bahasa Melayu dan aliran sains
berpengantar bahasa Inggeris, tidak mungkin jurang ini dapat
dirapatkan. Seperti yang diketahui umum, dari segi penyebaran
geografinya, aliran yang pertama itu tentunya melibatkan
pelajar di luar bandar, manakala aliran yang kedua itu berada
di bandar. Aspirasi keberhasilan ekuiti yang berhasrat untuk
merapatkan jurang tidak akan kesampaian malah akan menjadi
semakin melebar, terutamanya jurang persepsi. Baru-baru ini
Perdana Menteri sendiri telah melabelkan bijak pandai yang
tidak menguasai bahasa Inggeris diibaratkan sebagai jaguh
kampung. Dalam konteks ini, pelajar yang cemerlang dalam
STEM yang beraliran bahasa Melayu akan dilabelkan sebagai
jaguh kampung, dan gelaran ini memberikan gambaran yang
negatif dan menghina pelajar Melayu yang berada di luar bandar.

PDB Membantutkan Pemerolehan Pengetahuan Murid


Setelah diperbahaskan aspirasi sistem, kita meneliti pula aspirasi
murid yang ternyata lebih penting dalam konteks melakukan
transformasi kepada kemenjadian pelajar untuk masa depan.
Keberhasilan pertama bagi aspirasi murid ialah penguasaan
ilmu pengetahuan. Selain daripada menguasai kemahiran asas,
seperti literasi dan numerasi, setiap murid perlu menguasai mata

63

Kami Bantah DLP

pelajaran penting yang berkait rapat dengan perkembangan


ilmu pengetahuan, iaitu mata pelajaran STEM. Kepentingan
STEM memang dinyatakan dengan jelas dalam PPPM, dan
dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, bahasa pengantar
yang digunakan adalah bahasa Melayu, seiring dengan dasar
MBMMBI. Pengajaran STEM tidak dikendalikan dalam
bahasa Inggeris kerana kajian sebelum ini menunjukkan bahawa
PPSMI bukan sahaja gagal meningkatkan pencapaian bahasa
Inggeris malah turut menurunkan pencapaian murid dalam
mata pelajaran sains dan matematik itu sendiri (Juriah et al.
2005, Ishak 2009, Nor Hashimah 2009). Seperti yang telah
ditegaskan, fakta ini mendorong kerajaan menamatkan PPSMI
dan menggantikannya dengan MBMMBI, dan penggantian ini
adalah satu langkah yang bijak.

PDB Merencatkan Kemahiran Berfikir Murid


Dari sudut pendidikan, sebelum seseorang murid itu mampu
menguasai kemahiran peringkat berfikir tinggi seperti membuat
analisis, sintesis dan penilaian, para pelajar itu perlu menguasai
tahap yang lebih rendah, seperti pengetahuan, pemahaman dan
pengaplikasian. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran
sains dan matematik, apabila pengetahuan dan pemahaman
pelajar itu lemah, seperti yang dihujahkan di atas, mana mungkin
kemahiran berfikir aras tinggi boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar
ini. Asas kepada kemahiran pembentukan pemikiran aras tinggi
adalah penguasaan ilmu. Jika ilmu asas tidak dikuasai tidak
mungkin pelajar itu mampu untuk membuat penilaian tentang
ilmu tersebut, apatah lagi untuk menghasilkan ilmu baharu yang
lebih baik.

Kesimpulan
Cadangan KPM untuk melaksanakan PDB pada tahun 2016
perlu dibantah dan dihalang kerana pelaksanaannya yang
64

Program Dwibahasa Menggugat Pembangunan Pendidikan Malaysia

secara tergesa-gesa didapati menyalahi dan melanggar aspirasi


sistem pendidikan negara seperti yang digariskan dalam PPPM
2013-2025. Andai kata terbukti PDB berjaya meningkatkan
pencapaian bahasa Inggeris pelajar, seperti yang dihajatkan,
pelaksanaannya tetap dibantah kerana kesan sampingan yang
dibawanya menggugat aspirasi sistem pendidikan negara yang
jauh lebih penting dan utama berbanding dengan penguasaan
bahasa Inggeris. Sebaliknya, jika PDB ini gagal, seperti apa yang
dialami oleh PPSMI, maka kerosakan yang dibawanya lebih
dahsyat kerana bak kata pepatah Melayu Yang dikejar tak dapat
yang dikendong berciciran.

65

9
Isu Dual Language Programme
Prof. Emeritus Abdullah Hassan
Presiden
Persatuan Penterjemah Malaysia

Pengenalan
Pertama, Jangan ada orang yang memikirkan kita menolak
pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Persatuan
Penterjemah bukan saja bersetuju dengan pengajaran dan
pembelajaran bahasa Inggeris, bahkan akan turut memberi
sokongan di mana perlu. Yang kita tolak hanyalah program
DLP. Persatuan Penterjemah Malaysia atau PPM menolak DLP,
khususnya cara mengajarkannya melalui sains, matematik,
rekabentuk dan teknologi, dan ICT. Namun PPM menerima
HIP (High Immersive Programme) sebagai sebuah aktiviti dalam
mengajar bahasa.
PPM menolak DLP atas rasional berikut
1. Menggunakan mata pelajaran Sains, Matematik,
Teknologi Reka Bentuk dan ICT bagi meningkatkan
kemahiran Bahasa Inggeris pelajar adalah pendekatan
yang salah. Ini sudah terbukti tidak berkesan seperti
yang terlihat dalam pelaksanaan PPSMI. Kelemahan
pembelajaran BI tidak boleh diatasi melalui pengajaran

Isu Dual Language Programme

Sains, Matematik, dan Teknologi Maklumat dalam


Bahasa Inggeris. Ini sangat jelas pada tahap common
sense pun, bahawa guru sains dan matematik kita,
dengan sedikit kekecualian, tidaklah mempunyai
kompetensi mengajar bahasa Inggeris. Keadaan ini
sangat buruk di sekolah-sekolah luar bandar. Pengajaran
mata pelajaran hendaklah dikekalkan dalam bahasa
Melayu seperti sekarang, kerana itu ternyata lebih
berkesan. Bukti kesan negatif ini sudah dibicarakan oleh
Profesor Emeritus Dato Isahak Haron dan Dato Raof
Husin.
2. Menggunakan bahasa Inggeris bagi mengajarkan sains,
matematik, teknikal dan teknologi maklumat juga tidak
dapat diterima. Alasannya mudah. Para pelajar masih
belum menguasai bahasa Inggeris, mereka sudah diajar
dalam bahasa Inggeris. Mustahil mereka mudah belajar.
Malah murid ini lebih mudah belajar apabila mata
pelajaran ini disampaikan dalam bahasa ibunda,

Kategori Murid Samada TESL atau TEFL


Kita tidak membezakan murid kita kepada kategori yang
diperlukan. Secara umum, ada yang mempelajari bahasa Inggeris
sebagai Bahasa Kedua atau TESL dan lebih ramai lagi yang
berada pada tahap mempelajari bahasa Inggeris sebagai Bahasa
Asing atau TEFL. Guru, bahan dan kaedah yang digunakan tidak
sama. Mengajarkan satu jenis bahasa Inggeris, adalah umpama
menggunakan one size fits all. Ini adalah sangat menjengkelkan.
Bahkan itulah yang menimbulkan persepsi yang salah. Akibatnya
penyelesaian yang dicadangkan juga sangat tidak sesuai.
Secara umumnya kita dapat melihat dua kategori murid:
a. Pelajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
b. Pelajar bahasa Inggeris sebagai bahasa asing
67

Kami Bantah DLP

Tidak ada pelajar bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama atau


bahasa ibunda. Mungkin ada segelintir, dan bilangannya elok kita
dapatkan untuk kepentingan pelaksanaan rancangan mengajar
bahasa Inggeris.
Memahami isu ini penting. Apabila kita sering membuat
penilaian yang salah. Umpamanya, kita mahu pelajar kita
menuturkan bahasa Inggeris sebagai penutur asli atau native
speaker. Maka kita import native speaker of English mengajar
bahasa Inggeris. Ini tidak perlu. Itu mustahil dapat dilakukan.
Pada hal murid kita hanya perlu belajar bahasa Inggeris
sebagai bahasa asing. Gurunya tidak perlu penutur bahasa asli.
Bahkan untuk bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, kita tidak
memerlukan guru native speaker.

Mengajar Ilmu Melalui Bahasa Ibunda Lebih Berkesan


Pada tahun 1972, sebuah kajian dilakukan di Ireland terhadap
penggunaan bahasa Gaelik iaitu bahasa ibunda mereka untuk
mengajarkan matematik kepada kanak-kanak sekolah rendah.
Dapatan kajian tersebut membuktikan bahawa kanak-kanak
yang diajarkan matematik melalui bahasa Gaelik itu dapat
memahami pelajarannya dengan cepat dan berkesan. Pada masa
yang sama kanak-kanak yang diajarkan pelajaran yang sama
melalui bahasa Inggeris menunjukkan kefahaman yang rendah.
Terbukti bahawa mengajarkan matematik dengan menggunakan
bahasa ibunda itu adalah lebih berkesan daripada menggunakan
bahasa pinjaman.
Di samping penduduk Ireland, penduduk Wales dan
Scotland juga mempunyai penduduk yang berlainan asal daripada
England. Mereka berasal daripada bangsa Celtic yang menuturkan
bahasa Gaelik. Mereka bukan orang Inggeris, tetapi sudah lama
ditakluki oleh bangsa, bahasa dan budaya Inggeris. Tetapi dalam
tahun 60-an dan 70-an, ramai antara mereka menyedari bahawa
mereka itu bukan Inggeris. Lalu timbullah kebangkitan yang di
68

Isu Dual Language Programme

kalangan penduduk negeri tersebut untuk mewujudkan kembali


identiti mereka sebagai orang Celtic, suatu bangsa lain daripada
Inggeris. Bagi kita yang pernah melawat negara Britain, dan
pernah pula melawat negeri Wales, akan tentu teringat papan
tanda yang terpampang di tepi lebuh raya waktu memasuki
negeri Wales. Kita akan disambut dengan Gome Imru. Selamat
Datang ke Wales. Sekiranya kita datang dari England, lebuh raya
akan membawa kita ke Caberfied bukan Cardiff. Dari masa
itu timbullah pergerakan untuk menghidupkan semula bahasa
Gaelik (Welsh) di kalangan penduduk Wales. Tokoh yang paling
terkenal di Wales menghidupkan semula bahasa Gaelik ini ialah
Lilian Jones. Lilian Jones adalah seorang pegawai pendidikan.
Beliau dan sekumpulan ahli masyarakat terdidik di negeri Wales
merasakan mereka telah hilang identiti sebagai orang Wales
setelah berlaku proses pengInggerisan mereka melalui pendidikan
dalam bahasa Inggeris. Walaupun mereka menerima hakikat
bahawa bahasa Inggeris itu memberi mereka potensi ekonomi
yang baik, tetapi hati kecil mereka masih mengatakan identiti
mereka sebagai orang Wales perlu ditegakkan.

Bahasa Inggeris dan Jati Diri


Kita dapat melihat apa yang dialami oleh sebuah negara yang
menggunakan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikannya.
Dalam The Role of Language Planning in Education in
Singapore Anne Pakir (1994) menyatakan apabila pada tahun
60-an hingga 80-an, ibu bapa diberi pilihan untuk menghantar
anak mereka belajar di sekolah Inggeris, Mandarin, Melayu, atau
Tamil. Aliran Melayu dan Tamil akhirnya dried up atau tandus.
Dua puluh lima tahun kemudian barulah kelihatan apa
kesannya bahasa Inggeris itu terhadap identiti belia Singapura,
khususnya kaum Cina. Pada 27 Julai 1997, Goh Chok Tong
berucap di televisyen Singapura dalam rancangan Addressing

69

Kami Bantah DLP

the Nation. Ucapan itu sangat menarik. Beliau menyatakan


kebimbangan terhadap masyarakat belia Singapura pada masa
itu. Beliau mengatakan, setelah 25 tahun diberi pendidikan
bahasa Inggeris, maka mereka sudah mula melihat beberapa
perubahan yang sedikit membimbangkan. Beliau berkata, lebih
kurang bermaksud Belia kita sekarang tidak tebal lagi Cinanya.
Hanya dari segi biologi mereka Cina. Dari segi budaya mereka
sudah menjadi Barat. Mereka mudah sekali menyesuaikan diri
dengan Barat apabila dihantar belajar ke negeri Britain dan
Amerika . Ada yang terus memilih untuk tinggal di sana, dan
kalau pulang pun membawa teman hidup dari sana ..
Perkara ini bertambah ketara apabila Dr. Chang Han
Yin dari Jabatan Sosiologi Universiti Nasional Singapura
membuat suatu kajian di kalangan pelajar universitinya, bagi
meninjau perubahan nilai dan identiti. Ringkasnya, 8 daripada
10 pemudanya mengharapkan mereka itu dilahirkan sebagai
Caucasius, bukan sebagai orang Asia.

Tamadun Nukelus dan Pinggiran


Keaslian minda kita pun hilang. Sepandai-pandai orang yang
belajar melalui bahasa pinjaman itu tidak akan mampu membina
minda seasli penutur asli bahasa pinjaman itu. Minda masyarakat
yang dididik melalui bahasa pinjaman akan menjadi minda
pinggiran kepada minda masyarakat bahasa pinjaman. Minda
pinggiran ini juga menjadi pinggiran kepada minda bangsanya
sendiri. Minda pinggiran itu akan sentiasa memandang rendah
kepada minda bangsanya, tetapi ia tidak pula tergolong kepada
minda pusat bahasa pinjaman itu. Dia akan hanya menjadi
minda yang tercabut daripada minda bangsanya, tetapi tidak
pula diterima sepenuhnya ke dalam minda bahasa pinjaman.

70

Isu Dual Language Programme

Cadangan
Pertama. Pengajaran ilmu hendaklah dilaksanakan dalam
Bahasa Kebangsaan kerana ia memudahkan difahami dan tidak
melibatkan pembelajaran bahasa asing.
Kedua: Pengajaran Bahasa Inggeris hendaklah dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris. Murid hendaklah dibahagiakan kepada
yang dapat mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa Kedua
(TESL) atau bahasa Inggeris sebagai Bahasa Asing (TEFL).
Ketiga: Wujudkan Institut Perguruan Khas untuk Guru Bahasa
Inggeris, dan mereka hendaklah diberi latihan immersif supaya
kompetensi mereka tidak diragui bagi mengajarkan Bahasa
Inggeris.
Keempat: Wujudkan University for Foreign Language Studies
seperti yang dilakukan oleh China dan Korea. Ini dapat melatih
dan membekalkan lulusan untuk pasaran syarikat perdagangan
atau korporat samada di Malaysia atau di luar negara.
Kelima: Pengajaran Bahasa dan Budaya Melayu Tinggi hendaklah
ditingkatkan bagi menjamin penguasaan dan penggunaan Bahasa
Melayu Tinggi dan intelektual.
Keenam: Beri dana yang mencukupi bagi meningkatkan buku
yang ditulis dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu bagi
memudahkan pembelajaran ilmu melalui bahasa Melayu.

71

10

Resolusi GAPENA Mengenai 'HIP'


dan 'DLP' Cadangan 'PADU' dan
'PEMANDU'
Profesor Dr. Datuk Wira Abdul Latiff Abu Bakar
Ketua I
GAPENA

Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) telah


mengadakan dua sesi Persidangan Meja Bulat pada 29 September
2015 di Rumah GAPENA di Jalan Belfield dan pada 18 Oktober
2015 di Hotel Midah, Kuala Lumpur.
Berdasarkan perbincangan meja bulat pada 29 September
2015 yang dihadiri beberapa pertubuhan, maka GAPENA
telah pun menghantar nota bantahan kepada pihak PADU
dan PEMANDU, menolak perlaksanaan High Immersion
Programme (HIP) dan Dual Language Programme (DLP) di
dalam pengajaran dan pembelajaran di waktu persekolahan.
GAPENA juga telah dengan tegas menyatakan pendapatnya
sewaktu berkunjung hormat kepada Menteri Pendidikan
baru-baru ini di Putrajaya.
Maka begitu juga keputusan dari persidangan meja
bulat yang diadakan pada 18 Oktober 2015, sekali lagi semua
pertubuhan Melayu yang hadir menolak perlaksanaan HIP dan
DLP. Persidangan meja bulat ini menegaskan Bahasa Inggeris

Resolusi GAPENA Mengenai 'HIP' dan 'DLP' Cadangan 'PADU' dan 'PEMANDU'

itu penting seperti mana pentingnya penguasaan Bahasa Russia,


German, Perancis, Mandarin, Jepun, Korea, Hindi, Arab dan
lain-lain bahasa di dunia.
GAPENA berpendapat bahawa perlaksanaan program
HIP dan DLP adalah satu tindakan yang memperlekehkan
terkanunnya Perlembagaan Persekutuan Malaysia khasnya
Perkara 152 (6) yang menjelaskan maksud rasmi. Sekolah
Rendah mahu pun Sekolah Menengah adalah institusi rasmi
dipertanggungjawabkan kepada satu lagi institusi rasmi
iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia, maka perlaksanaan
PPSMI dan kini HIP dan DLP bercanggah dengan peranan
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan si peringkat rasmi.
Adalah tidak wajar Kerajaan Persekutuan Malaysia melalui
Kementerian Pendidikan mendidik warganegaranya dari
peringkat sekolah rendah untuk tidak menghormati salah satu
komponen terpenting proses kenegaraan dan pembangunan
negara bangsa. PADU dan PEMANDU bertanggungjawab
meneruskan kelangsungan kegagalan proses kenegaraan dan
pembinaan negara bangsa.
Perlaksanaan HIP dan DLP juga membina dan
membantutkan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Dalam tempoh penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
pada 1956 serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada
1970 telah terbina korpus sains dan teknologi di dalam Bahasa
Melayu. Korpus ini amat penting dalam mewujudkan budaya
ilmu dan pandangan dunia yang berteraskan sains dan teknologi
di kalangan warganegara Malaysia khasnya dari kalangan orang
Melayu dan Bumiputera. GAPENA berkeyakinan bahawa
dengan terdidiknya semua anak bangsa di dalam Bahasa Melayu
di dalam bidang sains dan teknologi akan mempercepatkan
penguasaan ilmu tersebut untuk mereka membawa negara ke
masa depan yang lebih maju, lebih progresif, lebih kreatif dan
lebih berdaya saing. Ilmu yang dapat dicerap dan difahami
73

Kami Bantah DLP

dalam bahasa sendiri adalah lebih baik dan amat berkesan untuk
proses pengilmuan berbanding melalui bahasa asing seperti
Bahasa Inggeris. Pembinaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
dan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar si semua
peringkat pendidikan akan mempercepat peranan pendidikan
untuk mencerdaskan, memandaikan dan membijaksanakan
semua anak-anak bangsa.
Program HIP dan DLP yang dilaksanakan kepada 300
sekolah mulai 2016 adalah usaha untuk menghidupkan kembali
PPSMI. Walaupun ditanggapi sebagai satu program bukannya
dasar, namun GAPENA berkeyakinan pada satu peringkat
program juga akan berubah menjadi dasar yang flip-flop atau
sekejap ada sekejap tiada dari segi bahasa pengantar di sekolah.
GAPENA berpendapat negara ini tidak serius dalam pembinaan
negara bangsa dan kenegaraan lantaran pendekatan yang diambil
lebih menjurus kepada kepentingan ekonomi dan kepentingan
para pemodal yang memangsakan kepentingan warganegara
terbanyak yang berpendapatan rendah di bandar dan di luar
bandar. PADU dan PEMANDU memberi contoh Honda akan
mewajibkan Bahasa Inggeris kepada seluruh pekerjanya, tetapi
PADU dan PEMANDU tidak pula menyebut bahawa Jepun
maju dengan Bahasa Jepun bukannya Bahasa Inggeris. Begitu
juga PADU dan PEMANDU memberi contoh Vietnam mula
memperkenalkan sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris,
tetapi tidak pula menyebut meningkatnya pelaburan di sana
kerana upah buruh murah.
Maka dengan ini GAPENA berpendirian bahawa HIP
dan DLP perlu dibatalkan demi kepentingan anak-anak bangsa
Malaysia. berikan peluang kepada anak-anak bangsa untuk maju
dalam acuan mereka sendiri bukannya dalam acuan orang lain.
Maju dalam acuan sendiri adalah lebih bermaruah dan tinggi
dari segi nilai harga diri.

74

11
Pembentukan Negara Bangsa
Perlu Menggunakan
Bahasa Melayu
Dr. Mohamad Saleeh Rahamad
Ketua I,
Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)

Cadangan pelaksanaan dual language programme (DLP) di 300


sekolah yang dikatakan bersetuju dengan sistem itu tidak wajar
diteruskan. Kenapakah sistem pendidikan kita ditentukan oleh
segelintir ibu bapa elit bandar yang bernaung di bawah PAGE,
Pemandu dan PADU? Bukankah kesatuan guru yang lebih
berwibawa dalam soal ini telah menolak DLP? Bukankah ini juga
melanggar Akta Pendidikan 1996 dan Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan?
Pelbagai hujah telah diberikan oleh penentang sistem
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan matematik dalam
Inggeris (PPSMI) dahulu. Pelbagai penyelidikan juga telah
dijalankan oleh beberapa kumpulan yang semuanya mendapati
PPSMI merupakan projek yang gagal. Kini timbul pula DLP
yang ternyata lebih teruk daripada PPSMI, dan perlu dihentikan.
Jika PPSMI hanya mengajarkan Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris (yang terbukti telah gagal teruk dari segi
pencapaian ilmu dalam kalangan murid tetapi hanya berjaya
dari segi penggunaan dan pembaziran berjuta-juta ringgit untuk

Kami Bantah DLP

dinikmati syarikat pembekal tertentu), DLP pula menambah


subjek untuk diajarkan dalam bahasa Inggeris, iaitu subjek Sains,
Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka
Bentuk dan Teknologi.
Apakah matlamat sistem ini? Kalau matlamatnya untuk
mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan
pelajar, bukan itu subjek yang sesuai. Peningkatan penguasaan
bahasa Inggeris lebih sesuai dilakukan dengan kaedah pengajaran
bahasa Inggeris yang lebih baik, penyediaan guru yang benar-benar
terlatih serta berkemampuan, dan penggunaan bahan sastera
atau bahan bacaan yang banyak menggunakan bahasa bukannya
dengan subjek teknikal yang tidak banyak menggunakan bahasa
selain simbol dan angka.
Kalau matlamatnya untuk menyampaikan ilmu yang
kritikal itu dengan mudah disebabkan kebanyakan buku ilmu
teknikal terbit dalam bahasa Inggeris, tentulah alasan ini tidak
tepat juga. Bukankah lebih mudah ilmu yang sukar disampaikan
dalam bahasa ibunda atau yang mudah difahami berbanding
dengan bahasa yang sukar difahami, apatah lagi dengan kekangan
dari segi guru yang berkeupayaan. Kalau guru terkial-kial
menggunakan bahasa Inggeris, bagaimanakah mereka dapat
memberikan ilmu dengan cara yang santai dan menyeronokkan
dalam bahasa Inggeris? Pengajaran dan pembelajaran bukannya
suatu sistem mekanikal tetapi lebih bersifat manusiawi. Oleh itu,
kelenturan dan kemahiran guru dalam komunikasi merupakan
aset penting dalam pengajaran yang berkesan.
Walaupun dalam DLP itu dikatakan hanya sekolah
yang benar-benar bersetuju dan mempunyai keupayaan sahaja
yang terpilih, itu hanya teori yang muluk-muluk di atas kertas.
Sekiranya sesebuah sekolah telah dipilih untuk pelaksanaan bagi
memenuhi kuota 300 sekolah nescaya pihak sekolah tidak akan
berani membantah. Akhirnya bukan persetujuan yang menjadi
asas pemilihan sekolah tetapi paksaan.
76

Pembentukan Negara Bangsa Perlu Menggunakan Bahasa Melayu

Lagipun, sistem pendidikan kita perlu mengambil kira asas


keadilan. Dengan mewujudkan dua sistem (aliran Melayu dan
aliran Inggeris) walaupun bagi subjek tertentu, akan wujudlah
kasta dalam dunia pendidikan kita. Bukan sahaja kasta berbahasa
Inggeris akan lebih banyak menerima peruntukan malahan
status mereka juga akan lebih tinggi daripada aliran Melayu.
Akhirnya semua sekolah akan bergerak ke arah bahasa Inggeris,
dan akibatnya hasrat pemimpin dan rakyat terdahulu yang mahu
mewujudkan sebuah negara bangsa akan musnah.
Pembinaan sebuah negara bangsa perlu mempunyai
satu sistem nilai sepunya yang dihormati bagi tujuan mengikat
persaudaraan dalam perasaan saling menghormati. Ikatan yang
hegemonik sifatnya tentulah aspek budaya; dan dalam konteks
ini, bahasa Melayulah sarananya. Identiti sebuah negara bangsa
ditandai bahasanya kerana itulah pakaian yang mengandungi
nilai dalaman yang sangat berpengaruh. Komunikasi dan
persefahaman perlu dibina dalam bahasa yang sama. Seandainya
bahasa Melayu terpinggir, akan identiti nasional kita akan hilang.
Sudah terbukti bahawa sebelum sistem pendidikan
negara ini menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya, orang
Melayu mahupun bumiputera lain yang menempuh kesukaran
untuk menjadi manusia kelas menengah. Mereka sukar untuk
melakukan anjakan kehidupan lantaran kekurangan dari
segi wang dan peluang. Tetapi setelah penubuhan Universiti
Kebangsaan Malaysia yang dilahirkan daripada cetusan idea
para cendekiawan nasionalis Melayu, ramai orang Melayu dapat
menapak ke tingkat kelas menengah. Mereka inilah yang berjaya
melahirkan anak-anak yang berkedudukan tinggi bagi memenuhi
matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat
menghapuskan jurang ekonomi antara kaum.
Ternyatalah bahawa dengan bahasa Melayu ilmu akan
lebih mudah direbut oleh semua orang kerana kita sememangnya
lahir dan hidup dalam ruang Melayu. Ilmu yang disampaikan
77

Kami Bantah DLP

dalam bahasa asing akan mengalami perjalanan yang sukar kerana


penuntut terpaksa melepasi halangan bahasa dahulu sebelum
memasuki dunia ilmunya.
Perlu ditegaskan bahawa asas pembentukan tamadun
negara ini ialah Melayu. Maka orang Melayu yang menjadi
penguasa wajib mempertahankan unsur ini dalam segenap
lapangan kehidupan. Jika bukan kita yang mempertahankan
bahasa Melayu, siapakah yang mahu menoleh ke arah bahasa
Melayu? Terpinggirnya bahasa Melayu nanti akan menyaksikan
tercicirnya bangsa Melayu malah bumiputera lain yang lebih
mesra berbahasa Melayu.

78

12
Mengapa Kami Bantah Program
DLP dan HIP
Kamal Shukri Abdullah Sani,
Timbalan Presiden,
Persatuan Linguistik Malaysia

Persatuan Linguistik Malaysia membantah keras soal selidik


dalam talian oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan
(PEMANDU) mengenai tanggapan berkaitan bahasa Inggeris
yang dipercayai untuk meraih sokongan dan telah digunakan
sebagai dalil yang kononnya kukuh, disokong oleh majoriti
rakyat Malaysia bagi mencadangkan agar kerajaan melaksanakan
Dual Language Programme (DLP) dan High Immersive
Programme (HIP) yang sebenarnya lebih kepada Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) yang dijenamakan semula atau diberi baju baharu.
Jelas kepada kita bahawa PPSMI yang dimansuhkan pada tahun
2009 kelihatan cuba dibawa masuk melalui pintu belakang.
Didapati soal selidik oleh PEMANDU berkenaan tidak pun
mematuhi tatacara penyelidikan sebenar dan terdedah kepada
pelbagai manipulasi dan mudah mengelirukan. Penulis sendiri
telah berjaya mengisi borang dalam talian itu beberapa kali
dan mendapati soalan-soalannya berat sebelah apabila tiada
penjelasan dan soalan yang begitu umum ditanya kepada orang

Kami Bantah DLP

ramai dengan latar belakang yang pelbagai atau dijuruskan dan


terarah untuk mencapai objektif seperti yang dihajatkan oleh
pengendalinya.
Seperti yang telah dinyatakan soalan yang disediakan boleh
mengelirukan dan kelihatan berat sebelah, cuba memihak kepada
bahasa Inggeris. Pengumuman tentang soal selidik tersebut juga
hanya ditemui dalam akhbar berbahasa Inggeris iaitu Malay
Mail dan The Star yang umumnya dibaca oleh mereka yang
mahir berbahasa Inggeris dan kebanyakannya sudah pastilah yang
terpelajar dan penghuni bandar. Soalan hanya memerlukan
jawapan ya atau tidak yang perlu diklik oleh pelayar sesawang atau
web soal selidik tersebut. Ingin ditegaskan di sini bahawa tidak
semua program berkaitan dengan dasar memerlukan kajian dibuat
kepada orang ramai sebelum dilaksanakan (..seperti dahulu..
tidak pun dibuat kajian apabila PPSMI mahu dilaksanakan
atau tidak). Antara soalan yang dikemukakan ialah apakah
penguasaan atau kemahiran berbahasa Inggeris itu penting?
Sudah pasti semua orang yang rasional akan menjawab penting.
Malah secara jujur saya sendiri pun akan menjawab penting
tetapi ini tidak bermakna saya bersetuju agar bahasa Inggeris
digunakan untuk mengajar sains dan matematik atau apa-apa
mata pelajaran lain-lain. Mengakui akan kepentingan sesuatu
bahasa tidak bererti kita mahu menggunakannya dalam semua
ranah kehidupan kita. Saya juga pernah belajar bahasa Jepun
dan menguasai bahasa Jepun khususnya bagi tujuan komunikasi,
mengakui akan kepentingan bahasa Jepun tetapi saya juga tidak
mahu semua mata pelajaran sains di Malaysia misalnya diajarkan
dalam bahasa Jepun sedangkan bahasa Melayu lebih merakyat
dan terbukti mampu mengajarkan sains serta lebih mudah
difahami. Soal istilah banyak dalam bahasa Inggeris bukanlah
perkara besar yang tidak boleh atau tidak pernah diatasi. Bagi
Bahasa Jepun misalnya, cukuplah kita menguasai bahasa Jepun
dengan mempelajarinya dalam bahasa Jepun sehingga mahir
untuk ke universiti di Jepun. Puluhan ribu graduan kita telahpun
80

Mengapa Kami Bantah Program DLP dan HIP

lulus daripada universiti Jepun dan universiti berbahasa Inggeris


di luar negara hasil daripada Dasar Pelajaran Kebangsaan dan
Dasar Pandang ke Timur. Janganlah kita nafikan hakikat ini atau
pura-pura lupa pula. Satu soalan lagi oleh PEMANDU ialah
pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tidak
menjejaskan bahasa Melayu. Bagi masyarakat umum atau orang
awam pastinya tidak dapat melihat kesan daripada jawapan bagi
soalan ini jika mereka memilih untuk mengklik jawapan tidak
menjejaskan. Apatah lagi berdasarkan iklan soal selidik yang
disiarkan dalam Malay Mail dan The Star yang dapat kita agak
sikap dan mentality mereka yang dijangka lebih positif terhadap
bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Majoriti kumpulan
anglophile pastinya lebih selesa dengan akhbar berbahasa
Inggeris berbanding yang berbahasa Melayu. Jika selama ini
bahasa Melayu mengajari anak-anak kita sains, matematik
dan seumpamanya, tiba-tiba diganti dengan bahasa Inggeris,
tidakkah jelas peranan bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan
teknologi juga telah dirampas oleh bahasa Inggeris? Tidakkah
dengan ini peranan bahasa Melayu telah terjejas? Adakah mereka
yang terlibat mencadangkan DLP tersebut telah benak dan
gelap hatinya sehingga tidak dapat melihat apa-apa lagi selain
bahasa Inggeris, bahasa Inggeris dan bahasa Inggeris? Tetapi yang
diganggu-gugatnya ialah sains, matematik, teknologi maklumat
dan lain-lain. Kami yang membicarakan dan memperjuangkan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu termasuk bagi bidang sains
dan teknologi juga tidak lupa akan kepentingan penguasaan
bahasa Inggeris. Tetapi hanya sebagai alat atau kemahiran
bahasa untuk memudahkan membuat rujukan dan sebagainya.
Satu lagi perkara penting ialah sejauh manakah pula capaian
soal selidik ini melalui internet di kampung-kampung atau
kawasan pedalaman? Apakah cakupan capaian ini sudah boleh
dipercayai dan kesahannya tinggi lalu dengan mudahnya dibuat
kesimpulan bahawa majoriti rakyat Malaysia bersetuju DLP
dilaksanakan seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Idris Jala
dalam tulisannya dalam Berita Harian bertarikh 9 November
81

Kami Bantah DLP

2015? Begitu mudah kesimpulan dibuat dengan soal-selidik


kira-kira enam soalan yang mengelirukan, berat sebelah, mudah
dimanipulasi dan dalam masa beberapa minggu sahaja, maka
satu keputusan besar pun dibuat sedangkan fasa pemansuhan
PPSMI pun baru sahaja berada di hujungnya. Jelaslah bahawa
soalan selidik melalui internet tersebut diragui akan kesahan
dan kebolehpercayaannya. Pihak tertentu seolah-olah tidak
sabar-sabar lagi untuk mengembalikan PPSMI yang boleh
mengundang pelbagai andaian negatif akibat hasil yang tidak
berbaloi dengan pelaburan yang telah dicurahkan dahulu?.
Masalahnya ialah tentang penguasaan atau kemahiran berbahasa
Inggeris. Lihatlah kurikulumnya, kaedah atau pedagogi, bahan
bantu, tenaga pengajar dan segala yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Bukannya dengan
mengganggu-gugat mata pelajaran lain, apatah lagi meneropong
dan membawa kembali PPSMI yang jelas dibuktikan gagal
dengan kejayaan yang tidak berbaloi iaitu tidak sampai pun 2%
berbanding pelaburan untuknya yang berbilion-bilion. Apabila
hanya majoriti ahli korporat dan pakar ekonomi yang menjadi
anggota PEMANDU bagi membuat keputusan tentang dasar
pendidikan negara, maka bolehkah diandaikan bahawa mereka
telah mengambil kira akan perkara berikut dan tidak berat sebelah
serta sentiasa mengutamakan falsafah pendidikan kebangsaan,
falsafah dan dasar bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan,
bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi, citra dan
jati diri negara, pembinaan negara bangsa dan seumpamanya
yang secara jelas tidak menampakkan langsung unsur-unsur
keberuntungan dari segi kewangan dan material?
Seperkara lagi, suka diperingatkan bahawa perkara dasar
dalam Perlembagaan sebenarnya tidaklah perlu ditanya kepada
orang ramai. Misalnya, kita tidak perlu mendapatkan sokongan
orang ramai melalui internet sama ada mahu dibina masjid atau
tidak di kawasan orang Islam. Kedudukan dan peranan bahasa
Melayu sudah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan
82

Mengapa Kami Bantah Program DLP dan HIP

Persekutuan. Pembinaan negara bangsa dan jati diri negara ini


tidak sama dan tidak boleh disamakan dengan negara lain seperti
England, Amerika, Perancis, Jerman, India, Korea Selatan, China
atau Jepun. Kekuatan sesuatu bahasa hanya terjamin dan wujud
hanya apabila bahasa berkenaan dan dalam konteks negara kita
ialah bahasa Melayu mendukung ilmu dan teknologi. Tidak
wajar bahasa Melayu dihadkan bagi bidang-bidang tertentu
sahaja tetapi bagi bidang sains dan teknologi digunakan bahasa
lain.
Bahasa Melayu sudah terbukti sebagai bahasa ilmu, bahasa
diplomatik dan bahasa perdagangan antarabangsa sejak abad
ke-14 belas lagi dengan penghasilan pelbagai karya antaranya
dalam bidang undang-undang dan pentadbiran, bukannya karya
kesusasteraan sahaja. Malah Tanah Melayu pada masa itu turut
menjadi tumpuan pedagang Eropah, Asia Barat, India dan China
sebagai pasaran global yang menggunakan bahasa Melayu bagi
hubungan diplomatik melalui surat-menyurat berbahasa Melayu
dan bertulisan jawi antara raja-raja dan pembesar Melayu dengan
raja dan pembesar di Eropah.
Anak bangsa Malaysia sebelum era PPSMI (2003-2009),
lebih mudah memahami bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu
seperti dibuktikan selama lebih 20 tahun (1980-2003) dan mereka
tetap cemerlang dalam pelajaran sehingga ke peringkat universiti
dan dalam kerjaya. Lebih lima juta orang pelajar telah menjalani
Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam bahasa Melayu dengan
bilangan pelajar bukan Melayu tetap banyak meraih kejayaan
cemerlang, ijazah kepujian kelas pertama di peringkat universiti.
Pada ketika itu juga ribuan buku rujukan khususnya bagi bidang
sains dan teknologi di universiti berbahasa Inggeris kerana buku
rujukan berbahasa Melayu masih terhad bilangannya. Kini
keadaannya telah berubah. Walaupun masih belum mencukupi
dan perlu diteruskan lagi tetapi jumlah penerbitannya boleh
dibanggakan hasil usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan
Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).
83

Kami Bantah DLP

Dapatan kajian antaranya oleh DBP, Universiti


Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI), Pembina dan lain-lain ketika pelaksanaan PPSMI
pada tahun 2003 hingga 2009 mendapati banyak keciciran
berlaku iaitu lebih daripada 80,000 orang pelajar pelbagai kaum,
yang terbanyak pelajar Melayu. Secara logik dan mudah untuk
difahami, bagaimanakah pelajar hendak memahami kandungan
mata pelajaran tersebut sedangkan bahasa yang digunakan ialah
bahasa Inggeris, bukan bahasa dalam persekitaran kehidupan
seharian mereka?
Bertambah malang lagi didapati juga berlaku kemerosotan
yang ketara kemasukan pelajar bagi jurusan sains khususnya bagi
kelas menengah atas (Tingkatan 4,5 dan 6), matrikulasi, asasi
dan fakulti-fakulti tertentu di universiti seperti farmasi dan
seumpamanya.
Rasionalkah kita mengulang kembali program yang telah
terbukti gagal? Walaupun dengan nama yang lain iaitu DLP dan
HIP tetapi kita tidak dapat menipu bahawa unsur PPSMI ada
di dalamnya, malah lebih dahsyat lagi daripada PPSMI kerana
membabitkan bukan sahaja mata pelajaran berunsur sains dan
matematik tetapi juga sains komputer, teknologi maklumat serta
mata pelajaran ikhtisas seperti ekonomi, pengurusan perniagaan,
perakaunan dan lain-lain. Bagi mata pelajaran asas juga meliputi
matematik, matematik tambahan, fizik, kimia, biologi dan
melibatkan hampir semua mata pelajaran teknikal. Hancurlah
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bagi bidang ini yang pernah
digunakan selama lebih 20 tahun dahulu dengan penuh kejayaan.
Kejayaan bahasa Melayu antara lain boleh dirujuk dalam tulisan
Datuk Dr. Awang Sariyan dalam Ceritera Kejayaan Bahasa
Melayu, terbitan bersama-sama Persatuan Linguistik Malaysia
dan DBP (PLM dan DBP:2002).
PEMANDU, Parent Action Group for Education
Malaysia (PAGE) dan Performance and Delivery Unit (PADU)
84

Mengapa Kami Bantah Program DLP dan HIP

khususnya perlu sedar bahawa pencipta teknologi baharu selama


ini dan sehingga kini adalah negara-negara yang menggunakan
bahasa kebangsaan sendiri seperti England, Amerika Syarikat,
Jerman, Perancis, Rusia, China, Jepun, Korea Selatan dan
lain-lain. Diakui bahawa negara tersebut juga sedar bukan
sahaja akan kepentingan bahasa Inggeris, malah bahasa-bahasa
lain juga tetapi mereka tetap mengajarkan anak bangsa dengan
bahasa kebangsaan sendiri. Belum ada negara yang merdeka
daripada penjajah tetapi terus menggunakan bahasa Inggeris atau
Perancis sebagai bahasa penghantar pendidikan, pentadbiran,
perdagangan dan lain-lain telah mendepani atau mempelopori
penciptaan teknologi mendahului negara-negara seperti Jepun,
Jerman, China dan seumpamanya. Negara tersebut misalnya
di Afrika Tengah dan Selatan, negara kepulauan, Filipina dan
lain-lain.
Pelaksanaan DLP dan HIP akhirnya nanti akan
mengakibatkan antara lain, bahasa Melayu dipinggirkan secara
langsung dan tidak langsung, menjadi bahasa pilihan kedua atau
hanya bagi sekolah di luar bandar sahaja dan sistem pendidikan
kita sendiri menghalalkan wujudnya kasta, antara dua darjat,
dan seterusnya kerana terpesona dan tidak mahu dipinggirkan
daripada arus perdana, tidak mahu menjadi kelas kedua,
bahasa Melayu tidak mustahil akan pupus daripada pilihan
dan juga pupus sebagai bahasa ilmu seperti terbukti akan
nasib bahasa Melayu di negara jiran terdekat kita sendiri iaitu
Singapura. Sejarah dan realiti di Singapura memang sesuai dan
memungkinkan mereka memilih bahasa Inggeris sebagai bahasa
perpaduan dan bahasa penghantar pendidikan. Walaupun
Singapura mempunyai 4 bahasa rasmi iaitu Inggeris, Mandarin,
Melayu dan Tamil tetapi pada hakikatnya kita jelas bahasa
apakah yang dominan di sana dan mengapa. Dengan majoriti
bangsa Tionghua dan minoritinya bangsa Melayu, India dan
bangsa lain, maka kelihatan wajar untuk mengutamakan bahasa
Inggeris di samping Mandarin. Kendatipun begitu kita juga tahu
85

Kami Bantah DLP

bahawa lagu kebangsaan Singapura masih dalam bahasa Melayu


iaitu Majulah Singapura dan arahan kawat bagi angkatan
tentera dan polisnya masih dalam bahasa Melayu dan Perdana
Menterinya masih mewarisi kecekapan berucap dalam bahasa
Melayu. Sudah pasti sejarah, realiti dan jati diri kita tidak sama
dengan Singapura, apatah lagi dengan England, Amerika, India
dan China. Adakah kita juga perlu hanyut tanpa citra dan jati
diri sendiri? Banyak pemimpin dan orang kita menyebut tentang
jati diri, tetapi sedarkah mereka apa maksud jati diri itu atau
sekadar menjadi burung kakak tua yang pandai berkata-kata?
Adakah kita mahu melihat fenomena bahasa Melayu
di negara kita serupa seperti di Singapura? Cukupkah bahasa
Melayu sekadar digunakan dalam arahan kawat anggota RELA,
di pasar ikan, di warung-warung di bawah pokok tetapi di
kompleks mega, di bursa saham, di bank-bank perdagangan,
di hotel-hotel, di bilik pameran BMW, Bentley, Rolls Royce, di
bilik-bilik kuliah universiti, hanya bahasa Inggeris digunakan dan
bahasa Melayu cuma menempel di tepi-tepi longkangnya dalam
perbualan siswa-siswa dari kawasan pedalaman? Kesan PPSMI
yang masih parah bukannya sembuh malah semakin parah dan
berganda! Jika dahulu Portugis dan Belanda menghantar armada
dengan kapal perang, peluru dan meriam untuk menakluk kita,
kini cukuplah menghantar seorang sahaja pelajar (yang belum
tentu niatnya untuk belajar), maka bahasa Melayu akan terbuang
dengan segera dari dewan kuliah di universiti awam kita. Jika kita
ingin mahir berbahasa Jepun misalnya, adakah kita akan belajar
bahasa Jepun atau kita belajar sains dan matematik dalam bahasa
Jepun?
Jika kita terus-terusan mengambil bahasa Inggeris
sebagai bahasa perpaduan atau bahasa penghantar pendidikan,
ini merupakan satu kepelikan dan malang yang seolah-olah
menunjukkan bahawa negara kita seolah-olah baharu wujud
dalam vakum atau kekosongan dan seolah-olah tiada apa-apa
sejarah, sebarang warisan, budaya dan sebagainya sehingga
86

Mengapa Kami Bantah Program DLP dan HIP

terpaksa menjadi umang-umang, meminjam bahasa orang lain


sepenuhnya sebagai bahasa ilmu dan lebih memalukan sebagai
bahasa perpaduan?
Jika begitu keadaannya kita telah tidak berlaku adil
terhadap bahasa Melayu, bahasa rasmi, bahasa kebangsaan negara
kita sendiri yang mempunyai sejarahnya yang panjang sejak
awal abad ketujuh Masihi lagi di kepulauan Melayu ini. Latar
sejarah, budaya, warisan dan jati diri negara kita sesungguhnya
berbeza daripada Singapura dalam banyak hal, apatah lagi negara
lain walaupun mungkin terdapat beberapa persamaan kecil
dengan Pulau Temasik tersebut. Singapura sendiri tidak dapat
memadam sejarah Temasiknya dan hakikat kewujudannya di
tengah-tengah kepulauan Melayu di nusantara sejak sekian
lama ini sehingga mewajarkan Singapura mengabsahkan serta
menerima bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa rasminya
walaupun penggunaannya agak terhad seperti dalam lagu
kebangsaan Majulah Singapura sejak sekian lama dan belum
diubah sehingga kini.
Kita mungkin sukar untuk memutar kembali sejarah,
namun kita tidak boleh dengan mudah menafikan kebaikannya
jika kita mewajibkan satu bahasa penghantar pendidikan sebagai
bahasa perpaduan segala bangsa di Malaysia. Namun secara
tersurat dan tersirat kita tentu maklum akan kelebihan satu
bahasa penghantar pendidikan untuk semua walaupun sentiasa
ada hujah pro dan kontranya terutama jika dilihat dengan kaca
mata emosional dan kepentingan tertentu. Seperti yang pernah
dihujahkan kita tidak boleh menafikan kelebihan satu bahasa
untuk perpaduan khususnya dalam konteks negara kita yang
sehingga hampir 60 tahun merdeka masih lagi berbicara soal
perpaduan yang kadang kala cukup memanaskan dewan yang
dingin sekalipun. Sepatutnya kita berbicara bagaimanakah
untuk menambah lagi kepustakaan ilmu berbahasa Melayu
bagi bidang sains dan teknologi, berapakah dana untuk industri
penterjemahan, apa lagi karya ilmu yang perlu diterjemah
87

Kami Bantah DLP

dan seumpamanya. Bersama-samalah kita merenung sejarah


negara yang hampir enam dekad mencapai kemerdekaan
ini. Kita masih perlu dan tidak habis-habis bercakap tentang
perpaduan, seolah-olah menggambarkan kita belum bersatu
padu sepenuhnya atau perpaduan kita masih rapuh dan boleh
berkecai pada bila-bila masa?
Mungkin ada yang berkata bahawa kita mempunyai
pelbagai bangsa dan kaum. Justeru dengan segala kepelbagaian
dan kerencaman inilah sebenarnya menagih kita untuk bersikap
lebih rasional dan mengutamakan negara dan perpaduan
dengan dasar satu bahasa perpaduan iaitu bahasa Melayu, selari
dengan titah baginda Sultan Johor tempoh hari, dan bukannya
bahasa Inggeris seperti cubaan pihak tertentu yang mengambil
kesempatan, menangguk di air keruh dan memutarbelitkan
atau mengelirukan orang lain pada masa tersebut. PLM
memang menjunjung tinggi titah Baginda Sultan Johor yang
mencadangkan kita mengambil iktibar daripada Singapura yang
berjaya menyatupadukan rakyatnya dengan dasar atau asasnya
satu bahasa sebagai bahasa perpaduan iaitu bahasa Inggeris. Ya,
tentunya bahasa Inggeris dalam konteks Singapura. Tetapi negara
kita Malaysia tidak boleh disamakan dengan Singapura. Titah
Baginda dalam konteks yang asal tentunya tidak wajar dilihat
secara literal, bermaksud kita perlu satu bahasa penghantar,
maksudnya bukan dua, bukan tiga dan tentulah atas faktor
sejarah, warisan, budaya, realiti dan sebagainya bahasa Melayu
yang paling wajar dan sesuai untuk Malaysia kerana kita
bukannya Singapura. Sebagai analogi bodoh bolehkah kita
katakan bahawa kerana banyak orang Jepun memakai kot ketika
berbasikal ke tempat kerja, maka kita juga wajar meniru orang
Jepun dengan memakai kot ketika berbasikal walaupun di bawah
sinaran matahari pagi yang terik untuk ke pejabat?
Bagaimanapun, sistem pendidikan negara kita sudah
direncanakan sedemikian rupa dan kita warisi sehingga kini kerana
tidak menukarnya selepas 10 tahun merdeka seperti perjanjian
88

Mengapa Kami Bantah Program DLP dan HIP

semasa merdeka. Justeru tidak perlulah lagi kita menambah satu


lagi aliran berupa DLP/HIP yang mewujudkan kembali aliran
Inggeris yang bakal menambah kerencaman sedia ada dan sekali
gus berupaya mewujudkan pertembungan menang kalah dengan
aliran kebangsaan yang bukan kerana tidak kukuhnya bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu atau tidak bernilainya ekonomi
bahasa Melayu itu, tetapi lebih kerana pengaruh psikologi dan
imperialisme bahasa Inggeris sedangkan banyak orang tidak
sedar bahawa banyak perkataan dalam bahasa Inggeris itu berasal
daripada bahasa lain khususnya Arab, Perancis, Latin, Belanda,
Seltik, Jerman, Scandinavia, Eropah Timur dan lain-lain.
Sebagai sedikit pencerahan biarlah kita meneliti sedikit
tentang keadaan ekonomi yang turut menjadi salah satu indikator
kemajuan sesebuah negara atau penduduk negara yang masih
terus menggunakan bahasa Inggeris yang kononnya dikatakan
satu-satunya the language of science and technology dan juga
bahasa Perancis (..agaknya the language of Concorde (airoplane)
and bullet train..). Negara-negara seperti Tanzania, Cameroon,
Sierra Leone, Zaire, Habsyah, Congo, Niger, Nigeria, Madagaskar
dan Chad masih menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris
sebagai bahasa utama di samping bahasa sendiri, bahasa Kreol.
Pariti kuasa beli rakyat negara tersebut cuma antara USD500
hingga USD800 dan kadar kemiskinan rakyatnya kira-kira 70%
sementara kadar pengangguran kira-kira 30%. Filipina pula
begitu hebat menggunakan bahasa Inggeris dan kira-kira 86.2
juta rakyatnya dikatakan fasih berbahasa Inggeris berbanding kita
tetapi kira-kira 40% rakyatnya masih hidup dalam kemiskinan
dengan kadar pengangguran kira-kira 11% dan dikatakan
melebihi kadar di negara Indonesia yang berpenduduk sebanyak
kira-kira 240 juta orang dengan kadar kemahiran berbahasa
Inggeris jauh lebih rendah berbanding dengan Filipina.
Merujuk negara-negara di Eropah khususnya yang
menggunakan bahasa sendiri seperti Finland (Bahasa Finnish)
dengan penduduk kira-kira 5 juta orang, pariti kuasa belinya
89

Kami Bantah DLP

sangat tinggi iaitu USD27,300. Sweden pula (Bahasa Swedish)


dengan penduduk kira-kira 9 juta orang pariti kuasa beli
sebanyak USD26,800. Negara Itali (Bahasa Itali) dengan
penduduk sebanyak 58 juta orang mempunyai pariti kuasa
beli sebanyak USD26,800. Negara Jerman (Bahasa Jerman)
mempunyai penduduk sebanyak 83 juta orang dan pariti kuasa
belinya kira-kira USD27,600. Seterusnya negara Perancis
(Bahasa Perancis) dengan penduduk sebanyak 61 juta memiliki
pariti kuasa beli sebanyak USD27,500. Negara Denmark
(Bahasa Denmark) yang kecil dengan penduduk cuma kira-kira
6 juta orang, pariti kuasa belinya USD31,200. Belanda (Bahasa
Belanda) juga tidak ketinggalan, dengan penduduk berjumlah 17
juta orang pariti kuasa belinya ialah USD28,600. Luxembourg
(Bahasa Luxembourgish, dan Bahasa Perancis serta Jerman
kerana etnik utamanya golongan Seltik berketurunan Perancis
dan Jerman) pula mempunyai penduduk kira-kira 500,000
orang sahaja, pariti kuasa beli ialah USD55,100. Austria (Bahasa
Jerman sebab etnik terbesar ialah Jerman iaitu kira-kira 90%)
dengan penduduk lebih 8 juta, pariti kuasa beli ialah USD30,000.
Switzerland (Bahasa Jerman, Perancis, Itali, Romanch kerana
etnik utama ialah Jerman (65%), Perancis (18%), Itali (10%),
Romanch (1%), dengan penduduk sebanyak 8 juta orang, pariti
kuasa beli tinggi iaitu USD32,800.
Norway (Bahasa Norway) dengan penduduk sebanyak 5
juta orang pariti kuasa beli ialah USD37,700. Sepanyol (Bahasa
Sepanyol) mempunyai penduduk sebanyak kira-kira 40 juta
orang mempunyai pariti kuasa beli USD22,000. Belgium (Bahasa
Belanda dan Perancis kerana etnik utamanya ialah keturunan
Belanda dan Perancis) berpenduduk sebanyak 11 juta orang dan
pariti kuasa beli ialah USD29,000. Portugal (Bahasa Portugis)
berpenduduk sebanyak 11 juta orang dan pariti kuasa beli ialah
USD18,000. Di Asia pula, Korea Selatan dengan penduduk
kira-kira 50 juta orang, pariti kuasa beli ialah USD18,000,
manakala Jepun dengan penduduk sebanyak 130 juta orang,
90

Mengapa Kami Bantah Program DLP dan HIP

pariti kuasa beli ialah USD28,000. Manakala Malaysia dengan


penduduk kira-kira 26 juta dan pariti kuasa beli USD10,000
hanya mendahului sedikit daripada Thailand yang berpenduduk
sebanyak 66 juta orang dan pariti kuasa beli sebanyak USD8,000.
Fakta di atas antara lain menjelaskan bahawa menggunakan
bahasa kebangsaan sendiri dalam pendidikan dan pentadbiran
negara tidak memufliskan mana-mana negara atau menyebabkan
negara mundur dari segi pembangunan atau kemajuan. Malaysia
sendiri melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan dalam sistem
pendidikan negara dengan bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar sehingga di peringkat universiti (1983-2003) dan
telah dimanfaatkan oleh lebih 5.5 juta pelajar yang mengisi tenaga
kerja profesional, korporat dan teknokrat negara di samping para
pemimpin sendiri dan akhirnya tidak boleh kita nafikan bahawa
itulah antara penyumbang utama menjadikan negara kita
seperti keadaan sekarang. Pengisian ilmu dan kemajuan telah
merakyat kerana tidak dibolot atau dimonopoli oleh golongan
tertentu sahaja. Kita dapat melihat negara umang-umang yang
berterusan menggunakan bahasa negara maju, sama ada Inggeris
atau Perancis (bekas penjajahnya), bahasa yang kononnya
dianggap bahasa sains dan teknologi tetap tidak maju-maju
sehingga kini atau mendepani kemajuan negara-negara lain
yang menggunakan bahasa sendiri. Bilakah kamu semua akan
insaf wahai semua anglophile? Cukuplah kita terjajah dengan
budaya dan sebagainya, janganlah pula fikiran kita terjajah
dengan menganggap segala yang berbau Inggeris itulah yang
terbaik dan bahasa Melayu itu tidak berpotensi, tidak bernilai
langsung sebagai bahasa ilmu sains dan teknologi, sebagai bahasa
ekonomi dan perdagangan, bahasa perundang-undangan. Bahasa
Melayu hanya sesuai sebagai bahasa di pasar ikan, di pasar tani
dan di pasar malam dan untuk mengajar senaman atau menanam
ubi kayu sahaja? Malang sungguh orang yang berfikiran begitu.
Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka
akan potensi besar bahasa Melayu yang juga merupakan kurniaan
91

Kami Bantah DLP

Allah kepada bangsa Melayu dan umat di nusantara ini. Bahasa


Melayu yang telah berperanan besar di kepulauan di sebelah
timur ini telah mengalami proses perancangan yang sistematik
dengan pengisian sebagai bahasa ilmu dan berkembang dengan
begitu pesat dan boleh dibanggakan dalam tempoh yang singkat,
bermula dengan tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka
pada tahun 1956 dan tentu tidak wajar dibandingkan dengan
perkembangan bahasa Inggeris yang telah mengambil masa
beratus tahun.
Iktibar daripada kemajuan negara-negara yang telah
dinyatakan, sejarah dan warisan serta realiti dan fakta, bahasa
Melayulah dan bukannya bahasa lain yang sepatutnya dijulang
sebagai bahasa bagi membina tamadun ilmu termasuk sains dan
teknologi di negara ini di samping membina jati diri dan negara
bangsa pada masa kini dan bagi generasi masa hadapan. Marilah
bersama-sama kita mengambil pengajaran daripada Surah
Ibrahim ayat ke-4 yang maksudnya: Kami tidak mengutus
seorang rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya
ia dapat memberikan penjelasan dengan terang kepada mereka.
Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan
memberikan petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
Dialah Tuhan Yang Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana.

92

13

ABIM Kecam Usaha Mengembalikan


PPSMI Melalui Pintu Belakang
Muhammad Faisal Abdul Aziz
Setiausaha Agung
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada


laporan yang dibuat oleh Performance Management & Delivery
Unit (PEMANDU) dan Education Performance and Delivery
Unit (PADU) dalam mencari mekanisme untuk memperkasa
penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah.
Antara cadangan yang telah diketengahkan adalah untuk
melaksanakan Program Dwi-Bahasa (DLP) untuk membolehkan
beberapa mata pelajaran diajar dalam bahasa Inggeris bagi
sekolah-sekolah tertentu. Menurut laporan tersebut mata
pelajaran Sains, Matematik, dan Reka Bentuk dan Teknologi/
Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah mata pelajaran
yang wajib untuk diajar menggunakan Bahasa Inggeris.
Menurut laporan tersebut, program DLP tersebut
akan dilaksanakan untuk pelajar Tahun 1 dan Tahun 4 untuk
Sekolah Kebangsaan dan Tingkatan 1 untuk Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) bermula tahun 2016 yang akan melibatkan
300 sekolah rintis.

Kami Bantah DLP

ABIM menegaskan program DLP yang dicadangkan


ini adalah satu usaha terancang untuk mengembalikan dasar
Pembelajaran dan Pengajaran Sains Matematik dan Bahasa
Inggeris (PPSMI) yang terbukti gagal dan terpaksa dimansuhkan
oleh kerajaan secara rasmi pada tahun 2012.
PEMANDU dan PADU adalah badan yang dirujuk serta
dianggap mempunyai autoriti dalam merangka sesebuah dasar.
Justeru sebarang cadangan ataupun dasar yang dikemukakan
akan dijadikan sebagai rujukan ataupun narasumber. Oleh itu
ABIM menuntut pihak PEMANDU dan PADU memastikan
sebarang cadangan yang ingin diutarakan khususnya dalam
bidang pendidikan sejajar dengan dasar Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM). Dalam konteks DLP, PEMANDU dan PADU
WAJIB merujuk dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) sepertimana
yang telah diputuskan semenjak tahun 2009.
Dasar MBMMBI yang diputuskan kerajaan telah
menetapkan kesemua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah
Menengah Kebangsaan akan menggunakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar untuk semua subjek bermula 2016
melainkan pelajar tingkatan enam.
Cadangan yang diutarakan menerusi laporan tersebut
juga seolah-olah bertujuan untuk membezakan kelas golongan
pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) yang akhirnya akan menghasilkan generasi
pelajar yang caca merba terutama dari sudut tahap pemahaman
sesuatu mata pelajaran.
ABIM turut menegaskan pandangan bahawa mata
pelajaran sains dan matematik perlu diajar melalui pengantar
Bahasa Inggeris sudah disangkal oleh banyak kajian ilmiah sama
ada dalam negara mahupun kajian di peringkat antarabangsa.

94

ABIM Kecam Usaha Mengembalikan PPSMI Melalui Pintu Belakang

Selain itu, pemimpin dari kalangan pertubuhan bukan


kerajaan, ahli bahasa dan golongan cendekiawan sebelum
ini telah menegaskan bahawa usaha untuk memperkukuh
penguasaan Bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan tetapi tidak
dengan menggantikan bahasa pengantar dari Bahasa Melayu
kepada Bahasa Inggeris.
Justeru, ABIM menyatakan bahawa masalah kelemahan
penguasaan Bahasa Inggeris bukan terletak kepada faktor bahasa
pengantar yang diguna dalam sistem pendidikan, tetapi ialah
pendekatan pengajaran yang digunakan.
Dalam perkembangan berkaitan, ABIM juga menuntut
semua pihak melihat dasar Memartabatkan Bahasa Melayu
dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) ini
secara menyeluruh yang turut menekankan hasrat besar untuk
memastikan pelajar sekolah menguasai Bahasa Melayu dengan
baik.
Justeru itu, selain memperkukuh bahasa Inggeris,
dasar MBMMBI tersebut perlu melihat keperluan untuk
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi
memastikan bahasa tersebut menjadi bahasa komunikasi, bahasa
ilmu dan bahasa pentadbiran dalam usaha kita membina sebuah
negara bangsa yang kukuh dan bersatu padu.

95

14
Hentikan Program Dwibahasa DLP
Mohammad Fazril bin Mohd Saleh
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk


kepada Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Dato Sri Dr. Khair Mohamad Yusof pada 28 Oktober yang
lalu berjudul Inisiatif Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris
Murid di Bawah PPPM 2013-2025.
Berdasarkan kenyataan media ini, PKPIM mewakili
suara golongan pelajar dan mahasiswa di Malaysia menyatakan
kekesalan kami atas tindakan kerajaan khususnya KPM yang
tidak konsisten dalam menentukan polisi pendidikan anak
bangsa. Isu ini adalah terkait dengan pelaksanaan Program
Dwibahasa (Dual-Language Program) yang merupakan suatu
program pengukuhan Bahasa Inggeris di mana sekolah
diberikan peluang menawarkan pengajaran dan pembelajaran
subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dan Rekabentuk dan Teknologi dalam dua bahasa sama ada
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Program yang telah dinyatakan peruntukan sebanyak
RM 38.5 juta dalam pembentangan BAJET 2016 yang lalu ini
jelas bercanggah dengan keputusan Jemaah Menteri dan KPM

Hentikan Program Dwibahasa DLP

yang telah disepakati pada Julai 2009 untuk memansuhkan


dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara soft-landing dan pada
2010 menetapkan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan
Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI). Kerajaan di bawah
KPM juga telah berjanji untuk memansuhkan PPSMI secara
menyeluruh dan dilakukan berperingkat-peringkat bermula
2011 sehingga tahun 2021.
Malang sekali, atas nama MBMMBI, program mirip
PPSMI dilaksanakan semula atas jenama baharu Dual
Language Program yang memang menumpukan pengajaran
dan pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik (STEM) dalam bahasa Inggeris. Apa sebenarnya
kehendak KPM ini? KPM sudahpun membuat keputusan untuk
memansuhkan dasar PPSMI tetapi belum sempat pemansuhan
selesai sudahpun dimulakan kembali program yang serupa?
Sebagai generasi muda yang peduli dengan masa depan
generasi kami, kami mendesak KPM segera menghentikan
projek DLP ini. Kami meragui niat murni kerajaan yang
menjustifikasikan program ini dengan pelaksanaan anjakan 9
PPPM tentang penglibatan golongan pemegang taruh dalam
pendidikan. PKPIM langsung tidak dirujuk atau diminta
pendapat dalam isu ini sedangkan kami adalah salah sebuah
pertubuhan pelajar peringkat nasional yang mewakili suara dan
kepentingan pelajar di Malaysia.
Menurut maklumat yang kami terima, DLP diabsahkan
dengan kajian PEMANDU tentang dasar bahasa dalam sistem
pendidikan negara dan keperluan semasa bagi mempersiap
generasi pelajar mendepani dunia global. Tanpa menafikan
kepentingan Bahasa Inggeris dan keperluan menguasainya, kami
katakan hujah-hujah PEMANDU tidak jauh berbeza dengan
hujan-hujah para pendokong PPSMI. Lebih mengecewakan lagi,

97

Kami Bantah DLP

apabila projek DLP yang diumumkan ini hanyalah mengulang


skrip sama PPSMI, cuma dicanangkan dengan jenama baharu
sahaja.
Oleh yang demikian, dalam mendapatkan penjelasan
berhubung isu ini, kami menuntut KPM memberikan penjelasan
tentang beberapa perkara berhubung pelaksanaan DLP:
1. Adakah KPM berniat mengembalikan semula dasar
PPSMI dengan jenama baharu? Adakah KPM khianat
kepada janji memansuhkan PPSMI?
2. Tiga syarat ditetapkan untuk DLP boleh dilaksanakan
di sekolah-sekolah iaitu sumber yang mencukupi,
kesediaan guru dan sokongan daripada ibu bapa.
Sila perincikan tiga syarat ini dengan mengeluarkan
data-data berkaitan sumber yang diperlukan dan kondisi
kesediaan guru yang bagaimana diperlukan.
3. Menurut KPM, 300 buah sekolah rintis telah dikenal
pasti untuk memulakan program ini (termasuk
High-Immersive Program - HIP). Bagaimana 300 buah
sekolah rintis ini dikenal pasti? Apa kriterianya? KPM
harus keluarkan senarai 300 buah sekolah ini dan pihak
kami akan selidiki guru besar dan pengetuanya.
4. Sejauh mana campur tangan PEMANDU dalam
agenda baharu DLP ini? Di manakah prinsip dan hak
membuat keputusan oleh KPM dalam isu berkaitan
pendidikan anak bangsa? Jika begitu, baik Menteri dan
Ketua Pengarah KPM mengundurkan diri dan beri
ruang kepada PEMANDU meneraju pendidikan anak
bangsa Malaysia.
5. Dalam hiruk-pikuk skandal nasional politik dan
ekonomi di Malaysia, kami ingin bertanya bagaimanakah

98

Hentikan Program Dwibahasa DLP

unjuran perbelanjaan peruntukan RM 38.5 Juta untuk


projek ini?
PKPIM mengharapkan agar KPM bersikap telus dalam isu ini.
Bukan niat kami untuk membangkang projek kerajaan, tetapi
kegusaran kami adalah berasas demi kepentingan anak bangsa
Malaysia yang dicintai. Kami menanti jawapan daripada Menteri
Pendidikan dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Tuntasnya,
kami tidak akan sama sekali bersetuju dengan agenda DLP ini dan
mohon kerajaan hentikan tindakan menjadikan pelajar-pelajar
kita sebagai tikus makmal.

99

15

Perpaduan Melalui Pemisahan:


Bahasa Melayu 2016
SN Muhammad Haji Salleh

Sudah pun dikenal ramai: Bahasa ialah khazanah suatu bangsanya


yang paling tua. Bahasa ini tercipta oleh moyang sesuatu bangsa,
dan dibina kata demi kata, frasa dan ungkapan, oleh leluhur lelaki
dan perempuan, moyang nelayan dan petani, moyang peramu
di hutan dan juga moyang di rumah yang mengasuh anak dan
memasak di tanah.
Selama ribuan tahun bahasa ini berkembang, sedikit demi
sedikit. Kini bahasa ini sudah menjadi bahasa keempat terbesar
di dunia dan digunakan serta diiktiraf sebagai bahasa yang
canggih oleh tidak kurang daripada 300, 000,000 manusia di
beberapa buah negara, terutama di Asia Tenggara. Sementara itu
bahasa ini juga sudah dijadikan bahasa kebangsaan di 4 buah
negara dan sebagai alatan pengajaran yang utama di sekolah dan
universiti. Maka selama 50 tahun lebih bahasa ini dibina dan
dijadikan bahasa ilmu dan penyelidikan. Untuk bidang agama
Hindu, Budha dan Islam usianya mendekati di antara 15002000 tahun, suatu jangka waktu yang panjang.

Perpaduan Melalui Pemisahan: Bahasa Melayu 2016

Tapi pada bulan November 2015 kita dikejutkan bahawa


akan ada suatu cabang baharu kepada sistem pendidikan
kebangsaan yang kita anggap sudah mantap setelah 58 tahun
merdeka. Yang ingin diperkenalkan itu ialah sesuatu yang
tidak baru, suatu aliran yang telah pun kita tinggalkan lebih
50 tahun yang lalu, kerana dianggap sebagai melawan jati diri
dan meniadakan bahasa Melayu yang tua itu. Aliran baru ini
berteraskan bahasa Inggeris yang mengajar pelajarnya dalam
bahasa itu. Suatu lagi cadangan ialah apa yang dikenali sebagai
`Immersion Program yang juga tiada penerangan atau pemerian.
Walaupun penerangan yang jelas belum ada tetapi dananya
sudah diperuntukkan dalam Belanjawan 2016. Kesimpulan kita
ialah bahawa dengan dana, (dan kita faham bahawa negara ini
tidak bergerak dengan kesedaran sejarah, kebanggaan bangsa
atau jati diri, tetapi dengan wang) maka dengan peruntukan
rancangan yang tidak pasti bentuknya akan dimulakan dan aliran
kebangsaan yang sudah pun digandakan dengan bahas Cina
akan seterusnya ditigakan dengan bahasa Inggeris. Nampaknya
negara mencari perpaduan dengan membahagi-bahagikan aliran
dan Bahasa anak-anaknya. Kesimpulan yang dibuat tanpa ahli
bahasa dan pendidikan secara meluas dan saksama ialah bahawa
bahasa Melayu tidak dapat menyatupadukan warga Negara
Malaysia. Oleh itu ditambahlah Inggeris kepada bahasa yang
ada untuk mencapai perpaduan. Pada dasarnya logika ini tidak
dapat diterima akal sihat. Tambahan pula kita sudah saksikan
bahawa pelajar-pelajar beraliran kebangsaan dan Cina sangat
berlainan peribadi serta nilainya. Budaya yang dikandungi dua
bahasa itu sangat berlainan. Saya rasa bukanlah suatu budaya
kebangsaan bersama yang dituju pendidikan aliran Cina atau
Inggeris. Di sebaliknya, untuk membina suatu bangsa yang
berpadu malah suatu sistem tunggal harus di wujudkan, supaya
pelajar dapat belajar dalam sekolah-sekolah yang sama konsep
dan praktik pendidikannya. Inilah yang kita lihat di Indonesia,
di Thailand, Vietnam dan ratusan negara yang lain. Yang tunggal
101

Kami Bantah DLP

itu menyatukan, yang berbeza itu memisahkan. Dan dalam


keadaan di mana baru-baru ini terjadi peristiwa dan perbalahan
berdasarkan ras kita malah perlu mencari jalan tunggal untuk
membina bangsa Malaysia yang tunggal pula.
Kita bertanya: Mengapakah perlu diwujudkan suatu
rancangan baru setelah sekitar 50 tahun sistem kebangsaan kita
mulakan? Dari jauh, kita dengar sebab kononnya dibuat suatu
kajian (yang agak senyap-senyap) dan dengan cepat membuat
kesimpulan bahawa ibu bapa di negara ini inginkan aliran bahasa
Inggeris sebagai satu lagi bahasa pengantar. Kajian itu tidak
diserahkan kepada penyelidik di bidang ini untuk diteliti, tetapi
dimajukan terus kepada kerajaan. Kajian yang tidak berjejak
kepada persampelan yang luas, yang seharusnya mengambil
kira pelajar di Limbang, Pulau Batik, Weston, Machang dan
Bera, tidak dapat dijadikan dasar untuk merancang masa depan
pendidikan kebangsaan kita. Tambahan pula, telah ada kajian
yang meluas, dan mengambil kira kepentingan pelajar-pelajar di
pedalaman dan di kota, yang menunjukkan bahawa kebanyakan
rakyat sudah bersetuju dengan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar sistem pendidikan kita, termasuk untuk bidang
sains dan matematik. Dan ditunjukkan juga oleh suatu kajian
lainnya, apabila bahasa Melayu digantikan dengan Inggeris
dalam dua bidang ini, maka dengan serta merta pemahaman
menjunam jatuh, dan penguasaan ilmu dalam dua bidang dalam
sama menderita. Sebabnya tidak susah untuk dimengertikan untuk belajar Matematik dan Sains kita perlukan bahasa yang
kita fahami dengan baik. Sekiranya kita harus belajar sesuatu
bahasa baru (dan yang rumit dan asing pula) serta memahaminya
dulu, maka harapan untuk mendapatkan ilmu ini sangat agak
tipis. Bahasa baru ini perlu dikuasai dulu dan akan mengambil
beberapa tahun. Sementara itu kita sudah pun punyai bahasa
ibunda dan kebangsaan yang dikuasai dan dikenal baik. Kita
selalu diingatkan oleh dapatan UNESCO: bahasa yang paling
baik dan efisien untuk mendapatkan ilmu ialah bahasa ibunda.
102

Perpaduan Melalui Pemisahan: Bahasa Melayu 2016

Sangat masuk akal. Tetapi tidak masuk akal kepada mereka yang
mencadangkan suatu bahasa asing yang lain lagi.
***
Mengadakan dua atau tiga aliran ialah membagikan bangsa
seperti yang dilakukan sekarang. Tujuan kita yang selama untuk
menyatupadukan bangsa Malaysia tidak mungkin tercapai
dengan membahagikannya. Sudahlah politik kita berdasarkan ras,
pendidikan kita juga sudah lama mempraktikkan pembahagian
begini. Dengan menambahkan lagi perbezaan dan jurusan maka
inilah resipi untuk perbalahan.
Kita cukup sedih dan cuba menerka motif pencadang
aliran baru ini. Kita bertanya apakah pencadangnya faham akan
makna dan kesan kebangsaan terhadap apa yang dicadangkan
itu? Apakah mereka pernah merasakan bahawa sebuah negara
itu wajib mempunyai sebuah jati diri tunggal yang dikongsikan
oleh semua bangsa dan suku dalam negara itu? Apakah dengan
menambah aliran bahasa Inggeris maka pelajar-pelajar akan nanti
bergabung sebagai warga yang bersatu padu? Apakah mereka
mengerti bahawa bahasa Melayu itu tumbuh di Nusantara ini
dan melukis jiwa, nilai dan falsafah manusia di sini? Pernahkah
mereka melihat sejarah panjang bahasa Melayu sebagai lingua
franca yang tua yang digunakan selama beribu tahun? Dan
apakah mereka maklum hakikat bahawa bahasa Melayu ialah
bahasa keempat terbesar di dunia?
***
Beberapa tahun yang lalu oleh sebab nyamuk seekor, kelambu
hendak dibakar, kini kerana nyamuk yang seekor itu juga maka
kampung dan negeri hendak dimusnahkan.
Masalahnya ialah nyamuk seekor ini. Sebenarnyalah kita
tidak berjaya membunuhnya, dan kini kita biarkan masa depan
bahasa dan perpaduan kita dibunuh.
103

Kami Bantah DLP

Nyamuk ini ialah kegagalan kita mengajar bahasa Inggeris


di sekolah dan universiti dengan baik dan berjaya. Hingga hari
ini kita tidak berjaya berbuat demikian. Baiklah kita perhatikan
nyamuk ini.
Saya daripada aliran Inggeris, dan bersetuju bahawa pelajar
harus mengusai bahasa antarabangsa ini. Tapi bahasa kebangsaan
ialah bahasa kita dan wajib menjadi bahasa pendidikan dan
penyatu negara.
Sekiranya kita tidak berjaya mengajar bahasa Inggeris,
banyak negara lain yang sudah pun lama menghasilkan pelajar
yang dapat bercakap dan menulis dalam bahasa itu. Ke sanalah
kita harus carikan contohnya. Kita terlalu melihat ke Singapura.
Singapura ialah negara baru dan negara peniaga. Sejarah, saiz,
kepentingannya sangat berlainan. Malaysia pula ialah sebuah
Negara yang bersejarah panjang, yang mempunyai budayanya
sendiri dan yang ingin dikembangkan untuk masa depan
bersama. Daripada suatu bahasa yang tunggal kita akan dapat
suatu jati diri bersama, yang unik, dan dari jati diri akan muncul
kebanggaan dan maruah bangsa, di depan bangsa-bangsa lainnya.
Bahasa Inggeris membina bangsa Inggeris, seperti juga
bahasa Jepun membina bangsa Jepun. Dan bahasa Melayu yang
menjadi bahasa kebangsaan Malaysia akan membina bangsa
Malaysia. Hidung kita berbentuk lain dan kulit kita juga lain
warnanya. Nilai kita disimpan dalam konsep budi bahasa dan
kemampuan merasakan masalah dan serta keperluan orang lain.
Persaingan sengit bukanlah ciri budaya kita. Kita cukup bahagia
dengan berkongsi cara dan tujuan bersama.
Ramai orang tidak sedar bahawa bahasalah yang
membentuk cara kita berlagak, memberi rupa kepada adat
istiadat dan malah keseluruhan kehidupan. Konsep-konsep
seperti terhutang budi, budi bahasa terletak kepada istilah dan

104

Perpaduan Melalui Pemisahan: Bahasa Melayu 2016

dalam bingkai maknanya. Dan kita pun berfikir dalam bingkai


itu. Bahasa itu kita sendiri. Kalau kita buangkan Bahasa ini
bermakna kita tidak sayangkan diri.
Tentang menyayangi bahasa Abdullah Munsyi, seorang
pengarang dan pemikir yang bukan pun berdarah Melayu,
berkata, dalam pengenalan kepada Sejarah Melayu yang dieditnya
jikalau engkau belajar akan kitab ini sampai engkau faham
sekali akan bahasanya dan ertinya ... engkau telah pandai akan
bahasanya ... barang siapa yang tiada mengendahkan bahasanya
seperti kelakuan orang Melayu itu, maka itulah tinggal dalam
bodoh dan menjadi bangsa yang kecil adanya. Maka jikalau
engkau hendak mengetahui akan sebabnya barang siapa yang
membuangkan bahasanya itu maka akan menjadi bangsa kecil
dan hina, maka inilah sebabnya. Karya ini dianggap sebagai
membawakan contoh-contoh bahasa yang halus, tepat dan indah.

105

16

Bahasa Melayu Sekali Lagi


Terumbang-Ambing
SN Baha Zain

Apabila hendak meninggalkan tahun 2015 untuk menemui


tahun baharu 2016, sekali lagi kedudukan dan peranan BM
dipermasalahkan. Aneh betul. Di buminya sendiri ia ditolak ke
sana sini seperti bahan permainan. Kita sepatutnya senantiasa
ghairah dan optimis terhadap perkembangan BM atau bahasa
kebangsaan (BK) di mana ia telah berakar sejak ribuan tahun
dahulu, dan ditindas oleh penjajah selama 400 tahun. Hanya
apabila merdeka baru ia dapat digerakkan semula untuk berfungsi
sebagai bahasa pengucapan modern, tetapi sekali lagi menerima
kecelakaan; dan kali ini di tangan pemimpinnya sendiri.
Apakah akar sejarah BM serta tradisinya diremehkan, dan
visi masa depannya dicabar sekali lagi oleh beberapa orang tokoh
pedagang, kelompok elit yang bersekongkol dengan sejumlah
birokrat awam dan pemimpin politik?
Beginikah caranya bangsa-bangsa yang maju teknologi
serta ekonominya (Jepun, China, Korea, Jerman, Norway,
Sweden, Denmark dan Perancis misalnya) memetai kemajuan
teknologi dan ekonominya, iaitu dengan merendahkan peranan
bahasa ibunda di negaranya?

Bahasa Melayu Sekali Lagi Terumbang-Ambing

Bagaimana mungkin kita tidak bersikap kecewa serta


sangsi apabila pada 7 September 2015 yang lalu akhbar The
Star menyiarkan berita tentang PEMANDU (Performance
Management and Development Unit) di bawah Jabatan
Perdana Menteri, sedang melakukan soal selidik dalam talian
tentang proficiency , iaitu kemahiran berbahasa Inggeris. Tujuh
soalan yang dikemukakan oleh PEMANDU kepada pembaca
seolah-olah memancing anggota masyarakat, terutama para
Anglophile (orang yang kagum terhadap bahasa, gaya hidup
dan budaya Inggeris) mengulangi tuntutan supaya pembelajaran
dan pengajaran mata pelajaran di sekolah (seperti Sains dan
Matematik) dilaksanakan dalam bahasa Inggeris.
Cuba imbas kembali kontroversi PPSMI (Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris)
yang dipaksakan oleh kerajaan pada 2003. Dasar tersebut telah
ditentang hebat oleh kaum penulis, ahli pendidik, guru, ilmuwan
dan mahasiswa sehingga digugurkan. Nah! akhir-akhir ini hal
yang serupa dihidupkan semula dalam bentuk yang lebih lunak,
tetapi akibatnya berkemungkinan lebih murasakkan.
Salah satu soalan yang nampak mesra dan jujur
dikemukakan oleh PEMANDU, tetapi sedikit dungu dan
mengandungi muslihat, ialah kira-kira begini terjemahannya:
Apakah saudara fikir menggunakan bahasa Inggeris
dalam sabjek lain mengurangi kepentingan Bahasa Malaysia
sebagai bahasa kebangsaan?
Jawabnya mudah sahaja: memang mengurangi
kepentingan bahasa kebangsaan apabila BM itu tidak digunakan
dalam semua sabjek untuk mendidik kepandaian dan watak
generasi muda, sesuai dengan martabat bahasa Melayu (BM)
yang sudah termaktub dengan jelas sebagai BK dan bahasa rasmi
dalam Perlembagaan Malaysia. Dengan status rasmi itu, BM
sewajarnya digunakan dalam sistem pendidikan negara kecuali
sabjek Bahasa Inggeris atau bahasa ibunda yang lain. Kalau tidak
107

Kami Bantah DLP

apakah maknanya BM itu menjadi BK dan bahasa rasmi dalam


Perlembagaan Malaysia
BM malah harus diperkasa dan diperkayakan dari waktu
ke waktu supaya menjadi kemaskini selalu untuk menyampaikan
apa jua disiplin ilmu pengetahuan seraya mendidik akhlak, akal
budi dan watak generasi muda yang bakal mengurus negara dan
memimpin bangsa.
Pendidikan di sekolah itu bukan sekadar untuk mengajar
anak-anak supaya pandai mengira bilah mancis api, dan
kemudian pandai menghitung wang ringgit apabila bekerja atau
menjadi kaya raya. Pendidikan adalah proses membina anak
bangsa supaya bijak membaca, menulis, bertutur dan mengira;
berakhlak, berakal budi, dan memperjuangkan kedaulatan
perlembagaan, cita-cita kebangsaan serta tanah airnya. Bukan
untuk tujuan sandang pangan, status dan gengsi, darjat dan
kemewahan kelas-kelas tertentu atau individu-individu terpilih
sahaja. Hasil daripada sekalian pendidikan sekolah itu akan
membezakan watak serta keperibadian warga negara Malaysia
daripada warga negara lain.
Apakah BM sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi hanya simbol dan hiasan perlembagaan sahaja? Jadi apa
muslihatnya mengemukakan soalan di atas kepada pembaca
dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris?
Jikalau BM tidak digunakan secara meluas dalam
pendidikan mata pelajaran penting seperti Sains dan
Matematik di sekolah rendah dan menengah, bererti BM akan
sukar digunakan untuk mengajar puluhan sabjek lain yang
berasaskan sains dan matematik (kimia, fizik, biologi, teknologi,
kejuruteraan, ekonomi, perakaunan, statistik, astronomi, seni
bina, geografi, dan puluhan lain lagi). Akibat selanjutnya BM
tidak akan berkembang maju sebagai bahasa ilmu pengetahuan
di peringkat tinggi walaupun diucapkan oleh 30 juta penduduk.
108

Bahasa Melayu Sekali Lagi Terumbang-Ambing

Demikianlah yang terjadi pada banyak bahasa etnik atau


suku bangsa Indonesia seperti bahasa Bali, Aceh, Sunda, dan
Jawa, kerana tidak digunakan seluas-luasnya bagi mengajar ilmu
pengetahuan di sekolah walaupun ada puluhan atau ratusan juta
penuturnya setiap hari. Bahasa nasionalnya, Bahasa Indonesia,
menjadi bahasa pengantar pendidikan serta ilmu, dan bahasa
pemersatuan bagi 17,000 pulau dan aneka rupa suku bangsanya.
Bahasa-bahasa sukuan seperti bahasa Bali dan bahasa Aceh itu
hidup terbatas di daerah masing-masing sahaja.
Sesiapa yang berfikir tentu boleh faham tentang
implikasinya, apatah lagi orang yang berpelajaran kecuali
pertanyaan di atas sengaja hendak memancing jawapan tertentu
yang dicari-cari bagi menghalalkan program pendidikan dalam
bahasa Inggeris.
Dalam kata lain kita seolah-olah secara halus mahu
meminggirkan BM; menjadikannya hidup segan, mati tak mahu
kalaupun tidak berniat untuk membunuhnya. Entah siapa
pernah berkata: Kalau mahu membunuh sesuatu bangsa itu
bunuhlah bahasanya terlebih dahulu.
Kesangsian dan kebimbangan yang terbit daripada
soal-selidik PEMANDU itu betul-betul menjadi kenyataan
apabila YAB Perdana Menteri pula, dua minggu selepas itu,
mengumumkan dalam ucapan Bajet 2016 bahawa kerajaan
akan memperkenalkan Program Imersif Tinggi atau HIP (Highly
Immersive Program) dan Program Dwi-Bahasa (Dual Language
Program) bagi kepentingan kecekapan berbahasa Inggeris dan
berbahasa Melayu. Apakah maknanya HIP itu; dan bagaimana
menerapkannya? Barangkali guru-guru dan pemimpin politik
sahaja yang lebih mengetahuinya.
Program Dwi Bahasa pula membolehkan sekolah-sekolah
dan ibu bapa memilih bahasa apa yang hendak digunakan di
sekolah. Dalam kata lain BM tidaklah mesti menjadi bahasa
pengantar wajib bagi semua sabjek di sekolah tertentu kecuali
sabjek BM sendiri dan sejumlah yang lain.
109

Kami Bantah DLP

Kalau sudah begitu tentu sekali sekolah-sekolah, terutama


di bandar di mana ramai dihuni oleh golongan menengah,
elit dan masyarakat bukan Melayu, terutama Anglophile atau
pengagum tegar bahasa Inggeris, akan menolak BM sebagai
bahasa pengantar (terutama dalam Sains dan Matematik) seperti
yang dikempenkan oleh sejumlah kelas menengah dan elit bandar
sejak kontroversi PPSMI pada awal 20-an.
Mereka ini tidak berhenti-henti bersuara dan
mempengaruhi tokoh-tokoh kenamaan, pedagang kapitalis, dan
pegawai tinggi kerajaan supaya bahasa Inggeris menjadi bahasa
pengantar bagi anak-anak mereka kerana tidak percaya kepada
BM.
Bayangkan apa akan wujud dalam sistem pendidikan
kebangsaan di tanah air kita ini apabila dasar baharu (Program
Dwi-bahasa) dilaksanakan. Sudahlah kita ada sekolah kebangsaan,
dan sekolah jenis kebangsaan di samping yang swasta di negara ini,
nanti akan ada pula dua jenis atau aliran di sekolah kebangsaan
dalam sistem pelajaran kebangsaan itu sendiri.
Nasihat apakah yang diberikan oleh PEMANDU dan
rakan sekutunya PADU (Education Performance and Delivery
Unit) kepada Perdana Menteri tentang hala tuju pendidikan yang
harus dilalui bagi menjayakan Program Transformasi Ekonomi?
Apakah salah satu caranya ialah dengan menggeser status quo
BM untuk memberi ruang lebih besar kepada bahasa Inggeris?
Memang boleh dibuat kalau pemimpin kerajaan Barisan Nasional
memutuskannya, tetapi kurang masuk akal dan tidak bijaksana.
Warga negara Malaysia yang waras otaknya, berpandangan
jauh tentang usaha memajukan ekonomi seraya membentuk
keperibadian bangsa, dan perpaduan generasi akan datang,
tidak menentang kecekapan atau profisensi berbahasa Inggeris.
Malahan mahir berbahasa asing lain pun (Arab, Mandarin,
Perancis atau Jerman misalnya) patut digalakkan andainya
pelajar mampu dan mendapat peluang, tetapi bukan sampai
110

Bahasa Melayu Sekali Lagi Terumbang-Ambing

mengucilkan kedudukan penting BM dalam mata pelajaran


utama dalam sistem pendidikan negara.
Mengapa setiap kali bercakap tentang kepentingan industri
perkhidmatan bagi kemajuan ekonomi; pengangguran graduan;
kecekapan modal insan; kelemahan pegawai berkomunikasi
dalam bahasa Inggeris, dan kekurangan produktiviti dan
pendapatan yang rendah, maka BM dipersalahkan lalu sekali lagi
mahu dihukum dan dikurangi peranan dan statusnya di sekolah?
Kenapa tidak persalahkan kegagalan kita berikhtiar
memberikan jawapan yang tepat, berkesan serta tuntas terhadap
pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua selama sebelas tahun diajar di sekolah kalau kita percaya
bahawa bahasa Inggeris itu adalah lampu Aladin ajaib yang
mampu memenuhi segala keinginan yang muluk-muluk?
Di negara maju yang manakah yang mengajar bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua sejak tahun satu sehingga tamat
sekolah menengah? Di negara manakah yang mengajar setengah
sabjek dalam bahasa rasmi atau kebangsaan, dan setengah lagi
dalam bahasa Inggeris? Negara manakah yang memberi kebebasan
kepada sekolah kerajaan untuk memilih bahasa apa yang ibu bapa
suka sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran penting
seperti Matematik dan Sains? Pertanyaan-pertanyaan ini penting
untuk kita membanding dan mempelajari kejayaan sesebuah
negara.
Pengkritik Program Dwi-Bahasa bukanlah Anglofobia
(anti bahasa Inggeris), malah menerima baik usaha-usaha
untuk memperhebat kemahiran mendengar, membaca, bertutur,
menulis dan menterjemah dalam bahasa Inggeris. Tak ada masalah
dalam hal ini. Silakan ajar anak-anak kita biar pintar dan fasih
menggunakan bahasa Inggeris, tetapi bukan sampai mengurangi
peranan serta status quo BM vis--vis bahasa Inggeris dalam
sistem pendidikan kebangsaan.
111

Kami Bantah DLP

Kedaulatan BM dan pendidikan dalam BM ini sudah


menjadi sebahagian daripada cita-cita perjuangan kemerdekaan
para nasionalis sejak zaman penjajahan Inggeris. Apakah rakyat
yang sudah dimerdekakan; menjadi kelas menengah yang
senang lenang hari ini bertukar menjadi sombong bagai kacang
yang lupakan kulit; dan memandang rendah terhadap warisan
bangsanya? Apakah Husin Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun
Razak, Tun Ismail dan puluhan pemimpin UMNO, PAS, dan
Sosialis dahulu memperjuangkan kemerdekaan tanpa bercita-cita
memerdekakan BM?
Ketaksuban terhadap bahasa Inggeris mengelirukan akal
sihat kita untuk berfikir secara waras. Apakah bahasa Inggeris
menjamin segala-galanya tentang kesejahteraan hidup individu,
rakyat dan bangsa; tentang daya kreativiti dan inovasi, malah
tentang akhlak, watak dan kebijaksanaan manusia?
Ingatilah kembali peristiwa skandal kewangan terbesar
yang mula-mula melanda negara ini pada awal 80-an sehingga
mengorbankan nyawa seorang pegawai bank yang tidak berdosa?
Bukankah peristiwa busuk itu melibatkan professional dan
tokoh-tokoh korporat yang berpelajaran tinggi dalam bahasa
Inggeris, dan cukup petah berbahasa Inggeris?
Kita tak rela lagi melihat BM itu hidup sebagai lambang
kemegahan di mulut sahaja tetapi tidak digunakan oleh
tokoh-tokoh korporat, politik, elit dan kelas menengah terutama
pada waktu dan tempat-tempat yang rasmi, apatah lagi dalam
institusi pendidikan kebangsaan. Bahasa Kebangsaan bukan hanya
untuk berkomunikasi di pasar-pasar tani, di warung-warung tepi
jalan atau untuk kempen politik sewaktu datang pilihan raya.
Apakah susah sangat memahami hal ini atau fikiran mereka
sudah sangat tertawan sehingga terperangkap dengan sikap
mental sempit dan tohor bahawa bahasa Inggeris itu kunci emas
bagi menentukan segala kejayaan, kecemerlangan dan maruah
112

Bahasa Melayu Sekali Lagi Terumbang-Ambing

seseorang atau sesuatu negara bangsa? Minda yang tertawan ini


adalah saki baki daripada beban sejarah yang dipikulkan oleh
penjajah Inggeris ke dalam rohani dan fikiran bangsa kita sejak
bertahun-tahun lamanya sehingga sangat sukar dikikis.
Seseorang individu misalnya mungkin nampak moden,
hebat dengan kedudukan rasmi serta deretan titel di depan
atau di belakang namanya, tetapi belum tentu dia seorang
yang berfikiran maju atau visionary sehingga bertindak secara
mekanikal apabila diarah oleh atasannya.
Kemahiran pelbagai bahasa memang aset besar, tetapi
sekali lagi janganlah sampai mengucilkan kedudukan BM sebagai
bahasa ilmu. Malahan PEMANDU dalam perancangannya
untuk melakukan transformasi Malaysia patut merangka strategi
baru bagaimana memperkasa BM sebagai sebahagian yang
penting dalam kehidupan birokrasi awam, kebudayaan, ekonomi
dan transformasi Malaysia.
Transformasi dan ekonomi negara itu untuk apa kalau
tidak untuk martabat kehidupan jasmani, rohani, nilai-nilai
baik kebudayaan dan keperibadian manusianya? Membina
jambatan pun adalah bertujuan untuk kepentingan lalu lintas
dan kemudahan manusia. Apatah lagi sesuatu gagasan dan dasar
yang melibatkan ratusan ribu pelajar setiap tahun dengan kesan
kemasyarakatan yang berpuluhan tahun lamanya.
Kesan dan dampak transformasi terhadap keseluruhan
kesejahteraan sosial dan nilai-nilai budaya dan warisan harus
diperhitungkan sekali bersama-sama penambahan wang dalam
saku dan kantung negara sebagai ukuran darjat rakyat dan
sesuatu bangsa.
Sekalian persoalan tentang buruk baik peranan bahasa
Inggeris dan BM telah diperdebatkan sewaktu PPSMI dipaksakan
pada 2003 dahulu sehingga orang berarak menunjuk perasaan di
atas jalan raya. Kenapa kali ini hal yang serupa dibangkitkan lagi?
113

Kami Bantah DLP

Apakah ada muslihat keuntungan perniagaan bagi puak-puak


tertentu atau untuk faedah politik di sebaliknya, yakni untuk
menarik undi popular di kawasan-kawasan bandar dan pinggir
bandar?
Politik bukan segala-galanya, dan rakyat biasa ingin hidup
aman tenteram, dan sangat ingin melihat dengan jelas ke mana
hendak kita tuju. Janganlah bermain banyak sangat dengan
politik kalau kita ingin rakyat produktif dalam kehidupan
normalnya setiap hari.
Dasar pendidikan dan bahasa yang lebih bertujuan
kepentingan ekonomi, dan tidak memperhitungkan kesan-kesan
buruk baiknya terhadap nilai-nilai budaya, kemasyarakatan
dan nilai-nilai kemanusiaan hanya memperlihatkan betapa
sikap mental yang materialistik telah mendominasi orientasi
tindakan pemimpin-pemimpin birokrasi di negara ini. Mereka
terlalu melihat kepada angka-angka statistik dan data dalam
penyelidikan di bilik-bilik selesa berhawa dingin, tetapi hilang
sentuhan dengan pemikiran, perasaan dan hasrat rakyat apabila
membuat tafsiran lalu memandai-mandai menentukan apa yang
sebaiknya untuk rakyat. Kenapa sewaktu merangka DLP itu
pihak-pihak yang berkepentingan seperti Dewan Bahasa dan
Pustaka dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan tidak
ditinjau pendapat serta pendiriannya?
Pertanyaan selainnya ialah apakah usaha-usaha untuk
meningkatkan proficiency dalam bahasa Inggeris, terutamanya
di sekolah, sudah habis diikhtiarkan sekalian pendekatan dan
caranya dalam pelbagai kegiatan persekolahan yang menjengkau
selama sebelas tahun dari sekolah rendah ke menengah atas?
Perlulah juga diinsafi sedalam-dalamnya bahawa
kemahiran berbahasa Inggeris itu memang sangat membantu
kalau mahu menimba ilmu pengetahuan, baik secara formal atau
tidak formal, dan berkomunikasi di kalangan antarabangsa, tetapi
tidaklah pula bermakna ia syarat mutlak, mahu tidak mahu,
114

Bahasa Melayu Sekali Lagi Terumbang-Ambing

untuk individu atau bangsa menjadi kaya raya, berilmu, kreatif


dan inovatif, bijaksana dan terhormat. Siapakah tokoh-tokoh
jutawan yang tergolong dalam sepuluh terhebat di Malaysia?
Mereka bukanlah peribadi-peribadi yang terdidik di institusi
pendidikan tinggi berbahasa Inggeris di London School of
Economics atau di Harvard Business School.
Mereka adalah peribadi-peribadi yang berdaya usahawan,
mempunyai impian dan visi yang luar biasa, pintar mengurus dan
merangsang semangat pekerja, bijak memanfaatkan bakat-bakat
profesional; dan tentu sekali memiliki sifat watak yang berani
menghadapi risiko dan krisis. Jenis manusia usahawan berfikiran
kreatif, bersemangat gigih serta rajin berusaha yang seperi inilah
yang sangat perlu dibina di kalangan generasi muda; bukan
manusia bermentaliti menerabas (ingin cepat naik, cepat kaya
dan cepat terkenal) atau yang impiannya hanya untuk makan
gaji dengan pekerjaan kolar putih yang stabil.
Orang tidak boleh kaya raya dengan sekelip mata
kecuali melalui pilih kasih, rasuah atau loteri. Potensi, bakat,
fikiran kreatif dan inovatif, kepercayaan diri dan disiplin harus
disemai dan dididik pada diri pelajar dan anak-anak muda kita
bersama-sama dengan kemahiran berkomunikasi secara lisan
dan tulisan. Sifat-sifat peribadi yang seperti ini lebih menjamin
kejayaan generasi muda bagi faedah kecemerlangan ekonomi
negara.
Sejauh mana kita telah meneliti sekian faktor ini dalam
sistem pendidikan kita selain daripada kemahiran berbahasa dan
berkomunikasi dalam bahasa Inggeris?
Mari juga kita lihat bukti nyata di depan mata kita sendiri
pada hari ini. Begitu ramai profesional dan tokoh-tokoh korporat
berusia di bawah lima puluhan sekarang bertanggungjawab
menjayakan syarikat-syarikat GLC serta GLIC dengan
cemerlangnya. Mereka menjadi ahli Lembaga Pengarah, Pengarah
Urusan, Pengarah Eksekutif, CEO, Pengurus dan beberapa yang
115

Kami Bantah DLP

lain menjadi tokoh politik, usahawan dan pensyarah universiti.


Mereka adalah pelajar-pelajar yang mengikuti sekolah rendah
dan menengah dalam aliran berbahasa Melayu dari darjah satu
sehingga tamat tingkatan lima pada tahun-tahun 70-an, 80-an
dan 90-an selepas sijil MCE ditamatkan pada tahun 1978.
Ramai di antara mereka ini selepas sijil SPM berangkat
ke United Kingdom menuntut di institusi pengajian tinggi yang
terkenal di Northingham, Leeds, Canterbury, Lloughburer,
Cambridge, Oxford; London School of Economics; dan
sejumlah yang lain ke Amerika Syarikat di Ann Arbor, Michigan,
Minnesota, Wisconsin, Iowa, Ohio, New York, California, Yale
dan Harvard. Jadi bukan kerana bahasa pengantar Inggeris dalam
sabjek-sabjek penting di sekolah rendah dan menengah di negara
ini yang menghantar mereka jauh ke universiti ternama beraliran
Inggeris di seberang laut itu.
Lagipun kita tak perlu membiayai puluhan ribu pelajar
lepasan menengah setiap tahun untuk menuntut di institusi
ternama di seberang laut kerana Malaysia sudah memiliki banyak
universiti serta ramai profesor yang ahli dan cukup berwibawa.
Sorotlah ke belakang dan kaji dengan teliti contoh
peristiwa lalu supaya anak-anak kita terdidik dengan baik dan
berpandangan luas; tidak seperti kuda andung yang hanya
melihat satu arah di depan muka sahaja. Apakah faktor-faktor
keluarga, persekitaran, persekolahan, dan pendekatan khusus
yang digunakan bagi memungkinkan mereka berjaya di
universiti-universiti ternama di United Kingdom, Australia dan
Amerika Syarikat walaupun terdidik sepenuhnya di Malaysia
dalam bahasa pengantar Melayu kecuali dalam mata pelajaran
bahasa Inggeris? Kenapa kita gagal mencelikan pandangan
terhadap kenyataan ini?
Janganlah sering bereksperimen dengan pendekatan dan
struktur baru sehingga memperjudikan nasib dan keperibadian
bangsa kita. Ketetapan bajet tahun 2016, khususnya tentang
116

Bahasa Melayu Sekali Lagi Terumbang-Ambing

Program Dwi-bahasa (Dual Language Program) bukan memberi


kesan pada tahun itu sahaja, tetapi memberi kesan jauh
bertahun-tahun kemudian; sampai kepada zaman depan pada
2030-an tatkala pelajar-pelajar yang berkenaan menjadi pegawai
dan pemimpin negara.
Apa-apa yang dicetak pada otak dan watak murid-murid
sekolah hari ini akan memberikan kesannya kepada bangsa
pada satu atau dua dekad akan datang. Berfikirlah secara
bertanggungjawab agar bahasa kebangsaan atau BM tidak
menjadi bahasa kelas kedua di tanah airnya sendiri; dan mereka
yang hari ini memegang kuasa mentadbir atau memerintah harus
dari sekarang meraba hati nuraninya untuk berasa berdosa.
Walau bagaimanapun, cerdik pandai kita mesti juga
selalu menyoal masalah perancangan dan pembangunan bahasa
Melayu. Masalah ini memerlukan dialog dan pandangan yang
rasional serta membina supaya kita tidak mengulangi pelbagai
kelemahan oleh kerana kelalaian sehingga ada orang lain hilang
kepercayaan terhadap BM dan mengambil kesempatan untuk
memperlekeh bahasa kebangsaan negara.
Selesai menulis ayat-ayat di atas pada 1 November
2015, Ahad, jam 3.30 petang, saya berasa muak dan bosan
kerana mengulangi semula perbahasan-perbahasan lama lebih
sedekad yang lalu sewaktu menentang PPSMI. Saya lalu duduk
mengadap kaca TV, dan kebetulan terbuka siaran berita NHK
yang menyiarkan ucapan pucuk pimpinan, Presiden dan Perdana
Menteri (Korea, Jepun dan China). Begitu selesai perundingan
kemuncak antara mereka di Seoul. di atas pentas yang sama,
di hadapan para diplomat dan ratusan media antarabangsa,
ketiga-tiganya bergilir berucap dalam bahasanya sendiri -- bahasa
Korea, Jepun dan Mandarin -- dengan lancar dan tenang, tanpa
tergeliat lidah, kerana mereka masing-masing bangga dengan
kedaulatan politik serta harga diri bangsanya.

117

17

Makcik Melur, Anaknya


dan DLP
SN Dato' Anwar Ridhwan

Sejak sebulan kebelakangan ini Makcik Melur tidak lena


tidur. Dia resah memikirkan nasib masa depan anaknya. Dia
menghantar anaknya bersekolah kebangsaan. Bagi Makcik
Melur, di mana-mana negara pun, sekolah aliran kebangsaan
negara itulah yang terbaik. Tetapi sekarang anaknya diminta
belajar beberapa mata pelajaran dalam bahasa Inggeris.
Makcik Melur rasa dia masih waras. Dia bayangkan
sekolah taraf kebangsaan di lain-lain negara. Di Jepun, sekolah
Jepunlah. Di Korea, sekolah Korealah. Di Siam, sekolah
Siamlah. Di Vietnam, sekolah Vietnamlah. Mana mungkin di
negara-negara itu ada suatu sistem pendidikan lain yang lebih
mulia daripada sekolah bertaraf kebangsaan.
Sedar amat Makcik Melur, yang dia tidak sekali-kali
anti bahasa Inggeris. Mana boleh anti bahasa Inggeris atau
bahasa-bahasa lain. Hang Tuah sendiri, yang Makcik Melur tahu,
menguasai dua belas bahasa. Lagipun Allah ciptakan manusia
di bumi ini berbangsa-bangsa, masing-masing dengan bahasa
mereka.

Makcik Melur, Anaknya dan DLP

Resah Makcik Melur memikirkan masa depan pelajaran


anaknya. Selama ini anaknya tidak ada masalah mencerap ilmu
di sekolah, sebab ilmu itu disampaikan dalam bahasa Melayu,
bahasa ibundanya. Makcik Melur percaya semua kanak-kanak
di dunia mudah menerima ilmu melalui bahasa ibunda yang
mereka betul-betul fahami dan hayati.
Sebab itu, fikir Makcik Melur lagi, sekolah-sekolah di
Cina, Jepun, Korea, Perancis, Itali, Sepanyol, Vietnam, Thai dan
sebagainya tidak guna bahasa Inggeris. Masing-masing negara
gunakan bahasa kebangsaan mereka untuk mendidik para pelajar
anak bangsa.
Satu daripada tujuan utama pendidikan ialah menjadikan
seseorang pelajar itu berilmu. Kalau anak Makcik Melur dan
rakan-rakan sekolahnya boleh mendapat ilmu melalui bahasa
Melayu, apa sebab anaknya harus belajar sesuatu ilmu itu
melalui bahasa Inggeris pula? Macam mana kalau anaknya dan
rakan-rakannya kurang memahami bahasa Inggeris? Ilmu tidak
dapat, bahasa Inggerispun broken Makcik Melur gunakan
perkataan broken yang pernah didengarnya.
Makcik Melur tidak puas hati juga dengan nasib bahasa
Melayu dalam tangan orang-orang Melayu yang berkuasa dan
berjawatan. Mengapa negara lain boleh mendaulatkan bahasa
kebangsaan mereka, tetapi tidak di sini? Ada yang macam tidak
kisah dengan nasib bahasa sendiri, hendak sakit sakitlah, hendak
berkubur berkuburlah.
Anak Makcik Melur sudah belajar bahasa Inggeris selama
sebelas tahun. Enam tahun di sekolah rendah, lima tahun di
sekolah menengah. Kalau kaedah pengajaran dan pembelajarannya
ditambahbaik, atau ditambah masa belajarnya sedikit lagi, akan
lebih bagus bahasa Inggeris anaknya. Bagi Makcik Melur, yang
sakit itu bahasa Inggeris. Jadi apa perlu pindahkannya ke mata
pelajaran sains, matematik dan teknologi?
119

Kami Bantah DLP

Anak-anak saudara Makcik Melur dulu semuanya sekolah


Melayu, kemudian masuk UKM. Di sana kuliah-kuliah dalam
bahasa Melayu. Boleh pula mereka jadi pakar matematik, doktor
perubatan atau jurutera. Mereka boleh menyambung pelajaran
lebih tinggi di luar negara dengan bahasa Inggeris, sebab mereka
sudah ada asas bahasa Inggeris.
Begitulah juga, pada fikiran Makcik Melur, yang berlaku
kepada para pelajar di Siam, Vietnam dan Indonesia. Pendidikan
mereka melahirkan ahli matematik, sains dan teknologi melalui
bahasa mereka. Banyak yang jadi doktor, gunakan bahasa mereka
sendiri, kerana pesakit mereka gunakan bahasa yang mereka
faham.
Kusut juga fikiran Makcik Melur memikirkan apa
perlunya program ala PPSMI hendak dihidupkan semula.
Mak cik Melur diberitahu sekarang ini sekolah-sekolah hadapi
kekurangan pelajar aliran sains akibat dasar PPSMI dahulu.
Matlamat 60:40 (Sains:Sastera) juga merudum kepada 28:72
sekarang akibat PPSMI.
Makcik Melur sangat hairan dengan segelintir orang
Melayu yang masih memperjuangkan PPSMI. Seolah-olah
mereka tiada jati diri, rasa cinta dan hasrat memekarkan bahasa
Melayunya kurniaan Tuhan ini. Lebih buruk lagi, seolah-olah
bahasa Inggeris itu penentu rezeki, bukan Tuhan.
Kadang-kadang Makcik Melur terfikir yang hodoh-hodoh.
Jangan-jangan usaha hendak hidupkan PPSMI semula ini ada
agenda halus dan tersembunyi. Lebih-lebih lagi yang cuba
dijuarai oleh orang-orang bukan Melayu. Mereka seolah-olah
hendak biarkan sebahagian besar pelajar Melayu di luar bandar,
pedalaman dan pulau tidak berjaya kuasai sains, matematik dan
teknologi kerana tidak diajar dalam bahasa Melayu yang mereka
faham. Jadi mereka akan kekal mundur sebagai bumiputera yang
tersisih dan terbuang di tanah air sendiri.
120

18
Bahasa Melayu Pupus Jika Tiada
Pengurusan Baik
Profesor Teo Kok Seong
Universiti Kebangsaan Malaysia
EXCO Majlis Profesor Negara

Pengurusan bahasa Melayu yang tidak baik kini akan


mengakibatkan kepupusannya dalam masa singkat, yakni satu
dasawarsa saja. Ia tidak akan lenyap, tetapi ia akan berubah
taraf daripada bahasa besar kepada yang sebaliknya. Oleh sebab
homogenisasi budaya yang melanda seluruh dunia memperlihat
kepentingan penggunaan bahasa Inggeris, beberapa negara
didapati cepat menyerah kalah kepada fenomena ini, dengan
meninggalkan bahasa sendiri bagi digantikan dengan sebuah
bahasa antarabangsa utama itu.
Nampaknya, Malaysia tidak terkecuali. Dengan saranan
Program Dwibahasa yang akan menggunakan bahasa Inggeris
untuk pendidikan bidang sains dan teknologi serta teknologi
maklumat dan komunikasi, walaupun untuk sekolah yang ingin
dan mampu sahaja, ia akan memperlihat permulaan kemerosotan
bahasa Melayu yang tidak dapat dibendung lagi.
Ini adalah kerana penggunaan bahasa Inggeris dalam
program ini tidak memperlihat keadaan saling melengkapi

Kami Bantah DLP

dengan bahasa Melayu, sebaliknya ia mewujudkan situasi


persaingan antara kedua-duanya. Dengan kuasa yang ada pada
bahasa Inggeris, melalui imperialismenya di seluruh dunia,
ia akan dengan dengan mudah dan cepat meranapkan dan
menghapuskan bahasa yang bersiang dengannya.
Malangnya persaingan ini diwujudkan dalam sistem
pendidikan negara oleh kita sendiri. Kita mahu jalan mudah dan
cepat bagi menyerap ke dalam dunia saintifik yang berbahasa
Inggeris. Dalam hal ini, tidak dapat dinafikan bahasa Inggeris
adalah jambatan wajib bagi meraih kemajuan. Namun, adakah
ini satu-satu caranya?
Dalam keadaan bahasa Melayu yang bertaraf bahasa
saintifik moden dengan kemampuan bukan sahaja memandaikan
anak bangsa, tetapi berupaya juga memajukan negara, ia yang
juga mampu memberi pengertian warisan yang terbaik kepada
rakyat Malaysia, sepatutnya dijadikan wahana utama yang
tunggal dalam sistem pendidikan negara dan lain-lain.
Bahasa negara sendiri, lebih-lebih lagi yang terbina
sifatnya, walaupun tidak mempunyai nilai antarabangsa, adalah
bahasa yang bukan sahaja mampu melindungi pertalian sejarah,
ia juga afdal sekali bagi mendukung identiti nasional. Ini bukan
sahaja disedari dan diinsafi banyak negara yang mengutamakan
kedaulatan politik sebagai negara merdeka dan mementingkan
kebebasan budaya yang menitikberatkan warisan bangsa sendiri.
Antaranya Rusia dan Jerman di barat dan China, Jepun
dan Korea di timur, yang tidak pun beralih kepada bahasa
Inggeris dalam usaha meraih kemajuan dalam dunia yang
mementingkannya. Yang mereka lakukan adalah mempertingkat
pengetahuan dan penguasaan bahasa itu melalui pendidikan
bahasa itu sendiri.
Inilah yang sepatutnya dilakukan di Malaysia. Untuk
ini, Program Imersi Bahasa Inggeris yang ikut disarankan itu
122

Bahasa Melayu Pupus Jika Tiada Pengurusan Baik

hendaklah diterima. Ia memastikan peningkatan kemahiran


berbahasa Inggeris yang dilakukan hanya melalui mata pelajaran
itu sendiri.
Natijah yang ingin disampaikan di sini adalah jangan
kita sesekali meminggirkan bahasa kita sendiri yang mempunyai
modal linguistik yang agam untuk tujuan kemajuan kita di dalam
dan di luar negara. Sehubungan ini, bahasa Melayu hendaklah
digunakan sebagai satu-satunya wahana untuk semua bidang
penting, baik dalam pendidikan ataupun lain-lain.
Apabila bahasa Melayu tidak digunakan dalam semua
bidang penting, ia bukan sahaja akan kehilangan istilah, pola
wacana dan lingkungan gaya dalam kesemua itu. Tetapi yang
lebih menyedihkan lagi ia akan ikut kehilangan kandungan yang
tidak dapat diperkata atau diungkapkan lagi dalam semua bidang
itu.
Sikap kita penting dalam pelestarian bahasa Melayu yang
merupakan bahasa negara kita. Sikap ini merujuk kepada cara
kita melihat bahasa kita dan berasa tentangnya. Sudah tentu
ia hendaklah bangga sifatnya. Lebih penting lagi daripada
semua ini adalah bahasa Melayu hendaklah selalu digunakan,
khususnya dalam segala kegiatan budaya tinggi, termasuklah
bidang pendidikan pada semua peringkat.
Dalam konteks ini, bahasa Melayu tidak akan sesekali
merosakkan sistem pendidikan negara amnya dan bidang
sains dan teknologi serta teknologi maklumat dan komunikasi
khasnya. Ia juga tidak akan membinasakan pembinaan
peradaban kita. Oleh itu, janganlah kita sesekali menghukumnya
dengan meminggirkannya untuk akhirnya menghapuskannya
daripada keupayaan mengungkapkan segala urusan serius dalam
kehidupan kita.

123

19
Melestarikan Bahasa Sebagai
Identiti Bangsa
Ramlee Wahab

Malaysia, sebagai sebuah negara bangsa, wujud sebagai sebagai


negara yang mengamalkan demokrasi dan berperlembagaan.
Manakala, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi mengikut
Fasal (1) Perkara 152 dalam Perlembagaan ada memperuntukkan
bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Ini jelas sudah
termaktub dan tiada sebarang cabaran atau pengkhianatan ke atas
kedaulatannya. Bagaimanapun, bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua akan tetap terpelihara juga, tetapi tidak sampai menggugat
kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, khususnya di
dalam bidang sains dan teknologi.
Kita percaya, ahli dan aktivis, pakar dan intelektual bahasa
Melayu di negara ini tidak mungkin menolak kepentingan
bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi di peringkat domestik
mahupun antarabangsa. Umum tahu dan menyedari, Malaysia
sebagai bekas tanah jajahan British, bahasa kolonial ini telah
lama wujud tertanam, membenih, berakar dan menunjangi
pemikiran segelintir bangsa elit dan para pemimpin Melayu,
walaupun negara telah mencapai kemerdekaan lebih daripada 50
tahun. Golongan Melayu ini masih tegar mempertahankan dan

Melestarikan Bahasa Sebagai Identiti Bangsa

mempamerkan gaya hidup kebaratan yang jelasnya mereka ini


telah dihinggapi sindrom minda tertawan.
Kelemahan bangsa Malaysia di dalam penguasaan bahasa
Inggeris adalah meliputi wilayah yang besar di kawasan-kawasan
luar bandar dan daerah pedalaman. Manakala di bandar-bandar
besar dan kota metropolitan, masyarakatnya lebih terdedah
kepada arus kemodenan, maka penguasaan dan penggunaan
bahasa Inggeris sedemikian penting dan meluas, khususnya
untuk urusan perniagaan. Perlu diketahui bahawa, penggunaan
bahasa Inggeris yang meluas di kalangan masyarakat bandar
tersebut biasanya lebih mencakupi kemahiran berkomunikasi.
Dengan itu, ternyata ada jurang besar antara masyarakat bandar
dan kampung di dalam penguasaan bahasa Inggeris, misalnya di
dalam urusan percakapan dan perbualan harian.
Apa yang jelas, kelemahan ini dapat diatasi dengan
diusahakan oleh pihak kerajaan untuk memperbaiki dan
mempertingkatkan pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri;
sudut latihan perguruan, sukatan pelajaran, bahan pengajaran
dan pembelajaran, peningkatan prasarana dan kemudahan serta
kaedah penyampaiannya. Seandainya keperluan menambah
guru bahasa Inggeris itu mendesak, maka keutamaan diberikan
kepada guru-guru tempatan yang sudah pencen dan masih boleh
menyumbangkan jasa.
Dual Language Programme bukanlah suatu alternatif
terbaik atau suatu kaedah paling sempurna untuk meningkatkan
pemahaman dan kemahiran para pelajar di dalam menguasai
bahasa Inggeris secara lisan ataupun tulisan. Tambahan pula,
program DLP ini mahu menjadikan subjek Sains dan Matematik
sebagai kuda tunggangan di mana secara tidak langsung
dwibahasa akan digunakan untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Apa yang
boleh kita fahamkan ialah, DLP ini masih di peringkat percubaan
dan amat mirip kepada Dasar Pengajaran dan Pembelajaran
125

Kami Bantah DLP

Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah


dimansuhkan mulai tahun 2012. Dilaporkan, program DLP ini
menggunakan anggaran 300 buah sekolah di sekitaran Wilayah
Persekutuan dan Kuala Lumpur sebagai projek rintis sekali gus
makmal ujikaji dan bakal memperluaskan lagi wilayah kekuasaan
dengan sokongan guru, ibu bapa dan para pelajar.
Pemimpin yang berprinsip dan berkredibiliti akan
mengutamakan kepentingan majoriti, sedar bahawa rakyat
telah mengundi dan memberikan mandat kepada mereka untuk
memikul tanggungjawab mentadbirkan pelbagai urusan negara
secara bersih, cekap dan beramanah. Isu-isu seperti bahasa
Melayu khususnya selain agama Islam sebagai agama rasmi yang
telah termaktub di dalam perlembagaan hendaklah dipelihara
dan dilindungi tanpa berkompromi. Sementelahan pula kekuatan
semangat keluhuran perlembagaan ini telah dinyatakan secara
jelas di dalam prinsip ketiga Rukun Negara.

126

YAB Dato Sri Mohd. Najib bin


Tun Haji Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia,
Pejabat Perdana Menteri,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.

Tarikh : 3 November 2015



21 Muharam 1437

YAB Dato Sri,


PERNYATAAN PENDIRIAN SASTERAWAN NEGARA
TERHADAP ISU PENGGUNAAN DWIBAHASA DALAM
SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
Dengan hormatnya kami merujuk perkara yang tersebut di atas.
2.
Merujuk ucapan YAB Perdana Menteri pada Pembentangan
Bajet 2016 di Parlimen pada 23 Oktober 2015, kami berasa
amat dukacita dan sekali gus tidak bersetuju dengan keputusan
memperkenalkan Program Dwibahasa (Dual Language Programme)
dalam sistem pendidikan kebangsaan.
3.
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sudah sangat
mantap digunakan di sekolah-sekolah, dan terbukti telah melahirkan
jutaan pelajar yang menyumbang secara berkesan terhadap kemajuan
ekonomi di Malaysia yang kita anggap cukup maju.
4.
Kami tidak menentang usaha meningkatkan kemahiran
berbahasa Inggeris, tetapi jangan sampai melucutkan kedudukan
dan martabat bahasa Melayu dalam mata pelajaran utama seperti
Matematik dan Sains dan sebagainya.
5.
Kami berpendapat masalah pokoknya adalah bahawa bahasa
Inggeris tidak diajarkan dengan berkesan dan menghasilkan pelajar
yang mahir dalam bahasa ini apabila mereka selesai dalam pengajian.

127

Kami Bantah DLP

6.
Kita harus sedar bahasa kita ialah wadah dan khazanah jati diri
yang mengandungi nilai-nilai baik di dalamnya. Dengan menurunkan
terajunya sebagai bahasa utama yang dapat menyatukan semua bangsa
di Malaysia, kita juga menurunkan tugasnya untuk menyatukan rakyat
seluruhnya.
7.
Kami khuatir bahawa program dwibahasa yang hendak
dilaksanakan akan menciptakan dua golongan manusia, iaitu yang
berbahasa Inggeris dan berbahasa Melayu, dan kesannya ialah
penciptaan dua kelas yang berlainan di negara ini.
8. Malah inilah waktunya kita harus bergerak cepat
menyatupadukan semua bangsa dan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaanlah yang dapat menjalankan tugas ini.
9.
Kami menyerukan agar kerajaan mempertimbangkan kembali
keputusan yang telah dibuat demi perpaduan bangsa dan pelanjutan
budaya dan ilmu yang terkandung dalam bahasa kebangsaan kita.

Sekian. Terima kasih.

1.

YBhg. SN Profesor Emeritus Dr. Muhamad bin Haji Salleh

2.

YBhg. SN Dato Noordin bin Hassan

3.

YBhg. SN Dato Dr. Mohd. Anuar bin Haji Rethwan

4.

YBhg. SN Dato Dr. Haji Ahmad Kamal bin Abdullah

5.

YBhg. SN Dato Dr. Baharuddin bin Zainal

6.

YBhg. Dato Dr. Zurinah binti Hassan

128

Yang berikut merupakan pertubuhan bukan kerajaan dan


Sasterawan Negara yang hadir dalam Persidangan Meja Bulat
pada 29 Oktober 2015 di DBP dan menolak program dwibahasa
dalam sistem pendidikan negara:
Badan-Badan Bukan Kerajaan
1. Gabungan Penulis Nasional (GAPENA)
2. Kesatuan Perkhidmatan
Malaysia (NUTP)

Perguruan

Kebangsaan

3. Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad


(MTEM)
4. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
5. Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM)
6. Persatuan Penulis Budiman Malaysia
7. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)
8. Yayasan Usman Awang
9. Yayasan Karyawan Malaysia
10. Persatuan Penterjemah Malaysia
11. Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
12. Ziarah Karyawan
13. Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)
14. Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI)
15. Kumpulan Sasterawan Kavyan
16. Persatuan Lembaga Peradaban Melayu (ADAB)
17. Persatuan Penulis Johor (PPJ)
18. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
19. Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
20. Seniman Paksi Rakyat (PAKSI)

Kami Bantah DLP

21. Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)


22. Persatuan Aktivis E-sastera Malaysia
23. Persatuan Sejarah Malaysia
24. Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM)
25. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)
26. Persatuan Sasterawan NUMERA
27. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia
28. Persatuan Warisan dan Sejarah Pulau Pinang
29. Persatuan Folklor Malaysia
30. Persatuan Alumni Suluh Budiman
31. Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN)
32. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
33. Persatuan Penulis Melaka (PENAMA)
34. KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA
BARAT (KGMMB), tidak hadir tetapi menyatakan
kebersamaannya dengan kumpulan ini dan bersama
dalam perjuangannya.
Individu
35. Yang Berbahagia SN Prof. Emeritus Dr. Muhammad
Haji Salleh
36. Yang Berbahagia SN Dato Dr. Anwar Ridhwan
37. Yang Berbahagia SN Dato Dr. Haji Ahmad Kamal
Abdullah
38. Yang Berbahagia SN Dato Baharuddin Zainal

130

KEHADIRAN MESYUARAT BADAN BERTINDAK ISU


PENDIDIKAN KEBANGSAAN
TARIKH : 1 DISEMBER 2015
MASA: 4.00 PETANG
TEMPAT: RUMAH GAPENA, JALAN BEFIELD, KUALA
LUMPUR
Bil.

Nama

No. Telefon

E-mel

1.

Yang Berbahagia Datuk


Zainal Abidin bin Borhan
Ketua II GAPENA

019-3812696

zainalabidinborhan@gmail.
com

2.

Tuan Haji Hamzah bin


Hamdani
GAPENA

019-3855047

hamzah2@yahoo.com

3.

Yang Berbahagia Datuk


Baharuddin bin Zainal
Sasterawan Negara

010-2555686

bahazain@gmail.com

4.

Yang Berbahagia Profesor


Emeritus Dr. Shaharir bin
Md. Zain
Pengerusi Gerakan
Mansuhkan PPSMI
(GMP)

012-2361967

riramzain@yahoo.com

5.

Encik Mohd Nizam bin


Mashar
Ketua Pegawai Eksekutif,
Majlis Tindakan Ekonomi
Melayu Bersatu Berhad
(MTEM)

016-2184458

ceo@mtem.my

6.

Yang Berbahagia Prof.


Emeritus Dr. Abdullah
bin Hassan
Presiden Persatuan
Penterjemah Malaysia

016-6611530

profabdullah@pts.com.my

7.

Yang Berbahagia Datuk


Dr. Hasan bin Mad
Setiausaha Agung Majlis
Perundingan Melayu

016-3639393

ngomelayu@yahoo.com

Kami Bantah DLP


8.

Yang Berbahagia Dr.


Mohamaed Saleeh bin
Rahamad @Ahmad
Presiden Persatuan Penulis
Nasional Malaysia (PENA)

019-3514940

saleeh334@gmail.com

9.

Yang Berbahagia Dato


Haji Ab. Raof bin Hussin
Presiden Persatuan Pesara
Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan

012-3669746

raof_arahkom@yahoo.com

10.

Yang Berbahagia Datuk


Dr. Yahya bin Baba
Pertubuhan Pribumi
Perkasa Malaysia

012-3318113

yahyabb@gmail.com

11.

017-8843965
Encik Amiruddin bin Md
Ali Hanafiah
Pengerusi Persatuan Penulis
Kuala Lumpur (KALAM)

12.

Encik Mohd. Hafezi bin


Abdul Hamid
Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM)

017-3450301

Ilmu_musafir@yahoo.com

13.

Yang Berbahagia Datuk


Dr. Awang bin Sariyan

012-7201056

awang@dbp.gov.my

14.

Yang Berbahagia Prof.


Datuk Wira Abdul Latiff
bin Abu Bakar
Ketua I GAPENA

019-6196720

latiff.ab@umk.edu.my

15.

Yang Berbahagia Prof.


Emeritus Isahak bin Haji
Haron

019-2520591

isahak.haron@gmail.com

16.

Yang Berbahagia Prof.


Dato Dr. Teo Kok Seong

013-3694060 teokok@ukm.edu.my /teo.


/013-3180123 tks22@gmail.com

17.

Tuan Haji Abdul Aziz bin


Mohamad Ali
GAPENA

019-3196560
/03-21442412

18.

Encik Abdul Ghani bin


Abu

019-2076970

132

amiruddinppj66@yahoo.com

ghaniabu@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai