BLACKWAY
(Mahizan Husain)
Sinopsis;
3) Persoalan tentang sikap rakus penjajah yang suka merampas, mencuri, merompak,
menipu daya dan rasuah demi mendapatkan tanah Pulau Pinang dengan perlbagai
helah semata-mata untuk mengaut untung dengan emas, perak, dan bijih timah.
4) Persoalan tipu helah dan perjanjian yang menyebabkan pulau pinang jatuh ke
tangan British iaitu Francis Light adakan perjanjian Inggeris-kedah untuk menguasai
Pulau Pinang dengan tipu helah bagi membuat pangkalan tentera mereka di Pulau
Pinang.
5) Persoalan tentang sikap kesetiaan pada penguasa dan pemerintah. Blackway dan
Francis Light sangat setia kepada King Goerge III dengan meluaskan tanah jajahan.
Blackway juga selalu menyebut save the king,, save my king,, sentiasa mendaokan
raja mereka dan taat setia pada raja mereka.
6) Persoalan tentang sikap bangga dan kemegahan bangsa penjajah. Persoalan ini jelas
ketara apabila Blackway melihat tanda jalan Lebuh Light yang menjadi tanda
tempat itu penah dikuasai oleh bangsa mereka. Terlihat kebanggaan diwajah
Blackway dengan pencapain bangsa mereka dalam penjajahan penguasaan bangsa
mereka.
7) Persoalan tentang masyarakat Melayu yang kuat semangat Patriotisme. Hal ini
dapat dilihat dengan aksi dan gaya perbuatan dan percakapan Mat Piah yang marah
dengan Blackway yang menceritakan tentang Francis Light menipu daya Sultan
Muhammad Jiwa untuk mendapatkan Pulau Pinang dengan cara tipu helah.
8) Persoalan tentang penyakit mental yang dihadapi oleh golongan masyarakat yang
hidup gelandangan yang merempat. Namun mereka boleh dirawat dan pulih.
Contohnya Mat Piah merupakan bekas pesakit mental yang hanya hidup dan
berkelana dengan becanya sahaja.
9) Persoalan tentang gejala sosial anak muda iaitu Mat Rempit. Contohnya, Blackway
takut dengan bunyi enjin motor yang disangkanya serangan siam, sebaliknya anakanak muda bermain motor dan Mat Piah menyatakan itu semua bala kepada
masyarakat. Terdapat unsur teguran secara sinis dalam persoalan ini.
Latar tempat;
Hotel E&O
Georgetown
Padang kota lama berhampiran Cornwallis
Latar masa;
Dinihari,pukul 2:32 pagi
Dinihari,pukul 3:00 pagi
Dinihari,pukul 4:00 pagi
Latar masyarakat;
Masyarakat yang tahu tentang sejarah. Mat Piah dan Blackway sangat
berpengetahuan tentang sejarah Pulau Pinang dan kedah serta penipuan Francis Light
untuk mendapatkan Pulau Pinang dari Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Abdullah dan
menipu orang Melayu.
Masyarakat yang bekerja sebagai penarik beca. Contohnya Mat Piah bekerja sebagai
penarik beca dan mencari rezeki dengan becanya di sekitar bandar Georgetown.
Masyarakat yang berani menegakkan kebenaran. Contohnya, Mat Piah yang berani
berbahas dan marah dengan Blackway yang menceritakan fakta sebenar Francis Light
bukan meneroka Pulau Pinang sebaliknya merampas dari Sultan Kedah demi
kepentingan mereka tanpa pengetahuan kompeni SHTI.
Masyarakat yang bangga dengan pencapaian bangsa mereka dalam menjajah.
Contohnya, Blackway bangga dengan bangsanya yang dapat menjajah dan ada tanda
nama Lebuh light yang membuktikan bangsa mereka pernah menguasai Pulau
Pinang.
Masyarakat yang hidup dengan hiburan dan bersosial. Contohnya, peserta pakaian
beragam dan Mat rempit yang hidup dengan dengan sikap tidak berfikir panjang
tentang perbuatan mereka.
Nilai;
2) Nilai Merendah diri. Contohnya, Blackway memohon maaf saya minta ampun,
minta maaf kepada semua orang melayu dan orang Pulau Pinang.
3) Nilai kegigihan. Contohnya, Mat Piah gigih bekerja sebagai penarik beca demi
mencari sesuap nasi.
4) Nilai menghargai sejarah. Mat Piah amat menghargai sejarah tanah airnya iaitu
Pulau Pinang.
5) Nilai kesabaran. Mat Piah sabar dengan sikap dan perlakuan Blackway yang pelik
dan kadang-kadang membuat dia marah.
6) Nilai kejujuran. Kejujuran dapat dilihat dari sikap Mr. Blackway yang
menceritakan fakta sebenar tentang francis Light yang menipu daya Sultan kedah
untuk merampas Pulau Pinang.
7) Nilai ketaatan dan kesetiaan. Nilai ketaatan terserlah dalam diri Mr. Blackway yang
bangga dengan sejarah penjajah bangsa mereka.
Pengajaran;
Kita mestilah mempunyai semangat patriotisme terhadap negara atau negeri seperti
MAT PIAH yang masih menghafal tarikh pembukaan pulau pinang
Kita haruslah bersikap rendah diri seperti MR.BLACKWAY yang meminta maaf
kepada semua orang melayu di pulau pinang tentang kesalahannya
Kita hendaklah jujur dalam berkata-kata dan bercakap seperti Mr. Blackway jujur
dengan salah dan silap mereka yang telah berlaku kejam demi menguasai Pulau
Pinang.
Kita perlulah berusaha dengan gigih untuk mencari rezeki walaupun terpaksa kerja
siang dan malam seperti Mat Piah menjadi penarik beza dinihari demi mendapatkan
sesuap nasi.
Kita sewajarnya menghargai sejarah dan juga keamanan negara yang wujud ini
dengan bersatu padu dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.