Anda di halaman 1dari 4

Aktiviti 2 : Rumusan Ceramah

Dalam ceramah yang disampaikan oleh Dr. Nasaruddin bin Basar yang bertajuk
Pembangunan Profesionalisme Berterusan : Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri,
terdapat banyak isi penting yang telah disampaikan yang perlu diulas oleh saya sebagai
seorang guru. Penekanan terhadap profesion keguruan masa kini adalah sangat penting bagi
meneruskan kesinambungan melahirkan individu yang berguna dan mampu menyumbangkan
sesuatu kepada negara.
Dr. Nasarudin ada menyebut tentang inisiatif seorang guru. Dapat kita fahami bahawa setiap
manusia walaupun tidak bergelar guru harus mempunyai inisiatif untuk berubah ke arah yang
lebih baik. Tambahan pula seorang guru yang bertugas menyampaikan ilmu kepada anakanak bangsa ini. Guru mampu untuk membuat perubahan dalam dunia pendidikan dengan
adanya inisiatif untuk menuntut ilmu. Inisiatif tersebut bukanlah atas dasar untuk
memperoleh kelayakan dilantik ke jawatan yang lebih tinggi semata-mata. Ia adalah salah
satu usaha ataupun inisiatif guru dalam memperbaiki lagi profesion keguruan untuk maju ke
hadapan. Namun demikian menurut Salina (2002) lebih kurang 150,000 yang bukan siswazah
sedang mengajar di seluruh negara ini. Mungkin laporan yang dibuat itu pada tahun 2002
akan tetapi jumlah guru yang bukan siswazah adalah sangat ramai dan ini adalah perlulah
bagi setiap guru bukan siswazah mencari inisiatif untuk menyambung pembelajaran mereka
dalam menghadapi sistem pengajaran yang lebih sesuai dan efisien pada waktu sekarang.
Tambahan pula, cabaran dalam profesion keguruan pada masa dahulu dan sekarang adalah
berbeza dan lebih mencabar. Oleh itu hendaklah sentiasa meningkatkan tahap
profesionalisme keguruan itu agar seiring dengan perkembangan semasa.
Dalam ceramah beliau juga, ia memfokuskan empat isi penting iaitu : Pembangunan
Profesionalisme, Pembangunan Profesionalisme kendiri, Kebertanggungjawaban guru dan
juga Laluan kerjaya.
Pembangunan Profesionalisme yang dimaksudkan ialah, seorang guru itu hendaklah
sentiasa mengambil tahu apa yang berlaku dipersekitarannya sebagai seorang guru. Tidak
hanya menjadi ikut-ikutan ataupun sekadara endah tak endah. Guru-guru perlu tahu setiap
apa yang berlaku dalam sistem pendidikan negara untuk terus maju ke hadapan.
Pembangunan Profesionalisme Kendiri. Setiap guru harus tahu peranan sebagai seorang
guru dan apakah sumbangan kita sebagai guru. Dalam meniti perjalanan hidup sebagai

seorang pendidik hendaklah mempunya sasaran sendiri. Tidak hanya mengajar sahaja, namun
seorang guru yang baik itu mempunyai buah fikiran yang lebih jauh seperti sumbangan
terhadap murid sama ada didikan dan juga penghasilan yang kita curahkan kepada mereka itu
berguna ataupun tidak untuk mereka gunakan pada masa akan datang.
Kebertanggungjawaban Guru. Seperti yang kita tahu, bila mana masyarakat menyebut
perkataan guru, perkara pertama yang difikirkan ialah mengajar. Ianya sangat sinonim
dengan masyarakat hari ini. Namun demikian, adakah guru hanya perlu mengiyakan tugas
guru hanya mengajar? Tanggungjawab seorang guru itu sebenarnya sangat luas dan umum.
Tidak ada pengkhususan untuk mendidik sahaja namun terdapat banyak lagi tanggungjawab
seorang guru kepada masyarakat terutamanya.
Laluan Kerjaya yang disebutkan juga ialah bagaimana seseorang guru itu meningkatkan
inisiatif mereka dalam mencapai kejayaan. Kejayaan seorang guru itu bukanlah diukur
dengan pangkat atau grednya yang tinggi. Namun penghasilan itu adalah jauh lebih penting.
Kejayaan seorang guru itu bila mana dia mampu untuk membawa murid ataupun anak
didiknya turut sama mengecapi kejayaan seiring dengan tugas sebenar sebagai seorang guru.
Antara perkara-perkara penting yang disebutkan oleh Dr. Nasaruddin juga ialah berkenaan
keperluan guru untuk beranjak kepada pendekatan yang lebih efisien. Efisien yang
dimaksudkan ialah serba boleh. Contoh yang diberikan ialah, guru biasa itu hebat dalam
bidangnya sendiri, akan tetapi seorang guru yang luarbiasa itu mampu menguasai pelbagai
bidang lain dan sekaligus mampu mengaplikasikannya ke dalam pengajaran yang dilakukan.
Dalam anjakan keempat iaitu mentransformasikan profesion keguruan sebagai profesion
pilihan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Telah diketahui umum bahawa
profesion keguruan ini adalah profesion yang sangat mulia. Namun demikian transformasi
yang dilakukan pada masa sekarang belum cukup untuk menjamin masa hadapan pendidikan
di negara ini.
Seorang guru haruslah bersifat kompetensi. Kompetensi ini bukanlah hanya untuk diri
sendiri, namun ia diukur melalui pembangunan dan tahap kemajuan yang dicapai oleh anak
muridnya. Keberhasilan seseorang individu itulah yang menjadikan ukuran dan juga
kompetensi dalam diri seorang guru. Kejayaan seorang guru itu juga dilihat dari tiga faktor
utama iaitu, melahirkan tenaga kerja, kolaborasi dan juga kemahiran.

Dalam konteks tenaga kerja yang diterangkan, bukanlah hanya melahirkan tenaga kerja
semata-mata. Tenaga kerja yang diperlukan ialah tenaga kerja yang bersedia untuk
berkhidmat dengan majikan. Bukanlah tenaga kerja yang diambil bagi mengisi kekosongan
disebabkan kelayakan, namun kesediaan disini membawa maksud mampu untuk melakukan
kerja dan bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja yang diamanahkan.
Dari segi faktor kolaborasi juga, ia membawa maksud kesanggupan dan kebolehan untuk
bekerjasama dengan semua pihak. Dalam melakukan sesuatu kerja yang memerlukan
kolaborasi dari semua pihak, ia adalah penting bagi seseorang individu itu mempunyai
kemahiran untuk bergaul dan berkolaborasi dalam mencapai mutu kerja yang berkualiti dan
baik.
Melahirkan individu ataupun generasi yang mempunyai kemahiran. Ia adalah sangat
penting. seorang guru yang berjaya itu mampu menghasilkan individu yang berkemahiran. Di
zaman serba canggih ini, seseorang individu itu perlu mempunyai kelebihan dan tidak hanya
bijak dalam akademik namun tidak mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang lain seperti
kemahiran berkomunikasi dan lain.

Rujukan
https://www.youtube.com/watch?v=A4QaH4rFQSI&feature=youtu.be
https://www.youtube.com/watch?v=Kvli-VLY98w&feature=youtu.be
Salina Ibrahim (2002). Sambung Pelajaran-Guru Soalkan Apa Untungnya Ijazah.

Anda mungkin juga menyukai