Anda di halaman 1dari 13

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAYONG,

33040, KUALA KANGSAR, PERAK DARUL RIDZUAN.

DISEDIAKAN OLEH:-

LAPORAN
1.0

NAMA PROGRAM

Penyerahan Jalur Gemilang Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2015

2.0

PENGENALAN
Khidmat masyarakat ialah komponen amali Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan murid-murid secara
kumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini ialah dalam
bentuk projek atau kajian yang boleh membantu meningkatkan imej diri,
sekolah dan komuniti. Khidmat Masyarakat merupakan kerja amali yang
dijalankan di luar waktu pembelajaran di sekolah.

3.0

OBJEKTIF

Tahun

Objektif utama Khidmat Masyarakat untuk sambutan Kemerdekaan


ini adalah untuk:
3.1

Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan


kewarganegaraan.

3.2 Menjadi
warga
sekolah
yang
patriotik,
prihatin
bertanggungjawab
terhadap Negara, agama dan bangsa.

4.0

58

dan

3.3

Melahirkan rasa sayang dan cintakan Negara.

3.4

Memperkasakan keupayaan dan komitmen pelajar. Khasnya pelajar


tingkatan 2 bagi melaksanakan tujuan murni ini.

LAPORAN
4.1

Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Pada 04hb Ogos 2015, telah berlangsungnya majlis pelancaran


bulan kemerdekaan peringkat SMK Sayong dengan jayanya. Majlis telah
berjalan dengan sangat baik dan mendapat kerjasama semua pihak.
Pelbagai program telah dirancang sempena sambutan kemerdekaan
Malaysia kali ke-58 di peringkat sekolah. Semoga murid-murid SMK Sayong
mendapat impak yang positif hasil daripada sambutan kali ini.

4.2

Pertandingan Mewarna Suasana Hari Kemerdekaan

Pada 24hb Ogos hingga 04hb September 2015, telah


berlangsungnya pertandingan mewarna suasana hari kemerdekaan
kali ke-58. Penyertaan terbuka kepada semua murid SMK Sayong
dan dibahagikan mengikut kategori menengah rendah serta

menengah atas.
pertandingan ini:

Berikut

adalah

senarai

pemenang

bagi

A. Pertandingan Mewarna ( Menengah Rendah)


i.
ii.
iii.

Johan:
Mardiyah Solehah ( 1 Suria)
Naib Johan:
Nur Nasrin Syaugina Bt Khairul Nasir ( 1
Suria)
Ketiga:
Nur Suhadah Bt Sulaiman ( 2 Kejora)
Sagu hati:
- Shahrizan Bin Amaran ( 1 Uranus)
- Nurin Fatini Bt Adnan ( 1 Suria)
- Nur Syafiqah Bt Ramli ( 3 Suria)

B. Pertandingan Mewarna ( Menengah Atas)


i.
ii.
iii.

4.3

Johan:
Naib Johan:
Ketiga:

Nur Shafiq Ikhwan B Isma Johari ( 4 K2)


Nur Liyana Bt Jaafar ( 4 K1)
Nurul Saidatul Ashah Bt Shariffudin ( 4 SP)

Penyerahan Jalur Gemilang

Pada 28hb Ogos 2015 telah berlangsungnya program


penyerahan jalur gemilang kepada wakil setiap kelas. Tujuan utama
program ini diadakan adalah untuk melahirkan rasa cinta dan kasih
kepada tanah air Malaysia sempena sambutan kemerdekaan kali ke
58 tahun 2015. Bertepatan dengan tema pada kali ini Sehati
Sejiwa, majlis sambutan kemerdekaan ini dapat menaikkan
semangat nasionalisme dalam jiwa murid dan guru SMK Sayong.
Program ini berjalan dengan lancar. Pelajar berkumpul pada
pukul 7.15 pagi ditapak perhimpunan. Guru bertugas mengarahkan
pelajar untuk bersedia dan beratur mengikut kelas masing-masing.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin. Kemudian, bermula program
penyerahan Jalur Gemilang oleh Pengetua kepada wakil setiap kelas.
Semua murid pula dibekalkan dengan jalur gemilang bersaiz kecil
untuk bersama-sama memeriahkan majlis. Program kibaran jalur
gemilang berlangsung meriah dengan iringan lagu Tanggal 31 dan
Sehati Sejiwa. Majlis bersurai pada pukul 8.20 pagi.
4.4

Pertandingan Hiasan Kelas

Antara program lain yang telah dilaksanakan adalah


pertandingan hiasan kelas sempena sambutan kemerdekaan
Malaysia tahun 2015. Pertandingan ini telah berlangsung pada 04hb
Ogos 2015 hingga 18hb September 2015. Beberapa kriteria diambil
kira dalam proses pemarkahan yang mana telah diuruskan oleh Unit

Hal Ehwal Murid. Kesan positif yang boleh dilihat semasa


pertandingan ini adalah sikap bekerjasama antara murid untuk
mencantikkan kelas masing-masing. Sikap positif seperti ini dapat
melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing di peringkat
yang lebih tinggi. Berikut adalah senarai pemenang bagi
pertandingan ini:
i.

Tingkatan 1
Johan:
Naib Johan:

Kelas 1 Kejora
Kelas 1 Musytari

ii.

Tingkatan 2
Johan:
Kelas 2 Musytari
Naib Johan: Kelas 2 Suria

iii.

Tingkatan 4
Johan:
Kelas 4 Kemanusiaan 1
Naib Johan: Kelas 4 Sains Pertanian
Juara Keseluruhan: Kelas 4 Sains 2

5.0

SASARAN
Semua Guru/Staf dan Murid SMK Sayong, Kuala Kangsar.

6.0

PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN


SUMBER KEWANGAN:
Peruntukan PCG Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
PERBELANJAAN:

Bil
1
2
3
4
5
6

Perkara
Kertas Lukisan
Tiang bendera
Colour pencil
Water colour
Blue paper
Hamper*

Kuantiti
7 Rim
25
14
6
6

Harga (RM)
12.30
2.00
6.21
12.73
8.39

Jumlah (RM)
86.00
50.00
87.06
50.94
50.38
120.00

JUMLAH

444.38

*Hamper:
Bil.
1
2
3
4
5
6
7
8

Perkara
Brush x-art nylon (BR-660-4)
Brush x-art nylon (BR-660-2)
Water colour pencil- 12 short
Water colour pencil- 12 long
Water colour plate
Sketch book
Sketch book
Plastic hamper wrapper
Jumlah

Kuantiti
6pcs
6pcs
4pcs
4pcs
6pcs
2cpy
4cpy
1pcs

Harga (RM)
2.07
4.52
6.41
12.73
0.66
3.01
4.62
0.76

Jumlah (RM)
12.45
27.17
25.66
25.47
3.96
6.04
8.49
0.76
120.00

Resit: Rujuk Lampiran

7.0

ISU DAN CABARAN


7.1

Murid lelaki kurang bersemangat mengibarkan jalur gemilang


pada awal majlis berbanding murid perempuan. Hanya selepas
separuh majlis berlangsung, barulah murid lelaki secara
keseluruhannya mengibarkan jalur gemilang dengan penuh
semangat.

8.0

PENAMBAHBAIKAN
8.1

Cadangan penambahbaikan untuk sambutan akan datang


ialah wakil setiap kelas yang mendapat jalur gemilang bersaiz
besar perlu memasangnya di sekitar pagar hadapan sekolah
untuk lebih menaikkan semangat sambutan kemerdekaan.

Disediakan oleh:

(PN HJH MAIZON BT KHALID)


Ketua Panitia
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
SMK Sayong
Disemak oleh:

.
(EN TAUFIK SUHAIMI BIN AHMAD)
Guru Kanan Kemanusiaan
SMK Sayong

Disahkan oleh :

..
(PN. HJH PARIDAH BT. HJ HASHIM)
Pengetua
SMK Sayong

LAMPIRAN:
RESIT PERBELANJAAN

LAMPIRAN: GAMBAR

Majlis penyerahan Jalur Gemilang oleh Pengetua kepada wakil setiap kelas.

Murid bersedia untuk mengibarkan Jalur Gemilang.

Majlis kibaran Jalur Gemilang bermula

Majlis dimeriahkan dengan iringan lagu Tanggal 31 dan Sehati Sejiwa

Guru turut memeriahkan sambutan kibaran Jalur Gemilang.

Pertandingan Hiasan Kelas

Anda mungkin juga menyukai