Anda di halaman 1dari 6

PERKARA

Mengumumkan ketibaan Encik


, Pegawai
Pelajaran Daerah Kota Kinabalu diiringi Yang Berusaha, Encik
Yahya Yusop, Guru Besar Sk Babagon Toki masuk ke dalam
dewan.
Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu
Negaraku, Lagu Sabah Tanah Airku dan Lagu Sekolah. Hadirin
dipersilakan untuk berdiri.
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara,
Yang Berbahagia, Encik ,
Pegawai Pelajaran Daerah Kota Kinabalu merangkap perasmi
Majlis Anugerah Cemerlang SKBT 2015.
Yang Berusaha, Encik Yahya Yusop, Guru Besar Sk Babagon Toki
merangkap Penasihat Majlis Anugerah Cemerlang SKBT 2015.
Yang Berusaha, Encik , Pengerusi
Persatuan Ibubapa & Guru, Sk Babagon Toki.
Yang Dihormati, barisan penolong-penolong kanan, guru-guru,
tuan-tuan, puan-puan, dan seterusnya pelajar-pelajar Sk
Babagon Toki yang dikasihi sekalian.
Selamat datang ke Majlis Anugerah Cemerlang kali ke-45 dan
Konvokesyen Prasekolah kali ke-5, Sk Babagon Toki bagi tahun
2015.
Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,

CATATAN

Moga majlis sentiasa diberkati.


Dengan itu, majlis menjemput Ustaz Alias Bin Mohamed untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin sekalian, majlis kita dimulakan dengan mendengar
ucapan daripada wakil murid tahun 6 2015, adik
.. Dipersilakan.
Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan adik
...... itu tadi.
Seterusnya, dijemput adik .. wakil
murid prasekolah utk memberikan ucapan. Dipersilakan.
Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan itu tadi.
Selanjutnya, marilah sama-sama kita mendengar ucapan
sepatah dua kata daripada encik
.merangkap pengerusi
Persatuan Ibubapa & Guru Sk Babagon Toki. Dipersilakan.
Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan encik
itu tadi.
Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan,
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.
Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan yang
berusaha Encik Yahya Yusop, Guru Besar Sk Babagon Toki,
merangkap penasihat Majlis Anugerah Cemerlang SKBT 2015
untuk menyampaikan kata-kata aluan. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan alu-aluan
itu tadi.

Hadirin sekalian, tibalah masa yang ditunggu-tunggu, ucapan


perasmian oleh yang berbahagia, encik
... pegawai pelajaran daerah kota
kinabalu. Dipersilakan.
bunga selasih di dalam taman,
harum melati penyeri intan,
terima kasih ucapan tuan,
kekal bersemi dalam ingatan.
Dengan ini, maka rasmilah sudah majlis anugerah cemerlang
kali ke45
dan konvokesyen prasekolah kali ke5 sk babagon toki bagi
tahun 2015.
berkebaya batik berwarna merah,
diserikan dengan permata berlian,
tibalah masa penyampaian anugerah,
penerima teruja menunggu giliran.
Majlis anugerah cemerlang dimulakan dengan sesi
penyampaian sijil dan hadiah untuk graduasi murid prasekolah.
Untuk itu, majlis mempersilakan tuan guru besar utk menjemput
dan mengiringi encik .... bagi
menyempurnakan acara. Dipersilakan.
Mendahului senarai penerima untuk graduasi murid prasekolah
ialah :
-murid tamat prasekolah umur 6 tahun (rujuk buku aturcara)
-murid tamat prasekolah umur 5 tahun (rujuk buku aturcara)
-tokoh kanak-kanak prasekolah (rujuk buku aturcara)
sehabis merah daun yang sihat,
dahan melebar bercerita sakan,

majlis anugerah mohon berehat,


persembahan pelajar kita saksikan.
marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada murid
tahun 6 2015. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi. Untuk
makluman hadirin, persembahan itu tadi adalah dibawah
bimbingan cikgu
Majlis kita diteruskan dengan penyampaian anugerah untuk
kehadiran terbaik 2015, murid berpotensi & murid berdisiplin
2015 serta LINUS terbaik. Bagi menyempurnakan acara,
dijemput
Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas
penyempurnaan acara itu tadi.
hadirin sekalian, kita serikan lagi majlis kita pada pagi ini
dengan menyaksikan persembahan bomboo dance daripada
pelajar-pelajar sk babagon toki. Dipersilakan.
majlis mengucapkan terima kasih. Persembahan itu tadi adalah
dibawah bimbingan cikgu .
acara seterusnya ialah penyampaian anugerah bagi akademik
terbaik prasekolah 2015, pencapaian terbaik mata pelajaran dan
akademik terbaik untuk tahun 1 hingga tahun 6. Majlis dengan
ini menjemput dan mempersilakan
..untuk menyempurnakan
acara. Dipersilakan.
majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyempurnaan
acara itu tadi.
hadirin sekalian, sebelum kita ke acara kemuncak pada hari ini,
terlebih dahulu marilah kita sama-sama menyaksikan
persembahan terakhir iaitu nyanyian duet daripada adik
..& adik

..Dipersilakan.
majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan yang
sungguh bersemangat itu tadi.
terbang tinggi si burung helang,
berkicau kenari sambil berterbangan,
insan cemerlang Negara terbilang,
anugerah diberi tanda kecemerlangan.
bagi menyempurnakan acara, sekali lagi majlis mempersilakan
tuan guru besar utk menjemput dan mengiringi encik
... bagi menyempurnakan acara. Dipersilakan.
Mendahului senarai penerima untuk anugerah sijil lulus UPSR
2015, sijil tamat tahun 6 2015 dan sijil penyertaan program
berita harian ialah adik (rujuk buku aturcara)
Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
encik atas kesudian beliau untuk hadir dan
merasmikan majlis kita pada hari ini, dipersilakan tuan guru
besar untuk menyampaian cenderahati daripada pihak sekolah.
Dengan itu, maka tamatlah sudah majlis kita pada hari ini,
sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung untuk menjayakan majlis pada hari ini. Saya akhiri
dengan dua rangkap pantun :
bunga dedap di atas para,
anak dusun pasang pelita,
kalau tersilap tutur bicara,
jemari disusun maaf dipinta.
di atas dahan burung tempua,
melihat rusa tepi perigi,
salam perpisahan untuk semua,

dilain masa bersua lagi.


Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, assalamualaikum wbt.
lebat rumbia di sungai kedah,
sayang senduduk ditepi muara,
penganan mulia terletak sudah,
samalah duduk menjamu selera.
Semua hadiri dijemput untuk menikmati hidangan makanan
yang telah disediakan. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai