Anda di halaman 1dari 15

Teori Pembelajaran Kognitif: Jean Piaget

Dalam Teori Perkeembangan Kognitif Kanak-kanak, Piaget menekankan pengubahsuaian diri


dalam alam sekitar adalah faktor yang penting dalam alam sekitar adalah faktor yang penting
dalam perkembangan kognitif individu. Beliau berpendapat, di dalam proses pengubahsuaian
diri dalam alam sekitar, pembelajaran sebenarnya telah berlaku apabila individu memperolehi
pengalaman daripada proses interaksinya dengan orang lain, perkara, atau benda yang
terdapat dalam alam sekitar.
Konsep Teori Kognitif Piaget
Skema (Schme)
Skema merupkan model tingkah laku asas individu yang ditonjolkan

semasa proses

pengubahsuaian.
Skema merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu
dengan cara tertentu.Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa
gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang,
mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.
Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak
menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak
menyakitkan seperti contoh, jari ibu. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana
bayi bertindakbalas dengan persekitarannya. (Mok Soon Sang,2013)
Asimilasi (Assimilation)
Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan
skema yang sedia ada.
Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi
skemamhasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak
yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak- kanak tersebut akan menggunakan
skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak
tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".
Akomodasi (Accomodation)

Ini merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.Akomodasi


berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang
belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. Contohnya,
kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek
baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.
Adaptasi (Adaptation)
Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi
untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanakkanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan
kehendak persekitaran.
Keseimbangan (Equilibrium)
Proses yang berlaku adalah kerana kehilangan keseimbangan

buat sementara di antara

individu dengan alam sekitar.


Untuk mengekalkan keseimbangan ini, individu hendaklah mengubahsuai diri melalui proses
adaptasi.
Dalam proses ini, keseimbangan adalah sama dengan sesuatu kuasa pengerak dalaman , iaitu
di bawah konteks psikologi, dikatakan sebagai motivasi pembelajaran.
Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak teori kognitif Piaget
Piaget telah membahagikan empat peringkat perkembangan kognitif ia itu :
Peringkat Deria Motor ( 0-2 tahun ).
Tingkah laku mereka secara pantulan dan terbatas atau dapatkan objek menggunakan deria
motor. Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami
dan berinteraksi dengan persekitarannya. Kanak-kanak berubah daripada organisma yang
reflek kepada organisma yang berfikir menggunakan bahasa, membezakan objek.

Antara 4 hingga b bulan, bayi itu kelihatan telah mempunyai daya koordinasi di antara
penglihatan dan sentuhan. Kanak-kanak peringkat ini juga berupaya mencari benda yang hilang
dari pandangannya dan mereka juga tahu kewujudan benda itu selain dari dirinya.
Di antara 1 hingga 2 tahun, kanak-kanak cuba menggunakan berbagai-bagai skema iaitu
struktur-struktur kognitif yang digunakan untuk mengadaptasikan perseketarannya. Kanakkanak berupaya melakukan dan menyelaraskan maklumat yang diterima.
Pada akhir 2 tahun, kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang yang
mudah. Dari kelahiran hingga umur 2 tahun, kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara
deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objekobjek yang dapat dilihat dalam persekitarannya. (Mok Soon Sang,2013)
Peringkat Pra Operasi ( 2-7 tahun )
Pada peringkat ini, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku dengan pesat dan mereka dapat
menamakan benda-benda. Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk
menggambarkan sesuatu konsep.
Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melelui
bahasa yang dikuasainya, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Kanak-kanak bersifat
egosentrik. Hal ini mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalh serupa
dengannya. Disedabkan mereka tidak dapat membezakan angan-angan dengan kenyataan,
mereka percaya semua objek mempunyai jiwa.
Mereka hanya boleh memikir dengan secara transduktif, iaitu daripada contoh khusus kepada
contoh khusus sahaja. Namun demikian mereka tidak boleh memikr secara deduktif dan secara
induktif.
Deduktif: daripada umum kepada contoh khusus
Induktif: daripada contoh khusus kepada umum
Pada akhir peringkat ini, mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong
kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep
pengabadian bilangan.

Kekurangan kanak-kanak dalam peringkat par-operasi ini:


(a) ketiadaan keupayaan untuk menggambarkan proses transformasi.
kanak-kanak tidak boleh melihat perubahan yang berlaku dalam proses transformasi.
Mereka hanya boleh memerhati satu keadaan pada satu-satu ketika sahaja.
(b) Ketiadaan keupayaan mengamati opersi songsang.
Kanak peringkat ini tidak mempunyai kebolehan untuk membuat perbandingan di antara
proses yang telah diubah dengan asal.
(c) Belum menguasai konsep pengabadian
Mereka menggangap bilangan dan panjang adalah sama. Berbagai eksperimen telah
dibuat dan dapat dibuktikan menunjukkan bahawa kanak-kanak belum dapat menguasai
konsep pengabadian kuantiti. (Mok Soon Sang,2013)
Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun )
Pada peringkat ini kanak-kanak terbentuknya pemikiran yang lebih logik tetapi terhad. Mereka
dapat membuat penyelesaian mental dan maklumat yang baru kerana mereka berupaya
memahami konsep dan hipotesis yang mudah. Ketika selesaikan masalah, mereka sentiasa
berfikiran secara pembalikan.
Egocentrik mereka berkurangan pada perinkat ini, oleh itu mereka boleh berkongsi idea dan
berinteraksi dengan orang lain.
Mereka juga mempunya naluri ingin yang tinggi, ini boleh dikaitkan dengan mereka yang ingin
mencapai kejayaan dan kehendak mereka. Mental kanak-kanak peringkat ini berkembang
dengan baik. Penguasaan pengetahuan, ingatan dan pemikran mereka bertambah. Mereka
juga faham dengan konsep sebab-musabab, luas, masa, laju lambat dan ruang.
Di dalam perinkat ini, kebanyakkan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada
objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung. (Mok Soon Sang,2013)
Peringkat Operasi Formal ( selepas 12 tahun )

Peringkat ini bermula dari umur 12 tahun dan perkembangan kognitif biasanya mencapai
kemuncak di penghujung umur 16 tahun.
Dalam peringkat ini, remaja telah boleh memikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan
masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh memikir secara deduktif dan indektif, dan
menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat rumusan
atau generelisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik.
Selain daripada itu, remaja juga bioleh menggunkan simbol-simbol matematik untuk
menggambarkan

konsep

yang

abstrak,

mengaitkan

satu

konsep

yang

lain

serta

menggambarkan logik untuk menyelesaikan masalah matematik. (Mok Soon Sang,2013)


Teori sosio-budaya Vygotsky
Vygotsky sangat dikenali sebagai seorang ahli psikologi pendidikan yang memperkenalkan teori
sosiobudaya.
Teori yang dinyatakan oleh vygotsky ini merupakan teori gabungan antara kognitif gabungan
antara kognitif dengan sosial persekitaran.
Teori ini juga menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi
kanak-kanak dengan orang ada di sekitaranya yang menjadi alat penyampaian sesuatu budaya
yang membantu mereka membina pandangan tentang sekelilingnya.
Pandangan Vygotsky mengenai konsep sosial-budaya
Teori vygotsky menawarkan satu potret perkembangan manusia sebagai sesuatu yang tidak
terpisah dari kegiatan-kegiatan sosial dan budaya.
Vygotsky menekankan bagaimana proses-proses perkembangan mental seperti ingatan,
perhatian dan penaluran melibatkan pembelajaran mengunakan penemuan-penemuan
masyarakat seperti bahasa, sistem matematik, dan alat-alat ingatan.
Ia juga menekankan bagaimana anak-anak dibantu berkembang dengan bimbingan dari orangorang yang sudah berpengalaman di dalam bidang-bidang tersebut.
Menurut vygotsky, anak-anak lahir dengan fungsi mental yang relatif dasar seperti kemampuan
untuk memahami dunia luar dan memusatkan perhatian.
Pandangan Vygotsky mengenai perkembangan bahasa

Vygotsky lebih banyak menekankan bahasa dalam perkembangan kognitif daripada Piaget.
Bahasa dan pemikiran berkembang sendiri , tetapi selanjutnya anak mendalami bahasa dan
belajar menggunakan sebagai alat untuk membantu menyelesaikan masalah.
Kemahiran berbahasa dan pemikiran kanak-kanak akan berkembang dengan sendiri mengikut
tahap dan masa yang dilaluinya, tetapi selanjutnya kanak-kanak akan mendalami kemahiran
berbahasa

dan

belajarnya

serta

menggunakannya

sebagai

alat

untuk

membantu

menyelesaikan masalah yang dihadapi.


Pandangan Vygotsky mengenai Zon Perkembangan Proksimal
Maksud Zon Perkembangan Proksimal adalah menitikberatkan Zon Perkembangan Proksimal
interaksi sosial akan dapat memudahkan perkembangan anak.
Vygotsky percaya bahawa anak-anak lebih berkembang jika berinteraksi dengan ornag lain.
Menurut beliau, Zon Perkembangan Proksimal merupakan celah antara actual development
dan potensial development, dimana antara apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu
tanpa bentuan orang dewasa dan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu dengan
arahan orag dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya.
Konsep Scaffoding menurut Vygotsky
Scaffolding merupakan suatu istilah yang ditemukan oleh seorang ahli psikologi perkembangankognitif masa kini, Jerome Bruner. Scaffolding bermakna membina sesuatu sistem struktur
untuk memanjat dengan tujuan membuat sesuatu kerja di tempat yang tinggi. Ia merupakan
sistem struktur (bantuan) yang menyokong pelajar menjalankan aktiviti atau tugasan.
Mengikut vygotsky, proses ini bergerak dari komunikasi sosial luaran kepada proses
metakognisi dalaman seorang pelajar, mengembangkan penaakulannya supaya memikir dan
memilih strategi yang berkesan untuk menyelesaikan masalah.
Pandangan Vygotsky mengenai Konstruktivisme
Kontruktivisme adalah suatu teori belajar yang mempunyai suatu pedoman dalam falsafah dan
antropologi sebaik psikologi

Konstruktivisme yang mempunyai pengaruh besar pada tahun 1930 yang bekerja sebagai ahli
Psikologi Rusia adalah L.S. Vygotsky, yang sangat tertarik pada kesan interaksi pelajar dengan
rakan sekelas dalam pelajaran.
Vygotsky percaya bahawa subjek yang dipelajari berpengaruh dalam proses belajar, dan
mengakui bahawa setiap disiplin ilmu mempunyai matlamat pembelajaran tersendiri
Teori pembelajaran Mazhad Sosial
Bandura lahir pada tanggal 4 Desember 1925 di Mondare alberta berkebangsaan Kanada. Ia
seorang psikologi yang terkenal dengan teori belajar sosial atau kognitif sosial serta efikasi diri.
Eksperimennya yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan anak
meniru secara persis perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya.
Social Cognitive Theory examines the processes involved as people learn from observing
others and gradually acquire control over their own behaviour
( Bandura 1986, 1997 )
Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran
akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan
permodelan. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang
disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat
memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.
Menurut Bandura, untuk pembelajaran, pemerhatian wujud adalah penting untuk individu
berkenaan berbuat demikian:
Terdapat 4 unsur utama dalam peniruan
1) Tumpuan ('Attention')
Subjek harus memberi tumpuan kepada tingkahlaku model untuk membolehkannya
mempelajarinya. Sama ada subjek memberi perhatian atau tumpuan tertakluk kepada nilai,
harga diri , sikap, dll yang dimiliki. m.s. seorang pemain musik yang tidak yakin diri mungkin
meniru tingkahlaku pemain musik terkenal sehingga tidak mewujudkan stailnya yang
tersendiri.Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "Social Learning & Personality
Development" menekankan bahawa hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran boleh
berlaku.

2) Penyimpanan ('Retention')
Subjek yang memerhati harus mengenkod peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Ini
membolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini.
3) Penghasilan ('Reproduction')
Setelah mengetahui atau mempelajarai sesuatu tingkahlaku, subjek juga mesti mempunyai
kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkahlaku. m.s.
memandu kereta, bermain tenis. Bagi sesetengah tingkahlaku kemahiran motor diperlukan
untuk mewujudkan komponen-komponen tingkahlaku yang telah diperhatikan.
4) Motivasi
Juga penting ialah untuk sujek berkenaan mempunyai sebab dan keinginan untuk meniru.
Ciri-ciri Teori Pemodelan Bandura
1. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.
2. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.
3. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model.
4. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.
5. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah laku atau gerak
balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.
Mahzad sosial menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan mahzad behavioris
dengan mahzad kognitif. Tokoh mahzad sosial, seperti Bandura menegaskan pembelajaran
melalui proses permodelan, iaitu pembelajaran melalui proses pemerhatian dan peniruan.
Mengikut teori Bandura, pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas
tingkah laku manusia.
Melalui permerhatian terhadap proses dan hasil perubahan tingkah orang lain, individu, secara
tidak langsung, mempelajarari pula merupakan perubahan tingkah laku tersebut.
Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model, dan proses pembelajaran melalui
pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Bandura menenal pasti empat unsur

utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau permodelan, iaitu perhatian,
mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi
Perbezaan Teori Kognitif Piaget, Teori Sosio-budaya Vygotsky dan teori pembelajaran
sosial bandura.

Dari segi konsep, teori knognitif Piaget mempunyai lima konsep iaitu skema (Schme),
asimilasi (Assimilation), komodasi (Accomodation), adaptasi (Adaptation) dan keseimbangan
(Equilibrium). Skema merupkan model tingkah laku asas individu yang ditonjolkan semasa
proses pengubahsuaian. Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru
diperolehi dengan skema yang sedia ada. Manakala komodasi merupakan suatu proses di
mana struktur kognitif mengalami perubahan.Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat
mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan
kognitif kanak-kanak. Adaptasi merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di
antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Dan keseimbangan
adalah sama dengan sesuatu kuasa pengerak dalaman , iaitu di bawah konteks psikologi,
dikatakan sebagai motivasi pembelajaran. Teori Vygotsky pula lebih kepada teori gabungan
antara kognitif dengan sosial persekitaran dan menyatakan perkembangan kanak-kanak
bergantung kepada interaksi kanak-kanak dengan orang yang terdapat di persekitaranya
manakala Bandura menjelaskan bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang
disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat
memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.
Ketiga-tiga teori ini juga mempuyai perbezaan dari segi implikasinya dalam pengajaran
dan pembelajaran. Menurut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah disusun
dmengikut peringat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak,
daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru,
daripada kasar kepada halus, mengikut perkembangan fizikal individu. Mengikut beliau,
pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan
kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struk kognitifnya agar
mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Oleh itu, guru hendaklah
menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran kerana proses
akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsik individu.

Implikasi teori Vygotsky dalam pembelajaran kognitif kepada proses pembelajaran


murid-murid ialah merangsang ingatan kanak-kanak semula, cara mendapatkan pengetahuan
ialah bergantung kepada kanak-kanak dan isi-isi kandungan pelajaran hendaklah disusun
mengikut peringkat perkembangan-perkembangan kanak-kanak Implikasi Teori Vygotsky ke
atas pengajaran dan pembelajaran, penilaian perlu difokuskan untuk menentukan Zon
Perkembangan Proksimal setiap kanak-kanak. Guru perlu meberi latihan yang berbeza
kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya diberi. Gunakan Zon
Perkembangan Proksimal dalam pengajaran. Tetapkan objektif untuk kanak-kanak capai. Tahap
kesukaran objektif perlu ditingkatkan lebih tinggi daripada pencapaian kanak-kanak ketika itu.
Guru adalah diperlukan untuk membantu dan memberiri galakan dan semangat untuk kanakkanak yang mencuba dan mengaplikasi kemahiran supaya mencapai objektif-objektif tertentu.
Guru-guru juga perlu mengalakkan rakan sebaya yang sudah mahir untuk membimbing rakan
yang lain. Kurangkan penghafalan, bimbing pelajar mengaplikasi pengetahuan kepada
pengalaman sebenar.
Dan untuk teori Bandura pula, guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang
sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan mereka. Untuk
membolehkan kanak-kanak memperoleh pengalaman dan pengtahuan yang bermakna, adalah
wajib kanak-kanak diberi peluang untuk meneroka, menyentuh dan merasa. Selain itu, Guru
boleh menyediakan situasi-situasi penyelesaian masalah semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan dan membimbing murid dengan menyediakan bahan-bahan yang
disediakan, mengarah pelajar membuat pemerhatian, membentuk hipotesis dan menguji
penyelesaian. Penggunaan bahan-bahan sokongan seperti gambar, carta dan objek sebenar
boleh digunakan untuk memudahkan murid-murid memahami proses pembentukan konsep.
Perbezaan

Teori Kognitif Piaget


Jean Piaget

Teori Sosio-budaya
Vygotsky
Lev Vygotsky

Teori

Pembelajaran

Sosial Bandura
Albert Bandura

Pengasas

Konsep

Skema (Schme)
Gabungan antara
Asimilasi (Assimilation)
kognitif dengan
Komodasi (Accomodation)

Aspek pemerhatian.
Aspek peniruan.

sosial persekitaran.
Perkembangan
kanak-kanak
bergantung kepada
Adaptasi (Adaptation)
Keseimbangan
(Equilibrium)

interaksi kanakkanak dengan


orang.
Merangsang ingatan
kanak-kanak

Isi pelajaran disusun


mengikut peringkat
perkembangan kognitif
kanak-kanak.
Implikasi Teori Pembelajaran yang baru
dalam

menggunakan proses

Pengajaran
dan

akomodasi.
Langkah-langkah
pengajaran dan

Pembelajaran

pembelajaran yang
berdasarkan implikasi
Teori Pembelajaran
kognitif Piaget.

semula.
Cara mendapatkan
pengetahuan ialah
bergantung kepada
kanak-kanak.
Isi-isi kandungan

Menyediakan bahan
bantu mengajar.
Kanak-kanak diberi
peluang untuk
meneroka,

pelajaran hendaklah
disusun mengikut
peringkat
perkembangan-

menyentuh dan
merasa.
Pelajar membuat

perkembangan
kanak-kanak.
Penilaian perlu
difokuskan untuk
menentukan Zon

pemerhatian,
membentuk
hipotesis dan
menguji
penyelesaian.

Perkembangan
Proksimal setiap
kanak-kanak.
Peringkat
perubahan
kanak-kanak
Pekara

Peringkat Deria Motor


Peringkat Praoperasi
Peringkat Operasi Konkrit
Peringkat Operasi Formal

yang Perkembangan kanak-

Ditekankan

Had Atas
Zon Perkembangan
Proksimal
Had Bawah
Menekankan peranan

Pembelajaran

kanak sebagai

sosial dan budaya

melalui

perkembangan kendiri di

dalam

pemerhatian dan

peniruan

mana mereka meneroka,


membentuk idea dan

perkembangan

mengujinya secara

minda kanak-kanak.

individu.

merupakan
pembentukan asas
tingkah laku
manusia.

Teori yang dipilih


Setelah membuat kajian dan perbandingan ketiga-tiga teori perkembangan kognitif
Piaget, Vygotsky dan Bandura, saya berpendapat teori perkembangan kognitif adalah yang
paling sesuai dan tepat dalam menghuraikan tingkah laku dan perkembangan kognitif kanakkanak.
Teori ini melihat perkembangan kanak-kanak sebagai perkembangan kendiri di mana
mereka meneroka, membentuk dan mengujinya secara individu. Sosial dan budaya memainkan
peranan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Menurut teori ini, pemikiran kanakkanak berkembang akibat dari pergaulan dengan orang lain. Sejak lahir, kanak-kanak yang
digelar sebagai bayi telah bermula perkembangan kognitifnya.
Kanak-kanak belajar dari apa yang dipraktikkan kerana mereka tidak dapat membina
pengetahuannya sendiri berdasarkan persekitarannya. Pengetahuan dan maklumat kanakkanak perlu diperoleh dan dibina melalui interaksi sosial dengan individu yang lebih
berpengalaman seperti ibu bapa, adik beradik, keluarga terdekat, guru dan rakan sebaya
selepas telah memasuki zaman persekolahan. Individu-individu ini akan bertindak memberi
arahan, maklum balas dan membimbing komunikasi kanak-kanak. Kanak-kanak kemudiannya
akan menggunakan maklumat-maklumat ini di dalam interaksi-interaksi yang lain iaitu mungkin
semasa bermain atau berdepan dengan situasi yang hampir sama pada masa depan.
Zon Perkembangan Proksimal ialah istilah yang digunakan oleh Vygotsky untuk
menerangkan bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh
dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih
mahir. Vygotsky telah membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada had atas dan had
bawah. Had bawah merupakan kemahiran yang boleh dicapai sendiri oleh kanak-kanak.
Manakala had atas pula adalah kemahiran-kemahiran yang sukar dicapai oleh kanak-kanak dan
memerlukan bantuan daripada individu yang lebih berkemahiran. Ruangan Zon Perkembangan
Proksimal mewakili kemahiran-kemahiran kognitif kanak-kanak yang di dalam proses

kematangan dan akan mencapai kematangan dengan bantuan individu yang lain. (Goas, 2004;
Gray & Feldman, 2004)
Saya lebih bersetuju dengan teori Vygotsky kerana beliau juga mengatakan bahawa
kanak-kanak dapat berkomnikasi dengan diri mereka sendiri selain dari berkomukasi dengan
orang lain untuk mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang lebih sukar. Bercakap
sendiri ini menolong kanak-kanak tersebut merancang dan mengawal tingkah laku mereka
sendiri. Beliau juga percaya kanak-kanak yang banyak bercakap sendiri mempunyai lebih
kemahiran sosial berbanding kanak-kanak yang kurang bercakap sendiri.

Aktiviti Bermain Pasir


Terdapat pelbagai jenis aktiviti luar yang boleh meningkatkan perkembangan kognitif
kanak-kanak misalya melalui aktiviti bermain pasir. Dalam ruang aktiviti bermain pasir, terdapat
beberapa jenis aktiviti yang boleh dimainkan oleh kanak-kanak. Contohnya, pembinaan istana
pasir, lukisan pasir, membina dunia pasir, reka bentuk pasir dan lain-lain.
Istana pasir ialah satu seni binaan yang berlainan dengan permainan Lego. Bahan
utama yang diperlukan untuk melakukan aktiviti pembinaan istana pasir ini ialah pasir dan air.
Tanpa bahan utama ini, istana pasir yang diimaginasikan tidak dapat dibina dengan sebaikanya.
Alatan lain yang diperlukan juga adalah penyodok, gelas, pelbagai bentuk acuan dan juga botol
kosong. Berdasarkan bahan-bahan yang kelihatan biasa ini, kanak-kanak akan menggunakan
daya kreatif mereka untuk mereka dan membentuk pelbagai bentuk berkaitan istana pasir
berdasarkan acuan pasir, air dan bahan-bahan tersebut. Walaupun aktiviti ini membuatkan
kanak-kanak menjadi kotor dengan pasir, namun faedah sebenarnya yang diperolehi melalui
pengalaman bermain ini lebih penting daripada kesan kotoran tersebut.
Kanak-kanak bermain untuk membina pengetahuan dan mengenali dunia mereka
sendiri. Mereka akan menggunakan pelbagai bahan yang sedia ada untuk menghasilkan
ciptaan mereka sendiri. Melalui aktiviti pembinaan istana pasir ini, kanak-kanak akan dapat
mengeluarkan idea kreatif mereka secara

bebas dan tidak terbatas. Dalam situasi ini,

contohnya jika mereka hendak membina kereta sebagai perhiasan untuk istana dan biasanya
budak lelaki lebih suka membina meriam di kawasan istana mereka, mereka boleh membinanya
berdasarkan idea masing-masing tanpa ada sekatan atau halangan dari pihak orang yang lebih
dewasa. Aktiviti ini juga melibatkan daya pemikiran yang tinggi dalam proses menyiapkannya.

Contohnya mereka terpaksa berfikir dimana mereka hendak meletakkan perhiasan dan
bagaimana mereka hendak mengukuhkan bentuk supya tidak runtuh dan mereka akan banyak
befikir tentang bentuk-bentuk yang akan dibina. Dalam proses ini, kanak-kanak akan banyak
bercakap sendiri. Contohnya: macam mana kalau ada raksasa yang datang mengacau istana
sayaya betul boleh buat meriam besar secara tidak langsung ini telah dapat meningkatkan
perkembangan kognitif kanak-kanak.
Permainan pasir ini juga dapat membina kemahiran sosial kanak-kanak. Kemahiran ini
dapat dibina dengan kita sebagai guru boleh membahagikan mereka (kanak-kanak) kepada
beberapa kumpulan dan bermain dalam kelompok kumpulan atau menghasilkan sesuatu
dengan kerjasama ahli kumpulan. Secara tidak langsung, kanak-kanak akan bermain sesama
sendiri dan mereka akan berinteraksi serta mengenal keperluan orang lain, bertolak ansur,
bekerjasama dan membina nilai-nilai murni daripada aktiviti-aktiviti yang berlangsung. Contoh
bekerjasama yang mungkin berlaku ialah mereka bekerjasama meratakan kawasan pasir yang
hendak digunakan dan nilai bertolak ansur akan dipupuk agar tidak berlakunya perebutan
dalam mendapat kawasan pasir yang terhad. Kemahiran berbehasa juga dapat dapat
ditingkatkan secara tidak langsung melalui aktiviti sebergini. Dan menurut Vygotsky, pemikiran
kanak-kanak akan berkembang hasil dari pergaulan dengan orang lain. Melalui aktiviti bermain
pasir, terbuktilah berlaku perkembangan kognitif kanak-kanak.
Selain itu, aktiviti bermain pasir juga dapat membantu dalam membina kemairan fizikal
kanak-kanak. Terdapat dua aspek di dalam kemaiharan fizikal iaitu kemahiran motor kasar dan
kemahiran motor halus. Dalam aktiviti bermain pasir, kedua-dua ini tentu sekali dapat
dimantapkan dengan cara yang tertentu. Contohnya kemahiran motor kasar dapat diperolehi
daripada aktiviti-aktiviti seperti mengangkat pasir, membawakan baldi yang mempunyai air dan
lain-lain lagi. Kemahiran motor halus pula adalah koordinasi mata dan tangan kanak-kanak.
Contoh aktiviti ini seperti mengguli-gulikan pasir supaya menjadi bulat atau memegang pasir
dalam gengaman untuk membuat sesuatu reka bentuk yang diinginkan.
Melalui aktiviti bermain pasir, kanak-kanak juga boleh meneroka keadaan sekelilingnya
dengan lebih luas. Kanak-kanak akan membina hubungan dengan keadaan sekelilingnya dan
orang-orang di sekelilingnya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Apabila mereka
bermain, mereka akan dapat membina pola dan membina skema mereka sendiri. Dengan ini,
keyakinan kanak-kanak akan ditingkatkan dalam melakukan semua perkara. Keyakinan amat
penting untuk kanak-kanak supaya dapat mendapatkan pengetahuan tentag persekitaran.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa aspek yang perlu ditimbangkan untuk


menyediakan ruang bermain pasir untuk kanak-kanak termasuklah keselamatan contohnya
tidak terkandung bahan beracun dalam pasir, alat-alat yang dibekalkan perlu dititikberat nilai
keselamatannya, kesesuaian perluasan kawasan, dan juga kos yang diperuntukkan juga harus
bersesuaian. Kesimpulannya, aktiviti bermain pasir dapat merangsang dan meningkatkan
perkembangan kognitif kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai