Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SMK DATO

IDRIS 2016
Perhatian .Minta Kerjasama Semua Pelajar Untuk Memberi Laluan Majlis Sambutan Hari
Guru Akan Berlangsung Sebentar Lagi.
Terima Kasih.
Para Pelajar Diingatkan Berdiri Ketika Perarakan Masuk Guru-Guru Ke Dataran
perhimpunan
Rakan-Rakan Pelajar Sekalian,Marilah Sama-Sama Kita Memberikan Tepukan Yang
Gemuruh Kepada Semua Guru-Guru Smk Dato Idris
Istana Kota Sebelas Tingkat
Tempat Baharu Nakhoda Pekan
Sama Kata Sama Sepakat
Hari Guru Mari Raikan.
Batu Bernama Si Batu Bata
Tempat Hinggap Siburung Balam
Guru Itu Ibarat Pelita
Memberi Cahaya Setiap Malam

BismillahirahmanirahimAssalamualaikum , Salam SejahteraDan Selamat Pagi

Yang Berusaha, Pn hjh saibah binti hj mansor,Pengetua Smk Dato Idris.


Yang Dihormati, tn hj abdul aziz bin Ibrahim,Penolong Kanan pentadbiran,En Nor
azman bin muslimin,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,En Suhaimi bin yahaya,
Penolong Kanan Ko-Kurikulum..
guru-guru kanan, Barisan Pendidik Yang Disayangi Dan Rakan-Rakan Yang Dikasihi
SekalianSelamat Hari Guru Diucapkan Kepada Semua Guru.
Bersyukur Kita Ke Hadrat Ilahi,Kerana Pada Pagi Ini Kita Dapat Bersama-Sama
Berkumpul Bagi Meraikankan Insan Yang Amat Kita Sanjungi.Dalam Majlis
Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Smk dato idris Bagi Tahun 2016..Guru
pembina Negara bangsa Itulah Tema Perayaan Hari Guru Pada Tahun Ini.
Bacaan Bacaan Doa
Bunga Mawar Cantik Tersemat
Dipetik Gadis Di Tepi Titi
Doa Dibaca Memohon Rahmat
Moga Majlis Sentiasa Diberkati
Bagi memberkati majlis ini, dijemput saudara Muhammad muhaimin bin jailani
untuk membacakan doa..dipersilakan.
Terima kasih kepada saudara Muhammad muhaimin atas bacaan doa sebentar tadi.
Nyanyian Lagu

Sebagai Pembuka Tirai Majlis Kita Pada Hari Ini.Dijemput Para Guru Dan Pelajar
Berdiri Dan Bersama-Sama Menyanyikan Lagu Negaraku, lagu negeri perak dan lagu
sekolah
Terima Kasih Diucapkan Kepada Semua Atas Nyanyian Itu Tadi.
Anak Kecil Pergi Berburu
Tidak Terbiasa Dengan Kerja Yang Sia
Dari Kecil Di Asuh Guru
Agar Dewasa Menjadi Manusia.
Ucapan Wakil Pelajar.
Para Guru Dan Pelajar Sekalian, Seterusnya Majlis Menjemput Perwakilan Ketua
Pengawas Selaku Ketua Murid Smk dato idris Mewakili Para Pelajar, Iaitu Saudara
mohamad luqman al hakim bin abd radzak Untuk Menyampaikan Ucapan Khas
Sempena Hari Guru. Dipersilakan.
Terima Kasih Diucapkan Kepada Saudara mohamad luqman Atas Ucapan Sebentar
Tadi.
Putik Baru Mekar Di Laman
Kembang Kudup Kumbang Terikat
Hargaiku Sepanjang Zaman
Agar Hidup Beroleh Berkat.
Ucapan Pengetua
Hadirin Sekalian Majlis Diteruskan Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan pn
hjh saibah bt hj mansor, Pengetua Smk dato idris Bagi Menyampaikan Ucapan
seterusnya merasmikan sambutan Hari Guru smk dato idris bagi tahun
2016,Dipersilakan
Terbang Melayang Si Anak Kedidi,Terima Kasih Di Ucapkan Kepada Tuan Pengetua
Di Atas Ucapan Itu Tadi.

Jasamu Dikenang
Budimu Tak Terbilang
Semangatmu Dijulang
Kepimpinanmu Gemilang
Menjadikan Kami Cemerlang...
Terima Kasih Cikgu....
Ucapan Daripada Pengarah Pelajaran Malaysia.
Sidang Majlis Sekalian, Seterusnya Dijemput Pula En nor azman bin muslimin
Untuk Membacakan Teks Ucapan Daripada Pengarah Pelajaran Malaysia..
Demikianlah Tadi Teks Ucapan Daripada Pengarah Pelajaran Malaysia.Terima Kasih
Diucapkan Kepada en nor azman.

Ucapan Menteri Pelajaran


Seterusnya Pula Majlis Menjemput tn haji abdul aziz bin Ibrahim muslimin Untuk
Membacakan Teks Ucapan Menteri Pelajaran Malaysia.Dipersilakan.
Terima Kasih Diucapkan Kepada tuan haji abdul aziz.
Angin Menderu Dengan Sepoinya
Di Anak Tangga Duduk Berperikan
Kasih Guru Akan Muridnya
Masa Dan Tenaga Rela Kobankan
Bacaan Ikrar Guru/Nyanyian Hari Guru
Beralih Kita Ke Acara Seterusnya Dengan Menjemput Semua Guru berdiri Untuk
Bacaan Ikrar Yang Akan Diketuai Oleh En suhaimi bin yahaya Dan Selepas Itu,Kita
Akan Diperdengarkan Dengan Kelunakan Suara Oleh Para Guru Dengan Nyanyian
Lagu Kami Guru Malaysia
Demikianlah Tadi bazaan ikrar dan nyanyian Lagu Daripada Guru-Guru Yang Kita
Sayangi.
gimik membawa kek ke pentas
Acara Pemotongan Kek
Sekarang Kita Telah Sampai Ke Acara Pemotongan Kek Oleh pn Pengetua Dan Pen.Pen Kanan,Mohon Para Guru Bersama-Sama Bagi Mengiringi Pengetua Untuk
Acara Pemotongan Kek.
Majlis Mengucapkan Setinggi Penghargaan Kepada Para Guru Diatas Kerjasama
Yang Diberikan.
Pemberian hadiah hari guru oleh pn pengetua kepada semua guru
Dijemput semua guru untuk menerima hadiah daripada pn pengetua smk dato
idris..
Permainan kenangan mengusik jiwa
saya menyerahkan majlis kepada pn norlinda untuk menerangkan berkenaan
permainan kenangan mengusik jiwa yg akan diadakan sebentar lagi..
selepas habis permainan
Persembahan Murid
Para Guru Dan Rakan Pelajar Sekalian.
Bagi Memeriahkan Lagi Majlis Kita Pada Pagi Ini, Kita Tampilkan Persembahan
tarian ulik mayang, tarian kipas dan tarian klasik india. Sama-Samalah Kita
Saksikan.
Untuk Makluman Hadirin Sekalian,Persembahan Itu Tadi Di Bawah Pimpinan Puan
syamsiah, pn chiew siew siew dan cik aruna mary .terima kasih diucapkan

Seterusnya Pula Marilah Kita Sama-Sama Saksikan Persembahan daripada pelajarpelajar tingkatan lima smk dato idris..
Begitulah Santapan Mata Yang Dihadiahkan Oleh Pelajar tingkatan 5 Buat GuruGuru Yang Tersayang..Sekalung Penghargaan Terima Kasih Atas Persembahan
Istimewa Itu Tadi...
Majlis Akan Diserikan Lagi Dengan Persembahan puisi daripada
dipersilakan
Terima Kasih kepada persembahan puisi sebentar tadi
Penyampaian hadiah
Para guru dan rakan-rakan Sekalian..
Acara Pada Pagi Yang Berbahagia Ini Diteruskan Lagi Dengan Penyampaian hadiah
kepada pemenang-pemenang dalam permainan kenangan mengusik jiwa yang telah
dijalankan tadi. Hadiah-hadiah ini adalah daripada sumbangan ikhlas daripada
beberapa guru yang tidak mahu disebutkan namanya disini..terima kasih daun
keladi,lain kali boleh bagi lagi.
Dijemput puan pengetua untuk menyampaikan hadiah kepada mentor mentee bagi
tingkatan 5..bacakan keputusan bagi tingkatan 5
Seterusnya dijemput tn haji abdul aziz untuk menyampaikan hadiah kepada mentor
mentee bagi tingkatan 4..bacakan keputusan bagi tingkatan 4..
Dijemput pula en nor azman bin muslimin untuk mrenyampaikan hadiah kepada
mentor mentee bagi tingkatan 3.. bacakan keputusan bagi tingkatan 3..
Seterusnya, dijemput _______________________________ untuk
menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi permainan congkak yang disertai oleh
guru-guru penolong kanan smk dato idris..
Bacakan keputusan daripada saguhati hingga tempat pertama.
Penutup
Akhir kata Tamatlah Sudah Majlis Kita Pada Pagi Ini. Sekali Lagi Syabas Dan
Tahniah Kepada Warga Smk dato idris Kerana Dapat Bersama-Sama Dalam
Sambutan Hari Guru Bagi Tahun Ini.
Semoga Allah Menganugerahkan Ilham Kepada Semua Guru Untuk Menjadi
Pendidik Yang Gemilang.Semoga Benih-Benih Keikhlasan Berjaya Ditanam Dalam
Setiap Batas Hati Para Guru,Kerana Dengan Keikhlasan,Akan Terpancar Kejernihan
Dan Kejayaaan Anak Didik Yang Mutlak.Mudah Mudahan
selepas ini, jamuan mentor mentee akan diadakan di kelas masing-masing. Selamat
menjamu selera
Sekian.