Anda di halaman 1dari 1

GARISPANDUAN PENGISYTIHARAN HARTA

Objektif

Memastikan warga kerja Bank mempunyai keupayaan untuk memiliki harta seperti
yang diisytiharkan dan cara perolehan harta tersebut tidak bertentangan antara
kepentingan rasmi dengan kepentingan persendiriannya atau melanggar manamana peraturan.

Kewajipan
Pengisytiharan
Harta


Jenis-jenis Harta
Yang Patut
Diisytiharkan

Semua warga kerja perlu membuat pengisytiharan harta dalam masa 30 hari
selepas dilantik ke dalam perkhidmatan Bank, setiap tahun atau pada bila-bila
masa seperti yang dikehendaki oleh Bank.
Semua warga kerja perlu mengisytiharkan harta yang dimiliki oleh warga kerja
dan pasangan (suami/isteri) dan anak termasuk anak angkat atau apa jua harta
yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak
pasangannya (suami/isteri) atau anaknya.
Pengisytiharan harta bagi kumpulan Pengarah dan ke atas perlu dikemukakan
kepada Gabenor manakala bagi kumpulan Timbalan Pengarah dan ke bawah
perlu dikemukakan kepada Pengarah, Jabatan Modal Insan Strategik (JMIS).
Bank berhak untuk mendapatkan maklumat atau dokumen tambahan daripada
warga kerja berhubung harta yang diisytiharkan, sekiranya perlu.
Harta tak alih dan harta alih yang perlu diisytiharkan merangkumi harta-harta
berikut:
a) Harta tak alih:
(i) Tanah;
(ii) Segala jenis tempat kediaman seperti rumah, rumah pangsa,
pangsapuri atau kondominium;
(iii) Bangunan termasuk rumah kedai atau ruang kedai, ruang pejabat
atau warung.
b)


Tatacara
Pengisytiharaan
Harta

Harta alih:
(i) Apa-apa bentuk wang tunai di mana jua dideposit atau disimpan;
(ii) Syer, saham, bon, debentur dan segala bentuk pelaburan;
(iii) Kenderaan;
(iv) Barang kemas;
(v) Keahlian kelab;
(vi) Apa-apa bentuk harta alih yang lain seperti koleksi lukisan, jam
tangan dan lain-lain;
(vii) Permit dan lesen perniagaan.
Warga kerja perlu membuat pengisytiharan harta alih (i) hingga (vi),
sekiranya keseluruhan jumlah bagi setiap kategori harta atau harga belian
melebihi RM60,000 atau 6 bulan gaji kasar, mengikut mana yang lebih
rendah.

Obligasi kewangan yang merangkumi pinjaman perumahan,


kenderaan, cukai pendapatan, pinjaman koperasi dan lain-lain.

pinjaman

JMIS dengan usahasama JIT sedang membangunkan on-line sistem bagi


memudahkan pengisytiharan harta oleh warga kerja. Butiran berhubung perkara ini
akan dimaklumkan kepada semua warga kerja kelak.

Anda mungkin juga menyukai