Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT PANITIA RBT

KALI PERTAMA 2016

TARIKH

: 30 Disember 2015

HARI

: Rabu

MASA

: 11.40 pagi hingga 1.00 petang

TEMPAT

: Bilik Sains

KEHADIRAN:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Pn. Salbiah Binti Hassan ( Pengerusi)


En. Abd Hamid Bin Osman (Setiausaha)
En. Marzuki Bin Elias
Pn. Sharifah Binti Said
Pn. Shazilah Binti Saari
En. Mohamad Syazwan Bin Jamaluddin

AGENDA 1: UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1.

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru.

1.2.

Beliau berharap semua guru telah bersedia untuk memberikan sepenuh komitmen
terhadap perancangan dan pengurusan yang telah dirancang dan disusun oleh panitia
RBT untuk tahun ini

1.3.

Tambahan lagi, pada tahun ini Panitia TMK dan RBT diasingkan .

1.4.

Beliau mengharapkan guru-guru yang terlibat dengan PdP RBT dapat memberikan
komitmen yang sepenuhnya agar murid-murid mencapai tahap penguasaan yang telah
ditetapkan.
(Makluman : Semua guru RBT)

AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS


2.1

Tiada pengesahan minit mesyuarat yang lepas

AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT


3.1

Tiada perkara berbangkit

AGENDA 4 : PENGURUSAN FAIL PANITIA


4.1 Pengerusi mengingatkan agar fail-fail panitia diuruskan bermula seawal Februari
ini terutamanya selepas mesyuarat pertama diadakan.
4.2 Pengerusi mengingatkan agar fail-fail tersebut mestilah mengandungi senarai
jawatankuasa, Pelan Strategik, Taktikal dan Operasi, minit mesyuarat, biodata
guru yang mengajar serta aktiviti tahunan selain RPT dan DSKP serta apa sahaja
yang melibatkan panitia.
(Makluman/ Tindakan : Guru Panitia)
AGENDA 5 : PENYEDIAAN RPT
5.1 Semua guru yang terlibat mestilah menghantar RPT kepada Guru Besar untuk

semakan selewat-lewatnya 15 Januari 2016.


5.2 Semua RPT mestilah mengikut sukatan yang telah ditetapkan dan disediakan
oleh KPM.
(Makluman/ Tindakan : Guru Mata Pelajaran)

AGENDA 6 : AKTIVITI TAHUNAN


6.1 Pertandingan Reka Cipta dari Bahan Kitar Semula (Okt November 2016)
6.2 Hari Keusahawanan (Oktober 2016)
6.3 Pertanian ( April November 2016)
(Makluman/ Tindakan :Guru matapelajaran)
AGENDA 7 : HAL HAL LAIN
7.1 Peruntukan masa mengajar untuk RBT
7.1.1 Peruntukan waktu mengajar untuk TMK dan RBT adalah 2 masa
seminggu (1 jam) yang diajar secara berselang-seli.
7.1.2

Guru-guru yang terlibat perlulah menghabiskan sukatan mengikut


masa yang telah ditetapkan.
2

(Makluman/ Tindakan :Guru matapelajaran)


7.2

Ujian RBT
7.2.1 Walaupun RBT merupakan matapelakaran dibawah KSSR, akan tetapi pihak
sekolah telah menetapkan supaya 2 kali ujian tetap diadakan bagi mengukur tahap
pencapaian murid-murid.
7.2.2 Dua kali ujian yang dimaksudkan ialah Ujian Penggal 1 dan Ujian Penggal 2
7.2.3 Oleh itu, disamping menguji Tahap Penguasaan (TP) mereka, penilaian sumatif
turut diadakan untuk kebaikan akademik murid-murid.
7.2.4 Guru matapelajaran hendaklah menyediakan soalan yang kemudiannya akan
disemak oleh Ketua Panitia dan disahkan oleh Guru Besar terlebih dahulu
sebelum diperbanyakkan.
(Makluman/ Tindakan : Guru Mata Pelajaran)

7.3

Penyediaan Soalan untuk RBT


7.3.1 Soalan yang disediakan mestilah mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A
( objektif) dan Bahagian B (Subjektif).
7.3.2 Bahagian A memperuntukkan 40 markah dan Bahgaian B pula memperuntukkan
20 markah., manakala markah projek ialah 40
7.3.3 Guru-guru digalakkan membina soalan dengan berpandukan menggunakan JSU.
(Makluman/ Tindakan :Guru matapelajaran)

AGENDA 8 : PENANGGUHAN MESYUARAT


8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru.
8.2 Beliau berharap mana-mana program yang telah dirancang akan kita laksanakan menikut
kemampuan kita. Dengan adanya penambahbaikkan, beliau amat berharap semuanya akan
berjalan lancar.
8.3 Beliau juga mengingatkan dalam apa sahaja pengurusan, soal integriti adalah asas kepada
perkhidmatan kita.
8.4 Amatlah diharapkan pada tahun ini panitia RBT akan bergerak dengan lebih aktif dan
efektif.
8.5 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang.

Disediakan oleh :

Disemak oleh:

( ABD HAMID BIN OSMAN)


Setiausaha Panitia RBT

(PN. SALBIAH BINTI HASsAN)


Ketua Panitia RBT
SK Sungai Rambai.

Anda mungkin juga menyukai