Anda di halaman 1dari 19

1.

0 PENGENALAN
Zaman Dialog telah menggantikan Zaman Monolog yang telah pun berlalu.
Zaman ini digelar sebagai Zaman Dialog oleh para pakar ketamadunan lantaran
perkembangan sains dan teknologi yang semakin pesat. Menurut Leonard
Swidler, dialog merupakan perbincangan sesuatu perkara antara dua orang atau
lebih dengan tujuan utama iaitu

untuk setiap pihak mempelajari sesuatu dari

pihak lain agar mereka boleh berubah dan berkembang maju 1. Sementara itu,
Yusri Mohamad Ramli mendefinisikan dialog antara tamadun sebagai suatu
komunikasi antara antara dua individu atau pihak yang mempunyai nilai dan
pendangan yang berbeza merangkumi hiwar (dialog interaksi), munazarah
(mencari kebenaran) dan mujadalah (menyanggah pendapat yang salah) di
dalam isu-isu kenegaraan, budaya, etnik, agama, wilayah, pemikiran, sejarah dan
juga masa kini2.
Frasa dialog antara tamadun masih boleh dianggap baru dalam kamus ilmu
politik dan sejarah manusia. Walau bagaimanapun, dialog antara tamadun ini
telah menarik minat ramai pihak untuk meneroka dan membincangkannya.
Sebagai contoh, dalam konteks Barat dialog telah menjadi satu keperluan baru
akibat kesedaran yang muncul mengenai betapa pelbagainya masyarakat
manusia di dunia inidari segi geografi budaya dan agama 3. Ramai pihak yang
telah melaksanakan perbincangan dan pengkajian mengenai dialog antara
tamadun kerana dialog antara tamadun ini diharapkan dapat membawa kesan
yang baik kepada konteks iklim politik dunia pada masa kini. Hal ini demikian
kerana keadaan sejagat pada masa kini sangat mengharapakan sebuah
penyelesaian jangka panjang ke atas konflik atau perseteruan antara bangsa,
Negara atau agama. Sekiranya tidak dibendung, konflik ini tentunya akan
mengundang kepada kemusnahan tamadun global 4.
1 Osman Bakar, Azizan Baharuddin & Zaid Ahmad, Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun
Asia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Hlm. 22.
2 Ibid, Hlm 24
3 Azarudin Bin Awang & Khadijah Mohd Khambali@Hambali, ESTEEM Academic Journal , Kajian
Literatur: Dialog Agama Perkongsian Aktiviti dalam Kalangan Masyarakat Awam di Malaysia,
Universiti Teknologi MARA.,Pulau Pinang, Hlm. 39.

4 Ibid, Hlm 40
1

Setiap tamadun mempunyai roh dan jasad, sama seperti manusia. Jasad bagi
tamadun

tergambar

pembangunan,

industri

pada

kemajuan-kemajuan

perkilangan,

peralatan

dan

materialnya
segala

berupa

sesuatu

yang

berhubungan dengan kemakmuran hidup dan kesenangan serta perhiasan


kehidupan duniawi. Roh tamadun pula adalah kumpulan akidah yakni ideologi,
kefahaman konsep, nilai, adab dan tradisi yang tercermin dalam perilaku individu
dan kelompok manusia, cara berhubungan antara mereka dan pandangan
mereka terhadap agama dan kehidupan, alam semesta dan manusia, serta
individu dan kelompok masyarakat. Pengertian tamadun dari segi pandangan
Barat ialah civilization iaitu satu bentuk budaya manusia di mana ramai orang
tinggal di kawasan Bandar dimana mereka telah menguasai seni peleburan
logam, dan telah membangunkan satu kaedah penulisan 5. Bagi pendapat barat,
tamadun atau Civilization digunakan bagi menggambarkan masyarakat yang
berciri kompleks yang ditandai dengan pencapaian ilmu, teknologi, ekonomi dan
politik di kawasan pembandaran. Sementara itu, masyarakat Islam pula
berpegang kepada agama Islam itu sendiri. Model peradaban dan ketamadun
bagi tamadun Islam merangkumi segala aspek kehidupan seperti fizikal, spiritual
dan fitrah manusia.
Tamadun Islam dan Tamadun Barat khususnya memerlukan dialog dan
perbincangan antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana pertembungan
antara tamadun Islam dan tamadun Barat yang sangat berbeza ideologi dan
pandangan semestanya akan membawa pengaruh negatif sekiranya tidak
dikendalikan dengan betul. Sebagai contoh, perasaan curiga antara tamadun
Islam dan tamadun Barat membawa kepada salah faham dan perasaan saling
menyalahkan antara satu sama lain sehingga munculnya kumpulan-kumpulan
pengganas yang menggugat keamanan kedua belah pihak 6.

2.0 DIALOG ANTARA TAMADUN ISLAM DENGAN BARAT


Menurut jurnal Dialog Antara Tamadun, dialog antara tamadun terbahagi
kepada dua kumpulan tamadun. Satu kumpulan yang menganggap kepelbagaian
sebagai satu ancaman dan yang lain melihat kepelbagaian sebagai satu peluang
5 Azarudin Bin Awang & Ell, Op Cit, Hlm 51
6 Ibid, Hlm 53
2

dan satu komponen penting untuk pertumbuhan. Dialog antara tamadun telah
ditubuhkan

untuk

mentakrifkan

semula

kepelbagaian

dan

meningkatkan

keberkesanan dialog antara kedua-dua kumpulan terlibat. Oleh itu, matlamat


dialog antara tamadun adalah untuk memupuk persefahaman antara kedua-dua
pihak yang terlibat dengan konflik.7
Hans Koechler pula di dalam jurnalnya bertajuk
Civilizations:

Philosophical

Basis,

Current

State

and

The Dialogue of
Prospects

(2003)

mengatakan bahawa sifat dialog adalah merangkumi kemampuan untuk melihat


diri sendiri daripada perspektif individu yang lain, mewujudkan toleransi dan
saling memahami dan saling menerima antara satu sama lain. Dialog bertujuan
untuk memudahkan dan menyelesaikan konflik, pertikaian dan ketegangan dan
mendamaikan antara budaya, negara dan agama. Selain itu, dialog antara
tamadun juga menyumbang kepada penyelidikan akademik dan memperkayakan
perbahasan yang lebih luas di seluruh dunia. Usaha-usaha dialog telah lama
berkembang sejak dahulu untuk mencapai kesempurnaan dalam kehidupan
bermasyarakat yang pelbagai.8
Konsep dialog ini bermula pada abad ke 19 iaitu pada tahun 1893 di
Amerika Syarikat dengan pelaksanaan World Parliament of Religion di Chicago.
Perkembangan seterusnya diikuti dengan pelancaran Ecumenical Movement
pada 1910 dan 1912 yang memberi ruang kepada dua aliran mazhab Kristian
iaitu Kristian Orthodoks dan Protestant. Aliran mazhab Kristian Katolik menyertai
pertemuan dan perbincangan tersebut di Second Vatican Council pada tahun
1962 sehingga 1965. Seterusnya pertemuan dan dialog sebegini ini disertai oleh
organisasi agama-agama lain dan ideologi yang pelbagai. 9 Pada tahun 1970 pula,
Dewan Gereja Sedunia menganjurkan gereja-gereja untuk menciptakan dialog
dengan penganut agama lain. Bahkan mengeluarkan pedoman dan menyebut
kegiatan dialog sebagai perjalanan dan tugas suci gereja-gereja. Gagasan dan
pemikiran berkaitan dengan dialog mulai mendapat tempat sejak Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu membahaskan mencari pemikiran baru bagi mencari
7 Mohammad Khatami, Islam, Dialogue and Civil Society, British Journal of Middle Eastern Studies,
Hlm 249.

8 Mohammad Khatami, Islam, Dialogue and Civil Society, British Journal of Middle Eastern Studies,
Hlm 251

9 Ibid, Hlm 252


3

jalan penyelesaian terhadap konflik, pengaduhan dan pertikaian yang berlaku


antara negara di dunia. Walaupun konflik berlaku kerana perbezaan dari segi
budaya, agama, status, ekonomi dan sebagainya, namun juga dapat direalisasi
menerusi dialog antara peradaban dengan segala pra-sayarat dan keperluannya.
Oleh itu, Perhimpunan Agung PBB pada 4 November 1998 telah meluluskan
resolusi untuk menerima dan mengisytiharkan tahun 2001 sebagai The United
Nations Year of Dialogue Among Civilizations. Pengistiharan ini adalah untuk
menggalakkan

perbincangan

dan

pertemuan

antara

individu,

kelompok,

organisasi dan masyarakat dari pelbagai latar belakang dan status untuk
berkongsi pandangan, pemikiran dan kesefahaman demi keharmonian dan
kedamaian sejagat. Sebagai contoh, Amerika Syarikat mewakili pihak Barat telah
memperkenalkan

dialog

antara

peradaban,

agama

dan

kebudayaan

dan

peradaban sebagai satu pendekatan untuk berdamai ketika perang dingin. Soviet
pula mewakili negara sebelah Utara menyeru agar kerjasama dan perdamaian
untuk

semua

bangsa

dan

negara.

Namun,

negara

Barat

tidak

pernah

mengotakan janji yang disarannya tapi sebaliknya terus menguasai dan menjajah
budaya, pemikiran orang Asia. Di samping itu, kegiatan dan aktiviti dialog di
peringkat antarabangsa dalam bidang agama juga banyak dijalankan. Sebagai
contoh, Raja Morocco dan Foundation for the three cultures of Mediteranean
dari Spain mengadakan dialog Jewish-Christian-Muslim: Religion, Tolerance and
Modernity pada Oktober 1999 di Universiti Al-Akhawayn, Morocco. Tindakan ini
memberi gambaran bahawa masyarakat dunia sedar bahawa dialog peradaban
ini adalah merupakan salah satu pendekatan untuk mengurangkan ketegangan
dan konflik antara manusia.
Secara langsung atau tidak langsung, dialog antara tamadun juga
mempunyai prinsip dan elemen agama di dalamnya. Hal ini kerana setiap
tamadun mempunyai asas yang berdasarkan kepada agama. 10 Sebagai contoh,
tamadun Barat mempunyai asas dan unsur agama Kristian walaupun tamadun ini
memisahkan antara aktiviti keduniawian dan aktiviti kerohanian. Bagi tamadun
Islam pula, asasnya ialah agama Islam itu sendiri. Begitu juga dengan tamadun
lain yang mempunyai asas dan unsur agama. Justeru itu, fenomena ini
memberikan satu pendekatan kepada manusia untuk berinteraksi dan berkongsi
pandangan dan pendapat. Maka, aspek toleransi agama sangat penting kepada
pelaksanaan

dialog.

Toleransi

antara

agama

merujuk

kepada

kesediaan

10 Hans Koechler, The Dialogue of Civilizations: Philosophical Basis, Current State and Prospects.
Asia Europe Journal, Hlm 315.

menghormati dan menerima pendapat agama-agama lain. Misalnya, perbezaan


kebudayaan, adat, ritual agama, makanan dan sebagainya antara setiap agama
perlulah diambil kira oleh setiap penganut agama. Dengan ini, penganut agama
yang berbeza menghormati pegangan yang diamalkan oleh penganut agama
lain. Masyarakat akan menjadi harmoni dan damai apabila semua penganut
agama menghormati agama antara satu sama lain.11
Sehubungan dengan itu, tindakan ekstrem oleh sekumpulan orang bukan
Islam dengan mencampakkan najis daging babi ke dalam masjid dan membakar
masjid di Britain dan di beberapa buah negara Barat lain ekoran fenomena
Islamophobia kesan daripada peristiwa pengeboman di London pada bulan Julai
2005 dan juga peristiwa 11 September 2001, yang menyebabkan golongan
minoriti Islam di sana menjadi bimbang dan takut. Justeru itu, golongan minoriti
Islam ini berusaha memperbetulkan keadaan dengan mengadakan sesi dialog
seperti yang disarankan oleh tokoh wacana dialog muslim, Muhamad Khatami di
mana beliau menyatakan bahawa: Memahami tamadun Barat tidak harus
sekadar aspek politiknya sahaja. Ia juga harus meliputi sistem nilai dan
pemikiran. Cara terbaik untuk memahami Barat adalah menerusi rasional, dan
bukan dengan kecaman dan emosi tidak terkawal.
Mengenai penglibatan orang Islam dalam dialog, Prof. Al-Faruqi cuba
memberikan pandangan beliau tentang maksud dialog dengan mengatakan,
dialogue is education at its widest and noblest..removal of all barriers
between men for a free intercourse of ideasto recognize the truth the end of
dialogue is conversion, not conversion to my, your, or his religion, culture, more,
or political regime but to the truth.
Usaha-usaha yang dilakukan secara berterusan oleh badan-badan dan
pertubuhan-pertubuhan

di

peringkat

antarabangsa

untuk

menyelesaikan

pelbagai konflik antara negara yang melanda sekarang ini melalui kaedah dialog
kerana

semua

bangsa

mengakui

dan

percaya

bahawa

keamanan

keharmonian dunia mampu dikembalikan melalui pelaksanaan dialog. 12


3.0 PRINSIP-PRINSIP DIALOG ANTARA TAMADUN
11 Hans Koecher, Op Cit, Hlm 320
12 Hans Koecher, Op Cit, Hlm 322
5

dan

Bagi merealisasikan dialog yang menjurus kepada perpaduan dan berdasarkan


kefahaman yang jelas, adalah lebih baik sekiranya prinsip membimbing diambil
kira dan difahami terlebih dahulu13. Menurut Leonard Swidler (2003: 62), dialog
tidaklah seperi debat yang sentiasa mencari kesempatan untuk menundukkan
lawan. Sebaliknya dialog bertujuan untuk memupuk persefahaman antara
manusia bagi mewujudkan sesebuah kehidupan yang aman, damai dan
sejahtera.

Dialog

yang

berkesan

dan

menjerus

kepada

perpaduan

dan

berasaskan kefahaman yang jelas mestilah dimulakan dengan memahami prinsip


dialog terlebih dahulu14. Antara prinsip asas dialog adalah seperti berikut;
Asas panduan prinsip dialog adalah menyedari dan memahami tujuan
utama dialog dijalankan15. Setiap pihak haruslah menyedari bahawa tujuan
utama dialog adalah untuk mencapai kesepakatan pada sesuatu perkara yang
diragui oleh pihak lain disamping menemukan sesuatu ilmu yang baru. Proses
dialog ini mampu mengubah persepsi serta pemahaman mengenai sesuatu
kenyataan yang tidak difahami. Ia sterusnya akan membawa kepada perubahan
ke arah kebaikan.
Dialog antara tamadun sewajarnya mempunyai sasaran yang bermanfaat antara
dua pihak. Sasaran yang pertama ialah dialog di dalam kumpulan atau
komunitinya sendiri dan kedua ialah dialog dengan kumpulan komuniti yang lain.
Contohnya, dialog antara tamadun Barat dan Islam semasa menyertai dialog ini
mestilah mempunyai kepentingan bersama bagi mencapai kesepakatan yang
diingini.
Dialog haruslah dijalankan dengan penuh kepercayaan, ketulusan dan
keikhlasan. Aspek-aspek ini perlu diberi perhatian bagi mengelakkan berlaku
kekeliruan dan salah faham antara peserta. Sekiranya perkara ini tidak
dititikberatkan pastinya dialog itu tidak mungkin akan dapat berjalan dengan
lancar.
13 Shaharom TM Sulaiman (30 Mei 1998). Agama dan Dialog Antara Peradaban.Dlm. Massa. Kuala
Lumpur: Utusan Melayu Sdn. Bhd. Hlmn 26.

14 Osman Bakar. 2009. Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya. Hlmn 24.

15 Azizan Baharuddin, Osman Bakar, Zaid Ahmad. 2009. Modul Pengajian Tamadun Islam dan
Tamadun Asia. Kuala Lumpur. Universiti Malaya. Hlmn 24.

Ketika sesi berdialog, peserta mestilah berupaya menjelaskan pandangan


(kepercayaan dan nilai) yang dipegangnya dengan jelas. Peserta seharusnya
membincangkan pemikiran fahaman agama dengan rakan dialog dan bukannya
mengkritik

fahaman

dengan

agama

yang

lain.

Hal

ini

dilakukan

bagi

meningkatkan pengetahuan serta mencerahkan pemikiran peserta dialog dengan


fahaman yang dipegang oleh pihak dialog yang lain. Oleh itu, setiap peserta
mestilah berupaya menjelaskan pandangan dari segi kepercayaan dan nilai yang
dipegangnya dengan baik. Maka, setiap peserta dialog haruslah benar-benar
bersedia dan telah mempersiapkan diri dengan seribu satu jawapan dan soalan
yang bakal menanti.
Peserta dialog mestilah cuba untuk memahami persepsi dan pengalaman
rakan dialognya. Setiap peserta dialog mesti mencuba untuk memahami
perbezaan agama dan tamadun dari dalam kerana agama dan tamadun bukan
berasaskan akal dan pemikiran semata-mata tetapi juga bersumber daripada hati
dan niat yang ikhlas.
Selain itu, semasa memberikan pandangan terhadap tamadun lain peserta
dialog mestilah dalam keadaan yang berhemah. Setiap peserta dialog tidak boleh
menolak fakta-fakta yang tidak dipersetujui secara keras tetapi cuba membantah
secara baik bagi mengelakkan sebarang ketegangan atau salah faham berlaku.
Dalam konteks ini, kedua-dua pihak haruslah saling memahami dan tidak
meyuarakan isu yang menyebabkan suasana bertambah buruk.
Akhir sekali, sikap prejudis haruslah dielakkan semasa berdialog 16. Hal ini
dapat mengelakkan daripada individu tersebut merasai tidak dihargai dan
dihormati. Dialog yang baik dan positif dapat dijalankan dengan perasaan saling
mempercayai dan memahami. Dialog antara Malaysia dan Barat misalnya,
semasa berdialog Amerika Syarikat haruslah mengambil berat setiap pendapat
yang dilontarkan kepada pihak yang lain supaya tidak menyebabkan Negara Asia
seperti Malaysia merasa lemah dan merasa tidak dihargai.
Penerapan prinsip dialog seperti ini ketika sedang berdialog sudah pastinya
akan menjayakan lagi sesuatu dialog. Seterusnya, kita akan dapat memahami,
kenapa atau bagaimana dialog dikatakan sebagai pertemuan antara hati dan
fikiran, pangalaman berjalan bersama di dalam projek-projek yang dianggap
16 Mahathir Mohammad (1996). Improving Tolerance Through Better Understanding. Dlm Syed
Othman Alhabshi & Nik Mustapha Nik Hassan.ed. ,Islam and Tolerance. Kuala Lumpur: IKIM. Hlm 26.

penting bagi kedua pihak, bukannya seperti debat di mana ada yang menang
atau kalah.
Seterusnya, bagi memahami prinsip-prinsip dan makna dialog ini, etika
berdialog haruslah dipraktikan semasa berdialog. Apabila sesi berdialog sedang
dijalankan, tamadun Malaysia dan Barat misalnya perlulah menghormati agama
dan cara beramal pihak-pihak yang terlibat masuk bersabit dengan asas
kepercayaan. Apa yang perlu diberi penekanan ialah demensi sosial seperti isu
kesaksamaan, kekeluargaan dan lain-lain.
Etika dan adab berdialog juga menganjurkan sikap bersetuju untuk tidak
bersetuju, menghormati perbezaan, menghargai ketidakbolehan pihak-pihak
tertentu untuk menerima sesuatu pandangan, keikhlasan, simpati, empati dan
kesabaran.
4.0 CABARAN DIALOG ANTARA TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT
Amnya, bagi memastikan dialog dijalankan secara berhemah, adalah amat
penting untuk memahami terlebih dahulu cabaran dalam merealisasikan dialog
ini. Apatah lagi apabila melibatkan pertembungan di antara dua tamadun yang
berbeza. Oleh itu, aspek ini mestilah

difahami bagi mengelakkan perkara yang

tidak diingini berlaku. Antara cabarannya adalah seperti berikut 17.


Cabaran utama dalam melaksanakan dialog antara tamadun ialah peserta dialog
akan bertukar agama. Hal ini kerana, melalui dialog akan banyak penemuan baru
yang diperolehi mengenai sesuatu perkara yang diragui. Dimana, setiap pihak
akan berusaha mengutarkan pendapat untuk mencerahkan persepsi peserta
rakan dialognya. Pada dasarnya, tamadun di Asia khususnya di Malaysia pada
awalnya, dialog ini tidak mendapat tempat namun selepas pengistaharan dialog
di Malaysia pada tahun 2001, pendekatan ini mula diterima oleh rakyat di
Malaysia18. Mskipun demikian, ramai pihak beranggapan bahawa dialog tidak
wajar dilakukan kerana ia boleh mengakibatkan peserta dialog akan mengubah
agama mereka. Apatah lagi apabila berlaku pertembungan antara tamadun yang
berbeza. Perbezaan tamadun di antara Barat dan Islam adalah amat ketara. Ia
17 Osman Bakar. 2009. Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala
Lupur: Universiti Malaya. Dalam 25.
18 Swidler, D. L. 2003. Dialogue in Malaysia and The Global Scenario. Kuala
Lumpur: Center for Civilizational Dialogue, Universiti Malaya.
8

bukan sahaja dapat dilihat dari aspek perwatakan malahan dari aspek pemikiran,
budaya dan agama juga amat ketara.
Seterusnya, cabaran dialog antara tamadun Barat dan Islam menyebabkan
peserta dialog akan merasa rendah diri. Dalam konteks ini, peserta dialog yang
tidak bersedia untuk berdilog akan merasa rendah diri dan menyebabkan mereka
tidak bersedia untuk berdialog.

Contohnya, apabila Amerika Syarikat tidak

bersedia untuk berdialog dengan menyediakan seribu satu jawapan dan soalan
kepada rakan dialog dari Malaysia akan menyebabkan mereka merasa rendah
diri. Hal ini seterusnya akan megakibatkan dialog tersebut tidak dapat dijalankan
dengan sempurna. Oleh itu, wajarlah bahawa setiap dialog mestilah disertai oleh
golongan

yang

pakar

dan

komited

mengenai

isu-isu

yang

didialogkan.

Penglibatan golongan pakar ini bertujuan untuk mencapai manfaat bersama 19.
Selain itu, sindiran sosial juga merupakan salah satu cabaran dialog di
antara tamadun kedua-dua tamadun yang berbeza ini. Dalam konteks ini,
sindiran sosial berlaku apabila wujudnya perasaan tidak senang dalam diri
peserta dialog. Ia berlaku disebabkan terdapat penganut agama yang sama
dengannya yang cuba untuk membandingkan ketulenan iman seseorang
terhadap agamanya. Semasa berdialog terdapat segelintir pendialog dalam
agama Islam misalnya yang cuba untuk mempersoalkan isu keimanan seseorang
dengan yang lain.

Di samping, ia juga berusaha untuk berbaik-baik dengan

penganut agama yang lain. Kesannya, tercetuslah perasaan syak wsangka dalam
diri peserta dialog yang akhirnya menimbulkan rasa curiga terhadap penganjuran
dialog tersebut.
Jurang peradaban juga merupakan salah satu cabaran dalam menjayakan
dialog antara tamadun Barat dan Islam. Hal ini kerana, tamadun Islam dan Barat
berkembang

pada

masa

dan

persekitaran

yang

berbeza.

Contohnya,

penentangan antara kedua-dua tamadun ini bermula sejak abad ke-7 dan
mengalami konfrontasi yang berbeza disebabkan faktor permusuhan. Pada
zaman pertengahan, Islam berada di kemuncak kemuliaan, manakala Kristian
Eropah pula berada pada zaman kegelapan. Hal ini menunjukkan bahawa keduadua tamadun tersebut mengalami jalan yang berbeza. Keadaan ini menyebabkan
tercetusnya jurang perbezaan yang begitu ketara berlaku antara tamadun ini.
19 Mohammad Khatami. 1998. Membangun dialog antara peradaban: Harapan
dantantangan. Bandung.

Selain itu, perbezaan budaya turut menjadi cabaran kepada dialog antara
tamdun Islam dengan tamadun barat. Dalam konteks ini budaya menjerus
kepada cara hidup. Amnya, masyarakat Barat dan Asia mempunyai budaya dan
yang berbeza. Di mana ia mampu dilihat melalui pendekatan kajian sekularisme
Barat, iaitu sebarang elemen yang berkaitan dengan fenomena ketuhanan dan
metafizik akan dianggap sebagai karut dan tidak bersifat empirikal. Bahkan
mereka turut menganggap bahawa penderitaan manusia adalah berpunca dari
kelemahan manusia sendiri iaitu tertipu dengan pegangan kepercayaan agama
yang dipegang oleh seseorang. Manakala, masyarakat Asia misalnya tamadun
Islam di Malaysia sangat berpegang kepada konsep keimanan kepada Tuhan (aldin)20.
Di samping itu, cabaran dialog antara tamadun Islam dengan tamdun
Barat adalah polemik teologi. Polemik Teologi telah menjadi faktor yang
menyebabkan sukarnya untuk mewujudkan persefahaman di antara tamadun ini.
Misalnya berlakunya persafahaman antara agama Kristian dan Islam. Ahli teologi
berusaha

untuk

memisahkan

manusia

dan

bukannya

menyatukannya.

Contohnya, mereka sering membezakan Islam dan Kristian dari aspek rohani.
Menurut ahli teologi, ajaran agama Islam menyatakan bahawa aspek rohani
adalah berdasarkan kepada Tasawuf. Bagi mencapai tauhid yang abadi ia
perlulah lahir dari hati yang bersugguh-sungguh dan Allah akan memberikan
hidayah. Manakala, menurut ajaran Kristian, cara hidup umatnya adalah
berdasarkan kepada prinsip yang terkandung dalam ajaran al-Kitab. Manakala
dari aspek matlamat pula, Islam telah menggunakan istilah al-din sebagai
panduan keimanan kepada Tuhan. Manakala, menurut ajaran Kristian pula
kehidupan seseorang adalah berdasarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan dan
akan memperolehi keselamatan21.

5.0 KEPENTINGAN DIALOG ANTARA TAMADUN ISLAM DAN BARAT


Abad ke-20 telah menjadi kemuncak berlakunya konflik dan peperangan dalam
kalangan

umat

manusia22.

Peristiwa

yang

berlaku

pada

abad

itu

telah

meninggalkan memori pahit dalam kehidupan manusia sejagat. Oleh hal yang
20 Darraz, Muhammad Abdullah. 1990. Al-Din. Kuwait: Dar al-Qalam. Hlmn 30.
21See Hussein & Ell, Op Cit, Hlmn 74.
10

demikian dialog telah menjadi salah satu langkah utama bagi mengelakkan
peristiwa pahit itu berulang kembali. Pelaksanaan dialog antara Tamadun Islam
dan Tamadun Barat khususnya adalah penting untuk mencapai keamanan dan
kemakmuran masyarakat sejagat. Sikap persaingan di antara dua tamadun
utama dunia ini boleh menggugat keamanan dunia. Hal ini disebabkan perbezaan
ideologi, budaya dan sejarah antara keduanya yang membawa kepada konflik
dan perselisihan antara tamadun yang ingin menegakkan fahaman dan
kepercayaan masing-masing yang dianggap benar berbanding orang lain.
Sekiranya hal ini tidak dibendung tentunya peristiwa pada abad ke-20 akan
berulang atau keadaan lebih teruk akan berlaku. Oleh hal yang demikian,
pelaksanaan dialog antara tamadun Islam dan Barat khususnya penting bagi
mengenalpasti punca masalah dan menyelesaikan perselisihan antara sesama.
Selain itu, pelaksanaan dialog antara Tamadun Islam dan Tamadun Barat
juga penting dalam mencapai persefahaman dalam hubungan antara tamadun di
peringkat antarabangsa. Behzad Shahandeh dalam jurnalnya bertajuk Dialogue
Among Civilisations: Vital For Humanity On The Threshold Of The Third
Millennium menyatakan,
We must try to acquaint ourselves with other civilisations which are
in fact combinations of past cultural values that are not distinct from
existing civilisations. ...The bottom line is we are not that different from
each other so as to keep ourselves apart. It is not that easy to observes
this preponderance of similarities versus differences without starting a
dialogue.23
Pelaksanaan dialog antara tamadun khususnya tamadun Islam dan Barat adalah
penting dalam mencapai persefahaman antara sesama. Melalui pelaksanaan
dialog peradaban ini, tamadun yang berbeza ideologi dan pendapat mampu
mencari jalan untuk saling memahami antara satu sama lain. Hal ini demikian
kerana melalui dialog semua pihak yang terlibat akan diberi peluang untuk
mengemukakan pendapat sendiri dan membahaskan sesuatu isu yang menjadi
punca salah faham dalam kalangan tamadun. Keadaan ini akan memberi peluang
22 Behzad Shahandeh. 2000. Dialog Among Civilizations : Vital for Humanity On The
Threshold Of The Third Millennieum. Jurnal IKIM. Hlmn 1.

23 Behzad Shahandeh. 2000. Dialog Among Civilizations : Vital for Humanity On The
Threshold Of The Third Millennieum. Jurnal IKIM. Hlmn 2.

11

kepada

pihak-pihak

yang

mewakili

tamadun

masing-masing

untuk

lebih

memahami budaya, sejarah dan pandangan tamadun lain. Proses untuk


mencapai persefahaman antara tamadun melalui pelaksanaan dialog bukan
sahaja dalam mencari persamaan antara tamadun namun juga mengenalpasti
perbezaan-perbezaan antara tamadun. Perbezaan antara tamadun ini tidak lagi
dianggap sebagai medium pemisah tamadun namun akan menjadi sumber
kekuatan perhubungan antara tamadun sekiranya persefahaman telah dicapai.
Seterusnya, dialog antara Tamadun Islam dan Tamadun Barat ini penting bagi
meningkatkan tahap keselamatan. Bagi meningkatkan tahap keselamatan
manusia sejagat, kerjasama dari semua pihak terutamanya pihak kerajaan Islam
dan Barat amatlah diperlukan. Hal ini demikian kerana dengan adanya
persetujuan dan kerjasama antara kedua belah pihak, keselamatan di peringkat
antarabangsa adalah terjamin. Sebagai contoh, sekiranya negara Malaysia
(negara

Islam)

membuat

persetujuan

dan

kerjasama

berkaitan

aspek

keselamatan dengan negara Amerika Syarikat (negara Barat), negara ini boleh
bertukar maklumat dan saling membantu dengan Amerika Syarikat bagi
membanteras ancaman dan kegiatan pengganas yang semakin berleluasa pada
masa kini. Oleh hal yang demikian, langkah yang paling baik untuk mencapai
kerjasama ini adalah dengan melaksanakan dialog antara Tamadun Islam dan
Tamadun Barat kerana dengan adanya dialog ini, kedua belah pihak akan saling
memahami dan menghormati antara satu dengan yang lain.
Selain

kepentingan

dari

aspek

kerjasama

dalam

meningkatkan

keselamatan, dialog peradaban antara Tamadun Islam dan Barat ini juga penting
bagi mengurangkan tahap kemiskinan di dunia. Dunia telah sampai ke tahap
ledakan dengan lebih daripada satu pertiga umat manusia (kini enam bilion)
yang tinggal di dalam atau menghampiri tahap kemiskinan mutlak 24. Keadaan ini
menunjukkan betapa masyarakat dunia semakin ramai yang menghadapi krisis
kemiskinan. Situasi ini tentunya dapat diatasi secara global sekiranya kerjasama
ekonomi di peringkat antarabangsa yang melibatkan Tamadun Barat dan
Tamadun Islam dapat diadakan. Kerjasama ekonomi ini hanya akan berjalan
sekiranya

terdapat

persefahaman

antara

tamadun.

Persefahaman

antara

tamadun ini pula hanya dapat dicapai sekiranya dialog peradaban dilaksanakan.
Hal ini demikian kerana, melalui dialog, kedua-dua belah pihak akan mengetahui
24 Behzad Shahandeh. 2000. Dialog Among Civilizations : Vital for Humanity On The
Threshold Of The Third Millennieum. Jurnal IKIM. Hlmn 4.

12

situasi dan keadaan ekonomi negara lain. Hal ini kemudiannya akan membawa
kepada perbincangan lanjut bagi mengatasi masalah kemiskinan dunia. Melalui
dialog juga semua pihak yang terlibat dapat mengemukakan pendapat masingmasing berkaitan isu kemiskinan tersebut. Seterusnya, pendapat itu dapat
disimpulkan menjadi satu langkah kerjasama ekonomi bagi membendung
masalah kemiskinan dunia ini.
Selain penting bagi aspek keselamatan dan ekonomi, dialog peradaban juga
penting dalam membina modal insan yang berkualiti. Modal insan yang berkualiti
bukan sahaja melalui pendidikan namun juga melalui pengalaman. Dengan
adanya dialog antara tamadun Islam dan Barat, Malaysia tentunya dapat
mencapai persetujuan dengan negara Barat untuk melaksanakan programprogram berkaitan. Sebagai contoh, program pertukaran pelajar ke negara lain
dapat memberikan pengalaman yang lebih kepada modal insan negara.

6.0 CADANGAN
Bagi memupuk semangat untuk saling memahami antara satu sama lain dalam
kalangan masyarakat yang berasal dari pelbagai tamadun, kita sepatutnya
memulakan usaha untuk menggalakkan pelaksanaan dialog terutamanya dalam
kalangan generasi muda. Generasi muda yang menjadi peneraju negara
seharusnya didedahkan tentang dialog peradaban. Salah satu cara bagi
merealisasikan usaha ini ialah dengan memperkenalkan matapelajaran Tamadun
Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di peringkat sekolah menengah. Walaupun pada
masa kini mata pelajaran TITAS ini menjadi subjek wajib di institusi pengajian
tinggi, namun ia masih belum dapat cukup untuk mencapai matlamat tersebut.
Hal ini kerana, sebahagian besar remaja atau pelajar pada masa kini, lebih
memilih untuk bekerja selepas menamatkan pelajaran di sekolah menengah.
Keadaan ini tentunya menyebabkan tidak semua modal insan kita didedahkan
kepada pembelajaran tentang dialog peradaban. Oleh itu, subjek TITAS ini
seharusnya dijadikan mata pelajaran yang wajib dalam sukatan pelajaran
peringkat menengah bagi memberi input dan pendedahan berkaitan dialog
tamadun kepada generasi muda kita.
Selain itu, sebelum kita mengadakan dialog dengan tamadun lain, perkara
yang kita seharusnya mengadakan dialog dalam kalangan anggota masyarakat
atau warganegara kita sendiri. Hal ini bukan sahaja penting bagi mendedahkan
13

rakyat tentang kepentingan dialog itu sendiri malah ianya perlu dilakukan kerana
untuk memahami tamadun lain, terdahulu kita perlu mengenali dan memahami
masyarakat di Negara sendiri. Tanpa memahami diri sendiri, kita juga tidak akan
dapat memahami orang lain. Setiap negara bukan sahaja perlu menghormati
budaya dan tradisi orang lain, tetapi kita juga perlu membenarkan dan memberi
kebebasan kepada rakyat untuk berfikir tentang diri mereka sendiri.
Seterusnya, jika kita ingin mengadakan atau menyertai sesebuah dialog
kita mestilah mengetahui tujuan utama pelaksanaan dialog tersebut. Sesebuah
dialog itu mesti mempunyai pokok atau idea utama untuk dibincangkan.
Sekiranya kita tidak memahami atau mengetahui pokok perbincangan sesebuah
dialog tersebut, kita tidak akan dapat sebarang faedah dalam penyertaan
tersebut. Malah kejadian lebih teruk kemungkinan akan berlaku. Sebagai contoh,
kita mungkin akan tersalah faham atau keluar daripada topik perbincangan
sehingga menyebabkan pergaduhan. Oleh itu, amatlah penting untuk kita
memahami terdahulu tujuan dan topik yang ingin dibincangkan dalam sesebuah
dialog yang dilaksanakan sebelum menyertainya.
Selain itu, bagi merealisasikan dialog peradaban ini, beberapa pihak
perlulah bertanggungjawab dalam menerapkan dialog peradaban ini dalam
kalangan masyarakat di Malaysia. Antaranya ialah peranan individu itu sendiri.
Setiap

individu

haruslah

mempunyai

kesedaran

tentang

kepentingan

mewujudkan suasana yang harmonis dan sentiasa berintersaksi dengan baik


dalam pelbagai kaum, bangsa dan agama yang berlainan dengannya. Selain itu,
setiap individu juga haruslah mempunyai persiapan mental dan emosi dalam
menghadapi kepelbagaian yang wujud ini. Setiap individu juga mestilah akur dan
hormat mengenai perbezaan yang wujud dalam kepelbagaian peradaban ini serta
mengambil inisiatif dan proaktif dalam aktiviti persatuan yang dianjurkan oleh
pihak tertentu apatah lagi yang berkaitan dengan kepelbagaian kaum dan
sebagainya.
Seterusnya, peranan persatuan pelajar di sekolah juga mampu membantu
dalam menjayakan penerapan dialog dalam kehidupan pada masa kini. Misalnya,
mewujudkan perbincangan dan pertukaran pendapat dalam kalangan pemimpin
pelajar mengenai dialog mestilah dikembangkan di peringkat akar umbi lagi.
Selain itu, persatuan pelajar mestilah aktif mengadakan program dalam pelbagai
peringkat bersama dengan badan-badan NGO agar dimensi dialog ini sentiasa
kukuh dalam kalangan pelajar.

Pemimpin persatuan pelajar juga haruslah


14

sentiasa berbincang mengenai isu-isu peradaban yang melibatkan kepelbagaian


masyarakat majmuk di Malaysia kepada semua pelajar agar ianya berkembang di
minda setiap pelajar mengikut peredaran masa.
Selain itu, peranan pihak Universiti juga amat membantu dalam memupuk
peranan dialog dalam kehidupan kini. Pihak pentadbiran Universiti seperti Hal
Ehwal Pelajar, Pusat Kokurikulum dan pihak Pentadbir Kolej misalnya perlu
menyokong semua aktiviti yang melibatkan penyatuan kepelbagaian bangsa,
kaum dan budaya di sesebuah Universiti. Selain itu, pihak tersebut jaga perlulah
sentiasa aktif mengadakan perbincangan dengan persatuan-persatuan pelajar
bagi menerangkan peranan dialog peradaban dalam konteks mahasiswa.

Di

samping itu, pihak Universiti juga mestilah sentiasa menerapkan kemahiran yang
mengandungi aspek budaya, interaksi, kejujuran, toleransi, hormat-menghormati,
kerjasama dan sebagainya dalam kalangan mahasiswa bagi menerapkan dialog
peradaban sentiasa berkembang dalam minda pelajar.
6.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa pelaksanaan dialog antara
Tamadun Islam dan Tamadun Barat ini tercetus akibat konflik yang berlaku
sehingga twujudnya jurang pemisah antara kedua-dua tamadun. Konflik ini wujud
akibat daripada ketidaksefahaman antara tamadun Islam dan Tamadun Barat.
Dialog ini kemudiannya dilaksanakan bagi mencapai kesefahaman antara keduadua tamadun besar dunia ini. Pelaksanaan dialog peradaban ini bukanlah
dilakukan secara bersahaja tetapi perlu mematuhi prinsip-prinsip yang telah
ditetapkan. Walaupun pelaksanaan dialog peradaban ini membawa manfaat dan
kepentingan kepada kedua-dua tamadun, namun pelaksanaannya masih pasif
akibat daripada cabaran-cabaran yang muncul untuk menghalangnya. Cabarancabaran ini perlulah diatasi bagi mencapai pelaksanaan dialog peradaban yang
berjaya.
Masyarakat hari ini menerima dialog yang membuahkan persefahaman
kerana persefahaman merupakan prasyarat pembinaan hubungan yang adil dan
saksama antara pelbagai tamadun. Suatu perkara yang penting dalam dialog
ialah setiap pihak perlu mematuhi prinsip dialog dan menjaga adab adabnya. Di
Malaysia, dialog antara tamadun penting untuk membina tapak atau asas nilai
budaya, sosial dan spiritual yang kukuh bagi memastikan pembangunan dan
kemajuan material dan spiritual. Budaya berdialog amat perlu disuburkan dalam
15

konteks negara kita untuk memperkukuhkan jalinan perpaduan negara dan


integrasi nasional. Oleh hal yang demikian, sebagai warga yang bertamadun, kita
sepatutnya berusaha untuk menambahkan pengetahuan dengan mempelajari
budaya, ideologi, pendapat dan sejarah tamadun lain bagi memupuk pemikiran
yang terbuka agar cabaran-cabaran pelaksanaan dialog dapat diatasi. Hal ini
seterusnya dapat menggalakkan pelaksanaan dialog yang memberi banyak
manfaat kepada manusia sejagat.

16

RUJUKAN
Akbar Ahmed. 2002. Middle East Journal : Ibn Khaldun's Understanding of
Civilizations and
the Dilemmas of Islam and the West Today. Middle East Institute.
Azarudin Bin Awang & Khadijah Mohd Khambali@Hambali. 2013. ESTEEM
Academic Journal ;
Kajian Literatur: Dialog Agama Perkongsian Aktiviti dalam Kalangan
Masyarakat Awam di Malaysia. Pulau Pinang : Universiti Teknologi MARA.
Azizan Baharuddin, Osman Bakar, Zaid Ahmad. 2009. Modul Pengajian Tamadun
Islam dan
Tamadun Asia. Kuala Lumpur. Universiti Malaya.
Behzad Shahandeh. 2000. Dialog Among Civilizations : Vital for Humanity On The
Threshold
Of The Third Millennieum. Jurnal IKIM, 8 (1), 1-10.
Ghazali Basri. 1990. Christian Mission and Islamic Dawah In Malaysia. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise.
H.C. Hans Kochler. 2008. Civilization As Instrumen Of World Order? The Role Of
The
Civilizational Paradigm In The Absence Of Balance Of Power. IKIM Journal
Of Islam And International Affairs, 2 (3), 1-20.
Hans Koechler. 2003. The Dialogue of Civilizations: Philosophical Basis, Current
State and
Prospects. Asia Europe Journal.
Hassan Saab. 1964. Communication Between Christianity And Islam, Middle East
Journal.
Vol. 18. No. 1. pp.41-62.
Mahathir Mohammad. 1996. Improving Tolerance Through Better Understanding.
Kuala
Lumpur. Dewan bahasa dan pustaka.
Mohammad Khatami. 2003. Islam, Dialogue and Civil Society. British Journal of
Middle
Eastern Studies.
17

Osman Bakar. 1997. Islam and civilization dialogue :The quest for a truly
universal
civilization. Kuala Lumpur : University of Malaya Press.
See Hussein, Taha, Mustakbal Alhakata f Miss. 1954. The Future of Culture in
Egypt,
translated by Sidney Glazer. Washinton. American Council of Learned
Societies.

Shaharom TM Sulaiman. 1998. Agama dan Dialog Antara Peradaban. Kuala


Lumpur.
Utusan Melayu Sdn. Bhd.
Shahrough Akhavi. 2003. Islam And The West In World History, Third World
Quarterly, Vol.
24. No. 3. pp. 545-562, Taylor & Francis, Ltd.
Suraya Sintang. 2002. Kehidupan Beragama dari Perspektif Islam dan Kristian :
Satu
Perbandingan. Jurnal IKIM, 10 (2), 163-188.

Zaki and Dr. Ahmed. 1953. Takhallouf Al-musulimun an Rakb Al-Madania,


Muslim Lagging
Behind the Caravan of Civilization,. Al-Abbath. Quarterly Journal of the
American University of Beirut.
Leonard Swidler. 2008. The Journal of Ecumenical Studies ; What is Dialogue?
Diakses pada
25. Mac. 2016 dari http://dialogueinstitute.org/what-is-dialogue/
Mohd. Sanusi Sidik. 23. April. 2012. Dialog Antara Tamadun Di Malaysia. Diakses
pada 25.

18

Mac. 2016 dari http://www.slideshare.net/mohdsanusisidik/dialog-antaratamadun-di-malaysia


Yusri Mohamad Ramli. 2007. Dialog Antara Agama di Malaysia: Perkembangan
Dalam
Sejarah Separuh Abad Selepas Merdeka. Diakses pada 25. Mac. 2016 dari
http://studentsrepo.um.edu.my/5856/5/BAB_SATU.pdf

19

Anda mungkin juga menyukai