Telok Panglima Garang, Selangor Darul Ehsan. 12 April 2016
Menemui sahabatku Iqbal yang berada di Skudai, Johor, semoga selamat
hendaknya. Saudara, Apa khabar saudara di sana? Saya di sini sihat-sihat sahaja. Saya berharap agar saudara juga sihat di samping keluarga. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu saudara tentang pengalaman menlancung saya ke Air Terjun Bukit Fraser yang terletak di Pahang pada cuti penggal sekolah yang lalu. Kami sekeluarga bertolak awal lebih kurang pukul 7 pagi dengan menaiki kereta ayah. Sebelum bertolak kami menyiapkan pakaian salinan and bekalan makanan. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam dan kami sampai ke destinasi pada pukul 10 pagi. Ayah terus membawa kami ke air terjun. Suasana air terjun sungguh nyaman dan airnya berasa sangat sejuk serta jernih. Kami mandi sepuaspuasnya sehingga ibu panggil untuk makan tengah hari. Selepas makan dan rehat sebentar saya dan adik saya sambung mandi air terjun sementara ibu dan ayah pula hanya duduk berehat di tepi air terjun. Lebih kurang pada pukul 5 petang ayah membawa kami untuk mandi di tandas awam yang terletak bersebelahan. Di sana kami mandi membersihkan diri serta salin pakaian. Sesudah siapkan diri kami bertolak balik ke rumah. Kami singgah di kawasan rehat lebuh raya untuk makan malam. Kami sampai ke rumah lebih kurang pukul 10 malam. Saya amat gembira dengan pengalaman yang dilalui dan berharap Iqbal dapat menikmati pengalaman yang sama bila melancong ke Bukit Fraser. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk saudara dan keluarga.