Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN WAKIL MURID HARI GURU 2016

Bismillah hirrahman nirrahim,


Yang Berbahagia YDP PIBG SK Taman Indahpura 2, Pn. Rahimah binti
Abu Bakar, NYDP PIBG, En Helmizan bin Hassan, Yang Berusaha Guru Besar SK
Taman Indahpura 2, En Kamaludin bin Sujan, Guru Penolong Kanan 1, En. Mohd
Said bin Basar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Hjh Zanariah binti Md
Apin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tn Hj Mod Jaid Bin Samat, barisan
guru-guru yang diraikan dan rakan rakan sekalian
Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam 1 Malaysia,
Salam Kulai Gemilang. Saya, Muhamad Syafiq Nurhakim bin Sarudin, mewakili
semua murid SK Taman Indahpura 2 ingin menyampaikan ucapan pada pagi ini.
Sesungguhnya tanggal 16 Mei amat penting dan sangat bermakna kerana kita
semua mempunyai guru yang telah banyak berjasa kepada kita. Inilah waktu
terbaik untuk kita luahkan setinggi-tinggi rasa terima kasih, penghargaan dan
penghormatan terhadap mereka yang telah banyak berbudi kepada agama,
bangsa dan juga negara.
Pepatah Melayu ada berkata Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk

menerangi orang lain, menunjukkan pengorbanan seorang guru yang bersusah


payah memberi didikan yang sempurna kepada kita semua. Tanpa guru, takkan
ada insan-insan hari ini yang berpangkat menteri, berjawatan besar, bergelar
jutawan dan sebagainya.
Tema hari guru tahun ini, Guru Pembina Negara Bangsa jika dilihat
secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar
kerana zaman dan keadaan telah berubah maka guru sebagai agen perubahan
iaitu transformasi pendidikan negara perlu memikul semua perancangan
pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan.
Guru jugalah yang menjadi sumber inspirasi anak watan bagi memacu
aspirasi negara ke arah wawasan 2020. Di samping itu, guru juga menjadi wadah
penyemai perpaduan. Guru-guru bertanggungjawab menanam sifat perpaduan
dalam jiwa generasi muda kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya .
Rakan-rakan sekalian,
Segala kejayaan yang kita kecapi semalam, hari ini dan esok terletak
pada tugas yang digalas oleh insan yang bergelar guru. Tugas guru merupakan

satu tugas yang mulia dan murni. Guru telah mendidik kita dengan penuh kasih
sayang tanpa rasa jemu. Maka tidak hairanlah Tema Hari Guru 2016 iaitu "Guru
Pembina Negara Bangsa" dalam pendidikan negara ingin mewujudkan pendidikan
yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang selaras dengan pendidikan abad ke
21.
Segala pengajaran yang diberikan oleh semua guru amat kami hargai.
Akan kami gunakan segala ilmu yang telah disampaikan untuk membina jati diri.
Seterusnya, berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta. Kami sebagai
generasi muda, berjanji akan meneruskan legasi kemakmuran dan keharmonian
negara ini.

Cikgu,
Kalau tinggi Gunung Everest, tinggi lagi budimu cikgu,
Kalau dalam lautan Atlantik, dalam lagi jasamu cikgu,
Kalau harum bau kasturi, harum lagi pengorbananmu cikgu,
Terima kasih cikgu.
Sebelum saya menutup tirai, saya mewakili semua murid SK Taman
Indahpura 2 ingin memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan kami dan
seterusnya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru SK
Taman Indahpura 2. Segala pengorbanan cikgu akan kami semat dan hargai selagi
hayat dikandung badan.
Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wasalamualaikum wbkh

TEKS UCAPAN WAKIL GURU SKIP 2


Assalamualaikum wm..wbt..,
Yang berbahagia Puan Rahimah binti Abu Bakar, Yang Dipertua PIBG, SK. Taman
Indahpura 2, En. Helmizan bin Hassan, NYDP SK Taman Indahpura 2
Yang berusaha En Kamaludin Bin Sujan, Guru Besar SKIP2
Yang Berusaha En Mohd Said bin Basar, GPK 1.
Yang berusaha Tn Haji Mod Jaid bin Samat, GPK HEM.
Yang berusaha Pn. Hajah Zanariah binti Md Apin, GPK Kokurikulum.
AJK PIBG yang bertugas, barisan guru yang dedikasi seterusnya murid-murid
yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Allat S.W.T kerana dengan izin dan
limpah kurnianya dapat kita berhimpun pada hari yang berbahagia ini sempena
sambutan hari guru. Sambutan Hari Guru pada hari ini adalah sebagai tanda
pengiktirafan kita yang tidak terhingga terhadap jasa dan sumbangan para guru.
Selaku Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK. Taman Indahpura 2,
saya ingin mengambil kesempatan pada hari yang amat bermakna ini, untuk
mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. Saya ingin
merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas segala
pengorbanan dan sumbangan besar para guru terhadap murid-murid dan sekolah
ini.
Pencapaian demi pencapaian diperolehi dan kejayaan demi kejayaan dikecapi baik
dalam bidang akademik mahupun kokurikulum sehingga sekolah ini. Segala
pencapaian murid murid adalah dari hasil kerja keras yang telah diberikan oleh
guru kepada murid sejak awal lagi. Jasa dan bakti kalangan guru guru amat
dihargai.mula
Murid-murid dan guru-guru yang dirahmati Allah sekalian,
Guru Pembina Negara Bangsa. Begitulah tema hari guru pada tahun ini. Pada
pendapat saya, guru-guru di sekolah ini telah memainkan peranan ke arah
merealisasikan pendidikan bertaraf dunia. Apa yang saya lihat ialah para guru di
sekolah ini bukan sahaja menekan aspek akademik dan kokurikulum semata-mata.
Para guru di sekolah ini juga berusaha untuk membangunkan modal insan dengan

memberi tumpuan kepada sistem nilai iaitu aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati
diri para pelajar.
Guru memainkan peranan yang signifikan kepada pembinaan dan pembangunan
sahsiah dan peribadi murid-murid. Malah, dengan perkembangan semasa yang
mana berlakunya gejala ponteng sekolah, pergaduhan dan lain-lain dipikul oleh
guru dengan rasa penuh tanggungjawab.
Bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menuntut agar para
guru dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani.
Hadirin yang saya muliakan,
Saya yakin dengan adanya guru-guru yang berdedikasi, proaktif, inovatif dan ibu
bapa

yang

prihatin

maka

Insya-Allah

proses

melonjakkan

transformasi

pendidikan negara di sekolah ini dapat direalisasikan. Dengan keringat guru-guru


ini, maka sekolah dapat melahirkan insan yang mulia dan membina masa depan
yang sejahtera.
Bertitik tolak daripada sumbangan dan pengorbanan guru ini, maka sewajarnya
murid-murid dan masyarakat meraikan sambutan hari guru pada hari ini sebagai
menghargai warga pendidik . Bak kata pujangga tentang guru ialah,
Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa, dia juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru. Semoga para
guru sekalian akan terus diberi kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk terus menabur
jasa kepada nusa dan bangsa.
Sekian, wabilahitaufiq wal-hidayah wassalam....