Anda di halaman 1dari 3

12 DEFINASI TEKNIK dalam PSV

1. GURISAN 1. Menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar


sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Contoh: Kertas lukisan
disapu secara berlapis dengan menggunakan krayon disapu dengan krayon.
Alatan tajam seperti kayu, paku atau lidi digunakan untuk menguris untuk
menghasilkan gambar/corak.
2. STENSILAN 1. Gambar yang ada ditebuk mengikut kehendak supaya
meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. 2. Gambar yang
ditebuk diletakkan di atas kertas lukisan. Warna disapu di atas stensil yang
diletakkan atas kertas lukisan tadi. 3. Warna akan melalui ruang kosong atau
lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu
memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.
3. CAPAN 1. Menggunakan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai
jalinan tertentu. 2. Capan tidak perlu disediakan blok cetakan. 3.Imej yang
dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan di permukaan bahan semula jadi
atau bahan alam tersebut. Contoh bahan: sayur-sayuran seperti kentang, bawang
besar, bendi dsbnya. Cap jari juga boleh digunakan.
4.MOZEK 1. Hasil seni dari serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan
tembikar. 2. Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun carikan
kecilbahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas
dinding, lantai atau permukaanyang tidak rata dan menghasilkan pantulan atau
kilauan. 3. Satu imej yang disusun berasingan dan tidak bertindih, disusun
secara bersebelahan. Mozek adalah gambar hasil dari cantuman beberapa
gambar lain disusun menjadi satu tema /tajuk.Satu media seni di mana
kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau kertas
5. PERCIKAN 1. Satu teknik hiasan catan dengan cara: mendetik, mengetuk,
menjentik. Bahagian bulu berus atau berus gigi yang akan menghasilkan kesan
2. Percik-percikan halus warna disembur ke serata tempat dengan pelbagai
warna. 3. Ia adalah kegiatan menyembur bahan cair. Buku Glosari Seni Lukis
percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna
yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu
permukaan.

6. RESIS 1. Satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan
contengan lilin. 2. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas
atau kain. 3. Suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan
yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau
diwarnakan. 4. Warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan
kertas yang disapu lilin. 5. Lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk
membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. 6.
Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan
menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. 7. Resis boleh juga dijalankan
dengan cara menggunakan tindihan iaitu tindihan lilin dan menyapu warna dari
peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.
7. GOSOKAN 1. Ia adalah proses menggosok dan merekod corak daripada
permukaan yang berjalinan Ia juga satu proses penerokaan murid mula
menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. 2.
Gosokan ialah pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke
permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang
hendak dipindahkan. Contoh: duit syilling, cermin tingkap, lantai simen, tapak
kasut. 3. Secara gosokan akan menghasilkan corak permukaan yang berlainan.
Biasanya permukaan yang mempunyai jalinan yang kasar dan rapat akan
menghasilkan ton yang lebih gelap berbanding permukaan yang mempunyai
jalinan yang jarang dan nipis. 4. Tujuannya untuk menghasilkan atau
merakamkan merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan.
8. CETAKAN 1. Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta
melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. 2. Proses ulangan imej
daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. 3.
Satu hasil kerja seni yang menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu
atau beberapa siri cetakan. 4. Perindahan imej yang berdakwat daripada satu
permukaan blok kepada permukaan lain iaitu kertas atau kain. 5. Proses
menggambar atau mencorak yang dilakukan dengan cara memotong, mengguris
di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat Satu proses penerapan blok,
plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain.
9. MONTAJ 1. Menampal dan melekatkan potongan gambar-gambar tertentu
pada suatu permukaan untuk menghasilkan sesuatu tema. 2. Merupakan satu
proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain Dalam kerja-kerja seni
montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi.

3. Imej atau gambar diambil dari foto, majalah, atau cetakan 4. Imej/gambar
disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.
10. KOLAJ 1. Kolaj ialah: - potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan
ke atas sesuatu permukaan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja
seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti gambar foto atau dari
cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menghasilkan sesuatu imej. 2.
Berbagai jenis bahan dilekat dan tampal disatu permukaan khas seperti kertas
lukisan. 3. Mempunyai satu tema bagi sesuatu karya seni kolaj.
11. CATAN 1. Catan ialah proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu
permukaan rata. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada
yang nyata ataupun abstrak. 2. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas
permukaan rata dengan menggunakan berus. Lukisan grafik mengandungi
komposisi artistic dihasilkan dengan mengaplikasikan warna keatas pemukaan
bahan. Satu ciptaan gambar yang berwarna dan ia adalah satu hasil kerja estetik
dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D. Bahan
yang boleh digunakan seperti :cat air, cat minyak, cat tempera dan cat poster.
12. LUKISAN 1. Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan
dengan garisan Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media
kering seperti pensil, krayon, pen, pestel,arang, pen marker, pensel warna, pastel
dan sebagainya 2. Ada berbagai teknik lukisan seperti: -garisan silang, -garisan
berombak, -garisan selari, - garisan menyilang -garisan kontur. -teknik coreng,
-teknik gosok, -teknik titik, -teknik lorek - teknik campuran.

Anda mungkin juga menyukai