Anda di halaman 1dari 22

1.

SISTEM PENDAWAIAN TIGA FASA


FAKTOR PEMILIHAN
1. JENIS-JENIS BEBAN YANG HENDAK DIPASANG
a. Samada beban itu menggunakan arus yang besar, kecil,
berubah atau tetap pada tempatnya (pegun), beban kapasitor,
beban aruhan dan sebagainya.
2. KEADAAN TEMPAT YANG HENDAK DIBUAT PEMASANGAN
a. Samada bangunan baru, lama, rumah batu, dalam tanah
dalam dinding dan sebagainya.
3. HARGA PENDAWAIAN
a. Walaupun harga tidak merupakan factor yang diutamakan
untuk memcapai sesuatu matlamat, tetapi jika berjimat dan
disesuaikan tentulah akan lebih mengutungkan. Perkara ini
termasuklah mendapatkan pekerja, alat-slat yang termurah
dan alat-alat ganti yang mudah diperolehi.
4. JENIS-JENIS BEBAN YANG HENDAK DIPASANG
a. Samada beban itu menggunakan arus yang besar, kecil,
berubah atau tetap pada tempatnya (pegun) , beban
kapasitor, beban aruhan dan sebagainya.
5. KEADAAN TEMPAT YANG HENDAK DIBUAT PEMASANGAN
a. Samada bangunan baru, lama, rumah batu, dalam tanah,
dalam dinding dan sebagainya.
6. HARGA PENDAWAIAN
a. Walaupun harga tidak merupakan factor yang diutamakan
untuk mencapai sesuatu matlamat, tetapi jika berjimat dan
disesuaikan tentulah akan menguntungkan. Perkara ini
termasuklah mendapatkan pekerja, alat-alat yang termurah
dan alat-alat ganti yang mudah diperolehi.
7. TEMPOH KETAHANAN PEMASANGAN
a. Ini bererti pemasangan yang hendak dibuat itu tempoh yang
lama atau pendek. Perbezaan tempoh boleh memberikan
perbezaan penggunaan kabel dan system pendawaian.
8. KAEDAH KHUSUS
a. Kaedah khusus ialah keadaan tertentu yang dihadapi ditempat
pemasangan itu seperti keadaan berasap, lembab, panas,
berminyak, bahaya mekanikal dan sebagainya. Pemilihan yang
salah boleh membawa akibat yang buruk pada
kabel,pemasangan dan pengguna.
9. MASA MENYIAPKAN
a. Jika pendawaian itu perlu disiapkan dengan segera, adalah
merugikan jika disiapkan lewat daripada masa yang
ditetapkan. Oleh itu, penentuan yang tepat masa menyiapkan
perlu diambil kira.
10. TAMBAHAN LITAR ATAU PERUBAHAN LITAR

a. Jika pemasangan ini berkehendakan perubahan yang kerap,


pemilihan sesuatu jenis system pendawaian yang mudah
ditambah atau diubah bagi litar itu perlulah diteliti.
11. KEKEMASAN DAN KECANTIKAN
a. Jika pengguna memerlukan pendawaian yang tidak
menjejaskan kecantikan bangunan, pemasangan system
pendawaian yang kemas perlulah dilakukan.
12. VOLTAN BEKALAN
a. Voltan bekalan yang berbeza misalnya 1 fasa, 3 fasa 3 dawai
A.T.,A.U. dan besar atau kecil voltannya, boleh memberikan
perbezaan cara pendawaian. Sebagai contoh pendawaian bagi
voltan lampau rendah tidak boleh disatukan dengan
pendawaian voltan rendah. Oleh kerana itu pemilihan sesuatu
jenis pendawaian mestilah sesuai dengan voltan bekalan

1.1 SISTEM PENDAWAIAN TIGA FASA

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN


Berikut merupakan ciri-ciri kelebihan dan kelemahan jenis-jenis
system

Sistem permukaan

Bekalan voltan jenis 1 fasa


tunggal

Bangunan diperbuat
daripada kayu atau batu.

Kos perbelanjaan murah.


Bilangan kabel atau litar
akhir yang perlu dipasang
adalah sedikit.

Kerosakan mekanikan
kemungkinan berlaku amat
kurang.

Memerlukan masa yang


singkat untuk menyiapkan
pendawaian.

Kadar kuasa beban yang


dipasang adalah kecil.

Sistem tersembunyi

Keseluruhan bangunan
diperbuat daripada batu atau
simen

Memerlukan suasana
bangunan kemas dan cantik

Kerosakan mekanikal dapat


dikurangkan.

Bilangan kabel yang perlu


dipasang adalah banyak.

Memerlukan tempoh
ketahanan kabel lebih lama.

Kadar kuasa beban yang


dipasang adalah kecil.

Bekalan voltan jenis 1 fasa

Sistem penyokong katenari

Pendawaian di pusat atau


kandang ternakan.

Penyambungan kabel
bekalan di antara dua
bangunan.

Kawasan luar bangunan


yang mempunyai halangan.

Sistem conduit

Sekiranya punca kerosakan


mekanikal pada sesuatu
bangunan terlalu banyak.

Memerlukan satu sistem


pembumian yang baik.

Memerlukan penambahan
litar pada masa akan datang.

Bekalan voltan 1 fasa dan 3


fasa.

Kadar kuasa beban yang


dipasang lebih besar.

Sistem kabel penebatan mineral pelapik kuprum

Suhu sekeliling terlalu panas.


Kawasan berminyak.
Tindakan kesan kimia.

Kawasan yang mudah


terbakar.

Sistem kabel penebatan kertas pelapik plumbum

Untuk pemasangan di dalam


tanah.

Untuk beban yang mengalir


arus tinggi.

Memerlukan perlindungan
mekanikal yang lebih.

JENIS-JENIS KABEL

Kabel-kabel yang digunakan mestilah daripada jenis


bersalut ini adalah kerana kabel yang dipasang secara
sistem permukaan akan terdedah pada keadaan
sekeliling dan kerosakan mekanikal. Jenis kabel yang
sesuai digunakan di bangunan rumah kediaman adalah
kabel bersalut pvk atau getah.
Jenis-jenis kabel yang sesuai digunakan bagi sistem ini
adalah sama dengan sistem permukaan iaitu kabel
beralut pvk.
Kabel yang sesuai digunakan adalah daripada jenis
kabel penebat bersalut pvk atau getah kuat serta
mempunyai penahan minyak dan penghalang api.
Semua jenis kabel boleh digunakan sama ada tanpa
salut atau bersalut.

PERALATAN DAN AKSESORI

1.2 SISTEM PEMDAWAIAN SESALUR

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

KEBAIKAN
Dapat menampung kabel litar yang banyak dan
besar
Tambahan, perubahan dan pertukaran litar mudah
dilakukan
Perlindungan mekaniknya baik.
Tidak mudah dirosakkan oleh perubahan cuaca dan
suhu.
Pemerikasaan sesuatu litar mudah dilakukan iaitu
dengan membuka penutupnya.
KEBURUKAN

Memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk


membelinya.
Ramai pekerja mahir diperlukan
Mudah dimasuki habuk dan kotoran
Sukar dibawa dan dipasang
Kelihatan tidak kemas kerana sesalur tertonjol keluar
seperti beroti
Tempat sesalur ini hendak dipasang, hendaklah
dirancang dengan teliti.
Untuk perjalanan pendawaian yang searah sahaja
iaitu tidak berliku-liku.

JENIS-JENIS KABEL

Semua jenis kabel.

PERALATAN DAN AKSESORI


1.3 KOTAK AGIHAN TIGA FASA

JENIS-JENIS KOTAK AGIHAN TIGA FASA


Bagi penggunaan kapasiti beban yang besar misalnya
sekolah, pejabat, rumah pangsa, kilang, rumah banglow
dan sebagainya, jumlah bilangan beban adalah besar.
Oleh itu banyak litar akhir yang diperlukan. Kotak
agihan (DB) satu fasa yang biasa tidak dapat memenuhi
kehendak permintaan beban tersebut, jadi kotak agihan
tiga fasa akan dipasang ke litar itu.

Kedudukan kotak agihan dipasang selepas meter TNB


dan mengikut turutan yang betul seperti gambarajah 1
berikut:

Peraturan I.E.E. A 3 menyatakan bahawa yang dimaksudkan


dengan pelindung lebihan arus itu ialah sebarang alat yang
boleh memutuskan litar bekalan secara sendiri ( automatik )
apabila berlaku lebihan arus yang lebih daripada yang
dihadkan bagi litar itu . Oleh kerana itu alat ini mestilah
dipasang pada dawai permulaan iaitu pada dawai hidup
secara siri dengan litar itu.
Pengkelasan Kecekapan Perlindungan Arus Lebihan
A . Kelas Kasar
Perlindungan lebihan arus dalam kelas kasar bermaksud alat perlindungan itu tidak
akan beroperasi dalam masa 4 jam apabila arus sebanyak 1.5 x arus beban yang dikadarkan
mengalir pada litar yang dilindunginya ( faktor fius dalam kelas ini lebih daripada 1.5 ) . Di
antara fius yang termasuk di dalam kelas ini adalah seperti berikut :
a) B.S. 88 fius bersama dengan fius berangkai yang bertamda bagi menunjukkan faktor fius kelas
Q2 atau R
b) Fius separuh tertutup yang boleh didawaikan semula mengikut B.S. 3036 .
B . Kelas Halus
Perlindungan lebihan arus dalam kelas halus bermaksud alat perlindungan itu akan
beroperasi dalam masa 4 jam apabila arus sebanyak 1.5 x arus beban yang dikadarkan
mengalir pada litar yang dilindungi ( faktor fiusnya kurang daripada 1.5 ) . Di antara fius yang
termasuk di dalam kelas ini adalah seperti berikut :
a) B.S. 58 fius bersama dengan fius berangkai yang bertanda bagi menunjukka fakto fius kelas
P atau Q1
b) Fius yang dipasang bersama-sama dengan fius berangkai mengikut B.S. 1361
c) Pemutus litar miniatur atau badan berbalut mengikut B.S. 3871
d) Pemutus litar yang dilaraskan untuk beroperasi pada beban lampau tidak melebihi 1.5 x arus
beban litar itu.

Pengasing litar / Main switch / Molded Case Circuit Breaker (MCCB)


Berfungsi sebagai alat yang boleh memutuskan bekalan agihan kepada pengguna dengan
membuka sambungan dawai hidup dan neutral secara serentak jika salah satu kutub bekalan
itu tidak dibumikan dengan menggunakan suis dua kutub berangkai. Bagi bekalan 3-fasa
berbumi tidak perlu membuka dawai neutral kerana ianya dipasang dengan suis tiga kutub
berangkai
Tujuan mengadakan pengasing ialah untuk melindungi pengguna daripada mendapat renjatan
elektrik yang berterusan. Oleh itu pengasing hendaklah dipasang pada permulaan litar
pendawaian bagi setiap pemasangan sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan elektrik.
Terdapat dalam 2 versi iaitu 2 pole dan 4 Pole dengan kadaan arus antara 43A -100A

Pemutus Litar Bocor Kebumi (PLBK)


Juga dikenali sebagai Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB) atau Residual Case Circuit
Breaker (RCCB). Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus ke bumi dan pengasing litar.
Pemutus litar dibuat dalam berbagai bentuk dan jenis kendalian di antaranya ialah jenis isian
minyak, jenis hembusan gas, jenis hembusan udara (angin), jenis vakum dan jenis miniatur.
RCCB boleh didapati dalam 2 versi iaitu 2 Pole dan 4 Pole dengan Kadaaran arus ialah 25A,
40A, 63A and 80A serta arus kendalian kepekaan boleh terdapat dalam 30mA, 100mA dan
300mA
Kepekaan litar lampu adalah 100mA, litar soket adalah 30mA dan kawasan yang
berkemungkinan lantainya basah adalah 10mA.

Pemutus Litar Jenis Miniatur


Juga dikenali sebagai Miniature Circuit Breaker (MCB). Berfungsi sama dengan MCCB tetapi
pada kadaran yang lebih kecil. Tahan lama dan ia tidak dipengaruhi oleh suhu sekitaran untuk
beroperasi dan kadar perlindungan yang diberikannya adalah dalam kelas halus.
Kadaran arus terdapat dari 2-63A bergantung kepada penggunaan. Untuk litar soket adalah
20A atau 32A manakala litar lampu/kipas adalah 6A.

Kelengkapan lain yang terdapat pada kotak agihan terdiri daripada Bus Bar, Neutral Link, Earth
Bar and Din Rail.

(a)

(b)

(c)

(d)

(a) Bus Bar; (b) Terminal Bumi; (c) Terminal Neutral; dan (d) Din Rail
Reka bentuk kotak agihan tiga fasa
Sistem-sistem pengagihan tiga fasa diperbuat dari Keluli Keping (sheet steel), menumbuk
bersalut (powder coated) dengan berwarna Kelabu/Bingkai putih dan penutup lutsinar
(Transparent).
Beberapa jenis-jenis Kotak Agihan

JENIS-JENIS ALAT PERLINDUNGAN TIGA


FASA

9.1-Fius
Fius sepatutnya memutuskan litar bila berlakunya litar pintas dan lebihan arus.
Semua fius yang mengawal litar akhir didalam pendawaian elektrik mestilah tidak melebihi
kadar arus bagi kabel.
9.2-Fius separuh tertutup yang boleh didawaikan semula
-Dibawah BS 3036
-Murah dan boleh diperbaiki dengan mengantikan unsur(elemen)
-Elemen diperbuat daripada timah, plambam atau tinned copper wire.
JADUAL 53A-Saiz elemen fius

Arus namaan(A)
-Jika penggantian
betul menyebabkan risiko
kerosakan berlaku.
-Kadaran arus nominal
dawai elemen ditentukan
- Faktor fius ialah kelas
-contoh , fius yang
pada kira-kira 1.75 x 10 =
= 30 kali.

Diameter
elemen
fius(mm)

0.15

0.2

10

0.35

15

0.5

20

0.6

25

0.75

30

0.85

45

1.25

elemen tidak berkadaran


kebakaran bila
bergantung kepada saiz
jadual 53A.
R, 1.75 3 kali.
berkadar 10A akan lebur
17.5 hingga
3 x 10

60
1.53
Fius katrij
80
1.8
-Dibawah BS 1362.
100
2.0
-Penghubung fius
dimasukkan kedalam
suatu tiub kaca atau seramik.
-Berbentuk kecil dan boleh dikadarkan agak tepat.
-Kemerosotannya kurang berbanding dengan fius separuh tertutup.
-Faktor fiusnya dalam kelas Q1 dan Q2, iaitu -1.25 1.50 kali , 1.50 1.75 kali- 2.4 kali.
Fius HRC & HBC
-Dibawah BS 88 dan 1361.
-Penghubung fius ialah satu tiub seramik,yang mana penutup hujungnya diperbuat daripada
logam yang berbagai bentuk
-Elemen fius diperbuat daripada jalur kupram bersalut perak dan disokong oleh silicon serta
diselaputi serbuk mineral.
-Tujuan dimasukkan serbuk mineral ialah untuk mengelakkan arka dan bunyi yang kuat
-Direka untuk mengatasi arus litar pintas dengan lebih cepat dan selamat.
atau kapasiti pemutusan yang tinggi.
-Lebih baik dari fius katrij.
-Kos pengantian penyambungnya lebih tinggi daripada fius jenis lain.
-Faktor fiusnya 1.0 1.25 kali.

2 SISTEM PEMBUMIAN TIGA FASA

DEFINASI PEMBUMIAN TIGA FASA

Dalam bidang kejuruteraan elektrik, istilah pembumian


elektrik merujuk kepada sambungan litar elektrik ke bumi,
sama ada secara fizikal ataupun sebagai "laluan balik" ke

punca kuasa elektrik, bergantung kepada aplikasi yang


digunakan.

2.1 JENIS-JENIS SISTEM PEMBUMIAN

SISTEM TT

Di dalam sistem pembumian TT, sambungan bumi pengguna


disediakan melalui sambungan tempatan ke bumi, bebas
daripada sebarang sambungan pada penjana elektrik.

SISTEM TN-S

Wayar bumi (PE) dan neutral (N) berasingan dari transformer ke


unit pengguna, yang tidak disambungkan bersama pada manamana titik selepas titik pengagihan bangunan.

SISTEM TN-C-S

SISTEM TN-C

Pengalir gabungan PEN dari transformer ke titik pengagihan


bangunan, tetapi dipecahkan kepada pengalir PE dan N pada
pendawaian dalaman kekal serta wayar kuasa boleh lentur.

Pengalir gabungan PE dan N sepanjang sistem dari transformer ke


unit pengguna.

SISTEM IT

Di dalam sistem pembumian IT, sistem pengagihan tidak


mempunyai sebarang sambungan bumi, ataupun ia hanya
mempunyai sambungan bergalangan tinggi. Di dalam sistem
sebegini, satu alat pemantau penebatan digunakan untuk
memantau galangan.

2.2 ELEKTROD BUMI

Elektrod bumi ialah batang(rod), pelit atau jalur yang ditanam di


dalam bumi untuk memberi sambungan yang berkesan ke jisim
bumi

Jenis-Jenis elektrod bumi

Jenis elektrod bumi yang biasa digunakan ialah


seperti berikut:

Paip Galvani 2-3m


panjang x 8mm garis
pusat

Batang (rod) kuprum 23m panjang x 4mm garis


pusat
Pelit 30cm x 30cm
Jalur kuprum (strip) 100m
x 0.4cm x 3cm
Struktur keluli bangunan
Pelapik plumbum dan
bahan logam yang
menutup kabel

2.3 PERLINDUNGAN KILAT

DEFINASI PERLINDUNGAN KILAT

Tujuan pemasangan penangkap kilat ialah untuk mengalirkan arus


yang terhasil dari penahan petir ke bumi bagi melindungi bangunan
dan peralatan elektrik. Penangkap kilat biasanya dipasang pada
kawasan yang mempunyai aliran elektrik yang tinggi dan terdedah
seperti kawasan pencawang, talian atas voltan tinggi, talian atas

voltan rendah, bangunan sub station, bangunan tinggi, kilang


kilangyang mudah terbakar atau meletup dan lain-lain kawasan
yang senang disambar petir.

3 PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN SISTEM


PENDAWAIAN TIGA FASA
3.1 DEFINASI PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN
SISTEM PENDAWAIAN TIGA FASA

Setelah selesai sesuatu pendawaian, beberapa pengujian terhadap


pepasangan pendawaian perlu dilakukan bagi pengesahan kendalian
litar pendawaian dan peralatan dipasang selamat untuk digunakan.
Sebelum pengujian dijalankan proses pemeriksaan hendaklah
dibuat. Keputusan pemeriksaan/penyeliaan dan pengujian
hendaklah menggunakan Borang G (seperti Lampiran IV) dan Borang
H (seperti Lampiran V).

3.2 JENIS-JENIS PENGUJIAN

Ujian
Ujian
Ujian
Ujian
Ujian

Keterusan
Rintangan Penebatan
Kekutuban
Rintangan Elektrod Bumi
Peranti Arus Baki

3.3 PERATURAN IEE MENGENAI PEMERIKSAAN


DAN UJIAN

AMALAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK


Merangkumi perlaksanaan kerja-kerja elektrik yang merangkumi aspek undangundang, peraturan dan standard seperti :
1) Peraturan Pendawaian IEE
2) Akta Bekalan Elektrik & Peraturan-Peraturan Elektrik
Peraturan IEE:Peraturan Pendawaian IEE merangkumi :
a)
Pengenalan Peraturan Elektrik
b)
Perlindungan Arus Lebihan
c)
Pemilihan Kabel
d)
Pemilihan Peralatan, Pengasingan & Pensuisan
e)
Pemeriksaan & Pengujian
Peraturan Pendawaian IEE
(Pengenalan Peraturan Elektrik)

IEE merupakan singkatan bagi Institution Of Electrical Engineers (Institut


Kejuruteraan Elektrik)
Peraturan IEE ini sentiasa mengalami beberapa perubahan bagi disesuaikan
dengan kemajuan teknologi pembuatan/teknik.
Bermula dari Edisi 1 (1882) sehingga Edisi 16 (1992)
Peraturan IEE digabungkan dengan peraturan lain, antaranya
a) British Standard Code of Practise
b) Peraturan kejuruteraan di negara berkenaan.
Tujuan :
Untuk menjamin keselamatan kepada pemasangan dan kelengkapan elektrik.
Untuk memberi perhatian kepada keselamatan pengguna daripada bahaya
kebakaran dan renjatan elektrik sama ada dalam atau luar bangunan.
Aspek yang dititikberat dalam Peraturan IEE
a) Voltan bekalan.
b) Pemilihan bahan atau alat tambah yang sesuai
c) Rekabentuk litar
d) Semasa pembinaan seperti :
i) Pemasangan tidak mewujudkan kesan sampingan
ii) Mengadakan penyenggaraan pemasangan
iii) Mengikut piawaian British/kod
iv) Penyambungan kabel yang baik
v) Pemasangan peralatan di tempat yang sesuai dan mudah dikendalikan.
vi) Mengadakan ruang kerja yang mencukupi
e) Pemeriksaan dan pengujian seperti :
Memastikan pemasangan dan kelengkapan ini benar-benar baik dan sesuai
digunakan.
Mematuhi kehendak peraturan IEE dan penguasa tempatan.
Apakah tujuan perlindungan ?
Perlindungan bertujuan untuk mengelakkan seseorang daripada sebarang
perkara yang membahayakan yang mungkin wujud dan mengganggu pengguna
elektrik.
Maksud perlindungan bagi suatu pepasangan elektrik terdiri daripada :
a)
Perlindungan daripada bahaya renjatan iaitu sentuhan secara terus(langsung)
dan tidak langsung.
b)
Perlindungan daripada bahaya arus lebih.
c)
Perlindungan daripada arus litar pintas.
d)
Perlindungan secara penyampukan bekalan utama.
e) Perlindungan daripada kesan terma.
f)
Perlindungan daripada pengaruh luaran.

Bagaimana sentuhan langsung dilindungi ?


Sentuhan Secara Langsung :
a) Menebatkan kesemua bahagian hidup.
b) Menggunakan penutup atau sawar.
c) Perlindungan secara halangan.
d) Perlindungan secara meletakkan bahagian hidup jauh dari jangkauan/ capaian.
Bagaimana sentuhan tidak langsung dilindungi ?
Sentuhan Secara Tidak Langsung :
a) Perlindungan dengan menggunakan pengikatan pembumian sama upaya dan
pemotongan bekalan secara automatik.
b) Perlindungan dengan menempatkan pengalir hidup pada tempat berpenebat.
c) Perlindungan dengan menggunakan pengikat sama upaya tanpa bumi

Amalan Pembumian Suatu Pepasangan


Alat perlindungan bocor ke bumi sangat bergantung kepada pengalir bumi
dimana :
Pengalir bumi- menyambungkan terminal utama bumi ke elektrod bumi.
Pengalir perlindungan litar Menyambungkan terminal bumi DB ke terminal bumi
utama.
Pengalir ikatan sama upaya utama Menyambungkan bahagian logam ke
terminal utama bumi.
Pengalir ikatan sama upaya tambahan Menyambung bhg. logam tambahan ke
terminal utama bumi.
Punca berlaku arus lebihan (Overload) :
a)Arus beban lebih
i) Beban Lampau
ii) Arus Beban Permulaan
b)Litar pintas.
Arus Beban Lebih (Overload Current)
Terbahagi kepada :
Beban lampau
Disebabkan oleh penambahan beban lebihan atau salah kira faktor
kepelbagaian.
Arus permulaan beban
Arus Beban yang naik secara mengejut pada peringkat permulaan penghidupan
seperti motor.
Biasanya arus ini tidak merbahaya kerana ianya berlaku dalam tempoh yang
singkat.
Litar Pintas(Short Circuit)

Berlaku jika galangan antara pengalir hidup/fasa dan pengalir neutral


menghampiri sifar.
Ketika ini susut voltan tempat berlakunya litar pintas adalah sifar.
Pada amnya litar pintas berlaku disebabkan oleh kerosakkan peralatan atau
penebatan litar dan bukan disebabkan oleh pertambahan beban.
Peraturan IEE bagi arus beban lampau :
1. Alat perlindungan mestilah mampu memutuskan sebarang arus beban
lampau yang mengalir dalam pengalir litar sebelum ia mengakibatkan suhu tinggi
pada penebat, sambungan atau pengalir.
2.Alat perlindungan arus beban lampau mestilah mempunyai ciri-ciri :
a) Arus nominal(arus maksimum yang boleh melalui kabel) tidak kurang
dari arus rekabentuk litar.
b) Arus nominal tidak melebihi kapasiti membawa arus yang terkecil bagi
sebarang pengalir dalam litar.
Peraturan IEE bagi perlindungan arus litar pintas :
Alat perlindungan mestilah mampu memutus sebarang arus litar pintas dalam
setiap litar sebelum arus tersebut boleh mengakibatkan kesan kepanasan dan
kerosakkan mekanikal ke atas pengalir.
Kadar kapasiti pemutusan mestilah tidak boleh kurang dari arus litar pintas.
Alat perlindungan untuk arus beban lampau yang mematuhi ciri-cirinya dan
mempunyai kapsiti pemutusan tidak kurang dari arus litar pintas yang digunakan.
Peranti/peralatan yang digunakan sebagai perlindungan arus lebihan :
a) Fius
b) Pemutus litar (Circuit Breaker)
Jenis fius
1. Fius dawai, BS 3036
2. Fius catridge, BS 1362
3. Fius HRC (High Rupturing Capacity), BS 1361 dan
BS 88
Kabel
Media pemindahan arus dari satu tempat ke tempat yang lain
Bagi suatu pemasangan rekabentuk - pemilihan, penyokongan dan pendawaian
sesuatu jenis kabel perlu diketahui dengan jelas.
Setiap kabel mempunyai fungsi tersendiri dan tidak boleh disalahgunakan.
Peraturan IEE bagi kabel :
Kadaran voltan kabel mestilah tidak kurang dari voltan bekalan.
Kapasiti membawa arus mestilah tidak kurang dari arus maksimum yang
mengalir dalam kabel.
Susutan voltan tidak melebihi 4% dari voltan bekalan

Setiap pengalir kabel yang disambung selari dari satu litar akhir mestilah sama
jenis, luas keratan rentas, panjang & kedudukan pendawaian
Jenis Kabel
1. Kabel berpenebat PVC
2. Kabel penebat PVC bersalut PVC
3. Kabel PVC berperisai
4. Kabel Cross Link Polyethelene
Faktor pemilihan sesuatu kabel :
a)
Jenis kabel
b)
Kemampuan membawa arus
c)
Kaedah pemasangan (jenis pendawaian)
d)
Faktor kumpulan (Cg)
e)
Suhu ambien (Ca)
f)
Penebat haba (Ci
g)
Susut voltan (Voltage drop) tidak lebih 4% voltan
h)
Harga pasaran

bekalan

Peralatan
Peraturan mengkehendaki :
Semua peralatan hendaklah dibina, dipasang dan dilindungi supaya
mengelakkan bahaya
Pertimbangan dalam peralatan yang hendak digunakan :
1) Tujuan ia digunakan.
2)
Pengaruh luaran.
3)
Kesesuaian (compatibility).
4)
Senggaraan.
5)
Alat ganti.
6)
Mematuhi piawaian tempatan atau berkaitan.
Pengenalan & Notis

Pengenalan alat hendaklah jelas dengan guna label yang sesuai, mudah dilihat &
jelas

Cth Notis BAHAYA VOLTAN TINGGI

SUIS BOMBA
-ON / OFF

Pengasingan Dan Pensuisan


Dalam peraturan, mengkehandaki :
Pengasingan dan pensuisan tidak automatik hendaklah disediakan untuk
mengelakkan atau menghilang bahaya berkaitan dengan pemasangan,
peralatan dan mesin elektrik

Jenis pengasing:
Pengasing (Isolators/Disconnector)
Suis pengasing(Isolating switch)
Plug dan suis alur keluar
Fius penyambung(Fuselink)
Penyambung (link)
Pemutus litar(bukan tujuan perlindungan)
Tujuan Pengujian & Pemeriksaan
Bertujuan bagi memastikan pemasangan & peralatan yang digunakan memenuhi
Peraturan IEE
Pengujian dan Pemeriksaan mesti dilakukan bagi:
a)
Setiap pendawaian baru
b)
Pendawaian tambahan
c)
Pendawaian yang diubah suai
d)
Pemasangan elektrik yang sedia ada yang telah tamat
tempoh
penggunaannya
Tujuan pemeriksaan penglihatan :
a)
Untuk memastikan bahan dan alat yang dipasang
mengikut piawaian
British (BS) atau kelulusan SIRIM
b)
Untuk memastikan pemasangan mematuhi peraturan
IEE, TNB dan
JKR.
c)
Untuk memastikan kerosakkan yang nyata (boleh
dilihat) ke atas
pemasangan atau kelengkapan
Jenis Ujian yang dicadangkan oleh IEE untuk sesebuah pemasangan :
Ujian keterusan pengalir pelindung.
Ujian keterusan litar gelang.
Ujian rintangan penebatan.
Ujian penebatan lantai atau dinding.
Ujian penebatan bagi bahan struktur pemasangan pembinaan.
Ujian kekutuban.
Ujian galangan litar rosak ke bumi.
Ujian rintangan elektrod bumi.
Ujian kendalian peranti bocor ke bumi