Anda di halaman 1dari 1

BORIA SUKA-SUKA

Mari semua rakan dan taulan, Boria seloka kami dendangkan, Ini hanyalah sekadar
gurauan, Untuk semua, sebagai hiburan.
Mari semua rakan dan taulan, Boria seloka kami dendangkan, Ini hanyalah sekadar
gurauan, Untuk semua, sebagai hiburan. Ewwahhh!
Satu, dua, tiga, empat dan Lima, Kita mesti hormat sesama kita, Tua atau muda sama
sahaja, Barulah hidup aman bahagia.
Mari semua rakan dan taulan, Boria seloka kami dendangkan, Ini hanyalah sekadar
gurauan, Untuk semua, sebagai hiburan. Ewwahhh!
Enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh, Bila bertanding jangan bergaduh, Hidup tolong
menolong jangan mengeluh, Bersatu teguh bercerai roboh.
Mari semua rakan dan taulan, Boria seloka kami dendangkan, Ini hanyalah sekadar
gurauan, Untuk semua, sebagai hiburan. Ewwahhh!
Tamatlah sudah ragam dan seloka, Harap semua terhibur dan ceria, Nasihat tadi jangan
dilupa, Inilah boria, Subang Jaya.

Anda mungkin juga menyukai