Anda di halaman 1dari 6

Peranan anda bagi mengelakkan penjajahan semula berlaku di negara kita

Sebagai seorang warganegara Malaysia, saya akan berusaha sepenuh hati dan daya untuk
mempertahankan perpaduaan negara yang sedia ada dengan mengamalkan kerjsama antara
rakyat yang berbilang kaum agar negara sentiasa aman.
Saya juga akan sentiasa menghayati sejarah perjuangan tokoh-tokoh terdahulu bagi
meningkatkan kesedaran dalam diri serta meningkatkan rasa syukur dan perasaan cinta kepada
negara yang menebal.
Seterusnya sebagai pewaris bangsa, saya akan berusaha melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan terutama ilmu berkaitan sains dan teknologi agar dapat mengangkat kedududkan
negara sebaris dengan negara maju yang lain.
Malahan, saya akan mempelajari ilmu kepimpinan bagi membentuk diri menjadi
pemimpin yang berilmu untuk menerajui negara dengan baik, dengan kebijaksanaan dan ilmu
yang tinggi membolehkan kita memilih yang mana baik dan mana buruk untuk pentadbiran
negara.

Apakah persiapan yang anda lakukan untuk mempertahankan Negara kita daripada sebarang bentuk
penjajahan pada masa hadapan? (aplikasi)
11. Mewujudkan kestabilan politik dalam Negara
12. Melaksanakan pentadbiran dengan sistematik
13. Berfikir sebelum melakukan sebarang tindakan
14. Memilih pemimpin yang berwibawa
15. Membanteras gejala rasuah
16. Mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan
17. Mewujudkan perpaduan antara kaum
18. Mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menggugat keamanan Negara
19. Dasar pemerintahan mestilah berlandaskan ajaran agama
20. Melahirkan modal insan yang sanggup berkorban untuk Negara
- menjalankan hubungan diplomatik dgn negara luar
- mengukuhkan sistem pertahanan negara
- memupuk perpaduan kaum
- mematuhi undang2 negara
- menyemai semangat patriotik dlm kalangan rakyat
- mengelakkan peperangan dan pergaduhan terjadi dlm negara
- elakkan campur tgn kuasa asing dlm urusan negara

Kepentingan Keperluan Asas Kepada Manusia


Gambar di bawah menunjukkan kemudahan asas dalam hidup kita. Tulis sebuah
ulasan tentang kepentingan keperluan asas kepada manusia. Panjang ulasan anda
hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.

AIR
- Manusia memperoleh air daripada :
a) air yang mereka minum
b) makanan yang mereka makan seperti buah-buahan dan
sayur-sayuran.
- Manusia memerlukan air untuk :
a) mengekalkan suhu badan
b) mengangkut zat makanan ke seluruh badan
c) mengangkut bahan buangan daripada badan.
- Untuk terus sihat, manusia perlu minum 8 gelas air setiap hari.
MAKANAN
- Selain air, manusia juga memerlukan makanan untuk hidup.
- Manusia memerlukan makanan untuk hidup.
- Makanan memberikan manusia
a) tenaga untuk melakukan pelbagai aktiviti.
b) haba untuk mengekalkan suhu badan.
c) zat makanan untuk membesar dan terus sihat.
- Manusia perlu mengambil makanan yang seimbang dalam makanan mereka.

- Makanan yang seimbang mempunyai semua jenis zat makanan yang diperlukan oleh
badan dalam jumlah yang berpatutan.

UDARA
- Manusia memerlukan udara untuk bernafas.
- Setiap pernafasan dapat ditunjukkan melalui pergerakan dada.
- Sekiranya seseorang itu tidak mendapat udara, dia boleh mati
dalam tempoh yang singkat.
TEMPAT PERLINDUNGAN
- Manusia juga memerlukan tempat perlindungan untuk terus
hidup
- Manusia memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi
diri mereka daripada:
a) bahaya
b) sinaran matahari
c) hujan
- Terdapat pelbagai jenis tempat perlindungan bagi manusia:
a)Rumah teres
b) Rumah panjang
c) Rumah pangsa
d) Banglo
e) Pondok

Ulasan : Piramid Makanan


Lihat carta piramid makanan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang
terdapat dalam carta tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100
patah perkataan.

Tema: Piramid Makanan


ISI
8 - 12 hidangan
3 - 5 hidangan
2 - 3 hidangan
1 - 2 hidangan
Guna sedikit

TERSURAT
CONTOH
Nasi, mi, roti, bijirin, ubi
Buah-buahan dan sayuran
Ikan, ayam, itik, daging,
kekacang
Susu dan produk tenusu
Lemak minyak, gula, garam

TERSIRAT (Kesan Baik)


HURAIAN
Membekalkan tenaga
Membantu sistem penghadaman
Membekalkan protein
Mengelakkan obesiti
Mengelakkan penyakit

Piramid makanan merupakan panduan pemakanan untuk kesihatan. Antara


amalan pemakanan yang dicadangkan ialah mengambil 8 hingga 12 hidangan nasi, mi,
roti, bijirin dan ubi kerana makanan ini membekalkan tenaga kepada manusia. Selain
itu, kita digalakkan mengambil hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk
membantu sistem penghadaman. Di samping itu, kita juga disyorkan mengambil ikan,
ayam, itik, daging dan kekacang kerana makanan tersebut kaya dengan protein. Kita
juga seboleh-bolehnya mengurangkan pengambilan susu dan produk tenusu untuk
mengelakkan obesiti. Akhir sekali, lemak minyak, gula dan garam mestilah digunakan
sedikit sahaja bagi mengelakkan penyakit. Kesimpulannya, kita digalakkan mematuhi
piramid makanan agar kesihatan kita lebih terjamin.
(97 patah perkataan)

CIRI-CIRI SAHABAT YANG BAIK

Sentiasa membantu ketika dalam kesusahan.


Menunjukkan teladan yang baik.
Mengajak ke arah kebaikan.
Bersedia mendengar masalah.
Membantu dalam pelajaran.

Contoh Karangan
Setiap individu di dunia ini pastinya memiliki sahabat ataupun rakan dalam
kehidupan mereka. Rakan-rakan amat diperlukan dalam menghilangkan kebosanan
yang melanda diri. Namun demikian, beberapa perkara perlu dipertimbangkan dalam
memilih rakan. Hal ini demikian kerana jika tersalah pilih rakan akan rosaklah masa
hadapan kita. Jika diperhalusi, ada beberapa ciri dalam memilih sahabat yang perlu kita
ketahui.
Ciri yang paling utama sudah pastinya sahabat yang sentiasa membantu kita
ketika susah dan senang. Peribahasa ada mengatakan rakan ketawa senang dicari
tetapi rakan tangis sukar ditemui. Oleh itu, dalam memilih sahabat ciri ini perlu ada
supaya mereka sentiasa membantu kita tanpa mengira waktu dan ketika. Jelaslah,
rakan atau sahabat yang sebegini mampu mengisi kekosongan dan sentiasa ada saat
diperlukan.
Sahabat yang baik juga pastinya mampu menunjukkan teladan yang baik kepada
kita. Sudah pasti kita tidak mahu menjadi seperti disebabkan nila setitik habis rosak
susu sebelanga. Disebabkan sikap rakan kita yang tidak elok, habis rakan-rakan yang
lain dituduh bersekongkol mahupun dilabel sebagai membawa pengaruh yang negatif.
Huraian ini sangat bertepatan dengan peribahasa berteman dengan tukang minyak
wangi kita akan ikut wangi, berteman dengan tukang minyak kita akan ikut bau minyak.
Di samping itu, dalam memilih sahabat juga pilihlah sahabat yang sentiasa
mengajak kita ke arah kebaikan. Sebagai contohnya, pilihlah sahabat yang tidak
meninggalkan solat dan tahu menghormati orang yang lebih tua. Perkara ini penting
kerana ciri-ciri sahabat yang baik itu akan menjadi ikutan kita sepanjang masa. Secara
tidak langsung, masyarakat akan memandang tinggi individu-individu yang memiliki ciriciri yang baik dalam diri mereka.
Seterusnya, sahabat yang baik juga pastinya bersedia untuk berkongsi ataupun
sekurang-kurangnya mendengar masalah kita pada bila-bila masa yang diperlukan.
Sahabat yang baik mampu berfungsi sebagai pembimbing di saat kita menghadapi
masalah. Namun demikian, nasihat dan bimbingan yang diberikan mestilah mampu
membawa kita ke arah kebaikan. Tidak dapat dinafikan lagi, kita perlu bersedia
mendengar masalah rakan jika ingin menjadi sahabat yang baik.
Kesimpulannya, ada berbagai-bagai ciri yang perlu diperhalusi dalam menilai erti
persabahatan. Oleh sebab itu, kita wajar dan harus berhati-hati untuk menjadikan

seseorang itu sebagai kawan, teman ataupun sahabat kita. Seorang sahabat
semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk diikuti dan dicontohi. Sahabat boleh
membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita
di akhirat kelak.