Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Contoh 1:
Pendahuluan : Apabila berbicara tentang Malaysia, minda dan hujah pasti berfokus
kepada sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang cukup kaya dengan hasil
mahsulnya, negara yang amat cantik landskapnya, dan tidak ketinggalan sebagai
negara yang damai dan harmoni. Sesungguhnya, semua kenyataan tersebut adalah
benar dan tepat sekali. Betapa tidak, Malaysia sedang menjadi perhatian
masyarakat dunia tentang keunikannya dalam serba serbi perkara. Namun begitu,
dalam sedar atau tidak, sebagai sebuah negara membangun yang aktif, Malaysia
sedang dibebani dengan krisis sampah sarap dan alam sekitar yang tercemar teruk.
Berdasarkan statistik, setiap daripada rakyat Malaysia menyumbangkan tiga
kilogram sampah sehari. Dengan hal yang demikian, semua pihak patut sedar
tentang situasi tersebut dan mengambil pelbagai langkah proaktif menjaga
kebersihan. Oleh itu, secara jujur, saya juga berasa terpanggil untuk turut serta
menangani gejala yang semakin meruncing ini.
Contoh2:
Menjaga Kebersihan Diri
Tambah Keyakinan - Bila anda membersihkan diri termasuk penampilan wajah
yang kemas, pakaian yang bersih, sekurang - kurangnya menambahkan sedikit
bonus untuk anda berhadapan dengan orang lain.
Elak Penyakit - Kuku yang di potong kemas mengurangkan risiko kuman tertinggal di
jari dan seterusnya mengelakkan pemindahan kuman ke dalam makanan yang
masuk ke perut anda. Sebelum makan pun, kita di sarankan untuk mencuci tangan
sebaiknya. Tapi tak perlulah basuh dengan klorin dan bahan kimia yang lain semata
- mata nak membunuh kuman..
Contoh 3:
Seiring dengan pembangunan pesat yang dijalankan di negara ini sejak satu
dasawarsa dahulu, negara kita telah menghadapi pelbagai masalah dan halangan
dalam usaha menuju ke Wawasan 2020 yang diidam-idamkan. Selama ini, masalah
kebersihan awam dan alam sekitar telah berakar umbi di negara ini serta menjadi
semakin kronik belakangan ini bagai bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi
dengan nyiru lagi. Masalah sosial tersebut tidak seharusnya dipandang enteng
memandangkan isu tersebut berkait rapat dengan kesihatan rakyat negara ini.
Sebab-sebab berlakunya pengabaian kebersihan awam dan alam sekitar hendaklah
dikenal pasti supaya langkah-langkah pencegahan dapat diambil demi
kesejahteraan hidup sejagat. Sayugia diingatkan bahawa masalah kebersihan awam
dan alam sekitar dapat mendatangkan kesan buruk yang tidak diingini terhadap
kesihatan rakyat. Secara keseluruhannya, langkah-langkah yang proaktif dan efektif
harus diberikan penekanan dalam usaha mengatasi masalah tersebut. Oleh itu,
semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing kerana bertepuk
sebelah tangan takkan berbunyi.
Ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam memastikan kebersihan awam
dan alam sekitar terjamin. Ibu bapa haruslah menitikberatkan didikan agama yang
mantap dalam diri kanak-kanak sejak bangku sekolah lagi kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Semua agama menekankan aspek kebersihan dan
menegah penganutnya daripada melakukan kekotoran yang akan menjejaskan
kemaslahatan awam. Dengan adanya didikan agama yang teguh, insan yang
mementingkan kebersihan di tempat awam atau kebersihan alam sekitar dapat
dilahirkan. Selain itu, ibu bapa harus menunjukkan perlakuan yang baik dalam aspek
kebersihan tanpa mengira di mana jua berada kerana tingkah laku mereka akan
menjadi teladan dan ikutan anak-anak mereka kerana ke mana tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi. Ibu bapa tidak seharusnya bersikap seperti ketam mengajar
anaknya berjalan lurus, sedangkan dirinya berjalan senget. Misalannya, ibu
bapa haruslah membuang sampah ke dalam tong sampah dan menggunakan
tandas awam dengan baik. Dengan ini, anak-anak yang masih berumur setahun
jagung dan berdarah setampuk pinang akan mencontohi perbuatan ibu bapa
mereka dan akan dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan mereka kerana alah
bisa tegal biasa. Jadi, didikan ibu bapa amat penting dalam memastikan kebersihan
tempat awam dan alam sekitar terpelihara.
Selain itu, guru juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk nilai
kebersihan dalam sanubari para pelajar. Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama
yang menekankan pembentukan insan yang berkeperibadian mulia dan murni telah
diterapkan dalam sistem pendidikan negara kita. Guru perlu mengajar murid tentang
kepentingan mengamalkan nilai kebersihan dalam hidup terutamanya yang
melibatkan kemaslahatan umum seperti tandas awam dan kawasan rekreasi. Guru
tidak seharusnya leka dalam menjalankan obligasi mereka sebagai pendidik yang
berkesan kerana setiap ajaran guru akan melekat dalam sukma pelajar dan akan
diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Sehubungan dengan itu, guru perlu
menitikberatkan aspek kebersihan di dalam kelas dan di kawasan sekolah di
samping menekankan kepentingan penjagaan kebersihan alam sekitar dengan
melarang murid daripada membuang sampah di merata-rata tempat. Konsep bersih
ini diperluas bukan sahaja di dalam kelas tetapi kepada kehidupan yang lebih
menyeluruh. Pihak sekolah dan guru boleh membina taman mini dan landskap
supaya keadaan sekolah lebih cantik dan hijau. Mata pelajaran Pendidikan Moral
dan Pendidikan Agama Islam perlu diajar oleh guru-guru dengan pengisian aktiviti
pembelajaran yang menarik dan berkesan supaya obejektif yang dirancang tidak
tersasar. Langkah yang dijalankan dengan penuh istiqamah ini sudah pasti dapat
mendidik generasi muda kita tentang kemaslahatan amalan kebersihan.
Peranan media massa juga tidak dapat diketepikan memandangkan media massa
seperti radio, televisyen dan suratkhabar mendatangkan pengaruh yang mendalam
dalam kehidupan sehari-hari. Rancangan dan program yang dapat menyemaikan
sikap rakyat menjaga kebersihan awam harus disiarkan melalui saluran media
bercetak dan media elektronik dari semasa ke semasa untuk menyedarkan rakyat
tentang peri pentingnya kebersihan terhadap kesihatan masyarakat. Kempenkempen kebersihan awam seperti Cintailah Sungai Kita dan slogan Negara Bersih
Sihat patut digiatkan dan diharapkan dapat membangkitkan kesedaran sivik
masyarakat negara ini untuk memelihara kebersihan awam. Kempen-kempen yang
dijalankan oleh pihak media massa perlulah berketiak ular dan bukannya hangathangat tahi ayam. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat diseru untuk menjaga
kebersihan alam sekitar dan tempat awam. Dengan ini, sedikit sebanyak langkah ini
dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar dan
tempat awam senantiasa bersih dan dijaga. Jadi, kempen kesedaran ini dapat
mencapai matlamatnyai apabila semua rakyat sedar akan kepentingan alam sekitar.
yang amat penting untuk menjamin keharmonian sejagat. Kita tentu tidak ingin
generasi yang akan datang hidup dalam keadaan yang dicemari, menyedut udara
yang kotor, serta minum air yang bermikroorganisma. Maka, sebelum nasi menjadi
bubur, marilah sama-sama kita mempraktikkan kebersihan diri dan lebih penting lagi
kebersihan awam demi kesejahteraan hidup pada hari muka.
Salah satu faedah memperkenalkan sukan lasak seperti kembara, mendaki gunung,
berkayak, dan lumba basikal di peringkat sekolah ialah kita dapat membentuk
individu yang mempunyai ketahanan diri dan berani menghadapi cabaran. Hal ini
demikian kerana sehingga sekarang remaja dan belia kita tidak mempunyai
ketahanan diri dan tidak tahan menghadapi cabaran apabila berada di dunia luar.
Dengan itu, kebanyakan mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan
ditempatkan di pusat serenti. Oleh itu, mulai tahun 2004, program Latihan Khidmat
Negara diperkenalkan dan pelajar lepasan SPM diwajibkan menyertai program ini
secara berperingkat- peringkat. Dalam fasa pertama, mereka didedahkan dengan
aktiviti luar yang memerlukan tenaga fizikal untuk membentuk mereka menjadi
warganegara yang berketahanan tinggi dan sanggup mengharungi cabaran kelak.
Oleh itu, saya mencadangkan sukan lasak perlu diperkenalkan di sekolah sebagai
usaha untuk membina ketahanan diri dan berdaya juang.
Selain itu, sekiranya sukan ini diperkenalkan di peringkat sekolah, maka kita
menyediakan atlet dalam bidang sukan lasak yang boleh mewakili negara ini
diperingkat antarabangsa kelak. Hal ini demikian kerana bidang sukan ini perlu
diperkenalkan di peringkat awal lagi atau diperingkat sekolah seperti kata
peribahasa kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya . Untuk berjaya
dalam pelbagai sukan lasak, bukanlah satu usaha mudah yang dapat dilatih dalam
masa setahun dua sahaja, tetapi mengambil masa yang lama. Jadi, sekiranya sukan
lasak ini diperkenalkan di peringkat sekolah, maka pelajar yang berminat dalam
bidang ini dapat mengasah bakat mereka melalui latihan yang terbimbing semasa di
bangku sekolah. Oleh itu, apabila mereka meninggalkan sekolah, mereka masih
boleh meneruskan latihan intensif agar boleh mewakili negara dalam acara yang
dipilih mereka. Buktinya ialah buat pertama kali Malaysia menampilkan barisan tiga
pelumba muda untuk menggalas cabaran dalam dua acara lebuh raya Kejohanan
Berbasikal Asia (ACC) ke 24 di Bandar Raya Yokaichi di Jepun pada 9 16 April
2004. Mereka ialah Sayuti Mohd. Zahit dan Jasmin Ruslan, iaiti pelumba Projek
Gemilang 2006 dan Wam Mohd. Najmee Wan Mohamad, iaitu pelumba muda dari
Kuaka Lumpur. Penghantaran itu ialah sebahagian dariapda rancangan jangka
panjang untuk menggilap pelumba muda bagi memikul lebih banyak tugas besar di
peringkat antarabangsa pada masa akan datang. Oleh itu, sukan lasak perlu
diperkenalkan di peringkat sekolah supaya kita mencungkil bakat muda untuk digilap
dan disinarkan untuk mewakili negara kelak.
Sukan lasak seperti berenang merentasi sungai atau laut wajar diperkenalkan di
peringkat sekolah. Buktinya ialah seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Salman
Ali Shariat Abdul Halim mencipta rekod sukan renang negara apabila Berjaya
menyeberangi Sungai Dinding sejauh satu kilometer pada 30 Mac 2004. Salman
adalah antara 31 orang peserta yang kebanyakannya orang dewasa yang berjaya
menamatkan renangan dalam program cabaran merentasi Sungai Dinding 2004
anjuran Universiti Teknologi Mara (UITM) Cawangan Perak. Perenang berbakat itu
turut ditemani oleh dua orang kakaknya, Zahara Mansourah berumur 11 tahun dan
Zahara Masaunah berusia 12 tahun. Sekiranya kanak-kanak berusia enam tahun
dapat melibatkan diri dalam sukan lasak seperti ini, maka tidak mustahil jikalau
pelajar didedahkan dengan sukan lasak apabila mereka berada di bangku sekolah.
Hal ini dapat dilihat dengan kemampuan Datuk Malik merenangi Selat Inggeris dan
beliau menjadi orang Asia yang pertama berjaya berbuat demikian. Oleh itu, sukan
dan permainan yang sudah diperkenalkan diteruskan, tetapi sukan lasak seperti
kembara, berenang di laut, dan mendaki gunung diperkenalkan di sekolah. Dengan
berbuat demikian, maka pada suatu masa kelak, mereka akan sanggup melakukan
aktiviti yang mencabar demi menaikkan nama Malaysia di persada dunia.
Akhirnya, dengan menceburi sukan lasak, maka para remaja dan pelajar dapat
dijauhkan daripada terbabit dalam kegiatan negatif seperti buli, lepak, dan
gangsterisme. Pelajar sekarang tidak berminat dalam aktiviti kokurikulum seperti
sukan, permainan, dan olahraga yang diadakan di sekolah kerana aktiviti ini tidak
mencabar minda dan fizikal mereka. Mereka mahu melakukan aktiviti yang lebih
lasak dan mencabar supaya mereka dapat memperagakan diri dan kebolehan
mereka di khalayak ramai. Bermain bola sepak, bola jaring, dan sepak takraw
dianggap oleh mereka tidak sesuai lagi pada zaman ini. Oleh itu, terdapat ramai
remaja yang menceburi permainan boling, memanah, lumba motosikal. Dan
sebagainyadi luar waktu persekolahan. Apabila menyentuh hal ini, maka Menteri
Besar Selangor, Datuk Seri Dr. mohamad Khir Toyo ketika berucap kepada
pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Kapar mengatakan
bahawa guru masih ingin pelajar bermain bola dan olahraga, tetapi pelajar pada hari
ini lebih berminat kepada sukan ekstrem atau sukan lasak yang tiada di sekolah.
Beliau berkata, dikatakan sukan ini melahirkan generasi tidak sopan sedangkan jika
ada di sekolah, maka sukan ini dapat memenuhi kehendak mereka dan sekali gus
membolehkan mereka mengisi masa lapang dengan kegiatan yang diminati dan
menjauhkan mereka daripada terbabit dengan aktiviti lain yang tidak sihat. Jadi,
Contoh 2:
Kehidupan zaman remaja merupakan suatu zaman yang penuh dugaan hidup yang
mencabar. Kewujudan cabaran ini menyebabkan banyak remaja menganggap
kehidupan mereka tidak begitu penting lalu memudahkan mereka terjebak dalam
pelbagai kancah gejala sosial yang mampu menjejaskan imej dan maruah diri
remaja itu sendiri. Situasi ini seolah-olah memberi satu persepsi umum bahawa
kemelut yang melanda remaja itu tidak boleh diselesaikan dengan begitu mudah.
Namun, ada pelbagai strategi yang mampu dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk
menangani pelbagai cabaran yang melanda kehidupan harian remaja itu.
Antara strategi awal ialah remaja harus disedarkan bahawa kehidupan mereka itu
mempunyai matlamat atau tujuan yang tertentu. Kesedaran ini boleh ditimbulkan
melalui pelbagai kempen kesedaran yang boleh dilakukan oleh pihak media massa
menerusi filem atau iklan yang pasti ditonton oleh jutaan remaja kita. Setiap remaja
yang menyedari bahawa kehidupan mereka mempunyai matlamat yang lebih besar
selain daripada diri sendiri pasti akan mampu untuk menangani sebarang cabaran
yang timbul dalam hidup mereka kerana sedar diri mereka mampu melakukan
perubahan dalam kehidupan orang lain dan negara ini. Maka, remaja harus terlebih
dahulu disedarkan tentang kepentingan memiliki matlamat hidup yang lebih jelas
dan nyata.
Manakala strategi kedua ialah pihak sekolah harus mampu memberikan
perkhidmatan kaunseling kepada mana-mana remaja yang bermasalah dengan
efektif. Perkhidmatan kaunseling ini hendaklah dilakukan dengan sistematik dan
diseliakan oleh guru-guru yang berpengalaman serta memiliki kemahiran yang
cukup dalam aspek memberi nasihat yang positif kepada remaja kelak. Guru
kaunseling bakal menjadi barisan awal untuk mengesan remaja yang bermasalah
lalu segera membuat perubahan yang mampu membawa remaja terbabit ke pangkal
jalan dengan segera. Sesungguhnya, khidmat kaunseling oleh pihak sekolah
menjadi satu senjata pelindung yang paling praktikal dalam menangani cabaran
hidup remaja kerana mereka menghabiskan masa yang lama di sekolah.
Selain itu, remaja yang sedang menghadapi cabaran hidup mampu menanganinya
dengan kembali kepada ajaran keagamaan mereka. Semua ajaran agama di dunia
ini cuba membawa penganutnya supaya menggunakan kaedah keagamaan untuk
menjalani kehidupan di dunia dengan lebih baik selain mampu menyelesaikan
masalah kehidupan mereka dengan lebih positif dan rasional. Benteng agama
menjadi kriteria penting yang harus dimiliki dalam jiwa remaja terutama yang
bermasalah kerana agama memberikan seseorang itu satu pegangan atau
kepercayaan bahawa diri mereka mampu mengharungi badai kehidupan yang
sedang melanda mereka itu. Jelaslah, semakin tebal kefahaman agama dalam diri
remaja semakin besarlah peluang remaja itu untuk mampu menangkis sebarang
cabaran kehidupan yang timbul dalam hidup mereka.
Pada masa yang sama ahli masyarakat umum turut berperanan untuk menegur atau
membantu remaja yang sedang menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka.
Kalau kita lihat kini masyarakat tidak lagi mahu atau berani untuk menegur kelakuan
sumbang remaja kerana tidak mahu dianggap menjaga tepi kain orang pula
terutama dalam kehidupan masyarakat moden kini. Kegagalan setiap ahli
masyarakat untuk menjalankan tanggung jawab mereka untuk memberikan nasihat
kepada remaja kita telah menyebabkan banyak remaja tersesat jalan lalu terbabit
dalam pelbagai fenomena sosial yang menjejaskan imej rakyat negara ini juga. Jadi,
masyarakat harus disedarkan tentang peranan mereka untuk sama-sama membantu
Contoh 3:
Cara Mengatasi :
1. Memberi didikan agama dan moral yang secukupnya anak mampu membenteng
diri mereka daripada pelbagai pengaruh anak-anak akan berasa bersalah
melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai agama secara tidak
langsung akan menolak gejala buruk yang datang kepada mereka.
2. Ibu bapa memberi kasih sayang secukupnya kepada anak-anak anak-anak rasa
diri mereka dihargai dan disayangi mereka akan menjaga maruah diri, maruah ibu
bapa dan maruah keluarga bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya.
3. Penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tindakan terhadap media massa yang
menyiarkan bahan atau filem berunsur ganas dan sex yang boleh mempengaruhi
jiwa remaja. Garis panduan yang lebih telus dan jelas digubal untuk memastikan
tiada filem atau bahan yang boleh merosakkan jiwa remaja.
4. Menggubal dan meminda undang-undang tindakan lebih berat sebagai
pengajaran kepada pihak yang cuba mengekploitasi remaja untuk kepentingan diri
tindakan terhadap remaja yang terlibat sebagai pengajaran kepada rakan-rakan lain.
5. Mengadakan kempen kesedaran untuk remaja mengingatkan remaja tentang
impak negatif atau kemudaratan yang akan mereka perolehi jika terlibat dengan
masalah sosial seperti penyakit, kecederaan, kematian dan kemusnahan hidup.
Contoh 4:
M