Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS SEMPENA SAMBUTAN

HARI GURU
TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA
SAMBUTAN HARI GURU
SMK KEMAYAN 2016
PERHATIAN.
Minta kerjasama semua pelajar untuk memberi laluan majlis sambutan hari guru akan berlangsung sebentar lagi.
Terima kasih.
Para pelajar diingatkan berdiri ketika perarakan masuk guru-guru ke dataran.
Perarakan Guru

Mengumumkan........perarakan masuk guru-guru SMK Kemayan ke Dataran


Rakan-rakan pelajar sekalian, marilah sama-sama kita memberikan tepukan yang
gemuruh kepada barisan guru SMK Kemayan yang dikasihi.

Ucapan Aluan
Pengerusi Majlis

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera


Bunga tanjung di tengah pekan,
Tiupan bayu mencelah suria,
Kalimah nan agung saya mulakan,
Salam sejahtera menambah ceria.
Yang berbahagia,
EN. PEH
-

Yang Dipertua PIBG SMK Kemayan

Yang berusaha,
EN WAN HENG SIONG

pengetua SMK Kemayan yang amat dikasihi,

Penolong Kanan Pentadbiran SMK

Yang berusaha,
EN MUNIANDY A/L

Penolong Kanan HEM SMK Kemayan

Yang berusaha,
EN LIM SENG CHEE

Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kemayan

Yang berusaha,
EN ZAINI BIN IBRAHIM
Kemayan

Ajk-ajk pibg SMK Kemayan


Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran
Guru-guru Cemerlang
Barisan pendidik yang disayangi.

Warga kerja SMK Kemayan


Barisan pengawas dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian
Selamat hari guru diucapkan kepada semua guru.
BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI, KERANA PADA PAGI INI KITA DAPAT
BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MERAIKANKAN INSAN YANG AMAT
KITA SANJUNGI DALAM MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU
PERINGKAT SMK KEMAYAN BAGI TAHUN 2016. GURU PEMBINA NEGARA
BANGSA ITULAH TEMA PERAYAAN HARI GURU PADA TAHUN INI.
Nyanyian Lagu

Acara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti oleh lagu Negeri Pahang
dan Lagu Sekolah.
Hadirin diminta berdiri dan menyanyi dengan penuh semangat sebagai lambang
kecintaan kita kepada sekolah dan negara.
Nyanyian Lagu

Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi.


Bacaan Doa

Hadirin sekalian,
16 Mei, tarikh keramat sambutan Hari Guru di seluruh negara. Menyedari hakikat
maka pada hari ini kita berkumpul untuk menjayakan Hari Guru.
Ikan merah dijual di pekan,
Syukur gembira dapat sebaldi,
Cuaca cerah turut mengizinkan,
Pohonlah doa ke hadrat Ilahi.
Bagi memberkati majlis ini, dijemput .untuk memimpin
bacaan doa.
Dipersilakan...
BACAAN DOA
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
. atas bacaan doa itu tadi.

Perutusan daripada
ketua pengarah
pendidikan
malaysia.

Pakai baju warna biru


Ke sekolah hingga pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
Sidang majlis sekalian, seterusnya dijemput pula cikgu ...................................................
untuk membacakan perutusan ucapan daripada ketua pengarah pendidikan malaysia.
BACAAN PERUTUSAN.

Demikianlah tadi teks perutusan daripada ketua pengarah pendidikan malaysia.


Terima kasih diucapkan kepada cikgu .
Perutusan menteri
pendidikan

Rakan-rakan pelajar dihormati,


Sesungguhnya:
Jasa guru tidak dapat dihitung dengan jari. Gurulah menyebabkan kita mengenal huruf
dan angka. Huruf yang diajar, dikembangkan menjadi suku kata, perkataan dan
seterusnya ayat. Menerusi huruf, kita mampu mengira ribuan angka. Semuanya kita
peroleh menerusi dedikasi guru yang berterusan mendidik tanpa mengenal penat dan
lelah.
Seterusnya, majlis menjemput .. untuk membacakan teks
perutusan menteri pendidikan malaysia. Dipersilakan.
BACAAN PERUTUSAN..
Terima kasih diucapkan kepada ...

Ucapan wakil
pelajar.

Para guru dan pelajar sekalian, seterusnya majlis menjemput wakil murid selaku ketua
murid
SMK
Kemayan
mewakili
para
pelajar.
Iaitu
saudara/i
. untuk menyampaikan ucapan khas sempena
hari guru. Dipersilakan.
UCAPAN
Terima kasih diucapkan kepada saudara/I
atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan YDP PIBG

Guru,
Engkau bak mentari menyinari siang,
Engkau bak bulan menerangi malam,
Cahayamu menerangi jiwa anak-anak merdeka
Cahaya kejayaan seorang pendidik berwibawa,
Engkau insan gemilang.
Para hadirin sekalian, majlis menjemput pula . yang
dipertua pibg SMK Kemayan mewakili ibu bapa untuk menyampaikan ucapan.
DIPERSILAKAN.
UCAPAN.
Terima kasih diucapkan kepada atas ucapan
itu tadi.

Ucapan Pengetua

Mekar melati diapit kejora,


Kuntuman tersemat, jadi pamitan,
Tersentuh hati mendengar bicara,

Ungkapan azimat jadi ingatan,


Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika suaranya tanpa berbicara.
Hadirin sekalian majlis diteruskan dengan segala hormatnya mempersilakan
.. .. pengetua SMK Kemayan bagi
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan perayaan hari guru SMK Kemayan
DIPERSILAKAN.
UCAPAN
Terbang melayang si anak kedidi,
Terima kasih di ucapkan kepada tuan pengetua atas ucapan itu tadi.
Bacaan ikrar guru
&
Nyanyian lagu guru
Malaysia

Tumbuh selirat bunga melati,


Mari direnjis dalam jambangan,
Ucapan tersirat seribu erti,
Semoga majls menjadi kenangan.
Hadirin yang dihormati sekalian, sambutan Hari Guru tidak akan lengkap tanpa
mendengar laungan Ikrar Guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia. Dengan ini,
majlis mempersilakan semua guru untuk bersama-sama menyampaikan Ikrar dan
menyanyikan lagu Guru Malaysia yang akan diketuai oleh Pengerusi MGDS,

Acara pemotongan kek


Sekarang kita telah sampai ke acara memotong kek oleh tn pengetua dan
penolong-penolong kanan, mohon para guru bersama-sama bagi mengiringi
pengetua untuk acara pemotongan kek.
Majlis mengucapkan setinggi penghargaan kepada para guru atas kerjasama yang
diberikan.

Penutup

Menghijau laksana pokok kiambang


Di dalam kali tumbuh melata,
Setahun sekali nyanyian berkumandang,
Berbakat sekali guru-guru kita.
Guru,
Hadirmu sentiasa dinanti,
Sejak kecil kami diajar ABC,
Pelbagai ilmu kami pelajari,
Pelbagai bahasa kami kuasai,
Dunia sains diterokai, sejarah dikaji digali,
Kira mengira tak perlu lagi menggunakan jari..

Bidang teknikal tidak ketinggalan,


ICT pula melengkap pengetahuan
Disusul oleh pelbagai kemahiran
Melukis mewarna indah lakaran,
Agama dan akhlak paling ditutamakan,
Kami mengenal adab dan sopan,
Buat bekalan di masa depan.
Demikianlah tadi selesai sudah majlis perasmian sambutan hari guru. Seterusnya
saya serahkan majlis ini kepada guru yang bertugas untuk pengumuman yang
berikutnya.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di bawah saji,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan dikutuk diumpat keji.
Pohon kuini dahannya patah,
Di situ tempat bermain kenari,
Sampai di sini kata bernoktah,
Izinkan saya mengundur diri.
Kami mengharapkan para guru akan terus dirahmati Allah dengan tubuh badan yang
sihat. Malah kami berharap agar para guru tidak jemu untuk mendidik kami agar menjadi
insan yang berguna. Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh, seterusnya
memperoleh keputusan yang cemerlang
MARILAH SAMA-SAMA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH CIKGU KEPADA
BARISAN GURU YANG KITA
SEMUA SAYANGI INI.
Sekian, wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai