Anda di halaman 1dari 119

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

PENGENALAN

Masyarakat kaum Cina di Tanah Melayu sebelum tahun 1949, dikatakan tidak
mempunyai satu badan politik yang benar-benar membantu dalam memperjuangkan
kepentingan dan kebajikan mereka. Ketika itu, masyarakat kaum Cina berpecah belah dan
tidak ada pihak politik yang mengambil inisiatif untuk membangunkan masyarakat kaum
Cina kerana rata-rata mereka ini hanya memikirkan kepentingan diri sendiri kecuali Parti
Komunis Malaya (PKM) (Sidek 1970: 73). Ini kerana, kedudukan masyarakat kaum Cina
yang tidak bersepadu akibat latar belakang yang berbeza seperti dialek, tempat asal,
ekonomi dan sebagainya. Pada 27 Februari 1949, menjadi titik permulaan perubahan
politik kaum Cina apabila wujudnya satu parti politik Cina tunggal yang ditubuhkan
dalam kerajaan iaitu MCA (Malaysian Chinese Association). Penubuhan MCA dilihat
sebagai satu langkah proaktif yang diambil oleh para pemimpin Cina pada ketika itu
dengan kerjasama kerajaan British, bagi menghadapi pemberontakan komunis selaras
dengan pemansuhan Malayan Union dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu
(Means 1970: 33). MCA merupakan salah sebuah parti politik yang mewakili masyarakat
kaum Cina di Malaysia sehingga hari ini. Ianya bermula sebagai sebuah pertubuhan
kebajikan dan seterusnya menjadi sebuah agensi loteri pada suatu masa dahulu serta kini
sebagai sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional (Lim 1971: 32).

Sejak penubuhannya hingga kini, MCA dilihat sering kali dilanda krisis dalaman
parti. Secara umumnya, ianya dilihat berkaitan dengan perebutan kuasa dalam parti
sehingga menjurus kepada kepelbagaian konflik yang berlaku dan sehingga ke hari ini

MCA telah berhadapan dengan tujuh kali krisis dalaman parti yang masing-masing
berlaku pada tahun 1958, 1973, 1977, 1984, 1990, 2000 dan terbaru pada tahun 2009.
Tindakan pemecatan anggota MCA yang tidak sehaluan dengan pimpinan Presiden parti,
adalah merupakan perkara yang biasa dalam mengekalkan kedudukan status quo.1 Hal
ini, dapat dibuktikan dengan tindakan pemecatan anggota dan ahli pusat MCA seperti
pada tahun 1973 di mana Tan Siew Sin, mengambil tindakan memecat seramai 158 ahli
MCA. Pada tahun 1981 iaitu Lee San Choon, telah menggunakan kuasa Presidennya
memecat seramai 61 ahli MCA. Manakala pada tahun 1984, menyaksikan pemecatan 14
orang ahli termasuk majlis tertinggi MCA oleh Dr. Neo Yee Pan dan terbaru pada tahun
2009, Ong Tee Keat telah memecat seramai sembilan ahli majlis Presiden dan pusat
(Utusan Malaysia 2009a).
1.2

SOROTON LITERATUR

Sorotan kajian lepas boleh dibahagikan kepada dua tema utama. Pertama ialah himpunan
kajian mengenai parti politik. Kedua, sorotan kajian lepas yang telah dilakukan terhadap
parti MCA. Berdasarkan dua himpunan tema utama ini, didapati kajian mengenai krisis
dalaman MCA masih boleh diterokai kerana faktor krisis mempunyai variasi yang
berbeza.
1.2.1

Kajian parti politik


Parti politik telah wujud sejak dahulu lagi tetapi yang membezakannya adalah

istilah yang digunakan pada sesuatu zaman. Parti politik merupakan institusi yang mula
timbul di zaman moden ini dan ianya mula berkembang di Eropah Barat khususnya di
1 Pengekalan status yang sedia ada dalam kedudukan tertentu dan sebarang usaha untuk
mengubahnya akan dihalang. Ahmad Nidzammuddin Sulaiman & Zaini Othman, 2007, hlm. 209-210.

England pada akhir abad ke-18. Kesuburan parti politik adalah disebabkan perkembangan
sistem demokrasi dan hak asasi manusia seperti pemberian hak mengundi secara meluas
(Syed 1994: 64). Menjelang pertengahan abad ke-18, kuasa mutlak istana dan gereja mula
runtuh dan diambil alih oleh majlis perwakilan sebagai pemegang kuasa dalam mentadbir
negara. Idea mengenai pilihan raya juga diketengahkan oleh ahli majlis perwakilan
dengan memberikan hak mengundi kepada rakyat dan ahli majlis perwakilan mula
membentuk kumpulan-kumpulan kecil sesama mereka sebagai sebuah kumpulan yang

tidak formal di antara ahli-ahli yang mempunyai kepentingan atau ideologi yang sama
(Mustafa & Afifi 2006: 131).
Selepas perang dunia kedua, idea parti politik moden telah berkembang ke serata
dunia dan dilihat sebagai satu badan yang ingin mengambil alih kuasa pemerintahan
daripada pihak penjajah samada melalui teknik revolusi ataupun melalui perundingan
secara aman dengan kuasa penjajah (Mustafa & Afifi 2006: 132). Parti politik kini wujud
di semua negara tidak kira amalan sistem politik demokratik atau sosialis. Fungsi parti
politik adalah untuk menyampaikan permintaan masyarakat yang diwakili kepada pihak
kerajaan dan menyampaikan matlamat atau perjuangan kerajaan kepada masyarakat
dalam kaedah yang lebih mudah difahami (Palmer 1980: 179). Parti politik juga bertindak
menyatupadukan masyarakat yang diwakili dan berusaha untuk memperjuangkan
kepentingan kumpulan mereka supaya sokongan daripada masyarakat akan sentiasa
berpihak kepada parti tersebut (Mustafa & Afifi 2006: 135).
Dalam konteks Malaysia, sistem parti politik dibahagikan kepada beberapa
kategori iaitu kerajaan, pembangkang dan bebas. Pemerintahan negara dikuasai oleh
Barisan Nasional sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi dan asal-usul Barisan
Nasional adalah kesinambungan daripada parti Perikatan yang diwujudkan pada suatu
ketika dahulu. Barisan Nasional merupakan parti campuran utama di Malaysia dengan
pergabungan antara 14 parti politik yang lain seperti Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO); Persatuan Cina Malaysia (MCA); Kongres India Malaysia (MIC); Parti
Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB); Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP); Parti Gerakan

Rakyat Malaysia (GERAKAN); Parti Progresif Penduduk (PPP); Parti Liberal


Demokratik Sabah

(LDP); Parti Bersatu Rakyat

Sabah

(PBRS); Pertubuhan

Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisasi (UPKO); Parti Progresif Sabah (SAPP);


Parti Bersatu Sabah (PBS); Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat
Sarawak (PRS) (Barisan Nasional 2011).
Sebelum penubuhan MCA sebagai sebuah parti politik mewakili masyarakat
kaum Cina di Tanah Melayu, telah wujudnya beberapa parti politik bertunjangkan
falsafah politik dari negeri China iaitu Parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis
Malaya (PKM). Kemunculan Parti Kuomintang (KMT) adalah berpunca daripada
kejatuhan Kerajaan Manchu akibat pemberontakan di Wuchang pada tahun 1911. Selepas

kejatuhan Kerajaan Manchu, terdapat sebuah kerajaan sementara telah terbentuk bagi
menjaga hal ehwal rakyat negeri China dan tidak lama kemudian tertubuhnya satu Parti
Kebangsaan China atau lebih dikenali sebagai Parti Kuomintang pada 25 Ogos 1912.
Perkembangan KMT di Tanah Melayu pada mulanya adalah bertujuan untuk memulihkan
dan membangunkan sistem ekonomi Tanah Melayu supaya ianya boleh meningkatkan
taraf hidup masyarakat kaum Cina di Tanah Melayu. Kerajaan Inggeris meragui kegiatankegiatan yang dijalankan kerana ianya lebih bersifat subversif (Sidek 1970: 81).
Pada tahun 1927, akibat daripada golongan komunis yang berfahaman kiri
menyebarkan fahaman subversif serta menyebarkan propaganda anti-barat melalui
pelajaran di sekolah Cina menyebabkan Chiang Kai Shek mengambil keputusan untuk
berpecah dengan pihak Komunis (Mohd. Reduan 1993: 6). Sementara bagi Parti Komunis
Malaya (PKM) ditubuhkan pada Julai 1921 dan parti ini dilabelkan sebagai sebuah parti
yang sangat berbahaya kepada Tanah Melayu kerana tindakan dan gerakan yang
dijalankan. PKM mula melakukan keganasan sebaik sahaja berpecah dengan KMT (Sidek
1970: 89). Antara tindakan yang dilakukan oleh pihak PKM iaitu pada tahun 1927
demonstrasi politik di Kereta Ayer sempena kematian Dr. Sun Yet Sen bertukar
menjadi tragedi rusuhan politik, pada tahun 1928 cubaan sebanyak dua kali untuk
membunuh seorang menteri China (C.C. Wu), tindakan mogok pekerja lombong arang

batu di Batu Arang, Selangor serta gerakan sabotaj di Pengkalan Tentera dan sebagainya
(Sidek 1970: 90).
Kedua-dua parti ini sebenarnya mempunyai motif yang tersendiri dan hanya
menggunakan masyarakat kaum Cina sebagai topeng kepada tindakan mereka sematamata kerana kedua-dua parti tersebut gagal dalam menyatupadukan masyarakat kaum
Cina dengan menekankan kepada aspek kepentingan bersama. Kedua-dua parti ini lebih
menitikberatkan keadaan politik di negeri China berbanding Tanah Melayu. Bagi
mengatasi keganasan yang terus dilakukan oleh pihak PKM, kerajaan British telah
bersetuju untuk menubuhkan sebuah badan yang mampu untuk menjaga kepentingan
masyarakat kaum Cina iaitu MCA. Hasrat untuk menubuhkan MCA juga berpunca
daripada tindakan kerajaan British memperkenalkan Malayan Union. Selepas MCA
bertukar menjadi sebuah parti politik ianya telah berusaha untuk menjaga dan
memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina (Schaefer 1968: 2).

1.2.2

Kajian parti MCA dan krisis

Selepas tamatnya perang dunia kedua, idea mengenai penubuhan MCA telah
diketengahkan oleh beberapa pemimpin Cina kepada kerajaan British. MCA ditubuhkan
secara rasminya pada tahun 1949, setelah pihak British mengadakan perbincangan
bersama pemimpin-pemimpin Melayu dan kedua-dua pihak bersetuju dengan penubuhan
MCA kerana keadaan masyarakat kaum Cina yang berpecah-belah pada ketika itu.
Penubuhan ini juga merupakan langkah yang diambil oleh kerajaan British untuk
menyatupadukan masyarakat kaum Cina dan mengurangkan bantuan dan sokongan
masyarakat kaum Cina kepada pihak komunis kerana bilangan penglibatan masyarakat
kaum Cina yang terlibat menyokong komunis semakin membimbangkan iaitu melebihi 90
peratus (Sidek 1970: 89). Selepas MCA ditubuhkan kerajaan British telah mengadakan
rancangan penempatan semula masyarakat kaum Cina di 600 perkampungan baru serta
dikawal ketat oleh pasukan tentera dan polis (Sidek 1970: 108).

MCA pada mulanya bertindak sebagai sebuah badan kebajikan utama dalam
menjaga kepentingan masyarakat kaum Cina, terutamanya di perkampungan baru orangorang Cina tetapi ianya bertukar menjadi badan politik apabila MCA melibatkan diri
dalam pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur bersama UMNO pada tahun 1952 yang
dikenali sebagai parti Perikatan (Vasil 1980: 115). MCA dan UMNO memenangi pilihan
raya tersebut dengan formula persetujuan Perikatan dan usaha secara berterusan oleh parti
Perikatan ini sehingga berjaya mendapatkan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Selepas
itu, MCA telah bergiat aktif dalam arena politik dalam memperjuangkan kepentingan
masyarakat kaum Cina seperti isu kewarganegaraan, isu Bahasa Cina dan sebagainya.
Pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi oleh MCA dalam menyatupadukan
masyarakat kaum Cina kerana perbezaan dari segi dialek dan kedaerahan (Sidek 1970:
50).
Dalam tempoh 61 tahun penubuhannya, MCA telah dilanda tujuh kali krisis
dalaman parti iaitu krisis pertama, pada tahun 1958 antara Tan Cheng Lock dengan Dr.
Lim Chong Eu; krisis kedua, pada tahun 1973 antara Tan Siew Sin dengan Dr. Lim Keng
Yaik; krisis ketiga, pada tahun 1977 antara Lee San Choon dengan Michael Chen; krisis
keempat, pada tahun 1984 antara Dr. Neo Yee Pan dengan Dr. Tan Koon Swan; krisis
kelima, pada tahun 1990 antara Dr. Ling Leong Sik dengan Lee Kim Sai; krisis keenam,
pada tahun 2000 antara Dr. Ling Leong Sik dengan Lim Ah Lek dan krisis ketujuh, pada

tahun 2009 antara Ong Tee Keat, Dr. Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai. Keadaan ini
nyata akan menyebabkan reputasi atau imej parti MCA tergugat berikutan kekerapan
berlakunya krisis dalaman parti dan menyebabkan masyarakat kaum Cina hilang
keyakinan ke atas perjuangan MCA (Ting & Goh 1984: 1).
Menurut Ho Kin Chai (1984: 11) melihat bahawa krisis pada tahun 1958 adalah
berpunca daripada pertentangan ideologi antara kedua-dua pemimpin iaitu Tan Cheng
Lock dengan Dr. Lim Chong Eu dan menyebabkan berlakunya perpecahan dalaman MCA
kepada dua puak iaitu Old Guards dan Young Turks. Sementara itu, bagi Lim San
Kok (1971: 43) pula melihat krisis tahun 1958 adalah disebabkan golongan Young

Turks bertindak secara radikal dengan mengemukakan permintaan pertambahan kerusi


pilihan raya sebanyak 40 kerusi kepada Tunku Abdul Rahman. Bagi krisis pada tahun
1973, antara Tan Siew Sin dengan Dr. Lim Keng Yaik adalah berpunca daripada
perebutan kuasa oleh Dr. Lim Keng Yaik dan menyebabkan beliau akhirnya disingkirkan
daripada parti MCA (Strauch 1981: 141). Krisis pada tahun 1977, antara Lee San Choon
dengan Michael Chen dilihat berpunca daripada perbezaan pendapat iaitu Michael Chen
tidak berapa senang hati dengan cara kerja Lee San Choon (Ting & Goh 1984: 23).
Menurut Ting Chew Peh & Goh Teck (1984: 57) melihat bahawa krisis pada
tahun 1984 antara Dr. Neo Yee Pan dan Dr. Tan Koon Swan adalah disebabkan
kewujudan anggota palsu dalam parti dan Dr. Neo Yee Pan selaku Pemangku Presiden
tidak mengambil sebarang tindakan ke atas isu tersebut. Dr. Neo Yee Pan juga didakwa
terlalu pilih kasih dalam memilih orangnya mengisi kekosongan jawatan dalam parti.
Menurut Zakry Abadi (1990: 114) bahawa krisis yang berlaku pada tahun 1990 antara Dr.
Ling Leong Sik dengan Lee Kim Sai adalah berpunca daripada tindakan Dr. Ling Leong
Sik untuk menjual saham milik Koperasi Serbaguna Malaysia, 39 peratus saham milik
Huaren Holding dan 28.9 peratus saham milik Mutli-Purpose Holding Berhad kepada
Kamunting Berhad. Lee Kim Sai bimbang dengan penjualan saham ini akan merugikan
masyarakat kaum Cina dan mempertikai bantuan kewangan kerajaan kepada MCA.
Dalam hal ini, Dr. Ling Leong Sik telah dikategorikan sebagai seorang pemimpin yang
diktator dan mementingkan diri.
Berdasarkan penelitian dan pengkajian yang dijalankan ke atas kajian lepas yang
terdahulu, pengkaji mendapati masih lagi terdapat kelompangan yang boleh diperbaiki

dan diisi oleh pengkaji bagi menjelaskan punca sebenar krisis yang berlaku dalam MCA
dengan memaparkan pengalaman dan pandangan peribadi ahli MCA. Misalnya, krisis
yang berlaku dalam MCA berdasarkan sorotan kajian lepas hanya dibincangkan setakat
tahun 1984 sahaja dan masih banyak butiran mengenai krisis yang berlaku belum
disentuh atau dibincangkan secara terperinci oleh pengkaji terdahulu. Kajian ini
menyediakan satu gambaran yang lebih jelas mengenai kedudukan dan krisis dalaman

MCA kerana sehingga kini masih terdapat sumber kajian yang terhad ke atas parti MCA
dan masyarakat kaum Cina.
1.3

PERMASALAHAN KAJIAN

Rentetan dari soroton kajian lepas, kajian ini mengupas beberapa perkara berkenaan
MCA yang memerlukan penjelasan yang terperinci. Pertama, kajian ini membincangkan
apakah bentuk konflik yang berlaku di dalam MCA dari tahun 1958 hingga 2009? Dalam
tempoh tersebut, sebanyak tujuh kali krisis telah melanda parti MCA iaitu pada tahun
1958, 1973, 1977, 1984, 1990, 2000 dan 2009. Kupasan mengenai faktor adalah untuk
mengkaji dan memahami sebab MCA seringkali dilanda krisis dalaman parti.
Kedua, apakah sifat kepimpinan yang diperlukan oleh parti MCA pada masa
hadapan? Kepimpinan merupakan suatu perkara yang amat penting dalam sesebuah
organisasi atau parti politik kerana pemimpin adalah nadi penggerak kepada keseluruhan
parti tersebut. Kepimpinan juga melambangkan kuasa pengurusan dalam mengekalkan
kestabilan, perintah, arahan dan penyelesaian terhadap masalah yang timbul. Dalam isu
ini, perbezaan pendapat dan pandangan pemimpin parti MCA dilihat mempunyai potensi
yang tinggi kepada mewujudkan permasalahan dalaman parti.
Ketiga, apakah kaedah penyelesaian yang digunakan oleh MCA dalam menangani
konflik parti? Kajian ini mengupas dengan lebih terperinci mengenai bentuk konflik dan
krisis yang berlaku. Halangan penyelesaian dan pergolakan yang berterusan dalaman parti
bakal menjejaskan reputasi parti serta berupaya menghilangkan keyakinan oleh
masyarakat kaum Cina terhadap perjuangan MCA.

1.4

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti isu yang telah dikemukakan. Secara
khususnya, kajian ini meneliti perkara-perkara berikut:
1.4.1

Menjelaskan faktor yang membawa kepada krisis dalaman MCA serta bentuk
konflik yang berlaku dari tahun 1958 hingga 2009 secara analitikal.

1.4.2

Kajian ini bertujuan membincangkan perspektif ahli MCA terhadap sifat


kepimpinan pemimpin yang diperlukan parti MCA, untuk masa hadapan bagi
mengelakkan berlakunya konflik atau krisis dalaman MCA.

1.4.3

Kajian juga bermatlamat untuk mengupas kaedah penyelesaian yang digunakan


oleh MCA bagi meminimakan pengulangan krisis MCA dari berlaku.
Kajian ini dijalankan bagi memahami bentuk konflik dan krisis yang seringkali

melanda parti MCA. Kajian ini juga menilai beberapa persoalan asas kepada bentuk
konflik dan krisis yang berlaku. Ini kerana, setiap kali krisis yang berlaku akan
mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan oleh pihak yang bergolak. Keadaan
ini menyebabkan kemerosotan keyakinan ahli dan para pengundi, bukan sahaja kepada
kepimpinan parti MCA tetapi kepada Barisan Nasional secara amnya. Adalah tepat pada
masanya kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti punca utama berlakunya krisis serta
mencari pendekatan yang terbaik dari pandangan ahli MCA sendiri dalam menyelesaikan
krisis yang berlaku.
1.5

SKOP KAJIAN

Skop kajian ini mengupas pandangan ahli MCA iaitu terdiri daripada Pengerusi MCA
Bahagian; Timbalan Pengerusi MCA Bahagian; Naib Pengerusi MCA Bahagian;
Setiausaha MCA Bahagian dan Ketua Pemuda MCA Bahagian. Pemilihan ini disebabkan
hanya beberapa ahli MCA dari bahagian yang memberikan maklum balas untuk terlibat

10

dalam temubual ini. Skop kajian ini tertumpu kepada parti MCA kerana ianya merupakan
sebuah parti politik yang mewakili masyarakat kaum Cina dalam parti komponen Barisan

Nasional. MCA diterima oleh masyarakat dari dahulu sehingga kini, sebagai sebahagian
daripada parti Perikatan yang bersama-sama membantu dalam usaha menuntut
kemerdekaan daripada kerajaan British serta berjaya bersama anggota parti komponen
Barisan Nasional yang lain membentuk kerajaan dan melakukan pembangunan secara
berterusan di Malaysia. Kesignifikan skop kajian adalah untuk melihat evolusi atau
perubahan dalam parti MCA, terutamanya konflik yang berlaku dari tahun 1958 hingga
2009.
1.6

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian yang dilaksanakan ialah kaedah kualitatif. Bagi pelaksanaan kaedah
ini, terdapat dua jenis data yang telah dikumpulkan iaitu data primer dan sekunder. Data
primer, melibatkan temubual intensif ke atas lima orang informan yang berasal dari
Taiping dan surat khabar.2 Pemilihan sampel adalah secara purposive3 iaitu informan di
kalangan ahli MCA, berdasarkan kepada tiga kriteria yang dicadangkan oleh Rubin &
Rubin (1995: 2) iaitu pertama, informan mempunyai pengetahuan mengenai kajian yang
ingin dijalankan; kedua, informan bersedia dan sudi untuk ditemubual dan ketiga,
informan mampu untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh pengkaji. Aspek
pemilihan informan adalah begitu penting, bagi memastikan informan yang ditemubual
itu dapat memberikan atau mengemukakan pandangan atau fakta yang lebih tepat untuk
dianalisis kerana kajian ini melibatkan sejarah lampau parti MCA. Pengkaji cuba untuk
mengelakkan pembaziran kuota informan yang kurang mempunyai pengetahuan dalam
kajian ini.

2 Informan terdiri daripada Pengerusi MCA Bahagian, Timbalan Pengerusi MCA Bahagian, Nai

b
Pengerusi Bahagian, Setiausaha MCA Bahagian dan Ketua Pemuda MCA Bahagian.

3 Persampelan dilakukan ke atas sekumpulan informan yang mempunyai ciri-ciri tertentu mengik
ut
kehendak pengkaji. Dalam kajian ini pengkaji memilih informan di kalangan ahli MCA. Chua Yan Piaw,
2006, hlm. 201.

11

Ini kerana, kajian yang dilakukan adalah untuk mengkaji kedudukan dan
permasalahan yang dihadapi oleh sebuah parti politik di Malaysia iaitu MCA dan
pengetahuan informan mengenai dengan keadaan latar belakang sejarah dan pergolakan
parti politik ini amat penting. Oleh itu, pengkaji perlu mencari informan yang mempunyai

pengetahuan dalam aspek ini, bagi membantu dalam menyempurnakan kajian ini.
Pengkaji menggunakan tempoh selama lebih satu bulan, untuk mengadakan temubual
dengan kesemua informan dan kesemua informan datang daripada latar belakang yang
berbeza. Proses temubual bersama informan dijalankan dengan menggunakan alat
bantuan iaitu perakam percakapan untuk setiap sesi temubual. Selepas dapatan kajian
telah diperolehi, pengkaji menyusun data temubual secara sistematik untuk dianalisis.
Demi untuk memastikan tahap kebolehpercayaan terhadap dapatan kajian yang
diperolehi, maka pengkaji telah mengemukakan transkripsi temubual bersama informan
kepada penyelia tesis sebagai satu bentuk triangulation.
Bagi data sekunder pula ianya diperolehi daripada buku, internet, tesis dan jurnal
sebelum ini, untuk dijadikan bahan sokongan terhadap kajian ini. Perolehan sumber ini
adalah menerusi pencarian di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), Perpustakaan Alam
dan Tamadum Melayu (ATMA), Pusat Sumber, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan
Strategi dan Arkib Negara. Keperluan data sekunder ini adalah sebagai bahan sokongan
kepada bahagian literatur kajian dan disebabkan kekurangan bahan mengenai parti MCA
ataupun lapangan politik masyarakat kaum Cina, telah menyebabkan pengkaji perlu
mencari bahan alternatif yang lain seperti surat khabar. Rujukan ke atas kajian tesis yang
lepas juga dilakukan oleh pengkaji, untuk mengetahui perjalanan atau perubahan yang
berlaku dalam parti MCA, terutamanya krisis yang berlaku sebelum ini kerana ianya amat
penting untuk pengkaji memahami pergolakan dalam parti MCA, sebelum meneruskan
kajian terhadap parti ini.
Hasil dapatan kajian yang diperolehi telah dikategorikan mengikut susunan
tertentu

berdasarkan kriteria yang dicadangkan

oleh Schutt (2008: 1) iaitu

mengkategorikan kesemua dapatan kajian mengikut terma-terma tertentu. Dalam

12

menjalani kajian ini, pengkaji berhadapan dengan kekurangan sumber sekunder dan
rujukan terhadap isu yang dikaji iaitu mengenai krisis-krisis MCA yang berlaku pada
tahun 1958 hingga terkini pada tahun 2009, di mana pengkaji terpaksa menggunakan
sumber daripada surat khabar, laman sesawangan, tesis dan sebagainya. Pengkaji juga
berhadapan dengan halangan untuk mendapatkan informan yang mempunyai jawatan
tinggi dalam parti mahupun kerajaan. Ini kerana, kekangan masa yang dihadapi oleh
informan dan menyebabkan penolakan untuk ditemubual. Sepanjang kajian ini, pengkaji
turut berhadapan dengan informan yang kurang memahami soalan dalam Bahasa Melayu

dan Bahasa Inggeris yang ditujukan semasa proses temubual dijalankan. Terdapat
sesetengah informan yang memberikan jawapan temubual dalam Bahasa Cina dan
pengkaji perlu melakukan penterjemahan semula ke dalam Bahasa Melayu, untuk
memastikan penafsiran serta analisis dapat dijalankan dengan sempurna.
1.7

KERANGKA TEORI

1.7.1 Teori Kepimpinan


Dalam membincangkan isu kepimpinan terdapat pelbagai perbezaan tanggapan dan
pandangan para sarjana mengenai istilah atau maksud kepimpinan. Ini disebabkan
kebanyakkan sarjana mempunyai fokus dan alasannya yang tersendiri.4 Kepimpinan
dapat dilihat dalam pelbagai perspektif seperti sifat atau cirinya, di mana setiap pemimpin
itu harus mempunyai sifat atau ciri kepimpinan dalam menerajui sesebuah organisasi
(Stogdill 1974: 7). Terdapat juga para sarjana yang mengemukakan perbincangan mereka
terhadap aspek ciri atau sifat kepimpinan yang perlu ada pada diri seseorang manusia
yang bergelar pemimpin, untuk memastikan kelangsungan organisasinya iaitu seperti
Stogdill (1948); Fleishman (1953); Likert (1961); Blake & Mouton (1964); George,
Dhingra & Agarwal (1974); Bass (1990); Philip, Ik-Whan, Dongchul & Mueum (1998)
dan Peter Northouse (2010).
4 Konsep kepimpinan telah lama dibincangkan oleh para sarjana dengan memberikan pelb

agai
tafsiran atau definisi yang berbeza dan mempunyai makna yang berlainan. Stogdill, 1974, hlm. 7.

13

Menurut Stogdill (1948: 35) definisi kepimpinan adalah merujuk kepada


wujudnya aspek pengaruh dan dipengaruh antara kedua-dua pihak yang terlibat. Dalam
membincangkan aspek kepimpinan, ianya boleh wujud di mana-mana sahaja dan
kebiasaannya melibatkan dua atau lebih pihak yang berkaitan. Nilai kepimpinan adalah
amat penting, dalam memastikan pengembangan dan kemantapan pengoperasian
sesebuah organisasi kerana semua aktiviti dalam organisasi memerlukan pengurusan
kepimpinan yang berkesan. Bagi Peter Northouse (2010: 2) memberikan beberapa
definisi yang berkaitan dengan kepimpinan.5 Pertama, kepimpinan menekankan kepada
aspek personal ataupun peribadi iaitu gabungan antara ciri dan sifat yang ada pada diri
seseorang pemimpin dalam menyempurnakan tugasnya. Tindakan dan kelakuan
pemimpin akan membawa kepada perubahan dalam kumpulan dan aktiviti.

Selain itu, hubungan kuasa antara pemimpin dan pengikut juga merupakan aspek
yang amat penting iaitu pemimpin mempunyai kuasa untuk mengubah sesuatu situasi
ataupun keputusan. Proses transformasi dalam kumpulan dilihat dapat menggerakkan
pengikut dalam menyempurnakan tugas mereka melebihi daripada apa yang dijangka.
Kedua, kepimpinan juga boleh dilihat dari perspektif kemahiran iaitu pemimpin yang
mempunyai

pengetahuan dan kemahiran akan mempengaruhi keberkesanan


kepimpinannya.6 Pokok utama yang perlu dibincangkan dalam kepimpinan adalah fokus
kepada bagaimana seseorang pemimpin itu dikatakan dapat mempengaruhi pengikutnya
(Philipp, Ik-Whan, Dongchul & Mueun 1998: 208).7 Kepimpinan juga adalah merupakan

5 Kepimpinan juga merupakan suatu proses, di mana seseorang individu bertindak d


alam
mempengaruhi suatu kumpulan individu, demi untuk mencapai sesuatu matlamat yang ditetapkan.
Peter
Northouse, 2010, hlm. 3.
6 Terdapat empat komponen kepimpinan yang ditekankan iaitu pertama, kepimpinan sebagai sua

tu
proses; kedua, kepimpinan melibatkan pengaruh; ketiga, kepimpinan melibatkan suatu kumpulan
dan
keempat, kepimpinan melibatkan pencapaian matlamat. Peter Northouse, 2010, hlm. 3.

7 Pemimpin yang berjaya atau berkesan dalam menguruskan sesebuah organisasi, adalah pemimp
in
yang mampu mewujudkan amalan pengaruh dan dipengaruh dalam organisasi dan ianya amat penting ba
gi
memastikan wujudnya sistem pengurusan yang lebih teratur dan berkesan. Philipp, Ik-Whan, Dongchul
&
Mueun, 1998, hlm. 208-216.

14

suatu proses kumpulan fokus, yang membawa kepada perubahan dalam kumpulan serta
merangka pelaksanaan aktiviti (Bass 1990: 11).
Tindakan dan tingkah laku pemimpin dilihat sebagai salah satu aspek yang
penting, dalam memastikan keberkesanan sesuatu perkara itu dilaksanakan dengan
sempurna. Seorang pemimpin juga harus mempertimbangkan beberapa dimensi yang lain
seperti isu hubung kerja dan isu hubung manusia yang perlu ada berdasarkan kepada
struktur kerja atau suasana kerja, demi menjaga kepentingan perasaan dan isu-isu sensitif
pengikut (Fleishman 1953: 2).8 Bagi Likert (1961: 435) pula melihat kepada orientasi
kerja dan orientasi hubungan antara pemimpin dengan pengikutnya, adalah penting dalam

mewujudkan satu budaya kerja yang lebih berkesan.9 Keadaan ini juga akan berupaya
untuk mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak ke suatu tahap yang lebih
sempurna, di mana konteks perjalanan organisasi lebih mudah difahami oleh golongan
pengikut.
Dalam usaha membentuk satu sifat kepimpinan yang lebih berkesan, seseorang
pemimpin perlu tahu bagaimana menyesuaikan diri dengan persekitarannya iaitu di mana
ianya perlu bertindak secara seimbang dan adil dalam menjalankan tugasnya.
Pembahagian kerja dan pengikut perlu dilakukan dengan sebaik-baiknya, demi
mewujudkan satu jaringan yang kukuh antara mereka dan cuba untuk mengurangkan
sebarang konflik yang mungkin akan berlaku. Pemimpin yang berkesan adalah
merupakan seorang pemimpin yang mampu menghadapi perubahan persekitaran dan
8 Dalam usaha untuk mewujudkan suasana organisasi yang lebih harmoni antara pekerja d
engan
majikan dan pekerja dengan pekerja, aspek kepimpinan memainkan peranan yang penting demi memasti
kan
perjalanan dan pengoperasian sesebuah organisasi itu berjalan dengan lancar. Fleishman, 1953, hlm. 1-6.
9 Menekankan kepada dua aspek iaitu orientasi kerja dan orientasi hubungan. Orientasi ke

rja
adalah melihat kepada keadaan di mana pekerja dan majikan masing-masing memahami tanggung
jawab
yang dipikul serta ianya dilihat juga sebagai suatu jenis pengagihan kerja yang lebih efektif, sup
aya
mengelakkan sebarang pertindasan atau keciciran kerja berlaku. Bagi orientasi hubungan pula, ian
ya
melihat kepada hubungan antara pekerja dengan majikan dan pekerja dengan pekerja, demi mew
ujudkan
suasana kerja yang lebih harmoni kerana hubungan ini amat penting dalam memastikan pergeraka
n kerja
dapat berjalan dengan sempurna. Likert, 1961, hlm. 435-448.

15

keadaan ini akan membantu seseorang pemimpin itu, dalam membawa organisasi ke
suatu tahap yang lebih baik. Selain itu, pemimpin juga perlu bertindak secara profesional
dalam memimpin sesebuah organisasi kerana nilai ini dilihat perlu bagi menjamin
kestabilan organisasi (Blake & Mouton 1964: 436).
Kepimpinan yang berkesan juga bergantung kepada keperibadian pemimpin
dalam mempengaruhi pengikutnya, untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan dan
sebagainya. Keperluan nilai-nilai seperti kesetiaan, komitmen dan penerimaan autoriti

juga antara faktor yang akan mempengaruhi gaya kepimpinan. Faktor pendidikan dan
status keluarga misalnya memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan tahap
dan kebolehan kepimpinan seseorang individu itu. Dalam melihat keberkesanan
seseorang pemimpin itu adalah bergantung kepada taraf pendidikannya, samada
mempunyai ijazah daripada universiti tempatan ataupun antarabangsa. Misalnya di
Amerika Syarikat, Jepun dan Sepanyol, individu yang berijazah daripada universitiuniversiti terkemuka dunia lebih disegani pengikutnya. Sementara di Amerika Latin dan
India, kepimpinan yang berkesan turut dilihat daripada aspek latar belakang keluarga iaitu
golongan yang berada atau kaya lebih disegani masyarakat (George, Dhingra & Agarwal
1974: 1-3).10

10 Dalam menentukan keberkesanan seseorang pemimpin, aspek pendidikan dan kedudukan kela
s
sosial turut memainkan peranan penting. Bagi aspek pendidikan ianya menunjukkan bahawa semakin tin
ggi
pendidikan seseorang pemimpin, maka semakin tinggi kepercayaan atau keberkesanan serta kecek
apan
seseorang pemimpin itu. Selain itu, pemimpin yang menuntut pengajian di dalam dan luar negara juga ak
an
menentukan kedudukan seseorang pemimpin, di mana kebanyakkan pihak percaya bahawa pemimpin ya
ng
berkelulusan
daripada universiti luar negara
adalah
lebih
berkualiti
berbanding
pemimpin yang
berkelulusan universiti tempatan. Sementara bagi aspek kedudukan kelas sosial pula, menunjukkan baha
wa
kedudukan atau keturunan keluarga menjadi antara pengukur kebolehan serta keberkesanan seseor
ang
pemimpin itu terutamanya di negara India. George, Dhingra & Agarwal, 1974, hlm. 1-10.

16

Bagi Ahmad Bashir Aziz & Mustapah Daud (2004: 10-6) kepimpinan dalam perspektif
Islam pula, menyatakan bahawa pemimpin merupakan ketua kepada organisasi dan
masyarakat. Dalam konteks ini, ianya juga melihat kepada faktor kelangsungan
kehidupan manusia yang mentadbir dan mengurus manusia seperti hakikat yang telah
diakui sendiri oleh Rasulullah s.a.w. Sabda baginda:

Jikalau tiga orang keluar bermusafir hendaklah salah seorang


daripada mereka dilantik menjadi ketua (pemimpin).
Menurut perspektif Islam, ketua dalam suatu kumpulan atau kelompok adalah merupakan
pemimpin dan melihat keperluan pemimpin dalam sesuatu kumpulan atau kelompok
adalah amat penting kerana ianya memainkan peranan untuk memimpin serta
menguruskan halatuju sesebuah kumpulan masyarakat.
Peter Northouse (2010) telah menyenaraikan beberapa pendekatan yang berkaitan
dengan pemimpin serta kepentingan penggunaan pendekatan-pendekatan ini oleh
seseorang pemimpin itu, demi memastikan keberkesanan terhadap sesuatu keputusan
yang dibuat mencapai matlamat yang ditetapkan. Antaranya adalah pendekatan sifat,
pendekatan

kemahiran,

pendekatan

gaya,

kepimpinan

berpasukan,

kepimpinan

transformasi dan sebagainya, tetapi pengkaji hanya akan membincangkan dua aspek
kepimpinan yang berkaitan iaitu pendekatan sifat dan kepimpinan berpasukan, untuk
memberikan penerangan yang lebih jelas terhadap isu kepimpinan dalam MCA, seperti
mana yang turut dibincangkan oleh Stogdill (1948); Lord, DeVader & Alliger (1986);
Porter & Beyerlein (2000) dan Zaccaro, Rittman & Marks (2001).

17

Pertama, pendekatan sifat telah mula dibincangkan sejak abad ke-20, dalam
mengkaji bidang kepimpinan dengan menekankan kepada persoalan bagaimana untuk
menjadikan seorang pemimpin yang hebat, handal dan terbaik ataupun dikenali sebagai
greatman.11 Pemimpin dalam golongan ini adalah merupakan pemimpin yang
mempunyai identiti tersendiri serta sifat kepimpinan secara semula jadi dalam proses
sosial, politik mahupun ekonomi (Peter Northouse 2010: 15).12 Menurut Stogdill (1948:
38) yang menekankan sifat pemimpin terhadap hubungan antara manusia dalam situasi
sosial. Ini penting kerana sebagai seorang pemimpin yang berkesan, keupayaan dan
kemahiran bersosial dengan individu yang lain adalah merupakan sebahagian daripada
keperluan seharian. Ianya juga dapat membantu dalam melancarkan perjalanan seseuatu
aktiviti dalam mencapai matlamat yang ditetapkan.
Sifat personaliti seseorang pemimpin itu juga amat penting kerana ianya adalah
merupakan suatu penilaian individu lain terhadap sifat personaliti seseorang pemimpin
dan ianya akan mempengaruhi penilaian samada baik ataupun buruk terhadap seseorang
pemimpin tersebut. Ini juga boleh dikatakan sebagai persepsi individu terhadap

kepimpinan seseorang pemimpin tersebut. Kejayaan dan keberkesanan sebagai seorang


pemimpin adalah bergantung kepada kepelbagaian bentuk serta penghormatan yang
diberikan oleh pengikut atau individu lain terhadap sifat personalitinya. Misalnya, Barack
Obama adalah merupakan pemimpin kulit hitam yang berjaya menjadi Presiden Amerika
Syarikat yang pertama, pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2008. Ini
menggambarkan sifat personalitinya diterima oleh kebanyakkan warga Amerika Syarikat
(Lord, DeVader & Alliger 1986: 402).13
11 Pendekatan ini mempunyai lima major sifatnya iaitu pertama, kebijaksanaan; kedua, keyakina
n
diri; ketiga, keazaman; keempat, integriti dan kelima, keramahan. Peter Northouse, 2010, hlm. 19.
12 Pemimpin-pemimpin dunia yang mempunyai sifat ini adalah seperti Mohandas Gandhi,
Indira
Gandhi, Abraham Lincoln dan sebagainya. Jago, 1982, hlm. 315-336.
13 Selain itu sifat karismatik juga merupakan aspek yang amat penting dalam mengukur kejayaan
dan keberkesanan seseorang pemimpin. Terdapat empat komponen sifat karismatik iaitu pert
ama,
pengaturan sendiri; kedua, penekanaan pengurusan; ketiga, motivasi untuk mencapai kuasa sosial
dan
keempat, motivasi untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Jung & Sosik, 2006, hlm. 12-27.

18

Kedua, kepimpinan berpasukan ataupun dikenali sebagai Team Leadership


merupakan antara bentuk kepimpinan yang agak popular digunakan dalam organisasi dan
kerja berpasukan. Dalam konteks ini, pemimpin dengan pengikut akan sering berkongsi
maklumat, teknik, idea dan sebagainya bagi mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan.
Keberkesanan kepimpinan amat bergantung kepada sejauhmanakah kerjasama dan
semangat berpasukan antara semua pihak yang terlibat. Keadaan ini juga akan membantu
dalam mengkoordinasikan aktiviti yang dijalankan, supaya ianya dapat mencapai
maltamat yang ditetapkan. Kerjasama antara pemimpin dengan pengikut adalah perkara
yang amat penting, bagi memastikan kelangsungan sesuatu tugasan yang diberikan itu
dapat dilaksanakan dengan sempurna, tanpa sebarang halangan yang akan menganggu
perjalanan tugasan (Peter Northouse 2010: 241).
Kepimpinan berpasukan ini juga telah mula dibincangkan sejak 1920an dan
1930an, di mana pada awalnya fokus lebih kepada pergerakan hubungan manusia dalam
organisasi antara pemimpin dengan pengikut dan kemudiannya mengalami perkembangan
pada tahun 1940an iaitu perubahan fokus kepada kumpulan dinamik serta pembangunan
teori sains sosial, yang dilihat dapat membantu perkembangan organisasi. Pada tahun

1950an, perubahan telah berlaku ke arah latihan T-Group dan peranan pemimpin dalam
kumpulan. Pada tahun 1960an dan 1970an, tumpuan perkembangan atau perubahan
adalah lebih kepada era pembangunan organisasi, di mana meletakkan fokus kepada
pembangunan pasukan dan keberkesanan kepimpinan. Sementara itu pada tahun
1980an,14 tumpuan beralih kepada kualiti pasukan, penanda aras (benchmarking) dan
penambahbaikan secara berterusan (Porter & Beyerlein 2000: 3).15

14 Akibat persaingan daripada negara Jepun dan negara-negara lain, ianya telah mengubah strukt
ur
kepimpinan yang sedia ada kepada tuntutan semasa, supaya ianya bergerak selaras dengan pemba
ngunan
semasa. Porter & Beyerlein, 2000, hlm. 3-24.
15 Pada tahun 1990an, walaupun berlaku perubahan gaya kepimpinan yang menekankan perspek

tif
global bagi mengekalkan persaingan serta strategi organisasi, tetapi ianya masih fokus kepada or
ganisasi
berpasukan dan menekankan faktor kualiti. Porter & Beyerlein, 2000, hlm. 3-24.

19

Kerja berpasukan dilihat antara cara ataupun gaya kepimpinan yang agak berjaya
dalam dunia kepimpinan, di mana konteks ini dapat menghasilkan produktiviti yang
terbaik, penggunaan sumber secara berkesan, pembuatan keputusan yang lebih bernas,
penyelesaian masalah yang lebih cekap, peningkatan kualiti barangan atau perkhidmatan
serta perkembangan kreativiti dan inovasi, dalam membantu organisasi untuk bersaing di
pasaran serta sebagai usaha bagi mencapai matlamat atau objektif organisasi. Pemahaman
mengenai peranan pemimpin dalam kumpulan atau pasukan adalah amat penting untuk
menentukan perjalanan sesebuah organisasi, bagi memastikan kejayaan pasukan dan
mengelakkan kegagalan pasukan (Peter Northouse 2010: 242). Keberkesanan kepimpinan
berpasukan adalah antara faktor dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah
organisasi (Zaccaro, Rittman & Marks 2001: 452).16
Berdasarkan kepada ciri-ciri kepimpinan yang telah dibincangkan oleh sarjana
Stogdill (1948); Fleishman (1953); Likert (1961); Blake & Mouton (1964); George,
Dhingra & Agarwal (1974); Lord, DeVader & Alliger (1986); Bass (1990); Ilgen, Major,
Hollenbeck & Sego (1993); Philip, Ik-Whan, Dongchul & Mueum (1998); Porter &
Beyerlein (2000); Zaccaro, Rittman & Marks (2001) dan Peter Northouse (2010) dilihat
merupakan pendekatan kepimpinan yang signifikan dalam menjelaskan kepincangan

dalam krisis MCA. Walaupun, krisis MCA dilihat berpunca daripada konflik kuasa atau
perbezaan pendapat, tetapi aspek kepimpinan memainkan peranan penting kerana
kelemahan dari segi penguasaan kepimpinan akan menimbulkan kepelbagaian masalah
dalam MCA. Aspek kepimpinan tidak akan dapat lari daripada dikaitkan dengan krisis
yang melanda parti MCA.

16 Kepimpinan pasukan yang tidak berkesan akan kerap membawa kepada kegagalan dala
m
pasukan dan menjejaskan pembangunan organisasi. Stewart & Manz, 1995, hlm. 748.

20

1.8

PEMBAHAGIAN BAB

Bab I merupakan bab pendahuluan kepada kajian yang dijalankan dan membincangkan
aspek teknikal kajian seperti pengenalan kepada kajian; sorotan literatur; permasalahan
kajian; objektif kajian; skop kajian; metodologi kajian; kerangka teori dan pembahagian
bab. Ini penting bagi memberikan gambaran awal terhadap perjalanan kajian dan untuk
memastikan kelangsungan kajian sentiasa berada pada landasan yang betul. Ianya juga
merupakan tulang belakang kepada kajian yang dijalankan serta bagi memastikan
penerangan dan penghuraian di bab seterusnya adalah saling berkait di antara satu sama
lain.
Bab II membincangkan sejarah kedatangan orang Cina di Tanah Melayu;
lapangan politik orang Cina di Tanah Melayu seperti Parti Komunis Malaya, zaman
pendudukan Jepun dan pemberontakan terbuka; latar belakang MCA itu sendiri iaitu
pengenalan usaha awal penubuhan; penubuhan MCA; matlamat dan objektif MCA;
falsafah MCA; pengasas MCA; latar belakang Tan Cheng Lock; kejayaan MCA dan
kesimpulan. Bab ini lebih fokus kepada sejarah lampau masyarakat kaum Cina dan parti
MCA serta penglibatan mereka dalam arena politik secara sepintas lalu. Ini adalah bagi
menunjukkan perjalanan sejarah yang dapat membantu memudahkan pemahaman.
Bab III membincangkan persoalan mengenai krisis-krisis yang berlaku dalam

MCA yang bermula dari tahun 1958 hingga 2009. Penjelasan yang lebih mendalam
terhadap setiap krisis yang berlaku antara pada tahun 1958, 1973, 1977, 1984, 1990, 2000
dan 2009. Bab ini memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap krisis-krisis yang
berlaku dalam MCA. Perbincangan dan penghuraian tentang kesemua krisis yang berlaku
adalah penting untuk memudahkan pemahaman dan penguasaan terhadap krisis yang
berlaku dalam parti MCA kerana kajian sebelum ini hanya memberikan penjelasan
setakat krisis yang berlaku pada tahun 1984.

21

Bab IV menganalisis dapatan kajian yang diperoleh daripada informan yang telah
ditemubual. Hasil temubual dan dapatan kajian dibahagikan kepada lima kategori iaitu
bentuk konflik dalam MCA; kepimpinan dan masa depan MCA; kaedah mengatasi
konflik dalam parti; faktor penyebab berlakunya krisis; strategi MCA di masa hadapan
dan kesimpulan. Bab ini memaparkan pandangan dan suara hati informan mengenai
krisis, strategi, masa depan, kepimpinan dalam MCA.
Bab V merumuskan keseluruhann kajian, menjelaskan sumbangan kajian serta
memberi saranan kepada pucuk pimpinan MCA akan cara memantapkan parti dan
memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat kaum Cina dan kepentingan parti
yang seharusnya mengatasi kepentingan peribadi pemimpin.

22

BAB II

LATAR BELAKANG ORANG CINA DAN SEJARAH MCA

2.1

PENGENALAN

Bab dua ini menekankan sejarah masyarakat orang Cina dan parti MCA di Malaysia,

yang meliputi sejarah kedatangan orang Cina, lapangan politik orang Cina, usaha awal
penubuhan MCA, pengasas parti MCA, kejayaan MCA dan kesimpulan. Sejarah
perkembangan politik masyarakat kaum Cina telah bermula sejak awal penempatan kaum
ini di Tanah Melayu, tetapi masyarakat kaum Cina dilihat tidak begitu aktif dalam
kegiatan politik. Ini disebabkan oleh beberapa faktor yang menyebabkan masyarakat
kaum Cina tidak berminat dalam aspek politik, antaranya ialah golongan imigran ini
masih berpegang teguh kepada falsafah politik tradisional yang dipengaruhi oleh politik
di Tanah Besar China. Walau bagaimanapun, disebabkan desakan dan keperluan
persekitaran dalam meneruskan kehidupan di Tanah Melayu, masyarakat kaum Cina
terpaksa menerima hakikat bahawa kepentingan berpolitik diperlukan dan ini dapat
membantu mereka dalam menuntut pemeliharaan daripada kerajaan British pada ketika
itu.
Orang Cina pada ketika itu beranggapan bahawa mereka hanya merupakan
golongan imigran yang datang ke Tanah Melayu untuk mencari rezeki dan akan pulang
ke Tanah Besar China, apabila memperolehi kekayaan ataupun dikategorikan sebagai
penduduk yang bersifat sementara sahaja. Ini kerana, penghijrahan golongan ini adalah
disebabkan faktor kemiskinan yang melanda di selatan China dan tindakan kerajaan

23

China pada ketika itu untuk menangkap orang yang terlibat dalam pemberontakan
Manchu. Keadaan ini juga menyebabkan golongan imigran Cina yang datang ke Tanah
Melayu, masih menaruhkan harapan bahawa suatu hari nanti mereka akan pulang ke
China (Ting & Goh 1984: 2). Perubahan persekitaran pada ketika itu menyebabkan
masyarakat kaum Cina sedar akan kepentingan peranan politik, dalam menentukan
kehidupan mereka di Tanah Melayu. Ini kerana, sebarang perubahan dasar kerajaan
British akan memberikan kesan kepada kegiatan atau aktiviti masyarakat kaum Cina,
terutamanya bagi mereka yang menjalankan urusan perniagaan (Sidek 1970: 73).

Penglibatan masyarakat kaum Cina secara langsung atau tidak langsung dalam
kehidupan di Tanah Melayu, dapat diperhatian menerusi beberapa isu seperti pertikaian
dalam dua kumpulan kongsi gelap di Perak iaitu antara Ghee Hin dan Hai San, orang
Cina menentang musuh semasa pendudukan Jepun, penglibatan dalam Malaya Union
pada tahun 1946, perjanjian persekutuan pada tahun 1948, pemberontakan komunis yang
kebanyakkan adalah terdiri daripada masyarakat kaum Cina pada tahun 1948 hingga 1960
dan gerakan memperjuangkan kemerdekaan bersama kaum lain.17 Pengkategorian politik

orang Cina di Malaysia, adalah disebabkan ketiadaan satu pertubuhan atau persatuan yang
dapat mewakili masyarakat kaum Cina ketika itu. Walaupun masyarakat kaum Cina
mempunyai Dewan Perniagaan Cina dan Dewan Perhimpunan Cina, untuk menjaga
kebajikan dan pembangunan masyarakat kaum Cina, tetapi kedua-dua dewan ini tidak
kuat kerana tidak memperolehi kedudukan di peringkat kebangsaan (Ting & Goh 1984:
1).

Keadaan ini yang menyebabkan masyarakat kaum Cina pada ketika itu, tidak
dapat disatukan kerana masing-masing mempunyai pegangan yang tersendiri dan
akhirnya ianya menyumbang kepada perpecahan kaum ini di Tanah Melayu (Loh 1982:
1). Keadaan ini berlarutan sehingga selepas perang dunia kedua pada tahun 1945, di mana
mula wujudnya beberapa parti politik yang mewakili masyarakat kaum Cina telah
17 Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Krisis MCA: Ujian Prinsip Demokrasi, yang disuntin
g
oleh Ting Chew Peh & Goh Teck, 1984, hlm. 1.

24

ditubuhkan iaitu seperti MCA (Persatuan Cina Malaysia),18 GERAKAN (Parti Gerakan
Rakyat Malaysia),19 DAP (Parti Tindakan Demokratik)20 dan PPP (Parti Progresif
Rakyat).21 Akan tetapi parti-parti politik ini tidak bersatu dibawah pakatan yang sama
dalam membantu masyarakat kaum Cina kerana perbezaan ideologi. Akibat daripada
perpecahan yang berlaku telah menimbulkan kesukaran kepada mana-mana parti politik
untuk menyatukan atau membangunkan masyarakat kaum Cina secara bersama (Ting &
Goh 1984: 4)
2.2

SEJARAH KEDATANGAN ORANG CINA DI TANAH MELAYU

Kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu telah berlaku sejak awal abad yang pertama lagi
(Hall 1979: 33).22 Hal ini, berlaku kerana pembentukan kerajaan Melaka pada zaman
berkenaan dan kedudukan pelabuhan yang strategik menyebabkan ianya menjadi
tumpuan para pedagang daripada pelbagai tempat benua Asia dan Eropah, untuk singgah
berdagang di Tanah Melayu. Peningkatan pedagang Cina di Tanah Melayu, terus
mengalami peningkatan berikutan hubungan antara kerajaan Melaka dengan kerajaan
China yang membuka ruang dan peluang kepada para pedagang Cina untuk berniaga di
18 MCA ditubuhkan pada 27 Februari 1949, oleh Tan Cheng Lock dan pada asal penubu
hannya

MCA berperanan untuk menarik perhatian masyarakat kaum Cina daripada dipengaruhi oleh pihak komu
nis
yang lebih menekankan fungsi sebagai sebuah badan kebajikan, tetapi berubah menjadi parti politik sele
pas
menyertai pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Mohd. Foad Sakdan,
1999,
hlm. 97.
19 GERAKAN
ditubuhkan pada 25
Mac 1968,
kewujudan
parti
ini
adalah disebabkan
ketidakpuasan bekas-bekas pemimpin parti Perikatan terhadap partinya itu. Mohd. Foad Sakdan, 1999, h
lm.
118.
20 DAP ditubuhkan pada 18 Ogos 1956, adalah merupakan kesinambungan daripada
Parti
Tindakan Rakyat (PAP) yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew (pada suatu ketika dahulu). Kini DAP adalah
merupakan sebuah parti pembangkang yang menyertai Pakatan Rakyat bersama PAS dan Keadilan. Moh
d.
Foad Sakdan, 1999, hlm, 26.
21 PPP ditubuhkan pada 10 April 1953, pada awal penubuhannya PPP dikenali sebagai
Perak
Progressive Party dan kemudiannya mengubah nama kepada Parti Progresif Rakyat, selepas men
yertai
Barisan Nasional pada tahun 1974. Mohd. Foad Sakdan, 1999, hlm. 129.
22 Para ilmuan sejarah seperti Hall, Wheatly dan Wung Gang Wu, berpendapat ba

hawa
pengembaraan orang Cina telah bermula sejak abad ketiga sebelum Masihi. Sidek Fadzil, 1970, hlm. 9.

25

Tanah Melayu (Institut Tadbiran Awam Negara 1991: 416).23 Menurut Hall (1979: 33)
golongan Cina yang datang ini adalah bermatlamatkan perniagaan dan perdagangan
semata-mata dan mereka juga tidak bercadang untuk berada di Tanah Melayu bagi
tempoh masa yang panjang.
Kemasukan orang Cina di Tanah Melayu terus mengalami peningkatan setelah
pihak Inggeris membuka Pulau Pinang (1786), Singapura (1819), penubuhan Negerinegeri Selat (1826) dan penemuan lombong bijih timah di Tanah Melayu. Menjelang
1820an, pihak Inggeris memerlukan tenaga kerja yang banyak untuk mengekspoitasi
ekonomi di Tanah Melayu. Oleh itu, pada tahun 1840an hingga 1860an kebanyakkan
lombong bijih timah telah diusahakan oleh orang Cina, samada secara perkongsian atau
pajakan dengan para pembesar Tanah Melayu. Campur tangan pihak Inggeris dalam
urusan pentadbiran Tanah Melayu telah bermula pada tahun 1874,24 berikutan keadaan
politik di Tanah Melayu tidak begitu stabil dan keadaan kucar-kacir di Perak, Selangor
dan Sungai Ujong. Akibat daripada campur tangan pihak Inggeris, kemasukan golongan
imigran asing secara besar-besaran ke Tanah Melayu telah diatur terutamanya dari negeri

China dan India (Institut Tadbiran Awam Negara 1991: 417)


Kebanyakkan orang Cina yang datang ke Tanah Melayu adalah dari wilayah
Kwangtung dan Fukien, yang terdiri daripada puak masing-masing mengikut dialek
kedaerahan seperti Daerah Amoy, Sen Yu, Hok-Chiu, Eng Choon dan lain-lain. Menurut
Sidek Fadzil (1970: 30) terdapat juga golongan imigran Cina yang datang dari selatan
China seperti suku kaum Daerah Canton, Tiu Chiu, Fui Chiu, Kheng Chow, Fukien,

23 Hubungan Kerajaan Melaka dengan China dikatakan telah bermula sejak 1403M,
yang
menyaksikan Maharaja Ming telah menghantar utusan kepada Melaka yang diketuai oleh Yin Ch
ing dan
pada tahun 1405M, Parameswara telah menghantar utusan balas kepada kerajaan China. Sidek Fadzil, 19
70,
hlm. 12.
24 Campur tangan British secara langsung dalam sistem pentadbiran Tanah Melayu dikatakan tel

ah
berlaku pada tahun 1874, di mana satu perjanjian telah dibuat pada ketika itu yang dikenali seb
agai
Perjanjian Pangkor. Tanah Melayu secara rasminya menerima seorang Residen Inggeris yang pert
ama.
Institut Tadbiran Awam Negara, 1991, hlm. 416.

26

Kwangsi dan Pulau Hainam.25 Kehadiran orang Cina yang begitu ramai ke Tanah
Melayu, adalah disebabkan oleh keadaan di negeri China yang memaksa orang Cina
berhijrah ke negara yang lain, demi untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik dan
bebas berbanding di China. Faktor-faktor yang menyebabkan penghijrahan secara besarbesaran adalah kerana keadaan yang huru-hara di negeri China dibawah pemerintahan
kerajaan Manchu yang melakukan kekejaman terhadap rakyat yang menentang
kerajaannya seperti kekacauan, pembunuhan dan penindasan yang tidak terkawal (Purnell
1967: 1).
Selain itu, berlakunya malapetaka yang melanda negeri China seperti banjir,
taufan, kemarau, penularan penyakit berjangkit dan sebagainya. Penghijrahan terus
berlaku kerana gerakan menentang pemerintahan kerajaan Manchu, dengan kewujudan
beberapa gerakan yang besar dan agresif sehingga menyebabkan tindak balas kerajaan
Manchu, yang menjurus kepada keadaan yang tidak tenteram di negeri China seperti
Pemberontakan Taiping, Pemberontakan Boxen dan Revolusi China.26 Terdapat juga
golongan buruh yang ditipu oleh agen dan seterusnya dijadikan buruh paksa atau hamba

abdi. Penghijrahan ini adalah terdiri daripada golongan bawahan dan buruh miskin di
negeri China yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan daif. Penawaran
kemasukan secara free-passage dan tindakan syarikat yang mengeluarkan pas masuk
kepada keluarga imigran pada tahun 1920an hingga 1940an telah mengalakkan
penghijrahan yang lebih banyak (Purcell 1967: 194; Institut Tadbiran Awam Negara
1991: 418) .
Menurut Sidek Fadzil (1970: 24) kemasukan orang Cina dari negeri China,
semakin hari semakin bertambah dan menjelang pertengahan abad ke-19 sehingga awal
abad ke-20, kedatangan orang Cina ini telah mencapai satu tahap yang membimbangkan
25 Orang Cina yang berada di Tanah Melayu (pada ketika itu) kebanyakkan adalah terdiri dari pu
ak
Hokkien, Kantonese, Teochew dan Hailam iaitu sebanyak 85 peratus. Sidek Fadzil, 1970, hlm.50.
26 Pemberontakan Taiping berlaku pada tahun 1857, Pemberontakan Boxen pada tahun 1900 dan
Revolusi China pada tahun 1911. Sidek Fadzil, 1970, hlm. 24.

27

kerana nisbah antara orang Cina dan penduduk tempatan hampir setara. Pada tahun
1800an, penduduk Tanah Melayu 90 peratus dikuasai oleh orang Melayu dan ianya
mengalami penyusutan pada tahun 1880an, di mana orang Melayu pada ketika itu hanya
2/3 daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Pada tahun 1911, kadar penduduk orang
Melayu hanya tinggal 51 peratus sahaja, ini bermakna 49 peratus adalah orang asing.
Keadaan bertambah parah apabila pada tahun 1957, jumlah orang Melayu hanya tinggal
43 peratus dan orang Cina adalah sebanyak 44 peratus. Ini menunjukkan bahawa jumlah
orang Cina telah melebihi orang Melayu sebanyak satu peratus.27 Hal ini, telah
menimbulkan kebimbangan golongan pembesar mengenai masa depan Tanah Melayu,
sekiranya kemasukan orang asing terutamanya orang Cina tidak dikawal.
Berikutan keadaan yang tidak terkawal itu, pihak Inggeris terpaksa mengenakan
sekatan ke atas orang Cina dengan mewujudkan satu proses kemasukan untuk orang Cina,
demi mengawasi golongan buruh daripada dijadikan hamba abdi oleh majikan, dengan
wujudnya undang-undang iaitu The Chinese Immigrants Ordinance (1877), The
Crimpling Ordinance, yang merupakan tindakan lanjutan daripada Jabatan Pelindung
Orang Cina (Chinese Protectorate) (Institut Tadbiran Awam Negara 1991: 418). Menurut
Sidek Fadzil (1970: 28) faktor yang mempengaruhi sikap orang Cina sehinggakan mereka
tidak pulang ke negeri asalnya iaitu pelbagai kemudahan dan kelengkapan kehidupan

seharian telah disediakan oleh kerajaan Negeri-negeri Selat seperti hak kerakyatan. Selain
itu, keadaan kemerosotan ekonomi di China menyebabkan ramai imigran Cina tidak
mahu pulang ke negeri China kerana kekurangan kewangan. Kedatangan ramai golongan
wanita China ke Tanah Melayu, menyebabkan ramai dalam kalangan mereka mendirikan
rumah tangga di negara ini.28

27 Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Sejarah Orang China di Tanah Melayu, ditulis
oleh
Sidek Fadzil, 1970, hlm. 24.
28 Perkembangan dan desakan persekitaran yang mendorong orang Cina terus menetap di

Tanah
Melayu iaitu pemberian hak kerakyatan, kemerosotan ekonomi, penguasaan Jepun ke atas seseten
gah
kawasan di China pada tahun 1930an dan pertambahan penghijrahan golongan wanita China ke
Tanah
Melayu. Sidek Fadzil, 1970, hlm. 29.

28

2.3

LAPANGAN POLITIK ORANG CINA DI TANAH MELAYU

Penglibatan dan peranan orang Cina dalam konteks politik di Tanah Melayu, pada
mulanya menunjukkan bahawa golongan ini bersifat pasif serta tidak mengambil tahu
perkembangan dan keadaan semasa mengenai isu politik. Golongan ini beranggapan
bahawa mereka hanya singgah sementara dan akan pulang ke negeri China (Sidek Fadzil
1970: 73). Matlamat utama para pedagang adalah untuk mencari rezeki dan kekayaan
sebanyak yang mungkin dan pulang ke negeri asalnya kerana rata-rata pedagang telah
mendirikan rumah tangga di negeri China. Menurut Ting dan Goh (1984: 1) pada
peringkat awal orang Cina tidak berminat dengan politik di Tanah Melayu disebabkan
mereka ini masih berpegang kepada keadaan politik di Tanah Besar China. Akan tetapi,
jika dibandingkan dengan orang Cina di negara-negara lain seperti di Thailand, Indonesia
dan Filipina, orang Cina di Tanah Melayu dilihat antara yang aktif dan peka terhadap
politik semasa.
Menurut Ting dan Goh (1984: 2) orang Cina pada peringkat awal terbahagi
kepada tiga golongan dalam lapangan politik di Tanah Melayu iaitu pertama, orang Cina
yang masih mengekalkan hubungan dengan negeri China dan mengikut perkembangan
serta keadaan semasa yang berlaku di negeri China. Golongan ini juga sanggup
mengidentifikasikan diri mereka sebagai rakyat negeri China atau Huachew (Oversea

Chinese) kerana mereka ini masih menaruhkan harapan untuk pulang ke negeri China
pada suatu hari nanti. Golongan ini juga masih mempunyai semangat nasionalisme yang
tinggi terhadap negaranya, tetapi disebabkan perasaan benci dan dendam terhadap
kerajaan Manchu mereka terpaksa melarikan diri. Disebaliknya, pegangan taat setia masih
utuh di hati mereka kepada bumi China. Ini yang menyebabkan orang Cina dalam
golongan ini sentiasa mengikut perkembangan politik dan keadaan politik semasa di
negeri China.29
29 Golongan ini adalah golongan yang mengalami penderitaan hidup dan desakan yang dit
erima
pada zaman pemerintahan Manchu yang menyebabkan mereka ini terpaksa melarikan diri ke negara l
ain,
demi keselamatan diri dan keluarga akibat daripada buruan kerajaan Manchu. Sidek Fadzil, 1970, hlm. 7
3.

29

Golongan kedua iaitu merupakan golongan yang terbesar sekali, yang


menunjukkan minat dalam lapangan politik di Tanah Melayu kerana ianya adalah untuk
memperjuangkan nasib mereka. Oleh itu, mereka ini lebih peka terhadap keadaan politik
tempatan dan kebanyakkannya adalah golongan peniaga. Ini kerana, golongan ini lebih
berfikiran terbuka dan tidak menaruhkan sebarang harapan terhadap masa depan mereka
di negeri China. Golongan ini juga beranggapan bahawa setelah mereka melarikan diri
daripada negeri China, akibat kekejaman kerajaan Manchu dan mereka berazam untuk
hidup dalam keadaan yang lebih aman dan damai. Golongan ini juga antara yang teramai
menyertai pertubuhan-pertubuhan tradisional dan akibat daripada perubahan demi
perubahan yang berlaku menyebabkan golongan ini beralih kepada keadaan politik
tempatan, yang dilihat dapat memberikan jaminan terhadap kepentingan masing-masing
dalam konteks perniagaan (Ting & Goh 1984: 2).
Golongan ketiga iaitu mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu seperti golongan
baba dan mereka menaruh hampir seluruh perhatian terhadap pergolakan dan keadaan
politik tempatan. Golongan ini tidak mempunyai peluang untuk memilih dan disebabkan
pendedahan persekitaran sejak dilahirkan menyebabkan mereka lebih peka dan dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan di Tanah Melayu. Golongan ini juga lebih selesa
dengan keadaan tempatan berbanding di negeri China kerana mereka ini tidak mengetahui
sejarah atau cabaran yang ditempuhi oleh nenek moyang mereka selama ini dan golongan
ini juga telah terputus hubungan dengan saudara mara di negeri China. Golongan ini telah

menganggap Tanah Melayu merupakan tempat perlindungan untuk mereka dan mereka
ini sedia menjadi warganegara Tanah Melayu. Keadaan ini yang membentuk masyarakat
kaum Cina pada masa kini yang melibatkan diri dalam arena politik tempatan (Ting &
Goh 1984: 2).30
30 Selain itu, bagi memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai penglibatan dan peranan ora
ng
Cina dalam politik tempatan, ianya boleh dilihat menerusi penyertaan orang Cina dalam beberapa geraka
n
dan parti kerana ini akan membuktikan bahawa sebenarnya orang Cina mula mengambil tahu me
ngenai
aspek politik tempatan, demi kepentingan diri sendiri serta memastikan bahawa mereka dapat hidup den
gan
aman dan damai. Antara penglibatannya seperti Parti Komunis Malaya, zaman pendudukan Jepun
dan
pemberontakan terbuka. Sidek Fadzil, 1970, hlm. 80-112.

30

2.3.1 Parti Komunis Malaya: Pertubuhan dan kebajikan masyarakat kaum Cina
Parti Komunis Malaya (PKM) adalah merupakan sebuah pertubuhan politik di negeri
China dengan namanya sebagai Parti Komunis China. Parti Komunis China ditubuhkan
pada Julai 1921. Penubuhan parti ini, secara tidak langsung telah mempengaruhi keadaan
politik orang Cina di Tanah Melayu kerana bagi orang Cina di Tanah Melayu mereka
lebih menumpukan perhatian kepada pergolakan politik di Tanah Besar China berbanding
di Tanah Melayu.31 Oleh itu pada tahun 1922, sebuah cawangan PKM telah dibuka secara
sulit di Singapura dengan namanya sebagai Nanyang Communist Party dan parti ini
telah dilabelkan sebagai sebuah parti yang sangat berbahaya kepada Tanah Melayu,
akibat daripada beberapa tindakan dan gerakan yang dijalankan. PKM telah mula
melakukan keganasan pada tahun 1920an, yang mendorong kepada perpecahan antara
KMT (Parti Kuomintang) dan PKM pada tahun 1927 (Sidek Fadzil 1970: 89).
Pada tahun 1926, PKM telah menubuhkan Persatuan Pemuda Komunis
(Communist Youth League) dan Jawatankuasa Parti Komunis Wilayah Laut Selatan
(South Seas Privisional Committee of The Communist Party) (Mohd. Reduan 1993: 7).
Sekolah Cina menjadi sasaran PKM untuk menyebarkan propagandanya terhadap sesuatu
fahaman, tindakan dan gerakan. Antara tindakan yang diambil oleh PKM adalah
demonstrasi politik di Kereta Ayer pada Mac 1927 sempena kematian Dr. Sun Yet Sen,
bertukar menjadi tragedi rusuhan politik dan mengorbankan tujuh orang. Pada tahun

1928, cubaan sebanyak dua kali untuk membunuh seorang menteri China iaitu C. C. Wu
dan seorang Pengarah KMT Malaya iaitu Cheng Sau Peng serta tindakan mogok pekerjapekerja lombong arang batu di Batu Arang, Selangor, gerakan sabotaj di Pengkalan
Tentera dan sebagainya (Sidek Fadzil 1970: 90).

31 Penglibatan masyarakat kaum Cina dalam PKM nyata jelas, apabila keanggotaannya le
bih 90
peratus adalah terdiri daripada orang Cina. Sidek Fadzil, 1970, hlm. 89.

31

PKM mempunyai matlamatnya yang tersendiri adalah untuk membentuk Soviet


Republic of Malaya. Akibat perbezaan pandangan dan pendapat dalam PKM, telah
mewujudkan dua golongan iaitu satu golongan bersifat liberal dan satu lagi golongan
bersifat tegas dan ganas. Dengan pergolakan dalaman PKM menyebabkan pihak
Komintern Shanghai telah menghantar Lai Teck ke Tanah Melayu untuk menyelesaikan
pertikaian yang berlaku dalam PKM. Selain itu, peranan PKM pada zaman pendudukan
Jepun iaitu dengan menawarkan bantuan kepada kerajaan Inggeris kerana PKM lebih
membencikan Jepun berbanding British. Berikutan perang China-Jepun pada suatu masa
dahulu, sekali gus mengetepikan dasar asal PKM yang anti-British dan anti-Kuomintang.
Pada 15 Disember 1941, British membebaskan semua tahanan sayap kiri PKM serta
diberikan latihan ketenteraan yang dibawah arahan dan pemantauan pegawai Inggeris
(Mohd. Reduan 1993: 10).32
Sebenarnya disebalik bantuan kepada kerajaan Inggeris, pihak PKM mempunyai
rancangan yang lain untuk menubuhkan Tentera Komunis Malaya pada suatu hari bagi
menentang kerajaan Inggeris selepas perang Jepun. Oleh itu, pada Mac 1942 golongan
gerila PKM telah menubuhkan Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) dan
Lai Teck juga membentuk sekolah politik yang mendapat tajaan serta sokongan Mao Tse
Tung di Yenan. Apabila pihak tentera Jepun mengetahui kewujudan MPAJA ini,
menyebabkan pasukan gerila PKM terpaksa melarikan diri ke dalam kawasan hutan bagi
mengelakkan buruan pihak tentera Jepun.33 Walaupun, pasukan gerila ini berada di dalam
hutan bagi satu tempoh yang agak lama aspek makanan dan keperluan asas tidak menjadi
32 Keadaan ini telah memberi peluang yang baik kepada PKM, apabila seramai 165 ahli komunis

telah diberi latihan ketenteraan dan menyertai tindakan sabotaj serta perang gerila ke atas tentera
Jepun.
Sidek Fadzil, 1970, hlm. 95.
33 Bagi PKM dan MPAJA peristiwa 1 September di Batu Caves pada tahun 1942, mer
upakan
satu sejarah hitam baginya kerana perjumpaan pemimpin-pemimpin pasukan gerila dan PKM, ber
tukar
menjadi tragedi apabila perjumpaan berkenaan diketahui oleh pihak Jepun yang membawa kepada serbu
an
dan dalam serbuan berkenaan seramai kira-kira 100 orang pemimpin PKM terbunuh dan
tertangkap. Lai
Teck telah dituduh sebagai dalang kepada serbuan kali ini kerana ingin mengekalkan kuasa beliau
, tetapi
tiada bukti yang boleh mendakwa Lai Teck sebagai dalang utama. Ini kerana, semasa serbuan L
ai Teck
berjaya melarikan diri bersama orang kanannya. Sidek Fadzil, 1970, hlm 96.

32

sebarang permasalahan kerana mereka mendapat sokongan dan bantuan orang kampung,
yang berada di kawasan pedalaman untuk menghulurkan bantuan makanan dan minuman.
(Mohd. Reduan 1993: 11).
2.3.2

Zaman Pendudukan Jepun

Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, telah menimbulkan kemarahan dan
kebencian masyarakat Tanah Melayu terutamanya orang Cina. Ini kerana, ianya berpunca
daripada zaman perang antara China-Jepun pada suatu masa dahulu dan menjadikan
pihak Jepun mengecapkan semua orang Cina sebagai musuh Jepun. Keadaan ini
menyebabkan orang Cina pada zaman berkenaan menerima layanan yang tidak sama rata
dengan orang keturunan bangsa lain seperti penyeksaan, pembunuhan kejam dan
sebagainya. Akan tetapi dalam konteks ekonomi pula, kerajaan Jepun memberi layanan
yang lebih baik kepada para peniaga dengan adakan syarat pembayaran. Hal ini, juga
merupakan antara faktor orang Cina di kawasan pedalaman menghulurkan bantuan
kepada PKM dan MPAJA dalam usaha untuk menjatuhkan Jepun di Tanah Melayu.
Dalam aspek pendidikan pula, semua sekolah Cina telah ditutup dan pihak Jepun telah
menubuhkan sekolah Jepun yang dikenali sebagai (Nippo Go) (Sidek Fadzil 1970: 99).34

Sekolah ini ditubuhkan adalah bagi menerapkan nilai-nilai Jepun dan mengajar
pelajar untuk menyanyi lagu kebangsaan yang mengikut dasar kerajaan Jepun.35
Disebabkan pelbagai desakan dan penderaan pihak Jepun terhadap orang Cina,
menyebabkan orang Cina berusaha untuk mencari jalan bagi mengelakkan daripada

menjadi mangsa keganasan. Oleh itu, orang Cina pada zaman berkenaan kebanyakkan
34 Selain itu, orang Cina pada masa itu telah di hukum dengan hukuman yang berat, padahal atas
kesalahan yang kecil sahaja. Jepun menuntut sebanyak $ 50 juta bagi menampung keperluan ke
wangan
tenteranya dari orang Cina atau peniaga. Sidek Fadzil, 1970, hlm. 99.
35 Tujuan penubuhan sekolah ini adalah untuk menanam semangat patriotisme para
pelajar
terhadap kerajaan Jepun dan ianya juga memastikan bahawa semua rakyat di Tanah Mela
yu, perlu
menghormati dan taat setia kepada Maharaja Jepun. Keengkaraan berbuat demikian akan membawa kepa
da
pembunuhan dan keluarga. Sidek Fadzil, 1970, hlm. 99.

33

menyatakan sokongan padu kepada PKM dan MPAJA dalam usaha menentang kerajaan
Jepun. Apabila pihak Jepun mengetahui gerakan dalam hutan oleh MPAJA dan keinginan
untuk mengawal orang Cina, pihak Jepun terpaksa menggunakan bantuan pasukan polis
Melayu.36 Keadaan ini telah menimbulkan kemarahan orang Cina terhadap orang Melayu
kerana orang Cina menganggap bahawa orang Melayu membantu Jepun untuk
memusnahkan mereka di Tanah Melayu (Lotfi 1976: 240; Mohd. Reduan 1993: 12).
2.3.3

Pemberontakan Terbuka

Pemberontakan terbuka berlaku adalah berpunca daripada desakan beberapa pemimpin


komunis Asia yang lain iaitu pada Februari 1948 di Kongeras Pemuda Komunis Asia di
Culcutta. Wakil PKM Tanah Melayu telah didesak supaya mengadakan pemberontakan
menentang pihak British kerana usaha bagi beberapa negara yang lain telah membawa
kepada kejayaan seperti Mao Tse Tung di negeri China, Ho Chi Minh dan General Giap
di Indo China dan Gerila Komunis di Greece. Keadaan ini telah meningkatkan semangat
perjuangan PKM Tanah Melayu untuk membentuk kerajaan pada suatu hari nanti. Pada
akhir tahun 1948, PKM telah menubuhkan Malayan Peoples Anti-British Army
(MPABA) yang dikendalikan oleh Lau Yew yang merupakan pengikut Mao Tse Tung.
Pemberontakan terbuka bermula dengan pembunuhan tiga orang pengurus ladang yang
berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak dan ianya memaksa Sir Edward Gent
mengisytiharkan darurat di Perak dan kemudiannya di seluruh Tanah Melayu (Sidek
Fadzil 1970: 104).

36 Selepas kejatuhan Jepun pada Ogos 1945, MPAJA mengisytiharkan bahawa merekalah
yang
menjatuhkan tentera Jepun dan menyebabkan beberapa kawasan semenanjung Tanah Melayu dikuasai ol
eh
MPAJA. Walaupun, MPAJA berjaya menguasai beberapa negeri tetapi serangan dan keganasan te
rus
berlaku, terutamanya ke atas balai polis serta pondok polis di kawasan pedalaman. Ini kerana,
MPAJA
benci terhadap anggota polis yang membantu Jepun untuk memburu mereka dan sehingga menye
babkan
anggota MPAJA yang terkorban. BMA (British Military Administration) tiba di Tanah Melayu p
ada 12
September 1945 dan mengambil alih pentadbiran kerajaan. Sidek Fadzil, 1970, hlm. 100.

34

Bagi MPABA mereka tidak menyerang tentera tetapi ke atas balai polis, pondok
polis di kawasan pedalaman, kampung kecil, lombong dan ladang getah yang
menyebabkan ramai orang awam terbunuh. MPABA kemudian ditukarkan nama kepada
Malayan Races Liberation Army (MRLA)37 yang bertujuan untuk menarik penyertaan
atau penglibatan bangsa lain seperti Melayu dan India, supaya sama-sama menentang
kerajaan British. Keadaan ini telah menyebabkan pihak kerajaan British mengambil
tindakan untuk melakukan penempatan semula bagi orang Cina kerana British
mengetahui bahawa orang Cina di kawasan pedalaman sering menjadi mangsa atau
sebagai orang tengah MRLA, untuk mendapatkan bekalan makanan dan keperluan
harian.38 Langkah ini diambil adalah bagi mengurangkan bantuan dihulurkan kepada
MRLA oleh masyarakat setempat atau di kawasan pedalaman. Selain itu, turut diadakan
kawalan ketat oleh pasukan tentera dan polis di kampung baru Cina serta mengenakan
perintah berkurung (Sidek Fadzil 1970: 107).
Menjelang Tanah Melayu mencapai kemerdekaan iaitu pada Julai 1955, selepas
pilihan raya pertama berjaya dilaksanakan. Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul
Rahman telah menawarkan pengampuan kepada anggota PKM, supaya menyerah diri
tetapi tindakan ini tidak membawa sebarang hasil dan keganasan terus berlaku di manamana sahaja. Keadaan ini juga memaksa Tunku Abdul Rahman menyatakan kesediaan
untuk berjumpa dengan Chin Peng, bagi menamatkan keganasan dan huru-hara. Tawaran
Tunku Abdul Rahman pada kali ini, mendapat reaksi Chin Peng yang menghantar surat
balas kepada beliau pada 24 September 1955, menyatakan persetujuan untuk bertemu di
Klian Intan pada 17 Oktober 1955, tetapi perjumpaan ini tidak menemui jalan
penyelesaian. Rundingan yang terakhir adalah pada 28 dan 29 Disember 1955 di Baling,

tetapi gagal juga kerana tiada sebarang persetujuan dicapai. Maka itu pada 2 April 1956,

37 Kejayaan MRLA adalah pembunuhan Sir Henry Gurney di Bukit Fraser pada 6 Oktober 1951.
Sidek Fadzil, 1970, hlm. 107.
38 Sejak 1950an, 600 kampung baru telah diwujudkan bagi tujuan penempatan semula ya
ng
melibatkan sebanyak 600 000 orang Cina. Sidek Fadzil, 1970, hlm. 108.

35

Chin Peng menghantar surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk berdamai, tetapi
permohonan berkenaan ditolak (Sidek Fadzil 1970: 111).39
2.4

MALAYSIAN CHINESE ASSOCIATION: USAHA PERINGKAT AWAL

Selepas tamatnya perang dunia kedua dan kependudukan Jepun di Tanah Melayu pada
tahun 1945, telah membangkitkan hasrat ke arah penubuhan MCA apabila Tan Cheng
Lock sekembali ke Tanah Melayu pada Disember 1948.40 Ianya jelas menaikkan
semangat beliau dan rakan-rakannya, dalam membawa kembali perjuangan mereka ke
arah mewujudkan satu organisasi yang dapat mewakili masyarakat kaum Cina.41 Ini dapat
dibuktikan dengan penghantaran sepucuk surat oleh Tan Cheng Lock kepada Malcolm
MacDonald, Pesuruhjaya-Jeneral British di wilayah-wilayah British di Asia Tenggara.
Antara kandungan suratnya adalah seperti berikut:
Thank you for sending me a copy of your speech delivered to the Malacca
Chinese Chamber of Commerce on December 5th. I read with both interest
and admiration. It is a constructive declaration and strike a tone which is
helpful at the present time.
As I think you know I believe there is much to be said for the formation of
the sort of association which you have in mind, but Im personally averse
to steps being taken in this direction at the moment.

39 Akhirnya, setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan Tunku Abdul Rahman mem
beri
tawaran dan pengampuan kepada gerila komunis untuk menyerah diri, dalam tempoh bermula da
ri 3
September 1957 hingga 30 April 1958. Pada masa ini, Chin Peng telah dikatakan melarikan diri ke selat
an
Thailand. Sidek Fadzil, 1970, hlm. 112.

40 Hasrat untuk menubuhkan MCA adalah berpunca daripada tindakan pihak British

dalam
memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946. Malayan Union dilihat banyak mem
berikan
keuntungan kepada masyarakat kaum Cina berbanding kaum yang lain. Schaefer, 1968, hlm. 2.

41 Sebelum
ini,
masyarakat kaum Cina
tidak
mempunyai
badanbadan
politik
yang
memperjuangkan kepentingan mereka kecuali PKM berbanding dengan masyarakat kaum Melayu
yang
mempunyai parti UMNO, dalam memperjuangkan kepentingan mereka seperti penentangan k
e atas
Malayan Union oleh Onn Jaafar kerana mengabaikan kepentingan dan keistimewaan orang Mel
ayu.
Means, 1970, hlm. 103.

36

I think it would be wise to have the proposed talks with some of our Malay
friends in the first instance. Propaganda in favour of the formation of the
Association before that might be misunderstood and arouse suspicions
amongst the Malays. After the preliminary talks have taken place, there
could be no such misunderstanding (Maizatul & Mohamad Zain 2005:
133).
Dalam konteks ini, ianya dapat dilihat bahawa peranan yang dimainkan oleh Tan
Cheng Lock dalam usaha untuk mewujudkan satu organisasi Cina, dimana pada 5
Disember 1948 beliau telah menyatakan hasratnya untuk menubuhkan Persatuan Cina
Malaya, dalam ucapannya kepada Dewan Perniagaan Cina dan satu salinan ucapannya
telah dihantar kepada Malcolm MacDonald.42 Walau bagaimanapun, usaha beliau
menghadapi kesukaran apabila pada 15 Disember 1948, Malcolm MacDonald meminta
Tan Cheng Lock untuk menangguhkan hasratnya terlebih dahulu dan menunggu sehingga
diadakan perbincangan dengan pemimpin Melayu. Pada 19 Disember 1948, Sir Henry
Gurney telah mengadakan perbincangan dengan pemimpin Cina, mengenai dengan
penubuhan persatuan ini dan selepas itu beliau menghantar sepucuk surat kepada Creech
Jones, Setiausaha Negara Bagi Tanah Jajahan di London. Antara kandungan suratnya:
I have recently had long and frank talks with the Chinese members of the
Legislative Council and representatives of mining and rubber interests
with a view to obtaining more active help from the Chinese against
terrorists.
Steps are now being taken by leading Chinese to form a Malayan Chinese
Association open to all who have made their home in the Federation with
chief object of co-operating with the Government and with other
communities in restoring peace and good order in the country.

42 Hal ini kerana pada tahun 1948, apabila Malayan Union bertukar kepada Persekutuan Tanah
Melayu telah menyebabkan syarat kerakyatan diperketatkan, kedudukan raja-raja Melayu
dikekalkan dan
hak keistimewaan orang-orang Melayu. Keadaan ini telah menimbulkan bantahan pertubuhan Cin
a iaitu
Straits Chinese British Association (SCBA) dan All-Malaya Council of Joint Action
(AMCJA) yang
menuntut syarat kerakyatan dilonggarkan dan hak kesamarataan. Oleh itu, Tan Cheng Lock telah menget
uai
AMCJA dan Dewan Perniagaan Cina untuk mengadakan mogok. Ketika itu, beliau melihat baha
wa
perlunya satu organisasi yang dapat mewakili masyarakat kaum Cina secara keseluruhan demi kepenting
an
secara bersama. Means, 1970, hlm. 105.

37

Rules are now being drafted and will be discussed with me in draft before
further action being taken, and Chinese members of the Legislative
Council have undertaken to start to enlist support actively for this move in
their districts at once. I have mentioned this development to Dato Onn
and Im satisfied that it will be helping in forthcoming Malay-Chinese
conversation on long term problems (Maizatul & Mohamad Zain 2005:
135).
Tetapi menurut Low Chin Huat (1989: 126) menyatakan bahawa sebenarnya H. S.
Lee yang mengemukakan idea penubuhan organisasi Cina dalam mesyuarat Majlis
Perundangan Persekutuan. Ini kerana, apa yang dimaksudkan oleh Sir Henry Gurney
kepada Creech Jones ialah usaha ke arah penubuhan Persatuan Cina Malaya, akan
dimulakan dan diserahkan kepada ahli Majlis Perundangan Persekutuan dan
memandangkan Tan Cheng Lock bukan ahli dalam Majlis Perundangan Persekutuan,
maka peranannya agak kabur jika dibandingkan dengan H. S. Lee dan rakan-rakannya
kerana H. S. Lee adalah ahli Majlis Perundangan Persekutuan. Tidak dapat dinafikan juga
mengenai peranan utama yang dimainkan oleh Tan Cheng Lock ke arah penubuhan ini
apabila pada 6 Januari 1949,43 beliau berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada
Tuan Haji Ibrahim, Konsul Republik China di Ipoh mengenai cadangan penubuhan
Persatuan Cina Malaya.
Walaupun Tan Cheng Lock bukan convenor dan ahli Majlis Perundangan
Persekutuan, ianya tidak bermakna bahawa penubuhan Persatuan Cina Malaya bukan
usaha beliau. Ini kerana anaknya iaitu Tan Siew Sin merupakan ahli Majlis Perundangan
Persekutuan. Oleh itu, pada 16 Februari 1949 atas nama 16 ahli Majlis Perundangan
Persekutuan selaku convenor untuk mengadakan mesyuarat serta perbincangan

mengenai penubuhan persatuan ini dan ahli-ahli ini juga secara langsung telah mewakili

43 Tan Cheng Lock telah menubuhkan Malayan Chinese League untuk memupuk kerjasama d
an
semangat kekitaan. Means, 1970, hlm. 106.

38

semua masyarakat kaum Cina di Tanah Melayu pada ketika itu.44 Bagi memastikan
masyarakat kaum Cina bersatu padu Malcolm McDonald, Sir Henry Gurney dan Gimson
telah memutuskan pengharaman parti Cina yang lain, jika pada pandangan mereka parti
itu menjalankan sesuatu aktiviti yang boleh mengancam keselamatan Tanah Melayu dan
Singapura (Oong 2005: 136).45
2.4.1

Penubuhan MCA

Pada 27 Februari 1949, di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur merupakan
satu detik yang amat bersejarah buat semua masyarakat kaum Cina, di mana pada hari
tersebut dengan rasminya satu persatuan yang dapat memainkan peranan yang penting
dalam mewakili kepentingan masyarakat kaum Cina ditubuhkan. Dalam mesyuarat
pelancaran dan penubuhan Persatuan Cina Malaya itu, telah dihadiri oleh para perwakilan
daripada negeri-negeri Tanah Melayu dan Sekretariat Hal Ehwal Orang Cina. Sebelum
mesyuarat bermula Yong Tham Quee, dari Sekretariat Hal Ehwal Orang Cina telah
menawarkan dirinya sebagai jurubahasa dan dibantu oleh dua orang pegawai yang lain.
Kehadiran sekretariat ini adalah untuk membuat laporan mengenai perjalanan mesyuarat
yang akan berlangsung dan menyediakan laporan lengkap kepada Sekretariat Hal Ehwal
Orang Cina dan kerajaan Tanah Melayu (Oong 2005: 137).
Sebagai hebahan kepada seluruh masyarakat kaum Cina di Tanah Melayu
mengenai dengan penubuhan Persatuan Cina Malaya, pihak Majlis Perundangan
Persekutuan telah menjemput wakil dari setiap negeri, untuk menyaksikan pelancaran
penubuhan persatuan ini. Antaranya adalah perwakilan yang hadir ke mesyuarat
44 Ianya terdiri daripada Lee Tiang Keng, Ee Yew Kim, H. S. Lee, Tan Siew Sin, Yong Shook Li
n,

Khoo Teck Ee, Toh Eng Hee, Khoo Khoon Huat, Lee Woon Mun, Leung, Liew Kwang Hon, Ng Sui Ca
m,
B. H. Oon, Woo Ka Lim dan Lim Khye Seng. Maizatul Haizan Mahbob & Mohamad Zain Musa
, 2005,
hlm. 136.
45 Rancangan penubuhan MCA telah mula dibincangkan oleh Tan Cheng Lock dan Yong Shook
Lim sejak awal tahun 1940an lagi, tetapi terdapat sumber yang lain menyatakan bahawa rancang
an ini
diketengahkan oleh Leong Yew Koh, seorang bekas ahli tadbir dan General di China. Sidek Fadzil, 1970
,
hlm. 119.

39

pelancaran yang mewakili negeri masing-masing iaitu empat wakil dari Pulau Pinang dan
Seberang Prai; lapan belas wakil dari Perak; lima wakil dari Kedah; sepuluh wakil dari
Negeri Sembilan; sembilan wakil dari Melaka; dua puluh tiga wakil dari Johor; tujuh
wakil dari Pahang; dua wakil dari Terengganu; Kelantan tidak menghantar wakil dan tuan
rumah iaitu Selangor diwakili oleh beratus-ratus perwakilan. Selain itu, turut dijemput
hadir bagi menyaksikan pelancaran ini adalah semua ahli Jawatankuasa Dewan
Perniagaan Cina Selangor sebagai perwakilan (Maizatul & Mohamad Zain 2005: 137).
Untuk menubuhkan satu persatuan tunggal yang mewakili masyarakat kaum Cina
di Tanah Melayu bukan suatu perkara yang mudah berikutan pelbagai aspek dan dimensi,
yang perlu diberi perhatian terutamanya perlembagaan parti. Tidak mustahil jika
sepanjang mesyuarat yang berlangsung ini wujud atau berlakunya pertikaman lidah
antara para perwakilan, ianya dilihat sebagai suatu perkara yang biasa kerana setiap orang
mempunyai pandangan dan pegangan yang berbeza. Maka itu, perlembagaan yang dibuat
oleh suatu pihak mungkin tidak disegani oleh pihak yang lain kerana perbezaan dari segi
tanggapan masing-masing. Sepanjang mesyuarat berlangsung terdapat sedikit gangguan
dan permasalahan yang timbul, apabila S. M. Yong yang merupakan perwakilan dari
negeri Selangor, meminta agar pembetulan dibuat terhadap beberapa peraturan dalam
draf yang dikemukakan sebelum ianya diluluskan. Tetapi bagi Khoo Teik Ee pula,
mencadangkan agar draf yang dikemukakan itu diterima terlebih dahulu (Oong 2005:
139).46
Menurut Oong (2005: 139) menyatakan bahawa maksud S. M. Yong adalah
meminta semua perwakilan yang hadir supaya meneliti dengan sebaik-baiknya mengenai
draf perlembagaan yang dikemukakan, demi mewujudkan satu persatuan yang lebih
mantap berasaskan kepada perlembagaan dan peraturan parti yang sempurna. Beliau

menyatakan bahawa penelitian harus dilakukan memandangkan draf ini telah dilakukan
46 Khoo Teik Ee berpendapat demikian supaya ianya tidak menganggu perjalanan mesyuarat dan
pembetulan boleh dibuat pada kemudian hari. Cadangan Khoo Teik Ee disokong oleh H. S. Lee. Oong H
ak
Ching, 2005, hlm. 140.

40

oleh pihak tertentu sahaja dan di tempat yang dirahsiakan. Berikut adalah ayat yang
dikeluarkan oleh S. M. Yong:
All states have criticized the draft rules which cannot be amended so
easily when once adopted. We cannot accept what is given to us. I agree
that there should be an association now, but the draft rules cannot be
adopted without amendments. These rules were drafted in a private house
of a private person by only a few person. How can we accept them? (CO
717/182 1949).
Khoo Teik Ee mencelah:
What is wrong if the rules were drafted by few persons in a private house?
Some one must draft the rules in some place. What difference can it make
if the rules were drafted in a private house or in a public place? (CO
717/182 1949).
Ee

Yew

Kim

yang

mempengerusikan

mesyuarat

berkenaan

berjaya

mententeramkan keadaan mesyuarat yang hangat itu, dengan meminta undian dijalankan
oleh semua perwakilan yang hadir sebagai tanda keadilan dan tidak ada usul bias
kepada mana-mana pihak. Undian ini telah memihak kepada Khoo Teik Ee apabila
memperolehi undian sebanyak 90 peratus, daripada keseluruhan perwakilan yang hadir
mengenai usul yang dikemukakan iaitu penerimaan draf terlebih dahulu dan pembetulan
dibuat pada kemudian hari. Usul yang seterusnya telah dikemukakan oleh H. S. Lee iaitu
meminta supaya pemilihan ahli jawatankuasa sementara diwujudkan bagi tempoh masa
selama tiga bulan sebelum jawatankuasa tetap dibentuk. Usul ini telah disokong oleh
Chan Foo Seng dari Pulau Pinang dan diterima secara sebulat suara oleh semua
perwakilan. Tetapi Chan Foo Seng tidak bersetuju di atas pemilihan Tan Cheng Lock
sebagai Presiden pertama parti, yang dicadangkan oleh H. S. Lee dan diterima oleh
semua perwakilan yang hadir (Oong 2005: 140).47

47 Bagi beliau, Tan Cheng Lock tidak tahu berbahasa Cina dan dianggap tidak sesuai unt

uk
memegang jawatan berkenaan. Oong Hak Ching, 2005, hlm. 140.

41

Manakala H. S. Lee dipilih sebagai Naib Presiden parti dan sebanyak sebelas
jawatan Naib Presiden ditawarkan dengan masing-masing diwakili oleh seorang Presiden
negeri kecuali Melaka ditangguhkan berikutan Tan Cheng Lock dipilih sebagai Presiden
parti.48 Jawatan Setiausaha bersama telah disandang oleh Yong Shook Lin dan Leung
Cheung Ling serta Bendahari oleh Khoo Teik Ee. Bagi ahli jawatankuasa pula masingmasing diwakili oleh perwakilan negeri iaitu dari Perak, dua belas orang; Pulau Pinang
dan Seberang Prai, Selangor dan Johor, sebelas orang; Kedah dan Perlis, Negeri
Sembilan, Melaka dan Pahang, enam orang dan dua orang bagi negeri Kelantan dan
Terengganu. Pemilihan Tan Cheng Lock telah mendapat sambutan baik oleh pegawaipegawai British kerana mereka yakin Tan Cheng Lock dapat menjadi orang tengah bagi
pihak kerajaan dan masyarakat kaum Cina (Maizatul & Mohamad Zain 2005: 140).
Antara ulasan daripada seorang pegawai Hal Ehwal Orang Cina mengenai pelantikan Tan
Cheng Lock:
Tun Tan Cheng Lock has always been regarded as a sincere man by the
Chinese; his aim has been the political unification of all races of Malaya.
In 1946 and 1947 he was surrounded by members of the Malayan
Democratic Union and other exponents of left-wing politics, and
supported their policies as the Chairman of the Pan Malayan Council of
Joint Action. When the emergency began, however, he was left alone
except in Malacca and in some what dubious position. It is possible that
he regrets his earlier association with these promoters of violence.
The position at present is that he [Tun Tan Cheng Lock] commands
considerable respect amongst the Chinese. He is 66 years old, and he has
experience in Malayan politics, he is able to rise above the arguments of
the different dialect groups in Chinese society. He is sincere in his efforts
to do the best for the Chinese in Malaya and to encourage co-operating
with the Malays. He has therefore a strong influence with the moderate
Chinese opinion. He is still independent and will support the Government
if he is convinced that Government desires to treat the Chinese fairly
(Maizatul & Mohamad Zain 2005: 141).

48 Pemilihan H. S. Lee sebagai Presiden telah ditolak oleh perwakilan dari negeri Perak,
Negeri
Sembilan dan Johor berbanding dengan Tan Cheng Lock yang mendapat sokongan daripada H.
S. Lee
sendiri dan perwakilan-perwakilan yang lain. Oong Hak Ching, 2005, hlm. 140.

42

Ini bermakna MCA telah ditubuhkan secara rasminya pada tanggal 27 Februari
1949, dengan persetujuan kerajaan British dan para pemimpin-pemimpin Melayu. Antara
tujuan utama penubuhan MCA adalah disebabkan kesan daripada perubahan dasar
kerajaan British iaitu daripada Malayan Union bertukar kepada Persekutuan Tanah
Melayu dan pemberontakan komunis.49 Kedua-dua perkara ini juga merupakan peristiwa
yang amat bersejarah bagi Tanah Melayu. Dalam penubuhan MCA ini, telah melibatkan
beberapa tokoh yang berusaha bersama-sama untuk menjayakan penubuhan ini iaitu Tan
Cheng Lock, H. S. Lee, Yong Shook Lin, Leong Yew Koh, Malcolm MacDonald, Sir
Henry Gurney, Onn Jaafar dan pegawai dari Sekretariat Hal Ehwal Orang Cina, tanpa
usaha dan perbincangan yang berterusan serta peranan yang dimainkan oleh para
pemimpin, maka agak sukar MCA dapat ditubuhkan dengan jayanya (Oong 2005: 142).
Pada peringkat awal penubuhan MCA, ianya dipimpin oleh semua Persatuan
Utama Masyarakat Cina iaitu Kesatuan Kebajikan, Dewan Perniagaan Cina, Persatuan
Guru-guru Sekolah Cina Bersatu, Jawatankuasa Pengurus Sekolah Cina Bersatu,
Persatuan Cina Negeri-negeri Selat dan ahli-ahli perniagaan. Ini bererti bahawa sejak
awal penubuhan MCA ini, ianya dianggotai oleh golongan yang mempunyai kedudukan
dalam komuniti serta orang-orang kaya. Di mana ianya dapat dibuktikan dengan
penglibatan golongan kaya menerusi tugas utama MCA iaitu perkhidmatan sosial kepada
masyarakat kaum Cina yang lain, dengan menyediakan keperluan kemudahan seperti
kesihatan, pendidikan dan sebagainya serta memberikan bantuan kepada masyarakat
kaum Cina di kawasan penempatan kampung baru.50 Bantuan sebegini diberikan kepada
49 Keganasan komunis nyata jelas secara langsung memalukan masyarakat kaum Cina ker
ana
pelbagai kritikan, tanggapan negatif dan kesangsian kerajaan British terhadap masyarakat kaum Cina rat
arata berpunca daripada tindakan komunis. Sekali gus menghancurkan harapan masyarakat kaum Cina unt
uk
menuntut hak kesamarataan dan disinilah wujudnya kesedaran masyarakat kaum Cina. Milne &
Mauzy,
1978, hlm. 161.
50 Untuk membuktikan kejujuran MCA dalam membantu kerajaan dan mewujudkan satu hubun

gan
yang baik dengan kerajaan. MCA telah berusaha membantu kerajaan dalam menentang komunis serta tid
ak
melupakan cita-cita asalnya iaitu memperjuangkan kepentingan masyarakat kaum Cina. Di mana,
MCA

telah menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan kebajikan kepada masyarakat kaum Cina di kawasa
n
penempatan baru. Sidek Fadzil, 1970, hlm. 122.

43

masyarakat kaum Cina, supaya ianya dapat menarik keyakinan dan perhatian mereka
terhadap perjuangan MCA ke arah mewujudkan suasana yang lebih aman dan harmoni
(Lee 1979: 271).
Secara umumnya, pucuk pimpinan parti MCA pada awal penubuhan terbahagi
kepada tiga kumpulan yang menjalankan fungsi dan peranannya iaitu kumpulan pertama,
adalah terdiri daripada mereka yang berpendidikan Inggeris dan mempunyai pengetahuan
yang lebih luas mengenai institusi politik serta aspek perlembagaan ala British. Kumpulan
ini lebih disegani oleh pegawai-pegawai British kerana mereka memahami serta boleh
bekerjasama dengan pihak kerajaan. Kumpulan kedua iaitu terdiri daripada mereka yang
mendapat pendidikan di sekolah Cina dan mereka ini boleh dikategorikan sebagai
pemimpin yang tradisional kerana mereka masih berpegang kepada cara-cara yang
terdahulu. Golongan ini adalah terdiri daripada kalangan pemimpin bagi Pertubuhan
Kebajikan Cina dan Persatuan Guru-guru Cina. Bagi kumpulan ketiga iaitu terdiri
daripada mereka yang mendapat pendidikan Inggeris dan Cina. Kumpulan ini sering
menjadi orang tengah bagi kumpulan pertama dan kedua (Lee 1979: 270).51
Menurut Lee (1979: 271) menyatakan bahawa para pemimpin pada peringkat awal
penubuhan MCA masing-masing mengakui peranan dan tanggungjawab yang perlu
dimainkan oleh mereka, demi kepentingan masyarakat kaum Cina yang mereka wakili.
Ini bermakna, pada peringkat awal penubuhan sebenarnya parti MCA jarang mengalami
sebarang konflik dalaman kerana para pemimpin memahami peranan masing-masing.
Tetapi keadaan ini berubah apabila pada tahun 1956, pucuk pimpinan parti didominasi
oleh kumpulan yang berpelajaran Inggeris. Ini kerana, pemimpin kumpulan ini dapat
bekerjasama dengan pihak kerajaan serta mempunyai hubungan yang rapat dengan para
pemimpin Melayu. Keadaan ini telah menyebabkan ketidakpuasan pemimpin kumpulan
lain kerana mereka bimbang kumpulan berpelajaran Inggeris ini tidak dapat
51 Bagi kumpulan ketiga ini, jarang mempunyai perbezaan pandangan ke atas permasalahan yang
timbul dan kumpulan ini juga berperanan untuk merapatkan hubungan antara kedua-dua kumpulan tadi.
Lee
Kam Hing, 1979, hlm. 270.

44

memperjuangan kepentingan masyarakat kaum Cina. Disebabkan mereka ini terlalu rapat
dengan pihak kerajaan dan mengabaikan kepentingan orang Cina.52
Akhirnya, telah menyebabkan parti MCA sering menghadapi konflik dalaman dan
perselisihan faham antara kedua-dua kumpulan yang ingin merebut kuasa dalam parti
serta menyebabkan pelbagai permasalahan dan isu timbul. Akibat daripada kekaburan
peranan dan tugas utama MCA, telah menyebabkan ahli-ahlinya keliru mengenai status
kedudukan MCA, samada sebagai sebuah organisasi sosial mahupun politik. Pada
hakikatnya, MCA pada mulanya merupakan sebuah persatuan kebajikan tetapi ianya
bertukar kepada persatuan politik, apabila MCA melibatkan diri dalam pilihan raya Majlis
Perbandaran Kuala Lumpur bersama-sama UMNO Cawangan Selangor pada tahun
1952.53 Pemimpin MCA pada ketika itu, tidak dapat mewakili masyarakat kaum Cina
secara keseluruhannya kerana masing-masing mementingkan diri sendiri daripada
komuniti kerana mereka ini adalah terdiri daripada golongan orang kaya dan peniaga.
Penglibatan golongan ini bukan untuk kepentingan masyarakat kaum Cina tetapi bagi
kepentingan ekonomi dan perniagaan mereka (Vasil 1980: 115).

52 Oleh itu, wujudnya kesedaran orang Cina mengenai penglibatan mereka dalam arena p

olitik
tempatan, demi mengukuhkan kedudukan mereka sendiri. Penglibatan yang aktif dalam kala
ngan
masyarakat kaum Cina, telah berjaya mengubah kepimpinan parti MCA dan membuka ruang kep
ada
pemimpin kumpulan berpendidikan Cina untuk mengambil alih pimpinan parti. Lee Kam Hing, 1979, hl
m.
271.
53 Hasil usaha H. S. Lee, Naib Presiden MCA dan Yahya Abdul Razak, Pengerusi Jawatankuasa
Pilihan Raya UMNO Cawangan Selangor, telah memulakan arena politik MCA dengan penglibatan seca
ra
rasminya dalam pilihan raya perbandaran pada tahun 1952. Tetapi gabungan ini hanya bersifat sementar
a
sahaja dan parti Perikatan UMNO-MCA terbentuk secara rasminya pada tahun 1954. Sidek Fadzil, 19
70,
hlm. 122.

45

2.4.2

Matlamat dan Objektif MCA

Menurut Mohd. Foad Sakdan (1999: 97) mengikut perlembagaan MCA pada tahun 1976,
menggariskan matlamat perjuangan parti kepada kepentingan masyarakat kaum Cina di
Tanah Melayu. Antaranya ialah:
Tahun 1976
1.

Melindungi dan mempertahankan kemerdekaan negara dan


kedaulatan Malaysia.

2.

Melindungi dan menjunjung perlembagaan negara Malaysia.

3.

Menjunjung dan melindungi sistem berparlimen dan kerajaan


demokratik atas dasar berbilang kaum.

4.

Memastikan pengiktirafan dan keselamatan hak-hak yang sah dan


penerusan kepentingan kaum Cina di negara ini serta komuniti
seperti yang tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia.

5.

Mengekalkan, memelihara dan mewujudkan keharmonian di antara


rakyat berbilang kaum di Malaysia dan dengan itu dapat menjamin
keamanan dan kewujudan satu bangsa yang kuat dan bersatu.

6.

Mewujudkan pembangunan dan penggunaan sumber-sumber


ekonomi negara untuk faedah rakyat dalam negara secara
menyeluruh.

7.

Mewujudkan

dan

mengekalkan

keadilan

sosial,

ekonomi,

keselamatan dan peluang yang sama untuk setiap warganegara di


negara ini.
8.

Bersedia untuk bekerjasama dengan organisasi politik yang


berdaftar dan mempunyai cita-cita serta tujuan yang sama dalam
negara bagi mewujudkan perkembangan yang sihat di antara partiparti politik.

46

9.

Menguatkuasakan segala akta dan perkara yang tidak bercanggah


dengan bahagian artikel yang terdahulu untuk kebaikan dan

kepentingan parti dan ahli-ahlinya.


Masa Kini (2011)
1.

Melindungi keselamatan dan mempertahankan kemerdekaan dan


kedaulatan Malaysia.

2.

Melindungi dan mendukung Perlembagaan Malaysia.

3.

Melindungi dan mendukung sistem parlimen dan kerajaan


demokrasi sebagai asas kepelbagaian kaum.

4.

Mengekalkan penguatkuasaan hak-hak manusia, memperbetulkan


ketidakadilan.

5.

Memastikan pengiktirafan kesahan hak dan kepentingan rakyat


Malaysia keturunan Cina dan kepentingan semua komunitikomuniti yang lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Malaysia.

6.

Menggalakkan hubungan yang muhibah dan keharmonian antara


warganegara yang pelbagai bangsa di Malaysia untuk memastikan
kemajuan aman dan pertumbuhan sebuah bangsa kuat dan bersatu.

7.

Melindungi kepentingan rakyat Malaysia keturunan Cina dalam


aspek politik, sosial, pendidikan, kebudayaan, ekonomi dan
kepentingan lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Malaysia.

8.

Membantu rakyat Malaysia keturunan Cina dalam aspek kebajikan


dan kemajuan diri.

9.

Menggalakkan pembangunan dan penggunaan aset-aset ekonomi


untuk manfaat warganegara Malaysia secara keseluruhannya.

10.

Menggalakkan taraf hidup yang sihat dalam meningkatkan


produktiviti negara.

47

11.

Mengekalkan keadilan sosial, peluang ekonomi dan peluang yang


sama rata untuk setiap rakyat negara ini.

12.

Menggalakkan pembangunan aktiviti-aktiviti secara bersama.

13.

Bekerjasama dengan pertubuhan politik yang lain dengan matlamat


dan objektif yang sama untuk menggalakkan perkembangan politik
yang sihat.

14.

Mengekalkan dan mempertahankan penggunaan Bahasa Cina


dalam aspek ajaran dan pengajian yang tidak akan melanggar
peruntukan

perkara

152

Perlembagaan

Persekutuan,

demi

kesejahteraan parti dan ahli-ahli.


(Malaysian Chinese Association 2007)
2.4.3

Falsafah MCA

Berdasarkan laman web Malaysian Chinese Association (2007) menyenaraikan falsafah


politik MCA iaitu:
1.

Menjamin kebebasan dan keselamatan.

2.

Berusaha untuk mengimbangi kedudukan yang sama bagi semua


bangsa.

2.5

3.

Mendukung keadilan sosial.

4.

Menggalakkan keharmonian dan perpaduan negara.

5.

Menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial.

6.

Melindungi keselamatan dan hak komuniti Cina.

MALAYSIAN CHINESE ASSOCIATION: PENGASAS PARTI MCA

Dalam membincangkan aspek siapakah sebenarnya pengasas bagi MCA, para sarjana dan
pengkaji yang meneliti tentang sejarah MCA rata-rata mempunyai pandangan dan
pendapat yang berbeza mengenai pengasas MCA yang sebenar. Selain itu, terdapat juga

48

beberapa versi yang dikemukakan oleh para sarjana mengenai peranan dan fungsi mereka
yang membawa kepada penubuhan MCA iaitu seperti H. S. Lee, Tan Cheng Lock dan
Leong Yew Koh. Dalam hal ini, disebabkan kekurangan sumber rujukan yang terdahulu
mengenai siapakah pengasas sebenar MCA, menyebabkan sarjana dan pengkaji terpaksa
membuat tanggapan dan pandangan masing-masing berdasarkan sumber yang ada pada
mereka. Oleh itu, wujudlah pelbagai tanggapan dan pandangan sarjana mengenai
pengasas MCA dan ianya secara tidak langsung telah mempengaruhi keaslian sejarah
MCA yang sebenarnya (Maizatul & Mohamad Zain 2005: 126).
Menurut Roff (1965: 42) menyatakan bahawa H. S. Lee menegaskan idea

penubuhan MCA adalah dikemukakan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British
di Tanah Melayu di Majlis Makan di Rumah Yong Shook Lin. Di mana Sir Henry Gurney
berpendapat bahawa masyarakat kaum Cina pada masa itu memerlukan satu organisasi
politik seperti UMNO, bagi menjaga dan melindungi kepentingan masyarakat kaum Cina
itu sendiri. Selepas itu H. S. Lee dan Leong Yew Koh, bertindak untuk menyebarkan
bahan-bahan mengenai dengan idea penubuhan MCA kepada Chinese Chambers of
Commerce dan organisasi Cina. Bagi pengkaji Chan Heng Chee pada tahun 1964, pula
menyatakan bahawa H. S. Lee yang mengemukakan idea penubuhan MCA kepada Sir
Henry Gurney pada majlis berkenaan dan mendapat persetujuan dari Sir Henry Gurney
(Lim 1971: 34).
Keadaan ini bertambah rumit apabila pada tahun 1967, pengkaji Lim San Kok
mengadakan temubual bersama H. S. Lee dan dalam proses temubual itu H. S. Lee
menyatakan bahawa sebenarnya Margaret Roff dan Chan Heng Chee, telah salah faham
mengenai idea penubuhan MCA. Ini kerana, menurut H. S. Lee pada ketika itu beliau
berada di luar negara kerana darurat dan hanya sekembalinya ke Tanah Melayu barulah
beliau mencadangkan supaya masyarakat kaum Cina perlu mempunyai satu organisasi
seperti UMNO kepada Sir Henry Gurney. Atas persetujuan Sir Henry Gurney penyebaran
surat-surat pekeliling dibuat ke atas nama 16 ahli berbangsa Cina dari Majlis
Perundangan Persekutuan kepada Chinese Cambers of Commerce dan organisasi Cina,

49

untuk merayu mereka supaya hadir ke mesyuarat yang bakal berlangsung pada 27
Februari 1949 bagi penubuhan MCA secara rasminya (Lim 1971: 34).54
Satu lagi versi yang dikemukakan oleh pengkaji Soh Eng Lim menyatakan
bahawa sebenarnya pengasas MCA adalah Leong Yew Koh, Bekas Gabenor Melaka. Ini
kerana, Leong Yew Koh mempunyai kejayaan dalam bidang kebajikan kepada
masyarakat dan seterusnya menimbulkan idea kepada beliau mengenai keperluan dan
kepentingan ke arah penubuhan satu badan tunggal bagi masyarakat kaum Cina (Soh
1960: 49). Bagi menyokong hujahnya Soh Eng Lim telah mengambil dapatan kajian dari
pengkaji barat iaitu A. J. Moorhead yang menolak peranan Tan Cheng Lock dalam
penubuhan MCA. Ini kerana, menurut Moorhead bahawa Tan Cheng Lock sendiri yang
mengaku bahawa beliau tidak terlibat secara langsung dalam penubuhan MCA. Beliau
diminta untuk memimpin parti MCA disebabkan kelayakan dan keupayaan beliau dalam
masyarakat, di mana Tan Cheng Lock lebih disegani oleh pihak Inggeris dan pemimpin

Melayu (Lim 1971: 35).


Bagi pengkaji Low Chin Huat menolak sekeras-keras peranan Tan Cheng Lock
sebagai pengasas MCA kerana bagi beliau H. S. Lee barulah merupakan pengasas MCA
yang sebenar. Antara kenyataan beliau adalah:
Sesungguhnya dapatlah diputuskan bahawa Tun H. S. Lee sebenarnya
pengasas penubuhan MCA. Selama ini masyarakat umum lazimnya
menganggap Tun Tan Cheng Lock sebagai pengasas MCA. Walau
bagaimanapun, telah jelas terbukti bahawa Tun Tan Cheng Lock
sememangnya tidak terlibat langsung dalam usaha sebenar yang boleh
dianggap melahirkan MCA pada hari ini (Oong 2005: 127).

54 Ini membuktikan bahawa idea penubuhan MCA dikeluarkan oleh H. S. Lee dan bukannya Si
r
Henry Gurney. Menurut pengkaji, Sir Henry Gurney juga yakin bahawa UMNO tidak akan mem
bantah
penubuhan ini kerana ianya membantu kerajaan dalam menentang pihak komunis pada ketika itu. Lim S
an
Kok, 1971, hlm. 34.

50

Kenyataan dan dapatan kajian Low Chin Huat mendapat kritikan daripada Oong Hak
Ching kerana beliau seolah-olah tidak mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh Tan
Cheng Lock selama ini dan Oong Hak Ching berpendapat bahawa penilaian sebegini
adalah tidak wajar serta mempunyai sentimen untuk merendah-rendahkan pemimpin
yang lain. Walaupun Tan Cheng Lock ketika itu tidak berada di Tanah Melayu dan ianya
juga tidak dapat membuktikan bahawa Tan Cheng Lock, tidak terlibat dalam proses
penubuhan MCA. Semasa perang dunia kedua dan kependudukan Jepun di Tanah
Melayu, Tan Cheng Lock berhijrah ke India buat sementara waktu dan semasa di India
Tan Cheng Lock telah menghantar sepucuk surat kepada Pejabat Setiausaha Tanah
Jajahan British di London, mengenai penubuhan Persatuan Cina Malaya serta masa depan
Tanah Melayu (Maizatul & Mohamad Zain 2005: 125).
2.5.1

Latar belakang Tan Cheng Lock

Tan Cheng Lock dilahirkan pada 5 April 1883, di 111, Heeren Street, Melaka. Berasal
dari keturunan wilayah Fukien, China dan dari keturunan keluarga Tan Hay Kwan,

seorang pelaut dan saudagar yang merantau serta berniaga di gugusan pulau-pulau
Melayu termasuk Melaka. Tan Hay Kwan berhijrah ke Melaka dalam sekitar tahun
1770an dan mengahwini seorang gadis Cina peranakan. Beliau meninggal dunia pada
tahun 1801 dan disemadikan di Ayer Lelah, Melaka. Bapa Tan Cheng Lock bernama Tan
Keong Ann dan ibunya bernama Lee Seck Bin. Tan Cheng Lock merupakan anak ketiga
daripada tujuh adik-beradik iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Tan Cheng Lock
membesar dalam keadaan suasana pembelajaran yang tegas dan kemiskinan hidup
walaupun datuknya seorang hartawan, menyebabkan beliau belajar bersungguh-sungguh
untuk berjaya. Tan Cheng Lock mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Melaka
pada tahun 1899 dan menerima biasiswa kedua Tan Teck Guan (Perpustakaan Negara
Malaysia 2000).

51

Kemudian beliau melanjutkan pengajian di Raffles Institution, Singapura dari


tahun 1902 hingga 1908 dalam bidang undang-undang. Beliau lulus dengan cemerlang
dalam peperiksaan Senior Cambridge dan bercita-cita untuk melanjutkan pengajian
undang-undang di United Kingdom, tetapi keputusan peperiksaan untuk mendapatkan
Queens Scholarship agak kurang memuaskan dan ini menyebabkan beliau gagal
mendapat biasiswa. Beliau telah ditawarkan jawatan sebagai guru di Raffles Institution
dan bagaimanapun beliau meninggalkan kerjaya sebagai guru dan pulang ke Melaka,
pada tahun 1908. Sekembalinya ke Melaka, beliau telah bekerja sebagai penolong
pengurus di ladang getah Bukit Kajang dari tahun 1908 hingga 1910 dan beliau kemudian
menceburi diri dalam bidang keusahawanan bersama rakannya Chan Kang Swi dalam
mengusahakan industri getah.55Selain itu, beliau juga memperluaskan bidang
keusahawanannya

kepada

kewangan,

insurans,

perkapalan,

pencetakan

dan

persuratkhabaran (Oong 2005: 130).


Menurut Maizatul & Mohamad Zain (2005: 130) menyatakan bahawa Tan Cheng
Lock berjaya menjadi tokoh korporat serta pengarah bagi beberapa syarikat.56 Ini
menunjukkan keupayaan beliau dalam bidang keusahawanan yang disegani oleh
masyarakat kaum Cina dan pegawai-pegawai kolonial.57 Dalam aspek yang lain pula,
beliau memainkan peranan yang amat penting dalam kedudukan masyarakat kaum Cina,
yang bertindak sebagai pengkritik kepada dasar-dasar British pada tahun 1920an dan
1930an, yang dikatakan lebih pro-Melayu dan anti-Cina terutamanya dalam sektor
perkhidmatan awam di mana wujudnya sentimen diskriminasi kaum. Selain itu, beliau

55 Antara industri getah yang diusahakan adalah Malacca Pinda Rubber Estate,
United
Malacca Rubber Estate dan Bukit Bulat Rubber Estate. Oong Hak Ching, 2005, hlm. 130.
56 Antara syarikatnya adalah Oversea Chinese Banking Corporation Ltd., Oversea Assu

rance
Corporation Ltd., Sime Darby and Company Ltd., Malaya Tribune Press Ltd., Cycle & Ca
rriage,
Malacca Guardian dan sebagainya. Maizatul Haizan Mahbob & Mohamad Zain Musa, 2005, hlm. 130.
57 Beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Munisipal pada tahun 1912; ahli Majlis Perundanga

n
Negeri-negeri Selat pada tahun 1923; ahli Majlis Eksekutif Negeri-negeri Selat pada tahun 1933;
Naib
Presiden dan Presiden Dewan Perniagaan Cina, Melaka; Presiden Straits Chinese British Associ
ation
(SCBA) ataupun Persatuan Cina Peranakan Selat; Malayan Estate Owners Association dan sebagainy
a.
Oong Hak Ching, 2005, hlm. 130.

52

juga mewujudkan kesedaran cintakan Tanah Melayu bagi golongan masyarakat kaum
Cina yang lahir di negeri China atau mengamalkan politik berorientasikan negeri China,
supaya ianya dapat memperjuangkan kepentingan dan kemajuan politik di Tanah Melayu.
Beliau bertindak dalam memperjuangkan semangat nasionalis ke arah berkerajaan sendiri
dalam ucapannya di Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat pada tahun 1926. Antara
ucapannya:
Our ultimate political goal should be a self-govering British Malaya
with a Federal Government and Parliament for the whole of it, functioning
at a convenient center, say, at Kuala Lumpur and with as much autonomy
in purely local affairs as possible for each of its constituent parts(Tan
Liok Ee 1997: 200).
Semasa perang dunia kedua dan kependudukan Jepun di Tanah Melayu, Tan
Cheng Lock dan keluarganya berpindah ke India. Di sana Tan Cheng Lock telah
menubuhkan Persatuan Cina Seberang Laut dan ahli-ahlinya adalah terdiri daripada
mereka yang melarikan diri ke India, akibat wilayah mereka ditakluki oleh pendudukan
Jepun seperti Burma, Tanah Melayu, Indonesia dan sebagainya. Selain itu, Tan Cheng
Lock bertindak untuk menghantar sepucuk surat kepada Pejabat Tanah Jajahan British di
London mengenai masa depan Tanah Melayu.58 Tan Cheng Lock juga bertindak menulis
surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan British di London pada September 1943,
mengenai hasratnya untuk menubuhkan Persatuan Cina Malaya.59 Kemudian Tan Cheng
Lock cuba membentuk Liga Cina Tanah Melayu pada awal Mei 1948, bertujuan untuk

menaikkan semangat orang Cina yang berkelahiran di negeri China dan orang Cina yang
berfikiran politik negeri China, supaya mempunyai semangat cinta akan Tanah Melayu
tetapi ianya gagal dilaksanakan (Oong 2005: 133).
58 Antara kandungan suratnya adalah the people of Malayan should after the war, be gi
ven a
measure of self-government which they are capable of exercising and in shortest possible time be grante
d
full response government under the Crown. Selain itu, kandungan surat ini juga menyentuh mengenai
cadangan supaya taraf warganegara bagi masyarakat yang lain diberikan dengan mengamalkan pri
nsip
jus-soli dengan syarat-syarat yang lebih longgar. Oong Hak Ching, 2000, hlm. 57.
59 Usaha pada masa itu, untuk menubuhkan Persatuan Cina Malaya tidak dapat direalisasi
kan
kerana tiada sokongan daripada pihak British. Oong Hak Ching, 2000, hlm. 57.

53

Sumbangan Tan Cheng Lock dalam bidang pentadbiran telah bermula seawal usia
29 tahun, apabila beliau dilantik sebagai Hakim di Melaka pada Ogos 1912.
Kemudiannya pada tahun yang sama iaitu 1912 hingga 1922, beliau dilantik sebagai
Pesuruhjaya Majlis Perbandaran Bandar dan Port di Melaka. Pada 1 Januari 1923, beliau
dilantik sebagai ahli Majlis Perundangan Tidak Rasmi Negeri-negeri Selat pada usia 40
tahun. Pada tahun 1933 hingga 1935, beliau dilantik pula ke jawatan Straits Settlements
Executive

Council

dan

sepanjang

tempoh

perkhidmatannya,

beliau

cuba

memperjuangkan nasib masyarakat kaum Cina khususnya dari aspek undang-undang


perkahwinan, candu, pendidikan dan isu-isu imigresen. Pada tahun 1949, beliau dilantik
sebagai Presiden pertama bagi Malayan Chinese Association (MCA) dan merupakan
generasi kaum Cina awal yang menyumbang kepada kemerdekaan Tanah Melayu (kini
Malaysia) (Perpustakaan Negara Malaysia 2000).
Sumbangan dalam bidang ekonomi, Tan Cheng Lock memberikan penekanan ke
atas isu ekonomi dan kewangan di mana beliau menyokong tindakan kerajaan British,
untuk mengurangkan pengeluaran getah bagi menstabilkan harga komoditi pada zaman
kemelesetan ekonomi dunia iaitu pada tahun 1929 hingga 1933. Pengalaman beliau yang
luas dalam bidang getah telah membawa satu perubahan dan era baru dalam bidang ini,
apabila berjaya mengadakan perjanjian kawalan getah antarabangsa antara Syarikat Hinda
Timur Belanda dengan tujuh negeri yang lain iaitu Sri Lanka, India, Myanmar, IndoChina, Thailand, Sarawak dan Borneo Utara pada tahun 1934. Dalam aspek politik,
sumbangan Tan Cheng Lock adalah bersama-sama pemimpin Cina yang lain seperti H. S.

Lee dan Leong Yew Koh dalam usaha untuk mengasaskan penubuhan MCA
(Perpustakaan Negara Malaysia 2000).60

60 Antara tujuan MCA adalah untuk menyatukan orang Cina di Tanah Melayu, melindungi hak d
an
kepentingan orang Cina, bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang pihak komunis, bid
ang
perdagangan,
kelonggaran terhadap syarat bahasa dan tempoh
tinggal
yang
lebih
pendek serta
memperkenalkan konsep jus-soli. [Perpustakaan Negara Malaysia 2000].

54

Tan Cheng Lock juga membawa MCA ke dalam Konvesyen Kebangsaan bersama
UMNO pada 23 Ogos 1953 dan parti Perikatan telah ditubuhkan dengan menggabungkan
parti UMNO, MCA dan MIC ke arah mempercepatkan proses kemerdekaan Tanah
Melayu daripada kerajaan British. Pada tahun 1913, Tan Cheng Lock telah mengahwini
Yeo Yeok Neo iaitu anak kepada Yeo Tin Hye, Presiden Persatuan Masyarakat Hokkien,
Melaka. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama
Tan Siew Sin dan empat orang anak perempuan iaitu Kim Tin, Wee Geok Kim, Alice
Kim Yoke dan Agnes Kim Lwi. Tan Cheng Lock meninggal dunia akibat serangan
jantung pada 13 Disember 1960, ketika beliau berumur 77 tahun di Hospital Besar
Melaka. Sumbangan Tan Cheng Lock kepada negara dan bangsa, terutamanya kaum Cina
adalah begitu besar maknanya dan sepanjang penglibatan beliau dalam bidang ekonomi,
sosial mahupun politik telah membolehkan beliau layak menerima gelaran dan anugerah
daripada kerajaan British dan Tanah Melayu (Perpustakaan Negara Malaysia 2000).61
2.6

KEJAYAAN MCA

Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh MCA sepanjang penubuhannya dan membawa
pelbagai manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya masyarakat kaum Cina.
Peranan MCA dalam menjaga kepentingan masyarakat kaum Cina adalah begitu besar
sekali, tetapi masih wujud pelbagai pihak yang meluahkan perasaan yang tidak sukakan
kepada MCA. Inilah yang dikatakan sebagai manusia kerana setiap manusia mempunyai
kehendak dan keperluan masing-masing. Penubuhan MCA pada tahun 1949, rata-rata
telah membawa kejayaan yang amat penting bagi masyarakat kaum Cina iaitu apabila

rancangan kerajaan British untuk menghantar balik orang Cina ke negeri China dan
disebabkan penubuhan MCA maka kerajaan British membatalkan rancangan tersebut.
61 Antaranya, Bintang Kehormatan oleh Kerajaan British; Pingat Jaksa Pendamai (J.P) pada tahu
n
1913; Commander of the British Empire (C.B.E); The Knight Commander of the British Empire (K.B.
E)
yang dikurniakan oleh King George VI yang membawa gelaran Sir pada tahun 1952; Darjah Datuk Padu
ka
Mahkota Johor (D.P.M.J) yang membawa gelaran Dato oleh Sultan Ibrahim pada tahun 1949. Pada tahu
n
1958, Yang Di-Pertuan Agong telah menganugerahkan Pingat Seri Mangku Negara (S.M.N)
yang
membawa gelaran Tun. [Perpustakaan Negara Malaysia 2000].

55

MCA memainkan peranan penting dalam memastikan masyarakat kaum Cina pada ketika
itu, memperolehi kemudahan asas iaitu di mana MCA dan kerajaan British telah
mengambil langkah proaktif dalam membina penempatan semula iaitu pembinaan
kampung baru kepada orang Cina (Malaysian Chinese Association 2007).62
Kejayaan MCA juga boleh dilihat menerusi peranannya dalam menentang
komunis bersama-sama dengan pihak British kerana pengaruh MCA yang diperlukan
British untuk mengatasi keganasan komunis ini. Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh
MCA hasil sokongan pihak British, Chinese Chambers of Commerce (CCC) dan
organisasi Cina yang lain. Selain itu, penglibatan MCA dalam Perjanjian Persekutuan
pada tahun 1948, untuk menggantikan Malayan Union (MU) kerana tentangan daripada
pemimpin Melayu. Peranan MCA dalam Perjanjian Persekutuan adalah disebabkan draf
asal yang dikemukakan itu merugikan masyarakat kaum Cina dan lebih menguntungkan
masyarakat kaum Melayu. Keupayaan dan kebolehan Tan Cheng Lock juga boleh
diklasifikasikan sebagai kejayaan MCA, apabila beliau berjaya menarik minat orang Cina
yang mencecah 100, 000 orang untuk memasuki MCA dalam tempoh masa dua bulan
sahaja (Lim 1971: 36).63
Sejak penubuhannya, MCA memainkan peranan dalam bidang sosial dan
kebajikan dan menggunakan keuntungan daripada cabutan loteri untuk membantu
masyarakat kaum Cina yang miskin terutamanya di 600 perkampungan baru (Roff 1965:
42). Pada tahun 1952, MCA bersama-sama UMNO menubuhkan parti Perikatan dan

62 Bantuan MCA kepada masyarakat kaum Cina di kawasan penempatan baru iaitu menyediakan
makanan, ubat-ubatan, bantuan kewangan kepada golongan ini dan memberi jaminan dari segi su
dut
bekalan air, elektrik, sekolah Cina, perpustakaan awam dan sebagainya. [Malaysian Chinese Asso
ciation
2007].
63 Ianya mengalami peningkatan dalam tempoh masa dua tahun dengan peningkatan daripada 16
0,
000 orang kepada 200, 000 orang ahli pada tahun 1951 dan tidak lama kemudian jumlah keahli
an
meningkat sehingga mencapai 300, 000 orang. Sidek Fadzil, 1970, hlm. 121.

56

mengambil bahagian dalam pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur.64 Pada tahun
1956, MCA juga terlibat dalam usaha menuntut kemerdekaan daripada kerajaan British
diwakili oleh H.S. Lee dan T.H. Tan kerana ketika itu Tan Cheng Lock sedang cuti sakit.
Akhirnya, pihak British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada
31 Ogos 1957. Dalam aspek pendidikan Cina pula disebabkan pelbagai desakan oleh
MCA sebelum ini, telah menyebabkan kerajaan Tanah Melayu pada masa itu mengiktiraf
pendidikan Cina dan diterima masuk ke dalam sistem pendidikan negara (Malaysian
Chinese Association 2007).
Apabila kerajaan British membentuk Suruhanjaya Reid ke Tanah Melayu untuk
menilai keadaan dan membentuk draf perlembagaan untuk Tanah Melayu merdeka. MCA
telah mengemukakan permintaannya dalam memberikan kerakyatan atau warganegara
dan hak pendidikan kepada masyarakat kaum Cina. Selepas sahaja Malaya dimerdekakan,
MCA telah berusaha untuk memastikan masyarakat kaum Cina mendapat taraf
kewarganegaraan dan usaha itu membawa hasil apabila sebanyak satu juta masyarakat
kaum Cina memperolehi kerakyatan dalam tempoh setahun. Pada tahun 1964, pilihan
raya umum kedua MCA telah membawa kejayaan yang memberangsangkan apabila
memenangi sebanyak 27 kerusi daripada 33 kerusi yang dipertandingkan. Koperasi
Serbaguna Malaysia (KSM) telah ditubuhkan pada 16 Jun 1968.65 Pada tahun 1974, MCA
juga mengekalkan kedudukannya dalam pilihan raya umum keempat dengan memenangi
19 kerusi daripada 23 kerusi yang dipertandingkan (Malaysian Chinese Association
2007).

64 Parti Perikatan menang dengan majoriti iaitu memenangi sebanyak 94 kerusi daripada
124
kerusi yang dipertandingkan, manakala MCA memenangi sebanyak 24 kerusi daripada 43 kerusi
yang
dipertandingkan. [Malaysian Chinese Association 2007]
65 Pada 14 Julai 1968, MCA telah menyerahkan satu pelan kepada Menteri Pendidikan u
ntuk
menubuhkan satu kolej pengajian tinggi dan kemudiannya dikenali sebagai Kolej Tunku Abdul R
ahman.
[Malaysian Chinese Association 2007].

57

Lee San Choon pada ketika itu mengumumkan rancangan lima projek mega di
bawah MCA iaitu Bangunan MCA Pusat yang baru; meningkatkan dana Kolej Tunku
Abdul Rahman; kempen keahlian MCA secara besar-besaran; menaiktaraf Multi-Purpose
Holdings Sendirian Berhad (kemudian dikenali sebagai Multi-Purpose Holdings Berhad)
[MPHB] dan menaiktaraf kebudayaan masyarakat kaum Cina di Malaysia. Pada tahun
1977, Persatuan Kebudayaan Masyarakat Cina di Malaysia telah ditubuhkan oleh MCA
sebagai salah satu daripada lima projek mega yang dirancangkan sebelum ini. Dalam isu
pengambilan pelajar kaum Cina memasuki universiti tempatan pula, MCA pada tahun
1979 telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri pada ketika itu Hussein Onn,
mengenai ketidakadilan pengambilan pelajar ke universiti di mana masyarakat kaum Cina
hanya mendapat pertambahan hanya dua peratus sahaja. Pertemuan itu akhirnya mencapai
kesepakatan dengan penawaran pelajar mengikut kiraan nisbah iaitu 55 peratus
bumiputera dan 45 peratus bukan bumiputera (Malaysian Chinese Association 2007).
Pada tahun 1981, MCA melancarkan lima lagi projek mega bagi gelombang kedua
iaitu Koperasi Jaya Diri (KOJADI); The State Holdings Corporation; Institut Latihan
Kadet MCA; Tabung Pendidikan MCA dan Pusat Kebudayaan MCA. Pada tahun 1982,
MCA telah memperolehi keputusan cemerlang dalam pilihan raya umum dengan
memenangi sebanyak 24 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan. Pada tahun
1991, MCA telah mengadakan satu kempen kutipan derma bagi memperluaskan dan
menaiktaraf Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) dan ianya membawa kejayaan apabila
jumlah kutipan derma mencecah RM 30 juta. Selain itu, MCA juga mengadakan Projek
Langkawi dengan hasratnya supaya masyarakat kaum Cina dapat menentukan halatuju
pendidikan anak mereka dan MCA menubuhkan satu syarikat yang dikenali sebagai
Koperasi Usaha Mawah Berhad (KOMAWAH) untuk mengambil alih 500, 000 saham

milik KOJADI di bawah KSM pada tahun 1993 (Malaysian Chinese Association 2007).66

66 Pilihan raya umum kesembilan telah membawa kejayaan kepada MCA apabila memena
ngi
sebanyak 30 kerusi Parlimen (MP) dan 70 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun 1
995.
[Malaysian Chinese Association 2007].

58

Sepanjang tahun 1997 dan 1998, MCA telah menganjurkan pelbagai aktiviti
kepada masyarakat umum supaya ianya dapat mendekati masyarakat dengan lebih dekat
antaranya ialah Touching Minds and Hearts; Pledge Your Computer and Respect
Teachers; Together We Shall Overcome; Sayang Malaysia, Beli Barangan Malaysia;
Konvensyen Reformasi dan Inovasi dalam Komuniti Cina; Projek MCA Smart School
dan sebagainya. Bagi tahun 1999, MCA juga meneruskan pelaksanaan kepelbagaian
aktiviti iaitu seperti Satu Hati Satu Fikiran; Sentuhan Hati dan Fikiran; Dana
Kemanusiaan MCA-JE dan sebagainya.67 Kepelbagaian projek dan aktiviti ini dijalankan
adalah untuk menunjukkan bahawa MCA sentiasa prihatin terhadap persekitaran semasa
samada terhadap negara mahupun bangsa Malaysia. Oleh itu, pelbagai usaha telah
dilakukan supaya dapat memberikan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya
masyarakat kaum Cina (Malaysian Chinese Association 2007).
Bagi tahun 2000 pula, kejayaan MCA adalah lebih kepada bantuan mangsa dan
pengusaha ladang ternakan kinzir yang dijangkiti virus Japanese Encephalitis. Selain
itu, pelaksanaan projek perintis perpustakaan awam dan siber kafe kepada kawasan
pedalaman yang dikenali pasti. Usaha demi usaha dijalankan adalah untuk memastikan
kepentingan dan kebajikan masyarakat kaum Cina di Malaysia, sentiasa dalam keadaan
yang terjaga supaya ianya dapat membentuk satu masyarakat yang lebih sempurna
sifatnya dan mampu bersaing di mana-mana sahaja. Kepelbagaian projek yang berterusan
di masa akan datang adalah merupakan inisiatif MCA, untuk memberikan kemudahan dan
kelengkapan yang sewajarnya kepada masyarakat kaum Cina. Sebagai sebuah parti
politik Cina dalam Barisan Nasional, pelbagai rintangan dan cabaran yang perlu dilalui
kerana dalam menjaga kepentingan masyarakat kaum Cina di Malaysia ini bukanlah suatu
perkara yang mudah (Malaysian Chinese Association 2007).68
67 Untuk pilihan raya umum pada tahun 1999, MCA memenangi sebanyak 28 kerusi Parl
imen

(MP) dan 68 kerusi DUN dengan masing-masing daripada 35 kerusi Parlimen (MP) dan 77
kerusi DUN
yang dipertandingkan. [Malaysian Chinese Association 2007].
68 Usaha yang berterusan dilihat sebagai langkah yang terbaik dan berkesan untuk membe

rikan
satu gambaran yang baik kepada masyarakat kaum Cina, mengenai keupayaan dan kemampuan
MCA
sebagai sebuah parti yang benar-benar dapat memperjuangkan kepentingan masyarakat kaum
Cina.
[Malaysian Chinese Association 2007].

59

2.7

KESIMPULAN

Secara amnya, orang Cina di Tanah Melayu telah menglibatkan diri dalam lapangan
politik sejak awal lagi, tetapi tempoh yang tetap tidak dapat dikenalipasti. Dalam
perbincangan ini, peranan dan penglibatan orang Cina sebenarnya sangat besar dalam
pergolakan politik di Tanah Melayu. Tidak dinafikan bahawa pada awal kedatangan
orang Cina di Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, orang Cina rata-ratanya
adalah imigran yang datang dan tinggal sementara sahaja, tetapi disebabkan kehadiran
orang Cina yang terlalu ramai menyebabkan peranan orang Cina terhadap politik Tanah
Melayu nyata tidak dapat dikecualikan. Ini disebabkan setiap kaum mempunyai lapangan
politik masing-masing demi menjaga kehidupan, kepentingan dan kebajikan seharian
mereka. Dalam konteks ini juga tidak dapat dinafikan bahawa penglibatan orang Cina
dalam bidang politik sebenarnya, adalah lebih banyak menentang pihak kerajaan
berbanding dari menyokong dasar kerajaan (Zainal Abidin 1971: 15; Lotfi 1976: 12).
Penubuhan sebuah persatuan yang mewakili masyarakat kaum Cina di Malaysia
(dahulu Tanah Melayu), bukan suatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan kerana
pertimbangan ke atas pelbagai aspek harus diberi perhatian, demi mewujudkan sebuah
persatuan yang kukuh dan stabil serta dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Perpecahan
kaum merupakan antara permasalahan utama yang dihadapi oleh negara kerana kaum
yang tidak bersatu akan merugikan negara itu sendiri. MCA merupakan salah satu
persatuan bagi kaum Cina dalam parti komponen Barisan Nasional di Malaysia, yang
mewakili masyarakat kaum Cina serta menjaga kepentingan mereka dalam sebarang
tuntutan dan permasalahan. Ini bermakna, peranan yang dimainkan oleh MCA adalah
begitu penting sekali dalam menentukan masa depan masyarakat kaum Cina di Malaysia
dan sebarang kepincangan dalaman parti akan membawa kesan dan implikasi kepada
seluruh masyarakat kaum Cina di Malaysia.69

69 Misalnya semasa era komunis, masyarakat kaum Cina telah dipandang hina oleh masya
rakat
yang lain dan dikatakan membawa kepada gangguan ketenteraman awam di Tanah Melayu. Miln
e &
Mauzy, 1978, hlm. 161.

60

Dalam pertikaian oleh beberapa orang sarjana dan pengkaji, mengenai siapakah
yang sebenarnya mengeluarkan idea untuk menubuhkan Persatuan Cina Malaya ini juga
harus diperjelaskan. Ada dalam kalangan pengkaji, yang menafikan peranan Tan Cheng
Lock ke arah penubuhan MCA kerana ketika itu beliau berada di India. Bagi
membuktikan penglibatan beliau dalam usaha menubuhkan MCA ini, di mana Tan Cheng
Lock telah mengemukakan idea mengenai penubuhan Persatuan Cina Malaya kepada
Setiausaha Negara Bagi Tanah Jajahan di London ketika beliau di India pada tahun 1943.
Selepas tamatnya perang dunia kedua, Tan Cheng Lock telah menyatakan hasratnya
untuk menubuhkan Persatuan Cina Malaya dalam ucapannya kepada Dewan Perniagaan
Cina dan sesalinan kepada Malcolm MacDonald. Walaupun Tan Cheng Lock bukan ahli
Majlis Perundangan Persekutuan, tetapi anaknya Tan Siew Sin adalah ahli majlis. Peranan
Tan Cheng Lock bersama anaknya telah menggubal draf perlembagaan MCA tidak
pernah disentuh oleh mana-mana pengkaji sebelum ini (Oong 2005: 136).
Mengenai aspek sejarah dahulu adalah sukar bagi pengkaji untuk memutuskan
siapakah yang sebenarnya pengasas MCA kerana kekurangan sumber rujukan yang
terdahulu. Selain itu, para pengkaji juga tidak wajar untuk mengabaikan peranan yang
dimainkan oleh para pemimpin pada ketika itu, samada Tan Cheng Lock, H. S. Lee atau
Leong Yew Koh. Adalah tidak wajar sekiranya para pengkaji hanya menumpukan
dapatan kajian kepada satu-satu dimensi sahaja seperti pengkaji Low Chin Huat. Peranan
Tan Cheng Lock tidak harus dinafikan kerana walaupun pada ketika itu beliau berada di
India, tetapi beliau tetap memainkan peranan yang penting seperti yang dinyatakan tadi
dan kekaburan sumber mengenai peranan Tan Cheng Lock, telah mewujudkan pelbagai
tanggapan oleh para pengkaji. Oleh itu, adalah tidak wajar sekiranya ada dalam kalangan
pengkaji yang menafikan peranan Tan Cheng Lock dalam penubuhan MCA.
Heng Pek Koon (1988: 55) pernah cuba menjelaskan peranan Tan Cheng Lock,
tetapi disebabkan kekurangan sumber dan data menyebabkan tulisannya mengenai
peranan Tan Cheng Lock menjadi kabur dan sebaliknya ianya lebih membincangkan
kepada peranan yang dimainkan oleh H. S. Lee dan tokoh-tokoh Kuomintang. Bagi

61

pengkaji Low Chin Huat pula disebabkan beliau menemui surat persendirian milikan H.
S. Lee, telah menyakinkan beliau bahawa peranan H. S. Lee dalam penubuhan MCA
adalah yang paling tepat sekali. Selain itu, bagi pengkaji Alice (1990) pula yang
membincangkan biografi Tan Cheng Lock, juga tidak dapat menjelaskan serta
memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai sumbangan dan peranan Tan Cheng
Lock. Peranan utama yang dimainkan oleh Tan Cheng Lock selepas dilantik sebagai
Presiden MCA yang pertama, adalah usaha awal ke arah penyelesaian permasalahan dan
konflik kaum yang timbul.
Tan Cheng Lock menerusi Jawatankuasa Hubungan Kaum (CLC) telah cuba
sedaya upaya untuk menamatkan konflik perkauman yang wujud sekian lama dahulu.
Tindakan ini telah berjaya menyakinkan Onn Jaafar, Presiden UMNO mengenai
keikhlasan dan peranan Tan Cheng Lock dalam membawa Tanah Melayu kepada satu
arena yang lebih baik di masa akan datang kerana usaha padu Tan Cheng Lock dalam
menyelesaikan isu perkauman dapat dirasai oleh para pemimpin Melayu dan pegawai
British. Keadaan ini juga telah memberikan keyakinan kepada masyarakat yang lain
terutamanya kaum Melayu untuk menerima kehadiran masyarakat kaum Cina sebagai
sebahagian daripada masyarakat Tanah Melayu. Dalam sesebuah negara yang mempunyai
masyarakat majmuk seperti Malaysia adalah sukar untuk menangani isu perkauman dan
konflik kaum kerana masing-masing menuntut kehendak dan keperluan yang tersendiri.
Tetapi pengkaji yakin bahawa isu-isu ini dapat diselesaikan sekiranya ianya tidak
dipolitikkan kerana isu yang dipolitikkan tidak akan menemui jalan penyelesaian yang
baik (Oong 2005: 141).

62

BAB III

KRISIS-KRISIS MCA

3.1

PENGENALAN

Bab tiga ini membincangkan dengan terperinci mengenai krisis yang melanda parti MCA.
Ini adalah perlu bagi menyediakan satu gambaran yang lebih jelas terhadap krisis yang
berlaku dalam parti MCA. Dalam tempoh 61 tahun, MCA telah mengalami sebanyak
tujuh kali krisis dalaman parti iaitu pada tahun 1958, 1973, 1977, 1984, 1990, 2000 dan
2009. Krisis yang berlaku ini merupakan satu kejadian perebutan kuasa dalam
rumahtangga sendiri dan ianya telah menjadi semacam amalan kepada pucuk pimpinan
MCA iaitu bertindak memecat ahli-ahli yang mencabarnya. Misalnya, krisis pada tahun
1973, Tan Siew Sin selaku Presiden parti bertindak memecat seramai 158 ahli MCA bagi
menjaga kepentingannya dan krisis pada tahun 1984, menyaksikan Dr. Neo Yee Pan
selaku Pemangku Presiden MCA bertindak memecat 14 ahli MCA, termasuk Dr. Tan
Koon Swan sebagai Naib Presiden dan Lee Kim Sai selaku Ketua Pemuda. Selain
daripada perebutan kuasa, aspek kepimpinan dilihat memainkan peranan yang sangat
penting dalam mewujudkan dan memastikan kestabilan parti tercapai. Keunikan dalam
krisis MCA ialah setiap kali krisis berlaku ianya berpunca daripada pergolakan antara
Presiden dan Timbalan Presiden parti.

63

Sebagai sebuah parti utama yang mewakili masyarakat kaum Cina di Malaysia,
pelbagai pertaruhan dan perebutan dalaman parti tidak dapat dielakkan kerana masingmasing ingin berkuasa dan mentadbir parti. Perebutan kuasa dilihat merupakan perkara
biasa yang sering kali mengundang kepada perpecahan dalaman parti lalu mewujudkan
beberapa puak. Penglibatan tokoh-tokoh yang mempunyai pengaruh yang kuat
menyebabkan keadaan menjadi lebih parah, tetapi amalan sebegini tidak berpanjangan
kerana ianya dilihat berlaku apabila wujudnya sesuatu isu menjelang pemilihan parti.
Dalam dunia politik, tidak ada kawan yang baik atau musuh yang jahat kerana ianya
boleh berubah mengikut keadaan tertentu dan tidak akan bersifat kekal. Secara kasarnya,
konflik ataupun krisis yang berlaku dalam MCA adalah lebih menjurus kepada
permasalahan perbezaan pendapat antara pemimpin-pemimpin atasan (Heng 1980: 6).
3.2

KRISIS-KRISIS MCA (1958 HINGGA 2009)

3.2.1

Krisis MCA 1958

Krisis pertama MCA adalah pada tahun 1958, iaitu antara Tan Cheng Lock dengan Dr.
Lim Chong Eu, yang berpunca daripada pertentangan ideologi sehingga mewujudkan dua
puak dalam parti MCA, yang dikenali sebagai Old Guards iaitu terdiri daripada
kumpulan Tan Cheng Lock dan Young Turks pula adalah kumpulan Dr. Lim Chong Eu.
Hal ini adalah berkaitan dengan ketidakpuasan golongan Young Turks, mengenai
agenda dan isu yang dibawa oleh golongan puak Old Guards yang disifatkan tidak
membawa sebarang kebaikan atau manfaat kepada masyarakat kaum Cina. Ketidakpuasan
golongan Young Turks terhadap pelantikan Tan Cheng Lock sebagai Presiden MCA
kerana beliau adalah dari keturunan Baba dan isu gabungan MCA dengan parti Perikatan
yang lain. Bagi golongan Young Turks pula berpendapat perjuangan Bahasa Cina,
pelajaran Cina dan kepentingan masyarakat kaum Cina harus dijadikan agenda utama,
dalam menuntut kerajaan memberikan keistimewaan kepada masyarakat kaum Cina (Ho
1984: 11).

64

Ini kerana, golongan Young Turks mendakwa bahawa Tan Cheng Lock terlalu
mudah untuk menerima dasar-dasar yang dibuat oleh pihak UMNO sehingga merugikan
masyarakat kaum Cina. Akibat daripada permasalahan itu, satu pemilihan parti telah
diadakan untuk memilih peneraju MCA iaitu samada Tan Cheng Lock atau Dr. Lim
Chong Eu. Pemilihan ini telah berpihak kepada Dr. Lim Chong Eu sebagai Presiden
kedua yang mengalahkan Tan Cheng Lock. Kekalahan Tan Cheng Lock adalah
disebabkan isu pendidikan iaitu Laporan Razak,70 yang jelas menunjukkan ketidakpuasan
masyarakat kaum Cina dengan perbezaan undian sebanyak 22 undi sahaja (Ho 1984: 12).
Kenyataan Laporan Razak jelas menunjukkan bahawa penggunaan dan kedudukan
Bahasa Cina tergugat, berikutan penekanan ke atas penggunaan Bahasa Melayu dan
Inggeris, sebagai syarat untuk memasuki sekolah menengah dan peperiksaan awam
(Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 1956: 5).
Pada tahun 1956, apabila pihak British membentuk Suruhanjaya Reid di Tanah
Melayu bagi membincangkan perlembagaan bagi Tanah Melayu, sebelum kemerdekaan
diberikan seperti mana yang telah dijanjikan oleh pihak British, parti Perikatan telah
menghantar memorandum dan cadangan kepada Suruhanjaya Reid. Golongan Young
Turks menuntut supaya MCA dapat memasukkan empat perkara dalam memorandum
Perikatan kepada Suruhanjaya Reid iaitu pertama, setiap warganegara diberikan hak yang
sama; kedua, prinsip jus-soli digunakan dalam soal kewarganegaraan; ketiga, sistem
pendidikan Cina dikekalkan dan keempat, Bahasa Cina diiktiraf sebagai Bahasa Rasmi.

Desakan ini, bagaimanapun ditolak oleh pucuk pimpinan parti MCA (Vasil 1980: 105).
Antara isi kandungan memorandum parti Perikatan ialah:
1. Islam dijadikan agama rasmi negara.
2. Hak-hak keistimewaan harus diberikan kepada orang Melayu.
3. Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai Bahasa Kebangsaan.
70 Laporan Razak dikemukakan pada Ogos 1956, di mana Bahasa Melayu dan Bahasa In
ggeris
dijadikan matapelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah bantuan penuh dan separuh kerajaan. Peny
ata
Jawatankuasa Pelajaran 1956, 1956, hlm. 14.

65

4. Prinsip

Jus

Soli

dicadang

sebagai

penentuan

taraf

kewarganegaraan (Roff 1965: 47).


Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa hanya perkara keempat sahaja yang
menguntungkan masyarakat kaum Cina dan inilah yang membawa kepada krisis dalaman
parti MCA buat pertama kali, apabila golongan Young Turks menyatakan bantahan
terhadap cadangan itu. Golongan Young Turks yang dipimpin oleh Dr. Lim Chong Eu
berjaya menewaskan Tan Cheng Lock,71 maka golongan ini terus bertindak dengan cara
radikalnya, dengan mengemukakan pelbagai permintaan dengan Perdana Menteri ketika
itu, Tunku Abdul Rahman seperti permintaan supaya MCA diberi 40 kawasan untuk
bertanding dalam pilihan raya umum akan datang (Lim 1971: 43).72
Dr. Lim Chong Eu juga meminta supaya isu pendidikan dimasukkan sebagai
manifesto pilihan raya. Bagaimanapun permintaan tersebut akhirnya diketahui umum dan
ianya membawa kepada suasana yang lebih tegang, apabila pemimpin-pemimpin UMNO
mendesak Tunku Abdul Rahman, supaya tidak bersetuju dengan permintaan MCA
ataupun mereka akan bertanding secara persendirian pada pilihan raya umum akan datang
sebagai ancaman kepada Tunku Abdul Rahman pada masa itu. Keadaan ini memaksa
Tunku Abdul Rahman menolak permintaan MCA dan menyebabkan MCA mengancam
untuk bertanding secara persendirian pada pilihan raya umum akan datang. Keadaan
menjadi lebih rumit apabila Majlis Kebangsaan Perikatan menyuarakan pendirian mereka
terhadap ancaman MCA.73 Akhirnya Dr. Lim Chong Eu meletak jawatan dengan alasan
masalah kesihatan pada Julai 1959 (Lim 1971: 43).

71 Dalam hal ini, Michels menyatakan bahawa adalah amat jarang berlaku di mana pertent
angan
antara golongan pemimpin lama dengan pemimpin baru, akan berakhir dengan kekalahan g
olongan
pemimpin lama. Michels, 1959, hlm. 182.
72 Golongan ini mula menentang dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan dan menyeb

abkan
ketidakpuasan mula timbul di pihak UMNO. Permohonan Dr. Lim Chong Eu kepada Perdana M
enteri,
mengenai kerusi pilihan raya telah mengeruhkan lagi keadaan. Lim San Kok, 1971, hlm. 43.

73 Majlis Kebangsaan Perikatan menyatakan kesediaan untuk bertanding dalam pilihan raya umu
m
tanpa MCA, sekiranya Dr. Lim Chong Eu tidak menarik balik kenyataannya. Lim San Kok, 1971, hlm. 4
3.

66

3.2.2

Krisis MCA 1973

Pada tahun 1973 satu lagi krisis dalaman parti MCA telah berlaku, apabila Dr. Lim
Chong Eu meletakkan jawatan sebagai Presiden dan digantikan dengan Tan Siew Sin.
Krisis yang berlaku pada kali ini adalah disebabkan oleh gerakan penyusunan semula dan
reformasi parti. Reformasi ini telah didominasi oleh kumpulan pemimpin baru yang
mengancam kedudukan pemimpin lama (Ting & Goh 1984: 5). Pada tahun 1964, MCA
membawa kejayaan besar dalam pilihan raya umum, apabila memenangi 27 kerusi
parlimen. Tetapi ianya tidak bertahan lama apabila pada pilihan raya umum pada tahun
1969, MCA hanya memenangi 13 kerusi daripada 33 kerusi yang dipertandingkan. Hal
ini, menyebabkan Tan Siew Sin meletakkan jawatan kabinetnya dan sejurus itu rusuhan
kaum iaitu 13 Mei 1969 berlaku. Kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat. Pada tahun
1971, pengisytiharan darurat ditarik balik tetapi MCA telah disifatkan sebagai separuh
mati dan separuh hidup.74 Selepas keadaan negara kembali pulih daripada rusuhan kaum,
pemimpin-pemimpin Cina telah berusaha untuk menubuhkan Gerakan Perpaduan
Masyarakat Cina iaitu pada tahun 1971 (Ho 1984: 14).
Tujuan gerakan ini adalah untuk menyatupadukan masyarakat kaum Cina dan
menjadi sebuah gerakan yang dapat membantu masyarakat kaum Cina pada ketika itu.
Gerakan ini pada mulanya mendapat sokongan pemimpin MCA terutamanya Tan Siew
Sin, tetapi apabila gerakan ini semakin mendapat perhatian dan sambutan masyarakat
kaum Cina, pemimpin MCA mula bimbang akan kedudukan MCA di masa hadapan
sekiranya gerakan ini berjaya menyakinkan masyarakat kaum Cina. Oleh itu, pelbagai

rintangan, halangan, tekanan dan sabotaj telah dilakukan oleh pemimpin MCA untuk
menggagalkan gerakan ini. Pelancaran gerakan ini sebenarnya adalah bagi menyahut
cabaran pihak UMNO, di mana MCA perlu menunjukkan kekuatannya kepada UMNO
supaya dapat terus bersama dengan parti Perikatan dan apabila gerakan ini mendapat
sambutan yang amat memberangsangkan dalam kalangan masyarakat kaum Cina telah
74 Dr. Ismail Abdul Rahman ketika berucap di Majlis Pembukaan Mesyuarat Agung UMNO pad

a
Februari 1971, telah menyifatkan MCA sebagai parti setengah mati dan hidup. Ho Kin Chai, 1984, hlm.
14.

67

menimbulkan kebimbangan UMNO (Yong 1976: 89). Gerakan Perpaduan Masyarakat


Cina akhirnya gagal dilaksanakan kerana tidak lagi disokong oleh Tan Siew Sin dan
ditentang oleh pemimpin-pemimpin UMNO (Ho 1984: 14). Selepas itu, para pemimpin
MCA telah menubuhkan Perak Task Force supaya ianya dapat memulihkan imej dan
reputasi MCA yang terjejas teruk pada tahun 1969 (Ting & Goh 1984: 7).
Wujudnya Perak Task Force ia telah melahirkan lebih ramai golongan tokoh
muda seperti Dr. Lim Keng Yaik, Tan Tiong Hong, Alex Lee, Paul Leong, T. C. Choong
dan sebagainya (Strauch 1981: 141). Pembentukan Perak Task Force adalah bertujuan
untuk memperbaiki semula imej MCA dan negeri Perak dipilih kerana ianya merupakan
negeri kubu kuat MCA (pada suatu ketika dahulu). Di peringkat nasional, pihak Perikatan
bercadang untuk bergabung dengan beberapa parti yang lain, untuk membentuk satu parti
gabungan yang lebih besar yang terdiri daripada Sarawak United Peoples Party
(SUPP),75 Parti Gerakan Rakyat (GERAKAN),76 Parti Islam SeMalaysia (PAS)77 dan
Peoples Progressive Party (PPP),78 telah menimbulkan bantahan MCA Perak iaitu
Paul Leong dan T. C. Choong kerana usaha pergabungan tersebut tidak dimaklumkan
kepada mereka (Strauch 1981: 141).
Krisis tercetus pada tahun 1972, apabila pemimpin lama dan pemimpin baru
mempunyai ideologi yang berlainan terhadap isu pembentukan kerajaan campuran di
Perak. Keadaan ini juga menyebabkan Paul Leong dan T. C. Choong dipecat kerana
75 SUPP ditubuhkan pada 12 Jun 1959, yang merupakan antara parti yang mendapat sam
butan
masyarakat Sarawak pada ketika itu. Mohd. Foad Sakdan, 1999, hlm. 160.
76 GERAKAN ditubuhkan pada 25 Mac 1968, parti ini adalah disebabkan ketidakpuasan

bekasbekas pemimpin parti Perikatan terhadap partinya itu. Mohd. Foad Sakdan, 1999, hlm. 118.
77 PAS ditubuhkan pada 24 November 1951, perjuangan PAS adalah berlandaskan kepada huku

m
Islam, dalam menegakkan kebenaran dan PAS juga pernah menyertai Barisan Nasional pada tahu
n 1972
tetapi tidak lama dalam Barisan Nasional, di mana PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun
1977.
Mohd. Foad Sakdan, 1999, hlm. 119.
78 PPP ditubuhkan pada 10 April 1953, pada awal penubuhannya PPP dikenali sebagai

Perak
Progressive Party dan kemudiannya mengubah nama kepada Parti Progresif Rakyat, selepas men
yertai
Barisan Nasional pada tahun 1974. Mohd. Foad Sakdan, 1999, hlm. 129.

68

melanggar disiplin parti. Maka, krisis terus berlaku di mana pemimpin baru telah hilang
keyakinan terhadap pemimpin lama kerana perbezaan pendapat dan pandangan.
Kebimbangan pemimpin lama terhadap pemimpin baru, juga menjadikan masalah
dalaman parti itu semakin parah kerana Tan Siew Sin bimbang suatu hari nanti Dr. Lim
Keng Yaik akan mengugat kedudukannya. Oleh itu, Tan Siew Sin telah bertindak
meminda perlembagaan parti yang memberi kuasa penuh kepada Presiden dalam
memecat, menyingkir dan membubar mana-mana ahli, jawatankuasa, cawangan atau
bahagian, jika pada pendapat Presiden ianya perlu yang termaktub dalam artikel
perlembagaan MCA (Strauch 1981: 141).
Apabila Dr. Lim Keng Yaik menyatakan hasratnya untuk bertanding merebut
jawatan Presiden, beliau telah dipecat oleh Tan Siew Sin. Tindakan ini diambil oleh Tan
Siew Sin adalah bagi menghalang sebarang bentuk cabaran yang bakal menggugat
kedudukannya kerana beliau bimbang akan mengalami nasib yang sama seperti bapanya
iaitu Tan Cheng Lock yang ditewaskan oleh golongan pemimpin baru (Ho 1984: 17).
Keadaan ini turut menyaksikan di negeri Perak sahaja seramai 158 orang ahli dipecat, dua
bahagian dan 15 cawangan dibubarkan. Krisis ini berakhir dengan Dr. Lim Keng Yaik,
bertindak menyertai parti GERAKAN dan Lee San Choon dilantik sebagai Timbalan
Presiden. Akibat daripada populariti Lee San Choon yang begitu kuat, maka Tan Siew
Sin meletakkan jawatan sebagai Presiden atas alasan masalah kesihatan. Dalam melihat
kepada krisis pada kali ini, ianya hampir mirip dengan krisis pada tahun 1958 kerana
wujudnya dua golongan pemimpin iaitu lama dan baru. Di sini, dapat lihat bahawa demi
mempertahankan kuasa dan sifat oligarkinya, maka pelbagai cara digunakan untuk
melemahkan pihak lawannya (Strauch 1981: 150).

3.2.3

Krisis MCA 1977

Krisis seterusnya adalah pada tahun 1977, apabila Lee San Choon mengambil alih pucuk
pimpinan parti MCA pada tahun 1974, selepas kekalahan teruk MCA dalam pilihan raya
tahun 1969 dan selepas tamatnya krisis dalaman MCA pada tahun 1973 (Ting & Goh
1984: 126). Krisis ini bermula apabila Lee Siok Yew dipaksa meletakkan jawatan sebagai

69

Menteri Kesihatan dan Timbalan Presiden MCA oleh Lee San Choon, melalui Perdana
Menteri ketika itu Hussein Onn. Ini kerana, Lee San Choon ingin mengekalkan
kedudukan status-quo dan ingin melantik Chong Hon Nyan sebagai Timbalan
Presidennya. Antara kandungan surat adalah:
As you know, I am in the midst of making some changes in the
Government. I regret to have to write to you because Tan Sri Lee San
Choon, in his capacity as President of the MCA has requested to me to ask
for your resignation and to remove you from the cabinet.
According to Tan Sri Lee San Choon, you have been in the Cabinet for
quite long time and that someone else should be given the opportunity to
serve the people. Tan Sri Lee San Choon says that this is the view and
decision of the MCA leadership.
In the circumstances, although it is most painful to me personally to have
to do so, I have no alternative but to request you to tender your
resignation from the Cabinet by tomorrow (New Straits Times 1977: 1).
Edisi yang lain pula, menurut Crouch, Lee dan Michael (1980: 181) yang
menyatakan bahawa sebenarnya UMNO telah membuat keputusan untuk menggugurkan
Lee Siok Yew daripada jawatan kabinet yang akan datang kerana tindakan agresif Lee
Siok Yew, dalam menyelar menteri-menteri dan bekas menteri MCA mengenai isu
Bahasa Cina, kuota kemasukan pelajar ke pusat pengajian tinggi, telah menimbulkan rasa
ketidakpuasan pemimpin UMNO dan MCA. Tindakan Lee San Choon untuk
menggantikan Chong Hon Nyan sebagai timbalannya kerana ingin memastikan bahawa
timbalannya tidak akan mencabar kedudukan beliau, berbanding dengan Lee Siok Yew
yang lebih lantang bersuara serta berkemungkinan akan mengancam kedudukannya.
Keadaan inilah yang membawa kepada wujudnya krisis MCA pada tahun 1977.
Pada pemilihan parti tahun 1977, Chong Hon Nyan dan Michael Chen bertanding
merebut jawatan Timbalan Presiden. Akhirnya pemilihan ini, berpihak kepada Michael

Chen dan dilantik sebagai Timbalan Presiden parti, tetapi Lee San Choon dan Michael
Chen adalah tidak sehaluan dan tidak dapat bekerjasama dalam parti kerana masing-

70

masing mempunyai ideologi yang berlainan. Kekalahan Chong Hon Nyan adalah
disebabkan dua faktor iaitu pertama, beliau hanya menjadi ahli MCA sejak tahun 1974
(bermaksud keahliannya hanya tiga tahun sahaja) dan kedua, beliau tidak fasih berbahasa
Mandarin (Crouch; Lee & Michael 1980: 182). Apabila pada tahun 1979 diadakan
pemilihan parti MCA, Michael Chen dengan sokongan Richard Ho merebut jawatan
Presiden parti dengan Lee San Choon, manakala bagi jawatan Timbalan Presiden pula
memperlihatkan pertaruhan dua penjuru antara Richard Ho dan Chan Kok Leong.
Dalam pemilihan tersebut, Michael Chen kalah kepada Lee San Choon dan beliau
bertindak keluar parti MCA, kemudiannya menyertai parti GERAKAN. Kemasukan
Michael Chen ke dalam parti GERAKAN, adalah berpunca daripada kekalahannya dalam
pemilihan jawatan Presiden parti MCA dan ketidakpuasan beliau terhadap sistem
pemilihan calon Presiden MCA yang diperkenalkan (Ting & Goh 1984: 23). Sementara
jawatan Timbalan Presiden dimenangi oleh Richard Ho (Crouch, Lee & Michael 1980:
182). Selepas Michael Chen keluar dari MCA pada tahun 1979, pemilihan Richard Ho
sebagai Timbalan Presiden dikekalkan kerana kedudukan pengaruhnya dalam parti tidak
setanding Lee San Choon (Ting & Goh 1984: 127). Lee San Choon terpaksa bekerjasama
dengan Richard Ho dan keadaan ini menyebabkan Richard Ho mengalami nasib yang
sama dengan Michael Chen iaitu dipinggirkan dalam parti (Loh 1982: 2).
Menurut Lao Zhong (1984: 6) perlawanan antara kedua-dua pihak dalam krisis
ini, telah menyaksikan sebanyak 61 ahli dipecat oleh Lee San Choon yang merupakan
penyokong kuat kepada Michael Chen. Kerjasama antara Richard Ho dan Lee San Choon
tidak kekal lama, apabila Richard Ho disingkirkan daripada senarai MCA sebagai calon
pilihan raya umum pada tahun 1982. Bagi mengimbangi kekuatan Lee San Choon, maka
Dr. Neo Yee Pan dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi menggantikan Richard Ho
kerana pengaruh Dr. Neo Yee Pan dilihat tidak begitu kuat berbanding dengan Dr. Tan
Koon Swan (Ho 1984: 63). Pada tahun 1983, secara tiba-tiba Lee San Choon
mengumumkan pengundurannya daripada MCA, atas alasan parti telah stabil dan ingin
memberi peluang kepada orang lain. Oleh itu, Dr. Neo Yee Pan dilantik sebagai

71

Pemangku Presiden. Dalam krisis ini, jelas dapat dibuktikan bahawa demi mengekalkan
kedudukan dan kuasa status quo pelbagai cara telah digunakan untuk memastikan tiada
pihak yang dapat menggugat kedudukannya. Ini yang dikatakan politik MCA, di mana
setiap pemimpin berusaha untuk mempertahankan kedudukannya dengan menggunakan
kuasa yang ada pada diri mereka.
3.2.4

Krisis MCA 1984

Pimpinan MCA dibawah Dr. Neo Yee Pan juga tidak terkecuali daripada dilanda krisis
dalaman MCA yang berlaku pada tahun 1984. Krisis ini adalah berpunca daripada
kewujudan anggota palsu MCA. Selain itu, kekosongan jawatan Timbalan Presiden telah
menjadi tanda tanya mengenai siapakah pemimpin yang bakal mengisi kekosongan
jawatan tersebut. Secara kasarnya, peluang Dr. Tan Koon Swan adalah lebih cerah kerana
pengaruhnya tetapi Dr. Neo Yee Pan melantik rakan karibnya iaitu Mak Hon Kam untuk
mengisi kekosongan jawatan berkenaan. Menurut Ting & Goh (1984: 57) ada pihak yang
mempersoalkan kepimpinan Dr. Neo Yee Pan kerana semenjak beliau menerajui
kepimpinan MCA, menyebabkan kedudukan MCA dalam Barisan Nasional semakin
menurun. Buktinya pada Februari 1984, UMNO menjemput Presiden MIC, S. Samy
Vellu untuk membincangkan usul pindaan Perlembagaan Persekutuan di Parlimen.
Pihak Dr. Tan Koon Swan telah mengemukakan beberapa kelemahan yang ada
pada diri Dr. Neo Yee Pan yang digunakan untuk bahan berkempen iaitu pertama, Dr.
Neo Yee Pan terlalu mementingkan kuasa peribadi sehingga mengabaikan rancangan
MCA; kedua, sejak Dr. Neo Yee Pan mengambil alih jawatan Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, tiada sebarang jalan penyelesaian terhadap masalah-masalah yang
dihadapi oleh penduduk kampung baru Cina dan ketiga, kekalahan calon MCA dalam
pilihan raya kecil Raub dan Seremban dipersoalkan (Ting & Goh 1984: 46). Selain itu,
pertikaian kumpulan Dr. Tan Koon Swan mengenai kepimpinan Dr. Neo Yee Pan, yang
menyebabkan MCA tewas dalam tiga pilihan raya kecil secara berturut-turut ke atas
tangan pembangkang, mereka mendakwa bahawa masyarakat kaum Cina jelas tidak dapat
menerima kepimpinan beliau.

72

Mengenai kewujudan anggota palsu dalam MCA, Dr. Neo Yee Pan selaku

Pemangku Presiden didakwa tidak mengambil berat isu tersebut, berikutan itu Dr. Tan
Koon Swan selaku Naib Presiden MCA bersama 14 anggota pusat, telah mengemukakan
petisyen kepada Setiausaha Agung MCA pada 17 Mac 1984, untuk memohon supaya
perhimpunan agung luar biasa diadakan bagi menyiasat isu anggota palsu. Pada 19 Mac
1984, parti MCA disifatkan hari matinya demokrasi MCA di mana seramai 14 anggota
pusat dipecat gara-gara mengemukakan petisyen itu (Ting & Goh 1984: v).
Bagaimanapun, Dr. Neo Yee Pan menyatakan pendiriannya dalam isu pemecatan tersebut
iaitu:
This group Tan faction has pushed the democratic process to the point of
abuse and to the point of destroying the democratic process and the very
party itself. [New Straits Times 1984].
Keadaan bertambah parah, apabila selepas beberapa hari pemecatan itu dibuat
kumpulan Dr. Tan Koon Swan berjaya memperolehi persetujuan dan sokongan seramai
1,499 perwakilan, untuk mengemukakan petisyen bagi menuntut pucuk pimpinan parti
diadakan perhimpunan agung luar biasa. Pada 29 April 1984, Dr. Neo Yee Pan bertindak
membekukan semua cawangan-cawangan MCA yang tidak bersetuju dengan tindakannya
dan menjurus kepada peletakkan jawatan Choo Ching Hwa, Bendahari Agung dan Loh
Fook Yen, Timbalan Setiausaha Agung. Selain itu, Dr. Neo Yee Pan juga menerima
pelbagai desakan supaya memulihkan keanggotaan 14 anggota pusat yang dipecat,
antaranya adalah daripada empat orang ahli Parlimen dan 30 orang ahli Dewan Undangan
Negeri (Ting & Goh 1984: vi).
Manakala, seramai 13 orang anggota pusat meminta campur tangan bekas
Presiden MCA Lee San Choon sebagai orang tengah. Penglibatan Lee San Choon telah
dikutuk dan dikritik oleh Dr. Neo Yee Pan kerana terlibat dalam gerakan untuk
menggulingkan pucuk pimpinan parti beliau (Lao Zhong 1984: 149). Akhirnya,
perhimpuan agung luar biasa diadakan pada 6 Mei 1984, dengan mendapat sokongan 2/3
perwakilan MCA dan memutuskan penubuhan jawatankuasa khas bagi menyiasat isu
anggota palsu serta memulihkan jawatan 14 anggota pusat yang dipecat. Bagaimanapun,

73

keputusan perhimpunan agung luar biasa ini, tidak diiktiraf oleh pucuk pimpinan parti
yang dianggap tidak sah. Ini yang menyebabkan Dr. Tan Koon Swan membuat pertikaian
kes ini ke mahkamah (Ting & Goh 1984: vii).79

Keadaan semakin rumit apabila Majlis Tertinggi Barisan Nasional memberi


tempoh masa tiga bulan kepada MCA untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku
ataupun MCA akan digugurkan daripada senarai Barisan Nasional secara sukarela. Ini
menyebabkan Dr. Tan Koon Swan menyatakan kesanggupannya untuk berundur dengan
syarat Dr. Neo Yee Pan turut mengikut langkah beliau. Ekoran itu, Dr. Mahathir
Mohammad selaku Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional pada ketika
itu, menggugurkan Dr. Neo Yee Pan daripada jawatan kabinetnya. Ini yang menyebabkan
Dr. Neo Yee Pan menuduh Barisan Nasional mencampuri hal ehwal rumahtangga MCA
dan lantang bersuara dalam memperjuangkan kepentingan dan kebajikan masyarakat
kaum Cina (Utusan Malaysia 1985a).
Selain itu, Dr. Neo Yee Pan juga memainkan sentimen perkauman dalam sidang
parlimen, dengan menyuarakan bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak perlu
dilanjutkan tempohnya dan isu-isu berkaitan dengan pendidikan serta sekolah Cina
(Utusan Malaysia 1985b). Keadaan ini telah menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak
terutamanya pertubuhan dan persatuan Cina, khususnya Dewan-dewan Perniagaan Cina
kerana mereka bimbang keadaan akan bertambah teruk dan menggugat kedudukan MCA
di kaca mata masyarakat kaum Cina.80 Akhirnya atas usaha Jawatankuasa Ad-Hoc, krisis
ini berjaya diselesaikan pada 24 November 1985 dan Dr. Tan Koon Swan dilantik sebagai
Presiden parti, manakala Dr. Ling Liong Sik dilantik sebagai Timbalan Presiden
(Malaysian Chinese Association 2007).
79 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah sementara pada 18 Mei
1984,
bagi menghalang semua pemilihan bahagian dan perhimpunan agung MCA ke-32. Ting Chew Peh & Go
h
Teck, 1984, hlm. vii.
80 Dalam dunia politik, pemimpin akan cenderung menggunakan cara untuk menindas orang lain
dalam usaha untuk mengekalkan kekuasaan mereka. Dalam konteks ini, jelas memperlihatk
an imej
seseorang pemimpin yang boleh mengubah pegangan dan ideologinya pada bila-bila masa,
apabila
kepentingan dirinya tergugat. Michels, 1959, hlm. 18.

74

3.2.5

Krisis MCA 1990

Bagi era Dr. Ling Leong Sik dan Lee Kim Sai juga tidak dapat lari daripada berlakunya
krisis dalaman parti pada tahun 1990. Ini adalah berpunca daripada tindakan Dr. Ling

Leong Sik selaku Presiden parti, dalam usaha penjualan saham Koperasi Serbaguna
Malaysia kepada Kamunting Berhad serta rancangan penjualan 39 peratus saham Huaren
Holding (milik penuh MCA) kepada syarikat yang sama. Selain itu, turut dirancang
penjualan 28.9 peratus saham Multi-Purpose Holding Berhad. Dalam hal ini, Lee Kim Sai
mempertikaikan penjualan saham kepada syarikat swasta dan hubungan Dr. Ling Leong
Sik dengan syarikat terbabit kerana penjualan saham hanya dijual kepada satu syarikat
yang sama. Lee Kim Sai juga mempersoalkan ke mana bantuan kewangan kerajaan yang
bernilai berjuta-juta ringgit, yang disalurkan bagi membantu memulihkan Kopersi
Serbaguna Malaysia. Dalam isu ini, tidak semua perwakilan yang menyokong pihak
penentang iaitu di mana perwakilan dari negeri Pulau Pinang, Perak, Pahang, Melaka,
Kelantan dan Kedah menyatakan sokongan kepada Dr. Ling Leong Sik, manakala hanya
perwakilan negeri Selangor yang menyokong Lee Kim Sai (Zakry 1990: 114).
Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya pertikaman lidah antara kedua-dua
pemimpin berkenaan dan bagaimanapun krisis ini tidak membawa sebarang kesan negatif
yang boleh memburukkan nama baik MCA atau Barisan Nasional (Berita Harian 1990).
Akibat daripada itu, Lee Kim Sai juga pernah mengumumkan hasratnya untuk bertanding
jawatan Presiden yang disandang Dr. Ling Leong Sik dan bagaimanapun menarik balik
kenyataannya, apabila diminta oleh Perdana Menteri pada ketika itu Dr. Mahathir
Mohamad. Keadaan ini menambahkan lagi ketidakpuasan Lee Kim Sai. Akhirnya, Dr.
Ling Leong Sik dan Lee Kim Sai bersetuju untuk mengadakan pemilihan parti secara
demokrasi, yang akan dilakukan oleh semua ahli MCA dan kedua-dua pihak harus
menerima keputusan majoriti ahli. Pemilihan ini akhirnya memihak kepada Dr. Ling
Leong Sik kekal sebagai Presiden parti dan Lee Kim Sai juga kekal sebagai Timbalan
Presiden parti. Dalam krisis ini, sebenarnya wujudnya perbezaan pendapat dan pandangan
antara Dr. Ling Leong Sik dan Lee Kim Sai, mengenai usaha Presiden untuk menjual

75

saham Koperasi Serbaguna Malaysia yang merupakan antara syarikat yang dimiliki penuh
oleh MCA (The Star 1990).81
Kebimbangan Lee Kim Sai ke atas aspek penjualan tersebut, dikhuatiri bakal
merugikan MCA dan seterusnya akan memberi implikasi yang buruk kepada masyarakat
kaum Cina. Tindakan penjualan saham itu, terpaksa dilakukan oleh Dr. Ling Leong Sik
memandang keadaan dan kedudukan MCA yang mempunyai pelbagai hutang yang masih
belum dijelaskan. Jika dibandingkan dengan krisis yang berlaku sebelum ini, krisis pada

kali ini adalah lebih bersifat sederhana berbanding dengan krisis lain lebih bersifat agresif
dan radikal. Kewujudan krisis ini adalah melibatkan kedua-dua pemimpin tertinggi parti
dan hanya segolongan pengikut masing-masing, yang terlibat secara tidak langsung dalam
pergolakan parti pada ketika itu. Dalam isu ini, Dr. Ling Leong Sik telah dilabelkan
sebagai seorang pemimpin yang diktator dan bersikap selfish (Zakry 1990: 114).
Peranan dan bantuan Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri pada ketika itu,
maka krisis ini berjaya ditangani melalui pemilihan baru parti dan akhirnya kedua-dua
pemimpin yang bergolak kekal dipilih ke jawatan yang sedia kala (Zakry Abadi 1990:
119).
3.2.6

Krisis MCA 2000

Krisis dalam era Dr. Ling Leong Sik tidak berakhir disini sahaja. Pada tahun 2000, sekali
lagi wujud krisis yang hampir serupa seperti pada tahun 1990. Kali ini melibatkan Dr.
Ling Leong Sik dengan Lim Ah Lek mengenai isu pembelian Nanyang Press Holding
Berhad. Krisis ini semakin tenat, dengan kewujudan dua puak dalam parti MCA iaitu
team A dan B. Team A diketuai Dr. Ling Leong Sik yang menyokong pembelian saham
Nanyang, manakala team B diketuai Lim Ah Lek pula membantah pembelian saham
Nanyang. Bagi Lim Ah Lek yang tidak bersetuju dengan kawalan badan politik ke atas
81 Selain itu, terdapat beberapa faktor penentang antaranya ialah isu pelantikan Senator D
avid
Yeoh; isu perletakan jawatan lapan ADUN MCA di Selangor, berhubung dengan isu Enakmen U
ndangundang Islam; isu penjualan saham Syarikat Akhbar Star Publication dan sebagainya. Zakry Abadi, 1990
,
hlm. 114.

76

kebebasan akhbar. Persatuan penulis surat khabar Cina, menyuarakan bantahan terhadap
penguasaan parti politik dalam syarikat akhbar dan persatuan ini memberi ancaman untuk
tidak lagi menulis akhbar bagi Nanyang sekiranya ia dikuasai oleh MCA (Utusan
Malaysia 2001b).82
Keadaan yang semakin parah dengan berlakunya perpecahan dalam parti MCA itu
sendiri, yang menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak kerana bimbang dengan keadaan
krisis yang berterusan akan mencemarkan nama baik MCA dan secara langsung akan
mempengaruhi reputasi Barisan Nasional. Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Abdullah

Ahmad Badawi telah melahirkan rasa dukacita mengenai apa yang sedang berlaku dalam
parti MCA dan beliau meminta pemimpin-pemimpin MCA segera menyelesaikan
kemelut yang berlaku itu, demi mengembalikan semula semangat perjuangan masingmasing (Utusan Malaysia 2001a). Selain itu, terdapat juga desak-desus yang menyatakan
bahawa masyarakat kaum Cina, telah menunjukkan reaksi mereka terhadap pembelian
saham Nanyang dan mereka memberi ancaman kepada MCA sekiranya mengambil alih
Nanyang, maka ianya akan memberi kesan kepada pilihan raya umum pada tahun 2004.
Ini bermakna, sekiranya MCA masih bertegas untuk membeli saham Nanyang, maka
masyarakat kaum Cina tidak akan menyokong pemimpin-pemimpin MCA pada pilihan
raya umum akan datang (Utusan Malaysia 2001c).
Pemimpin Geng 8 dan kebanyakkan masyarakat kaum Cina beranggapan bahawa
usaha MCA mengambil alih Nanyang adalah untuk kepentingan MCA dan kerajaan.
Keadaan ini juga akan menyekat kebebasan akhbar dalam melaporkan sesuatu perkara
dengan lebih terbuka. Ini kerana, sebelum ini Nanyang Siang Pau adalah merupakan
antara surat khabar Cina yang radikal dalam mengutuk tindakan kerajaan dan mereka
khuatir selepas pengambilalihan, keistimewaan pada surat khabar ini akan hilang. Selain
itu, pembelian saham Nanyang sehingga 72 peratus bersamaan dengan RM 230 juta
82 Selain itu, wujudnya Geng 8 dalam MCA yang diketuai Lim Ah Lek, Dr. Chua Jui Meng, Cha
n
Kong Choy, Ong Tee Keat dan sebagainya, yang membantah pembelian saham Nanyang Press H
olding
Berhad. [Utusan Malaysia 2001c].

77

merupakan satu angka yang sangat besar dan ini bermakna dengan pembelian saham ini,
maka Nanyang secara multaknya dikuasai oleh MCA (Utusan Malaysia 2001c).
Kewujudan dua puak iaitu team A dan B telah membawa kepada pelbagai sokongan dan
bantahan daripada perwakilan yang masing-masing mempunyai pendirian yang tersendiri
seperti di negeri Selangor (Utusan Malaysia 2001b).83
Sebaliknya apa yang berlaku di negeri Kelantan iaitu kesemua 13 bahagian,
menyatakan sokongan padu kepada pucuk pimpinan MCA dalam usaha untuk mengambil
alih saham Nanyang yang diketuai oleh Dr. Fong Chan Onn. Akibat daripada kelantangan
Dr. Chua Jui Meng, akhirnya beliau dilucutkan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa
Perhubungan Negeri Kedah oleh Dr. Ling Leong Sik. Keadaan ini telah menyebabkan

sesetengah pengikut Dr. Chua Jui Meng, melahirkan ketidakpuasan terhadap pucuk
pimpinan parti kerana pemecatan Dr. Chua Jui Meng dibuat dengan alasan bahawa ianya
adalah permintaan dan kehendak ahli-ahli MCA di Kedah, tetapi Dr. Chua Jui Meng
mendakwa bahawa sebenarnya Dr. Ling Leong Sik bimbang akan kemampunan dan
keupayaan beliau, untuk merebut jawatan Presiden pada pemilihan parti akan datang
kerana hanya beliau seorang sahaja yang dilucutkan jawatan dan bukannya lapan orang
yang terlibat dilucutkan (Utusan Malaysia 2001d).
Selain itu, terdapat lebih daripada 600 persatuan Cina dan Gabungan Persekutuan
Cina Malaysia (FCAM) yang mempunyai lebih 4,000 persatuan dibawahnya, menyatakan
bantahan terhadap keputusan pengambilalihan Nanyang oleh MCA. Dalam perasmian
perhimpuan agung luar biasa, Perdana Menteri pada ketika itu Dr. Mahathir Mohamad
menyatakan bahawa Nanyang adalah merupakan alat permainan parti pembangkang
dalam memainkan isu perkauman, untuk menimbulkan rasa benci masyarakat kaum Cina
83 Seramai 1,500 ahli negeri Selangor telah meluluskan dua resolusi iaitu pertama, mende
sak
pucuk pimpinan parti untuk membuat pertimbangan semula terhadap pembelian dan pengambilali
han
saham Nanyang dan kedua, mendesak pemimpin tertinggi parti menghormati permintaan dan hara
pan
masyarakat kaum Cina yang tidak menyokong pembelian saham Nanyang tersebut. [Utusan Mala
ysia
2001b].

78

terhadap Barisan Nasional dan beliau berpendapat Nanyang wajar dikawal oleh MCA.
Dengan sokongan Perdana Menteri ketika itu, Dr. Ling Leong Sik berjaya menangani
krisis tersebut. Hasil undian daripada ahli MCA pada perhimpunan agung luar biasa, telah
menunjukkan sebanyak 1176 daripada 2207 perwakilan setuju di atas pembelian itu,
manakala 1019 perwakilan tidak bersetuju. Ini terbukti bahawa MCA telah memainkan
peranannya dalam mengawal beberapa akhbar di Malaysia seperti The Star, Nanyang
Siang Pau dan China Press (Utusan Malaysia 2001d).
3.2.7

Krisis MCA 2009

Krisis yang terkini berlaku pada tahun 2009, antara Ong Tee Keat, Dr. Chua Soi Lek dan
Liow Tiong Lai. Krisis ini sebenarnya adalah berpunca daripada pemecatan Dr. Chua Soi

Lek selaku Timbalan Presiden dan bekas Menteri Kesihatan kerana penglibatan dalam
skandal seks pada tahun 2007. Pada 26 Ogos 2009, Jawatankuasa Pusat telah
memutuskan pemecatan ke atas Dr. Chua Soi Lek selaku Timbalan Presiden kerana
skandalnya dan melantik Liow Tiong Lai sebagai Timbalan Presiden yang baru. Selepas
19 hari pemecatan tersebut, Presiden MCA Ong Tee Keat telah menarik balik pemecatan
itu dan menyebabkan Liow Tiong Lai kembali ke jawatan asalnya iaitu Naib Presiden. Ini
kerana, Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyatakan bahawa proses pemecatan Dr. Chua Soi
Lek adalah tidak mengikut perlembagaan parti dan dianggap tidak sah (Utusan Malaysia
2009a).
Hal ini, menyebabkan ketidakpuasan Liow Tiong Lai lalu mencabar keputusan
yang dibuat oleh Presiden parti dengan beberapa ahli Jawatankuasa Pusat yang lain.
Keadaan bertambah tegang apabila Ong Tee Keat pada 18 November 2009,
mengumumkan pemecatan sembilan ahli Jawatankuasa Pusat MCA, termasuk Ketua
Pemuda (Dr. Wee Ka Siong) dan Ketua Wanita MCA (Chew Mei Fun) yang menyokong
Liow Tiong Lai. (Utusan Malaysia 2009c). Oleh itu, golongan yang dipecat telah
mengemukakan cadangan untuk mengadakan pemilihan semula parti, apabila seramai 13
daripada 42 anggota Jawatankuasa Pusat meletakkan jawatan iaitu terdiri daripada Liow

79

Tiong Lai; Wee Jeck Seng; Hon Kok Chung; Tan Kok Hong; Wong Mook Leong; Lee
Wee Kiat; Yu Chok Tow; Wong Nai Chee; Yeow Chai Thiam; Hoh Khai Mun; Liew
Yuen Keong; Edward Khoo Keok Hai dan Alex Wong Siong Hwee (Utusan Malaysia
2009f; 2009g).84
Krisis ini terus membara, apabila kumpulan Liow Tiong Lai mengadakan
Deklarasi 1128 pada 28 November 2009 dan mendesak Jawatankuasa Pusat mengadakan
pemilihan semula parti dalam tempoh 60 hari, tetapi Ong Tee Keat tidak tunduk kepada
permintaan deklarasi itu kerana beliau berpendapat ianya adalah kehendak minoriti dan
bukannya majoriti (Utusan Malaysia 2009d). Selain itu, turut dibincangkan adalah artikel
46 perlembagaan MCA yang memberi kuasa kepada Presiden melantik ahli Jawatankuasa
bagi Majlis Presiden, dilihat sudah tibanya masa untuk dikaji semula. Walaupun telah
diadakan Deklarasi 1128, akan tetapi nyatanya tidak diterima oleh pucuk pimpinan parti
atas dakwaan bahawa ianya bukan kehendak majoriti ahli Jawatankuasa Pusat (Utusan
Malaysia 2009e). Keadaan ini menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak terpaksa campur tangan dalam menyelesaikan kemelut MCA yang telah berlarutan

sekian lama.
Perdana Menteri bertindak memanggil pihak-pihak yang bergolak, untuk dibawa
berbincang mengenai formula penyelesaian kerana beliau melahirkan rasa kebimbangan
terhadap krisis MCA, sekiranya ianya masih berterusan akan menjejaskan usaha untuk
memulihkan kedudukan Barisan Nasional di mata rakyat (Utusan Malaysia 2009c).85
Menurut Ahmad Atory Hussain dalam menyelesaikan krisis MCA ini, Ong Tee Keat dan
penyokongnya perlu akur dan sepatutnya beliau menjadi orang pertama yang meletakkan
jawatan kerana cadangan untuk mengadakan pemilihan adalah idea beliau sebelum ini.
Semua pemimpin perlu ikhlas dalam menyelesaikan kemelut ini dan membenarkan ahli
84 Menurut artikel 41 perlembagaan parti, sekiranya terdapat 2/3 ahli Jawatankuasa Pusat
letak
jawatan, baru boleh diadakan perhimpunan agung luar biasa. [Malaysian Chinese Association 2007].
85 Campur tangan Perdana Menteri telah mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dalam usa

ha
beliau untuk menyelesaikan kemelut MCA, tetapi usaha ini tidak membawakan hasil. [Utusan M
alaysia
2009c].

80

parti untuk menentukan pucuk pimpinan parti yang baru. Manakala Zainal Kling pula
menyatakan bahawa semua pemimpin MCA, perlu mempunyai hati yang ikhlas untuk
sama-sama menyelesaikan krisis ini dan sekiranya ianya berterusan dikhuatiri akan
merugikan orang ramai khususnya masyarakat kaum Cina. MCA juga bakal kehilangan
kepercayaan masyarakat kaum Cina di masa akan datang (Utusan Malaysia 2009b).86
Oleh itu, semua pemimpin terpaksa akur dengan pelbagai desakan dan akhirnya
menetapkan 28 Mac 2010, di Dewan San Choon untuk mengadakan pemilihan baru parti.
Apa yang menarik dalam pemilihan parti baru ini, menyaksikan pertandingan tiga penjuru
iaitu Ong Tee Keat, penyandang; Dr. Chua Soi Lek; bekas Timbalan Presiden dan Ong
Ka Ting, bekas Presiden parti untuk merebut jawatan Presiden parti. Kehadiran Ong Ka
Ting telah memberikan kejutan kepada kebanyakkan pemimpin parti dan masyarakat
kaum Cina. Manakala bagi jawatan Timbalan Presiden, pula memperlihatkan pertaruhan
dua penjuru antara Liow Tiong Lai, bekas Naib Presiden dan Kong Cho Ha, yang juga
bekas Naib Presiden parti. Pada 28 Mac 2010, merupakan suatu hari yang di nantinantikan oleh pelbagai pihak dan menyaksikan krisis MCA bakal ditamatkan (Berita
Harian 2010).

Proses pemilihan ini menyaksikan kehadiran 2, 318 perwakilan bersamaan dengan


97.5 peratus daripada 2, 377 perwakilan. Keputusan pemilihan baru telah memihak
kepada Dr. Chua Soi Lek bagi jawatan Presiden dengan undi sebanyak 901, manakala
Ong Ka Ting dan Ong Tee Keat masing-masing sebanyak 833 dan 578 undi. Bagi
jawatan Timbalan Presiden, telah berpihak kepada Liow Tiong Lai dengan undi yang
terkumpul sebanyak 1171 dan Kong Cho Ha sebanyak 1106 undi. Manakala jawatan Naib
Presiden, telah dimemangi oleh Dr. Ng Yen Yen dengan undi sebanyak 1528, Donald
Lim Siang Chai sebanyak 1469, Chor Chee Heung dan Gan Ping Sieu memperolehi undi
sama iaitu sebanyak 1202 undi (Utusan Malaysia 2010b). Bekas Setiausaha Agung MCA
86 Perdana Menteri sekali lagi mengingatkan pemimpin MCA, supaya menyelesaikan mas

alah
dalamannya dengan segera daripada ianya terus berlanjutan dan beliau juga memberikan isyarat k
epada
para pemimpin MCA, di mana pemilihan baru sebagai jalan keluar terbaik buat kemelut MCA. [
Utusan
Malaysia 2010a].

81

Dr. Ting Chew Peh, menyifatkan krisis pada tahun 2009 adalah merupakan krisis
berulang iaitu seperti mana yang berlaku pada tahun 1984.
Selain itu, bekas Ketua Wanita MCA Chew Mei Fun menyifatkan sikap gila kuasa
adalah punca krisis MCA dan disebabkan kuasa seseorang pemimpin itu lupa akan tujuan
sebenar sebagai seorang ahli politik iaitu adalah berkhidmat kepada orang ramai (Utusan
Malaysia 2009d). Dalam krisis ini, pelbagai rintangan dan halangan yang perlu dihadapi
oleh pemimpin MCA dalam menyelesaikan krisis yang berlaku, maka dengan adanya
pemilihan baru ini bermakna krisis MCA telah berjaya diselesaikan. Kehadiran Ong Ka
Ting dalam merebut jawatan Presiden, juga telah menimbulkan pelbagai persoalan kerana
rata-rata pihak dapat merasakan bahawa MCA seolah-olah ketandusan pemimpin dan
sehingga memaksa bekas Presiden parti untuk keluar bertanding buat kali kedua, tetapi
ada pihak pula menyatakan kehadiran semula Ong Ka Ting adalah untuk menyelamatkan
parti MCA (Utusan Malaysia 2009d).
3.3

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada pemerhatian terhadap semua krisis MCA yang berlaku sebelum ini,
nyata jelas menunjukkan sebenarnya setiap krisis yang timbul itu, adalah berpunca

daripada perebutan kuasa di kalangan pucuk pimpinan parti yang menjurus kepada
pemecatan anggota yang tidak sehaluan dengan Presiden parti. Keadaan ini juga dapat
menjelaskan peranan setiap Presiden parti yang ingin mengekalkan kedudukan status
quo dalam menerajui parti. Kebiasaannya, krisis yang berlaku itu melibatkan pergolakan
antara Presiden dan Timbalan Presiden parti dan keadaan ini yang menyebabkan
berlakunya perpecahan kumpulan ataupun puak dalam parti berkenaan. Pemimpin yang
terlalu mementingkan kuasa dan kedudukan akan menyebabkan pelbagai konflik berlaku.
Krisis dalam parti timbul disebabkan penyalahgunaan kuasa pemimpin dan menyebabkan
keadaan konflik atau krisis itu bertambah teruk. Oleh itu, pemikiran secara rasional dalam
menangani sesuatu isu yang timbul mampu menjamin kestabilan parti dan ianya juga

82

akan mewujudkan satu hubungan yang lebih bersepadu antara pemimpin dan
pengikutnya.
Setiap kali krisis yang berlaku, terdapat beberapa faktor yang menyumbang
kepada keadaan tersebut iaitu seperti perebutan kuasa, pengekalan kedudukan status
quo, pemimpin yang gila kuasa, pemecatan ahli dan sebagainya. Rata-rata semua pihak
jelas dan bosan apabila krisis dalaman MCA sering berlaku kerana punca yang
menyebabkan ianya berlaku adalah disebabkan beberapa faktor yang disebutkan tadi.
Perebutan kuasa dan pengekalan kedudukan status quo dilihat antara faktor utama
menyebabkan sesuatu krisis itu berlaku dan ianya juga berkait dengan pemecatan anggota
yang tidak sehaluan dengannya. Keadaan ini menunjukkan bahawa pemimpin itu gilakan
kuasa dan mementingkan diri sendiri. Pemimpin yang sering melibatkan diri dalam
sesuatu krisis itu bukanlah untuk memperjuangkan kepentingan masyarakat kaum Cina,
tetapi untuk kepentingan diri sendiri. Menurut Ting & Goh (1984: 132) setiap krisis yang
timbul dari pelbagai isu akan meninggalkan tanda kepada parti yang akan menjadi punca
kepada krisis yang akan datang.
Sepanjang tempoh 61 tahun MCA ditubuhkan telah berlaku sebanyak tujuh kali
krisis dalaman parti. Keadaan ini boleh dikatakan bahawa krisis dalaman parti MCA
sudah menjadi satu amalan biasa kepada pemimpin MCA dan sukar untuk dielakkan
kerana kebanyakan pemimpin parti terdedah kepada amalan ini sejak dahulu lagi.
Kadang-kala krisis yang berlaku adalah merupakan satu bentuk topeng semata-mata yang
digunakan oleh sesetengah pemimpin, bagi menutup atau memperbesarkan sesuatu
masalah dalaman parti MCA. Penglibatan sesetengah pemimpin dalam sesuatu krisis juga

adalah bertujuan untuk mendapatkan sokongan dan simpati daripada masyarakat kaum
Cina. Keadaan ini juga akan menyebabkan masyarakat kaum Cina hilang keyakinan dan
kepercayaan terhadap perjuangan parti MCA dalam menjaga kepentingan mereka serta
akan merugikan perjuangan parti MCA dan Barisan Nasional selama ini.

83

BAB IV

ANALISIS DAPATAN KAJIAN

4.1

PENGENALAN

Bab empat ini membincangkan analisis dapatan kajian yang diperoleh menerusi temubual
yang dijalankan ke atas key informants atau informan utama. Analisis dijalankan ke
atas maklumat atau pandangan informan terhadap isu yang dikaji dan disusun mengikut
kategori seperti bentuk konflik dalam MCA, kepimpinan dan masa depan MCA, kaedah
mengatasi konflik dalam parti, faktor penyebab berlakunya krisis dan strategi MCA di
masa hadapan. Kaedah temubual intensif yang dijalankan ke atas informan utama turut
menggunakan teknik aktif probing, bagi mendapatkan pandangan dan pengalaman
daripada informan. Pemilihan informan secara purposive untuk kajian ini adalah amat
penting kerana pengalaman, pendapat dan keahlian informan sebagai ahli MCA dapat
membantu menjelaskan sejarah, latar belakang konflik dan situasi dalam parti yang
diperlukan untuk menghuraikan kedudukan dan perjalanan parti MCA selama ini.
Dalam kajian ini seramai lima informan telah ditemubual secara sukarela iaitu
terdiri daripada Pengerusi MCA Bahagian, Timbalan Pengerusi MCA Bahagian, Naib
Pengerusi MCA Bahagian; Setiausaha MCA Bahagian dan Ketua Pemuda MCA
Bahagian. Bagi memastikan data yang diperoleh dapat dianalisis dengan lebih berkesan,
pengkaji bersama penyelia telah melakukan semakan ke atas transkripsi informan
beberapa kali, untuk memastikan rakaman dan data transkripsi adalah konsisten antara
satu sama lain. Paparan pandangan informan dikodkan dalam bentuk nombor bagi
mewakili pandangan mereka iaitu nombor (1), Pengerusi MCA Bahagian; nombor (2),

84

Timbalan Pengerusi MCA Bahagian; nombor (3), Setiausaha MCA Bahagian merangkap
Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Bahagian; nombor (4), Ketua Pemuda MCA
Bahagian merangkap Setiausaha MCA Cawangan dan nombor (5), Naib Pengerusi MCA
Bahagian. Pengkategorian hasil dapatan kajian adalah berdasarkan kepada cadangan dari
Schutt (2008: 1). Nama penuh informan dielakkan daripada dimasukkan secara literal atas
kemahuan informan, maka pengkaji menghormati permintaan informan dengan
mengkodkan mereka berdasarkan jawatan. Perolehan maklumat dari informan tidak akan
digunakan untuk mengeneralisasikan keseluruhan konflik dalaman parti. Kajian hanya
memaparkan variasi pandangan dan perasaan informan mengenai isu yang dikaji.
4.2

BENTUK KONFLIK DALAM MCA (1958 HINGGA 2009)

4.2.1

Isu pertambahan kerusi Parlimen dan isu Bahasa Cina

Konflik pada tahun 1958, antara Tan Cheng Lock dengan Dr. Lim Chong Eu adalah
merupakan krisis pertama berlaku dalam sejarah parti MCA. Kebanyakkan informan
berpendapat bahawa ianya adalah disebabkan permintaan pertambahan kerusi dan kuasa
kepada MCA oleh Dr. Lim Chong Eu. Manakala, terdapat juga informan yang
berpendapat krisis ini berlaku disebabkan isu Bahasa Cina dan perbezaan pendapat antara
pemimpin parti. Kebanyakkan informan menjelaskan bahawa isu utama dalam krisis ini,
adalah disebabkan permintaan Dr. Lim Chong Eu kepada Tunku Abdul Rahman
mengenai peruntukan atau pertambahan kerusi wakil rakyat kepada MCA, supaya MCA
dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan, dalam memperjuangkan
kepentingan masyarakat kaum Cina. Ini telah mewujudkan suatu keadaan konflik kuasa
antara MCA dengan parti Perikatan pada ketika itu.
Bentuk konflik lain yang dibangkitkan oleh informan adalah berkaitan dengan isu
Bahasa Cina, di mana hasrat Dr. Lim Chong Eu untuk menjadikan Bahasa Cina sebagai
bahasa rasmi negara, tidak mendapat persetujuan Tunku Abdul Rahman. Keadaan
menjadikan semakin parah, apabila Tan Cheng Lock akur dengan keputusan Tunku

85

Abdul Rahman dan menimbulkan rasa tidak puashati Dr. Lim Chong Eu terhadap
pendirian Tan Cheng Lock. Akibat daripada keadaan ini, mula wujudnya perbezaan
pendapat antara Dr. Lim Chong Eu dengan Tan Cheng Lock yang diklasifikasikan
sebagai pemikiran orang tua dan muda. Dr. Lim Chong Eu melahirkan rasa tidak puashati
dengan Tan Cheng Lock yang dilihat lebih fokus kepada pengurusan negara berbanding
kepentingan masyarakat kaum Cina, manakala bagi Dr. Lim Chong Eu yang lebih
mementingkan perubahan dalam masyarakat kaum Cina. Pandangan peribadi informan
mengenai bentuk konflik dalam MCA dipaparkan seperti berikut:
(1)

sebab itu Lim Chong Eu dia nak naik cepat sikit, dia nak
harapkan kaum Cina dapatkan kuasa lebih sikit, tapi keadaan tak
bagi, itu sebabnya dia tak jadi, kalah itusebab dia nak MCA
dapatkan kuasa lagi, menjalankan kerja lebih sikit, macam lebih
sikit ok untuk kaum Cina, dia harap boleh dapat kuasa lebih, tapi
kerajaan macam kita punya Barisan Nasional memang tak
setuju

(2)

Lim Chong Eu had a different view from Tan Cheng Lock, so


he wanted MCA to be stronger and wanted it to have fair share of
the consistency in the ParliamentTunku Abdul Rahman did not
agree according to the population ratio, so because of that Lim
Chong Eu was very disappointed

(3)

Dr. Tun Lim Chong Eu tidak puashati dengan Tun Tan Cheng
Lock sebab masalah yang mahu menjadikan Bahasa Cina sebagai
bahasa rasmi untuk negeri ini dan tidak bersetuju oleh Tunku
Abdul Rahman masa itu, Tun Tan Cheng Lock sebagai Presiden
parti, dia terima pandangan Tunku Abdul Rahman, jadi dia ini
berlaku

(4)

masa Tun Cheng Lock dia buat kerja-kerja pengurusan negara,


mengikut kemahuan kepimpinan dalam parti komponen, tapi yang
Tun Lim Chong Eu mungkin fikiran yang lain, mereka hendak
mengubahsuai fikiran, ini tak boleh, itu tak boleh, so memang ada
orang kata orang tua dengan orang pemuda fikiran tak sama.

(5)

Tun Lim Chong Eu dia nak pegang lebih kerusi untuk


bertanding dalam itu masa they call alliance bukan Barisan
NasionalTunku Abdul Rahman tak boleh bagisebab conflict
power juga tapi bukan among dalam sendiri MCA, tapi dalam
parti alliance

86

Analisis ini jelas bercanggah dengan kenyataan Ho Kin Chai (1984: 11) yang
hanya melihat kepada konflik dari aspek perbezaan pemikiran antara golongan muda dan
tua. Sebaliknya kajian ini telah mendedahkan bahawa persaingan kuasa dan isu Bahasa

Cina turut menyumbang kepada berlakunya krisis ini. Berdasarkan pandangan informan,
krisis pada tahun 1958 adalah lebih menjurus kepada bentuk konflik persaingan kuasa
bukan sahaja antara pemimpin parti MCA, tetapi juga melibatkan parti Perikatan pada
ketika itu. Selain itu, perbezaan pendapat juga merupakan antara penyumbang kepada
berlakunya krisis pada kali ini. Akibat daripada perbezaan pendapat antara kedua-dua
pemimpin tertinggi itu mengenai peruntukan kerusi dan peranan Bahasa Cina, keadaan ini
telah mewujudkan dua puak yang dikenali sebagai Old Guards dan Young Turks.
4.2.2

Konflik kuasa dan aliran pendidikan yang berbeza

Konflik pada tahun 1973, adalah merupakan krisis kedua yang melanda parti MCA
selepas tragedi 13 Mei 1969 antara Tan Siew Sin dengan Dr. Lim Keng Yaik.
Kebanyakkan informan berpendapat bahawa krisis ini berpunca daripada konflik kuasa
antara Presiden dan Timbalan Presiden. Namun begitu, sesetengah informan melihat
ianya berpunca daripada perbezaan pandangan antara pemimpin dari aliran pendidikan
yang berbeza. Kebanyakkan informan menjelaskan bahawa kenaikan Dr. Lim Keng Yaik
dalam MCA terlalu cepat dan menyebabkan beliau terlalu mementingkan kuasa yang ada
pada dirinya serta melupakan perjuangan yang harus dibawa oleh MCA. Dr. Lim Keng
Yaik juga berusaha untuk menjatuhkan Tan Siew Sin dari kedudukan sebagai Presiden
parti. Ini disebabkan Dr. Lim Keng Yaik semakin mendapat sokongan daripada golongan
muda dan menimbulkan kebimbangan Tan Siew Sin terhadap kemampuan beliau.
Tan Siew Sin juga bimbang suatu hari nanti Dr. Lim Keng Yaik akan
mengatasinya berdasarkan kepada populariti beliau. Selain itu, Dr. Lim Keng Yaik turut
menuntut supaya golongan muda diberikan jawatan lebih dalam parti ataupun kerajaan
dan ini telah menimbulkan ketidakpuasan golongan tua. Informan juga menyatakan
bahawa perbezaan pandangan antara kedua-dua kumpulan ini dilihat sebagai antara

87

penyumbang kepada berlakunya krisis ini, apabila kedua-dua pemimpin masing-masing


daripada aliran pendidikan yang berlainan iaitu Tan Siew Sin dari aliran pendidikan
Inggeris, manakala Dr. Lim Keng Yaik dari aliran pendidikan Cina. Akibat daripada
perbezaan faktor pendidikan juga menyebabkan kedua-dua pemimpin ini, gagal mencapai
kata sepakat dalam membincangkan sesuatu isu yang timbul. Antara pandangan peribadi
informan adalah:

(1)

Lim Keng Yaik dibawa keluar buat kerja, tiba-tiba jadi


menteri, semua bagi dia kuasa kemudian, dia sudah tidak nampak
kan leader, dia sudah fikir dia sudah jadi besar, terbesar di MCA
tapi dia nak minta Presiden punya seat mana bolehTan Siew Sin
tarik dia keluar kemudian tu, dia nak bagi Tan Siew Sin jatuh

(2)

they want more position, the young people, so Tan Siew Sin of
course doesnt agree la, so that was why they left the party is
more selfish interest, I would say that.

(3)

bila Lim Keng Yaik sudah menjadi popular, dia telah melantik
banyak orang untuk menyokong dia, maka itu Tan Siew Sin pun
sudah rasa bimbang akan suara masyarakat yang mahukan
reformasi itu boleh menjatuhkan kuasa dia

(4)

this is something same with the krisis yang pertama, I think


that is a small crisis, is not quite high crisis.

(5)

sebab Tan Siew Sin dia mendapat pendidikan aliran Inggeris,


tapi Lim Keng Yaik dari aliran Cina, so mungkin perbezaan
memang ada la untuk ini

Selain itu kajian ini turut menyokong kenyataan Strauch (1981: 141) yang melihat
perbezaan pendapat dan ketamakan kuasa oleh pemimpin muda, menjurus kepada
berlakunya krisis ini. Krisis yang berlaku pada tahun 1973, adalah berpunca daripada
golongan muda yang terlalu inginkan kuasa dan menyebabkan berlakunya konflik
persaingan kuasa. Golongan muda ini seperti Dr. Lim Keng Yaik telah berusaha
memperjuangkan kedudukan kuasanya, untuk menjatuhkan golongan yang lebih tua dan
berniat untuk mengambil alih kepimpinan parti MCA. Perbezaan pandangan antara
pemimpin juga lahir hasil daripada proses sosialisasi aliran pendidikan yang berlainan,

88

menyebabkan pemikiran dan idea terhadap misi, matlamat, hala tuju, perjuangan dan
sebagainya dalam parti MCA turut mengalami perubahan. Keadaan ini telah
menyebabkan berlakunya percanggahan idea dan pandangan, antara kedua-dua puak
pemimpin kerana masing-masing ingin mempertahankan idea yang tersendiri.
4.2.3

Pengaruh pemimpin dan sokongan UMNO

Krisis yang ketiga melanda parti MCA adalah pada tahun 1977, antara Lee San Choon
dengan Michael Chen, di mana terdapat beberapa informan berpendapat bahawa konflik
ini disebabkan oleh pengaruh Michael Chen dan sebahagian informan berpendapat
konflik ini disebabkan oleh perbezaan pandangan, manakala terdapat juga informan yang

melihat ianya disebabkan oleh percanggahan peribadi. Penjelasan informan dalam krisis
ini ialah Michael Chen merupakan seorang pemimpin yang sangat berpengaruh dalam
komuniti kaum Cina dan kerajaan kerana beliau mendapat sokongan daripada sebahagian
besar pemimpin UMNO terutamanya Abdul Razak, bekas Perdana Menteri. Beliau juga
pernah membawa Abdul Razak melawat negeri China dan membantu dalam
mempercepatkan proses hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China. Keadaan ini
menyebabkan Lee San Choon bimbang akan kebangkitan Michael Chen pada suatu hari
nanti untuk mencabarnya.
Pandangan informan yang lain, terhadap krisis ini adalah perbezaan pendapat
antara kedua-dua pemimpin tersebut. Ini kerana, sejak awal lagi Michael Chen memang
tidak senang hati dengan cara kerja dan pemikiran Lee San Choon kerana Michael Chen
melihat bahawa peranan Lee San Choon, tidak menekankan perjuangan dalam membantu
dan menjaga kepentingan masyarakat kaum Cina dan sebaliknya lebih menekankan ke
arah perjuangan Barisan Nasional. Michael Chen terus mendapat sokongan masyarakat
kaum Cina kerana penekanan kepada isu pendidikan orang Cina pada ketika itu. Dalam
krisis ini, wujudnya dua golongan yang mempunyai pandangan yang berlainan iaitu
golongan muda dan tua. Terdapat informan yang menyatakan krisis ini adalah lebih

89

kepada percanggahan peribadi antara kedua-dua pemimpin tersebut kerana Michael Chen
memang tidak sukakan Lee San Choon. Pandangan peribadi informan:
(1)

Michael Chen dia adakan support di UMNO orang besar tu,


itu orang kuat dibelakang support

(2)

this one was a personal clash, personality clash, so basically that


time MCA was divided into two

(3)

sebab masa itu dia sangat berpengaruh, sebab dia baik dengan
Tun Abdul Razak masa itu, dia sudah bawa Tun Abdul Razak
melawat negeri China

(4)

sebab Tan Sri Lee dia berasal dari pemuda ke pusat, tapi
Datuk Michael Chen dah lama dekat pusatsetiap parti mesti ada
group A dengan B, hanya adakah mereka bekerjasama atau
tidak

(5)

hanya pandangan yang tak sama sahaja, sebab Michael Chen


lebih berpihak kepada orang Cina, dia emphasize on education,
Lee San Choon emphasize on between with Barisan itu masa

Analisis ini memperlihatkan perbezaan yang berlainan daripada kenyataan


Crouch, Lee & Michael (1980: 182) sebelum ini yang menekankan bahawa Michael Chen
dengan Lee San Choon adalah tidak sehaluan dan tidak dapat bekerjasama kerana
perbezaan ideologi. Sebaliknya kajian mendedahkan bahawa konflik yang berlaku pada
tahun 1977 itu adalah dilihat lebih kepada pengaruh kuasa yang dimiliki oleh Michael
Chen kerana mendapat sokongan daripada pemimpin UMNO dan masyarakat kaum Cina,
sehingga menimbulkan kebimbangan Lee San Choon akan kedudukannya di masa
hadapan. Selain itu, perbezaan pandangan antara golongan muda dan tua merupakan
penyumbang kepada berlakunya krisis ini, termasuk percanggahan secara peribadi iaitu di
mana Michael Chen dari awal lagi memang tidak senang dengan cara kepimpinan Lee
San Choon dan menyebabkan Michael Chen sentiasa menentang tindakan atau keputusan
yang dibuat oleh Lee San Choon.

90

4.2.4

Salah guna kuasa

Krisis keempat yang melanda parti MCA adalah pada tahun 1984, antara Dr. Neo Yee
Pan dengan Dr. Tan Koon Swan. Dalam konflik ini, kebanyakkan informan berpendapat
ianya adalah berpunca daripada konflik kuasa seperti penyalahgunaan dan percanggahan
kuasa. Selain itu, terdapat juga informan yang melihat ianya bermula dengan perbezaan
pendapat, gaya kepimpinan dan pengaruh yang menyebabkan keadaan menjadi tidak
terkawal. Kebanyakkan informan menjelaskan bahawa krisis yang berlaku ini adalah
disebabkan konflik dan penyalahgunaan kuasa oleh Dr. Neo Yee Pan, yang bertindak
memecat golongan yang tidak sehaluan dengannya dan melantik pengikut beliau bagi
mengisi kekosongan jawatan dalam parti mahupun kerajaan. Akibat daripada tindakan Dr.
Neo Yee Pan, telah memberikan gambaran yang tidak baik kepada ahli MCA terhadap
keupayaan kepimpinan beliau dalam menerajui parti MCA dan menyebabkan ahli MCA
hilang keyakinan terhadap kepimpinan beliau.
Turut dibangkitkan oleh beberapa informan adalah perbezaan pandangan antara
kedua-dua pemimpin tersebut kerana kedua-dua pemimpin mempunyai latar belakang
pendidikan yang berbeza iaitu Dr. Neo Yee Pan dari aliran pendidikan Inggeris dan
merupakan seorang profesor di sebuah universiti tempatan, manakala Dr. Tan Koon Swan
dari aliran pendidikan Cina dan merupakan seorang ahli perniagaan atau tokoh korporat
yang terkenal pada ketika itu. Misalnya, Dr. Tan Koon Swan berusaha untuk menerap
nilai perniagaan dalam parti MCA dalam usaha membantu mengembalikan kestabilan

kewangan MCA, telah ditolak oleh Dr. Neo Yee Pan yang tidak bersetuju dengan
cadangan berkenaan. Ini kerana, Dr. Neo Yee Pan bimbang akan kedudukan pengaruh
yang ada pada diri Dr. Tan Koon Swan bakal mengugat kedudukannya di kemudian hari.
Antara pandangan peribadi informan adalah:
(1)

member-member MCA pun banyak support, sebab keadaan itu


Dr. Neo tunjukkan bagi MCA member rasa dia orang busuk, orang
jahat, ini Tan Koon Swan dia seorang baik

91

(2)

Neo Yee Pan his was hot heated I would say, so he wanted only
his men to be in the party hierarchyhe use abuse his power and
starting sacking everybody, there was not fair

(3)

Dr. Neo Yee Pan seorang profesor dalam universiti, dia


memang tidak minat menjadikan satu parti kepada satu
pertubuhan
perniagaan,
dia
tidak
bersetuju
dengan
pandangannya, dia pun takut pada Dr. Tan Koon Swan sebab
pengaruh yang sangat kuat, sebab itu dia pun pecatkan Tan Koon
Swan dengan 14 ahlinya

(4)

Dr. Neo telah memecat 14 orang pengikut Dr. Tan, itu yang
berlaku masalah krisis yang terbesar sekali, saya boleh katakan
masa itu memang gelap sekali bagi parti MCA

(5)

Tan Koon Swan dia lebih persist on the Chinese, Neo Yee Pan
from Inggeris stream, so I think is because of different opinion
regarding this, like I said dalam politik crisis of power mesti ada,
jikalau tak crisis power dalam politikbecause this la.

Dapatan kajian dari temubual ini menunjukkan variasi yang berbeza dengan
kenyataan Ting Chew Peh & Goh Teck (1984: 57) yang hanya fokus kepada kepimpinan
Dr. Neo Yee Pan dan isu anggota palsu dalam parti MCA semata-mata. Konflik yang
berlaku pada tahun 1984, adalah lebih menjurus kepada penyalahgunaan kuasa Dr. Neo
Yee Pan dalam memecat 14 orang ahli MCA dan pelantikan pengikutnya untuk
memenuhi kekosongan jawatan dalam MCA. Ini kerana, beliau bimbang akan kekuatan
serta pengaruh Dr. Tan Koon Swan yang lebih disegani masyarakat kaum Cina. Akibat
daripada tindakan Dr. Neo Yee Pan itu telah memberikan gambaran negatif kepada ahli
MCA mengenai gaya kepimpinannya. Selain itu, perbezaan pandangan antara kedua-dua
pemimpin dari segi pemikiran dan idea yang berlainan juga merupakan penyumbang
kepada krisis ini daripada berlaku kerana latar belakang pendidikan dan pekerjaan yang
berlainan.

92

4.2.5

Kredibiliti pemimpin dan isu ekonomi

Konflik yang berlaku pada tahun 1990, adalah merupakan krisis kelima yang melanda
parti MCA antara Dr. Ling Leong Sik dan Lee Kim Sai. Kebanyakkan informan melihat
krisis ini disebabkan oleh konflik kuasa, manakala terdapat juga informan yang
menyatakan bahawa ianya adalah berkaitan dengan ketidakpuasan, perbezaan pandangan
dan salah faham antara kedua-dua pemimpin dalam parti MCA. Sebahagian besar
informan berpendapat bahawa krisis ini berlaku disebabkan konflik kuasa kerana sebelum
ini Dr. Ling Leong Sik menjadi Presiden parti, beliau pernah berjanji dengan Dr. Tan
Koon Swan bahawa beliau hanya akan berkhidmat sebagai Presiden parti untuk satu
penggal sahaja dan kemudian akan memberikan laluan kepada Lee Kim Sai, tetapi
perkara ini tidak berlaku. Akibat daripada keadaan ini, telah mula wujudnya satu budaya
kerja yang tidak sihat dan menyebabkan wujudnya unsur salah faham antara kedua-dua
pemimpin tersebut dalam menerajui kepimpinan MCA.
Perkara lain yang turut dibangkitkan oleh informan adalah perbezaan pandangan
antara kedua-dua pemimpin utama parti kerana Dr. Ling Leong Sik berasal dari aliran
pendidikan Inggeris, manakala Lee Kim Sai berasal dari aliran pendidikan Cina.
Pandangan dan cadangan antara kedua-dua pihak sentiasa bercanggah kerana Dr. Ling
Leong Sik dilihat terlalu lembut dalam menyuarakan masalah masyarakat kaum Cina
kepada kerajaan, berbanding Lee Kim Sai dari aliran pendidikan Cina yang lebih
memahami permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat kaum Cina, tetapi terdapat juga
informan yang melihat keupayaan kepimpinan Dr. Ling Leong Sik telah berjaya
memulihkan kedudukan kewangan dalam parti MCA. Kebanyakkan informan menafikan
bahawa krisis ini adalah berkaitan dengan penjualan saham milik Huaren Holding dan
informan melihat isu Huaren Holding dijadikan alasan kepada pergolakan krisis dalam
parti sahaja. Antara pandangan peribadi informan adalah:
(1)

sebelum Ling Leong Sik jadi Presiden, dia di depan Tan Koon
Swan mengakui cuma buat satu term saja, kemudian tu dia stepdown bagi Lee Kim Sai jadi leaderlepas itu dia tak mahu step-

93

down, continue lagisebab dia mengakui nak step-down Presiden


ini bagi Lee Kim Sai jadi, tapi politik ini tak ada jalan itu, sebab
itu dia jadi masalah.
(2)

I think this is due to misunderstandingso the misunderstanding


is Ling Leong Sik serve half-term, Lee Kim Sai serve half-termI
dont think so is due to the Huaren share

(3)

banyak ahli MCA pun tidak puas dengan Dr. Ling sebab dia
lembut, dia tidak menyuarakan masalah masyarakat Cina kepada
Barisan Nasional, jadi Lee Kim Sai dia seorang yang lebih fasih
dalam Bahasa Cina dari sekolah Cina, Dr. Ling aliran Inggeris
berkenaan dengan Huaren bukan masalahbanyak lagi

(4)

continue story dari dahulu lagiparti MCA mengalami


masalah ekonomi, bangunan wisma MCA telah dicadangkan untuk
dilelong, dengan kepimpinan Tun Ling Leong Sik mereka telah
mula untuk mengumpulkan wang untuk memperolehi semula
wisma MCA situ

(5)

Ling Leong Sik is Inggeris educated, Lee Kim Sai Chinese


educated, I think all the MCA between this twosebab nombor
satu dan nombor dua tak boleh bekerjasamaunder power
crisis[mengenai Huaren Holding]ianya hanya jadi EQ atau
alasan untuk membuat gaduh-gaduh sahaja.

Kajian ini sama sekali berlainan dengan kenyataan Berita Harian (12 Julai 1990)
yang menyatakan krisis ini adalah disebabkan penjualan saham Huaren Holding Sdn.
Bhd. Konflik pada tahun 1990, adalah lebih menjurus kepada konflik kuasa antara keduadua pemimpin, di mana Dr. Ling Leong Sik tidak menyerahkan kedudukannya kepada
Lee Kim Sai seperti mana yang telah dijanjikan sebelum ini. Akibat daripada itu, timbul
rasa tidak puashati serta salah faham ahli terhadap kepimpinan Dr. Ling Leong Sik, yang
dilihat tidak banyak menyuarakan kepentingan masyarakat kaum Cina berbanding Lee
Kim Sai yang lebih menekankan kepentingan masyarakat kaum Cina. Dalam krisis ini,
kebanyakkan informan tidak bersetuju bahawa krisis ini adalah berpunca daripada
penjualan saham Huaren Holding Sdn. Bhd. kerana isu penjualan saham ini hanya
merupakan salah satu alasan yang digunakan oleh para pemimpin dalam parti MCA untuk
memulakan pergolakan.

94

4.2.6

Isu Nanyang Press dan salah faham

Bagi konflik yang berlaku pada tahun 2000, adalah merupakan krisis MCA yang keenam
dalam sejarah parti antara Dr. Ling Leong Sik dengan Lim Ah Lek. Dalam krisis ini,

sesetengah informan berpendapat ianya berpunca daripada salah faham, perbezaan


pendapat dan konflik kuasa antara kedua-dua pemimpin itu. Kebanyakkan informan
menyatakan kewujudan krisis ini adalah disebabkan perbezaan pendapat kerana Dr. Ling
Leong Sik dikatakan tidak begitu suka dengan cara UMNO, manakala Lim Ah Lek lebih
mengikut ke arah pemikiran dan cara kerja UMNO. Walaupun kedua-dua pemimpin
dikategorikan sebagai pemimpin moden dan berasal dari aliran pendidikan yang sama
iaitu aliran Inggeris, tetapi konflik tetap timbul kerana Dr. Ling Leong Sik mengetepikan
kuasa Lim Ah Lek sebagai Timbalan Presiden dan Lim Ah Lek tidak boleh menerima
cara atau gaya kepimpinan yang dibawa Dr. Ling Leong Sik. Pandangan peribadi
informan:
(1)

sebab Ling Leong Sik, tak akan ikut UMNO punya caraitu
Lim Ah Lek dia adakan ikut UMNO punya fikiranitu bukan press
punya masalah, dalam memang adakan masalah

(2)

Nanyang Press is one of it, the policy in the MCA was also one
of them, Lim Ah Lek dont agree with Ling Leong Sik style of
leadership, so they could be a misunderstanding here

(3)

Ling Leong Sik tidak memberi apa-apa kuasa ataupun


ketepikan kuasa Lim Ah Lekjadi memang pada tahun itu banyak
masalah
berlaku,
banyak
salah
faham
dan
salah
pandanganmemang satu masalah besar berkenaan Nanyang
Press berkaitansebab Lim Ah Lek tidak bersetuju dengan Ling,
dengan pembelian Nanyang Siang Pau.

(4)

mereka kedua-dua adalah pemimpin yang moden, fikiran yang


tak samamemang itu satu isu, sebab kebanyakkan mereka
tengok, Nanyang Press adalah satu sidang akhbar yang terkenal di
Malaysiaso jika boleh kontrol dalam satu sidang akhbar itu,
satu caranya dalam segi politik.

(5)

serupa juga tapi kali ini beza sikit, kedua-dua pun Inggeris
educated, I think is a same thingmemang sini ada silap, sana

95

silap, we are human being, kita bukan tuhan tak buat salah, so
memang sikit-sikit hal, tambah-tambah jadi isu gaduh[mengenai
pembelian Nanyang Press]I told you an ever you mahu hit
somebody, you must get some alasan, memang beli Nanyang Press
is a one of problem to hit the other guys.
Analisis ini menyokong kenyataan Utusan Malaysia (9 Jun 2001) iaitu krisis ini
bermula dengan isu pembelian saham Nanyang Press Holding Berhad, tetapi krisis yang
berlaku pada tahun 2000, adalah lebih menjurus kepada perbezaan pandangan, pendapat

dan ideologi antara kedua-dua kumpulan pemimpin kerana sejak awal lagi Lim Ah Lek
memang tidak dapat menerima cara kerja dan gaya kepimpinan Dr. Ling Leong Sik. Hal
ini berlaku kerana Dr. Ling Leong Sik mengetepikan kuasa yang ada pada Lim Ah Lek
dalam parti MCA dan menyebabkan Lim Ah Lek tidak puashati dengan cara yang
digunakan oleh Dr. Ling Leong Sik. Selain itu, kebanyakkan informan juga berpendapat
ianya adalah disebabkan oleh isu pembelian Nanyang Press, tetapi terdapat informan yang
tidak setuju dengan pandangan berkenaan kerana melihat isu Nanyang Press hanya
digunakan sebagai alasan untuk memulakan perbalahan dalam parti MCA.
4.2.7

Sikap keangkuhan pemimpin

Konflik yang berlaku pada tahun 2009, adalah merupakan krisis yang ketujuh melanda
parti MCA antara Ong Tee Keat, Dr. Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai. Dalam krisis ini,
kesemua informan berpendapat konflik yang timbul adalah berpunca daripada sikap dan
cara kepimpinan Ong Tee Keat yang tidak betul, manakala terdapat informan yang
melihat dalam aspek penyalahgunaan kuasa oleh Ong Tee Keat. Penekanan utama
kesemua informan dalam krisis ini adalah sifat kepimpinan Ong Tee Keat yang terlalu
angkuh dan menunjukkan bahawa seolah-olah beliau adalah orang yang terhebat dalam
parti. Informan juga menyatakan Ong Tee Keat bertindak seperti Maharaja dalam parti
MCA, dengan melakukan sesuatu perkara mengikut kehendak dirinya. Keadaan ini,
menyebabkan ahli-ahli MCA tidak senang dengan gaya kepimpinan beliau dan
mengkategorikan beliau sebagai seorang pemimpin yang paling teruk dalam sejarah
MCA.

96

Terdapat informan yang menjelaskan bahawa sebenarnya Ong Tee Keat pada
ketika itu, menerima nasihat yang tidak betul terhadap tindakan pemecatan Dr. Chua Soi
Lek dan sekali gus membawa kepada kejatuhan beliau, akibat daripada pengaruh Dr.
Chua Soi Lek yang begitu kuat. Walaupun secara kasarnya Ong Tee Keat dilihat sebagai
seorang pemimpin yang bijak, pandai, cerdik dan berkaliber, tetapi beliau gagal untuk
menguruskan parti MCA dengan berjaya kerana beliau mengubah struktur yang sedia ada
dan melantik pengikut-pengikutnya untuk mengisi kekosongan jawatan yang sedia ada.
Informan juga menyatakan bahawa krisis ini adalah berkaitan dengan tindakan
penyalahgunaan kuasa Ong Tee Keat sebagai Presiden parti, dalam memecat ahli yang
tidak sehaluan dengannya. Keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak puashati ahli-ahli
MCA terhadap kepimpinan beliau dan meminta satu pemilihan baru parti diadakan.

Antara pandangan peribadi informan seperti berikut:


(1)

sebab dia semua highlight kan benda yang tak baikOng Tee
Keat punya kerja tak baik, bagi member-member fikiran cuma dia
seorang boleh sahaja, member yang lain tak pandai, itu sebab
jadikan member semua rasa tak elok

(2)

this crisis started I think basically is due to Ong Tee Keat


arrogant, he is very poor leader, he thought the MCAhe thought
he is emperor, anybody his dislike just putting a side, so without
realizing that, the grassroot are not happy with his style of
leadershipOng Tee Keat is a definitely not a good leader, 100
percent are not a goodhis was very arrogant and abuse of power
and set everybody, fight the right to anybody his like, this will
happen.

(3)

saya fikir dia telah diberi nasihat tidak betul oleh


penasihatnyadia tidak sedar Dr. Chua Soi Lek mempunyai
pengaruh yang besarOng Tee Keat membuat satu keputusan
yang salah menyebabkan kejatuhannyasaya fikir krisis ini tidak
berlaku, jika Ong Tee Keat tidak pecatkan Chua Soi Lek.

(4)

Presiden telah memecat Datuk Seri Chua, so ini sudah jadi


satu isu, ini saya rasa bukan secara yang bagus, dengan ini Datuk
Seri Ong dia dah kalah dalam pemilihan semula

(5)

Ong Tee Keat dia suka macam you tak ngam sama dia, dia
mahu take deviant dengan you, I feel personally but I dont know

97

how people feeldia banyak smart, banyak bijaksana, banyak


pandai, tapi bila you pandai, you bijak, you smart, tidak bermakna
atau bermaksud you pandai organize ini partioleh sebabnya bila
dia naik dalam satu tahun sahaja semua sudah jadi kelam-kabut.
Analisis ini nyata bercanggah dengan kenyataan Utusan Malaysia (19 November
2009) yang melihat krisis ini berlaku adalah disebabkan pemecatan sembilan ahli
Jawatankuasa Pusat oleh Ong Tee Keat. Konflik yang berlaku pada tahun 2009, dilihat
dan dipersetujui oleh kesemua informan adalah disebabkan sikap kepimpinan Ong Tee
Keat yang angkuh dan terlalu mengagung-agungkan kekuatan dirinya, tanpa mengambil
kira pandangan dan cadangan daripada pihak yang lain sehingga menyebabkan
ketidakpuasan ahli-ahli MCA, terhadap cara atau gaya kepimpinan beliau dalam
menguruskan pentadbiran parti MCA. Ini dapat dibuktikan bahawa dalam tempoh satu
tahun sahaja pentadbiran beliau, telah menyebabkan keadaan parti MCA menjadi kelamkabut. Tambahan dengan penyalahgunaan kuasa sebagai Presiden parti dalam memecat

mereka yang tidak sehaluan dengannya, telah membawa kepada kejatuhan beliau dalam
parti MCA, apabila perwakilan mendesak supaya diadakan pemilihan semula parti.
4.3

KEPIMPINAN DAN MASA DEPAN MCA

Sikap kepimpinan dalam diri seseorang pemimpin parti itu harus dititikberatkan, demi
untuk memastikan kelangsungan parti yang dipimpin dapat berjalan dengan lancar dan
teratur dalam arena politik. Kekurangan dari aspek ini, akan menyebabkan sesebuah parti
itu mudah dilanda pelbagai konflik, krisis, pergaduhan, pergolakan atau perbalahan
dalaman parti. Pelbagai pandangan yang diberikan oleh informan terhadap persoalan yang
ditujukan iaitu sikap kepimpinan yang diperlukan oleh MCA di masa hadapan. Kesemua
informan mempunyai pandangan yang tersendiri berdasarkan kepada pemikiran mereka,
terhadap nilai kepimpinan yang perlu ada pada diri seseorang yang bergelar pemimpin
iaitu seperti berfikiran matang, adil dan saksama, berkebolehan, profesional, berwibawa,
berani, menyayangi parti, tiada konflik kuasa, fokus kepada perjuangan orang Cina dan
berupaya mentadbir parti dengan teratur.

98

Terdapat informan yang menyatakan bahawa dalam eleman pemilihan pemimpin


yang bakal menerajui pentadbiran parti perlu dipilih berdasarkan kemampuan, kebolehan
dan keupayaan seseorang itu dalam memikul tanggungjawab parti, bukan sebarang orang
boleh menjadi pemimpin dalam menerajui sesebuah parti politik seperti MCA. Pemilihan
peneraju parti adalah merupakan suatu perkara yang amat penting, bagi menjamin
kestabilan kedudukan parti MCA di masa akan datang. Informan juga menolak sekeraskerasnya pemilihan pemimpin berdasarkan hubungan peribadi yang nyata akan
menjejaskan prestasi parti. Pemilihan pemimpin dari golongan profesional turut
digalakkan untuk meningkatkan keberkesanan pencapaian parti berbanding dengan
pemimpin yang dipilih disebabkan hubungan tertentu. Informan lain juga menyatakan
bahawa pemimpin parti MCA perlu merupakan seorang yang berani dalam menyuarakan
masalah masyarakat kaum Cina kepada kerajaan dan tidak mempunyai konflik kuasa.
Antara pandangan peribadi informan adalah:
(1)

kalau ikut sekarang, kita punya Presiden kerja bagus, saya


ingat kalau boleh UMNO bagi peluang lebih sikit, jangan fikirkan
kaum Cina ini seorang jahattiga-tiga kaum ini semua jadi satu,
keadaan cukup adil, ini rakyat semua boleh jadi hidup bersama.

(2)

firstly, all leader must be mature and must be fair and must be

capable, try to pick people who are professional, not any tomdick
and harry, is just because he is your supporterwe need people
who can voice their view in the councilwe need somebody who
seat in the council to voice their view and give suggestion, so that
it help the public
(3)

pemimpin MCA mesti berwibawa dan mereka mesti berani


menyuarakan masalah, yang penting sekali dia mesti seorang yang
jujur dan berkebolehan dalam segi memberikan, pentingkan
masalah rakyat kepada kerajaan

(4)

sesiapa hendak menjadi pemimpin yang bagus, mereka hendak


sayangi parti, baca perlembagaan, lagu parti kena tahu,
bekerjasama dengan orang awam

(5)

yang penting sekali orang ini tak ada power crisis, jikalau you
ada power crisis mesti gaduhsecond thing, think of the Chinese,
semua yang kita buat think orang Cina, masyarakat punya

99

harapan, kepimpinanthird thing, of course you know how to


handle with the people human resources, that way always people
said politics everything is under the sun but politics to me is very
simple, you know how to handle, you bagaimana atur, susun you
punya orang, semua happy you sudah jadi berjaya, simple only, so
bukan you ada banyak smart, talented, you boleh run satu parti
tak ada power crisis, lebih fokus on perjuangan orang Cina.
Analisis ini menunjukkan semua informan bersetuju bahawa peranan dan sikap
pemimpin parti memainkan fungsi yang amat penting dalam menentukan kedudukan
sesebuah parti berkenaan. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak dapat membuat satu
rumusan secara mutlak terhadap sikap pemimpin yang diperlukan oleh parti MCA kerana
semua informan memberikan pandangan yang berlainan. Semua informan lebih
menekankan nilai atau sikap kepimpinan yang positif seperti pemimpin yang jujur, adil,
berkebolehan, berfikiran waras, berwibawa, menyayangi parti, mengenepikan persaingan
kuasa, fokus kepada perjuangan orang Cina, mengetepikan kepentingan peribadi dan
sebagainya. Semua sedia maklum bahawa untuk melahirkan satu pemimpin yang dapat
memenuhi kesemua nilai atau sikap yang positif adalah amat sukar sama sekali. Inilah
yang dinamakan sebagai manusia iaitu selagi parti dipimpin oleh manusia, maka adalah
sukar untuk mencapai satu bentuk kepimpinan yang dapat memenuhi kesemua piawaian
yang ditetapkan.
4.4

KAEDAH MENGATASI KONFLIK DALAM PARTI

4.4.1

Kaedah bermuafakat dan bekerjasama

Kaedah penyelesaian yang terbaik terhadap sesuatu permasalahan yang timbul dilihat
amat penting sekali, ianya adalah bagi memastikan bahawa permasalahan yang berlaku
dapat dikawal daripada terus merebak kepada bahagian lain atau menjadikan keadaan
lebih parah. Kesemua informan mempunyai pandangan yang berbeza mengenai kaedah
penyelesaian yang terbaik dalam mengatasi konflik yang berlaku. Secara kasarnya,
mengikut sejarah lampau parti MCA, kaedah penyelesaian yang terbaik dalam mengatasi
krisis MCA adalah dengan mengadakan pemilihan semula parti. Pemilihan baru ini akan

100

menamatkan sesuatu krisis daripada terus berlaku bagi suatu tempoh yang tertentu.
Kaedah penyelesaian ini hanya bersifat sementara kerana ianya hanya gambaran luaran
parti dan pemimpin parti masih mempunyai perasaan tidak puashati antara satu sama lain.
Informan berpendapat bahawa dalam menyelesaikan sesuatu krisis yang berlaku
dalam parti MCA, semua pemimpin kumpulan perlu diberikan jawatan samada dalam
parti ataupun kerajaan. Ini kerana, pertelingkahan biasa berlaku disebabkan agihan
jawatan yang tidak sama rata antara kumpulan dalam parti MCA. Informan lain pula
berpendapat bahawa masalah parti MCA perlu diselesaikan secara dalaman parti dan
jangan melibatkan orang luar terutamanya pihak media yang akan mengeruhkan lagi
keadaan konflik. Kerjasama antara semua pemimpin dalam parti akan membantu ke arah
permuafakatan dan mengelakkan krisis daripada terus berlaku di masa akan datang. Ada
juga informan yang menekankan terhadap pengubahsuaian akta atau peraturan dalam
parti MCA, supaya ianya dapat memberikan satu garis panduan kepada semua ahli dan
pemimpin MCA dan memudahkan penyelesaian terhadap sesuatu konflik di kemudian
hari. Pandangan informan secara peribadi adalah seperti berikut:
(1)

sekarang Chua Soi Lek dia cuma buat satu, dia bagi katakan
suara jadi besar sikit, tinggi sikit, untuk nak bagi rakyat rasa betul
MCA adakan buat kerja bagi kaum Cina

(2)

all group will be given a position in the party and basically


went there is a quarrel because they was not appointed to certain
government post, so if the leadership is fair, they will give
appointment a cross the party line to all section

(3)

sepatutnya masalah ini patut diselesai secara dalaman iaitu


jangan diheboh besar dalam surat khabar dan menjadikan
masalah kecil kepada masalah besar patut diselesai dalam MCA

parti sendiri.
(4)

saya rasa satu parti mesti kesemua kepimpinan hendak


bekerjasama

(5)

MCA perlu mengubahsuaikan diri sendiri, untuk menghadapi


krisis-krisis ini daripada berlakumengubahsuaikan atau
memindakan memorandum atau akta-akta parti MCA, supaya

101

akta-akta atau by law-by law kita lebih sesuai, lebih cepat untuk
mengatasi masalah yang sudah berlakupada masa akan datang
kita dapat mengatasi dengan senang hati sahaja.
Hasil kajian ini tidak ada satu jalan penyelesaian yang terbaik dalam mengatasi
krisis MCA, kecuali semua pihak yang terlibat sudi untuk bekerjasama dan melepaskan
segala kepentingan yang dikehendaki. Ini kerana dalam mana-mana parti politik ataupun
organisasi, isu perebutan kuasa dan persaingan untuk mengekalkan kuasa status quo
pasti akan wujud. Dalam MCA pelbagai kaedah penyelesaian boleh diambil bagi
memastikan kelangsungan parti terjamin, di mana kesemua pemimpin parti harus
mempunyai kata sepakat dan bekerjasama antara satu sama lain, dalam memastikan
segala permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan dengan cara bermuafakat dalam
parti sendiri. Persaingan kuasa antara pemimpin dilihat antara punca yang menyebabkan
sesuatu permasalahan yang timbul gagal diatasi dengan jayanya kerana masing-masing
ingin menunjukkan kekuatan yang tersendiri dan akhirnya menjadikan keadaan tidak
terkawal serta menimbulkan masalah yang baru dalam parti. Krisis akan terus berlaku
selagi pemimpin dalam parti MCA bergelar sebagai manusia.
4.4.2

Kaedah pemecatan ahli

Kebiasaannya pucuk pimpinan parti MCA, suka mengunakan kaedah pemecatan ke atas
ahli yang tidak sehaluan dengannya dalam menyelesaikan masalah yang berlaku, tetapi
apa yang berlaku disebaliknya keadaan menjadi lebih parah dan sukar diatasi.
Kebanyakkan informan tidak bersetuju dengan kaedah penyelesaian ini, yang dilihat akan
menambahkan lagi masalah dalam parti itu sahaja. Terdapat informan yang menyatakan
bahawa kewujudan ahli yang tidak sehaluan dengan pemimpin parti adalah merupakan
suatu perkara yang baik kerana mereka ini dapat memberikan kritikan yang konstruktif
terhadap kepimpinan dan pengurusan parti dan ianya dapat membantu untuk memperbaiki
kelemahan yang wujud. Pemimpin parti juga harus melihat kritikan yang diutarakan oleh
golongan yang tidak sehaluan ini dari perspektif positif dan sekiranya pemimpin melihat

102

ianya dari perspektif negatif, maka akan disusuli dengan tindakan pemecatan ahli yang
bakal mengundang kepada keadaan yang lebih parah.
Informan lain turut bercadang supaya pihak yang bergolak perlu mengadakan
perbincangan secara bersama, dalam mencari jalan penyelesaian terhadap konflik yang
berlaku dan berakhir dengan penyelesaian secara bermuafakat, demi kepentingan parti
dan masyarakat kaum Cina. Kaedah pemecatan ahli yang tidak sehaluan dengan
pemimpin seharusnya dielakkan kerana terdapat banyak lagi cara yang lain boleh
digunakan seperti pemberian amaran, undian dan pergantungan keahlian. Apabila kaedah
pemecatan ahli dilakukan, maka akan wujudnya episod baru dalam krisis tersebut dan
menimbulkan ketidakpuasan ahli dalam kumpulan yang dipecat, seterusnya kumpulan ini
akan menuntut supaya pemilihan semula parti diadakan. Terdapat juga informan yang
menekankan kepada pematuhan terhadap perlembagaan parti dalam melakukan
pemecatan dan sebagainya, supaya semua pihak akan akur dengan keputusan yang dibuat.
Antara pandangan peribadi daripada informan:
(1)

bukan, MCA tak adakan masalah tu

(2)

I dont think so, every party want to be opposition, so opposition


sometime, they should give constructive idea, constructive
criticism and the leadership should accept, if you dont accept and
you just set them out from the party, the crisis will be even worse,
this wont solve the problemsyou set, you will make the problems
even worse, shouldnt happenthey should come together, sit
around and come to compromise.

(3)

ini bukan cara yang baik, dalam sistem demokrasi pemecatan


ahli bukan sehaluan akan menimbulkan masalah tidak puashati
untuk ahli yang telah pecatsepatutnya ada cara yang lain seperti
gantung keahlian sementara, bila kita pecatkan ahli bukan sahaja
menimbulkan masalah orang itu sahaja, tapi lain orang yang tidak
puashati dengan tindakan parti itu.

(4)

mengikut perlembagaan MCA, sesiapa ahli ataupun memegang


jawatan dalam parti, mengalami kes-kes ataupun salahguna
undang-undang, maka parti ada hak memecat

103

(5)

jikalau kita ada cara lain, kita selalu melalui cara demokrasi,
melalui undi, melalui AGM, melalui meeting, selesai atas masalah
initapi semua hal ini mesti selesaikan dalam mesyuarat atau
AGM

Analisis ini mendapati bahawa kaedah pemecatan ahli yang tidak sehaluan akan
memburukkan lagi keadaan sesuatu konflik yang berlaku dan ianya bukan sahaja tidak
dapat menyelesaikan masalah yang berlaku, tetapi mewujudkan satu masalah baru kepada
parti. Penyelesaian terhadap permasalahan yang berlaku dalam parti harus diselesaikan
dengan cara yang lebih berhemah, berbanding dengan tindakan pemecatan ahli yang tidak
sehaluan akan menjuruskan kepada keadaan yang lebih teruk. Ini bermakna, kaedah
pemecatan ahli tidak sesuai digunakan dalam menangani masalah konflik yang berlaku.
Selain itu, pemecatan ini juga akan memperlihatkan pucuk pimpinan menyalahgunakan
kuasa dalam mengatasi golongan yang menentang dan menyebabkan reputasi seseorang
pemimpin itu turut terjejas serta kebiasaannya keadaan ini akan berakhir dengan
kejatuhan pemimpin tersebut melalui EGM. Terdapat pelbagai kaedah penyelesaian yang
lain boleh digunakan untuk mengatasi masalah yang timbul, tetapi pemimpin sering
menggunakan jalan pintas iaitu dengan menggunakan kuasanya untuk melakukan
pemecatan ahli sehingga menimbulkan rasa tidak puashati ahli dalaman parti tersebut.
4.5

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB BERLAKUNYA KRISIS

4.5.1

Persaingan kuasa dan perbezaan pendapat

Dalam setiap konflik yang berlaku pasti wujudnya pelbagai faktor yang mempengaruhi
sesuatu keadaan sehingga menyebabkan berlakunya sesuatu krisis dalaman parti MCA.
Pelbagai faktor telah dikemukakan oleh para informan, yang dilihat sebagai penyumbang
utama kepada pembentukan sesuatu konflik dalam parti MCA seperti faktor kepimpinan,
persaingan kuasa dan perbezaan pandangan. Disebabkan faktor inilah, menyebabkan
MCA dilanda krisis sebanyak tujuh kali sejak penubuhannya pada tahun 1949.
Kebanyakkan informan melihat faktor persaingan kuasa merupakan antara penyumbang
utama kepada kejadian krisis dalam MCA, di mana perebutan kuasa ini biasanya

104

melibatkan pemimpin nombor satu dan dua dalam parti kerana masing-masing ingin
mentadbir atau memimpin parti MCA. Ini akan membentuk satu situasi baru di mana
kedua-dua pemimpin akan mula bertelagah dan pemimpin nombor dua selalunya akan

mencabar pemimpin nombor satu dalam pemilihan parti.


Sebahagian besar informan menyatakan bahawa faktor penyumbang kepada krisis
MCA adalah juga disebabkan oleh perbezaan pandangan antara pemimpin nombor satu
dan nombor dua. Keadaan ini biasa berlaku adalah disebabkan latar belakang pendidikan
kedua-dua pemimpin utama itu adalah berbeza seperti dari aliran Cina dan aliran Inggeris,
menyebabkan sudut pandangan dan cadangan yang diutarakan masing-masing tidak
diterima antara satu sama lain. Terdapat juga keadaan di mana kedua-dua pemimpin
daripada aliran pendidikan yang sama, turut berhadapan dengan konflik dalaman parti
kerana ianya disebabkan perbezaan pendirian serta fokus kepentingan. Misalnya, terdapat
pemimpin yang mementingkan perjuangan masyarakat kaum Cina, manakala terdapat
juga pemimpin yang mementingkan kerjasama dan hubungan baik dengan Barisan
Nasional. Informan lain turut melihat aspek kepimpinan memainkan peranan yang
penting kerana kelemahan dari segi kepimpinan akan menyebabkan kejatuhan seseorang
pemimpin tersebut. Pandangan peribadi informan adalah seperti berikut:
(1)

bukan bawah punya leader, semua atas punya leader adakan


masalah, contohnya Chairman dengan timbalan, timbalan dengan
Chairman, adakan masalah juga, tapi yang penting masalah itu
semua bukan bawah punya orangmasalah semua leader punya
masalah.

(2)

power struggle.

(3)

ada pandangan yang berlainan berkenaan bagaimana MCA


akan berlaku atau bermain peranan untuk menjaga kepentingan
masyarakat Cina khasnya

(4)

faktor yang biasa berlaku adalah pandangan dengan kepimpinan


mereka berbezamengikut jika Presiden dan Setiausaha boleh
bekerjasama itu tidak ada masalah, jika Presiden dengan
Timbalan Presiden itu, kemungkinan ada masalah biasa mereka
tengok

105

(5)

bila satu parti ada gaduh, ada krisis, terutamanya selalu


melibatkan orang yang pegang nombor satu atau nombor dua, ini
bermakna power crisis dalam parti dan tidak kira you apa
parti

Analisis ini mendapati bahawa dalam parti politik sudah menjadi suatu kelaziman,
konflik akan wujud disebabkan oleh faktor perbezaan pendapat. Ada juga informan yang

melihat ianya lebih menjurus kepada berlakunya persaingan kuasa antara pemimpin
nombor satu dan dua. Ini adalah merupakan perkara yang biasa kerana setiap pemimpin
mempunyai pandangan, pendapat, cadangan atau penyelesaian yang tersendiri terhadap
sesuatu isu yang timbul dan adalah sukar bagi mencari satu idea yang dapat dipersetujui
oleh semua pemimpin. Ini kerana, setiap pemimpin atau manusia mempunyai ragam dan
permintaannya yang tersendiri. Kedua-dua perkara ini, dilihat sebagai faktor utama yang
menyebabkan berlakunya krisis atau konflik MCA sehingga tiada penghujungnya. Krisis
akan terus berlaku sekiranya pucuk pimpinan parti masih lagi gagal mencari kata sepakat
atau jalan penyelesaian yang terbaik di masa hadapan.
4.5.2

Kepentingan peribadi

Setiap parti politik mahupun organisasi pasti akan timbul isu mengenai kepentingan
peribadi terhadap golongan yang berkepentingan, dalam menjalankan tugas atau
tanggungjawab sehariannya. Sikap ini tidak dapat dipisahkan dengan mana-mana pihak
kerana semua tindakan atau keputusan yang dibuat, pastinya akan memikirkan
kepentingan untuk diri sendiri terlebih dahulu. Dalam hal ini, majoriti informan bersetuju
bahawa perebutan kuasa dalam arena politik adalah disebabkan kepentingan peribadi
masing-masing. Informan menjelaskan bahawa seseorang itu ingin menjadi pemimpin,
ianya mmpunyai tiga hati iaitu pertama, hati memikirkan kepentingan peribadi dalam
menyertai parti; kedua, hati memikirkan kepentingan untuk mendapatkan nama dan
anugerah dan ketiga, hati memikirkan saya bekerja untuk parti sahaja. Sebagai manusia
tidak kira bangsa, agama dan budaya, semua pihak akan meletakkan kepentingan
peribadinya di barisan yang pertama. Antara pandangan peribadi informan adalah:

106

(1)

bawah punya MCA member semua kerja kuat, dia pun tak akan
kepentingan diri, semua dia buatkan bagi rakyat, orang nak minta
tolong

(2)

many of them more for personal interest, not all most of them
go for personal interest

(3)

kebanyakkan orang memang berebutkan kuasa kepimpinan


dalam parti, ada berkaitan dengan kepentingan peribadi, banyak,
tapi saya nampak, seorang pemimpin tidak patut menjadikan
kepentingan peribadi sebagai satu sebab untuk merebut kuasa
dalam parti MCA

(4)

sesiapa hendak jadi pemimpin, dia ada tiga hati, satu hati
untuk benefit mereka sendiri, Im join this party I want get some

benefit, satu hati saya hendak nama, dapat nama, dapat anugerah,
tapi ada satu hati lagi yang saya rasa paling bodoh, saya kerja
dengan parti sahaja, orang panggil, pemimpin panggil kerja,
kerja, kerja sahaja
(5)

Chinese got one proverb [ren bu wei ji, tian zhi di mie] {manusia
akan mementingkan diri sendiri}, no matter who are you, we dont
care, whatever kita buat satu hal memang ada sikit-sikit mahu side
kita punyathis is a human being

Analisis ini mendapati bahawa dalam dunia politik aspek kepentingan peribadi,
pasti akan wujud dalam diri setiap individu yang membezakannya adalah tahap
kepentingan yang diletakkan atas diri masing-masing. Majoriti informan bersetuju
bahawa setiap individu akan memastikan kepentingannya tidak tergugat daripada
kedudukannya dan akan mula menentang apabila kepentingannya tergugat. Perkara ini
berlaku di mana-mana sahaja iaitu di mana ada manusia di situlah wujudnya elemen ini
kerana manusia sentiasa akan mementingkan dirinya sendiri berbanding dengan yang
lain. Analisis ini menunjukkan bahawa dalam sistem politik perkara ini adalah sukar
untuk dipisahkan kerana manusia bagaimanapun akan bertindak untuk memastikan
kepentingannya terjamin, supaya dirinya mampu untuk bertahan dalam arena yang
diceburi dan ini adalah merupakan lumrah sebagai seorang yang bergelar manusia di
dunia ini.

107

4.5.3

Pandangan masyarakat kaum Cina terhadap MCA

Masyarakat kaum Cina kini dikatakan telah pandai menilai mana-mana parti politik,
sebagai

langkah

yang

diambil

untuk

memastikan

parti

yang

dipilih

dapat

memperjuangkan kepentingan mereka. Sejak kebelakangan ini, sokongan masyarakat


kaum Cina terhadap MCA dilihat semakin merosot, di mana MCA mengalami kekalahan
teruk dalam pilihan raya umum pada tahun 2008 dan ini telah memberikan isyarat bahawa
masyarakat kaum Cina, telah mengubah sokongan mereka kepada parti yang lain.
Pelbagai pandangan telah diutarakan oleh para informan seperti masyarakat kaum Cina
melihat kelemahan MCA dalam menuntut keadilan kepada mereka daripada pihak
kerajaan, mengenai isu pendidikan, perniagaan, bantuan kerajaan dan sebagainya.
Informan lain pula melihat masyarakat kaum Cina telah melahirkan rasa kekecewaan dan
dukacita terhadap parti MCA kerana tidak banyak membantu dalam menyuarakan
masalah mereka kepada kerajaan.

Terdapat informan yang melihat bahawa kelemahan dalam parti MCA adalah
pemimpinnya tidak bersatu dan sering berhadapan dengan pergolakan. Hal ini, telah
menyebabkan masyarakat kaum Cina hilang keyakinan dengan perjuangan MCA, di
mana pemimpin MCA sendiri tidak dapat menguruskan partinya dengan sempurna,
bagaimana pemimpin itu dapat menguruskan masyarakat kaum Cina dan pemimpin MCA
sendiri tidak bersatu, bagaimana mereka dapat menyatukan masyarakat kaum Cina.
Informan lain pula menjelaskan bahawa masyarakat kaum Cina sangat sensitif terhadap
perjuangan parti MCA dan sekiranya MCA gagal memperolehi sesuatu yang dikehendaki
oleh masyarakat kaum Cina, mereka tidak akan bising tetapi menunggu sehingga tibanya
masa pilihan raya. Sebaliknya terdapat informan yang menyatakan bahawa masyarakat
kaum Cina kini semakin menerima dasar yang dibuat oleh MCA kerana mereka nampak
kerja dan usaha yang dilakukan oleh parti MCA. Pandangan peribadi informan adalah:
(1)

sebab kaum Cina sampai sekarang pun, dia punya rasa


kerajaan memang tak adil, macam budak kecil pergi sekolah pun

108

tak adil, rasa mereka buat berniaga pun tak adil, baca buku jadi
tak adil, itu banyakkan masalah dia sudah naik
(2)

went there is a conflict, they will feel, if you cannot even rule
your own party, how can you rule the Chinese is it, among yourself
you also cannot agree, so how do you help the party, help the
public you are not united, how can unite the people, you couldnt
help your own party, how can you help otherso we actually dont
understand what the Chinese wantChinese difficult to brief
honestly, you can do 101 thing good for them and then you just
make one mistake they hate you foreverimportant thing is the
Chinese must change their mentality.

(3)

mereka dukacita [kecewa], dalam pilihan raya umum yang


lepas, bagi MCA kalah banyak kerusi kerana MCA masih tidak
dapat menyuarakan banyak masalah kepada kerajaankita hanya
boleh minta pertolongan

(4)

MCA hendak kerja sebagai teras untuk kepada kaum Cina,


adakah mereka bersetuju MCA punya kerjasaya nampak ada
mereka sudah bersetuju dengan polisi MCA yang dibuatmereka
our pemimpin buat masa ini, adakan pertanyaan open for all, apa
you punya cadangan, macam mana tolong

(5)

hanya masyarakat Cina sedar MCA tak buat cukup untuk


masyarakat Cinavery sensitive, jikalau MCA buat apa-apa yang
tidak mengikut kehendak masyarakat Cina, masyarakat Cina pun
tidak akan bising-bising, dia diam-diam tunggu pilihan raya dia
bagi you jatuh, there is 308 is a very good example

Analisis ini mendapati bahawa kehendak masyarakat kaum Cina adalah sukar
untuk dijelaskan kerana mereka ini akan sentiasa berubah fikiran mengikut faedah atau
kepentingan yang dapat diberikan oleh mana-mana parti politik. Informan juga
menyatakan bahawa sikap masyarakat kaum Cina adalah sukar untuk diramal kerana
walaupun MCA melakukan 101 perkara baik kepada masyarakat kaum Cina, tetapi
sekiranya MCA melakukan satu perkara yang tidak baik, maka mereka akan benci parti
MCA buat selama-lamanya. Kebanyakkan informan berpendapat bahawa perubahan
sokongan masyarakat kaum Cina kepada parti yang lain, adalah disebabkan masyarakat
kaum Cina kecewa dengan pencapaian MCA dalam memperjuangkan kepentingan
mereka, yang dikatakan sentiasa mengikut langkah yang dilakukan oleh UMNO. Ini

109

dilihat secara tidak langsung akan mengugat kepentingan masyarakat kaum Cina,
terutamanya dalam aspek pendidikan iaitu Bahasa Cina dan sekolah Cina. Ini bermakna,
dalam menyelesaikan isu ini mentaliti masyarakat kaum Cina perlu berubah terlebih
dahulu.
4.6

STRATEGI MCA DI MASA HADAPAN

Kepentingan untuk MCA merancang suatu strategi secara berterusan, dilihat perlu
memandangkan tanggapan masyarakat umum, khusus masyarakat kaum Cina terhadap
kemampuan dan kebolehan MCA dalam memperjuangkan kepentingan mereka, sejak
kebelakangan ini telah menimbulkan tanda tanya berikutan pelbagai krisis, konflik,
perbalahan dalam parti berkenaan. Pelbagai pandangan telah dikemukakan oleh para
informan terhadap strategi yang perlu diambil oleh MCA seperti perubahan cara kerja
yang lebih mementingkan penerimaan masyarakat kaum Cina dan tidak hanya bergantung
kepada perkhidmatan semata-mata untuk memperolehi sokongan daripada masyarakat
kaum Cina. Pucuk pimpinan parti perlu lebih berfikiran terbuka dengan menerima
kemasukan golongan profesional dalam parti MCA. Informan lain pula melihat cara kerja
yang dilakukan oleh Dr. Chua Soi Lek kini dilihat merupakan salah satu strategi yang
baik dalam mengembalikan sokongan masyarakat kaum Cina seperti 1MCA Medical
Fund dan pengiktirafan sekolah persendirian Cina oleh kerajaan.
Kebanyakkan informan yang melihat gaya kerja dan penyampaian parti MCA
perlu mengikut perubahan zaman seperti kemahiran teknologi dan multimedia (facebook,

blog, twitter). Ini kerana, mana-mana pemimpin atau parti yang tidak mengetahui elemen
teknologi atau multimedia ini, akan disifatkan ketinggalan dalam zaman dunia moden ini.
Oleh itu, penekanan dan penambahbaikan sistem penyampaian menerusi teknologi harus
dipertingkatkan, supaya masyarakat kaum Cina dapat memperolehi maklumat yang
terkini dengan lebih mudah dan dapat menawan hati pengundi muda menerusi blog dan
sebagainya. Terdapat juga informan yang menyatakan bahawa strategi yang perlu diambil
oleh MCA adalah menghapuskan krisis kuasa dan pilih kasih dalam parti. Ini adalah perlu

110

untuk memastikan kelangsungan parti dan mengelakkan sebarang bentuk konflik atau
krisis daripada berulang. Penekanan juga harus diberikan ke atas kepentingan dan
keupayaan dalam menyuarakan rintihan masyarakat kaum Cina. Manakala terdapat
informan lain yang menyatakan bahawa sebenarnya UMNO perlu berubah terlebih
dahulu. Suara hati informan dinyatakan seperti berikut:
(1)

saya harap UMNO boleh ubah dulukita kira satu kaum, satu
Malaysia, jangan fikirkan ini kaum Cina, ini kaum India, ini kaum
Melayu, jangan kalau boleh UMNO perlu berubah

(2)

I think what our Chua Soi Lek is doing now is a good strategy, he
is trying to get recognition for the Chinese independent schoolso
big more transparent, now getting a lot of the government helping
to the Chinese

(3)

kita mesti berubah cara kerja, tidak lagi melihat perkhidmatan


sahaja, jangan ingat perkhidmatan kita baik, kita akan dapat
sokongan rakyatleader kita jangan terlalu tertutup perlu
membuka fikiran

(4)

kami akan bekerja, berusaha tanpa mengira kaum Cina sahaja


buat masa inimesti ikut zaman yang terkini, memang betul jika
multimedia you tak tahu, you sudah out, you tak tahu tulis blog,
you sudah outbaru ini kami sudah melancarkan 1MCA Medical
Fund terbuka kepada semua kaum, ini memang satu strategi yang
bagus

(5)

jangan ada power crisis, jangan pilih kasih orang-orang


sendirikedua mesti pentingkan orang Cina, suara Cina, berani
cakap dalam kabinet, berani cakap dalam Barisan meeting,
apakah perasaan orang Cina

Kajian ini mendapati bahawa terdapat pelbagai perbezaan pandangan mengenai


strategi yang perlu dilakukan oleh MCA dan kebanyakkan informan melihat bahawa
perancangan untuk menghasilkan satu strategi yang terbaik serta dapat diterima oleh

semua lapisan masyarakat kaum Cina adalah amat sukar kerana setiap masyarakat
mempunyai kehendaknya yang tersendiri. Perancangan strategi adalah merupakan suatu
perkara yang penting bagi MCA, demi untuk mengembalikan sokongan masyarakat kaum
Cina terhadapnya, berikutan kekalahan teruk semasa pilihan raya umum pada tahun 2008

111

dan krisis MCA pada tahun 2009. Keadaan ini telah memberikan satu tanggapan negatif
kepada masyarakat kaum Cina terhadap kemampuan serta keupayaan MCA dalam terus
memperjuangkan kepentingan masyarakat kaum Cina di masa hadapan. Oleh itu,
perubahan perlu dilakukan bukan sahaja kepada parti MCA tetapi masyarakat kaum Cina
dan Barisan Nasional.
4.7

KESIMPULAN

Paparan daripada pandangan informan membolehkan kajian ini mengenalpasti bentuk


konflik yang berlaku dalam MCA dari tahun 1958 hingga 2009. Hasil dapatan kajian
menunjukkan sebahagian besar informan bersetuju bahawa konflik yang berlaku dalam
MCA sehingga menyebabkan wujudnya krisis adalah disebabkan oleh faktor seperti
persaingan kuasa, perbezaan pendapat, kepentingan peribadi dan pandangan masyarakat
kaum Cina terhadap MCA. Selain itu, majoriti informan juga melihat bahawa persaingan
kuasa adalah penyumbang utama dan perbezaan pendapat sebagai penyumbang kedua
kepada konflik yang berlaku, di mana kebiasaannya ianya berlaku antara golongan muda
dengan golongan tua atau golongan berpendidikan Cina dengan golongan berpendidikan
Inggeris. Konflik perbezaan pendapat juga akan mewujudkan kumpulan atau puak dalam
parti yang bertentangan antara satu sama lain.
Pemimpin yang mempunyai kuasa utama dalam parti, akan menggunakan kuasa
untuk memecat golongan yang menentangnya, seterusnya menyumbang kepada
berlakunya krisis MCA. Bentuk konflik yang lain seperti salah faham, ketidakpuasan,
penyalahgunaan kuasa dan sebagainya, dilihat juga merupakan antara penyumbang
kepada berlakunya krisis MCA. Sementara itu, sifat pemimpin yang angkuh juga dilihat
sebagai penyumbang kepada sesuatu konflik itu berulang dalam parti. Kaedah
penyelesaian yang terbaik bagi menangani krisis atau konflik yang berlaku dalam MCA
ialah keikhlasan pemimpin dan kesudian pemimpin untuk mengenepikan soal peribadi.
Bagi aspek kepentingan peribadi pula ianya disifatkan sebagai lumrah seorang manusia,

112

yang sentiasa akan memikirkan kepentinganya terlebih dahulu, sebelum memikirkan


kepentingan untuk orang lain.
Pemimpin MCA sekarang perlu lebih berdedikasi dan mempunyai nilai moral
yang tinggi, walaupun sifat positif ini agak sukar untuk lahir dalam diri setiap pemimpin
parti. Ini yang dikatakan sebagai lumrah manusia yang penuh dengan tamak haloba dan
mementingkan diri. MCA kini masih lemah dan tidak kukuh kedudukannya,
memandangkan masyarakat kaum Cina kecewa serta meragui perjuangan pemimpin
MCA yang dilihat lebih kepada kepentingan kuasa semata-mata berbanding isu semasa
kaum Cina. Oleh itu, pelbagai strategi sedang dijalankan oleh MCA untuk menarik balik
sokongan dan keyakinan masyarakat kaum Cina terhadap perjuangan parti MCA seperti
1MCA Medical Fund yang mendapat sambutan yang memberangsangkan. Ini penting
bagi memastikan kelangsungan parti MCA dapat berjalan dengan lancar, sebagai sebuah
parti yang mewakili masyarakat kaum Cina dalam parti komponen Barisan Nasional.

113

BAB V

RUMUSAN DAN PENUTUP

5.1

PENGENALAN

Bab lima ini merumuskan hasil dapatan kajian yang telah dibincangkan dalam bab
terdahulu. Bab ini merumuskan jawapan ke atas penemuan utama kajian iaitu bentuk
konflik dalam MCA (1958 hingga 2009), sifat kepimpinan, kaedah penyelesaian,
pandangan masyarakat kaum Cina, strategi MCA dan pengkaji mengemukakan saranan
yang bersesuaian kepada pucuk pimpinan MCA demi kegunaan masa hadapan parti
tersebut. Pengkaji membentangkan rumusan hasil dapatan kajian kepada beberapa
kategori bagi memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai konflik dan masa depan

MCA. Selain itu, turut dimuatkan adalah sumbangan kajian kepada masyarakat kaum
Cina, parti MCA, Barisan Nasional dan para pengkaji yang berminat serta diakhiri dengan
penutup kajian.
5.2

RUMUSAN KAJIAN

5.2.1

Bentuk konflik dalam MCA (1958 hingga 2009)

Hasil daripada kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa kajian ini mencapai
objektif yang pertama iaitu menjelaskan bentuk konflik yang menyebabkan berlakunya
krisis dalam parti MCA iaitu konflik kuasa dan perbezaan pendapat antara para pemimpin
parti. Mengikut sejarah lampau MCA, krisis pertama yang berlaku pada tahun 1958

114

hingga krisis yang ketujuh iaitu pada tahun 2009, kebanyakkan daripada krisis ini berlaku
adalah berpunca daripada konflik kuasa. Ini disebabkan dalam arena politik, semua
pemimpin berlumba-lumba untuk mendapatkan kuasa kerana kuasa ini melambangkan
kekuatan serta identiti seorang pemimpin. Kelemahan dari segi ketamakan kuasa ini akan
menyebabkan seseorang pemimpin itu diketepikan dan lama-kelamaan akan hilang dari
arena politik. Kebiasaannya dalam krisis MCA, persaingan kuasa, perebutan kuasa dan
konflik kuasa berlaku antara Presiden dan Timbalan Presiden parti kerana kedua-dua
pemimpin ini bersaing untuk memastikan kedudukan mereka tidak tergugat.
Dengan adanya konflik kuasa dalaman parti MCA, maka tidak dapat lari daripada
wujudnya perbezaan pendapat antara kedua-dua pemimpin, terutamanya golongan muda
dengan golongan tua atau golongan berpelajaran Cina dengan golongan berpelajaran
Inggeris. Ini kerana, fokus atau sudut pemikiran kedua-dua golongan pemimpin ini adalah
berbeza, misalnya terdapat pemimpin yang bersifat sopan atau lembut dan juga terdapat
pemimpin yang bersifat tegas atau radikal dalam menyuarakan masalah masyarakat kaum
Cina. Keadaan ini menyebabkan pertentangan atau percanggahan idea perjuangan oleh
kedua-dua pemimpin tersebut. Hal ini, kebiasaannya juga melibat pemimpin nombor satu
dan nombor dua dalam parti kerana masing-masing ingin mempertahankan idea yang
tersendiri dan mereka akan cuba untuk memburuk-burukkan idea yang diutarakan oleh
satu pihak yang lain, maka konflik yang berlaku itu tidak dapat diselesaikan kerana
kedua-dua pihak tidak dapat bekerjasama atau bermuafakat.

Selain itu, bentuk konflik yang lain pula merujuk kepada unsur salah faham,
ketidakpuasan, pengaruh, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya, dilihat juga antara
penyumbang kepada berlakunya krisis MCA. Unsur salah faham biasanya akan wujud
apabila sistem penyampaian antara pemimpin dengan pemimpin atau pemimpin dengan
pengikut menjadi kabur atau tindakan pemimpin memberikan tafsiran yang tidak betul
kepada ahlinya, maka itu ianya akan menyebabkan pengikut mula melahirkan rasa tidak
puashati terhadap tindakan atau keputusan yang dilakukan, misalnya penyalahgunaan
kuasa oleh pemimpin parti dan pemecatan ahli. Bagi faktor pengaruh pula, dalam dunia

115

politik ini pemimpin yang mempunyai pengaruh yang kuat adalah merupakan suatu
perkara yang baik, tetapi kadang-kala pengaruh yang kuat akan menimbulkan rasa
cemburu oleh pemimpin lain kerana mereka bimbang akan kedudukan mereka bakal
tergugat. Oleh itu, pelbagai tindakan diambil untuk menjatuhkan pemimpin yang
mempunyai pengaruh yang kuat dan ini akan mewujudkan satu keadaan konflik baru
dalam parti.
Dalam mana-mana parti politik konflik pasti akan berlaku dan keadaan ini akan
menyumbangkan kepada perpecahan kumpulan atau puak, samada ianya berbentuk
tertutup ataupun terbuka. Kebiasannya, perpecahan kumpulan berbentuk terbuka akan
berlaku menjelang sesuatu pilihan raya atau pemilihan parti. Pada ketika itu, setiap
pemimpin akan menunjukkan pendiriannya secara mental atau fizikal, untuk berpihak
kepada mana-mana kumpulan yang akan membawa manfaat atau faedah kepadanya.
Akibat daripada keadaan inilah, kadang-kala konflik akan mula muncul kerana setiap
kumpulan akan cuba untuk menjatuhkan kumpulan yang lagi satu, supaya mereka dapat
menguasai kedudukan kuasa yang lebih kukuh dan stabil. Secara keseluruhannya, bentuk
konflik kuasa dan perbezaan pendapat merupakan penyumbang utama kepada berlakunya
sesuatu krisis dalaman parti MCA dan disebabkan ini telah menyebabkan keadaan parti
menjadi semakin tegang akibat daripada perpecahan kumpulan. Kebiasaanya, krisis akan
berakhir buat sementara waktu menerusi pemilihan semula parti dan penamatan sesuatu
krisis akan memberikan tanda bahawa krisis baru akan bermula.
5.2.2

Sifat kepimpinan

Bagi aspek kepimpinan ianya dilihat mencapai objektif kajian yang kedua iaitu mengupas
sifat kepimpinan yang diperlukan oleh MCA di masa hadapan dan hasil kajian mendapati

kebanyakkan informan menekankan pada sifat kepimpinan seseorang pemimpin tersebut,


berbanding kepimpinan kerja berpasukan dan kemahiran pemimpin dalam parti. Ini
kerana, pemimpin yang pandai, cerdik atau bergaya, tidak bermakna pemimpin tersebut
bijak dalam menguruskan parti. Dalam zaman ini, kelemahan dari segi kepimpinan akan

116

menyebabkan pengikut atau ahli dibawahnya mula menuntut supaya suatu pemilihan baru
diadakan, bagi mencari pemimpin yang baru ataupun mencari pemimpin yang lebih
berpontensi dalam memimpin parti berkenaan. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati
bahawa sifat kepimpinan adalah sukar untuk diterangkan secara terperinci kerana setiap
pemimpin mempunyai gaya atau caranya yang tersendiri dalam mentadbir urus parti.
Tidak kira betapa baik kepimpinan seseorang pemimpin itu, pastinya akan menimbulkan
rasa tidak puashati ahli kumpulan yang lain. Walau bagaimanapun, pemimpin harus
bersedia untuk memberikan laluan kepada orang lain atau bersedia meletakkan jawatan
sekiranya kehendak majoriti ahli parti, mahukan beliau berundur dari parti kerana
kebiasaannya pemimpin tidak akan akur dengan kehendak ahli sehingga memaksa
pemilihan baru diadakan.
Berdasarkan analisis yang dijalankan, sejak kebelakangan ini pemimpin MCA
dilihat lebih mementingkan kedudukan dalam parti mahupun kerajaan, berbanding
kepentingan masyarakat kaum Cina. Untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber
dan dihormati oleh semua pihak, berdasarkan pandangan informan mereka perlu
memenuhi kriteria yang ditetapkan, tanpa mengira asal-usul dan sebagainya, asalkan
beliau dapat memimpin parti dengan berkesan dan mempunyai etika kerja sebagai
seorang pemimpin yang baik seperti berkemahiran, kerja berpasukan, tiada persaingan
kuasa, tidak mementingkan diri atau kumpulannya, berupaya untuk membawa perubahan
dalam parti dan sebagainya. Aspek kepimpinan ini juga berupaya untuk mengurangkan
konflik dalaman parti MCA di masa hadapan kerana penyelesaian sesuatu konflik dalam
parti MCA adalah bergantung kepada kebijaksanaan pemimpin, dalam menyakinkan
semua pemimpin dan ahli parti terhadap kemampuannya dalam menyelesaikan
permasalahan yang timbul. Pemimpin juga harus mempunyai semangat kerja berpasukan,
untuk memastikan kerja-kerja yang dilakukan dapat memuaskan hati semua pihak.

117

5.2.3

Kaedah penyelesaian

Kaedah penyelesaian yang terbaik dalam menangani krisis MCA adalah bergantung
kepada ahli dan pemimpin MCA itu sendiri. Pelbagai kaedah penyelesaian boleh
dipertimbangkan, bagi mengatasi permasalahan yang berlaku dalam parti MCA. Hasil
daripada kajian ini, informan telah mengemukakan beberapa kaedah penyelesaian seperti
kerjasama antara pemimpin dan ahli, berbincang secara bersama dan menyelesaikan isu
dalam parti, tetapi sehingga kini tidak ada satu jalan penyelesaian yang terbaik dapat
dikenalpasti. Ini kerana, semua pemimpin dan ahli MCA sudah biasa dengan kaedah
penyelesaian melalui EGM iaitu perhimpunan agung luar biasa dalam menyelesaikan
krisis yang berlaku. Pemimpin MCA perlu memikirkan bahawa pemilihan baru parti
hanya merupakan satu jalan penyelesaian bersifat luaran ataupun fizikal, tetapi
penyelesaian secara dalaman atau mentaliti masih tidak dapat diselesaikan kerana
perasaan dendam dan tidak puashati masih wujud.
Kaedah penyelesaian yang dapat meminimakan risiko konflik adalah semua pihak
yang bergolak perlu berbincang bersama dalam parti dan mencari jalan penyelesaian yang
terbaik serta mengelakkan penglibatan pihak ketiga seperti media massa yang hanya
meningkatkan tahap keseriusan sesuatu konflik yang berlaku sehingga ianya menjadi
lebih parah. Kaedah pemecatan ahli yang tidak sehaluan, dilihat tidak sesuai lagi
digunakan oleh mana-mana pemimpin MCA kerana tindakan ini hanya akan
mengeruhkan lagi keadaan konflik. Bahkan tidak dapat menyelesaikan permasalahan
yang berlaku, sebaliknya mewujudkan masalah baru kepada parti. Sejak dahulu lagi,
kaedah ini dilihat sangat kerap digunakan oleh kebanyakkan pemimpin MCA dalam
mengatasi golongan yang menentang, dengan menyaksikan kebanyakkan krisis yang
berlaku adalah bermula dengan pemecatan ahli yang tidak sehaluan. Kaedah ini tidak
sesuai lagi digunakan dalam parti MCA kerana perubahan zaman yang membawa kepada
perubahan pemikiran para pemimpin dan ahli MCA.

118

5.2.4

Pandangan masyarakat kaum Cina

Masyarakat kaum Cina telah melahirkan rasa kekecewaan terhadap parti MCA, yang
dilihat sebagai sebuah parti utama dalam memperjuangkan kepentingan mereka. Di mana
perjuangan parti dilihat tidak lagi menitikberatkan kepada kepentingan masyarakat kaum
Cina seperti suatu masa dahulu. Kini lebih kepada kepentingan pemimpin dalam MCA itu

sendiri seperti kuasa, kedudukan, anugerah, gelaran dan sebagainya. Semua pemimpin
masyarakat mementingkan diri mereka sendiri terlebih dahulu, bukan sahaja dalam parti
MCA tetapi parti yang lain turut sama. Ini kerana, semua manusia akan memikirkan
kepentingan dirinya terlebih dahulu, sebelum memikirkan orang lain dan jarang akan
berlaku seseorang pemimpin yang bergelar diri sebagai manusia tidak mementingkan
dirinya terlebih dahulu, cuma yang membezakan adalah tahap kepentingan yang
diletakkan oleh seseorang pemimpin tersebut.
Ini kerana, masyarakat kini mempunyai tanggapan begitu adalah disebabkan
pemimpin MCA sentiasa berada dalam suasana dilema konflik atau krisis kuasa dan
keadaan ini menyebabkan masyarakat kaum Cina hilang keyakinan terhadap keupayaan
MCA untuk menjaga kepentingan masyarakat kaum Cina. Sejak dahulu lagi, MCA
dikategorikan sebagai sebuah parti yang mengikut langkah UMNO dan tidak mempunyai
kekuatan yang tersendiri dalam menyuarakan pandangan ataupun masalah rakyatnya serta
kurang membawa perubahan kepada masyarakat kaum Cina. Oleh itu, pemimpin parti
MCA perlu meminimakan kepentingan pada diri sendiri dan lebih fokus kepada
kepentingan atau perjuangan masyarakat kaum Cina, bagi mengembalikan semangat dan
sokongan mereka kepada parti MCA. Walau bagaimanapun, kadang-kala pemikiran
masyarakat kaum Cina adalah sukar untuk diramal kerana mereka ini boleh berubah
fikiran dan sokongan pada bila-bila masa. Misalnya, mereka ini meminta pertolongan
daripada parti MCA dan mendapat manfaat daripada parti MCA, tetapi semasa pilihan
raya mereka memberikan undi kepada parti yang lain.

119

5.2.5

Strategi MCA

Parti MCA kini berusaha untuk mencari pelbagai jalan alternatif untuk mengembalikan
sokongan masyarakat kaum Cina, menerusi pelbagai dasar dan polisi yang diperkenalkan.
Langkah ini diambil kerana pucuk pimpinan parti MCA sedar akan kekurangan sokongan
masyarakat kaum Cina terhadapnya, berikutan kekalahan teruk dalam pilihan raya umum
pada tahun 2008, dilihat sebagai sejarah yang berulang dalam pilihan raya umum yang
ketiga pada tahun 1969 serta kekurangan sokongan masyarakat kaum Cina dalam
beberapa pilihan raya kecil yang diadakan. Berdasarkan analisis yang dijalankan, adalah
sukar bagi MCA untuk mencari atau membentuk satu strategi yang benar-benar dapat
diterima oleh masyarakat kaum Cina kerana permintaan dan kehendak masyarakat kaum
Cina adalah pelbagai. Kegagalan MCA dalam memenuhi permintaan dan kehendak

mereka, maka MCA akan dilabelkan sebagai sebuah parti yang lemah dan mengikut
langkah UMNO, tetapi masyarakat kaum Cina tidak pernah memikirkan perjuangan
MCA pada suatu masa dahulu, terutamanya kepada penduduk perkampungan baru Cina.
Masyarakat kaum Cina hanya akan melihat pencapaian yang terkini dan
melupakan perjuangan MCA sebelum ini kerana masyarakat kaum Cina lebih
mementingkan diri mereka sendiri dan mereka ini tidak akan mempedulikan halangan
atau kekangan yang dihadapi oleh MCA dalam memperjuangkan kepentingan mereka.
Keadaan ini menjurus kepada pelbagai strategi yang diperkenalkan oleh parti MCA
seperti 1MCA Medical Fund, pengiktirafan sekolah persendirian Cina oleh kerajaan,
bantuan kerajaan kepada masyarakat kaum Cina dan sebagainya. Selain itu, cara kerja
MCA juga turut berubah supaya dapat menunjukkan kepada masyarakat kaum Cina,
bahawa MCA sebenarnya telah menjalankan kewajipannya dalam memperjuangkan dan
mempertahankan kepentingan mereka. Apa yang penting di sini adalah semua pemimpin
MCA perlu bekerjasama dan bermuafakat bagi mengurangkan krisis dalaman MCA
daripada terus berlaku serta memberikan imej yang baik kepada masyarakat umum,
terutamanya masyarakat kaum Cina.

120

5.3

SARANAN KEPADA PUCUK PIMPINAN MCA

Hasil daripada kajian ini, pengkaji berhasrat mengemukakan beberapa saranan kepada
pucuk pimpinan MCA demi untuk memastikan perjalanan parti MCA di masa hadapan
akan lebih baik dan sempurna. MCA adalah merupakan sebuah parti politik yang
mewakili masyarakat kaum Cina dalam parti komponen Barisan Nasional, maka tidak
hairan sekiranya MCA berhadapan dengan pelbagai permasalahan dalaman parti itu
sendiri kerana peranan yang ingin dipikul oleh MCA adalah sangat besar dan jumlah
keahlian agak ramai. Kegagalan MCA dalam mengawal tindakan ahlinya, juga dilihat
sebagai suatu perkara yang biasa kerana dalam mana-mana parti politik pasti akan
wujudnya konflik, cuma apa yang penting adalah cara untuk meminimakan risiko
daripada berlakunya konflik dalaman parti. Ini adalah bagi memastikan MCA sentiasa
bersedia dalam menghadapi pelbagai cabaran ataupun konflik yang berkemungkinan akan
berlaku.
5.3.1

Kerjasama bersepadu antara ahli

Dalam usaha untuk meminimakan risiko konflik dalam parti MCA, kesemua pemimpin
parti perlu duduk bersama, berbincang bersama dan mencari jalan penyelesaian secara
bersama. Kaedah ini dilihat dapat mengurangkan ketidakpuasan mana-mana ahli
kumpulan dan dapat mengelakkan berlakunya salah faham antara para pemimpin.
Perbincangan terbuka juga dilihat antara jalan penyelesaian yang terbaik, bagi
memberikan peluang kepada semua pemimpin dan ahli mengemukakan pandangan atau
cadangan masing-masing terhadap sesuatu permasalahan yang timbul. Penjelasan secara
terbuka juga boleh dilakukan oleh mana-mana pemimpin, dalam memberikan penjelasan
yang lebih terperinci kepada kesemua pemimpin yang lain dan ahli yang mempunyai
seribu satu tanda tanya. Ini kerana, konflik kadang-kala berlaku adalah disebabkan
kekaburan terhadap tindakan yang dilakukan oleh satu-satu pihak dan menimbulkan
keraguan di pihak yang lain.

121

Sekiranya, kesemua permasalahan yang timbul dalam parti MCA dapat


diselesaikan secara bersama dalam parti itu sendiri, maka ianya dilihat sebagai suatu cara
yang terbaik dalam mengurangkan kemungkinan berlakunya sesuatu konflik. Kerjasama
semua lapisan ahli dalam parti, amat penting untuk memastikan kelangsungan parti
sentiasa terjamin daripada sebarang masalah dalaman. Kegagalan dalam aspek ini, adalah
merupakan faktor utama yang menyebabkan konflik berlaku kerana kesemua pemimpin
mempunyai cara memimpin, bekerja dan sebagainya secara tersendiri. Ini juga akan
memberikan implikasi negatif kepada masyarakat kaum Cina, terhadap parti MCA yang
merupakan sebuah parti perwakilan mereka, tetapi sentiasa berhadapan dengan konflik
akibat daripada perebutan kuasa antara pemimpin. Untuk mengembalikan keyakinan
masyarakat, semua pemimpin dan ahli MCA perlu bekerjasama dan bermuafakat antara
satu sama lain.
5.3.2

Kepimpinan

Aspek kepimpinan adalah sangat penting dalam sesebuah organisasi ataupun parti politik,
seperti MCA kerana kelangsungan parti adalah bergantung kepada gaya kepimpinan
seseorang pemimpin dalam parti tersebut. Kegagalan pemimpin dalam memimpin parti
akan menyebabkan kejatuhannya di kemudian hari. Sebagai seorang pemimpin tertinggi
dalam parti politik yang penting sekali, ianya harus mempunyai nilai-nilai kepimpinan
yang tinggi seperti jujur, ikhlas, rajin, tegas, bertanggungjawab, peramah, amanah,
bertolak ansur, tiada persaingan kuasa, tidak ada kepentingan peribadi, sanggup memberi

peluang kepada yang lain dan sebagainya. Secara umumnya, pemimpin berkenaan mesti
mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi dan berwibawa, maka segala tindakan dan
keputusan yang dibuat, akan mendapat sokongan daripada pemimpin yang lain dan ahliahli dibawahnya.

122

5.3.3

Penggubalan semula undang-undang dan hak autoriti

Penelitian semula ke atas undang-undang atau peraturan-peraturan dalam parti MCA,


dilihat perlu bagi menggubal semula undang-undang yang memberikan kuasa penuh
kepada seseorang pemimpin. Tindakan ini diambil adalah bagi mengelakkan pemimpin
melakukan sesuatu perkara mengikut naluri hati seperti pilih kasih iaitu memilih orangorangnya untuk menduduki jawatan tertinggi dalam parti mahupun kerajaan, inilah antara
punca kebiasaanya menimbulkan ketidakpuasan pemimpin kumpulan yang lain dan akan
memulakan sesuatu konflik antara satu sama lain. Di mana, pemilihan calon untuk
mengisi kekosongan jawatan, harus menitikberatkan kepada keupayaan dan kebolehan
seseorang calon berkenaan dan bukannya disebabkan beliau adalah merupakan pengikut
setia mana-mana pemimpin. Ini yang berlaku dalam parti MCA, sejak dahulu hingga ke
hari ini. Pemimpin tertinggi juga harus menghindari daripada tindakan untuk memecat
ahli yang tidak sehaluan dengannya, sebagai langkah bagi menyelesaikan sesuatu
permasalahan yang timbul. Tindakan ini bukan sahaja gagal untuk menyelesaikan sesuatu
masalah, bahkan akan menambahkan lagi masalah baru kepada parti.
5.4

SUMBANGAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk memberikan dan menerangkan keadaan sebenar
terhadap sesuatu krisis yang melanda parti MCA. Kajian ini dilihat dapat membantu
MCA di masa hadapan, dalam menghadapi pelbagai rintangan atau halangan terhadap
krisis dalaman parti. Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu bahan rujukan
kepada parti MCA dan masyarakat umum, supaya lebih mendalami dan memahami
keadaan atau kedudukan MCA. Dalam usaha untuk meminimakan risiko krisis daripada
berulang dan menerusi kajian ini juga dapat memberikan saranan kepada pucuk pimpinan
MCA, demi untuk mengekalkan kestabilan parti serta mewujudkan perpaduan dalaman
parti politik. Ini kerana, saranan yang dikemukakan adalah berdasarkan dapatan kajian
yang diperolehi daripada hasil temubual bersama ahli MCA yang terpilih dan pandangan

123

yang dikemukakan dapat membantu pucuk pimpinan MCA, dalam menentukan halatuju
di masa hadapan kerana ianya berasaskan daripada kehendak ahli MCA.
Menerusi kajian ini, masyarakat kaum Cina dapat mengetahui dan menilai dengan
lebih mendalam perjuangan parti MCA terhadap kepentingan mereka. Selain itu, kajian
ini menyediakan sedikit sebanyak maklumat berkaitan dengan latar belakang sejarah
kedatangan orang Cina di Tanah Melayu. Ini dapat menambahkan lagi pengetahuan dan
pemahanan masyarakat kaum Cina terhadap asal-usulnya dan dapat melihat kepada
perkaitan kajian terhadap sejarah kedatangan orang Cina sehingga tertubuhnya MCA.
Pemilihan untuk melakukan kajian ini adalah disebabkan sehingga kini, masih tidak
mempunyai ramai sarjana yang melakukan kajian ke atas permasalahan krisis ini dan
kajian cuba untuk mengenal pasti faktor konflik yang berlaku sehingga masih tidak ada
satu jalan penyelesaian yang terbaik dalam mengatasi krisis yang berlaku. Kajian ini juga
merupakan salah satu bahan tambahan kepada masyarakat umum mengenai kedudukan
MCA yang sebenar.
5.5

PENUTUP

Krisis atau konflik yang berlaku dalam parti MCA merupakan sesuatu yang tidak dapat
dielakkan kerana ianya merupakan perkara biasa dan berlaku dimana-mana parti politik
ataupun organisasi. Krisis atau konflik dikatakan akan terus berlaku selagi pimpinan parti
atau organisasi itu, dipimpin oleh seorang yang bergelar manusia kerana setiap manusia
mempunyai pandangan, cadangan, pendapat, cara, kaedah dan sebagainya yang tersendiri
dan masing-masing tidak mahu berganjak untuk menunjukkan kebolehan dalam bidang
yang diceburi, maka akhirnya konflik adalah penamatnya. Ini dikenali sebagai lumrah
sebagai seorang manusia. Walaupun, krisis atau konflik dikatakan tiada penghujungnya
dan bukan bermaknanya tiada jalan penyelesaian yang lain, manusia harus berusaha untuk
meminimakan risiko krisis ataupun konflik daripada berlaku. Ianya adalah bergantung
kepada sejauhmana seseorang pemimpin parti itu sanggup untuk bekerjasama.

124

Semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dalam parti, untuk


memastikan perjalanan dan kelangsungan parti dapat berjalan dengan sempurna. Selain

itu, tidak dinafikan bahawa semua manusia inginkan kuasa dan kedudukan dalam politik,
bagi memastikan mereka berupaya menduduki tangga yang teratas dalam parti dan
keadaan inilah yang menyebabkan kebanyakkan pemimpin, menggunakan jalan pintas
untuk naik ke atas seperti melakukan fitnah, kritikan ke atas pihak yang lain, perangkap
dalam skandal dan sebagainya, ini semua adalah merupakan mainan politik semata-mata.
Oleh itu, semua pemimpin dalam parti MCA harus ingat bahawa jawatan yang dipegang
itu, adalah merupakan simbol dan kuasa yang diberikan oleh perwakilan MCA supaya
para pemimpin dapat menjalankan kewajipannya, dalam membantu masyarakat dan
bukannya untuk bermegah di dalam arena politik. Dalam dunia politik tiada yang
mustahil berlaku seperti hari ini berkuasa esok turun takhta.
Secara keseluruhannya, krisis atau konflik yang berlaku tidak akan membawa
sebarang keuntungan atau manfaat kepada mana-mana pihak, tetapi ianya akan membawa
kepada suatu keadaan yang lebih teruk dan menyebabkan berlakunya perpecahan dalaman
parti MCA. Ini secara langsung akan mempengaruhi reputasi parti MCA di mata kaca
masyarakat umum. Pemimpin tertinggi parti MCA, juga perlu ada niat atau kesediaan
untuk turun daripada jawatannya dan memberikan laluan kepada pemimpin yang lain,
sekiranya terdapat bantahan atau ketidakpuasan daripada ahli-ahli bawahannya, di mana
semua pemimpin harus bersikap professional dalam menangani sesuatu permasalahan
yang timbul, demi untuk mengekalkan tahap kepimpinan yang profesional. Jangan
sesekali seseorang pemimpin tersebut, bertindak atas kehendak naluri yang akan
menghancurkan imej dan kedudukan yang sedia ada di dalam arena politik akibat
daripada mengerjakan kuasa.
Untuk mengembalikan sokongan masyarakat kaum Cina, para pemimpin MCA
harus bersatu dan bekerjasama antara satu sama lain, tanpa mengira pegangan masingmasing kerana masyarakat kini telah pandai menilai dan akan membuat keputusan sebaik
tibanya pilihan raya nanti. Pemimpin yang pandai akan cuba untuk mengelakkan diri

125

daripada mana-mana konflik kerana akhirnya yang rugi adalah golongan yang berkonflik.
Konflik yang berterusan akan memberikan gambaran kepada masyarakat kaum Cina,
bahawa pemimpin MCA adalah lebih menitikberatkan kepada kepentingan peribadi
berbanding dengan kepentingan masyarakat kaum Cina. Pelbagai usaha keras perlu
dilakukan oleh parti MCA, supaya masyarakat kaum Cina dapat merasai perjuangan
mereka terhadap kepentingan umum. Sekiranya, parti MCA ingin mengembalikan

kemenangan pada pilihan raya seperti dahulu, maka perubahan secara berperingkat harus
dilakukan bagi mengubah pemikiran dan persepktif masyarakat kaum Cina terhadapnya.
Penerusan kajian ke atas isu-isu parti MCA atau masyarakat kaum Cina harus
diberikan perhatian memandangkan sehingga kini penghasilan karya akademik yang
berkaitan dengan kedua-dua perkara terbabit adalah sangat berkurangan. Harapan
pengkaji adalah untuk menyeru dan menggalakkan lebih ramai mahasiswa atau
mahasiswi, tidak kira samada di peringkat ijazah sarjanamuda, ijazah sarjana mahupun
ijazah doktor falsafah, supaya mempertimbangkan kajian penyelidikan tesis mereka ke
arah kedua-dua perkara diatas. Ini adalah bagi memastikan kajian yang berterusan, dalam
bidang ini dapat diteruskan serta dapat memberikan output kajian yang amat berguna
kepada masyarakat umum dan dunia akademik sebagai bahan rujukan. Ini penting, bagi
pengkaji dan masyarakat umum memahami perjuangan politik MCA dalam senario
politik di Malaysia.

126

RUJUKAN
Buku:
Ahmad Bashir Aziz & Mustapah Daud. 2004. Pengurusan Perbandingan. Sintok:
Universiti Utara Malaysia.
Ahmad Nidzammuddun Sulaiman & Zaini Othman. 2007. Kamus Sains Politik:
Politik Perbandingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Alice, S.R. 1990. Tun Dato Sir Cheng Lock Tan: Alice Scott-Ross. Part II: The
communist insurrection 1948-1953. British document on the end of
empire. London: HMSO.
Bass, B.M. 1990. Bass and Stogdills Handbook of Leadership: A Survey of
Theory and Research. New York: Free Press.
Blake, R.R. & Mouton, J.S. 1964. The Managerial Grid. Houston: Gulf
Publishing.
Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill
(Malaysia) Sdn. Bhd.
Crouch, H., Lee, K.H. & Michael Ong. 1980. Malaysian Politics and the 1978
Election. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
George, W., Dhingra, O.P. & Agarwal, N.L. 1974. The Manager and the Men: A
Cross-cultural Study of Personal Values. Ohio: Kent State University
Press.

Hall, D.G.E. 1979. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Heng Pek Hoon. 1988. Chinese Politics in Malaysia: A History of the Malaysian
Chinese Association. Singapura: Oxford University Press.
Ho Kin Chai. 1984. Malaysian Chinese Association: Leadership Under Siege.
Ipoh: Chee Leong Press (M) Sdn. Bhd.
Institut Tadbiran Awam Negara. 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur: INTAN.
Lao Zhong. 1984. The Struggle for MCA. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.

127

Lee Kam Hing. 1979. MCA dalam Peralihan: 1956-1959. Kuala Lumpur:
Persatuan Sejarah Malaysia.
Likert, R. 1961. New Patterns of Management. New York: McGraw-Hill.
Loh Kok Wah. 1982. The Politics of Chinese Unity in Malaysia: Reform and
Conflict in the Malaysian Chinese Association, 1971-73. Singapura:
Maruzen Asia.
Lotfi Ismail. 1976. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors.
Maizatul Haizan Mahbob & Mohamad Zain Musa. 2005. Tinjaunan Baru Politik
Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Means, G.P. 1970. Malaysian Politics. London: University of London Press Ltd.
Michels, R. 1959. Political Parties. New York: The Face Press.
Milne, R.S. & Mauzy, D. 1978. Politics and Government in Malaysia. Singapura:
Federal.
Mohd. Foad Sakdan. 1999. Pengetahuan Asas Politik Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Reduan Asli. 1993. Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaya. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mustafa Ishak & Afifi Abdul Razak. 2006. Politik dan Pemerintahan Negara.
Kuala Lumpur: Thomson.
Oong Hak Ching. 2005. Pandangan baru mengenai penubuhan Persatuan Cina
Malaysia dan peranan Tan Cheng Lock. Dlm. Maizatul Haizan Mahbob &
Mohamad Zain Musa (pnyt.). Tinjaunan Baru Politik Malaysia, hlm. 125142. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Palmer, M. 1980. Dilemmas of Political Development: An Introduction to the
Politics of the Developing Areas. Illinois: F.E. Peacock Publishers.

Peter, G.N. 2010. Leadership: Theory and Practice. United States of America:
SAGE Publications, Inc.
Porter, G. & Beyerlein, M. 2000. Historic Roots of Team Theory and Practice. In
M.M. Beyerlein (Eds.), Work Team: Past, Present and Future (pp. 3-24).
Dordrecht, Netherlands: Kluwer.

128

Purcell, V. 1967. The Chinese in Malaya. London: Oxford University Press.


Rubin, H. & Rubin, I. 1995. Qualitative Interviewing: The Art of Hearing Data.
Thousand Oaks, CA: Sage
Schutt, R.K. 2008. Investigating the Social World: The Process and Practice of
Research. 6th Edition. USA: Pine Forge Press.
Sidek Fadzil. 1970. Sejarah Orang China Di-Tanah Melayu. Kelantan: Pustaka
Aman Press.
Stogdill, R.M. 1974. Handbook of Leadership: A Survey of Theory and Research.
New York: Free Press.
Strauch, J. 1981, Malaysia: Local level Politics in a rural Chinese Sanchun.
London: Harvard University Press.
Syed Ahmad Hussein. 1994. Pengantar Sains Politik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Tan Liok Ee. 1997. Tan Cheng Lock dalam Abdullah Zakaria Ghazali dan Adnan
Haji Awang (Pnyt.) Biografi tokoh-tokoh pilihan Malaysia. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Ting Chew Peh & Goh Teck. 1984. Krisis MCA: Ujian Prinsip Demokrasi.
Negeri Sembilan: Penerbit Abadi.
Vasil, R.K. 1980. Ethnic Politics in Malaysia. New Delhi: Radiant Publishers.
Zainal Abidin Abd. Wahid. 1971. Sejarah Malaysia Sa-pintas Lalu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zakry Abadi. 1990. Mahathir Machiavelli Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana
Enterprise.
Makalah:
Fleishman, E.A. 1953. The description of supervisory behavior. Journal of
Personnel Psychology 37: 1-6.
Heng Pek Hoon. 1980. The social and ideological origins of the malaysian chinese
association. The 8th Conference International Association of Historians of
Asia Ogos: 1-10.

129

Jago, A.G. 1982. Leadership: perspective in theory and research. Journal of


Management Science 28(3): 315-336.
Jung, D. & Sosik, J.J. 2006. Who are the spellbinders? Identifying personal
attributes of charismatic leaders. Journal of Leadership & Organizational
Studies 12: 12-27.
Lim San Kok. 1971. Some aspects of the malayan chinese association, 1949-69.
Journal of the South Seas Society 26(2): 32-35.
Lord, R.G., DeVader, C.L. & Alliger, G.M. 1986. A meta-analysis of the relation
between personality traits and leadership perceptions: an application of
validity generalization procedures. Journal of Applied Psychology 71: 402410.
Philipp, A.S., Ik-Whan, G. K., Dongchul, H. & Mueun, B. 1998. Leadership and
power relationships based on culture and gender. Journal Women in
Management Review 13(6): 208-216.
Roff, M. 1965. The malayan chinese association, 1948-65. Journal of Southeast
Asian History 6(2): 40-53.
Soh Eng Lim. 1960. Tan Cheng Lock: His leadership of the malaysian chinese.
Journal of Southeast Asian History 1(1): 29-55.
Stewart, G.L. & Manz, C.C. 1995. Leadership for self-managing work teams: a
typology and integrative model. Journal of Human Relations 48(7): 747770.
Stogdill, R.M. 1948. Personal factors associated with leadership: a survey of the
literature. Journal of Psychology 25: 35-71.
Zaccaro, S.J., Rittman, A.L. & Marks, M.A. 2001. Team leadership. Journal of
Leadership Quarterly 12: 451-483.
Akhbar:
Berita Harian. 1990. 12 Julai.
Berita Harian. 2010. 17 Mac.
New Straits Times. 1977. 31 Disember.
New Straits Times. 1984. 20 Mac.

130

The Star. 1990. 13 Julai.


Utusan Malaysia. 1985a. 7 September.
Utusan Malaysia. 1985b. 2 November.
Utusan Malaysia. 2001a. 8 Jun.
Utusan Malaysia. 2001b. 9 Jun.
Utusan Malaysia. 2001c. 27 Jun.
Utusan Malaysia. 2001d. 8 Oktober.
Utusan Malaysia. 2009a. 3 November.
Utusan Malaysia. 2009b. 16 November.
Utusan Malaysia. 2009c. 19 November.
Utusan Malaysia. 2009d. 29 November.
Utusan Malaysia. 2009e. 30 November.
Utusan Malaysia. 2009f. 16 Disember
Utusan Malaysia. 2009g. 29 Disember
Utusan Malaysia. 2010a. 14 Februari
Utusan Malaysia. 2010b. 28 Mac
Laman Sesawang:
Barisan Nasional. 2011. Component Parties. http://www.bn.org.my/parties.html
[15 April 2011].
Malaysian
Chinese
Association.
2007.
Perlembagaan
Parti.
http://www.mca.org.my/ English/Party%20Constitution/Pages/default.aspx
[23 Julai 2010].
Perpustakaan Negara Malaysia. 2000. Sejarah malaysia: tokoh-tokoh kebangsaan.
http://www.sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm02&
spesifik_id=94&ttl_id=5 [6 Julai 2010].

131

Tesis:
Low Chin Huat. 1989. Sejarah perjuangan Tun H. S. Lee dalam bidang politik
1900-1955. Tesis Sarjanamuda, Program Sejarah, Fakulti Sains
Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Schaefer, A.N. 1968. Chinese Political Consciousness in Postwar Malaya 19461957: A Historical Study. Tesis M.A., Universiti Utara Illinios.
Yong Pow Ang. 1976. Race Relation in Malaysia: A Study of Continuity and
Change. Tesis B.A., University of Singapore.
Dokumen Awam:
CO 717/182. 1949. Review of Chinese Affairs, 27 Februari 1949.
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956. 1956. Kuala Lumpur: Caxton Press Ltd.

Anda mungkin juga menyukai