Anda di halaman 1dari 1

Sekiranya saya seorang pengetua atau guru besar, saya akan memilih Teori

Kepimpinan Transformasi Burns(1978) dan Bass(1985).


Kepimpinan transformasi merupakan satu proses di mana para pemimpin dan
pengikut saling meningkatkan diri ke peringkat tertinggi bagi morality dan motivasi.
Dengan ini pemimpin cuba menjana idea untuk meningkatkan subordinat melalui kuasa
rujukan kepada idea-idea perubahan yang tinggi.
Sebagai seorang guru besar atau pengetua, saya akan bekerja untuk mengubah
nilai kepercayaan guru-guru dan staf sekolah untuk mengubah budaya sesebuah
organisasi. Teori ini lebih kepada meningkatkan kecekapan kerja berpasukan. Kita saling
menyokong ke tahap motivasi yang tinggi dalam menjalankan tugas. Guru besar menjadi
role model yang unggul. Apabila bekerja satu-kepada-satu, guru besar mengamalkan
timbang rasa terhadap individu. Dorongan intelektual dan pertimbangan secara individu
diberi dari semasa ke semasa. Amalan ini mempunyai matlamat untuk mencapai visi dan
misi organsiasi, mewujudkan iklim sekolah yang kondusif, meningkatkan moral dan
paradigma guru, mewujudkan kerjasama dan komitmen kerja yang tinggi serta sekaligus
mewujudkan budaya kerja berpasukan.
Kekuatan Teori Kepimpinan Transformasi Burns(1978) dan Bass(1985)
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Guru Besar/pengetua memahami kehendak dan keperluan pengikutnya.


Kehendak,nilai dan moral kakitangan sekolah diiktiraf.
Pencorak dan penggalak kepada wawasan.
Meningkatkan kecekapan kerja berpasukan dan Identity pasukan.
Meningkatkan kepercayaan dan semangat kekitaan.

Kelemahan Teori Kepimpinan Transformasi Burns(1978) dan Bass(1985)


i.
ii.
iii.

Ketidakupayaan guru besar/pengetua memenuhi keperluan setiap kakitangan


sekolah.
Bersifat elit dan corak kepimpinan berorentasikan pencapaian matlamat jangka
panjang.
Organisasi menjadi terlalu bergantung kepada pemimpin.

Secara kesimpulannya, sekiranya saya seorang guru besar, saya akan


mengamalkan teori Kepimpinan transformasional. Teori ini adalah suatu keperluan dalam
organisasi kerana teori kepimpinan yang klasik sudah tidak sesuai bagi memenuhi
perubahan matlamat dan amalan kepimpinan semasa (Bass, 1985).