Anda di halaman 1dari 4

Pandangan Islam Terhadap Harta

Islam memandang harta berdasarkan kepada kitab Al-Quran yang berkaitan dengan
kehidupan seharian masyarakat, alam dan manusia sejagat serta hak milik individu
seseorang. Kenyataan ini, berpunca daripada asas iman seseorang itu kepada Allah.
Oleh itu, hubungan manusia dengan alam sekitar adalah terikat dengan pelbagai
tanggungjawab, dan manusia juga berhak mendapat pelbagai hak yang adil dan
seimbang ke atas sesuatu harta.
Dalam islam ada terdapat beberapa pandangan yang menerangkan tentang harta.
Pandangan-pandangan ini dapat diterang kan seperti berikut:
1. Allah SWT maha pencipta. Justeru, hak mutlak yang memiliki seluruh alam
semester di atas muka bumi ini serta harta benda didalam isinya adalah hak milik
Allah SWT. Harta yang dimiliki oleh umat manusia adalah bersifat berubah-ubah
dan mempunyai batasan, dimana ia hanya digunakan untuk melaksanakan tugas
dan amanah dalam menguruskan serta memanfaatkan harta tersebut mengikut
haluan yang benar sesuai dengan ketentuan Allah SWT.
2. Kedudukan harta yang dimiliki manusia adalah seperti berikut:
i. Harta merupakan tanggungjawab serta amanah dari Allah SWT kepada
umatnya.
ii. Harta merupakan perhiasan hidup.
iii. Harta merupakan ujian keimanan bagi umat manusia.
iv. Harta merupakan bekal untuk beribadah.
v. Harta merupakan kenikmatan yang perlu disyukuri
3. Dalam memiliki harta sendiri, usaha perlu ada dalam mencari dan memiliki serta
memperolehi melalui jalan yang halal sesuai dengan peraturan yang telah
ditetapkan mengikut perintah Allah SWT. Menurut Hadis Riwayat Ahmad,
"Sesungguhnya Allah SWT mencintai hamba-Nya yang bekerja. Barang siapa
yang bekerja keras mencari nafkah yang halal untuk keluarganya maka sama
dengan berjihad di jalan Allah SWT".

4. Islam

mengharamkan

umatnya

melakukan

perkara

yang

haram

untuk

memperoleh sesuatu harta. Antara aktiviti-aktiviti haram di sisi Islam adalah riba,
perjudian, membeli dan menjual barangan secara haram, mencuri, merompak,
menipu, dan melalui rasuah.
5. Merupakan Iman kepada hari akhirat. Pada hari akhirat, segala dosa dan pahala
manusia akan dihitung berdasarkan perkara-perkara yang mereka lakukan ketika
mereka masih bernyawa di dunia termasuklah bagaimana mereka menguruskan
harta mereka dan mereka akan ditanya dari mana harta tersebut diperolehi dan
bagaimana digunakan, semua persoalan akan dijawab oleh tubuh anggota
badan mereka.

Kedudukan Harta Dalam Islam


Kedudukan harta bagi manusia sangat banyak sehingga Allah SWT menyuruh manusia
untuk memperoleh, memiliki dan memanfaatkannya bagi kehidupan mereka dan Allah
SWT melarang mereka daripada berbuat sesuatu yang akan merosakkan dan
menghapuskan harta tersebut.
Kedudukan harta yang dimiliki manusia adalah seperti berikut:
1. Harta merupakan tanggungjawab serta amanah dari Allah SWT kepada
umatnya
Ini kerana, setiap harta benda yang manusia miliki merupakan milik Allah SWT. Oleh itu,
harta yang dimiliki oleh manusia merupakan amanah dari Allah SWT kepada umatnya
yang harus digunakan dengan sebaik-baiknya dan untuk mendapatkan keredhaannya.
Allah SWT telah memerintahkan kepada umatnya untuk memberikan sebahagian harta
yang mereka miliki kepada yang berhak menerimanya, seperti fakir miskin.

2. Harta merupakan ujian dan perhiasan hidup

Harta membolehkan manusia menggunakannya dengan sebaik-baiknya dalam


menikmati tanpa berlebih-lebihan. Ini kerana, manusia mempunyai sering alpa dan
mempunyai kecenderungan yang kuat dalam memiliki, dan menguasai harta. Selain itu,
menurut pandangan Islam, harta juga sering menyebabkan manusia besifat bongkak,
sombong, ujub serta takhbur dalam diri manusia.

3. Harta merupakan ujian keimanan bagi umat manusia


Ini kerana, melalui harta, tahap keimanan seseorang umat itu dapat dinilai dan dapat
mengambil berat tentang keimanan seseorang umat manusia tentang bagaimana cara
untuk mendapatkan dan menggunakan harta tersebut, sama ada mengikut ajaran Islam
atau tidak.
4. Harta merupakan bekal untuk beribadah
Seseorang manusia dapat meningkatkan ibadah mereka terhadap Allah SWT melalui
harta dengan menggunakan harta tersebut dengan betul dan mematuhi ajaran Islam
serta melaksanakan muamalat di kalangan rakyat seperti derma dan sedekah.
5. Harta merupakan kenikmatan yang perlu disyukuri
Allah SWT juga memerintahkan umatnya untuk mensyukuri nikmat yang diberikan
olehnya seperti harta. Ini kerana Allah SWT ingin melihat siapa di kalangan umatnya
yang mampu mensyukuri nikmat tersebut. Jika mereka mensyukurinya, Allah SWT akan
melimpahkan atau menggandakan kenikmatan ke atas mereka. Syukur adalah amalan
yang sangat besar.

References
Djazuli, A. (2003). Fiqh Siyasah Implementasi Kemaslahatan Ummat Dalam Ramburambu Syariah. Bandung: Prenada Media.
Mardani. (2012). Fiqh Ekonomi Syariah. Jakarta: Kencana Prenada Media Group.
Suhendi, H. (2010). Fiqh Muamalah. Jakarta: PT. Raja Grafindo Persada.

Syafei, R. (2001). Fiqh Muamalah. Bandung: CV. Pustaka Setia.


Syarifuddin, A. (2003). Garis-garis Besar Fiqh. Jakarta: Prenada Media.

Anda mungkin juga menyukai