Anda di halaman 1dari 1

6.

0 Cadangan Kajian Seterusnya


Kami bercadang untuk meneruskan kaedah ini dalam bab-bab yang seterusnya bagi mata
pelajaran Sejarah. Kaedah ini dapat menarik pelajar terlibat secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran serta mengurangkan rasa bosan pelajar di dalam kelas.
Kaedah ini juga sesuai dengan tahap kelulusan dan pengetahuan pelajar.
Pada umumnya untuk mencapai tahap pengajaran dan pembelajaran yang efektif,
pihak guru dan sekolah haruslah memainkan peranan masing-masing. Guru perlu
membuat perancangan yang teliti dan mengenalpasti pendekatan, kaedah, dan teknik
yang sesuai dengan tahap pengetahuan pelajar. Bagi pelajar yang kurang pandai, guru
harus menggunakan kaedah uang menarik bagi melibatkan pelajar semasa P & P. Jika
guru asyik mengejar sukatan mata pelajaran dan tidak menumpukan kepada pelajar,
pelajar akan mudah bosan seterusnya hilang minat belajar mata pelajaran tersebut.
Kami juga bercadang untuk mencipta lebih banyak set soalan berdasarkan teknik
Pencerapan Komik SZ. Walaupun ini akan mengambil masa yang lama, saya percaya
bahawa jika set soalan ini disediakan, ia dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada
pelajar tetapi juga kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah.
Bagi mengatasi masalah nota pelajar, kami bercadang untuk menggalakkan
pelajar membuat nota berbentuk grafik. Nota berbentuk grafik mudah dibuat dan boleh
dibawa ke mana sahaja kerana ia dibuat didalam kad-kad yang kecil. Pelajar boleh
membaca nota-nota tersebut semasa berada di dalam bas, atau di mana sahaja jika ada
waktu terluang. Walau bagaimanapun, nota ringkas ini tidak akan berfungsi jika pelajar
tidak membuat ulangkaji secara berterusan dan tidak pandai menguruskan masa dengan
baik.
Saya juga bercadang untuk mengadakan latihan menjawab soalan objektif secara
latih tubi kepada pelajar apabila hampir dengan waktu peperiksaan. Melalui kaedah ini
secara tidak langsung pelajar juga mengulangkaji pelajaran bagi bab-bab yang telah
dipelajari. Soalan-soalan akan diambil daripada buku-buku latihan yang disediakan oleh
pihak sekolah. Perbincangan jawapan harus diutamakan bagi mengesan kesilapan pelajar
seterusnya membetulkan kesilapan tersebut.