Anda di halaman 1dari 1

Belalang

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang
cerdik pandai, guru - guru dan rakan - rakan sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini
ialah Belalang.
Di sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan
menari.
Setiap hari, belalang akan menyanyi, menari dan melompat dari satu pokok
ke pokok yang lain.
Pada suatu hari, belalang mencari semua rakan-rakannya untuk bermain.
Tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk
berlindung sebelum musim hujan tiba.
Belalang tidak percaya hujan akan tujun. Ia asyik menyanyi dan menari.
Kemudian, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan.
Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar
tetapi di rumahnya tiada makanan.
Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan, katanya dalam hati.
Belalang kembali tidur.
Belalang menyesal kerana tidak mendengar nasihat rakannya untuk mencari
makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit.
Lebah mencari belalang yang sudah lama tidak dilihat. Barulah lebah tahu
bahawa belalang sudah jatuh sakit.
Saya akan membawa makanan, kata lebah kepada belalang.
Akhirnya belalang sembuh dan dia insaf dengan perangainya.
Pengajaran cerita:
1) kita perlulah menerima nasihat daripada orang lain
2) kita perlulah rajin mencari rezeki
Sekian dahulu cerita saya. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai