Anda di halaman 1dari 10

BAB1

PENGENALAN

Ajaran sesat adalah satu istilah yang terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia sejak
kebelakangan ini terutamanya pihak birokrasi agama dan media arus perdana di Malaysia.
Namun demikian ,masih terdapat istilah dan definisi lain yang juga digunakan dalam media
hari ini yang mempunyai makna lebih kurang sama dengan ajaran sesat iaitu ajaran salah
,pencemaran ,dan penyelewengan akidah.

Ajaran sesat juga boleh didefinisikan sebagai sebarang ajaran atau amalan yang dibawa
oleh orang-orang Islam atau orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan
tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan hakikatnya
ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan daripada Islam yang berdasarkan Al Quran
dan al Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Menurut Tafsir Pimpinan Ar Rahman ,Halaman 45 ,orang-orang yang sesat ialah orangorang yang tidak berpengetahuan agama yang betul kerana dipelajari dengan tidak menurut
peraturan dan jalan sebenarnya.

Masyarakat Islam di negara ini merupakan masyarakat yang terbuka dan penuh dengan
sikap toleransi. Justeru pengaruh luar begitu mudah diterima dan mempengaruhi keadaan
sekitar masyarakat Islam. Guru-guru yang menganjurkan sesuatu ilmu atau amalan salah ini
selain daripada anak tempatan juga terdiri daripada yang datang dari luar negeri. Mereka
menggelarkan diri mereka sebagai tokoh-tokoh agama serta mempunyai ciri-ciri personaliti
yang agak berbeza dengan orang awam, sama ada dari segi rupa paras, bentuk pakaian dan
tingkah laku (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2007: 140).

Ciri-ciri ajaran sesat yang terdapat dalam ajaran-ajaran sesat di Malaysia adalah seperti
berikut :

i-

Mengaku dirinya atau gurunya sebagai nabi dan mendakwa menerima wahyu.

ii-

Mempercayai adanya nabi-nabi lain selepas Nabi Muhammad s.a.w

iii-

Mempercayai wahyu masih lagi turun selepas wafatnya Rasulullah s.a.w

iv-

Mengaku dirinya atau gurunya sebagai imam Al Mahdi atau mempercayai bahawa
orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia yang istimewa
seperti ImamAl Mahdi dan sebagainya.

v-

Mempercayai bahawa roh orang yang mati menjelma semula ke dalam jasad
orang yang masih hidup.

vi-

Mendakwa pengikut-pengikut ajaran/tarikatnya sahaja yang dijamin masuk


syurga.

vii-

Mendakwa gurunya memegang kunci pintu syurga.

viii-

Mempercayai bahawa gurunya boleh menebus dosa dengan wang

ix-

Mendakwa bahawa semua agama adalah sama.

x-

Mempercayai bahawa orang yang telah mati boleh member pertolongan apabila
diseru namanya.

xi-

Memohon kepada benda-benda tertentu seperti batu ,cincin ,dan sebagainya untuk
sampai kepada Tuhan.

xii-

Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin
dengan tujuan untuk mendapat anak yang soleh.

xiii-

Mengaku Allah menjelma di dalam dirinya.

xiv-

Mendakwa atau mengaku dirinya sebagai wakil Nabi yang boleh member syafaat
kepada muridnya.

xv-

Mendakwa ajaran atau tarikatnya yang diamal sekarang diambil terus Rasulullah
s.a.w secara jaga.

xvi-

Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah
melaui Nur Muhammad yang berada dalam dirinya dan dengan demikian di
dakwa pasti masuk syurga.

xvii-

Memansuhkan syariat-syariat Islam seperti sembahyang ,puasa ,haji ,dan


membuat syariat baru.

xviii- Meninggalkan sembahyang Jemaah kerana mengamalkan suluk.


xix-

Mendakwa bahawa Ibadat Haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah ,tetapi


boleh ditunaikan di tempat-tempat yang lain.

xx-

Mengubah dengan sengaja ayat al Quran da maksudnya.

xxi-

Mengaku dan mempercayai bahawa azimat (tangkal) boleh member kesan.

xxii-

Mendakwa bahawa setiap yang zahir ada batinnya dan setiap ayat yang diturunkan
ada takwilnya seperti puasa ,zakat ,haji ,nikah ,dan sebagainya ada batinnya.
Mereka mendakwa orang yang mengamalkan syariat hanya kulit dan tidak sampai
kepada matlamat sebenar.

Firman Allah S.W.T :


Maksudnya: Iblis berkata: "Wahai Tuhanku ! Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka)
demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan
zuriatnya di dunia ini, dan Aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara
zuriat-zuriat Adam itu hamba-hamba-Mu yang dibersihkan dari sebarang syirik". (Surah alHijr; 15: 39-40)

1.2

Permasalahan Kajian

i-

Kewujudan perkembangan ajaran sesat menyebabkab pengkaji perlu


mengenalpasti secara terperinci dan sahih tentang ajaran sesat yang terdapat di
Malaysia khususnya di Terengganu.

ii-

1.3

Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai beberapa objektif iaitu :

1) Sejarah perkembangan ajaran sesat di Terengganu.

2) Kronologi ajaran sesat di Terengganu.

3) Faktor penyebaran ajaran sesat di Terengganu.

SEJARAH PERKEMBANGAN AJARAN SESAT DI TERENGGANU

Titik bermulanya kemunculan ajaran sesat dan penyelewengan akidah Islam sebenarnya
bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Sejarah telah membuktikan bahawa akidah Islam
pada mulanya sampai kepada umat Islam Terengganu adalah sejak kedatangan Islam ke
Terengganu pada abad yang ke-14M berdasarkan penemuan Batu Bersurat Terengganu
bertarikh 22 Febuari 1303M.

Perbincangan mengenai kedatangan Islam di Terengganu merupakan satu isu terpenting


kerana Terengganu merupakan antara negeri terawal yang menerima kedatangan Islam.
Persoalan berkenaan kemunculan ajaran sesat dalam kalangan masyarakat Islam di
Terengganu tidak dapat dijelaskan dengan tepat namun dapat dijelaskan melalui fakta sejarah
yang dilakarkan oleh manusia sendiri adalah antara faktor yang menyumbang kepada
pertumbuhan dan kemunculan ajaran sesat di negeri itu.

Latar belakang sejarah sesuatu kebudayaan yang wujud pada masa kini hanya akan
dapat diterangkan apabila diketahui tentang cirri-ciri masa lampaunya. Namun ,penting juga
diambil perhitungan bagaimana dan sejauh mana unsure daripada pelbagai peradaban atau
kebudayaan itu telah berpadu dengan harmoni atau sebaliknya dalam sesuatu kebudayaan itu
sebagai satu system hidup. (Mohd. Taib Osman 1977 ,3).

Secara ringkasnya dapat diberi misalan daripada budaya orang Melayu ,persambungan
dan perubahan berlaku setiap kali tibanya pengaruh daripada peradaban-peradaban luar ;
pertamanya daripada peradaban India ,kemudian peradaban Islam dan mulai abad yang lepas
di Semenanjung Tanah Melayu secara menyeluruh daripada peradaban Barat moden. Pada

setiap kali tibanya pengaruh budaya dari luar itu ,maka budaya yang sedia ada member
persambungan di samping munculnya cirri-ciri yang mengasaskan perubahan bdaya. (Mohd.
Taib Osman 1983 ,2).

Terdapat beberapa teori yang dapat dijadikan sebagai rujukan dalam mendalami
definisi atau tujuan ajaran sesat yg berlaku di sesuatu tempat khususnya di Terengganu. Teori
ini di jelaskan daripada beberapa tokoh terkenal yang dikelaskan sebagai sistem agama dan
kepercayaan asli. Demikianlah antara beberapa teori asal usul kepercayaan asli yang masih
dianuti dan dipercayai oleh sebahagian orang Melayu.

Sebelum kedatangan pengaruh Hindu-Buddha dan kedatangan Islam ke negeri


Terengganu ,orang Melayu pada zaman prasejarah dikatakan beregang pada sistem agama
dan kepercayaan asli atau kepercayaan primitive sebelum datangnya pengaruh luar. Zaman
prasejarah atau zaman sebelum sejarah dikatakan tidak mempunyai catatan dalam bentuk
tulisan. Jelasnya ,ia adalah suatu zaman pratulisa (nirleka) atau prakenal huruf. Kadangkadang terdapat masyarakat peribumi di tempat tertentu belum mengenal huruf ,tetapi kisah
tentang mereka dicatat oleh orang luar yang sudah pandai menulis. Di sinilah timbulnya
konsep protosejarah iaitu sejarah peribumi yang berdasarkan catatan orang luar. Akhirnya
,apabila di kalangan mereka sendiri sudah pandai menulis ,maka bermulalah zaman sejarah.
(Abdul Rahman Abdullah 2000 ,1).

Sistem agama dan kepercayaan asli yang dianuti oleh orang Melayu tidak dapat
dilarikan daripada unsur-unsur animism .dinamisme ,magis , dan mitos. Kepercayaan
anismisme pada dasarnya bertolak daripada premis adanya alam natural dan alam
supernatural atau alam nyata dan alam ghaib Daripada premis ini maka terbentuklah konsep

animisme sebagai suatu kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai jiwa atau roh yang
bersifat bebas daripada manusia tetap mencampuri urusa manusia. Bagi Edward B. Taylor ,ia
adalah doktrin tentang roh dan semangat. ( Abdullah Taib 1985 ,192).

Kepercayaan animisme ini biasanya muncul dalam bentuk umum dan khusus. Dalam
bentuk umum ,terdapat kepercayaan kepada mana-mana makhlus halus dan ghaib yang
berasal daripada roh orang mati yang biasanya disebut hantu. Sedangkan dalam bentuk
khususnya ,terdapat kepercayaan kepada roh nenek moyang yang menjadi asas kepada
amalan pemujaan nenek moyang. (Abdullaah Taib 1985 ,192).

Kepercayaan dinamisme seperti animisme juga menganggap setiap benda mempunyai


jiwa atau roh. Berbeza daripada animisme ,dinamisme yang mempercayai bahawa jiwa atau
roh itu mempunyai daya kekuatan atau tenaga. Kekuatan inilah yang disebut mana dalam
tradisi Polinesia atau semangat dalam tradisi Melayu. ( Abdul Rahman Abdullah 2000 ,29).

Berdasarkan kepercayaan kepada semangat tersebut ,orang Melayu mempercayai yang


ia wujud di mana-mana sahaja ,baik pada alam mahupun pada manusia sendiri. Pada alam
umpamanya ,ia wujud di laut ,di darat ,di pantai , pada tumbuhan ,haiwan ,dan benda-benda
lainnya. Tentang semangat di darat ,terdapat kepercayaan yang tempat atau kawasan tertentu
mempunyai pennggunya. Sebab itu ,sebelum seseorang utu melakukan kerja di situ ,bukan
sahaja perlu meminta izin daripada penunggu di tempat itu ,bahkan perl mematuhi pantang
larang ,menjampi serta menjamu. Demikian juga semangat di laut ,sungai , atau pantai demi
untuk menjamin keselamatan diri sebagai nelayan ,maka pelbagai keercayaan dan pantang
laranag ,menjamu ,dan memuja yang mesti dilakukan. ( Abdul Rahman Abdullah 2000 ,2930).

Kepercayaan animisme dan dinamisme dalam pelbagai bentuk dan rupa ini mempunyai
kaitan rapat dengan peranan bomoh dan pawang yang termasuk dalam kepercayaan magis.
Konsep magis merujuk kepada suatu perkara ghaib atau luar biasa ,serta usaha untuk
mengawal kekuatan ghaib ini bagi memecahkan persoalan-persoalan kehidupan. Dan orang
yang dipercayai dapat melakukan pekerjaan dan urusan ghaib ini ialah shaman iaitu bomoh
atau pawang. (Winstedt 1982 ,7-13).

Dari segi kedudukannya ,seorang bomoh itu adalah orang yang sangat dihormati dan
ditakuti oleh masyarakatnya. Kerana peranannya yang penting membantu masyarakatnya dan
ditakuti kerana mempunyai kuasa ghaib. Dalam soal yang kedua ini ,kegiatan seorang bomoh
adalah berhubung dan menguasai kekuatan ghaib untuk mengubat penyakit. Peranan ini
selaras dengan premis perubatan tradisional yang lebih bersandar pada kuasa ghaib ,berbeza
dengan premis perubatan moden yang berdasarkan keterangan empiris dan rasional. ( Mohd.
Taib Osman 1983 ,117).

Seterusnya ,konsep mitos pada masa kini dianggap sebagai cerita dongeng sahaja. Pada
zaman purba ,mitos termasuk dalam system kepercayaan yang mendewakan benda-benda
alam semula jadi seperti bulan ,bintang ,matahari ,dan lain-lain. Benda-benda ala mini diberi
bentuk metafora atau symbol-simbol agama. (Mohd. Taib Osman 1983 ,34). Walaupun kini
semuanya itu dianggap tidak saintifik dan tergolong sebagai kisah dongeng atau khayalan
,tetapi dahulu semuanya itu dianggap sebagai kebenaran atau keyakinan belaka. ( Mohd. Taib
Osman 1983 ,35).

Kepercayaan kepada adanya jiwa ,roh ,atau semangat yang dapat mempengaruhi
kehidupan manusia dapat dikesan melalui mitos ,lagenda ,dan memorates yang berasaskan
pengalaman masyarakat peribumi. Mitos ialah cerita tentang dewa-dewi dan makhluk luar
biasa yang menjadi asas kepercayaan dan sistem agama. Sedangkan lagenda adalah cerita
tentang kejadian alam ,keramat ,pusara ,dan pokok yang dianggap berpuaka mahupun
bersangkutan dengan roh seseorang yang terkenal di tempat tertentu. Ia dinamakan lagenda
kerana cerita itu mempunyai makna di dalam kehidupan masyarakat yang mengalaminya.
Memorates pula ialah cerita daripada pengalaman terhadap alam supernatural seperti cerita
tentang hantu ,toyol ,pontianak , dan sebagainya. ( Mohd. Taib Osman 1982 ,33-38).

Pengaruh agama Hindu-Buddha juga melanda Terengganu hasil daripada limpahan


pengaruh agama itu merupakan suatu unit terkecil pada kerajaan-kerajaan besar seperti
Suwarnabhumi ,Majapahit ,Melaka ,Siam ,dan sebagainya. Kuala Berang adalah sebuah
pelabuhan antarabangsa yang penting di kawasan pantai timur Semenanjung yang dikatakan
mempunyai hubungan dengan Champa , Tambralinga dan sebagainya. Tetapi dengan
kebangkitan kerajaan San-fo-Chi (Suwarnabhumi/Sriwijaya) di Jambi ,Kuala Berang atau
Terengganu menjadi negeri bawahan Suwarnabhumi/Sriwijaya. Keadaan ini terus
berlanjuran walaupun Terengganu sudah menerima agama Islam (Abdullah Rahman Abdullah
2000 ,85)

Mahayudin Haji Yahya 1998 ,98 menjelaskan bahawa kedatangan agama HinduBuddha kira-kira pada abad pertama Masihi ke rantau Asia Tenggara tidak berupaya
mengubah kepercayaan masyarakat Melayu primitive ketika itu ,malah ia memperkukuhkan
lagi kepercayaan yang sedia ada mereka yang tidak bercanggah dengan kepercayaan tradisi
orang Melayu. Tetapi kepercayaan kepada agama Hindu/Buddha kemudian dapat

mempengaruhi kehidupan masyarakat tempatan ,bukan sahaja dalam bidang agama dan sosial
,tetapi juga dalam bidang politik dan pentadbiran.

Menurut catatan Wang Ta Yuan ,pada tahun 1349M kebanyakan penduduk yang
menjadi penganut agama Buddha mendiami kawasan tepi pantai. Lebih kurang pada tahun
1303M ,di Kuala Berang yang jauhnya 25 baru dari pantai Kuala Terengganu agama Islam
telah diisytiharkan menjadi agama rasmi negeri tetapi penganutnya masih tidak ramai
walaupun masa lebih kurang 26 tahun telah berlalu ,ini kerana sebab-sebab tertentu. Di
antaranya dipercayai penganut agama Buddha yang sudah bertapak lama sangat fanatic
dengan kepercayaan mereka ,kesukaran perhubungan ,kekurangan kemampuan dan tenaga
pendakwah agama Islam pada masa itu dan lain-lain lagi (Mahayudin Yahya 1998 ,10)

Anda mungkin juga menyukai