Anda di halaman 1dari 4

Cerita Singkat Nabi Isa as

Sajadah Muslim ~
Seorang lagi Nabi Allah yang diceritakan dari kecil di dalam al-Qur'an ialah Isa. Baginda
diutus kepada kaum Bani Israil dengan kitab Injil yang diturunkan sebelum al-Qur'an. Di
dalam al-Qur'an, Nabi Isa disebut dengan empat panggilan yaitu Isa, Isa putera Mariam,
putera Mariam, dan al-Masih. Ibunya seorang yang sangat dimuliakan Allah. Dia
memilihnya di atas semua perempuan di semua alam. Firman-Nya, "Dan ketika malaikatmalaikat berkata, 'Wahai Mariam, Allah memilih kamu, dan membersihkan kamu, dan Dia
memilih kamu di atas semua perempuan di semua alam'" (3:42). Mariam, ibu Nabi Isa,
telah menempuh satu ujian yang amat berat dari pada Allah. Dia dipilih untuk melahirkan
seorang Nabi dengan tanpa disentuh oleh seseorang lelaki. Dia adalah seorang
perempuan yang suci.
Kelahiran Nabi Isa as
Kelahiran Nabi Isa merupakan suatu mukjizat kerana dilahirkan tanpa bapa. Kisahnya
diceritakan di dalam al-Qur'an. Di sini, ceritanya bermula dari kunjungan malaikat kepada
Mariam atas perintah Allah. Ketika itu, malaikat menyerupai manusia dengan tanpa cacat.
Kemunculan malaikat membuat Mariam menjadi takut lalu berkata, "Aku berlindung pada
Yang Pemurah daripada kamu, jika kamu bertakwa (takut kepada Tuhan)!' Dia (malaikat)
berkata, 'Aku hanyalah seorang rasul yang datang daripada Pemelihara kamu, untuk
memberi kamu seorang anak lelaki yang suci.'" (19:18-19). Pada ayat yang lain,
diceritakan bahwa malaikat yang datang itu telah memberi nama kepada putera yang
bakal dilahirkan. Nama itu diberi oleh Allah, dan dia (Isa) akan menjadi terhormat di dunia
dan akhirat sambil berkedudukan dekat dengan Tuhan. Ayatnya berbunyi: "Wahai Mariam,
Allah menyampaikan kepada kamu berita gembira dengan satu Kata daripada-Nya, yang
namanya al-Masih, Isa putera Mariam, terhormat di dunia dan di akhirat, daripada orangorang yang didekatkan." (3:45)
Kemudian Mariam bertanya, "Bagaimanakah aku akan ada seorang anak lelaki sedang
tiada seorang manusia pun menyentuhku, dan bukan juga aku seorang jalang?" (19:20).
Malaikat menjawab, "Dia (Allah) berkata, 'Begitulah; Pemelihara kamu telah berkata, 'Itu
mudah bagi-Ku; dan supaya Kami membuat dia satu ayat (tanda) bagi manusia, dan satu
pengasihan daripada Kami; ia adalah perkara yang telah ditentukan'" (19:21). Maka
lahirlah Isa putera Mariam lebih enam ratus tahun sebelum Nabi Muhammad dilahirkan.
Allah membuat Nabi Isa dan ibunya satu ayat (tanda) bagi manusia, yaitu tanda untuk
menunjukkan kebesaran-Nya (23:50). Allah juga menyatakan bahawa Nabi Isa adalah
seperti Adam, walaupun Adam diwujudkan tanpa ibu dan bapa. Kesamaan mereka berdua
adalah pada ciptaan. Kedua-duanya dicipta daripada tanah (3:59). Itu menunjukkan
mereka adalah manusia biasa, kerana manusia dicipta daripada tanah.

Kerasulan dan Kenabian Isa


Isa adalah seorang Nabi dan juga seorang Rasul. Baginda dan beberapa orang rasul telah
dilebihkan Allah daripada rasul-rasul lain. Ada yang Dia berkata-kata kepadanya, ada yang
Dia menaikkan darjat, dan bagi Isa, Dia memberi bukti-bukti yang jelas serta
mengukuhkannya dengan Roh Suci. Firman-Nya: "Dan rasul-rasul itu, sebahagian Kami
melebihkan di atas sebahagian yang lain. Sebahagian ada yang kepadanya Allah berkatakata, dan sebahagian Dia menaikkan darjat. Dan Kami memberikan Isa putera Mariam
bukti-bukti yang jelas, dan Kami mengukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci)." (2:253).
Namun begitu, manusia dilarang oleh Allah untuk membeda-bedakan antara para rasul
dan Nabi. Larangan itu berbunyi, "Katakanlah, 'Kami percaya kepada Allah, dan apa yang
diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak,
dan Yaakub, dan puak-puak, dan apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang
diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan
seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim.'" (2:136). Akibat membedabedakan Nabi atau Rasul dapat dilihat pada hari ini, iaitu Nabi Isa dipercayai oleh
sesetengah pihak sebagai Tuhan atau anak Tuhan, dan Nabi Muhammad, dianggap
macam Tuhan, yang berhak membuat hukum agama.
Ajaran Nabi Isa as
Oleh kerana Isa seorang Nabi baginda diberi sebuah Kitab, Injil, yang mengandungi
petunjuk dan cahaya untuk menjadi pegangan Bani Israil. Selain menyuruh Bani Israil
menyembah Allah dengan mentaati Injil, baginda mengesahkan kitab Taurat yang
diturunkan sebelumnya. Dua firman Allah menjelaskannya di sini, berbunyi: "Dan Kami
mengutus, menyusuli jejak-jejak mereka, Isa putera Mariam, dengan mengesahkan Taurat
yang sebelumnya; dan Kami memberinya Injil, di dalamnya petunjuk dan cahaya," (5:46)
dan, "Aku (Isa) hanya mengatakan kepada mereka apa yang Engkau memerintahkan aku
dengannya: 'Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.'" (5:117). Turut
disebut di dalam Injil (dan Taurat) ialah berita mengenai kedatangan seorang Nabi
berbangsa Arab, atau ummiy (7:157), dan janji dikurniakan Taman atau Syurga bagi
orang-orang yang berperang di jalan Allah (9:111). Janji itu juga didapati di dalam Taurat
dan al-Qur'an.
Ketika baginda diutus, manusia sedang berselisih dalam hal agama. Maka kedatangannya
adalah juga untuk memperjelaskan apa yang diperselisihkan. Firman Allah: "dia (Isa)
berkata, 'Aku datang kepada kamu dengan kebijaksanaan, dan supaya aku
memperjelaskan kepada kamu sebahagian apa yang dalamnya kamu memperselisihkan;
maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.'" (43:63). Baginda juga memberitahu
tentang kedatangan seorang rasul selepas baginda, yang namanya akan dipuji. Ayat yang
mengisahkannya berbunyi: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku (Isa) rasul Allah kepada
kamu, mengesahkan Taurat yang sebelum aku, dan memberi berita gembira dengan
seorang rasul yang akan datang selepas aku, namanya ahmad (dipuji). (61:6)

Pengikut Setia Nabi Isa as


Seperti Nabi atau Rasul yang lain, baginda mempunyai pengikut-pengikut yang setia dan
juga yang tidak setia atau yang menentang. Pengikut-pengikutnya yang setia percaya
kepada Allah dan kepadanya. Mereka adalah muslim. Firman Allah: "Dan ketika Aku
mewahyukan pengikut-pengikut yang setia, 'Percayalah kepada-Ku, dan rasul-Ku'; mereka
berkata, 'Kami percaya, dan saksilah Engkau akan kemusliman kami.'" (5:111). Pengikutpengikut yang setia pula menjadi penolong-penolong, bukan baginya tetapi bagi Allah.
Firman-Nya: "Berkatalah pengikut-pengikutnya yang setia, 'Kami akan menjadi penolongpenolong Allah; kami percaya kepada Allah, dan saksilah kamu akan kemusliman kami.'"
(3:52)
Begitu juga bagi pengikut-pengikut setia Nabi-Nabi lain, termasuk Muhammad. Semuanya
menjadi penolong-penolong Allah, untuk melaksana dan menyampaikan mesej-Nya.
Firman Allah: "Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu penolong-penolong Allah,
sebagaimana Isa putera Mariam berkata kepada pengikut-pengikut yang setia, 'Siapakah
yang akan menjadi penolong-penolong aku bagi Allah?' Pengikut-pengikut yang setia
berkata, 'Kami akan menjadi penolong-penolong Allah.'" (61:14). Walau bagaimana pun,
pengikut-pengikut Nabi Isa yang setia memerlukan bukti selanjut untuk megesahkan
kebenarannya dan supaya hati mereka menjadi tenteram. Untuk itu mereka memohon
sebuah meja hidangan dari langit. Kisahnya berbunyi begini: "Dan apabila pengikutpengikut yang setia berkata, 'Wahai Isa putera Mariam, bolehkah Pemelihara kamu
menurunkan kepada kami sebuah meja hidangan dari langit?' Dia (Isa) berkata, 'Kamu
takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin. 'Mereka berkata, 'Kami menghendaki
untuk memakan daripadanya, dan hati kami menjadi tenteram, supaya kami mengetahui
bahawa kamu berkata benar kepada kami, dan supaya kami adalah antara para
saksinya.'" (5:112-113)
Justru itu, Isa memohon kepada Allah, "Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada
kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan menjadi bagi kami satu perayaan, yang
pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah
rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki." (5:114). Allah
mengabulkan permintaannya. Lantas, meja hidangan yang turun menjadi satu lagi
mukjizat bagi Nabi Isa. Dan ia juga menjadi nama sebuah surah di dalam al-Qur'an, iaitu
surah kelima, al-Maidah.
Mukjizat Nabi Isa as
Selain daripada kelahiran yang luar biasa dan meja hidangan, Nabi Isa telah dikurniakan
dengan beberapa mukjizat lain. Ayat berikut menjelaskannya: "Ketika Allah berkata,
'Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu,
apabila Aku mengukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada
manusia di dalam buaian dan setelah dewasa ..... dan apabila kamu mencipta daripada
tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu menghembuskan ke
dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu menyembuhkan orang
buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu mengeluarkan orang yang mati,

dengan izin-Ku' ..... lalu orang-orang yang tidak percaya antara mereka berkata, 'Tiadalah
ini, melainkan sihir yang nyata.'" (5:110). Walaupun Nabi Muhammad hanya diberi satu
mukjizat, manusia ditegah daripada berkata bahawa Nabi Isa adalah lebih mulia daripada
Nabi Muhammad. Kerana, seperti yang sudah maklum, amalan membeza-beza para Nabi
dan Rasul dilarang Allah.
Wafatnya Nabi Isa as
Tidak seperti kepercayaan sesetengah orang iaitu Nabi Isa tidak wafat semasa disalib
tetapi diangkat naik ke langit. Sebenarnya, Nabi Isa telah wafat di bumi, namun bukan
disalib. Baginda telah wafat selepas peristiwa penyaliban ke atasnya di sebuah tempat lain
yang tidak diceritakan di dalam al-Qur'an. Besar kemungkinan baginda telah melarikan diri
dari tempat baginda dijatuhkan hukum. Bukti yang menunjukkan baginda telah wafat di
bumi terdapat pada ayat-ayat berikut: "Apabila Allah berkata, 'Wahai Isa, Aku akan
mematikan kamu, dan menaikkan kamu kepada-Ku, dan Aku membersihkan kamu
daripada orang-orang yang tidak percaya .....'" (3:55). "Dan aku (Isa) seorang saksi ke
atas mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi setelah Engkau mematikan aku,
Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka; Engkau saksi atas segala sesuatu."
(5:117)
Akan tetapi, sebahagian daripada kaum Bani Israil mengatakan bahawa mereka telah
membunuhnya disalib. Allah mengatakan yang sebaliknya pula. Apa yang berlaku hanya
satu kesamaan sahaja. Firman-Nya: "ucapan mereka, 'Kami telah membunuh al-Masih,
Isa putera Mariam, rasul Allah.' Tetapi mereka tidak membunuhnya, dan tidak juga
menyalibnya, tetapi hanya satu kesamaan yang ditunjukkan kepada mereka. Orang-orang
yang berselisih mengenainya benar-benar dalam keraguan terhadapnya; mereka tidak
ada pengetahuan mengenainya, kecuali mengikuti sangkaan; mereka tidak
membunuhnya, yakinlah." (4:157). Telah wujud lagi kepercayaan terhadap Nabi Isa yang
tidak disahkan Allah di dalam al-Qur'an, yaitu baginda akan muncul lagi di bumi buat kali
kedua. Itu tidak benar.
Referensi : http://kisah25nabi.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai