Anda di halaman 1dari 55

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

MALAYSIA
KAMPUS BAHASA MELAYU
TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK
PISMP SEMESTER 1/2010
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU 3102
ta

Lawrence Kohlberg
(25 Oktober 1927- 19 Januari 1987)
Lawrence
Kohlberg
Dilahirkan :25 Oktober 1927 di Bronxville,
New York.
Berasal dari sebuah keluarga kaya
Belajar di Akademi Philips, sebuah pusat
pengajian yang terkenal.
Mendaftar ke Universiti Chicago pada 1948.
Dan ia memperoleh gelaran sarjana dalam
psikologi dalam waktu hanya satu tahun
Sambungan

Pada 1968, dalam usia 40 tahun, ia menjadi


profesor pendidikan dan psikologi sosial di
Universiti Harvard
Kematian : 19 Januari 1987
Umur: 59 tahun
 Bunuh diri dengan menenggelamkan dirinya
di Lautan Atlantik akibat tekanan dan
penderitaan penyakit yang merebak pada
masa itu.
Sambun
gan

Berpendapat penaakulan moral berkait rapat


dengan perkembangan kognitif walaupun
ada masanya tahap pemikiran seseorang
tidak menjamin peningkatan tahap
penaakulan moral seseorang.
Kajian beliau merangkumi pendidikan moral
dan perkembangan individu.
Telah mencadangkan peringkat
perkembangan moral individu
CIRI-CIRI PERINGKAT PERKEMBANGAN
MORAL
a) Peringkat-peringkat ini adalah bersifat hierarki.
 Apabila seseorang individu didapati berada di satu peringkat yang
lebih tinggi, ini bermakna bahawa ia telah pun melalui peringkat-
peringkat moral yang lebih rendah. Seseorang individu biasanya
bertindak atau memilih peringkat yang lebih tinggi dari peringkat
semasanya.

b) Peringkat-peringkat itu adalah sistematik dan berstruktur.


 Merupakan sistem pemikiran yang berterusan. Cara seseorang
menganalisa dan menginterprestasikan data serta membuat
keputusan mengenai masalah moral dan peribadi merupakan
perkara yang sangat penting dalam perkembangan moral secara
keseluruhannya.

c) Urutan dalam peringkat-peringkat itu adalah tidak berbalik.


 Ini bermakna dalam semua keadaan kecuali dalam keadaan trauma
yang serius, pergerakan dalam peringkat penaakulan moral
selalunya adalah ke depan dan tidak pernah mundur.
KAJIAN-KAJIAN KOHLBERG
Satu kajian yang dijalankan selama 20 tahun dalam
kalangan budak-budak lelaki dari latar belakang kelas
pertengahan dan golongan pekerja di Chicago.
Temubual awal bermula ketika subjek tersebut berumur di
antara 10-16 tahun,kemudian mereka ditemubual semula
selepas selang tiga tahun.
Sambun
gan

Satu kajian jangka panjang dengan budak-


budak lelaki dari kawasan bandar dan luar
bandar di Turki, yang berada dalam
lingkungan umur yang sarna seperti di atas.
Beberapa kajian merentas budaya seperti di
Kanada, Britain, Yukata,Honduras dan India.
Sambun
gan

Berdasarkan kepada kajian-kajiannya, Kohlberg


(1975) mendakwa bahawa teori perkembangan
moralnya itu adalah sejagat dan merentas
budaya. Beliau mengatakan:

“All individuals in all cultures use the same


thirty basic moral categories, concepts or
principles, and all individuals in all cultures go
through the same order or sequence of gross
stage development, though they vary in rate
and terminal point of development”
Sambun
gan
Paling bawah dalam penaakulan moral.
Perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan
hukuman yang akan diterima akibat
perlakuan tersebut.
ORIENTASI KEPATUHAN
DAN HUKUMAN
Obedience and punishment
orientation

Pemikiran moral kanak-kanak – egosentrik


Mementingkan kesan fizikal
Mematuhi peraturan untuk mengelakkan
hukuman
ORIENTASI GANJARAN
PERIBADI
Self-interest orientation

Mematuhi peraturan atau sesuatu untuk


mendapatkan ganjaran, atau perkongsian
untuk mendapatkan balasan.
Apa yang saya akan dapat sekiranya saya buat
apa yang disuruh?
Tingkahlaku didorong untuk memuaskan
kehendak sendiri.
Tahap pertengahan teori perkembangan moral.
Individu mula mengaplikasi peraturan mengikut kebenaran
dan persetujuan ibu bapa, guru dan komuniti.
ORIENTASI PERLAKUAN BAIK
Interpersonal accord and
conformity
• Mengaplikasikan ukuran moral yang telah
ditetapkan oleh ibu bapa, guru atau orang
sekeliling.
• Menghargai nilai kepercayaan dan kepatuhan
terhadap peraturan yang ditetapkan.
• Ingin dilihat sebagai ‘anak yang baik’ dan
mengikut arahan.
(the good boy-good girl attitude)
AKUR KEPADA SISTEM SOSIAL
DAN ETIKA PERATURAN
Authority and social-order
maintaining orientation
Percaya kepada keutuhan undang-undang.
Peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi untuk
menjaga kesejahteraan komuniti.
Mematuhi sebulat-bulatnya peraturan dan undang-
undang masyarakat untuk mengelakkan hukuman
atau denda.
Tahap penaakulan moral yang paling tinggi.
Individu sudah mula meneroka pilihan dan
alternatif lain dalam penaakulan moral.
Mula mempunyai kod moral dan etika yang
tersendiri.
ETIKA KONTRAK SOSIAL DAN HAK
INDIVIDU
Social contract orientation
• Berhujah menggunakan nilai, hak dan prinsip.
• Menilai undang-undang berdasarkan hak
individu
• Menganggap undang-undang sebagai sesuatu
yang fleksibel dan mempunyai alternatif.
• Mematuhi undang-undang jika menepati hak-
hak individu.
ETIKA PRINSIP SEJAGAT
Universal ethical principles
• Falsafah tentang moral seseorang.
• Mementingkan kesamaan hak kepada semua
individu dan menghormati maruah dan prinsip
individu lain.
• Individu mempunyai kod-kod moral dan etika
yang tersendiri yang menepati hak-hak
individu sejagat.
• Mungkin melanggar peraturan masyarakat
jika berkonflik dengan kod etika peribadinya.
HEINZ MENCURI UBAT DI EROPAH
 Seorang wanita sedang tenat kerana menghidapi penyakit kanser. Ada
sejenis ubat yang menurut doktor dapat menyelamatkannya. Ubat itu
adalah seperti radium yang baru saja ditemui oleh seorang ahli
farmasi di kota yang sama. Kos pembuatan ubat tersebut mahal, dan
ahli farmasi tersebut menjualnya sepuluh kali ganda kos
pembuatannya. Ia membayar $200 untuk radium tersebut dan
menjualnya $2000 untuk satu dos kecil ubat tersebut. Suami wanita
tersebut, Heinz telah berusaha meminjam wang dari kalangan
keluarga dan kenalan-kenalannya, tetapi ia cuma memperoleh $1000.
Dia memberitahu ahli farmasi tersebut bahawa isterinya sudah
semakin tenat dan memintanya untuk menjual ubat tersebut dengan
lebih murah atau membenarkannya membayar kemudian hari. Tetapi
ahli farmasi itu mengatakan: “Tidak, saya yang menemui ubat itu dan
saya akan mencari wang dari ubat itu.” Heinz menjadi putus asa dan
menceroboh kedai ubat tersebut untuk mencuri ubat demi isterinya.

Haruskah Heinz menceroboh kedai ubat itu untuk mencuri ubat bagi
isterinya? Mengapa dan mengapa tidak?
Heinz patut mencuri ubat tersebut kerana
dia akan berasa lebih gembira jika dapat
menyelamatkan isterinya walaupun akan
dipenjarakan.
atau
Heinz tidak sepatutnya mencuri kerana
penjara adalah tempat yang sangat teruk,
dan berkemungkinan dia akan merana
kerana berada di penjara berbanding
kematian isterinya.
Heinz perlu mencuri ubat itu kerana
isterinya mengharapkannya; Heinz mahu
menjadi suami yang baik.
Atau
Heinz tidak patut mencuri ubat itu kerana
mencuri adalah tidak elok dan dia
bukannya penjenayah; Heinz telah
berusaha segalanya tanpa melanggar
undang-undang, kita tidak boleh
menyalahkannya
Heinz tidak boleh mencuri kerana dilarang
dalam undang-undang.
Atau
Heinz patut mencuri ubat itu dan
menerima hukuman atas kesalahan yang
dilakukan; seperti membayar harga ubat
tersebut.
Penjenayah tidak boleh dilepaskan dari
sebarang hukuman; setiap tindakan ada
akibat.
Heinz patut mencuri kerana semua orang
ada hak untuk memilih kehidupan, tanpa
menghiraukan undang-undang.

Atau

Heinz tidak patut mencuri kerana ahli


farmasi itu mempunyai hak terhadap ubat
itu. Walaupun isterinya sakit, tidak bermakna
tindakannya untuk mencuri adalah betul.
Heinz patut mencurinya kerana menyelamatkan
nyawa adalah lebih berasas dan baik berbanding hak
pemilikan seseorang.
atau
Heinz tidak sepatutnya mencuri kerana mungkin ada
orang lain yang lebih memerlukannya; kehidupan dan
nyawa mereka juga bernilai.
KRITIKAN
Salah satu kritikan terhadap teori Kohlberg
adalah bahawa teori tersebut terlalu
menekankan pada keadilan dan mengabaikan
norma yang lainnya.
Kesannya, teori itu tidak akan menilai secara
adekuat orang yang menggunakan aspek moral
lainnya dalam bertindak.
Carol Gilligan mempertikaikan bahawa teori
Kohlberg terlalu androsentrik. 

Teori Kohlberg dinyatakan berdasarkan


penelitian empirikal yang menggunakan hanya
responden lelaki; Gilligan menyatakan bahawa
hal tersebut membuat tidak adekuatnya teori itu
dalam menggambarkan pandangan seorang
perempuan.
Walaupun penelitian secara umum telah
menyatakan bahawa tidak wujudnya perbezaan
pola yang signifikan antara jenis jantina, teori
perkembangan moral dari Gilligan tidak
memusatkan perhatiannya pada norma keadilan
(value of justice). Ia mengembangkan teori
perkembangan moral alternatif berdasarkan norma
perhatian (ethics of caring).
Pengkritik seperti Christina Hoff Sommers
pula membangkang kajian Gilligan kerana
ketiadaan bukti untuk menyokong teori atau
kesimpulannya.
Peringkat permulaan :kanak-kanak cuba
memahami konsep moral.
dibantu oleh orang dewasa(ibu bapa dsb) supaya
kanak-kanak dapat menunjukkan dan menaakul
perlakuan moral yang seimbang.
Tanggungjawab:
Ibu bapa = beri asuhan yang baik dan bimbing
anak-anak utk jd individu yang harmonis.
Kanak-kanak = mematuhi nilai-nilai baik yang
diajar oleh ibu bapa dan menjalin hubungan yg
positif dgn ibu bapa.
Martin Hoffman (Berk, 2003) menegaskan :
teknik menjarakkan kasih sayang/ kasih
sayang dan menggunakan kuasa akan
membangkitkan ketegangan emosi kanak-
kanak. Menjarakkan kasih sayang boleh
menimbulkan keresahan kepada kanak-kanak
dan penggunaan kuasa akan membangkitkan
rasa benci dan permusuhan dengan ibu bapa.
Sekolah
Sekolah penyayang

Sekolah penyayang

Sekolah penyayang

Pembinaan modal insan

Kurikulum
tersembunyi
Kurikulum Tersembunyi
Penerapan nilai-nilai murni merentasi
kurikulum melalui Kurikulum persekolahan
kebangsaan, KBSR dan KBSM dalam setiap
mata pelajaran.
Penerapan dilakukan secara implisit dalam
strategi dan isi kandungan pengajaran dan
pembelajaran (P&P)
Pembinaan Modal Insan
Antara agenda utama bagi mencapai hasrat
membina insan yang harmonis berdasarkan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Pelbagai aktiviti dijalankan di sekolah seperti
aktiviti kokurikulum, bengkel kemahiran
berfikir, kursus motivasi, bulan moral dan
nilai-nilai murni dan sebagainya.
Sekolah Penyayang
Penerapan budaya sekolah penyayang.
Melayan semua murid secara sama rata.
Guru mengambil peranan sebagai pendidik
dan ibu bapa serta memberi teguran,
bimbingan dan nasihat.
Iklim Sekolah
Mengamalkan sistem demokrasi yang mengambil
kira pandangan murid.
Memberi ruang kepada murid untuk membela diri
dalam salah laku.
Elakkan ugutan dan hukuman serta-merta dan
amalkan aktiviti perbincangan tentang akibat
yang bakal diterima apabila melakukan
kesalahan.
Murid akan merasakan bahawa sekolah
merupakan tempat yang selamat sekiranya para
guru tidak mengamalkan budaya ugutan.
Khidmat Sukarela
Aktiviti sukarela memupuk murid-murid untuk
bersikap tidak mementingkan diri dan memberi
kesedaran kepada mereka.
Aktiviti-aktiviti sukarela adalah seperti program
pembimbing rakan sebaya, lawatan ke rumah
kebajikan dan membantu membersihkan
kawasan sekolah.
Murid-murid yang terlibat biasanya mempunyai
kesedaran kendiri yang tinggi,
bertanggungjawab dan mempunyai kemahiran
bersosial yang baik.
Implikasi
Perkembangan
Sosio Emosi
Terhadap
P&P
Sambun
gan

Implikasi Perkembangan
Sosio-Emosi Terhadap P & P
• Bantu pelajar menilai permasalahan yang
mereka sedang dan akan hadapi.
– Contoh: bincang secara terbuka dengan pelajar
tentang masalah emosi seperti perasaan
cemburu, prejudis dan lain-lain.
• Bantu pelajar menilai berdasarkan perspektif
orang lain.
– Minta pelajar terangkan perasaan atau
pandangan orang lain terhadap sesuatu isu.
– Buat simulasi atau main peranan agar pelajar
dapat membawa watak yang lain dari dirinya
supaya pelajar dapat menilai perasaan orang lain.
Sambung
an

• Bantu pelajar membuat hubungkait antara nilai yang


dinyatakan dengan tingkahlaku yang dibuat.
– Beri kesedaran kepada pelajar tentang
ketidakselarasan antara tingkahlaku mereka dengan
nilai yang mereka sebut.
• Pastikan semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran pelajar saling mendengar antara satu
sama lain.
– Dalam aktiviti, samada semasa pembentangan atau
dalam kumpulan, pelajar mendengar hujah yang
dinyatakan oleh rakan mereka.
– Beri peneguhan kepada mereka yang menjadi
pendengar yang baik.
Sambung
an
pastikan kelas menunjukkan kesedaran dan
keprihatinan terhadap isu-isu moral dan nilai-
nilai sejagat.
Bincang dan buat tindakan terhadap isu-isu
semasa yang melibatkan nilai-nilai moral dan
emosi
Pastikan keadilan dan layanan samarata
kepada semua murid dalam kelas
Pastikan murid-murid dapat menbezakan
antara undang-undang yang menjaga
keselamatan dengan undang-undang yang
melibatkan nilai-nilai moral.
Nama: Khalila Binti Mohd Ishak
No Kad Matrik: PISMP 74283907
Kelas: Pismp Ambilan Januari 2010

Nama: Farina Binti Che Zaki


No Kad Matrik: PISMP 72883893
Kelas: Pismp Ambilan Januari 2010
Nama: Fatehah Binti Zulkifli
No Kad Matrik: PISMP 73083895
Kelas: Pismp Ambilan Januari 2010

Nama: Ajeerah Binti Yahya


No Kad Matrik: PISMP 72183886
Kelas:Pismp Ambilan Januari 2010
RUJUKAN
Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel. (2009), Perkembangan Ka
Mok Soon Sang. (2009), Perkembangan Kanak-Kanak. Selang
Mohd Salleh Lebar. (1994), Asas Psikologi Perkembangan. Ku
http://id.wikipedia.org/wiki/Lawrence_Kohlberg
http://asiahjapim.blogspot.com/2008/03/teori-teori-perkemba
http://kuliahpsikologi.dekrizky.com/teori-piaget-tentang-perke
http://suficinta.wordpress.com/2008/04/07/buah-fikir-kohlberg
http://images.google.com.my/images?hl=ms&source=hp&q=