Anda di halaman 1dari 5

PENDAHULUAN

Umumnya seperti yang kita ketahui, terdapat pelbagai pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) atau persatuan professional yang terdapat di Malaysia. Menurut (Suraiya Ishak, 2011,
p.21), secara umumnya, tidak terdapat suatu definisi khusus dalam mentakrifkan Organisasi
Bukan Kerajaan (NGO) dan Organisasi Bukan Untung (NPO). Sunkin et. al (1993 dalam
Lewis dan Kanji, 2009: 10) mentakrifkan NGO sebagai organisasi yang ditubuhkan secara
persendirian dalam bentuk syarikat, badan profesional, badan perdagangan dan badan
kebajikan & sukarela dengan matlamat untuk menjana dana/keuntungan ataupun tidak.
Dalam konteks itu, hampir semua organisasi bukan kerajaan samada organisasi swasta atau
organisasi bukan untung boleh dikaitkan sebagai NGO. Definisi Sunkin et. al (1993) terlalu
luas dan umum serta sukar untuk dioperasikan dalam kajian-kajian mengenai NGO secara
khusus. Antara NGO yang telah kami kenal pasti ialah Yayasan Emkay.

Logo Yayasan Emkay


YAYASAN EMKAY
Yayasan

EMKAY menyedari

pentingnya

aspek

pendidikan

bagi

membantu

masyarakat terutamanya yang tinggal di pendalaman dan di luar arus pembangunan, seperti
masyarakat Orang Asli. Pendekatan paling berkesan dalam membantu dalam aspek
pendidikan ini adalah melalui pendidikan awal kanak-kanak golongan sasaran ini.
Pendekatan terbaik memperkenalkan aspek pendidikan awal kanak-kanak adalah melalui
pengenalan elemen bermain atau fun, bagi menarik minat kanak-kanak untuk hadir ke
sekolah. Oleh itu, Yayasan EMKAY telah memperkenalkan Perpustakaan Permainan atau

Toy Library yang mengambilkira naluri kanak-kanak dengan mewujudkan suasana


keriangan sambil belajar. Perpustakaan Permainan ini dikenali sebagai i-play.

Rajah 1
Yayasan Emkay lebih menumpukan kepada pendidikan awal kanak-kanak. Yayasan
Emkay menjalankan satu program yang menfokuskan kepada yang mana Yayasan Emkay
mewujudkan

Perpustakaan

Permainan

(Toy

Library)

atau

lebih

dikenali

dengan

perpustakaan I-play. Perpustakaan i-play ini diwujudkan bertujuan untuk menggalak dan
membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran dan perkembangan mereka melalui
bermain contohnya dalam rajah 1 di Perpustakaan i-play kanak-kanak sedang diajar
dengan cara bermain. Seterusnya, menerapkan nilai-nilai murni untuk membentuk generasi
baru yang lebih seimbang dan sempurna dari segi emosi, rohani, intelek jasmani dan sosial.
Selain itu, dapat menjana pembangunan awal kanak-kanak. Setakat ini Yayasan Emkay
telah berjaya menubuhkan sebanyak 23 buah Perpustakaan Permainan i-play telah dibina
di negeri-negeri berikut contohnya negeri Perak Darul Ridzuan sebanyak tujuh buah
perpustakaan i-play telah dibina. Seterusnya negeri perlis dan Selangor Darul Ridzuan
masing-masing sebanyak empat buah perpustakaan i-play. Pulau Pinang Yayasan Emkay
berjaya menubuhkan dua buah perpustakaan i-play. Di samping itu, Kuala Lumpur, Sabah,
Sarawak, Kelantan Darul Naim, Johor Darul Takzim dan kedah Darul Aman masing-masing
mempunyai sebuah perpustakaan i-play.

Yayasan EMKAY amat menggalakkan penglibatan masyarakat secara holistic di


mana pusat ini diselia oleh sukarelawan dari badan-badan bukan kerajaan, Rakan Muda,
Pertubuhan Remaja, jabatan kerajaan dan agensi-agensi swasta.

Bagi merealisasikan

objektif tersebut, setiap komuniti digalakkan untuk menubuhkan Jawatankuasa Kerja


Perpustakaan Permainan i-play yang akan mengurus perpustakaan dan melaksanakan
aktiviti bersama kanak-kanak masyarakat setempat. Satu program latihan juga dilaksanakan
di mana latihan pemantapan perantis (apprentice) di kalangan penduduk tempatan
dijalankan secara berterusan dan berperingkat. Antara lain program ini memberi latihan
kepada perantis untuk menjalankan aktiviti membaca, menulis dan mengira untuk kanakkanak.
PROGRAM I-LEARN
Yayasab Emkay komited dan konsisten untuk membantu masyarakat dalam bidang
pendidikan. Oleh yang demikian, Yayasan Emkay melancarkan satu lagi program iaitu
program i-learn.

Program ini memberi fokus kepada peningkatan tahap kemahiran dan

teknik pengurusan dan pengajaran di kalangan pengusaha taska / tadika bagi memastikan
agar proses peralihan ilmu pembelajaran diterima baik oleh anak didik masing-masing.
Program i-Learn ini dijalankan sebagai menyahut seruan kerajaan untuk membantu aspek
pendidikan awal kanak-kanak, ke arah menjana masyarakat berpengetahuan di masa
hadapan. Ia juga berhasrat membantu pembentukan masyarakat yang berwawasan dari
segi rohani dan jasmani, emosi yang seimbang, harmoni, berpegang kepada agama, dan
bertaqwa melalui satu pendekatan yang menyeluruh dan sepadu. Program tajaan Yayasan
EMKAY ini juga untuk memberi pendedahan tentang aspek pemilihan bahan atau alat
bantuan mengajar awal kanak-kanak dan juga pendedahan tentang pengetahuan mengenai
aspek hak kanak-kanak.

Penekanan dalam aspek pemilihan bahan atau alat bantuan

mengajar (ABM) dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar dan membantu dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Program Q4Kids

Yayasan Emkay terus bergerak aktif dalam mencapai matlamatnya iaitu memberi
pendidikan awal kepada kanak-kanak. Program ini bertujuan untuk memastikan penjagaan
kanak-kanak yang berkualiti di kalangan pengusaha TASKA dan TADIKA dan setakat ini
Yayasan EMKAY telah berjaya menggalakkan pengusaha TASKA/TADIKA supaya berdaftar
dengan pihak berwajib dan telah berjaya menyalurkan pendaftaran sebanyak 150 TASKA
yang tidak berdaftar di Wilayah Persekutuan dan Selangor.
Di samping itu program-program ke arah meningkatkan kualiti penjagaan kanakkanak di pusat-pusat yang berdaftar dengan cara memberi latihan kemahiran dan
membekalkan sumber-sumber pengajaran yang berkualiti, juga diberi penekanan. Objektifobjektif di atas adalah berpandukan kepada Falsafah Program yang selaras dengan slogan
United Nations (UN) iaitu Declaration of the Childrens Rights Convention yang mana,
menurut falsafah ini secara dasarnya, kanak-kanak memerlukan pendedahan tentang alam
sekitar dan keadaan sekeliling mereka melalui pengalaman mereka ketika bermain. Bagi
melaksanakan program pendidikan dan pembangunan awal kanak-kanak ini, Yayasan
EMKAY telah melantik subuah syarikat bumiputra yang mengkhusus dan mempunyai
kepakaran di dalam bidang ini iaitu Syarikat Educate To Learn Sdn Bhd (e2L) yang beribu
pejabat di Petaling Jaya.
Pusat Asuhan Kanak-Kanak Chow Kit
Pusat Asuhan Kanak-Kanak Chow Kit (PAKK) ialah satu program percubaan ke arah
kesukarelawanan, di mana satu pusat khidmat bantuan masyarakat, pusat asuhan harian
atau tempat berteduh khas bagi membantu kanak-kanak di kawasan Chow Kit, telah
ditubuhkan. PAKK dilihat sebagai suatu bentuk program bantuan dari segi pendidikan yang
boleh mengubah tatacara dan masa depan kanak-kanak di Chow Kit ini. Bagi menjayakan
usaha murni ini, Yayasan EMKAY telah dijemput bagi merealisasikan matlamat program ini.
Yayasan EMKAY turut menyumbang sebuah van untuk kegunaan PAKK. Pada tahun 2010
ini, Yayasan EMKAY juga berhasrat untuk mewujudkan sebuah lagi pusat serupa serta
menyumbang sebuah lagi van bagi menampung keperluan anak-anak di kawasan tersebut.

KELEBIHAN PROGRAM PERPUSTAKAAN I-PLAY


Antara kelebihan Perpustakaan i-play yang diwujudkan oleh yayasan emkay ialah
menarik minat kanak-kanak untuk mendekatkan diri mereka dengan perpustakaan. Hal ini
kerana kanak-kanak tertarik dengan cara pembelajaran melalui bermain.

Kebiasaannya

zaman kanak-kanak mereka hanya fikir untuk bermain sahaja, jadi program ini bertepatan
untuk menarik dan memperkembangkan pendidikan mereka dan kemahiran mereka. Selain
itu, menggalakkan kanak-kanak untuk mendekati

perpustakaan.

Kanak-kanak tersebut

akan belajar tentang disiplin hal ini kerana perpustakaan adalah tempat membentuk untuk
mendisiplinkan