Anda di halaman 1dari 7

ASKAR WANITA PERLU MENGALAS TUGAS SEBANDING DENGAN

ASKAR LELAKI. BERSETUJUKAH ANDA DENGAN KENYATAAN INI?


Pendahuluan
1.

Negara yang maju memerlukan rakyat yang dapat mempertahankan

diri dan negara daripada dicerobohi. Mereka perlu memiliki kekuatan


ketenteraan yang terkini bagi tujuan mempertahankan diri dan negara tetapi
bukan untuk menyerang dan menguasai negara atau bangsa-bangsa lain.
Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan, keamanan dan keselamatan
negara

yang

membolehkan

proses

pembangunan

dilakukan

secara

berterusan. Perubahan suasana politik dunia global masa kini dan tekanan
serta penghinaan yang dihadapi oleh sebahagian umat manusia menuntut
kita menguasai kekuatan ketenteraan dan keupayaan mempertahankan diri.
2.

Perkataan Askar ataupun Tentera adalah tidak asing lagi bagi

sesebuah negara. Ia merupakan satu aset kumpulan atau kekuatan


pertahanan yang ditugaskan oleh satu-satu negara dalam membentuk
persediaan dalam menghadapi ancaman peperangan ataupun sebaliknya. Di
Negara

Brunei

Darussalam

sendiri

telah

diwujudkan

satu

pasukan

ketenteraan bagi menjaga keselamatan dan keamanan negara. Pasukan


tersebut ialah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei atau dikenali juga ABDB.
3.

Justeru itu, di dalam pasukan ABDB ini, ianya bukan sahaja

diwujudkan askar-askar yang terdiri daripada para lelaki sahaja, malah


kewujudannya juga bagi para perempuan ataupun kaum wanita di dalam
pertahanan. Ini kerana askar wanita juga merupakan salah satu aset yang
terpenting bagi sesebuah organisasi pertahanan.
4.

Pertahanan adalah persediaan untuk mengekang pencerobohan.

Islam telah mengajar akan panduan dan tatacara peperangan malahan Islam
sendiri memerintahkan kepada selain kaum lelaki, kaum wanita dan kanakkanak juga perlu untuk berperang mengikut keperluan situasi keadaan.
Firman Allah Subhanahu Wa Taala yang kira-kira bermaksud:
1

Dan perangilah kerana menegakkan dan mempertahankan agama Allah


akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh
dengan memulakan peperangan, kerana sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang-orang yang menceroboh.1
5.Di dalam ABDB, pasukan askar wanita adalah dinamakan sebagai
Kompeni Askar Wanita (KAW). Ia ditubuhkan secara rasmi pada 29 Jun 1981
dengan seramai lima anggota Tentera Wanita British dan seorang kerani
awam manakala pengambilan pertama mengandungi 6 pegawai kadet dan 22
rekrut. Peranan anggota Kompeni Askar Wanita ialah membantu anggota
tentera lelaki ABDB di samping dikehendaki menggantikan sebahagian tugas
anggota tentera lelaki yang bersesuaian bagi membolehkan anggota tentera
lelaki ditempatkan dalam unit-unit peperangan di mana mereka diperlukan. 2
Tujuan
6.Tujuan kertas kerja ini dibincangkan adalah untuk memberikan keterangan
adakah perlunya askar wanita mengalas tugas sebanding dengan askar
lelaki.
Wanita Menurut Prespektif Islam
7.

Sayidina Omar Al-Khatab Radhiallahu Anhu pernah berkata, Pada

masa jahiliyah, wanita itu tak ada harganya bagi kami. Sampai akhirnya Islam
datang dan menyatakan bahwa wanita itu setaraf dan sedarjat dengan lelaki.
Persamaan sedarjat yang dimaksudkan oleh Islam ini merangkumi semua
aspek, termasuk masalah hak dan kewajiban. Hal ini perlu difahami oleh
wanita-wanita Islam dan oleh kerana itu, mereka mesti berpegang kuat
dengan ajaran-ajaran Islam. 3

1 Al-Quran, Surah al-Baqarah: ayat 190


2 http://www.pelitabrunei.gov.bn/nasional/item/3917-doa-kesyukuran-sempena-penubuhan-kompeniaskar-wanita-ke-32-tahun
3 https://www.muslimahzone.com/wanita-muslim-versus-wanita-barat/

8.Banyak hadith secara terang telah menjelaskan bahwa wanita ditempatkan


pada tahap yang sangat mulia dan dihormati. Di antara hadith nabi
menyatakan bahawa syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu, ungkapan
ini menqiaskan betapa mulianya seorang ibu itu di pandangan Allah
Subhanahu Wa Taala.
9.

Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassalam mengatakan bahawa wanita

adalah juga pemimpin di rumah dan ia akan dimintakan pertanggungjawaban


atas peranannya tersebut. Dalam sejarah para muslimah telah memainkan
peranannya dalam berbagai bidang. Seperti di medan peperangan, medan
jihad, di masjid dan juga di rumah. Namun dalam memegang peranan
tersebut, kaum perlu wanita tetap menjaga akhlak dan adab sebagai seorang
Islam. Seperti dalam penjagaan aurat, perbatasan dalam pergaulan, tidak
lupa juga dalam mendidik anak-anak, menjaga kebahagiaan keluarga dan
juga tetap sentiasa menciptakan suasana tenang dan damai dalam rumah
tangga.
Peranan Penugasan Wanita Dalam Kerjaya
10.

Peranan wanita dalam penugasan sesebuah organisasi mahupun

jabatan adalah tidak boleh diketepikan. Sumbangan mereka boleh dilihat dari
pelbagai aspek kehidupan seperti ekonomi, pendidikan, sosial dan politik.
Dikebanyakan negara-negara di dunia pada zaman ini, ianya merupakan
perkara yang begitu dominan sekali. Nama-nama seperti Magaret Thatcher,
Indra Ghandi, Benazir Bhutto, Corazon Aquino, Sirimavo Bandaranaike, dan
lain-lain sudah menjadi sinonim kepada pemimpin-pemimpin dunia.
11.

Senario penugasan dan kepimpinan wanita dalam ketenteraan

merupakan sesuatu yang dianggap janggal jika mengikut daripada segi logik
akal. Ini memandangkan bahawa kaum wanita adalah lebih dominan bertugas
di tempat-tempat yang tidak lasak dari segi mental dan fizikal. Namun, di
dalam perkara ini kaum wanita telah diberi peluang dalam memegang
beberapa jawatan di dalam ketenteraan mengikut keperluan dan kepentingan
organisasi ketenteraan sesebuah negara.
3

Kepentingan Askar Wanita


12.

Peranan Askar Wanita yang utama ialah membantu askar lelaki di

samping dikehendaki menggantikan sebahagian tugas anggota askar lelaki


yang bersesuaian bagi membolehkan anggota askar lelaki itu ditempatkan
dalam unit-unit peperangan di mana mereka diperlukan. Ianya merupakan
perkara asas mengapa pentingnya akan askar-askar wanita ini ditubuhkan.
Berikut adalah pembahagian yang boleh dilihat secara umum di dalam
sesebuah organisasi ketenteraan:
a.

Bahagian Pentadbiran Pejabat


1)

Peranan Askar Wanita dalam pentadbiran pejabat adalah

sangat-sangat diperlukan dalam organisasi ketenteraan. Ini


kerana bagi persiapan di dalam keadaan kecemasan yang
membolehkan semua askar lelaki bahagian pentadbiran pejabat
seperti kerjaya sebagai kerani, pentadbiran stor, perhubungan
komunikasi, rumah masak dan sebagainya terpaksa keluar
berperang bagi mempertahankan negara. Maka di sinilah
peranan askar wanita dalam mengambil alih sebahagian tugas
dalam mentadbir pekerjaan di satu-satu pejabat tersebut.
b.

Bahagian Pendidikan
1)

Islam pada dasarnya telah menjelaskan kepentingan

mengenai wanita di dalam segala aspek kehidupan terutamanya


di dalam bidang pendidikan. Rasullullah s.a.w. bersabda,
"mempelajari ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam, lelaki dan
perempuan". Dasar ini telah ditegaskan sejak kemunculan Islam
pada abad ke enam Masihi, dan ianya masih terpakai dan terus
menjadi tunjang kepada dasar pengajaran dan pembelajaran
hingga kehari ini.

2)

Oleh itu, selain askar lelaki ditugaskan sebagai tenaga

pengajar

dalam

ketenteraan.

Askar

wanita

juga

tidak

dikecualikan dalam berperanan menyelami suasana sebagai


tenaga pengajar dalam mengendalikan apa saja bidang
ketenteraan sebagai contoh Kursus Pengawas Padang Tembak,
Kursus, Kursus Semboyan dan sebagainya.
c.

Bahagian Teknikal
1)

Penugasan

bagi

kalangan

askar

wanita

sebagai

juruteknik dalam menbaikpulih kerosakan alat-alat ketenteraan


seperti senjata, kenderaan-kenderaan tentera yang terdiri dari
helikopter dan kereta-kereta tentera., termasuk juga dari segi
perubatan dan sebagainya merupakan langkah-langkah yang
bijak. Kerana ia bertujuan memberikan peluang kepada askar
wanita menceburi kerjaya dalam bidang-bidang teknikal selain
menjalan penugasan di dalam pejabat. Selain itu juga boleh
meningkatkan kepercayaan kepada askar lelaki akan kebolehan
askar wanita dalam mengendalikan kerjaya sebagai juruteknik
apabila berlakunya peperangan.
d.

Bahagian Kecergasan Jasmani


1)

Di dalam ketenteraan, bidang Bahagian Kecergasan

Jasmani juga memerlukan askar wanita sebagai jurulatih.


Tugasnya untuk memberikan perangsang ketahanan jasmani
dan memastikan askar-askar wanita sentiasa cergas dalam
segala ujian asas-asas ketenteraan seperti Basic Fitness Test
(B.F.T) dan Military Swimming Test (M.S.T.). ia juga bertujuan
melahirkan askar-askar wanita yang profesional dan kompeten
di dalam bidang jasmani dan sukan supaya mereka dapat
sentiasa cergas semasa aman dan perang

e.

Bahagian Keugamaan
1)

Kejayaan seorang lelaki adalah disebabkan oleh seorang

wanita dan begitu juga sebaliknya. Keperluan askar wanita di


dalam bahagian keugamaan merupakan salah satu kewajiban
yang mendorong bagi mentarbiyahkan diri para askar wanita
untuk menguatkan keimanan mereka dengan membekalkan
kesabaran yang jitu dalam menghadapi tekanan-tekanan tugas
di dalam ketenteraan.
2)

Sebagai lazimnya, mentaliti dan biologi wanita adalah

berbeza dengan para lelaki. Namun yang menjadikan para


wanita kuat adalah dengan bentuk ketqwaan dan keimanan
mereka sehingga boleh melaksanakan tugas-tugas sehingga
membawakan satu-satu organisasi berjaya dengan cermelang.
3)

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab bagi askar

wanita yang bertugas di dalam bahagian keugamaan dalam


mendamping dan menyunting semangat Islam, dengan penuh
keimanan dan berhikmah untuk membentuk askar-askar wanita
yang beriman dan bertaqwa. Dengan adanya perkara ini di
dalam jiwa askar wanita, tidak mustahil kejayaan organisasi
ketenteraan akan lebih bermakna dan diberkati di sisi Allah
Subhanahu Wataala.
Perlukah Tugas Askar Wanita Sebanding Askar Lelaki
13.

Daripada kenyataan yang dihuraikan di atas, penulis bersetuju

menyatakan bahawa askar wanita perlu mengalas tugas sebanding dengan


askar lelaki seperti menceburi unit Komando dan sebagainya tetapi mengikut
kesesuaian fizikal dan syarat-syarat yang tertentu.
14.

Namun keperluan itu tidaklah mencapai kepada tahap dimestikan.

Namun tidak salah diberikan peluang kepada askar-askar wanita yang


6

berminat bagi mejawat penugasan yang sebanding dengan penugasan askar


lelaki dengan mengikut landas-landas yang digariskan oleh Islam. Kerana
sebagai negara Islam, penjagaan keselamatan wanita adalah menjadi
keutamaan dan tanggungjawab kepada kaum lelaki.
Kesimpulan
15.

Askar Wanita hari ini semakin bergerak maju dalam pelbagai bidang

seperti pendidikan, kemahiran pekerjaan kepimpinan dan sebagainya.


Sebagai satu organisasi yang berjaya, kita harus membetulkan tanggapan
masyarakat hari ini yang meletakkan wanita sebagai pihak yang lemah di
dalam ketenteraan. Ini adalah kerana tuntutan untuk memperkemaskan
generasi dan ummah yang akan datang tidak lagi hanya dibebani pada bahu
lelaki tetapi sebaliknya memerlukan sokongan dan dokongan askar wanita.
16.

Memang

diakui sebilangan askar wanita sendiri kadangkala tidak

dapat melakukan sesuatu kerja sepertimana askar lelaki namun dalam


sesetengah keadaan, askar lelaki juga tidak boleh melakukan sesuatu kerja
yang boleh dilakukan oleh askar wanita. Justeru itu kita harus ingat bahawa
tanggapan ini harus dibuat secara positif dan rational. Kita tidak harus
meletak askar wanita sebagai golongan lemah kerana mereka juga
berkemampuan dan berkredibiliti. Secara amnya, wanita sebagai isteri, ibu
dan tidak kurang juga sebagai pemimpin.
17.

Oleh itu para askar wanita harus mengubah paradigma untuk melihat

bahawa mereka juga mampu bersama-sama setaraf dengan askar lelaki


dalam semua keadaan. Dalam Islam ketokohan saidatina Khadijah sebagai
tokoh korporat dan ahli perniagaan yang berjaya menjadi inspirasi wanita dan
lelaki. Tidak kurang juga ketokohan Aisyah dalam menyertai peperangan, juga
sebagai seorang ilmuan, dan pakar rujuk kepada sahabat telah membuktikan
bahawa Islam meletakkan wanita pada tempat yang tinggi.