Anda di halaman 1dari 12

IBU BAPA

Peranan ibu bapa terhadap anak-anak pendidikan khas ialah mereka perlulah peka terhadap
perkembangan anak-anak. Dalam menentukan sesuatu proses pengajaran yang berkesan,
peranan ibu bapa amat perlu untuk menjayakan pendidikan untuk anak-anak mereka. Sentiasa
memberikan kerjasama dan membentuk tingkah laku dan akademik anak mereka. Ibubapa
seharusnya memberi latihan kepada anak mereka sewaktu anak mereka berada di rumah dan
memastikan anak mereka sentiasa menyiapkan tugasan yang diberi. Ibu bapa juga perlulah
mengetahui cara untuk menangani anak-anak mereka yang memiliki kecacatan dari segi
mental, emosi dan fizikal. Ibu bapa juga perlulah mengesan dengan kadar segera masalah
yang dihadapi oleh anak-anak mereka kerana kemungkinan masalah itu dapat dipulihkan. Ibu
bapa juga perlulah mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar perubatan tentang masalah
yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Mereka juga perlulah memasang strategi yang sesuai
untuk anak-anak mereka yang menghadapi masalah untuk membentuk kelakuan anak-anak
itu .
Ianya mampu memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak dengan
seimbang dari aspek tingkah laku dan efektif. Ada segelintir ibu bapa malu mempunyai anak
yang ada kad OKU dan tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka terpaksa memikul beban
seumur hayat mereka dengan jenama OKU tersebut. Sebahagian Ibu bapa beranggapan tidak
perlu bersusah payah mengajar bersungguh-sungguh kerana mereka sedar anak mereka
memang begitu. Memadai hanya pergi ke sekolah , bergaul dengan rakan dan ibu bapa boleh
membuat tugas lain sementara anak ke sekolah. Itulah tanggapan yang paling pahit untuk
dterima oleh seorang guru Pendidikan Khas. Perasaan kasih sayang itu bertukar kepada
kasihan maka sebab itu anak mereka tidak dapat menunjukkan perkembangan dan kebolehan
yang sebenar mengikut keupayaan mereka. Kesibukan ibu bapa sehingga mengurangkan
tumpuan dan perhatian kepada anak-anak mereka. Bosan menghantar anak mereka ke sesi
terapi yang pada mereka tidak membawa makna apa-apa. Pada hal mereka tidak menyedari
perkembangan yang berlaku pada anak-anak mereka. Malahan ibu bapa tidak menjalankan
sesi tersebut di rumah secara berterusan . Selain itu, penglibatan ibu bapa dalam program
pendidikan khas juga dapat memberikan semangat kepada murid-murid khas. Mereka juga
akan berasa lebih yakin pada diri sendiri kerana ada yang menyokong mereka. Penglibatan ibu
bapa juga dapat meningkatkan lagi perkembangan anak-anak mereka.

Penglibatan keluarga

secara aktif telah lama dianggap sebagai faktor yang penting yang

memberi hasil yang lebih baik dalam pendidikan anak-anak muda dan dalam program awal
kanak-kanak( Berger, 1995; Levy, Kim, & Olive , 2006; Prez Carreon , Drake , & Barton, 2005).
Tahap penglibatan ibu bapa menjurus kepada pencapaian akademik yang baik, sikap yang
positif dikalangan murid, menyiapakan kerja rumah dalam kadar yang cepat, ketabahan dalam
pendidikan, kadar keciciran yang rendah serta kurang masalah penggantungan (Christenson ,
Hurley , Sheridan , & Fenstermacher , 1997; Hoover - Dempsey & Sandler , 1997; Prez
Carreon , et al.) .
Penglibatan ibu bapa adalah penting bagi pendidikan kanak-kanak daripada semua
peringkat umur , tetapi ia adalah penting untuk kejayaan anak-anak muda dalam Program
inklusif( Filler & Xu , 2006)
Penglibatan ibu bapa juga berkaitan dengan kerjasama guru. Anderson dan Minke
(2007 ) mendapati bahawa guru perlulah melibatkan ibu bapa terutamanya di kalangan minoriti
dan keluarga yang berpendapatan rendah. Tindakan guru ini akan menyebabkan Ibu bapa lebih
bermotivasi dalam melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak mereka. Dengan ini mereka
mampu mengatasi halangan-halangan untuk melibatkan diri mereka di sebalik kekurangan
sumber . Brown dan Medway ( 2007 ) mengkaji hubungan antara langkah iklim sekolah ,
jangkaan guru, dan amalan pengajaran di sekolah rendah dengan peratusan yang tinggi.
Berpendapatan rendah , kanak-kanak minoriti
Brown and Medway (2007) mendapati bahawa apabila guru menilai input ibu bapa dan
penglibatan keluarga, mereka mencipta cara-cara untuk memudahkan komunikasi rumahsekolah. Guru bertanggungjawab untuk membina hubungan yang positif dengan ibu bapa dan
meletakkan nilai yang tinggi kepada ibu bapa dalam membantu kanak-kanak mereka dengan
kerja rumah dan aktiviti-aktiviti lain. Guru-guru melihat penglibatan ibu bapa lebih daripada
kehadiran fizikal di sekolah dan merasakan bahawa ibu bapa boleh memberi kesan yang ketara
dalam pendidikan dengan menghadiri mesyuarat dan menyumbang perkhidmatan sukarela di
dalam kelas.

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya (Rohani Abdullah,
2007). Ianya mampu memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak
dengan seimbang dari aspek tingkah laku dan afektif. Ada segelintir ibu bapa malu mempunyai
anak yang ada kad OKU dan tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka terpaksa memikul
beban seumur hayat mereka dengan jenama OKU tersebut.
Sebahagian Ibu bapa beranggapan tidak perlu bersusah payah mengajar bersungguh-sungguh
kerana mereka sedar anak mereka memang begitu. Memadai hanya pergi ke sekolah , bergaul
dengan rakan dan ibu bapa boleh membuat tugas lain sementara anak ke sekolah. Itulah
tanggapan yang paling pahit untuk dterima oleh seorang guru Pendidikan Khas. Perasaan kasih
sayang itu bertukar kepada kasihan maka sebab itu anak mereka tidak dapat menunjukkan
perkembangan dan kebolehan yang sebenar mengikut keupayaan mereka.
Kesibukan ibu bapa sehingga mengurangkan tumpuan dan perhatian kepada anak-anak
mereka. Bosan menghantar anak mereka ke sesi terapi yang pada mereka tidak membawa
makna apa-apa. Pada hal mereka tidak menyedari perkembangan yang berlaku pada anakanak mereka. Malahan ibu bapa tidak menjalankan sesi tersebut di rumah secara berterusan .
Ada juga sebahagian daripada mereka tidak memberikan sokongan dan idea kepada program
yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Program permuafakatan sebagai medan berbincang dan
bertukar pendapat cuma dianggap satu pembaziran masa yang dianggap tidak bermakna
oleh mereka. Maka oleh yang demikian ada sebahagian ibu bapa tidak mendapat maklumat
yang secukupnya dari pihak sekolah.

Guru menghadapi kesukaran untuk mendedahkan

keupayaan anak mereka dalam pelbagai aspek. Ini kerana mereka hanya melihat
ketidakupayaan anak mereka dari satu sudut sahaja.
Kurang kesedaran dalam ibu bapa kerana kebanyakan anak-anak Pendidikan Khas ini terlalu
dimanjakan sehingga tidak pandai mengurus diri dengan baik.

Masih ada ibu bapa tidak

percaya dengan keupayaan guru-guru menguruskan anak-anak mereka sehingga sanggup


tunggu bersama di sekolah hanya semata untuk memberikan makanan dan menghantarkan ke
tandas. Pihak sekolah sebenarnya boleh menolak penempatan anak mereka sekiranya mereka
tidak boleh mengurus diri dengan baik.

Ibu bapa terlalu bergantung kepada pihak sekolah dalam aspek pengurusan diri. Ini sedikit
sebanyak telah menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Semasa

ketiadaan khidmat pembantu pengurusan murid dulu, semua tugas tersebut terpaksa dilakukan
oleh guru-guru Pendidikan Khas. Maka timbul pula isu di mana guru-guru Pendidikan Khas
hanya mengasuh murid sahaja bukannya mengajar seperti guru lain.
Selain daripada itu, ada dalam kalangan mereka telah menyalahgunakan wang bantuan yang
diberikan oleh kerajaan. Kelengkapan sekolah anak tidak disediakan dengan secukupnya dan
anak kerap tidak hadir ke sekolah. Sikap yang sedemikian akan membantutkan usaha guru
memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka.
Kebanyakkan juga ibu bapa tidak menitikberatkan pengetahuan asas agama kepada mereka.
Anggapan bahawa mereka ini tidak mengetahui apa-apa tentang mempelajari agama adalah
silap . Ini kerana adalah satu kewajiban bagi ibu bapa memberikan pendidikan agama supaya
mereka dapat membezakan dosa dan pahala serta perkara baik dan buruk.

PENGENALAN
Sekolah merupakan organisasi yang dinamik, terbuka, dan komplek. Kerjasama bermaksud
sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman dan lain-lain) dari
satu pihak kepada pihak yang lain untuk faedah bersama (Dewan Bahasa Dan Pustaka, edisi
ke-4). Hubungan kerjasama di antara guru dan ibu bapa adalah sangat perlu ke arah
meningkatkan kualiti P&P (John V. hamby, 1992).
Konsep Keibubapaan. Ibu bapa adalah guru yang pertama dan yang paling lama untuk anak
mereka. Dalam proses pembangunan biasa, ibu bapa yang telah menyokong perkembangan
bahasa, sosial dan kemahiran akademik anak-anak mereka. Terdapat bukti positif dalam lepas
30 tahun menunjukkan bahawa mengajar kemahiran khusus untuk ibu bapa boleh membantu
dalam perkembangan kanak-kanak dalam jagaan mereka. Ibu bapa adalah unit asas keluarga
dan peranannya adalah penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia. Ini memerlukan
pengurusan keluarga yang dinamik, berubah proaktif dan tepat pada masanya. Peranan ibu
bapa adalah sangat penting dan perlu dilihat di peringkat makro dan semua yang terlibat
komited. Selain faktor-faktor keluarga, faktor persekitaran juga perlu diambil kira. Dalam usaha
untuk membina keluarga yang bahagia dan berkesan, konsep membentuk buluh biar dari
rebungnya " perlu diberi penekanan. Ibu bapa adalah salah satu unit dan mesti menjalankan
pengurusan yang proaktif daripada aspek sains dan kemanusiaan.
MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA/ KELUARGA OLEH JOYCE EPSTEIN
Penglibatan keluarga dapat dilihat dalam pelbagai cara bergantung kepada konteks. Epstein
mencadangkan enam jenis penglibatan ibu bapa. Teori Epstein yang menggambarkan
kerjasama yang perlu wujud antara sekolah, keluarga dan masyarakat. Jenis penglibatan bukan
hierarki tetapi ia adalah satu rangka kerja untuk menghubungkan keluarga, anggota masyarakat
dan profesional pendidikan awal kanak-kanak.
Enam Jenis Kerjasama yang Digariskan :
Keibubapaan (Parenting)
merangkumi semua aktiviti yang ibu bapa melibatkan diri dalam meningkatkan gembira, kanakkanak yang sihat yang menjadi pelajar yang berkebolehan. Tidak seperti guru, pengaruh yang
atas kanak-kanak yang agak terhad, ibu bapa mengekalkan komitmen sepanjang hayat kepada
anak-anak mereka. Aktiviti yang menyokong ini jenis penglibatan memberi maklumat kepada
ibu bapa mengenai keadaan pembangunan, kesihatan, keselamatan, atau rumah anak mereka

yang boleh menyokong pembelajaran pelajar. Oleh itu pihak sekolah perlu membantu ibu bapa
menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Aktiviti yang dianjurkan
oleh ibu bapa di rumah mampu tingkatkan kesediaan murid untuk belajar di sekolah.
Berkomunikasi (Communication)
Keluarga dan sekolah perlu berkomunikasi antara satu sama lain dalam pelbagai cara. Sekolah
menghantar nota rumah dan risalah mengenai peristiwa-peristiwa dan aktiviti-aktiviti penting.
Ibu bapa juga perlu memberi guru maklumat tentang kesihatan anak mereka dan sejarah
pendidikan. Sebuah laman web sekolah ialah medium tambahan komunikasi dengan ibu bapa
dan keluarga. Contohnya, ibu bapa boleh melanggan kemas kini kalendar dinamik
menggunakan iCal atau suapan RSS yang lain hanya menyemak kalendar laman web secara
kerap (Piper, 2012). Dari perspektif penglibatan yang positif, komunikasi mesti dua hala,
sekolah kepada ibu bapa dan ibu bapa kepada sekolah, untuk menjadi yang paling berkesan.
Sukarelawan (Volunteering)
Sekolah mengalu-alukan bantuan ibu bapa disekolah. Penglibatan ibu bapa secara tidak
langsung semasa pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah dan persekitaran sekolah. Terdapat
tiga cara asas bahawa individu secara sukarela dalam bidang pendidikan. Pertama, mereka
mungkin secara sukarela di sekolah atau bilik darjah dengan membantu guru-guru dan
pengkritik/juri sebagai tutor atau pembantu. Kedua, mereka mungkin menawarkan diri untuk
sekolah misalnya, mengumpul dana untuk acara atau mempromosikan sekolah di masyarakat.
Akhirnya, mereka mungkin menawarkan diri sebagai ahli penonton, menghadiri programprogram sekolah atau persembahan.
Pembelajaran Di Rumah (Learning At Home)
Apabila ibu bapa membantu anak-anak mereka dengan kerja rumah atau membawa mereka ke
muzium, mereka yang mengambil bahagian dalam jenis empat penglibatan. Aktiviti ini
menghasilkan sebuah keluarga seperti sekolah dan menggalakkan ibu bapa untuk berinteraksi
dengan kurikulum sekolah. Aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pembelajaran di rumah
menyediakan ibu bapa dengan maklumat tentang apa yang kanak-kanak lakukan di dalam
kelas dan bagaimana untuk membantu mereka dengan kerja rumah.

Pembuat Keputusan (Decision making)


Ibu bapa mengambil bahagian dalam sekolah membuat keputusan apabila mereka menjadi
sebahagian daripada jawatankuasa tadbir sekolah atau menyertai organisasi, seperti ibu bapa
atau guru persatuan. Lain-lain aktiviti membuat keputusan termasuk mengambil peranan
kepimpinan yang melibatkan menyebarkan maklumat kepada ibu bapa lain.
Bekerjasama dengan Komuniti (Colaboration With Community)
Pihak sekolah mewujudkan kerjasama dengan komuniti sekitar. Kerjasama ini harus membawa
kebaikan kepada pihak yang terlibat terutama pelajar. Penglibatan individu-individu berjaya
dalam bidang tertentu supaya pelajar dapat manfaat dan meningkatkan motivasi mereka.
Contohnya, melaksanakan program mentor-mentee antara komuniti dengan pelajar.
MODEL-MODEL LAIN
Model Co-Operative oleh James M. Waslh dan Barbara Jones
Pembelajaran koperatif, kadang-kadang dipanggil pembelajaran kumpulan kecil, adalah satu
strategi pengajaran di mana kumpulan-kumpulan kecil pelajar bekerja bersama-sama pada satu
tugas yang sama. Tugas ini boleh menjadi semudah menyelesaikan masalah matematik
pelbagai langkah bersama-sama, atau kompleks seperti membangunkan reka bentuk untuk
jenis baru sekolah. Dalam beberapa kes, setiap ahli kumpulan adalah secara individu
bertanggungjawab untuk sebahagian daripada tugas dalam kes-kes lain, ahli-ahli kumpulan
bekerja bersama-sama tanpa tugasan peranan rasmi.
Menurut David Johnson dan Roger Johnson (1999), terdapat lima elemen asas yang
membolehkan kejayaan pembelajaran kumpulan kecil:
Saling pergantungan positif: Pelajar berasa bertanggungjawab untuk mereka sendiri dan
usaha kumpulan itu.
Interaksi muka-ke-muka: Pelajar menggalakkan dan menyokong satu sama lain; alam
sekitar menggalakkan perbincangan dan mata kenalan.
Akauntabiliti individu dan kumpulan: Setiap pelajar bertanggungjawab untuk melakukan
bahagian mereka; kumpulan bertanggungjawab bagi memenuhi matlamatnya.

Tingkah laku Kumpulan: Ahli kumpulan menambah ilmu langsung dalam kemahiran
interpersonal, sosial, dan kerjasama yang diperlukan untuk bekerja dengan orang lain
berlaku.
Pemprosesan Kumpulan: Ahli kumpulan menganalisis mereka sendiri dan kemampuan
kumpulan untuk bekerja bersama-sama.
Pembelajaran koperatif perubahan peranan pelajar dan guru di bilik darjah. Pemilikan
pengajaran dan pembelajaran dikongsi oleh kumpulan pelajar, dan tidak lagi tanggungjawab
guru. Kuasa menetapkan matlamat, menilai pembelajaran, dan memudahkan pembelajaran
dikongsi oleh semua. Pelajar mempunyai lebih banyak peluang untuk mengambil bahagian
secara aktif dalam pembelajaran, soalan mereka dan mencabar antara satu sama lain,
berkongsi dan membincangkan idea-idea mereka, dan menghayati pembelajaran mereka.
Bersama-sama dengan meningkatkan pembelajaran akademik, pembelajaran koperatif
membantu pelajar melibatkan diri dalam perbincangan yang bernas dan memeriksa perspektif
yang berbeza, dan ia telah terbukti untuk meningkatkan pelajar harga diri, motivasi, dan empati.
Beberapa cabaran menggunakan pembelajaran koperatif termasuk melepaskan kawalan
pembelajaran, menguruskan tahap bunyi bising, menyelesaikan konflik, dan menilai
pembelajaran pelajar. Aktiviti dengan teliti berstruktur dapat membantu pelajar mempelajari
kemahiran untuk bekerja bersama-sama dengan jayanya, dan berstruktur perbincangan dan
renungan mengenai proses kumpulan boleh membantu mengelakkan beberapa masalah.
Model Psikoanalitik oleh Signmund Frued
Salah satu aliran utama dalam sejarah psikologi adalah teori Psikoanalitik Sigmund Freud.
Psikoanalisis adalah sebuah model perkembangan kepribadian, filsafat tentang sifat manusia,
dan metode psikoterapi. Secara historis psikoanalisis adalah aliran pertama dari tiga aliran
utama psikologi yang kedua adalah Behaviorisme, dan yang ketiga atau disebut juga kekuatan
ketiga adalah psikologi eksistensial-humanistik. penting untuk diingat bahwa Freud adalah
pencipta pendekatan psikodinamika terhadap psikologi, yang memberikan pandangan baru
kepada psikologi dan menemukan cakrawala-cakrawala baru. Ia Misalnya, membangkitkan
minat terhadap motivasi tingkah laku. Freud juga mengundang banyak kontroversi, eksplorasi,
penelitian dan menyajikan landasan tempat bertumpu system-sistem yang muncul kemudian.

Struktur Kepribadian
Menurut pandangan psikoanalitik, struktur kepribadian terdiri dari tiga system id, ego dan super
ego. Ketiganya adalah nama bagi proses-proses psikologis dan jangan dipikirkan sebagai agenagen yang terpisah mengoperasikan kepribadian, merupakan fungsi-fungsi kepribadian sebagai
keseluruhan ketimbang sebagai bagian yang terasing satu sama lain. Id adalah komponen
Biologis, ego adalah komponen psikologis, sedangkan superego adalah komponen sosial.
Id
Id adalah system kepribadian yang orisinil, kepribadin setiap orang hanya terdiri dari Id ketika
dilahirkan. Id merupakan tempat bersemayam naluri-naluri. Id kurang terorganisasi, buta,
menuntut dan mendesak. Seperti kawah yang terus mendidih dan bergolak, id tidak bisa
menoleransi tegangan, dan bekerja untuk melepaskan tegangan itu sesegera mungkin serta
untuk mencapai keadaan homeostatik. Dengan diatur oleh asas kesenangan yang diarahkan
pada pengurangan ketegangan, penghindaran kesakitan, dan perolehan kesenangan, Id
bersifat tidak logis, amoral dan didorong oleh satu kepentingan : memuaskan kebutuhankebutuhan naluriah sesuai dengan asas kesenangan. Id tidak pernah matang dan selalu
menjadi anak manja dari kepribadian, tidak berfikir dan hanya menginginkan atau bertindak. Id
bersifa tidak sadar.
Ego
Ego memiliki kontak dengan dunia eksternal dari kenyataan. Ego adalah eksekutif dari
kepribadian yang memerintah, mengendalikan dan mengatur. Sebagai polisi lalu lintas bagi id,
super ego dan dunia eksternal. Tugas utama Ego adalah mengantarai naluri-naluri dengan
lingkungan sekitar. Ego mengendalikan kesadaran dan melaksanakan sensor. Dengan diatur
oleh asas kenyataan, ego berlaku realistis dan berpikir logis serta merumuskan rencana,
tindakan bagi pemuasan kebutuhan. Apa hubungan antara Ego dan Id ? Ego adalah tempat
bersemayam intelegensi dan rasionalitas yang mengawasi dan mengendalikan impuls-impuls
buta dari Id. /sementara Id hanya mengenal kenyataan subjektif, ego memperbedakan
bayangan-bayangan mentl dengan hal-hal yang terdapat di dunia eksternal.
Super Ego
Super ego adalah cabang moral atau hokum dari kepribadian. Super ego adalah kode moral
individu yang urusan utamanya adalah, apakah suatau tindakan itu baik atau buruk, benar atau
salah. Super ego mempresentasikan hal-hal yang ideal dan mendorong bukan kepada

kesenangan, melainkan kepada kesempurnaan. Super ego mempresentasikan nilai-nilai


tradisional dan ideal-ideal masyarakat yang dijarkan orang tua kepada anak. Super ego
berfungsi mengambat impuls-impuls Id. Kemudian sebagai internalisasi standard-standar d
orang tua dan masyarakat, super ego berkaitan dengan imbalan-imbalan dan hukumanhukuman. Imbalannya adalah perasaan bangga dan mencintai diri, sedangkan hukumannya
adalah perasaan berdosa dan rendah diri.
KESAN KERJASAMA
Jika penglibatan ibu bapa dalam menyokong pembelajaran anak-anak mereka positif, maka kita
dapat kesan yang baik terhadap moral anak-anak mereka. Antara kesannya ialah, pencapaian
akademik akan menjadi lebih baik. Hal ini demikian kerana guru telah memperoleh sokongan
pembelajaran dari rumah. Oleh itu, tugas guru untuk belajar di sekolah dapat diteruskan oleh
ibu bapa di rumah. Guru perlu memberi sokongan kepada ibu bapa untuk mengajar di rumah.
Kesannya, pencapaian akademik anak-anak mereka akan bertambah baik dari semasa ke
semasa.
Kesan kedua ialah kadar kehadiran murid berkeperluan khas ke sekolah juga akan tinggi. Hal
ini demikian kerana murid merasakan bahawa ibu bapa mereka mengambil berat tentang
akademik mereka. Hal ini akan memotivasikan mereka kerana pembelajaran di sekolah telah
disokong oleh ibu bapa di rumah. Jelaslah bahawa penglibatan ibu bapa sangat penting dalam
pembelajaran anak anak mereka.
Kesan ketiga ialah kegagalan menyiapkan kerja rumah dapat diatasi. Murid berkeperluan sering
gagal menyiapkan kerja rumah yang diberikan kepada mereka. Melalui komunikasi yang
berkesan, setiap mesej yang disampaikan kepada ibu bapa dapat diterima dengan baik. Oleh
itu, guru seharusnya menyampaikan mesej dengan menggunakan saluran yang betul seperti
penyediaan nota kecil. Guru perlu memberitahu kepada ibu bapa tentang kerja rumah supaya
murid dapat menyiapkan kerja rumah tersebut. Jelaslah bahawa komunikasi yang berkesan
dapat mengatasi kegagalan menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru.
Kesan keempat ialah tingkah laku positif dapat dibentuk dengan cepat. Guru akan mendapat
sokongan penuh daripada ibu bapa untuk membantu tugas guru. Pembentukan tingkah laku
yang positif seperti mereka menunggu giliran semasa bercakap boleh diteruskan oleh ibu bapa
di rumah kerana stastistik menunjukkan bahawa 52 peratus masa murid dihabiskan di rumah

dan di dalam komuniti berbanding hanya 15 peratus masanya berada di sekolah (Utusan online,
Julai 2012). Masa yang panjang di rumah perlu digunakan oleh guru untuk membantu murid
membentuk tingkah laku positif melalui pemantauan ibu bapa seperti yang telah ditetapkan di
dalam Rancangan Pengajaran Individu (RPI) . Oleh itu, pencapaian murid dalam RPI dapat
diukur.
Kesan kelima ialah moral guru dapat ditingkatkan. Tugas guru sememangnya sangat berat dan
hal ini berkemungkinan akan menjejaskan moral seseorang guru. Oleh itu, penglibatan ibu bapa
dalam hal ini mampu meringakan tugas seseorang guru. Guru akan lebih bermotivasi kerana
setiap perkara yang dirancang untuk murid-muridnya telah dibantu oleh ibu bapa di rumah.
Kesan keenam ialah penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka wajar
diberikan pengiktirafan oleh guru atas usaha mereka. Hal ini bagi meningkatkan motivasi ibu
bapa untuk membantu anak-anak mereka yang memerlukan perhatian khas oleh guru dan
keluarga. Pengiktirafan seperti ibu bapa contoh dalam majlis anugerah sekolah mampu
menjadikan ibu bapa tersebut sebagai contoh kepada ibu bapa lain. Oleh itu, pengiktirafan ini
boleh bertindak sebagai serampang dua mata kerana guru bukan hanya mengiktiraf ibu bapa
tersebut bahkan juga guru mampu menarik perhatian ibu bapa lain untuk mencontohi mereka.
Kesan terakhir ialah persepsi masyarakat dapat diubah. Hal ini demikian kerana murid
berkeperluan khas mempunyai reputasi kurang baik dalam kalangan masyarakat. Oleh itu,
kerjasama antara guru dan ibu bapa diharapkan agar dapat mengubah persepsi tersebut. Hal
ini kerana murid berkeperluan khas ini dianggap sebagai penyusah kepada semua orang. Guru
dan ibu bapa perlu memastikan bahawa murid berkeperluan khas telah bersedia untuk berada
dalam kalangan masyarakat dengan memantapkan kemahiran yang diperlukan oleh mereka
ketika berhadapan dengan masyarakat seperti bersosial, berkomunikasi, kemahiran hidup dan
lain lain lagi. Oleh itu, murid berkeperluan khas juga akan dipandang sama taraf dengan
murid murid normal.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, penglibatan ibu bapa sangat penting dalam perkembangan akademik kanakkanak berkeperluan khas. Hal ini demikian kerana pembelajaran di sekolah dapat diteruskan di
rumah yang telah diambil alih oleh ibu bapa. Penglibatan ibu bapa tidak hanya tertumpu kepada

aspek akademik semata mata tetapi juga melibatkan semua aspek seperti perkembangan lain
seperti aspek sosial, komunikasi, tingkah laku dan lain lain lagi. Oleh itu, usaha yang
dilaksanakan oleh pihak sekolah bersama sama dengan ibu bapa mampu mempercepat
perkembangan dalam semua aspek murid berkeperluan khas. Usaha yang berterusan dari
semasa ke semasa ini diharapkan agar dapat melahirkan individu berkeperluan khas yang
mempunyai intrapersonal dan interpersonal yang tinggi kelak.