Anda di halaman 1dari 4

SYED AIEMAN BIN SYED MAHAMUD

Refleksi
Semasa menjalankan makro teaching saya telah dapat mengesan beberapa
kekuatan dan kelemahan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat
mengawal kelas dengan baik.Hal ini kerana, persediaan rapi telah dibuat sebelum
memulakan makro teaching ini, bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku
semasa sesi pengajaran makro teaching ini. Persediaan awal adalah sangat penting
bagi membantu saya menyampaikan isi kandungan dengan baik, mematuhi masa
yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan
kemas dan teratur. Pemilihan kaedah yang telah saya gunakan dapat menarik minat
murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya
aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Aktiviti gimik yang
dilakukan oleh saya yang berpakaian superhero pada sesi induksi dapat
meningkatkan motivasi murid untuk belajar selain memberi keseronokan kepada
murid. Ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang baik dan penglibatan diri secara
aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh saya. Saya dapati mereka cukup
seronok dan teruja dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang diadakan.
Seterusnya, penyediaan bahan yang berbentuk ilustrasi memberi kesan yang
baik kepada murid yang di mana topik yang ingin disampaikan berjaya disampaikan
dengan jelas disamping penggunaan teknik ganjaran dan pujian digunakan untuk
menghargai murid dan menarik minat murid. Bahkan penggunaan nyanyian dalam
pengajaran juga digunakan oleh saya bagi menarik minat murid dan membantu
mereka memahami dengan jelas terhadap isi pembelajaran yang ingin disampaikan.
Selain itu,antara kekuatan lain yang didapati ialah saya mempunyai kelantangan
suara yang baik yang di mana mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini dapat dilihat, suara yang lantang dan tegas akan memudahkan
murid mendengar dengan teliti dan sekaligus membantu pemahaman mereka
terhadap topik yang ingin disampai kepada mereka. Segala arahan akan dapat
dipatuhi oleh murid dan ini akan memudahkan saya menjalankan aktiviti yang telah
dirancang dengan baik dan lancar. Ketegasan dalam menyampaikan maklumat akan
membuatkan murid lebih hormat kepada guru. Kejelasan dalam memberikan arahan
merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap guru. Ini
adalah kerana kejelasan dalam menyampaikan isi maklumat boleh mempengaruhi
peribadi murid agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu.

SYED AIEMAN BIN SYED MAHAMUD

Selain itu, saya mempunyai pertuturan yang baik yang di mana menyebabkan
kelancaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini
kerana penggunaan bahasa yang standard telah saya gunakan bagi memudahkan
murid memahami isi pembelajaran pada hari tersebut. Di samping, arahan yang
diberikan adalah jelas, menyebabkan murid akan lebih cepat faham disebabkan
bahasa yang digunakan mampu difahami oleh semua murid meskipun latar
belakang murid adalah berbilang sosio budaya. Justeru menunjukkan kepentingan
penggunaan bahasa yang digunakan oleh guru di dalam kelas yang di mana
mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh
guru terhadap murid di dalam kelas.
Antara kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan makro teaching ini
ialah kurangnya pengujian yang dilakukan oleh saya dalam menguji kefahaman
murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung pada hari tersebut.
Pengujian saya sebagai guru perlu dilakukan adalah kerana bagi memastikan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pada waktu tersebut seterusnya bagi
memastikan objektif yang dirancang tercapai. Justeru, mengakibatkan saya tidak
berupaya melihat perkembangan murid sama ada meningkat ataupun berkurang
setelah input diberikan kepada mereka. Tambahan pula, saya juga tidak mengaitkan
dengan pengajaran yang akan datang. Hal ini akan menyebabkan murid tidak tahu
apa yang ingin diajar pada pengajaran seterusnya dan mungkin akan menyebabkan
murid tidak membawa barang yang diperlukan.
Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid
begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah
pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolaholah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh sebab
itu adakalanya saya terlupa untuk menyampaikan sesuatu perkara yang ingin
disampaikan kepada murid. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

juga

banyak melibatkan kemahiran daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Hal ini
menyebabkan murid menganggap bahawa subjek bahasa Melayu itu sukar dan
menjadi punca mereka hilang minat untuk belajar.

SYED AIEMAN BIN SYED MAHAMUD

Selain itu kelemahan lain yang dapat dikesan ialah ketepatan mengikut masa
yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Hasil pemerhatian saya ke atas
rakaman rancangan pengajaran harian yang telah saya buat, didapati masa yang
digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini
berlaku atas beberapa faktor iaitu terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain
yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Jika
langkah menyampaikan isi pengajaran terganggu, hasil penbelajaran yang
dirancang akan turut tergendala. Jadi, pengagihan masa perlu dioptimumkan sebaik
mungkin. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.
Pemantauan didalam kelas juga agak lemah. Saya hanya berada dihadapan
kelas dan tidak memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Sedia maklum
bahawa saya seharusnya berjalan dan memantau aktiviti yang dilakukan oleh murid.
Dengan melakukan pemantauan secara tidak langsung saya akan dapat mengawal
keadaan dan disiplin murid dengan lebih baik. Melalui pemantauan juga saya dapat
mengesan murid yang lemah dan membimbingnya dengan lebih dekat. Pelbagai
strategi perlu diamalkan dalam subjek bahasa Melayu. Pendekatan yang diberi fokus
pada masa kini ialah pendekatan berpusatkan murid. Pendekatan yang berpusatkan
murid lebih efektif. Hal ini kerana, pendekatan tersebut berupaya melibatkan daya
pemikiran murid yang di mana murid dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran
yang dirancang oleh guru. Justeru, murid akan lebih fokus dan akan lebih mudah
memahami pembelajaran yang disampaikan oleh seseorang guru.
Justeru penambahbaikan perlu dilakukan bagi memastikan pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang akan semakin bertambah efektif dan berkualiti.
Antaranya ialah saya perlu memperbaiki set induksi agar lebih mengujakan murid,
memperbanyakkan aktiviti berpasangan dan berkumpulan, memperbanyakkan
aktiviti menjana idea dan sumbang saran oleh murid, pengawalan masa setiap
aktiviti dan memberi nasihat dan dorongan kepada murid.Selain itu, lembaran kerja
yang disediakan haruslah sesuai mengikut aras kebolehan dan keupayaan murid.
Jika aras pengajaran guru tinggi, murid yang lemah tidak dapat mengikutnya,
akhirnya mereka akan ketinggalan pengajaran dan pembelajaran yang diajar oleh
guru di hadapan kelas.

SYED AIEMAN BIN SYED MAHAMUD

Akan tetapai sekiranya aras pengajaran itu rendah pula, murid-murid yang cerdik
tidak akan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Ini akan merugikan
murid yang cerdik, kerana guru terpaksa menumpukan lebih banyak masa kepada
murid yang lemah. Justeru, antara salah satu cara untuk mengatasinya ialah guru
perlu mengumpulkan murid yang cerdik ke dalam satu kumpulan dan murid yang
lemah dalam satu kumpulan yang lain berdasarkan kebolehan dan penguasaan
sesuatu kemahiran.

Anda mungkin juga menyukai